Vous êtes sur la page 1sur 16

AKTIVITI KOKURIKULUM

Gerak kerja Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum sekolah. Setiap murid
harus melibatkan diri dalam aktiviti Kokurikulum.Ia merangkumi aktiviti pasukan
pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan yang merupakan aktiviti luar bilik
darjah.
Gerak kerja Kokurikulum menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika
serta sosial yang positif. Ia melibatkan murid dari semua kaum dalam semua gerak kerja
Kokurikulum untuk tujuan pemupukan perpaduan.
Tiap-tiap murid dikehendaki mengambil bahagian dalam gerak kerja Kokurikulum
sekolah iaitu satu gerak kerja pasukan pakaian seragam, satu gerak kerja persatuan atau
kelab dan satu gerak kerja sukan.Guru penasihat persatuan merancang serta mengadakan
aktiviti dan pertandingan dengan melibatkan semua murid dan membuat laporan tahunan
keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Kokurikulum sekolah.
Pengiktirafan dan penghargaan diberi kepada murid yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang di dalam bidang masing-masing.
PERANCANGAN KOKURIKULUM
1. LATAR BELAKANG
1.1 Aktiviti kokurikulum sekolah dibahagikan kepada 3 bidang iaitu :
a. Sukan dan Permainan
b. Pasukan Beruniform
c. Kelab dan Persatuan
1.1.1 Sukan dan Permainan sekolah meliputi :
a. Olahraga
b. Pingpong
c. Badminton
d. Bola Keranjang
e. Mini Tenis

1.1.2 Pasukan Beruniform sekolah adalah Pasukan St. John Ambulans, Pengakap KanakKanak, dan Kadet Remaja Sekolah.
1.1.3 Kelab dan Persatuan sekolah ialah Kelab Kebudayaan ( Tarian ), Matematik dan
Sains, dan Kelab Tae Kwan Do.

2. MASALAH
2.1 Tiada padang yang sesuai untuk latihan sukan dan permainan.
2.2 Kekurangan jurulatih yang mahir kerana kemahiran guru adalah terhad.
2.3 Kekurangan minat ibu bapa dan murid kerana mereka lebih mementingkan kurikulum
daripada kokurikulum.
2.4 Sekolah hanya mempunyai satu gelanggang bola keranjang dan badminton.
2.5 Ramai murid menghadapi kesulitan pengangkutan.
2.6 Ramai ibu bapa terlibatkan anak mereka dalam tuisyen menyebabkan mereka tiada
masa untuk kokurikulum.

3. MATLAMAT / OBJEKTIF
3.1 Mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam bidang sukan dan permainan di
peringkat sekolah, kawasan dan negeri.
3.2 Menanamkan semangat cintakan negara, perpaduan dan muhibah di kalangan muridmurid baik di sekolah ataupun di luar sekolah.
3.3 Menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum
supaya dapat pengetahuan untuk menjadi insan yang berketrampilan, bersahsiah, mantap,
dan berdisiplin.
3.4 Membolehkan murid-murid mendapat latihan fizikal dan mental
seterusnya mempunyai badan yang sihat dan mental yang waras
serta berhemah tinggi.
3.5 Menabur minat, melatih dan seterusnya mencungkil bakat murid-murid dalam semua
bidang kokurikulum.

3.6 Menanam semangat kekitaan dan bekerjasama di kalangan murid-murid di dalam


gerak kerja kokurikulum demi untuk faedah diri, sekolah dan masyarakat.
3.7 Melatih murid-murid supaya bijak menggunakan masa lapang mereka dengan
menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lebih mendatangkan faedah.

4. STRATEGI
4.1 Menyediakan kelengkapan alatan yang secukupnya serta kemudahan untuk berlatih.
4.2 Mengatur jadual aktiviti yang rapi, lengkap, dan berkesan.
4.3 Memilih guru-guru yang terlatih dan berminat untuk memimpin murid-murid dalam
gerak kerja kokurikulum.
4.4 Menyediakan perancangan yang teratur dan berkesan.
4.5 Mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam sesuatu bidang kokurikulum dan
memberi latihan untuk mencungkil bakat.
4.6 Melatih lebih awal dan membentuk pasukan pelapis.
4.7 Kemahiran-kemahiran asas akan digabungjalinkan dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani.
4.8 Kegiatan kokurikulum dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

5. SUMBER TENAGA / KEWANGAN / KEMUDAHAN


5.1 Guru-guru yang terlatih dan jurulatih dari badan sukarelaan.
5.2 Segala perbelanjaan akan ditanggungkan oleh pihak sekolah dan PIBG.
5.3 Menggunakan kawasan sekolah atau menyewa dewan / gelanggang swasta untuk
latihan.

