Vous êtes sur la page 1sur 17

KONSEP AKAL DAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI SUMBER ILMU

Pendahuluan
Akal adalah anugerah Ilahi kepada manusia yang tidak ternilai harganya. Allah
S.W.T. mengurniakan akal dan nafsu kepada manusia dan nafsu tanpa akal kepada
haiwan Walau bagaimanapun, manusia sangat istimewa sifatnya kerana bukan sahaja
diberikan akal

malah dikurniakan rahmat dan hidayat. Sementara binatang

dikurniakan otak tanpa akal dan juga nafsu. Dengan akal, manusia dapat dibezakan
dengan haiwan. Sementara perbezaan antara manusia dengan manusia yang lain
adalah tahap penggunaan akalnya samada mereka menggunakan akal yang sihat untuk
mencari kebenaran atau mengikur runtunan hawa nafsu yang meminggirkan
kemurnian akal..
Perkembangan tamadun manusia di muka bumi berkait rapat dengan akal.
Manusia menggunakan akal sebagai alat untuk mencari ilmu dan berfikir.
Bagaimanapun, akal mempunyai keupayaan yang terhad. Akal tidak dapat digunakan
dalam perkara yang berkaitan dengan metafizik atau alam ghaib. Dengan sifat Maha
Pengasih dan Maha Penyayang, Allah telah menurunkan wahyu bagi menyelesaikan
masalah yang tidak dapat difikikan akal.
Hakikatnya, selain akal digunakan untuk manusia menjalani kehidupan di
dunia yang mencabar ini, akal perlulah digunakan untuk mencari kebenaran. Jalan
berfikir adalah kaedah manusia mencari kebenaran. Menurut Aristotle manusia ialah
haiwan yang bertanya. Mungkin pertanyaan-pertanyaan yang selalu berlegar-legar di
fikiran itulah yang membantu untuk manusia berfikir tentang alam.
Konsep Akal
Akal sebagai alat berfikir perlu digerakkan secara bersepadu dan menyeluruh
tetapi mestilah berlandaskan prinsip-prinsip yang telah pun ditetapkan oleh Allah
s.w.t. jika kita berpegang kepada prinsip dan dasar yang telah pun digariskan maka
manusia akan menggunakan bukti akal sebagai hujah memecahkan persoalan fizik
dan lebih-lebih lagi persoalan metafizik. Akal manusia mampu merentasi segala hal
yang berkaitan kehidupan dunyawi sementara rohani manusia yang memiliki hati
mampu mengerti hal-hal yang gahib dengan asas iman.

Pada hari ini, dengan menggunakan akal, pelbagai aliran pemikiran telah
muncul seperti Rasionalisme (Descartes), Relativisme ( Emannuel Kant) ,
Positivisme(August Comte), Evolusi (Charles Darwin), Intuisme ( Bergsan),
Pragmatisme (William Jones) dan ratusan isme yang lain. Walaupun banyak aliran
pemikiran wujud, tetapi sifatnya tidak kekal dan bercanggah antara satu pemikiran
dengan pemikiran yang lain. Ini membuktikan bahawa pelbagai nilai, pengetahuan
dan moral yang berasaskan rasional tidak mampu meyakinkan manusia itu sendiri
dalam menghadapi pelbagai masalah kehidupan.. Jiwa, pemikiran dan emosi mereka
sering bergolak kerana usaha mereka mencari kebenaran dan kebahagian hakiki tidak
pernah ada titik noktahnya.
Hal ini selaras dengan firman Allah S.W.T:

Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam)


kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tandatanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu
sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah
orang-orang yang lalai.
(Surah al-Aaraf, 7:179)

Perlu diingatkan bahawa akal ini tidak mutlak. Ia juga bersifat lemah. Akal
memerlukan pemangkin iaitu wahyu untuk memandunya agar tidak sesat dalam
menjalani kehidupan. Akal memerlukan wahyu, begitu juga wahyu memerlukan akal
kerana tanpa salah satu daripadanya kehidupan manusia ternyata pincang dan goyah
ibarat kapal yang tiada nakhoda. Apabila akal tidak digunakan berlandaskan wahyu
maka terjadilah kerosakan di muka bumi,
seperti firman Allah S.W.T.

telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut , disebabkan


tangan manusia, sehingga Allah s.w.t memberi kepada mereka
sebahagian daripada akibat perbuatan mereka supaya mereka
kembali,
(Surah ar-Rum, 30:41)
Di dalam kitab Ihya Ulumiddin, Imam Ghazali telah menjelaskan bahawa
perkataan akal ini digunakan untuk menunjukkan kepada empat makna, iaitu:
i. Pertama
Akal adalah sifat yang membezakan manusia dengan haiwan. Dengan akal
manusia mempunyai kesedian untuk menerima pelbagai macam ilmu nazari
dan untuk menguruskan atau mengatur perkara-perkara yang pelik yang
berhajat kepada pemikiran. Ada juga pendapat seperti Imam Harith Almuhasibi, akal adalah satu ghazirah (naluri) yang dengannya dapat dicapai
ilmu-ilmu nazari. Akal itu seolah-olah cahaya yang dimasukkan ke dalam
hati, yang disediakan untuk mengetahui pelbagai macam perkara.
Sebagaimana kehidupan suatu ghazirah yang dengannya tubuh dapat

melakukan gerakan-gerakan pilihan dan merasa dengan perasaan, demikian


juga akal adalah suatu ghazirah yang dengannya manusia dapat
memperoleh ilmu pengetahuan. Hubungan ghazirah akal dengan ilmu
pengetahuan adalah seperti hubungan mata dengan melihat, matahari
dengan sinar dan seperti hubungan pohon dengan buah. Jika tidak ada mata,
maka tidak ada melihat, jika tidak ada matahari maka tidak ada sinar dan
jika tidak ada pohon maka tidak ada buah. Begitu juga , jika tidak ada akal ,
maka tidak akan ada ilmu kerana akal adalah sumber dan asas ilmu.

ii. Kedua
Akal adalah ilmu pengetahuan yang timbul ke alam wujud dalam diri
kanak-kanak yang denganya ia dapat membezakan tentang mungkinnya
perkara yang mungkin dan mustahilnya perkara yang mustahil, seperti
mengetahui dua lebih banyak daripada satu dan bahawa seseorang tidak
boleh berada di dua tempat dalam satu masa yang sama. Atau sebagaimana
yang diterangkan oleh sebahagian ulama ilmu kalam tentang batasan akal,
bahawa akal adalah sebahagian dari ilmu daruri, seperti mengetahui
tentang kemungkinan perkara yang mungkin dan kemustahilan perkara
yang mustahil.Perkara ini sering dibincangkan dalam perdebatan ilmu
kalam.

iii. Ketiga
Akal adalah ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman
dengan berlakunya bermacam-macam keadaan. Maka orang yang
diperkuat pemahamannya oleh pengalaman-pengalaman dan dicerdaskan
oleh pelbagai pengertian biasanya dikatakan sebagai orang yang berakal,
sedang orang yang tidak demikian dikatakan jahil atau bodoh.

iv. Keempat

Akal sebagai kekuatan daripada ghazirah yang berkesudahan kepada


mengetahui akibat daripada segala perkara dan kepada mencegah serta
menundukkan hawa nafsu yang mengajak kepada kesenangan yang dekat.
Apabila seseorang telah memiliki kekuatan seperti itu, maka ia disebut
berakal. Segala gerak langkahnya mengikut kepada gerak pertimbangan
akan akibat-akibatnya, tidak mengikut kehendak hawa nafsu.Ini juga
merupakan salah satu sifat khas manusia yang membezakan mereka
daripada haiwan.
Pengertian pertama adalah asas, pokok dan sumber. Pengertian kedua adalah
cabang yang terdekat. Pengertian ketiga merupakan cabang bagi pengertian pertama
dan kedua kerana dengan kekuatan ghazirah dan ilmu dawri itu dapatlah diambil
faedah daripada segala pengalaman. Pengertian keempat merupakan hasil yang
penghabisan dan tujuan yang terjauh. Maka yang pertama dan kedua diperolehi
dengan tabiat atau kejadian manusia itu sendiri sedang yang ketiga dan keempat
diperoleh dengan usaha.
Konsep Ilmu
Perkataan ilmu adalalah kata dasar dalam bahasa arab daripada perkataan Alima
Ya`lamu `Ilman

maksudnya tahu, mengerti, kenal, mengetahui sesuatu dan

pengethuan. Ilmu itu terbit daripada akal dan akal adalah suatu kurniaan Allah S.W.T.
kepada manusia untuk manusia mampa berfikir.
Firman Allah s.w.t



Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatangbinatang

ternak

ada

yang

bermacam-macam

warnanya

(dan

jenisnya).

