Vous êtes sur la page 1sur 13

Pengenalan

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri


Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini dianggap lonjakan atau pecutan
akhir dalam usaha membawa Malaysia mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi
pada

tahun

2020.

RMK-11 yang

bertemakan

Pertumbuhan

Berpaksikan

Rakyat

berlandaskan prinsip inklusif dengan meletakkan rakyat sebagai paksi dan keutamaan
dalam semua pembangunan Negara. Enam teras strategik yang digariskan iaitu inklusiviti,
kesejahteraan rakyat, memperkukuh infrastruktur, pembangunan modal insan pertumbuhan
hijau memperkasa pertumbuhan ekonomi akan menjadi landasan menjayakan rancangan
pembangunan lima tahun itu.
Semua

program

yang

digariskan

pada

asasnya

di

bawah

RMK-11 merupakan

kesinambungan daripada pelbagai program yang dijalankan kerajaan di bawah Dasar


Transformasi Nasional berbeza dengan RMK yang terdahulu. RMK-11 meliputi setiap
lapisan dan golongan rakyat.
Bagi memastikan Enam Strategi Tumpuan RMK-11 ini berjaya mencapai matlamatnya,
game changers berikut akan dilaksanakan sebagai pemangkin kearah lonjakan yang
signifikan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat
secara inklusif.

Pertama : Meningkatkan Produktiviti


Kedua : Menjana Kekayaan Melalui Inovasi
Ketiga : Mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah
Keempat : Menteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET
Kelima : Melaksana Pertumbuhan Hijau
Keenam : Melabur di Bandar-bandar Berdaya saing.

Rancangan Malaysia Ke-10 ( RMK-10 ) bagi tempoh 2011-2015 memperlihatkan satu


perubahan ketara dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Voksaional (Technical and
Vocational Education Training TVET / TEVT ) di Malaysia. Pengharapan idea dan strategi
berasaskan pencapaian dan peningkatan Negara luar seperti Korea dan German menjadi
sebuah Negara berpendapatan tinggi menjadi contoh kepada Malaysia untuk terus
mengorak sebuah Negara berpendapatan tinggi menjadi contoh kepada Malaysia untuk
terus mengorak langkah bersaing dan berada pada mata dunia. Diharap dengan
pendekatan yang lebih holistic dalam pembentukan modal insan kelas pertama menjadi
keutamaan kepada satu penjelmaan Malaysia sebagai sebuah Negara berpendapatan tinggi
dan disegani. Pembangunan modal insan bertarf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang
komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan juga swasta serta masyarakat.

Bagi meneruskan lagi kesinambungan dan perubahan yang ketara dalam bidang teknik dan
vokasional, strategi yang keempat iaitu menteraskan pendidikan dan latihan teknikal atau
TVET perlu diperkasa dan diperluaskan sejajar dengan matlamat Malaysia untuk bergelar
Negara maju pada tahun 2020.

since education is considered the key to effective development strategies, technical


and vocational education and training (TVET) must be the master key that can
alleviate poverty, promote peace, conserve the environment,improve the quality of life
for all and help achieve sustainable development.
(Bonn Declaration, 25 to 28 October 2004 )
Merealisasikan hasrat ini menjelang 2020, satu rangka kerja telah disusun bagi menentukan
keberhasilan dan pencapaian yang ditetapkan. Melalui rangka kerja pembangunan modal
insan uang bersepadu bagi Malaysia, dapat dilihat satu reformasi yang bakal menghasilkan
satu perubahan besar kepada masa hadapan Malaysia.
Agenda Bidang Pendidikan Dalam RMK 11( 2016-2020 )
Sistem pendidikan dan latihan teknikal merupakan agenda utama dalam bidang pendidikan
yang terkandung dalam 6 strategi yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
Sistem ini juga diberi satu reformasi baru bagi memenuhi keperluan dalam usaha mencapai
hasrat negara. Meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran
menjadi satu asas yang perlu diutamakan pendidikan lepasan menengah dan suatu hari
nanti akan menjadi pemangkin kepada satu perubahan di mana keperluan tenaga mahir dan
separa mahir yang diperlukan oleh industri dilihat dapat menjana perkembangan ekonomi
yang lebih mapan.
Menurut (Finch& Crunkilton, 1965) pendidikan teknik membawa maksud Pendidikan yang
memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan berkaitan matapelajaran matematik
dan sains yang kukuh. Manakala pendidikan vokasional ialah Satu program pendidikan
yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah
sarjana muda ( Finch&Crunkilton, 1965).
Mentranformasi TVET dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah
penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama
untuk menyokong peralihan sektor ekonomi kea rah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari

dengan aspirasi menjadi negara maju pada tahun 2020. Dalam tempoh RMK-11, tumpuan
akan diberikan kepada 11 inisiatif seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2
Inisiatif ini dirangkumkan dalam 3 strategi utama seperti berikut :

Mengarusperdanakan dan memperluas Pendidikan Teknikal dan Vokasional kepada yang


lebih berkualiti.
I.

Menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajar
sekolah harian untuk menyertai dan menceburi bidang teknik vokasional.
Mengikis persepsi sesetengah pihak yang menyatakan bahawa bidang teknik dan
vokasional adalah tempat untuk pelajar yang lemah dan tercicir. Kerajaan harus
melaksanakan kempen melalui media arus perdana bagi meningkatkan dan
menanam kesedaran di kalangan rakyat Malaysia betapa pentingnya pendidikan
vokasional yang mana menjadi agenda utama negara dalam usaha dan persediaan
awal negara bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Secara tidak
langsung ianya membuka minda masyarakat di Malaysia bahawa bidang vokasional
menjadi pilihan utama kepada negara-negara yang telah mencapai kemajuan.
Penaiktarafan Sekolah-sekolah vokasional kepada Kolej Vokasional merupakan
salah satu langkah memperkasakan pendidikan TVET di Malaysia. Guru juga
berperanan membimbing dan mendedahkan kepada pelajar tentang keutamaan
bidang-bidang pendidikan teknikal dan vokasional ini mampu memberikan satu
pulangan yang dapat menjana peningkatan ekonomi dengan pesat.

II.

Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif


Tenaga pengajar dalam bidang TVET diberi satu dorongan seperti memudahkan
laluan peningkatan pembangunan diri dari segi ilmu dan kemahiran. Penyusunan
gred dan kepakaran serta peluang untuk kenaikan pangkat haruslah disusun semula
bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh setiap tenaga
pengajar bidang TVET ini. Disamping itu pengiktirafan terhadap sijil-sijil kemahiran
oleh badan-badan tertentu akan dapat digunakan sebagai tiket atau peluang untuk
mendapat tempat di institute kemahiran atau pendidikan yang lebih tinggi. Sistem
dirombak dengan penambahbaikan, memberi pengiktirafan serta insentif berpatutan
bagi penjelmaan kajian atau reka cipta baru merupakan langkah proaktif dalam
memperluaskan bidang berkaitan TVET.

III.

Memperkemas penyampaian TVET

Peruntukan akan disediakan oleh pihak kerajaan berdasarkan prestasi institusi


sebagai galakkan persaingan dikalangan institusi dalam penghasilan kajian dan
penyediaan sumber manusia yang berkemahiran tinggi. Bantuan kewangan juga
akan diberikan kepada pelajar di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
dan ke atas di institusi awam. Pelajar yang tercicir juga merupakan sumber tenaga
kerja yang besar dan berpotensi setelah mendapat latihan dan kemahiran. Melalui
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), kerjasama industri dalam menyediakan
latihan kemahiran di tempat kerja juga akan membantu peningkatan penghasilan
tenaga mahir. Dana dan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM 150juta akan di
peruntukkan di bawah SLDN bagi memanfaatkan golongan pelajar tercicir.
IV.

