luangkan tempat bisikan anakanda yang tetap bergelora dalam sukma rasa tak kuasa menahan lama. Masih terbayang ibu terikat dirantai dibelenggu oleh si Barat hendak membebaskan dah terniat tapi, apakan daya tiada sempat. Kedatangan perkasa suruhan Tuhan ibu terbebas dari genggaman beta melompatlah mara ke hadapan dengan tujuan hendak berkorban. Di telapak tangan ibu gerangan syurga tapi hairan putera umpama beta masih ada yang lengah dan terlupa bahawa bondakan masih belum berdaya. Dah datang masanya wahai putera mengabdi menjunjung titah bonda supaya dia jangan kecewa menunggu kita setiap masa. Kalau tak kita yang berusaha ibu pertiwi tak akan jaya dalam lingkungan Asia Raya menuju kemakmuran bersama.