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah


ulamak. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

al-Fatir 35: 28
Apa yang dimaksudkan dengan golongan ulamak itu ialah mereka yang takut dengan
ancaman dan azab Allah jika sekiranya melanggar segala perintah dan ketaatan.
Kerana mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang mengetahui kebesaran
dan kekuasaan Allah.
Islam melarang kita mengikuti sesuatu kepercayaan atau perbuatan melainkan
atas dasar pengetahuan kita akan baik buruknya yang kita ikuti itu. Kalau kita kembali
kepada Al-quran, maka kita melihat bahawa ayat yang pertama diturunkan ialah ayat
1-5 daripada surah Al-Alaq:




Bacalah dengan nama Tuhanmu. Ia telah menciptakan manusia daripada alaq
(setitis air mani). Bacalah, dan tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar
manusia melalui kalam. Ia mengajarkan manusia perkara yang tidak diketahuinya.
Dalam ayat tersebut terdapat beberapa perkara yang disentuh iaitu ia
menyuruh manusia membaca dan membaca ini melibatkan proses mental yang tinggi.
Selain itu, ia memerintahkan kita untuk berfikir iaitu memikirkan masalah kejadian
alam. Dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu. Ini kerana islam tidak
bersandarkan kepada perasaan, tetapi berdiri di atas pemikiran, penyelidikan, menolak
taklid buta dan bersandarkan pembuktian yang meyakinkan dan bukan bersandarkan
kepada sangkaan dan mengikuti hawa nafsu. Muslim telah meriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan
mudahkan jalan ke syurga.
Pembahagian ilmu

Ilmu telah dibahagi kepada beberapa pembahagian iaitu ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah. Maksud dengan ilmu fardhu ain terdapat pertikaian pendapat di
kalangan para ulama, sehingga menurut Imam Ghazali, menjadi lebih daripada 24
pendapat. Para ilmu kalam berpendapat bahawa yang termasuk ilmu fardhu ain adalah
ilmu kalam yang dengannya dicapai tauhid dan dikenal zat Allah s.w.t. dan sifatsifatNya. Para fuhaqa berpendapat bahawa ilmu fardhu ain adalah ilmu fiqh, yang
dengannya diketahui ibadat, perkara-perkara yang halal dan haram yang diperlukan
oleh setiap manusia. Para mufassirun dan muhaddithin berpendapat bahawa ilmu
fardhu ain adalah ilmu tentang al-Quran dan al-Sunnah yang dengan keduanya dicapai
segala ilmu lainnya. (Dr.Musa Harun,1997)
Para sufiyun berpendapat bahawa ilmu fardhu ain adalah ilmu hamba tentang
dirinya dan kedudukannya di sisi Allah s.w.t. Segolongan lainnya berpendapat bahawa
ilmu fardhu ain adalah ilmu tentang ikhlas, ilmu tentang segala penyakit jiwa dan
ilmu membezakan antara bisikan malaikat dan bisikan syaitan. Yang benar menurut
Imam Ghazali, ilmu fardhu ain ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang
dibebankan kepada setiap manusia yang berakal dan baligh, sama ada yang berupa
kepercayaan, perbuatan yang mesti dilakukan atau perkara yang mesti ditinggalkan
sama ada ia berupa perbuatan atau kepercayaan.
Ilmu fardhu kifayah segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka
menuntutnya pun wajib ke atas mereka. Kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan
luas bidangnya, maka kewajiban tersebut diserahkan kepada mereka untuk
dilaksanakan secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara sesama
mereka. Dengan kata-kata lain, setiap ilmu tersebut mesti ada yang mempelajarinya
dalam jumlah yang mencukupi keperluan. Contohnya seperti ilmu kedoktoran,
pengurusan, teknologi dalam pelbagai bidang dan lain-lain bidang ilmu yang
diperlukan oleh manusia.
Peranan Akal Sebagai Sumber Ilmu
Seperti yang diterangkan mengikut pengertian pertama mengenai akal,
hubungannya dengan ilmu ibarat hubungna

mata dengan melihat. Terdapat dua

sumber ilmu yang diperolehi oleh manusia iaitu secara semulajadi dan usaha. Manusia

memperoleh ilmu pengetahuan melalui usaha dengan menggunakan jalan berfikr.