Meningkatkan kompetensi siswazah bagi persediaan mereka memasuki pasaran


pekerjaan
Memperkukuhkan kerjasama industri dengan penyelidikan melalui program latihan
praktikum. Di industri paraa pelajar diberi pendedahan dan peluang mempersiapkan
diri sebelum menempuh bidang pekerjaan yang sebenar. Penglibatan pihak swasta
dalam

penyediaan

dipertingkatkan.

tempat

Kursus

latihan

melalui

berorientasikan

perkongsian

pasaran

juga

awam-swasta

turut

ditambah

juga
bagi

memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan. Latihan berasaskan


industri

diberikan

pengalaman

dan

kepada

siswazah

kemahiran

bagi

keusahawanan

mempertingkatkan
agar

pengetahuan,

memudahkan

siswazah

menjalankan projek dan kajian.


Kesimpulan
TVET merupakan pendidikan yang berpusatkan kemahiran bagi menyediakan
pelajar untuk tujuan kerjaya. Dengan segala potensi yang ada, kita dapat membangunkan
negara

menerusi

pembangunan

ekonomi,

politik

dan

social

bahkan

menjawab

ketidakseimbangan yang berlaku dalam usaha mencapai agenda pendidikan dalam RMK-11
iaitu memperkasakan TVET dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan masa
hadapan Malaysia secara keseluruhannya lebih bermula dari kecemerlangan pendidikan.
Reformasi sistem pendidikan TVET khususnya yang diolah dengan penambahbaikan
memenuhi kehendak semasa dan akan dating bakal melahirkan modal insan kelas pertama,
mempunyai kemahiran dan kebolehkerjaan yang tinggi dan mempunyai kehidupan sebagai
khalifah yang bermatlamat serta bersandarkan kehidupan yang mengabdikan diri kepada
Tuhan. Kurikulum TVET yang diperbaharui semula selain memenuhi kehendak pasaran
kerja semasa, masih berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di jangka akan dapat
merealisasikan hasrat murni negara dan membawa satu cabaran untuk generasi semasa

dan pada masa akan datang dalam membentuk negara Malaysia yang berstatus negara
maju yang disegani.
Belia Sebagai Pemacu Pembangunan Negara
Penakrifan belia dari segi umur, iaitu golongan remaja yang muda yang berumur 18 hingga
40 tahun. Ianya merupakan satu peringkat umur apabila tahap pemikiran dikatakan sedang
berada dalam peringkat cair, namun sudah cukup matang untuk memikirkan hal-hal yang
berkaitan dengan isu semasa dan juga bagaimana ia memberi kesan pada masa depan
mereka sendiri. Ini adalah faktor utama mengapa kelompok belia dianggap asset yang amat
penting pada sesebuah negara dan sudah tentunya termasuk Malaysia. Golongan muda ini
merupakan orang yang menentukan kemajuan sesebuah negara. Maju atau mundur
sesebuah negara semua bergantung kepada golongan belia. Justeru itu, golongan belia
menjadi nadi penggerak kepada kemajuan sesebuah negara. Mereka juga adalah harapan
sebagai penerus dan pengganti kemajuan generasi yang sebelumnya. Semangat muda
yang dibawa oleh golongan belia mungkin dianggap naf bagi segelintir pihak. Namun harus
di akui semangat itu juga merupakan semangat yang membuatkan mereka berani mencuba
dan terus mengubah nasib sesuatu bangsa ke arah yang lebih baik.
Sebagai umat islam, kita sedia maklum kisah Ashabul Kahfi yang telah diceritakan di dalam
Al-Qurannul Karim di dalam surah yang ke 18 iaitu Surah Al-Kahf iaitu tentang sekelompok
pemuda yang beriman kepada Allah pada zaman dahulu. Mereka hidup ditengah
masyarakat yang menyembah berhala. Kehidupan masyarakat tersebut benar-benar jauh
dari nilai-nilai kebaikkan. Kemaksiatan bermaharajalela seperti bermabuk-mabukkan,
berjudi, dan segala kemaksiatan yang lainnya.
Kelompok pemuda tersebut berusaha memperbaiki keadaan masyarakat, mereka mengajak
masyarakat untuk menyembah kepada Allah SWT dan meninggalkan segala bentuk
kemaksiatan. Akan tetapi ajakan tersebut mereka tolak, bahkan masyarakat tersebut
berusaha mencelakakan para pemuda yang solleh itu. Para pemuda itu merasakan
keselamatannya terancam maka mereka pun menyelamatkan diri kedalam gua. Gua itu
berukuran cukup luas, pintunya menghadap ke Utara sehingga sinar matahari tidak
langsung masuk ke dalam gua itu. Mereka kepenatan setelah dikejar oleh tentera kerajaan,
kemudian mereka tertidur di dalam gua itu. Ternyata, Allah melindungi dan mengawasi
mereka, mereka telah tertidur dalam masa yang sangat lama iaitu 309 tahun tanpa mereka
menyedari hal itu.
Setelah itu Allah SWT membangunkan mereka. Mereka terbangun dari tidurnya, tubuh
mereka terasa lebih segar, mereka saling bertanya tentang lamanya mereka tertidur. Salah

