Vous êtes sur la page 1sur 35

Pengurusan Kurikulum | 1

BAB 1
DEFINISI KURIKULUM

1.1

DEFINISI KURIKULUM

Menurut

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

Kurikulum

bermaksud

segala

rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi


pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum juga merupakan
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai
dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk
diperturunkan kepada ahli-ahlinya.
Kurikulum turut didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk
tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk
mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98) . Kurikulum
ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar
kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)
Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan
P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.
Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
daripada generasi ke generasi yang lain.
Namun begitu, kurikulum juga mencakupi definisi luas dan umum.
Antaranya adalah seperti berikut :

Pengurusan Kurikulum | 2
A)

Kurikulum sebagai sistem

B)

Kurikulum sebagai pengalaman

C)

Kurikulum sebagai satu bidang kajian

D)

Kurikulum sebagai mata pelajaran.

1.1.1 Kurikulum sebagai sistem


Menurut Dolls (1993), kurikulum boleh dianggap sebagai satu system yang
berurusan dengan manusia dan proses atau organisasi kakitangan dan prosedur
untuk melaksanakannya. Sistem ini boleh jadi linear atau bukan linear.

1.1.2 Kurikulum sebagai pengalaman


Caswell & Campbell (1935) menyatakan kurikulum adalah kesemua
pengalaman yang dipelajari di bawah panduan guru.
Menurut Tanner & Tanner (1980), kurikulum adalah proses pembinaan
semula pengetahuan dan pengalaman, dibina secara sistematik di bawah
penyeliaan sekolah atau universiti, untuk membolehkan pelajar meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman mereka.

Kurikulum juga mengandungi pengalaman yang dialami oleh pelajar dan


juga kanak-kanak. Menurut Shepherd dan Ragan (1992), Kurikulum mengandungi
pengalaman kanak-kanak berterusan di bawah panduan sekolah. Hass (1993)
juga turut menyatakan bahawa kurikulum adalah kesemua pengalaman yang
diperolehi oleh seseorang individi dalam sesuatu program pendidikan.

Pengurusan Kurikulum | 3
Pendapat Eisner (1993) pula menyatakan, kurikulum adalah program yang
ditawarkan kepada pelajar yang mengandungi program yang terancang dan
seluruh pengalaman yang dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah.

1.1.3 Kurikulum sebagai satu bidang kajian


Menurut MCNeil (1990), Kurikulum boleh dilihat sebagai satu bidang kajian
yang mempunyai asas dan domain pengetahuan dan juga kajian, teori dan
prinsip yang tersendiri. Perbincangan kurikulum biasanya berbentuk akadamik
dan teoritikal tertumpu kepada isu-isu sejarah, falsafah dan social.
Bagi Oliva (1997),
seperti

perkembangan

kurikulum sebagai satu disiplin- satu bidang kajian


kurikulum,

teori

kurikulum

penilaian

kurikulum,

kurikulum sekolah menengah, kurikulum sekolah rendah, kurikulum maktab dan


kurikulum universiti.

1.1.4 Kurikulum sebagai mata pelajaran


Kurikulum adalah sebagai mata pelajaran atau kandungan pelajaran
( seperti Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya) bagi tahun,
gred, kelas atau tingkatan tertentu (Shepherd dan Ragan, 1993)

1.2

KONSEP KURIKULUM
Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri
daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif,

Pengurusan Kurikulum | 4
ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran,
kaedah, bahan dan cara penilaian.
b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang
lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi
kandungan dengan berkesan.
c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek
yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia
bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari
dan mendapat pengalaman.
e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui
pembelajaran

terancang,

pelajar

akan

memperolehi

nilai-nilai

sampingan. CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanakkanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan
etika dalam kehidupan masyarakat.

KESIMPULAN
Dalam bidang pendidikan, kurikulum merupakan sebahagian daripada komponen
yang menggerakkan proses pendidikan itu. Kefahaman tentang kurikulum akan
memberikan kelebihan kepada golongan pendidik untuk melaksanakan program
pendidikan dengan lebih berkesan.
Takrifan kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan
bagaimana

kurikulum

diterjemahkan

untuk

penggunaanya.

Kurikulum

merupakan pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara

Pengurusan Kurikulum | 5
utama, iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau organisasi dalam
pendidikan.

RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum : Universiti Teknologi
Malaysia. Percetakan
Surya Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Sekolah Kuala Lumpur: PTS Publications
&

Distributors Sdn. Bhd.