Akal manusia berfungsi apabila mempunyai ilmu. Orang yang berilmu dikatakan
orang yang berakal.
Di dalam Islam, terdapat banyak hukum yang diijtihad oleh ulama-ulama
Fekah yang menekankan soal mumayiz yakni berakal. Ini kerana akal sangat berkait
rapat denga ilmu. Kanak kanak yang belum cukup akalnya tidak diwajibkan solat
namun ibu bapanya wajib mengajar anaknya itu cara-cara bersolat. Proses pendidikan
sangat penting bagi seseorang untuk mencapai tahap berakal.
Selain daripadaitu, akal juga berperanan sebagia sumber ilmu. Caranya dengan
proses berfikir. Orang yang banyak berfikir biasanya mudah mendalami sesuatu ilmu.
Ibarat akal dengan berfikir adalah bagaikan enjin dengan minyak pelincir. Akal
dikatakan sebagai enjin manakala berfikir itu adalah minyak pelincir. Jika baik
fikirannya maka baiklah akalnya manakala jika rosak fikirannya maka rosaklah
akalnya. Jika sesuatu enjin itu jarang diisi dengan minyak pelincir, lama-kelamaan
enjin itu rosak dan sukar berfungsi. Begitu juga dengan akal. (Mohd. Azhar, 2001)
Dengan akal juga manusia itu mudah menerima sesuatu ilmu. Namun begitu,
ilmu yang biasanya diterima oleh akal ialah ilmu yang dapat dilihat dan dirasa oleh
pancaindera. Dengan kata lain ilmu yang diterima ialah ilmu logic akal. Bagi ilmu
seperti ilmu berkenaan dengan alam ghaib atau metafizik, maka hanya dengan iman
sahajalah yang dapat menerimanya. Akal tidak mampu menanggapi jauh dari itu.
Akal sangat berperanan dalam mendalami ilmu sains. Ini kerana sains
merupakan ilmu berkenaan dengan fenomena alam yang banyak melakukan kerjakerja pembuktian dan analisa sesuatu teori. Sains yang ada pada masa kini lebih
banyak menggunakan logic akal semata-mata berbanding sains semasa zaman ilmuan
islam. Ini kerana kebanyakkan saintis kini telah menolak wahyu sebagai sumber ilmu
dan mengambil akal semata-mata. Perbuatan ini menjadikan ilmu sains itu sendiri
tempang dan agak terbatas ruang lingkupnya.
Peranan akal telah banyak mengubah kehidupan manusia daripada satu zaman
ke satu zaman. Jika dahulu semasa zaman Empayar Rom dan islam, kenderaan yang

digunakan adalah binatang seperti kuda, unta, gajah dan sebagainya. Tetapi pada
zamna moden ini, alat pengangkutan telah berubah kepada kenderaan mekanikal hasil
daripada ciptaan manusia. Selagi manusia ini hiudp di muka bumi, selagi itulah
manusia tidak akan berhenti berfikir untuk kehidupannya kepada yang lebih baik.
Akal dapat menggerakkan manusia itu untuk belajar sesuatu. Tugas otak
adalah untuk memproses maklumat dan maklumat diperoleh deria manusia,
persekitaran dan pengalaman manusia sehari-hari. Tidak semua maklumat yang
diterima oleh kita akan disimpan di dalam otak dan diterima pakai. Ini kerana logic
berperanan sebagai panduan hidup manusia ketika berfikir dan membuat keputusan.
Pendapat Ulama Tentang Akal dan Hikmah
Allah berfirman di dalam Al-Quran mengenai langit dan bumi sebagai bagi
manusia:
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang berakal
Musa Al-Khazhim berkata:
Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang
berakal dan memahami kitabNya.
Allah berfirman;
Berikanlah khabar gembira kepada hamba-hamba-Ku yang mendengarkan
perkataan dan kemudian mengikuti yang paling baik dari perkataan itu. Mereka
itulah orang-orang yang Allah telah berikan petunjuk dan mereka itulah orang-orang
yang berakal
Yang dimadsudkan dengan hikmah adalah faham dan akal. Rasulullah S.A.W
bersabda:
Yang pertama kali Allah ciptakan adalah akal

Saiyidina Ali berkata:


Akal seseorang adalah disiplin dan keteraturannya
Akal adalah kenderaan ilmu, dan ilmu adalah kenderaan kebijaksanaan
Akal adalah kebaikkan setiap urusan
Akal adalah pedang yang paling tajam
Akal adalah utusan kebenaran
Imam Muhammad Al-Baqir As berkata:
Tatkala menciptakan akal, Allah S.W.T berkata kepada akal, Menghadaplah, maka
akal pun menghadap. Membelakanglah, maka akal pun menghadap belakang.
Kemudian Allah S.W.T berkata, Demi kemudian dan ketinggian-Ku, tidaklah pernah
Aku ciptakan makhluk yang lebih bagus darimu. Denganmu Aku memberikan
perintah dan denganmu Aku memberikan larangan; denganmu Aku membebankan
pahala dan denganmu Aku memberikan seksa ( Ahmad Tarman Qasim,2000)
Saidina Ali As berkata:
Akal adalah imam bagi fikiran, fikiran adalah imam bagi hati, hati adalah imam
bagi indera dan indera adalah imam bagi anggota badan
Akal adalah pokok ilmu dan penyeru kepda kefahaman

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat (269):

Allah S.W.T memberiakan

hikmah kepada sesiapa sahaja yang

dikehendakiNya. Dan barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya ia


telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat
mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal
Seseorang manusia dalam hidup ini adakalanya bodoh dan adakalanya berakal
namun tidak mengetahui bagaimana cara menggunakan akalnya. Pada keadaan
pertama ia memerlukan ilmu dan hikmah yang akan menghapuskan kebodohannya
dan menempatkan keseedaran dan ilmu pada tempatnya. Pada keadaan kedua, ia harus
mampu menggunakan akalnya secara bijaksana dalam tindakan dan perilaku.
Ilmu adalah salah satu sifat orang yang berakal. Yang dimadsud dengan orang
yang berakal bukan hanya terhad pada definisi yang ada dalam filsafat atau orang
yang telah sampai ke peringkat keilmuan asas, atau juga orang yang telah lulus dari
universiti. Ia tidak lain adalah meliputi setiap orang yang berakal, berfikir, sedar dan
mengetahui bagaimana cara menggunakan akalnya dalam pergaulan dan tingkah laku,
sehingga jauh daripada kesalahan, penyimpangan dari kebatilan dan memperolehi
keredhaan Tuhan dan diterima oleh orang-orang yang berakal. ( Ahmad Tarman
Qasim,2000)

Peranan Akal
Peranan akal ialah sebagai alat untuk membezakan atau menilai baik buruknya
sesuatu. Daripada fungsinya sebagai alat membezakan atau menilai tersebut, maka
akal mempunyai peranan dalam membentuk sifat-sifat yang baik di dalam jiwa

manusia, di samping menghilangkan sifat-sifat yang buruk daripadanya. Kedua ialah


membentuk pengertian, merumuskan pendapat. Daripada kedua fungsi tersebut, maka
akal mempunyai peranan dalam menjadikan manusia mempunyai kesediaan untuk
menerima atau memperoleh ilmu pengetahuan dan mengumpulkan pengalaman.
Keempat ialah membuat kesimpulan. Dengan fungsi tersebut, akal mempunyai
peranan dalam membentuk kekuatan pada diri manusia untuk mengekang syahwat
dan menjauhi segala perkara yang merugikan atau membahayakan.
Kaitan akal dan ilmu
Orang yang berakal dikaitkan orang yang berilmu. Menurut Dr Musa
Fathullah Harun, ilmu boleh didapati dengan empat cara iaitu secara akal, wahyu,
pancaindera dan ilham. Manusia yang suka berfikir tanpa merujuk kepada dibimbangi
akan menyesatkan dia dari landasan yang benar. Biasanya manusia berfikir
disebabkan masalah yang cuba diatasinya. Apabila berfikir, ilmu yang lahir daripada
pemikirannya itu dinamakan ilham. Setelah itu, ilmu itu diselidiki dan dikaji dengan
mendalam sehingga membentuk satu teori lalu membentuk ilmu pengetahuan. Namun
begitu, teori yang dicipta oleh manusia tidak selamanya kekal. Ia sentiasa berubah
dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, selepas Charles Darwin mengemukakan teori
manusia berasal daripada beruk, kebanyakan silibus di seluruh dunia mengajarkan
teori itu. Namun begitu, apabila sarjana-sarjana muslim bangkit menentang teori itu
dengan hujah dan bukti yang kukuh, teori itu semakin lama semakin dilupakan.