6. PENILAIAN

6.1 Sediakan rekod kehadiran.


6.2 Pencapaian akan dinilai dari semasa ke semasa ketika menjalankan latihan.
KONSEP DAN MATLAMAT KOKURIKULUM

Gerak Kerja Kokurikulum


Gerak kerja kokurikulum adalah kegiatan di dalam dan di luar bilik darjah. Ia
bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran di bilik darjah bagi
menyuburkan nilai-nilai murni, mengembangkan bakat semula jadi serta bakat
kepimpinan dan sedia berkhidmat untuk masyarakat. Gerak kerja kokurikulum terdiri
daripada tiga kompenan iaitu unit beruniform, kelab serta sukan/permainan.

Asas Perlaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum


Bersesuaian dengan bidang keilmuan, gerak kerja kokurikulum berasaskan
kepada:
a)

semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan


mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi.

b)

Bakat yang ada pada setiap murid haruslah dicungkil dan


diperkembangkan.

c)

Peranan sekolah sebagai sebuah institusi yang mendidik murid-murid


supaya boleh memajukan masyarakat.

d)

Sekolah dan masyarakat bersama-sama mendidik murid-murid.

Kepentingan Gerak Kerja Kokurikulum


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi melengkapkan murid-murid dengan
kemahiran dan pengalaman untuk pertumbuhan fizikal dan mental serta sosial, minat dan
bakat agar dapat berkembang secara menyeluruh. Ia juga bagi menjadikan sekolah
sebagai tempat yang menarik dan menyeronokkan.

Fungsi Gerak Kerja Kokurikulum

a)

Melahirkan individu yang berdisiplin, mempunyai nilai-nilai dan sikap positif


pada keadaan alam sekeliling selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

b)

Menyemai sikap menghargai masa serta perpaduan negara.

c)

Melatih murid-murid agar mudah berinteraksi di dalam masyarakat.

d)

Memberi pengukuhan dan pengayaan kepada teori-teori yang diperolehi semasa


proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

e)

Mencungkil dan mengembangkan bakat dan minat yang sedia ada pada murid.

f)

Melatih murid-murid menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang


berfaedah untuk diri, sekolah dan masyarakat.

g)

Memberi ruang kepada masyarakat untuk berkhidmat kepada sekolah.

Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum


Di antara matlamat gerak kerja kokurikulum ialah:
a)

memberi kesedaran kepada murid-murid terhadap agama dan kepercayaan


kepada Tuhan.

b)

menyeimbangkan perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi.

c)

membina jalinan perhubungan di antara murid-murid.

d)

membina dan mempertingkatkan minat dan bakat serta keyakinan di dalam diri
murid-murid.

e)

melahirkan individu yang berdisiplin.

f)

mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menyeronokkan.

g)

memberi seberapa banyak kemahiran serta pengalaman kepada murid-murid.

h)

membina semangat bekerjasama serta memupuk hubungan yang baik di antara


sekolah dan masyarakat.

Laporan Gerak Kerja Kokurikulum (Gerko) yang dibentangkan ini ialah program dan
aktiviti gerko yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun pengajian
1999, ( selama dua semester) di Maktab Pergruran Sultan Abdul Halim (MPSAH).
Pelaksanaannya berlandaskan identiti gerko MPSAH "Gerko Ke Arah Kecemerlangan"
dan identiti MPSAH "Kecemerlangan Anda Ilzam Kami".
Semua sidang perjumpaan dan aktiviti gerko adalah wajib kepada semua guru pelatih dan
pensyarah penasihat yang bertanggungjawab.

