Vous êtes sur la page 1sur 2

,

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, dalam dewan yang


permai ini bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu
yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada
kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah majlis kami ini, majlis yang
mengumpulkan para ilmuan yang ingin bersama-sama berkongsi
ilmu kurniaan mu ya Allah . Terangi dan Sinarilah jiwa dan hati
kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan
minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya
kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
.mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara

Vous aimerez peut-être aussi