Vous êtes sur la page 1sur 2

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan sangat penting kepada negara.

Namun
kini, mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik terutama dalam sukan bola
sepak, hoki, sepak takraw

dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak

memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai faktor
yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot. Terutamanya dalam sukan
badminton.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain
kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak
bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan
sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam
jiwa

pemain

negara.

Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka
ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak
memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti
permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang

untuk

meninggikan

mutu

permainan

mereka.

Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti
sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolahsekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini
tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran
negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu
sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara
yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan
tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk
menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan
sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu
pula.
Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini
terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang
jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan Majulah Sukan

Untuk Negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan
baik.

Vous aimerez peut-être aussi