CONTOH PENGELOLAAN AKTIVITI GERKO


Perlaksanaan Gerko ditadbir Majlis Gerko/Unit Gerko;
Struktur Majlis Gerko/Unit Gerko
PENDAFTAR
( Pengetua )
Pengerusi
(Timbalan Pengetua)
Setiausaha
Tuan Hj. Ruslan bin Saad
Penolong Setiausaha
Tuan Hj. Ramli b. Che Mat
Penyelaras

Sukan:
Unit Beruniform:
Persatuan/Kelab:

PERLAKSANAAN
Penjadualan dan sidang perjumpaan gerko dibuat berdasarkan:

Sukatan Pelajaran Gerko yang dibekalkan oleh BPG,


Kalendar tahunan yang disediakan oleh pihak maktab dan BPG,
Bilangan guru pelatih yang mengikuti kursus,
Kebolehan pensyarah penasihat, dan
Kemudahan dan peralatan.

PEMILIHAN UNIT-UNIT GERKO

Sebelum guru pelatih membuat pemilihan unit-unit gerko yang akan dimasukinya, guru
pelatih terlebih dahulu diberikan taklimat mengenai pentadbiran, pelaksanaan, penilaian
dan pentaksiran, cara pemilihan dan penentuan unit-unit gerko.
Komponen-komponen gerko :
1. Persatuan/Kelab (Pengurusan gerko)
2. Sukan dan Permainan
3. Unit Beruniform
Guru pelatih diberi peluang memilih unit-unit gerko mengikut minat dan kebolehannya.
Namun penentuan muktamat pemilihan diputuskan oleh Majlis Gerko.
1. Persatuan/kelab (Pengurusan gerko)
Pengurusan Gerko:
Semua pelatih wajib mengikuti komponen ini tiap-tiap semester. Pengisiannya ditentukan oleh penyalaras dan pensyarah yang memberi imput mengikut sukatan
pelajaran (teori).
Gerko Kelab / Persatuan (Semester 1 3)
Guru pelatih diberi peluang memilih sebuah kelab atau persatuan yang
diminatinya.
Kelab/persatuan yang ada;
Bahasa, Kebudayaan, Komputer,
Pendidikan Islam Sains Matematik
Teknologi Pendidikan Kemahiran Hidup Kecergasan
Muzik Kaunseling Perpustakaan
Pendidikan Pengguna Seni
2. Komponen Sukan dan Permainan
Pelatih hanya berpeluang mengikuti salah satu daripada permainan yang dijalankan.
Mulai dari semester satu hingga ke semester empat. Semasa semester lima pelatih akan
mengikuti gerko olahraga.
Gerko Permainan: (semsester 1 - 4)
Bola sepak Bola jaring Bola keranjang
Sepak takraw Bola tampar Hoki
Tenis Badminton Gimrama
Ping pong. Bola baling Bola lisut

Olahraga: (Semester 5)
3. Gerko Unit Beruniform: (semester 1 5)
Setiap orang guru pelatih akan mengikuti salah satu daripada gerko unit beruniform yang
dijalankan.
Pengakap Pandu Puteri Bulan Sabit Merah
St. John Ambulan Puteri Islam Bomba
Pasukan Rejimen Wataniah ialah pasukan Unit Beruniform tambahan (satu unit).
Perjumpaannya dijalankan pada hari Sabtu dan hari-hari kelepasan yang lain, iaitu bukan
waktu rasmi.
JADUAL WAKTU DAN SIDANG PERJUMPAAN
Perjumpaan gerko biasanya bermula pada minggu kedua setelah maktab dibuka dan
berakhir dua minggu sebelum peperiksaan.
Bilangan hari dan jumlah jam masa perjumpaan yang dijalankan melebihi jumlah jam
seperti yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran. Walaupun jumlah jam yang dikehendaki
oleh sukatan pelajaran telah mencukupi, tetapi perjumpaan gerko diteruskan lagi, kerana
unit gerko berpendapat bahawa masa yang terluang itu adalah lebih berfaedah jika
digunakan untuk aktiviti pengayaan.
Dalam bulan puasa, perjumpaan gerko diteruskan seperti biasa. Masa perjumpaan diubah
suai mengikut kesesuaian waktu solat asar dan berbuka puasa. Pengajaran dan
pembelajaran amali diringankan dan ditekankan dengan pengajaran dan pembelajaran
teori.
Pada masa melaksanakan aktiviti guru pelatih dan pensyarah penasihat berkumpul dan
menjalankan aktiviti di tempat yang telah ditentukan oleh penyelaras berkenaan.
Perubahan tempat dan masa boleh dirundingkan dan mestilah mendapat persetujuan unit
gerko. Dengan ini memudahkan pihak pengurusan dan pengawalan.
PENGURUSAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Pengurusan kemudahan disediakan oleh pihak maktab dan dibantu oleh unit-unit gerko
yang berkaitan. Peralatan boleh didapati dari stor peralatan maktab dan diuruskan oleh
seorang penjaga stor. Semua pengurusan kemudahan dan peralatan dibuat oleh guru
pelatih dan dibantu oleh pensyarah penasihat.
KEHADIRAN