BAB 2
REKABENTUK DAN MODEL KURIKULUM DI MALAYSIA
2.1

REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

Rekabentuk

kurikulum

komponen-komponen

bermaksud
utama

cara

kurikulum

kurikulum
seperti

itu

dikonsepsikan

(matlamat

dan

dan

objektif,

kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu


kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan
Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam
kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan
bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan

Pengurusan Kurikulum | 6
pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga
untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran.
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan
dasar

pendidikan

dan

juga

menyentuh

tentang

aspek

kurikulum

bagi

memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam


pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat
bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan
(Mohd Daud, 1994)
2.2
MODEL KURIKULUM DI MALAYSIA
Terdapat 4 jenis model Kurikulum di Malaysia iaitu Model Taba, Tyler, Stenhouse
dan Trenda Kini (trend terkini).
2.2.1 Model Tyler
Tyler menekankan bahawa mereka yang terlibat dalam pembangunan kurikulum
mesti berusaha untuk mengenalpasti dan mendefinisikan:
1. Tujuan sekolah (purposes of the school)
2. Pengalaman pembelajaran berkait dengan tujuan sekolah (Educational
experiences related to the purposes)
3. Organisasi pengalaman pembelajaran (Organization of these experiences)
4. Penilaian (Evaluation of the purposes)

Pengurusan Kurikulum | 7

Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan
dianggap sebagai model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model
kurikulum terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di
Malaysia. Model ini memberikan penekanan kepada suatu pembelajaran yang
terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah. Tyler menegaskan bahawa
untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan
kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu dititikberat
dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku.
Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola
tingkah laku pelajar di mana perubahan yang beralaku ialah apabila setiap kali
perubahan pernyataan objektif sekolah. Persoalan-persoalan yang tedapat dalam
Model Tyler dapat diperhatikan melalui rajah di bawah:

Rajah 1 : Empat Dasar Utama Model Tyler Untuk Tujuan menilai kurikulum,
persoalan-persoalan utama yang disarankan oleh Model Kurikulum Tyler, akan
dijadikan dasar utama perbincangan penilaian. Sudah semestinya, kefahaman
berkaitan keempat-empat persoalan Model Tyler perlu mantap agar sesuatu
bahan pengajaran yang direka oleh seseorang pendidik mencapai objektif yang

Pengurusan Kurikulum | 8
ditetapkan. Untuk memenuhi pencapaian matlamat kurikulum, Model Kurikulum
Tyler menetapkan empat persoalan utama yang harus diikuti:
1.
OBJEKTIF
Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat yang
hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang
diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan. Tyler menyatakan
bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang pendidik harus memastikan
bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan
pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat.
Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras
kebolehan serta minat pelajar. Untuk merangka suatu pengajaran yang
bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan dokumen Standard Kurikulum
haruslah menjadi rujukan. Dalam menentukan objektif, pertimbangan yang harus
diambilkira ialah penglibatan pelajar ( audience ) , peringkat boleh diukur
(behavior) , keadaan (condition) dan tingkat prestasi pelajar (degree)
2.
KANDUNGAN
Kandungan kursus merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum Model
Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan
perancangan pembelajaran oleh pendidik. Dalam memilih kandungan, menuntut
kreativiti yang mendalam seseorang pendidik. Perancang kurikulum harus
mengambilkira aspek pengalaman sedia ada pelajar. Untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut
unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Ini bagi
menghasilkan penerimaan pengajaran yang seoptimanya daripada seseorang
pendidik. Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip utama
yang perlu dijadikan dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan
prinsip kesepaduan.

Pengurusan Kurikulum | 9
i.

Prinsip Kesinambungan
Prinsip kesinambungan berdasarkan Model Tyler bermaksud
peningkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai

oleh

seseorang pelajar sejajar dengan pertumbuhan fizikal

dan mentgal

pelajar

seiring

pelajar. Menurut Tyler,

dengan

peningkatan

kesinambungan

peringkat asas sehinggalah pelajar

perlu

ada

menguasai

menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut ke

umur
dari
dan

peringkat

yang lebih tinggi.


ii.

Prinsip Ketertiban (principe of sequence)


Prinsip ketertiban pula membawa pengertian bahawa pelajran yang
diterima haruslah berterusan dan berturutan. Ini bermakna,
pengalaman pelajaran diterima melalui kemahiran dan

nilai yang

diterapkan

memberikan peluang kepada

merentasi

waktu.