Kaitan Ilmu dan Akal Dari Perspektif Islam


Islam adalah agama yang sangat mementingkan ilmu. Ini kerana ilmu
pengetahuan meningkatkan darjah akal kita kepada tahap yang lebih baik. Ini sesuai
dengan firman Allah dari surat Al-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:



Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal(Az-Zumar:19).
Allah s.w.t. berfirman;



Sesungguhnya yang takut lepada Allah daripada
hamba-hambaNya ialah orang-orang berilmu.
(Al-Fatir:28).
Islam tidak pernah menyekat kebebasan berfikir umatnya. Malah berfikir bagi
setiap orang Islam adalah diwajibkan. Ia merupakan satu ibadah. Orang Islam berfikir
berkiblatkan al-Quran dan al-Hadis. Sejarah telah membuktikan bahawa metodologi
berfikir cara Islam menjadikan umat Islam berupaya membentuk peradaban yang
bertahan berabad lamanya. Pemikiran sarjana muslim pada waktu itu telah
menghasilkan beribu-ibu karya ilmiah daripada pelbagai bidang yang tiada tolok
bandingnya sehingga pada hari ini. Ini kerana seorang individu sahaja telah
menghasilkan ratusan karya daripada pelbagai bidang.
Sebagai contoh, al-Kindi sendiri berupaya menerbitkan lebih 265 karya dalam
pelbagai bidang ilmu seperti logik (9 karya), falsafah (22 karya), optik fizik (33
karya), astronomi (19 karya), matematik (11 karya), astrologi (16 karya), muzik,
perubatan (22 karya), farmasi, sains politik (21 karya) dan beberapa karya tentang
kebahasaan. Kehebatan menguasai ilmu bukan sahaja bersandarkan kekuatan akal
semata-mata sebaliknya didorong oleh kekuatan dalaman iaitu keimanan kepada Allah
s.w.t.

Jadi, tidak hairanlah pada zaman kegemilangan Islam, kejayaan demi kejayaan
ditempuhi dengan berkat daripada fikrah Islami yang berasaskan paradigma tauhid
yang mereka miliki. Potensi berfikir akan berkembang dengan baik jika usaha
mengembangkannya melibatkan penyepaduan akal manusia, wahyu dan alam sejagat
ke dalam kesatuan yang harmonis, disertai amanah dan tanggungjawab ikhlas kepada
Allah s.w.t.
Manusia mampu membezakan satu perkara dengan perkara lain. Haiwan juga
bersifat begitu kerana kedua-dua makhluk ini mempunyai deria. Sebagai contoh
manusia dapat membezakan makanan yang bersih dengan yang kotor. Lembu pula
dapat membezakan rumput yang boleh dimakan dan daging yang tidak boleh dimakan
olehnya. Tetapi dengan akal, manusia dapat belajar bagaimana membuat makanan
dengan pelbagai perisa. Belajar melibatkan proses mental yang tinggi kerana ilmu
pengetahuan yang diterima akan diproses dan disimpan di dalam otak. Hanya dengan
akal sahajalah manusia mampu mencapai tamadun yang ada pada hari ini. Sedangkan
binatang tidak mencapai apa-apa peningkatan pencapaian hidup. Kita lihat tidak ada
perubahan kepada yang lebih sopistikated berlaku pada sarang burung. Pengetahuan
yang didapati oleh burung untuk membuat sarang bukanlah kerana haiwan itu belajar
daripada pengalaman tetapi ilham daripada Allah s.w.t.
Dalam diri manusia terdapat akal dan nafsu. Dengan akal, manusia
memperolehi ilmu pengetahuan manakala dengan nafsu, manusia memperolehi
kenikmatan dan kebahagiaan. Ilmu yang ada dalam diri manusia akan menjadikan
akal seseorang itu berkuasa ke atas nafsu kerana akal dengan nafsu saling berlawanan
antara satu sama lain.
Sardina Ali Kamarallahu Wajhah berkata;
Mencari ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim laki-laki dan Muslim
perempuan. Dengan ilmu, Tuhan ditaati; dengan ilmu, silaturrahim dihubungkan;
dengan ilmu, yang halal dan yang haram diketahui. Ilmu adalah pemimpin amal dan
amal adalah pengikut ilmu.