Oleh sebab kehadiran gerko adalah wajib, maka setiap pelatih dibekalkan dengan Kad
Kehadiran Gerko Pelatih untuk ditanda tangan oleh pensyarah penasihat setiap kali
perjumpaan diadakan. Manakala guru pelatih pula akan menanda tangan pada Kad
Kehadiran Gerko Rujukan Pensyarah. Kad Kehadiran Gerko Pelatih disimpan oleh guru
pelatih dan kad Kehadiran Gerko Rujukan Pensyarah (berwarna oren) disimpan oleh
pensyarah. Kedua-dua kad ini digunakan sebagai rujukan aktiviti yang telah dijalankan
dan membuktikan kehadiran.
Setiap pelajar hanya akan layak menduduki peperiksaan (teori) Pengurusan Gerko jika
kehadirannya tidak kurang 80% daripada kehadiran keseluruhan perjumpaan gerko.
(kehadiran ketiga-tiga komponen gerko, i. Pengurusan Gerko, Kelab/Persatuan ii. Sukan
dan Permainan, dan iii. Unit Berniform).
AKTIVITI UNIT GERKO (Pengayaan)
Rumah Sukan
Bagi memudahkan pengurusan, pengelolaan, pertandingan, dan pertunjukan
kegiatan gerko guru pelatih dan pensyarah dibahagikan kepada empat buah rumah
sukan. Nama-nama rumah sukan (i) Bahagia, (ii) Ria , (iii) Malianja, dan (iv)
Mahsuri.
Hari Pesko
Hari Pesta Kokurikulum (Hari Pesko) merupakan hari-hari pesta. Pada hari tersebut
berbagai-bagai aktiviti kokurikulum diadakan. Aktiviti-aktiviti Hari Pesko dijalankan
dalam bentuk pertandingan, persembahan, dan pameran. Hari Pesko merupakan
kemuncak pelaksanaan aktivit-aktiviti kokurikulumn, dan telah menjadi acara tahunan
maktab.
Pada tahun ini Hari Pesko Kali ke-5 telah diadakan pada 23 dan 24 April 99. Antara
acaranya ialah:o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Pertandingan kawad kaki (kumpulan unit beruniform)


Demonstrasi kawad kaki (Rejimen Wataniah)
Demonstrasi gempur platoon (Rejimen Wataniah)
Gerai jualan makanan dan minuman
Pameran dan demonstrasi "Mini Gym."
Pertandingan Larian Komando
Pertandingan mendirikan khemah (unit beruniform)
Pertandingan Pertolongan Cemas
Pertandingan pidato Bahasa Melayu
Pertandingan pidato Bahasa Inggeris
Pertandingan Deklamasi Sajak
Pertandingan Melukis Sekolah Rendah
Pertandingan Syarahan Sekolah Menengah

