Vous êtes sur la page 1sur 4

SOALAN :

Selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab


halal dunia, industri ini menjanjikan pulangan yang
lumayan kepada negara. Maka, segala potensi yang ada
perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat
tersebut. Bincangkan.
KEHENDAK SOALAN : KELEBIHAN + POTENSI
1. Menjana ekonomi negara
- kemasukan pelabur asing membantu dalam
merancakkan sumber ekonomi kepada negara.
- kuasa beli pengguna tempatan yang tinggi
menggalakkan keuntungan kepada industri halal.
- Cth : Di Malaysia, perolehan kasar melebihi RM 5 bilion
untuk industri halal.
2. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
- pertumbuhan pusat perniagaan berasaskan halal
menawarkan pekerjaan kepada masyarakat bidang
industri makanan dan restoran.
- keperluan yang tinggi dalam aktiviti penyelidikan
berkaitan halal memberi peluang pekerjaan kepada
graduan.

- Cth : JAKIM memerlukan lebih ramai penyelidik dan


pegawai menetapkan piawaian status halal.
POTENSI
3. Pasaran yang luas
- bilangan pengguna tempatan beragama Islam yang
ramai meliputi 80% penduduk.
Cth : Bilangan golongan Muslim di Malaysia yang
mencecah seramai 15 juta orang.
- permintaan tinggi dalam kalangan penganut Islam di
luar negara.
4. Kemudahan infrastruktur lengkap
- kemudahan pengangkutan yang cekap daripada
segenap aspek memudahkan kegiatan eksport dan
import.
Cth : Pelabuhan Tanjung Manis, Sarawak pelabuhan hab
halal dunia.
- keupayaan jaringan jalur lebar internet yang meluas
memudahkan sesuatu industri diperluaskan ke seluruh
dunia.
5. Sokongan aktif kerajaan
- menawarkan pengecualian cukai kepada industri pada
peringkat awal.

- menganjurkan pelbagai pameran peringkat kebangsaan


galakkan memperkenalkan produk halal.
- Cth : Ekspo Halfest (Halal Festival )yang diadakan
setiap tahun di Kuala Lumpur.
6. Kesedaran tinggi masyarakat
- kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan
yang bersih dan suci.
- kadar penyakit berjangkit bagi haiwan ternakan import
pengguna menukar alternatif kepada daging sembelihan
-Cth : Penyakit lembu gila di Amerika Syarikat komuniti
mengubah pemakanan kepada makanan halal.

Vous aimerez peut-être aussi