Vous êtes sur la page 1sur 31

1

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI BORNEO UTARA


SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF JAPANESE INVESTMENT IN


NORTH BORNEO BEFORE THE SECOND WORLD WAR

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Borneo Utara sebelum
berlakunya Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah
penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara
Malaysia. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan
Jepun dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaburan. Borneo Utara pada
masa ini berada di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Sikap dan
dasar-dasar Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dalam menghadkan atau merangsang
jenis-jenis pelaburan Jepun di Borneo Utara juga akan dianalisis. Pelaburan Jepun di Borneo
Utara pada masa ini adalah dalam industri perlombongan, pertanian, pembalakan dan
perikanan.

Katakunci: Borneo Utara, Jepun, Pelaburan, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

ABSTRACT

This study discusses the historical development of Japanese investment in North Borneo
before the Second World War. The research is based on the examination method of the
resources available in the library and the National Archives of Malaysia. The objective of the
study is to look at the factors that contribute to Japanese investment and the parties involved
in making investments. During this period, North Borneo is under the administration of the
British North Borneo Chartered Company. The attitudes and policies of the British North
Borneo Chartered Company in limiting or stimulating the types of Japanese investment in
North Borneo will also be analyzed. Japanese investment in North Borneo during this period
are in the mining, agriculture, logging and fishing industries.

Keywords: British North Borneo Chartered Company, Investment, North Borneo

Pengenalan

Kajian ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di


Borneo Utara sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian
yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumbersumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia.
Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada
pelaburan Jepun dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
pelaburan. Borneo Utara pada masa ini berada di bawah pentadbiran
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Sikap dan dasar-dasar

SBBUB dalam menghadkan atau merangsang jenis-jenis pelaburan Jepun


di Borneo Utara juga akan dianalisis. Pelaburan Jepun di Borneo Utara
pada

masa

ini

adalah

dalam

industri

perlombongan,

pertanian,

pembalakan dan perikanan.

Mengenai sejarah pelaburan Jepun di Borneo Utara sebelum Perang


Dunia Kedua, ia ada disentuh sepintas lalu oleh beberapa orang penulis.
Antara kajian yang dilihat penting ialah Yutaka Shimomoto dalam buku
Japanese Immigrants and Investments in North Borneo.1 Kajian kedua
ialah Sabihah Osman dalam artikel Japanese Economic Activities in Sabah
from the 1890s until 1941.2 Kajian ketiga ialah Md. Saffie Abdul Rahim
dalam buku Jepun di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 18841941.3 Kajian keempat ialah Md. Saffie bin Abdul Rahim dalam tesis
Sejarah Kegiatan Ekonomi Orang Jepun di Borneo Utara sebelum Perang
Dunia Kedua (1890-1941).4 Kesemua sumber-sumber ini membantu dalam
penghasilan kajian.

Sektor Pertanian

a) Individu Persendirian Jepun

Pelaburan Jepun di Borneo Utara telah dimulakan oleh individu persendirian sejak tahun
1890-an. Kedatangan individu persendirian Jepun ke Borneo Utara sebelum berlakunya
Perang Dunia Kedua boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pelabur persendirian
berskala kecil dan pelabur persendirian berskala besar. Pelabur persendirian Jepun berskala

kecil merupakan pelabur yang mempunyai keluasan tanah kurang daripada 1,000 ekar,
manakala pelabur persendirian Jepun berskala besar merupakan pelabur yang memiliki
keluasan tanah melebihi 1,000 ekar.5

Penglibatan pelabur Jepun dalam kegiatan pertanian di Borneo Utara telah mengalami
peningkatan setiap tahun.6 Hal ini disebabkan oleh kejayaan yang telah dicapai oleh pelabur
Jepun yang terdahulu menyebabkan pelabur lain terdorong untuk ikut serta membuat
pelaburan di Borneo Utara. Selain itu, pelabur Jepun juga lebih memberi tumpuan kawasan
penanaman modal mereka di bahagian pantai timur Borneo Utara, khususnya di Tawau.
Keadaan ini juga didorong oleh faktor penguasaan pelabur British yang masih kurang di
pantai timur berbanding di kawasan pantai barat Borneo Utara.7 Jadual 1 menunjukkan
penglibatan pelabur Jepun dari tahun 1890 sehingga tahun 1917. Dari tahun 1890 sehingga
tahun 1917, jumlah pelabur persendirian yang telah melabur di Borneo Utara ialah seramai 14
orang. Daripada jumlah tersebut pelabur persendirian lebih tertumpu di kawasan pantai timur
Borneo Utara iaitu di Tawau dan Sandakan.