Sukan Ragam MPSAH


Seramai 320 orang guru pelatih dan 20 orang pensyarah telah mengambil
bahagian sebagai peserta dalam pertandingan sukan ragam yang telah diadakan
pada tahun lepas. Dijangkakan lebih ramai akan mengambil bahagian pada 11
April 1999 (Ahad).
Melalui sukan ragam ini, guru pelatih dapat menunjukkan kemahiran dan
pengetahuan yang telah mereka pelajari. Kemahiran-kemahiran dalam permainan
dan juga kebolehan mengurus pertandingan dapat dipertontonkan dan dinilai.
Pertandingan Antara Rumah
Unit-unit gerko sukan/permainan, kelab/persatuan, dan unit beruniform digalakkan
menganjur dan menguruskan pertandingan permainan antara rumah. Pertandinganpertandingan yang akan dianjurkan ialah seperti berikut:
Bola sepak Bola jaring
Bola baling Hoki
Tenis Bola tampar
Bahas Bahasa Melayu
Bahas Bahasa Inggeris
Deklamasi sajak Pantun
Pidato Bahasa Melayu
Pidato Bahasa Inggeris
Melukis Mengarang
Tilawah Azan
PENGLIBATAN DENGAN PIHAK LUAR
Pasukan permainan dan olahraga maktab akan mengambil bahagaian dalam Kagum Zon
Utara, pertandingan liga daerah dan jemputan persahabatan seperti berikut;
Liga Bola Sepak Piala Gairos
Liga Bola Sepak Piala Rakan Muda TNB.
Karnival Rekreasi IPT
Sepak Takraw antara regu daerah Sungai Petani,
Bola Jaring Rakan Muda daerah Sungai Petani
Larian Jambatan Pulau Pinang
Larian Malam Merdeka
Larian Tangga Kenari
Larian Baton Sukom ke-16
Larian Bendera
Kejohanan Olahraga MPSP
Kejohanan Olahraga MPPPP
Kejohanan Olahraga IPDA

Kejohanan Olahraga MPTB


Kejohanan Olahraga Kedah Tengah
Pasukan Unit Beruniform akan mengadakan berbagai-bagai aktiviti seperti berikut;
Pengakap

o
o
o
o
o
o

Kursus Manikayu Peringkat I


Kursus Manikayu Peringkat II
Hari Pesko MPSAH
Kursus Manikayu Peringkat IVA
Mendaki Gunung Jerai
Kursus Manikayu Peringkat

Kadet Pandu Puteri

o
o
o
o
o

Sambutan Hari Peringatan


Mendaki Gunung Jerai
Ceramah Pertolongan Cemas (St John Ambulan)
Kursus Pra-waran
Hari Pesko MPSAH

Pergerakan Puteri Islam Malaysia

o
o
o
o

Teknik Gubahan Bunga Hidup


Kursus Pertolongan Cemas PBSM
Latihan Kawad Kaki Pihak Bomba
Jenis-jenis Ikatan

Persatuan Bulan Sabit Merah

o
o
o
o
o
o
o

Hari Pesko MPSAH


Pertolongan Cemas (Kagum Zon Utara)
Derma Darah dan Ceramah Kesihatan Hari Guru
Kursus Pertolongan Cemas semester 3 dan 5
Ujian Sijil Pertolongan Cemas
Derma Darah Hari Kebangsaan
Ceramah CPR kepada guru pelatih KPLD,KPLI

St. John Ambulan

o
o
o
o
o
o

Kursus Asas Kepegawaian SJAM


Mengutip Derma Hari Bendera
Kursus Asas Pertolongan Cemas
Lawatan Sambil Belajar di Hospital Besar Pulau Pinang
Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Serenti Tasik Gelugur
Kursus Asas Pertolongan Cemas

Perkhidmatan Luar Kampus oleh Persatuan Guru Pelatih Islam


o
o
o
o

Bengkel Asas Fasilitator


Program Kecemerlangan dan Motivasi UPSR (Prokem 99)
Rehlah Kepimpinan Islam II
Program Bakti Pelatih

PENILAIAN DAN PENAKSIRAN


Teori : Pengurusan Gerko 40%
Amali : 1. Persatuan/kelab Penglibatan 50%
Kepimpinan 40% 20% 100%
Sikap 10%
2. Unit Beruniform Folio 20%
Pensijilan 50% 60%
Kepimpinan 20% 45%
Sikap 10%
3. Sukan/Permainan 35%

Kertas 712/10: BAHAGIAN II - KOMPETENSI KHUSUS (FUNGSI)