seorang diantara mereka mengatakan bahawa mereka tertidur selama satu hari. Ada yang
mengatakan bahawa mereka tertidur setengah hari atau mungkin kurang dari itu.
Kemudian salah seorang diantara mereka juga ada yang diutus untuk pergi membeli ke
kota. Rupanya mereka merasa lapar setelah tidur beberapa lamanya. Pemuda itu pergi ke
kota dengan membawa wang perak untuk membeli makanan mereka dan mereka sangat
waspada terhadap segala gangguan yang akan menimpa mereka. Setibanya di kota,
pemuda itu membeli makanan dengan wang perak itu. Pedagang yang menjual makanan
merasa terkejut, menurutnya wang yang dipakai itu untuk membeli makanan telah lama
tidak di pakai. Ternyata keadaan telah berubah. Masyarakat yang sekarang bukanlah
masyarakat yang dahulu membuat kerosakkan. Masyarakat yang sekarang adalah
masyarakat yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh. Negeri itu telah
dipimpin oleh seorang raja yang menngajak rakyatnya untuk beriman kepada Allah SWT.
Berdasarkan cerita ringkas tentang kisah pemuda Ashabul Kahfi, kita akan sedar tentang
kemuliaan,

keberanian

dalam

mempertahankan

akidah

mereka

dari

kezaliman,

menggegarkan rasa jiwa, betapa agungnya kepercayaan sang pemuda, lantas dibangkitkan
dengan keazaman di dada membawa tamadun ke mercu jaya.
Maka benar, betapa Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al Qardawi percaya Apabila kita hendak
melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Tiada
siapa bisa menafikan, kuasa dan aura golongan belia sebagai perencana dalam
memastikan negaranya maju dan berjaya. Jangan kita lupa Mark Zuckerberg dalam
mencipta Media sosial yang sangat terkenal di dunia iaitu Facebook sewaktu beliau masih
lagi belajar di universiti. Terdapat beberapa aspek di mana keberanian beliau mencuba
mampu menggoncang dunia. Jika tidak, mana mungkin mantan Presiden Indonesia pernah
berkata Berikan aku sepuluh anak muda, nescaya akan aku gegarkan dunia.
Golongan belia merupakan golongan terbesar mewakili penduduk Malaysia, manakala
pelajar pula merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Justeru itu, golongan
pelajar merupakan golongan yang amat signifikant dalam mencorakkan sesebuah negara
dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang sehingga boleh menjangkau
kepada pembinaan tamadun yang hebat. Dalam hubungan ini, umumnya para sarjana yang
melaksanakan penyelidikan serta menganalisis aktiviti para pelajar dan belia sependapat
bahawa golongan tersebut memainkan peranan perubahan yang penting dalam beberapa
siri revolusi seperti di Jerman dan Austria pada tahun 1848, revolusi di China pada tahun
1919 dan pergolakkan terbaru dan kejatuhan rejim zalim Asia Barat seperti di Mesir, Libya
dan Syria juga mengambarkan bahawa golongan ini berpotensi dalam menentukan jatuh