Prinsip

ini

seseorang pelajar mendalamai dan

meluaskan ilmu yang telah

dipelajari ke suatu peringkat

yang lebih tinggi.


iii.

Prinsip Kesepaduan
Prinsip kesepaduan pula bermakna pengalaman yang diperoleh oleh
seseorang pelajar dapat dihubungkaitkan antara satu ilmu

atau

kemahiran yang lain. Dalam hal ini, model ini akan

menampakkan

keberkesanan dan bersifat holistik.

3.
KAEDAH (Select Method).
Kaedah dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah
pengajaran yang dipilih oleh seseorang guru. Pemilihan kaedah pengajaran
merupakan

suatu

yang

sangat

penting

kerana

pemilihan

kaedah

yang

bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan


terbaik kepada pembelajaran pelajar. Pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 10
di samping pemilihan alat

bantu mengajar yang menarik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang terbaik.


4.
PENILAIAN
Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan
ketercapaian

objektif

dan

matlamat

kurikulum

sama

ada

berjaya

atau

sebaliknya, maka penilaian akan dilakukan. Penilaian ini pula boleh dilaksanakan
dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan
pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah
ditetapkan. Penilaian yang biasanya dilakukan ialah penilaian secara formatif
atau sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang
dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran manakala
penilaian sumatif ialah penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir
tahun dan peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penambahbikan kurikulum pula akan dilakukan
secara berterusan melalui kaedah penilain sumatif.
KEKUATAN MODEL TYLER
1.
Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
Penentapan objektif dan matlamat yang jelas di awal perancangan pengajaran
memberikan seseorang guru membolehkan idea dan gambaran yang jelas
berkaitan hasil yang diharapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, isi kandungan dan kaedah yang dipilih dapat disepadukan serta
membolehkan sesuatu hasilan tersebut dinilai.

2.
Logik, mudah dan praktik
Penyusunan aras kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan
objektif pengajaran menjadikan model ini mudah diterima dan praktik. Dengan
ini dapat menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung.
3.

Pelajar Dapat Berinteraksi Dengan Persekitaran Luaran

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 11
Model ini sangat mementingkan pengalaman pembelajaran aktif oleh pelajar
sebagai asas kejayaan model ini. Justeru itu, para pelajar berpeluan untuk
berinteraksi dengan persekitaran luaran semasa

proses pengajaran dan

pembelajaran. Maka dengan ini, para pelajar akan dapat membina kemahiran
berfikir secara kritis, membantu mencari maklumat dan menanam minat dan
sikap positif dalam diri pelajar .
4.
Berorientasikan Penilaian Untuk Keberkesanan Pengajaran
Model Tyler sangat mementingkan penilaian dalam usaha menambahbaik
sesuatu kurikulum. Justeru itu, penilaian dilakukan bagi melihat keberkesanan
sesuatu kandungan dan kaedah berdasarkan matlamat dan objektif yang telah
ditentukan. Hasil penilaian yang dilakukan tentu sekali akan menambahbaik
prestasi yang kurang baik sebelum ini. Maka dengan itu, model ini masih
digunapakai secara meluas dalam perkembangan kurikulum di negara kita dalam
usaha menyusun suatu kurikulum yang mantap dan berkualiti.
5.
Menentukan Hala Tuju Organisasi
Model Tyler juga dapat menentukan arah atau hala tuju sesebuah organisasi
kerana sifat model ini sendiri yang dapat membuat pengesahan tentang
keberkesanan organisasi. Selain itu, mampu menyusun objektif dan matlamat
organisasi mengikut keutamaan dan objektif terhadap objektif penilaian
KELEMAHAN MODEL TYLER
Model Tyler telah menjadi model terawal yang digunakan secara meluas dalam
pembangunan kurikulum di negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa
kelemahan yang telak dikesan oleh para pengkritik terhadap model ini:
1.
Terlalu Tertakluk Kepada Objektif
Model Tyler yang membuat penetapan objektif pengajaran pada peringkat awal
ternyata mengehadkan objektif kurikulum. Kesannya ialah menghalang para
pendidik untuk menyerlahkan kreativiti.
2.