FUNGSI PENGURUSAN KOKURIKULUM DGA29
1. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus dan menyelia Pelaksanaan Urusan
Kokurikulum berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(a) Mengembang potensi individu.
(b) Usaha berterusan membangunkan manusia secara bersepadu, seimbang
dan menyeluruh.
(c) Aspek-aspek pembangunan manusia yang diberi tumpuan (jasmani, emosi,
rohani dan intelektual)
2. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia pelaksanaan kegiatan
Kokurikulum
(a) Konsep dan definisi kokurikulum
(b) Andaian persekitaran
(c) Objektif
(d) Strategi
(e) Struktur organisasi pentadbiran kokurikulum di sekolah
3. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia pelaksanaan kegiatan
kokurikulum berdasarkan peraturan dan surat pekeliling.
(a) Peraturan dalam Akta Pelajaran 1956 (Kursus-Kursus Pengajian Sekolah)
(i) Peruntukan masa kegiatan kokurikulum
(b) Peraturan dalam Akta Pelajaran 1957 (Lawatan Sekolah)
(i) Panduan dan Peraturan menjalankan kegiatan lawatan
(c) Peraturan-Peraturan dalam Akta Pendidikan 1996 (Kurikulum Kebangsaan
Sekolah)
(i) Kokurikulum sebagai pelengkap pengajaran dan pembelajaran
(d) Peraturan-Peraturan dalam Akta Pendidikan 1996 (Persatuan Sekolah)
(i) Jenis persatuan dan syarat penubuhan
712/10 154
(e) Surat-Surat Pekeliling Iktisas panduan mengurus kegiatan kokurikulum di
sekolah
(i) Panduan bersifat umum
(ii) Panduan bersifat khusus

4. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia penubuhan dan


melaksanakan aktiviti persatuan/kelab dan pasukan pakaian seragam.
(a) Permohonan penubuhan persatuan/kelab dan pasukan pakaian seragam
(b) Penggubalan Perlembagaan dan peraturan
(c) Pembentukan struktur jawatankuasa organisasi
(d) Penggubalan dan penentuan bidang tugas ahli jawatankuasa
(e) Pengurusan kewangan menyediakan bajet dan laporan perbelanjaan
(f) Pengurusan stok dan inventori
(g) Pengurusan mesyuarat dan perjumpaan (notis panggilan, agenda dan minit)
(h) Penyediaan takwim tahunan
(i) Penyediaan anggaran perbelanjaan
(j) Penyediaan Jadual Tindakan dan Senarai Semak
(k) Penyediaan Kertas Kerja
(l) Protokol dan format menulis surat pengurusan
(m) Pengurusan keselamatan dan kebajikan pelajar
(n) Penilaian aktiviti dan post-mortem
(o) Penyediaan rekod dan laporan
(p) Pengurusan majlis dan acara
(q) Penyediaan aturcara pentadbiran
(r) Penyediaan aturcara
(s) Protokol jemputan dan susunan tetamu
712/10 155
5. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia pengurusan Kewangan
(a) Pengetahuan tentang pekeliling-pekeliling kewangan semasa yang berkaitan
dengan pembelian, pembayaran dan tatacara perolehan.
(b) Pengetahuan tentang tatacara perakaunan, pengurusan buku tunai,
pengurusan buku pesanan tempatan.
(c) Pengetahuan tentang tatacara membuat pesanan tempatan, proses
sebutharga dan tender.
6. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia pengurusan logistik
(a) Pengetahuan tentang tatacara pengurusan stok dan stor.
(b) Pengetahuan tentang inventori meliputi penerimaan peralatan dan
perkakasan, pengiraan stok, buku inventori, proses pelupusan, hapuskira dan
pelupusan.
(c) Pengurusan tentang tatacara proses perolehan perkhidmatan, peralatan dan
pembangunan kawasan.
7. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia Pengurusan
Pembangunan Pusat
(a) Pengetahuan dan kemahiran tentang tatacara mengurus perolehan
peruntukan pembangunan meliputi perolehan kawasan, perolehan bangunan
dan kemudahan yang diperlukan di pusat kokurikulum.
(b) Kebolehan mengurus kakitangan ke arah membangunkan pusat kokurikulum

agar sentiasa ceria dan bersih.