bangun politik negara berdasarkan kepada perjuangan golongan terpelajar terhadap order
lama di negara tersebut.
Dalam tradisi Islam, penglibatan golongan muda ini bukanlah merupakan sesuatu yang
baru. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah menunjukkan
penglibatan Saidina Ali Ibn Talib r.a. Asma Abu Bakar dan Usamah bin Zaid dan ramai lagi
yang diungkapkan oleh sejarah Islam sebagai golongan awal As-Sabiqul Awwalun yang
begitu setia berjuang dalam peristiwa berkenaan. Justeru, peranan pelajar dan belia sebagai
agen perubah masyarakat tidak akan memberi makna sekiranya perubahan itu adalah dari
kecerahan kepada kegelapan, dari berkahlak kepada tidak berakhlak dan seumpamanya.
Perubahan dalam erti kata yang sebenar adalah merujuk kepada dari kegelapan kepada
kecerahan, dari akhlak yang kurang baik kepada manusia yang beradab, dari kurang
berilmu kepada mereka yang mengangkat martabat ilmu dan seterusnya.
Oleh yang demikian, pembinaan peribadi seorang pelajar dan belia yang merujuk kepada
pembinaan intelektual, rohani dan jasmani yang baik adalalah merupakan kewajipan yang
perlu diambil kira kepentingan dan manfaatnya mengikut landasan Allah S.W.T besertakan
dengan niat yang ikhlas. Dalam pembinaan sebuah tamadun yang besar, ianya tidak
mampu dipikul oleh manusia yang rendah peribadi, akhlak dan jati dirinya serta tidak
mempunyai iltizam dan tekad yang mantap.
Seharusya, golongan belia yang berada di institusi pengajian tinggi perlu memanfaatkan
kuliah-kuliahdi

institusi

masing-masing,

menghadiri

kursus-kursus

ilmuan

dan

memperbanyakkan bahan bacaan dan rujukan ilmiah dalam usaha membina kecintaan
terhadap ilmu pengetahuan dan melahirkan golongan belia yang berilmu untuk memacu
negara ini pada masa akan datang.
Sebagai mempersiapkan diri untuk membentuk negara maju pada masa akan datang, tradisi
ilmu hendaklah dibudayakan oleh para pelajar yang sesuai dengan seruan Allah S.W.T di
dalam wahyu pertama yang diturunkan iaitu surah Al=Alaq (1-5): Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam, dia mengajar kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya. Sayugia, golongan pelajar dan belia hari ini sebenarnya memainkan peranan
yang penting dalam meniupkan keyakinan bahawa setiap pelajar dan belia sebenarnya
mempunyai peranan yang amat besar dalam mencorakkan perubahan dikalangan generasi
mereka sendiri.

Konsep rakan sebaya positif yang memimpin golongan ini kearah kebaikan harus
dipopularkan sebagai alternative kepada pengaruh rakan sebaya negative yang dilihat lebih
berjaya mendorong mereka kepada salah laku dan jenayah. Kesedaran kepada generasi
dan belia untuk memimpin diri sendiri dan membuang sikap bergantung diri kepada orang
lain dan mentaliti subsidi dan tongkat juga perlu diambil perhatian sewajarnya dalam
memastikan generasi hari ini lebih ampuh dan berdaya saing.
Dalam pada masa yang sama, aspirasi dan suara para pelajar harus didengar dan disantuni
sebaiknya khususnya kepada para penggubal dasar, pihak pelaksana dasar, pemimpin
masyarakat dan setempat. Natijahnya daripada penggubalan dasar negara yang dibuat
pimpinan negara hari ini sebenarnya akan dipikul oleh generasi muda yang akan
menyambung legasi kepimpinan sedia ada. Hakikat bahawa sekiranya suara pelajar ini tidak
didengari dan difahami sebaiknya seolah-olah kita tidak mengiktiraf golongan pelajar ini
sebagai pelanggan utama dan penerima akhir segala dasar.
Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dari aspek akademik, kecemerlangan akademik merupakan salah satu
elemen yang yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan
negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa.
Sehubungan dengan itu, belia kita perlua proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam
kelas, tetapi juga menuntut segala pengetahuan terutamanya ilmu Sains dan Matematik
melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayai lebuhraya maklumat di dunia
maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Remaja
juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan iaitu terlalu khusyuk dalam dunia
hiburan atau mengamalkan hedonism. Peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa perlu di
hayati bertapa tegasnya tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan
terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin
pembangunan negara jika belia tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang
ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi
segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu
memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa
supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju.
Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan
seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan
tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperi minum arak, merokok,kegiatan