Terlalu Linear

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 12
Model Tyler juga dikatakan terlalu linear kerana mana-mana kurikulum yang
mengimplementasikan model ini terlalu terikat dengan langkah-langkah yang
telah ditetapkan. Para pendidik harus mengikut langkah-langkah yang ditetapkan
seperti menentukan objektif terlebih dahulu kemudian memilih isi kandungan,
menetapkan kaedah kurikulum dan akhir sekali membuat penilaian.Jelasnya,
model ini tidak memberikan kebebasan kepada pendidik untuk menyusun dan
mengolah bahan pengajaran.
3.
Terdedah Dengan Unsur-Unsur Politik
Model ini juga dikatakan terlalu terbuka dan terdedah dengan unsur-unsur luaran
seperti pengaruh politik yang mudah memanipulasikan pendidikan. Impaknya
ialah, individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan kehilangan
kuasa untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju pembangunan
pendidikan negara.
4.
Terlalu Terikat Dengan Mata Pelajaran dan Peperiksaan
Memandangkan Model Tyler terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum sesuatu
mata pelajaran dan peperiksaan untuk tujuan penilaian maka, kesukaran timbul
untuk menulis objektif tingkah laku pada peringkat yang lebih tinggi.
MODEL KURIKULUM TABA
Model Kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah
Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di
USA. Di bawah Kurikulum Sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan
berdasarkan falsafah pragmatisme yang mengandungi logik penyelesaian
masalah melalui aktiviti inkuiri-penemuan. Selepas mengkaji Kurikulum Sekolah
Dewey, Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941)USA, menyenaraikan empat
komponen utama sebagaigaris panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum
sekolah iaitu mengenalpasti objekti-objektif kurikulum, penentuan kaedah dan
strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum, organisasi kaedah dan
strategi dan penilaian untuk pencapaian objektif.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 13
MODEL STERNHOUSE
Model Kurikulum Stenhouse (1975) adalah berlandaskan kepada model proses
dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai
komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters
(1966) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai
justfikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan
Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak
sumbangan kepada kehidupan. Manakala, kemahiran manipulatif dan pendidikan
jasmani merupakan aktiviti pelajaran dikuasai untuk mengetahui bagaimana
ilmu pengetahuannya.
MODEL TRENDA KINI ( TREND TERKINI)
Model Kurikulum Trend Terkini juga dikenali sebagai kurikulum Emergent.
Kurikulum emergent ini terpaksa diwujudkan mengikut kehendak ,kuasa dan
trend semasa dalam sistem pendidikan sebuah negara. Seperti contoh Zaman
ICT pada ketika ini, maka Sekolah Bestari telah diwujudkan. Kurikulum ini juga
menerokai apa yang diperlukan secara sosial dan ia amat bermakna kepada
kanak-kanak.

Ia adalah pembelajaran yang terdiri daripada interaksi kanak-

kanak dgn orang dewasa.. Kanak-kanak diberikan peluang dan intiatif untuk
membuat keputusan dalam kurikulum emergent.
Terdapat 4 komponen penting dalam kurikulum ini iaitu, Objektif kurikulum,
pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum
Kurikulum ini dipanggil emergent kerana ia sentiasa berubah dan sentiasa
terbuka untuk kemungkinan-kemungkinan baru. Idea-idea dalam kurikulum
emergent berasal daripada minat, persoalan-persoalan dan isu-isu semasa
dalam satu persekitaran dan daripada satu kumpulan manusia. Dalam kurikulum
ini, peranan guru sama sebagai seorang pemerhati. Guru mesti menilai
kebolehan murid dan merancang aktiviti-aktiviti utk meningkatkan pemikiran
kritis mereka.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 14

KESIMPULAN
Model Kurikulum boleh membantu para pendidik mengkonsepsikan sesuatu
proses dengan menunjukkan prinsip dan prosedur tertentu.
pemimpin

kurikulum

seharusnya

mengambil

tahu

tentang

Pendidik dan
model-model

perkembangan kurikulum ini bagi kesesuaian keadaan semasa, diri mereka dan
institusi di mana mereka bekerja.
RUJUKAN
Yusuf Hashim (2000), Konsep Dan Perkembangan Kurikulum Dan Instruksi, Kuala
Lumpur,
Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd
http://www.retcia.com/2011/12/model-model-pengembangan-kurikulum.html
http://preschoolskj11.blogspot.my/2011/09/salam-1-malaysia.html

BAB 7
KBSR, KBSM,KSSR & KSSM :
KOSEPTUAL, OPERASIONAL DAN CABARAN
7.1

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Sejarah KBSR
1982
1983
1984
1988

- Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.


- Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
- Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 15
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah
Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang
dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa
Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah
dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diatasi.
Antaranya termasuklah
1)
Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai
kaitan
antara satu sama lain.
2)
Sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.
3)
Guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila
menjelang peperiksaan
4)
Pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa
5)

menggunakan sebarang bahan bantu lain.


Aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan
kurikulum
Justeru,

formal bilik darjah.


Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Rendah

telah

dilancarkan

sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu
masih sama seperti sebelumnya.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah murid
dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran
asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan
jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 16
boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan
tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk
keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun
mengulangi pengajiannya.
Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan
individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS).
Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut
ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan
Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya
terletak pada guru agama sahaja.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi,
bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri
individu.
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran
Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik.
Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua
komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan
dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada
komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik,
Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa
matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan
murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat,

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 17
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar
pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang
tersusun dan bersistematik.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab,
persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi
dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta
dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang
berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah
penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.
Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di
beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM
pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan
pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini
mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah
tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara
berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan
pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang
digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi
bentuk

dan

kemudahan,di

dalam

bilik

darjah

KBSR

disediakan

ruang

pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.


Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga diletakkan di ruang
tersebut.

Hal

ini menimbulkan

suasana bilik

merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.

darjah

yang menarik dan

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 18

Ciri-ciri bilik darjah KBSR


1)
Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2)
Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan
tersendiri
3)
Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4)
Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5)
Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan pelajar
6)
Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang
kondusif
7)
Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.
Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)
Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS)
yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah
5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk
murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam
kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tingkatan tiga, Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan
penguasaan tiga kemahiran yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan,
kemahiran

membaca,

dan

kemahiran

menulis.

Murid

yang

tidak

dapat

menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.


Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah
secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang
darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Dari aspek bentuk
penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian
sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran.
Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif
pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soaljawab.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 19

7.2

KBSM

I
Pendahuluan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal berdasarkan Falsafah
Pendidikan Negara. Matlamat KBSM adalah selaras dengan matlamat pendidikan
negara ke arah menghasilkan insan yang seimbang berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu strategi
penting bagi menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu dan kemahiran;
bahasa; dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran.
II

Latar Belakang

Dari

segi

konsep,

pendidikan

bersepadu

ditakrifkan

*sebagai

proses

pembentukan pelajar dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilainilai murni dan perkembangan jasmani yang dilakukan secara menyeluruh ke
arah mewujudkan insan yang baik.Proses ini berlaku serentak, selaras dan
sentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
III

Pendekatan

Dari segi pendekatan, untuk menjayakan matlamat pendidikan serta kurikulum


bersepadu, perkara-perkara yang ditegaskan ialah:
(a) Aspek Ilmu dan Kemahiran
... mengekalkan disiplin pendidikan yang ada. Walau bagaimanapun setiap
disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan falsafah dan matlamat Pendidikan
Negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif mata-mata
pelajaran;
... kandungan kurikulum hendaklah mempunyai perkaitan di antara diri dengan
manusia, alam dan Tuhan;
... kemahiran-kemahiran asas 3M yang telah dikuasai pada peringkat KBSR
diperkukuhkan dan diperkembangkan lagi. Usaha-usaha ini juga meliputi aspek

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 20
kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran psikomotor yang telah
dimulakan di peringkat KBSR.
(b) Aspek Nilai
... unsur nilai merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan
merentasi kurikulum selain daripada yang diajar di dalam Pendidikan Islam /
Pendidikan Moral;
...

penerapan nilai-nilai murni dilakukan secara sedar dan sengaja. Nilai-nilai

murni yang ditegaskan meliputi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan


(Lampiran 1).

(c)

Aspek Bahasa

... dalam rancangan KBSM, unsur bahasa bersepadu dengan unsur nilai. Bahasa
Malaysia dipertingkatkan penggunaan dan penguasaan untuk menghayati
hasratnya sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan dan bahasa pencerminan
akal budi rakyat;
... sebagai bahasa ilmu, Bahasa Malaysia dikukuhkan kedudukannya kerana
peranannya merentasi bidang ilmu/kurikulum. Keperluan untuk pelajar-pelajar
meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Malaysia bertambah, dari segi bahasa
ilmu pelajar-pelajar KBSM seharusnya mempunyai penguasaan berbahasa dan
ketepatan berkomunikasi, di samping fasih dan lancar dalam pertuturan, cekap,
kritis dan analitis dalam pembacaan serta kreatif dan produktif dalam
menghasilkan penulisan. Pelajar-pelajar KBSM akan dipupuk dengan kepekaan
terhadap sistem Bahasa Malaysia dan gaya bahasa yang indah kesedaran
terhadap Bahasa Malaysia dalam pelbagai situasi serta pemahaman unsur dan
nilai kemanusiaan secara menyeluruh;

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 21
... penggunaan bahasa-bahasa lain sebagai sumber pembinaan tamadun ilmu
digalakkan.
Di samping tiga aspek penting yang dinyatakan di atas, bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran khasnya buku teks mesti menggarap dan mencerminkan
hasrat Falsafah dan memperlihatkan kesepaduan. Dengan cara itu guru-guru dan
murid-murid dapat panduan dan contoh.

