Vous êtes sur la page 1sur 1

Definisi Interaktif

Satu kebaikan yang ditawarkan oleh multimedia adalah sifat interaktif.Kebolehan pengguna untuk
berinteraksi dengan program atau perisian merupakankebolehan atau kecanggihan sebuah sistem
multimedia. Interaktif membenarkanpengguna untuk menjadi lebih aktif dan pengguna berupaya mengawal
isi kandungandan persembahan bahan serta boleh bertindak balas dengan perisian.Perkataan interaktif
menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka (1992) bermaksudinteraksi atau saling bertindak. Interaktiviti
membenarkan pelajar untuk navigasi danmeneroka dalam pelbagai cara. Melalui interaktiviti juga, pelajar
akan terlibat secaraaktif dalam proses pembelajaran dan seterusnya meningkatkan tahap motivasi dan
minatterhadap mata pelajaran yang dipelajari.Beberapa definisi yang lain ialah; Kaur (1996) mendefinisikan
interaktif sebagaipemilihan arahan yang telah diprogramkan oleh pelajar secara aktif dan tersusun
supayapembelajaran lebih bermakna dan memuaskan. Barker (1990) pula berpendapatinteraktif dalam
pembelajaran adalah mekanisma asas yang mesti ada untuk memperolehi pengetahuan dan pembangunan
kemahiran kognitif dan fizikal. Sim(1997) menerangkan bahawa interaktif asas yang merupakan tahap
point and clickuntuk kiosk dan aplikasi maklumat manakala permainan dan produk
pendidikanmemerlukan tahap interaktif yang lebih tinggi. Menurut Borsook dan Wheat (1992)menyatakan
interaktiviti merangkumi:
Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna.
Memasukkan maklumat yang tidak mengikut turutan di manamaklumat dimasukkan mengikut kesesuaian
dan kehendak masa
Maklum balas serta merta.
Pilihan untuk memberi arahan.
Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia.Rhodes dan Azbell (1985), telah mengenalpasti tiga
aras interaktiviti iaitu reaktif,koaktif dan proaktif. Aras reaktif hanya memberi sedikit kawalan ke atas
kandunganpelajaran, yang mana reka bentuk aturcara komputer lebih mengarah kepada pilihan danmaklum
balas. Aras koaktif memberi kawalan kepada pengguna untuk mengawal urutanfasa dan gaya
pembelajaran. Manakala aras proaktif membolehkan pelajar mengawalkedua-dua struktur dan kandungan
aturcara. Menurut Rhodes dan Azbell lagi, prosespembelajaran semakin berkesan jika aras interaktiviti
semakin tinggi.
pengertian Interaktif adalah bersifat saling melakukan aksi.
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang
disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan
hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan

Bila pengguna mendapatkan keleluasaan dalam mengontrol multimedia


tersebut, maka hal ini disebutmultimedia interaktif.

Vous aimerez peut-être aussi