Vous êtes sur la page 1sur 6

1.

PERSAMAAN KBSR dengan KSSR


Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu
proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan
KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
I. Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh
KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan
keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta
pendidikan seumur hidup.
II.
KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum.
Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2.
Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan
dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut
memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.
2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR
Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ;
reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.
I.

Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR.
Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri
menjadi bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk
memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi
banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan
KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian
atau unit yang dinamakan sebagai modul.

II.

Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran
dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung
mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu.
Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang
dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi
Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala
perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam
pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik
mengajar.

III.

Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3
dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam
penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada
buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai
bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada
murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif.
Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan
pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

IV.

Fokus Kurikulum.
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum .
Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan
mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah
ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2,
fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana
hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam
perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif
dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini
diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat
memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik,
berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.
VI.

Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan
kaedah penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif
dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah
secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa
KBSR berbanding pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR
menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses
pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh
pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini
adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan
bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.
KESIMPULAN
KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahanperubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta
mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka
transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu
dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan
dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah
kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal.
Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam
teknologi dan maklumat. Kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi
menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati
diri daripada peringkat akar lagi.
http://rujukpendidik.blogspot.my/2013/11/perbezaan-kbsr-dengan-kssr.html

Mengikut pemerhatian secara rawak, masih ramai di kalangan guru yang tidak
mengetahui secara tepat perbezaan antara KBSR dan KSSR. Hal ini kerana masih
ramai guru yang tidak mengambil cakna akan perubahan Dasar Baru KPM
mengenai KSSR ini. Ini tidak boleh disalahkan guru, kerana tugas guru sekarang
tidak diakui sangat mencabar kerana masih dalam proses penyesuaian perubahan
pelbagai dasar dan kurikulum.
Berikut SGO membuat jadual secara mudah Perbezaan Dasar KBSR yang lama
dengan Dasar KSSR yang baru. Semoga bermanfaat.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga


bidang :

Reka bentuk kurikulum berasaskan enam


tunjang :

Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang


diri Individu

Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan,


Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi
Ketrampilan diri

Bahan kurikulum:

Bahan Kurikulum:

Sukataan pelajaran

Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:

Reka bentuk kurikulum:

Linear

Modular

Organisasi kurikulum:

Organisasi kurikulum:

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul


Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)


Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)


Mata pelajaraan Teras dan Elektif

*Senarai Subjek Teras, Wajib & Tambahan KBSR

*Senarai Subjek KSSR Tahap 1 Mengikut Modul


* Senarai Subjek KSSR Tahap 2

Elemen

Elemen

Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi


Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explisit.

Fokus:

Fokus:

3M (Membaca, menulis dan mengira)

4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

http://www.sistemguruonline.my/2014/10/perbezaan-dasar-kbsr-dan-dasar-kssr.html
(2011), Kurikulum Standard
SekolahRendahhttp://www.moe.gov.my/bpk/index.php?
option=com_docman&task=cat_view&gid=187&Itemid=83, tarikhdiaksespada 15
September 2011 (1999) SukatanPelajaran KBSR PendidikanJasmani,
http://akses.skseriampang.net/SP/09_Pendidikan_Jasmani_Kesihatan/sp_pj_kbsr_kbs
m.pdf,tarikhdiaksespada 20 September 2011 (2010) TeoriPembelajaran
Motorhttp://ipdaburn.blogspot.com/2010/09/pjm3105-pembelajaranmotor.htmlTarikhdiakses 25 September 2011 (2009)
KaedahPedagogiBestarihttp://mabjip.blogspot.com/2009/10/pedagogibestari.htmltarikhsiakses 29 September 2011 (2011) Perbezaan KBSR dan KSSR
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dankssr.htmltarikhdiaksespada 24 September 2011 (2011)
HuraianSukatanPelajaranPendidikanJasmani KBSR
http://www.scribd.com/doc/56239640/Huraian-Sukatan-Pelajaran-PendidikanJasmani-Kbsr Huraian Sukatan Pelajaran KSSR Tahun 1.
http://skseribesout.com/v2/2011/01/huraian-sukatan-pelajaran-kssr-tahun-1-2011/
(diambil pada 21/8/2011) Pendidikan Jasmani KSSR .http://ibu-uwaisameenah.blogspot.com/2011/02/kssr-pendidikan-jasmani-kesihatan.html (diambil
pada 21/8/2011) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. http://www.google.com.my/url?
sa=t&source=web&cd=4&ved=0CDIQFjAD&url=http%3A%2F
%2Fakses.skseriampang.net%2FHSP%2F09_Pendidikan_Jasmani_Kesihatan
%2FPJ_THN_1-SK.pdf&rct=j&q=kssr%20pendidikan%20jasmani%20TAHAP
%202&ei=cqp2TtWnA4yvrAeZvuG_Aw&usg=AFQjCNGTCPXQKsJVJFfMhvPBPfYhqkJZV
g&cad=rja (diambil pada 28/8/2011) Pendidikan Jasmani KSSR . http://finielicious.blogspot.com/2011/03/kssr-pendidikan-jasmani.html (diambil pada
28/8/2011) Perbezaan antara KBSR dan KSSR.
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html

(diambil pada 2/9/2011) Sukatan Pelajaran


KBSR..http://pismppjkjan2007.tripod.com/sukatan-pelajaran.html
http://www.scribd.com/doc/62418958/Perbezaan-Kbsr-Dan-Kssr (diambil pada
30/8/2011) Sukatan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun .
http://www.scribd.com/doc/48848177/Sukatan-KSSR-Pendidikan-Jasmani-Tahun-1
(diambil pada 21/8/2011)
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Vous aimerez peut-être aussi