IV

Operasi Pendidikan Bersepadu dalam KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diasaskan kepada konsep


Pendidikan Bersepadu. Rancangan pendidikan ini bertujuan mempertingkatkan
lagi perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan berbudi serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan
negara. Kesepaduan ini mempunyai hubungkait dan pertalian yang rapat di
antara falsafah dan matlamat pendidikan dengan matlamat KBSM dan objektif
sukatan pelajaran. Pertalian ini juga mengambil kira bidang kognitif, afektif dan
psikomotor melalui isi kandungan yang terdapat dalam mata-mta pelajaran teras
dan pilihan /u tambahan. Operasi Pendidikan Bersepadu dalam KBSM telah
dijelaskan berpandukan model-model berikut:
V

Kesimpulan

Penggubalan

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Menengah

dilakukan

di

atas

kesedaran bahawa kita mesti mempunyai hala tuju yang benar dan tepat di
dalam pendidikan kita. Kita mesti memiliki falsafah yang mengandungi hasrat,
harapan dan idealisma yang hendak kita perjuangkan. Perubahan yang dilakukan
di dalam kurikulum menuntut perubahan di dalam sikap, semangat, pendekatan

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 22
dan budaya kerja para pendidik. Semua pihak sebenarnya harus disedarkan
serta dididik untuk memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara

7.3

KSSR

KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari


ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian
tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan
kesihatan

(jasmani).

KSSR

juga

menambahkan

beberapa

elemen

dalam

kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT),


sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang
bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh
membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju.
KSSR juga diperkenalkan sebagai usaha menyusun

semula

dan

menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa
serta menghadapi cabaran abad ke-21.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 23
Pelaksanaan

KSSR

menggantikan

KSBR

juga

adalah

bertujuan

untuk

meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.


7.3.1
1.

Latar Belakang KSSR


Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan

Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan


kepada :
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warganegara yang

menguasai

ilmu,

kemahiran

dan

maklumat
Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul

al-bab.
Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.


Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat

2.

3.

menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai


Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan

kurikulum yang

holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan

yang seimbang yang dapat

menangani cabaran semasa dan masa depan.

Menerusi transformasi kurikulum, modul Pengajaran dan Pembelajaran


(P&P)

bagi

kurikulum

bahasa

Malaysia

dan

bahasa

Inggeris

disediakan

berdasarkan kemahiran bahasa berkenaan, membabitkan proses mendengar,


bertutur, membaca dan menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa
dan seni bahasa. Apa yang diharapkan melalui pendekatan modul sedemikian,
setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu
kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara bersepadu.
KSSR dibangun berteraskan enam tunjang utama merangkumi komunikasi; sains
clan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai;
kemanusiaan; dan ketrampilan diri. Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu,
kemahiran dan nilai yang menjadi asas pembangunan insan yang seimbang dan

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 24
berpemikiran

kreatif,

kritis

dan

inovasi.

Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard


kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam,
satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan adalah
pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan
boleh

dilakukan

dalam

satu

tempoh

persekolahan

merangkumi

aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sementara standard pembelajaran pula


merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelaiaran dan
pencapaian

yang

diketengahkan

boleh

dalam

diukur

bentuk

bagi

setiap

modular yang

standard

kandungan.KSSR

mengandungi

pembelajaran

disediakan berbentuk unit kendiri lengkap (self-contained) yang dinamakan


modus.