JADUAL 1

Pelabur Persendirian Jepun Berskala Kecil di Borneo Utara, 1890-19178

Tahun

Nama Pelabur

Keluasan

Jenis

Lokasi

1890

Kiyoji

(Ekar)
70

Tanaman
Kelapa

Sandakan

1914

Yasutani
Ichinosuke

30

Kelapa

Sandakan

1915

Sakamoto
Tasatani

232

Kelapa

Sandakan

1916
1916
1916
1916
1916
1916
1917
1917
1917
1917
Jumlah

Yuneda &
Saita
T. Yamashita
Matsumuta
Sonobe
Ozamwa
Tsuchihashi
T. Gomi
Wakisaka
Yoshioka
Kosugi

40

Kelapa

Tawau

25
30
90
90
100
25
78
100
129
948

Kelapa
Kelapa
Kelapa
Kelapa
Kelapa
Kelapa
Kelapa
Kelapa
Kelapa

Tawau
Tawau
Tawau
Tawau
Tawau
Tawau
Tawau
Tawau
Tawau

Kiyoji Yasutani direkodkan sebagai pelabur terawal dalam sektor pertanian di Borneo
Utara.9 Beliau datang ke Borneo Utara pada tahun 1890 dan telah membeli sebidang tanah
seluas 70 ekar di Pulau Tanjung Aru bersebelahan dengan Bandar Sandakan bagi tujuan
penanaman kelapa.10 Beliau telah membeli ladang tersebut daripada seorang pengusaha
British.11 Selain tanah seluas 70 ekar tersebut, beliau telah mendapat penambahan tanah
seluas 140 ekar daripada SBBUB.

Pelabur persendirian Jepun seterusnya yang telah melabur di Borneo Utara ialah
Ichinosuke Sakamoto.12 Beliau bergiat dalam perusahaan penanaman kelapa di Sandakan.
Sebagai permulaan, Ichinosuke Sakamoto telah membeli sebidang tanah seluas 30 ekar di
Pulau Tanjung Aru bagi tujuan pertanian dan telah mengusahakan penanaman kelapa sebagai
permulaan kegiatan pertaniannya di Borneo Utara. Kemudian beliau menggunakan bantuan
kewangan sebanyak 400 yen daripada Dairoku Nishikawa 13 untuk membeli ladang kelapa
seluas 40 ekar di Sandakan dan 200 ekar di Pulau Tanjung Aru dan Bongon. Pada tahun 1919,
Ichinosuke Sakamoto telah membeli sebuah lagi ladang kelapa seluas 70 ekar yang dimiliki
oleh pengusaha India. Keluasan ladang Ichinosuke Sakamoto di Sandakan ketika itu telah
mencecah sehingga 300 ekar dan jumlah pekerjanya melebihi 50 orang. Pada bulan Februari

1921, Ichinosuke Sakamoto membuat cubaan untuk mengambil alih sebuah ladang kelapa
seluas 15,000 ekar milik Nanyo Shokusan Kabushiki Kaisha (NSKK) di Sandakan. Namun
demikian, pengambilalihan ini tidak berjaya dan kemudiannya ladang itu diambil alih oleh
syarikat Mitsubishi pada awal tahun 1922.14

Sehingga tahun 1917, pelabur persendirian Jepun berskala kecil di Borneo Utara lebih
memberi tumpuan kepada penanaman kelapa. Pelabur lain yang bergiat aktif dalam
perusahaan tersebut ialah Tasatani yang memiliki ladang kelapa seluas 232 ekar di Sandakan,
Yuneda dan Saita yang memiliki ladang kelapa seluas 49 ekar di Tawau, T. Yamashita seluas
25 ekar, Matsumuta seluas 30 ekar, Sonobe seluas 90 ekar, Ozamawa seluas 90 ekar dan
Tsuchihasi seluas 100 ekar yang kesemua mereka menanam kelapa di Tawau. Pada tahun
1917 pula, T. Gomi mempunyai ladang kelapa seluas 25 ekar, Wakisaka seluas 78 ekar dan
Kosogi seluas 129 ekar yang juga terletak di Tawau.15 Sehingga tahun 1919, Kasugi memiliki
ladang kelapa seluas 180 ekar.16