Ilmu dikatakan makanan akal. Orang yang tidak berilmu akan dijangkiti
banyak penyakit akal seperti kebodohan, kemalasan, kecuaian, kesesatan, kepandiran
dan macam-macam lagi. Namun begitu, jika diperhatikan ayat-ayat al-Quran yang
menyatakan berkenaan orang berakal, penafsirannya jauh lebih luas berbanding
dengan orang berilmu. Orang berakal yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam alQuran bukan setakat orang berilmu pengetahuan tetapi orang yang dapat mengenali
kebenaran dengan kebatilan. Itulah yang dikatakan orang berakal. Hanya dengan ilmu
sahajalah yang dapat membezakan kebenaran dan kebatilan.
Tidak ada kebodohan dalam Islam dam Islam menentang kejahilan dan
mengajar umatnya untuk sedar tentang kepentingan ilmu sebagai cahaya dan suluh
hidup.. Kebodohan sering dikaitkan dengan kecacatan akal fikiran. Ia boleh
menyebabkan manusia itu ditindas dan diperolok-olokkan. Selain itu, kebodohan
boleh menyebabkan manusia itu menyimpang daripada kebenaran lalu terjerumus ke
dalam lembah kehinaan dan kesesatan. Akhirnya manusia akan mengagungkan hawa
nafsu sebagai Tuhan. Sebagai contoh yang sedang hangat diperkatakan iaitu isu Ayah
Pin, satu kumpulan ajaran sesat yang mendakwa mereka membentuk kerajaan langit.
Kebanyakan pengikut ajaran sesat ini tidak mempunyai asas pendidikan agama yang
kuat dan ilmu akidah yang mantap sungguhpun ada pengikutnya yang berkelulusan
tinggi. Keadaan seperti ini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah merugikan
agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan
Akal merupakan suatu anugerah Ilahi kepada manusia. Dengan akal jugalah
dapat membezakan manusia dan haiwan. Dari akal datanglah ilmu samaada manusia
itu mendapat ilmu daripada usaha sendiri ataupu secara semulajadi. Kedudukan akal
di dalam ilmu amat penting. Hubungannya ibarat isi dan kuku. Tanpa akal, ilmu yang

diperolehi oleh manusia akan ditunjangi nafsu dan membawa keburukkan. Akallah
yang membimbing ilmu itu agar iainya membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
Pada zaman kita sekarang ini, banyak ilmuwan memanfaatkan ilmunya untuk
menghancurkan umat manusia atau menyesatkan masyarakat, bukannya memberikan
petunjuk kepada mereka. Ada juga orang-orang pandai (hukama) yang memanfaatkan
hikmah dan pengetahuannya untuk berkhidmat kepada syaitan, memuja diri dan
benda dan mengeksploitasi manusia. Hanya saja, hikmah jenis ini tidak dianggap
sebagai hikmah sesungguhnya dalam kacamata agama.
Oleh itu, ilmu sebenarnya perlu dipandu dengan akal bukannya dengan nafsu.
Panduannya pula perlu berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah barulah ilmu yang
terhasil daripada kecerdikan akal itu dapat dimanfaatkan untuk manusia alam sejagat.
Konsep akal dan ilmu perlulah diintegrasikan bersama agar ianya seiring. Selain
daripada itu, peranan akal juga penting dalam menghasilkan pelbagai disiplin ilmu.
Tokoh islam zaman silam amat mementingkan pencarian ilmu baru sehinggalah
terhasilnya sumber ilmu yang agung dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
sebagainya. Ini kerana mereka mencari ilmu berpandukan akal dan seterusnya
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Semua ini bagi mengelakkan terjadinya
penyelewengan ilmu seperti yang terjadi kepada sarjana-sarjana barat di mana
penemuan mereka itu sampai membutakan hati mereka dan menidakkan kewujudan
alam ghaib. Memanglah mereka itu berpandukan akal tetapi tidak disepadukan
dengan wahyu.

Bibliografi
1. Dr. Musa B. Fathullah Harun, (1997.)Pendidikan Islam 2Universiti
Teknologi Malaysia, . Kuala Lumpur:
2. Mohd Azhar B Abd. Hamid (2004) Pengenalan Pemikiran Kritis dan
Kreatif. Johor:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor

3. Ahmad Tarman Qasim, (2000) Berfikir Cerdas dan Bijaksana. Selangor:


Thinkers Library Sdn. Bhd. selangor
4.

Syed Ahmad Semait, Bimbingan Muminin, (2004):Pustaka Nasional Pte.


Ltd. Singapura. Singapura

5. Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Membina Imaginasi Cemerlang.(2004)


Selangor:Karya Bestari Sdn Bhd, shah Alam Selangor..