Setiap

unit

adalah

tersendiri

dan

mengandungi

pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang sudah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap
satu, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras,Modul Asas Tema
dan Modul Asas Elektif.Manakala tahap dua dalam bentuk pelajaran teras.
Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan
seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta
keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan akademik. Justeru ,pendekatan
sebegini akan memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran
berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih menyeronokan dan tidak
berorientasikan peperiksaan. Murid juga digalakkan meningkatkan pembabitan
dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.Dalam pada masa yang sama
pelaksanaan KSSR secara tidak langsung mampu membantu memperbaharui
kurikulum

sedia

ada

pendidikan

semasa,

serta

memastikan

sekali gus berfungsi

kerelevan
sebagai

dengan

agen

keperluan

perubahan

bagi

mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 25
Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapisiti guru bagi menjayakan Dasar
MBMMBI, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Standard Guru
Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai
rujukan piawaian kualiti guru di seluruh negara.
7.4
KSSM
Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu,
sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid
Tahun Satu.

Dalam pada masa yang sama makluman daripada Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha


untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah
Menengah

sebagai

Menengah

(KSSM)

persediaan
yang

menggubal

akan

Kurikulum

dilaksanakan

Standard

mulai

Sekolah

tahun

2014.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi


memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di
negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada peringkat
global. Kurikulum ini sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan Negara yang
merangkumi

aspek

intelek,emosi,jasmani

dan

sosial

setiap

murid

serta

menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis,kreatif


dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan
kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian


Menengah Rendah mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun
enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR
murid tahun enam tidak akan lagi akan ditentukan melalui peperiksaan awam

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 26
sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran
pusat.Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu
gelombong satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan,gelombang kedua (20162020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2012-2025) iaitu fasa
pentaksiran.Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025,sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu
kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan
sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.
PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

PERBEZAAN KBSM DAN KSSM

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 27

CABARAN PELAKSANAAN KSSR DAN KSSM


1.
Mewujudkan semangat kepunyaan guru, ibu bapa dan murid
- Equal partnership tidak dapat dicapai kerana keputusan dan latihan
hanya dari satu
pihak.
- Dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan
diturunkan ke
2.

sekolah -pentadbir atau guru terpaksa akur

Jurang antara dasar dan pelaksanaan


- Kekangan sumber manusia dan prasarana; komitmen pihak pengurusan,

guru dan
komuniti.
- Isu dan masalah menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan

pembelajaran

akibat

pembekalan

komputer

yang

tidak

seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar


- Latihan dalam perkhidmatan kurang berkesan di kalangan guru.
- Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah;
- Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi
3.

Kecekapan guru
- Menurut Cohan dan Manion (1981, pelajar sukakan guru yang

cekap (Noran

Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993).

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 28
- Cekap- kebolehan guru mengajar dengan berkesan menggunakan
kaedah
mengajar yang sesuai; dapat mengawal ketenteraman kelas.
- Tumpuan kepada aktiviti pelajar dan tidak lagi di dominasi oleh guruwujudkan

suasana seronok belajar dan tidak berorientasikan peperiksaan

(hasrat kerajaan) oleh


guru.
- Justeru, adalah menjadi
mewujudkan
4.

cabaran

kepada

pentadbir

pendidikan

transformasi seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran.

Insfraktruktur berkesan
- Input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan

peralatan

pengajaran serta program sokongan tidak diagih secara adil ke

semua sekolah - wujud

jurang

perbezaan

(advantaged school ) dan sekolah kurang

antara

sekolah

beruntung

beruntung (disadvantaged school ).

(Sumber: Pembangunan Pendidikan 20012010,KPM).


- Kurang kemudahan prasarana seperti bilik darjah dengan kemudahan
khusus, buku

teks

terutamanya

sekolah-sekolah

luar

bandar

atau

pedalaman
5.

Jurang perbezaan sekolah bandar dan luar bandar.


- Layanan sama untuk semua sekolah yang mempunyai keperluan,

kekuatan dan
kelemahan serta keupayaan yang berbeza.
- Pencapaian ditentukan menggunakan standard atau piawaian yang sama
-

berdasarkan keputusan peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah

(GPS) berdasarkan

markah

penilaian

SKPM

(Standard

Kualiti

Pendidikan

Malaysia).
- Sekolah luar bandar dan pedalaman tidak mampu bersaing dengan
sekolah bandar

atau sekolah elit yang mempunyai kemudahan infrastruktur

dan pencapaian bidang

kurikulum

yang

berbeza

menyumbang

kepada

pengurangan markah SKPM tersebut.