8. Pengetahuan dan Kemahiran mengurus dan menyelia Pengurusan Aktiviti
(a) Berkebolehan menjalankan fungsi tugas pusat kokurikulum seperti kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terdapat dalam buku
Kokurikulum pusat Kokurikulum negeri.
(b) Berkebolehan menguruskan pusat kokurikulum menjalankan aktiviti
Pendidikan Luar seperti yang terdapat dalam Buku Pengurusan Aktiviti
Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
(c) Berkebolehan merancang, melaksana dan menyusun strategi untuk
menyelesaikan masalah di pusat kokurikulum sama ada dari segi fizikal,
sumber manusia atau klien pusat kokurikulum.
(d) Berkebolehan melaksanakan aktiviti dalam pelbagai kaedah seperti bengkel,
kursus, seminar, kem perkhemahan, taklimat dan sebagainya.
712/10 156
(e) Berupaya menjalankan aktiviti mengikut tatacara/prosedur menjalankan
aktiviti berisiko tinggi (Risk Management)

9. Nilai/Sikap Terpuji dalam Melaksanakan Urusan Kokurikulum


(a) Melaksanakan tugas-tugas mengikut prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan.
(b) Mempunyai disiplin tinggi
(c) Bersikap adil dan berfikiran positif
(d) Menggalakan perpaduan/integrasi dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
(e) Mengutamakan keselamatan murid
(f) Akauntabiliti ke atas tugas yang dilaksanakan
(g) Mengamalkan nilai-nilai murni dan integriti diri dalam melaksanakan tugas
10. Memahami dan Melaksanakan
(a) Surat Pekeliling Iktisas
(i) SPI Bil. 10/1991 - Pengurusan Buku Kerja di Sekolah Rendah
(ii) SPI Bil. 7/1995 - Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman
terhadap pelajar sekolah
(iii) SPI Bil. 7/1998 - Pindaan Syarat Kelayakan meminjam buku teks,
SPBT
(iv) SPI Bil. 5/1999 - Larangan terhadap penglibatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan
Murid Sekolah dalam kegiatan Politik anti
kerajaan
(v) SPI Bil. 3/1983 - Pakaian Seragam Murid Sekolah
BAHAN RUJUKAN
1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 450), 1961
2. Laporan Razak 1956

3. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1988.


4. Perintah-Perintah Am - 1993
5. Pendidikan dan Masyarakat Hussin Haji Ahmad DBP
6. Sukatan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran Semasa PPK Tahun 2002
7. Surat-surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pendidikan Malaysia
(a) SPI Bil. 10/1991 : Penggunaan buku Kerja di Sekolah Rendah
(b) SPI Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan
Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah
(c) SPI Bil. 7/1998 : Pindaan Syarat Kelayakan meminjam Buku
Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Kementerian Pendidikan
(d) SPI Bil. 24/1998 : Penglibatan Guru & Murid Dalam dalam
Pasukan Pakaian Seragam anjuran Agensi
Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(e) SPI Bil. 5/1999 : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan
dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik
Anti Kerajaan.
(f) SPI Bil. 12/1998 : Larangan Menjalankan Jualan Terus di
Sekolah-Sekolah
(g) SPI Bil. 3/1983 : Pakaian Seragam Murid-Murid sekolah
(h) SPI Bil. 4/1984 : Perhimpunan Sekolah
(i) SPI Bil. 1/1972 : Peraturan-Peraturan(Tatatertib Sekolah)
Pelajaran 1959
(j) SPI Bil. 13/1969 : Pakaian Guru-Guru Sekolah
(k) SPI Bil. 6/1970 : Pekerjaan Luar Sebagai Pensyarah Atau
TutorSambilan di Institut Pengajian Tinggi
(l) SPI Bil. 5/1977 : Tugas-Tugas Guru dalam Cuti Penggal
(m) SPI Bil. 8/1990 : Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa
untuk Mata-Mata Pelajaran Program KBSM
bagi Sekolah Menengah Atas mulai tahun
1992
(n) SPI Bil. 3/1999 : Buku Rekod Mengajar
(o) SPI Bil. 4/1986 : Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
(p) Tatacara Pengendalian kes-kes sakit kronik dan mental bagi PegawaiPegawai Pendidikan (Guru)

Vous aimerez peut-être aussi