maksiat,najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku
buruk padahnya.
Belia kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan asset yang tidak ternilai, Tanpa
kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan
slogan :rakyat sihat, negara maju. Jadi, belia yang sihat dan mempunyai jati diri yang
mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara.
Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus
disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting
untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati
diri unggul. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus
dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya
bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim,
mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai
aktiviti sukarela. Belia yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam
kebejatan social. Dengan kata lain, belia berkepimpinan harus bersahsiah mulia,
berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang secara tak langsung dapat melahirkan
Negara maju sama ada secara luarannya dan dalamanya pada suatu hari nanti.
Seperkara lagi, belia juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan Negara
yang maju. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif
dan mempelopori bidnag yang baru dapat mengecapi kejyaan yang terbilang. Dalam
industry teknologi komunikasi dan maklumat ICT, belia yang gigih dan berani mencuba
sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, belia
kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi
yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak
terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan
rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam
konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,
kepimpinan atau keushawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi belia. Pendek
kata, pembangunan Negara akan tercapai jika Negara kita mempunyai barisan pelapis
Negara yang kreatif dan inovatif.
Akhir sekali, belia juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan Negara
dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat
sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam
nada yang serupa, belia seumpama ini dapat memberi kesan kepada Negara ini. Mereka

dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan social Negara. Mereka akan menjadi
pendukung untuk mencapai perpaduan Negara atau integrasi nasional demi mewujudkan
kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur
untuk mencapai misi dan visi Negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu
bumbung yakni, satu bangsa, satu bahasa dan satu Negara. Maka, sifat keterbukaan belia
sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu mebangunkan
negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.

Lampiran

Rajah 1 : Laluan Kerjaya Mengikut Peringkat Umur

Rajah 2 : 11 Inisiatif TVET

Rajah 3 : Laluan pendidikan lepasan SPM pada tahun 2010,2013 dan 2020

Rajah 4 : Gua Ashabul Kahf

Rujukan
http://www.bharian.com.my/node/56271
http://www.utusan.com.my/rencana/rmk-11-pendidikan-paksi-modal-insan1.94733#sthash.C0MANfqL.dpuf
Hala Tuju Pendidikan, http://www.moe.gov.my/?id=84&lang=my
International Handbook Of Education For The Changing World OfF Work 2009, Part VII,
Section 14, 2431-2444, DOI: 10.1007/978-1-4020-5281-1_160
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 (RMK-9), Majlis Pelancaran PIPP 2006-2010. 16 Jan 2007, Putrajaya
International Convention Centre(PICC).
Program

Pendidikan

Guru

Teknik

dan

Vokasional

yang

Cemerlang,

Warnoh&Norasmah, Fakulti Pendidikan, UKM


http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6_10.pdf
TVET For Sustainable Development Opportunities and Challenges An International
Experts Meeting Organised By UNESCO-UNEVOC International Centre for Technical
and

Vocational

Education

and

Training

(TVET),

Bonn

Germany

,2006. RMIT

International University Vietnam, Vietnam


https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkanselama-309-tahun-di-dalam-gua/

Vous aimerez peut-être aussi