KESIMPULAN
Transformasi kurikulum persekolahan adalah bertujuan menyusun semula dan
menambah baik kurikulum yang telah sedia ada pada kurikulum yang lama KBSR
dan

KBSM

dan

mempertingkatkan

kualiti

dan

memastikan

murid

dapat

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 29
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Model Baru Ekonomi
(MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR dan KSSM juga mengguna pakai
empat tonggak pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO), iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know),
belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning
to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

RUJUKAN
Abdul Said Ambotang, Mohd Yusuf Abdullah, Baharom Mohamad, Shukri Zain,
Muhamad

Suhaimi

Pendidikan Negara,

Taat,

Roslee

diperolehi

Talip,
pada

Cabaran
04

Transformasi

Disember

2015

Agenda

daripada

http://eprints.ums.edu.my/5925/1/nc0000002802.pdf
Dayana Farzeeha Ali, Cheng Lee Yee,Mohd Nur Khafiz Hussin (2014), Persepsi
Guru -Guru Terhadap Sistem Kbsr Dan Kssr: Satu Kajian Tinjauan Dari Aspek
Kurikulum, Kesedian

Guru

Dan

Pelaksanaannya,

Prosiding

Persidangan

Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), Batu Pahat, Johor, 9 10 April


2014

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 30

BAB 8

BIDANG TUJAHAN DAN IMPLEMENTASI


DASAR KURIKULUM DALAM PPPM

8.1

PPPM ( PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil pelibatan masyarakat


dan

penyelidikan

meluas

yang

dijalankan

oleh

Kementerian

Pendidikan

(Kementerian).
Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:
1.

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia

dengan memberi

tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan

standard (kualiti), merapatkan


perpaduan dalam kalangan

jurang
murid,

pencapaian
serta

(ekuiti),

mengukuhkan

mengoptimumkan

kecekapan

sistem;
2.

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem

pendidikan
3.

secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan

Menggariskan

merangkumi

transformasi

sistem

pendidikan

yang

komprehensif

perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi

permintaan baharu dan

harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan

menyokong transformasi perkhidmatan awam.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 31

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13


tahun

dengan

Gelombang

(2012-2015)

menumpukan

kepada

usaha

memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada


kemahiran

asas;

Gelombang

(2016-2020)

pula

mempercepatkan

penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan


menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti,
kesaksamaan,

perpaduan

dan

kecekapan.

Pelan

turut

menyasarkan

pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan


mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta
beridentiti kebangsaan.
Pelan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan
antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia
dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu
bapa terhadap dasar pendidikan.
Sebelas anjakan yang digariskan Kementerian Pelajaran ialah:
1.

Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan


standard antarabangsa;

2.

Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan

Inggeris;
3.

Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;

4.

Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 32
5.

Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap

sekolah;
6.

Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan

Daerah dan
7.

sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;

Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk

meningkatkan
8.

kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;

Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti

kementerian;
9.

Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;

10.

Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang

dibelanja;
11.

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Dalam 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, implementasi


terhadap kurikulum diberi penekanan di dalam anjakan pertama dan kedua.
ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada
Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid
dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa
maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan
berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi
yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.
Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan
menimbang

pindaan

kepada

peraturan

sedia

ada

untuk

memberikan

kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 33
menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam
kurikulum.
Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan
mengkaji

kemungkinan

melaksanakan

laluan

pembelajaran

pintas

selain

pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian


tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun
berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa
lima tahun berbanding enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak
untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring
dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016,
peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran
aras tinggi.
Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6
tahun sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk
mengekalkan murid dalam sistem pendidikan, termasuk memperluaskan laluan
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.
Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa
kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal
dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan
kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan
menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang
sama seperti murid lain.
AJAKAN YANG KEDUA (2) ialah dari segi penguasaan bahasa, iaitu
memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 34
program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Kementerian juga akan
meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua
70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam
tempoh dua tahun.
Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti
latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan
diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa Inggeris dengan
memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid
sekolah menengah.
Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis sekolah,
kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard
pada

peringkat

rendah,

merangkumi

sekolah

jenis

kebangsaan.

Dengan

pelaksanaan kurikulum standard ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah


kebangsan akan dimansuhkan mulai tahun 2017. Selain itu, Kementerian juga
akan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa
Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa
antarabangsa yang lain.

KESIMPULAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah buah fikiran
rakyat. Ini kerana PPPM dibina atas saranan rakyat mengenai sistem pendidikan
yang mereka inginkan untuk generasi muda negara. Pelaksanaan PPPM juga
adalah turut mengambil kira aspirasi nasional, antaranya perpaduan negara dan
integrasi nasional.

P e n g u r u s a n K u r i k u l u m | 35
RUJUKAN
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, September
2012
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120913/re_01/Menganjakpendidik
an-negara

Vous aimerez peut-être aussi