Pada tahun 1918, Ochiji Orita seorang Keftenan Komander telah datang ke daerah
Tawau dan memperolehi sebidang tanah seluas 67 ekar.17 Pada tahun 1938 pula, terdapat
seramai 45 orang pelabur persendirian Jepun di daerah Tawau. Daripada jumlah tersebut,
pelabur persendirian Jepun yang melibatkan diri dalam kegiatan penanaman manila hemp18
ialah seramai 29 orang, manakala yang bergiat dalam tanaman kelapa dan getah adalah
seramai 16 orang. Pada tahun 1940, pelabur persendirian Jepun berskal kecil yang melibatkan
diri dalam kegiatan penanaman manila hemp masih lagi bergiat aktif. Manila hemp adalah
tanaman yang mendapat pasaran baik pada ketika itu. Keadaan inilah yang menyebabkan
pelabur persendirian Jepun banyak memberi tumpuan kepada penanaman manila hemp.

Jadual 2 menunjukkan pelabur persendirian Jepun yang telah terlibat dalam penanaman
manila hemp:

JADUAL 2

Pelabur Persendirian Jepun Berskala Kecil di Tawau Tahun 194019

Pelabur
T. Narahara
K. Namie
K. Onisi
Shiogo Matsuda
Toshimi Furumoto
Miuki Matsuda
T. Onisi
Toshimi Furumoto
Hatsuye Yamaguci
Eisuke Yokota
Fusaka Narahara
Y. Onisi
Jumlah

Keluasan Tanah (Ekar)


100
50
45
30
40
20
15
40
40
80
40
15
515

Berbanding dengan tahun 1938, penglibatan pelabur persendirian Jepun dalam kegiatan
penanaman manila hemp telah merosot. Kemerosotan sebanyak 17 orang berbanding pada
tahun 1938 seramai 29 orang adalah disebabkan oleh langkah SBBUB bertindak
mengehadkan kemasukan imigran Jepun ke Borneo Utara kerana khuatir imigran Jepun ini
boleh memberi ancaman kepada keselamatan SBBUB.20 Pada tahun 1938, seorang lagi
pelabur persendirian yang dikenali sebagai Tobosaku Sakai telah terlibat dalam perusahaan
penanaman padi di Borneo Utara. Beliau telah memohon seluas tiga ekar tanah bagi tujuan
itu di Menggatal, berhampiran dengan Jesselton. Beliau turut memiliki ladang padi di Inanam
dan Jesselton. Pada tahun 1940, beliau juga memohon tanah seluas 10,000 ekar di Inanam

bagi tujuan penanaman padi. Tobosaku Sakai turut mengusahakan ladang padi di Kota
Belud.21

b)

Zaibatsu Jepun

Pada tahun 1915, Kuhara Mining Company (KMC) telah terlibat dalam kegiatan
perlombongan di Borneo Utara. Penglibatan KMC dalam bidang cari gali minyak di Borneo
Utara bermula pada 8 Februari 1915. KMC membuat cari gali minyak selama tiga tahun,
bermula dari tahun 1915 sehingga tahun 1918. Pemberian subkonsesi oleh Borneo Petroleum
Syndicate kepada KMC melibatkan kawasan seluas 30,000 batu persegi di Borneo Utara
yang menjangkau sehingga kawasan Pulau Sebatik di Tawau. Penyertaan syarikat ini yang
bermula dari tahun 1915 sehingga 1920 dalam kegiatan perlombongan minyak di Borneo
Utara merupakan titik mula kepada penyertaan pelabur Jepun dalam perkembangan ekonomi
Borneo Utara.22

Hal ini kerana selepas syarikat ini melibatkan diri dalam bidang perlombongan, pada
tahun 1916 KMC melalui Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE) 23 telah membuat pelaburan
dalam bidang pertanian. Antara pelabur berskala besar Jepun lain yang terlibat di Borneo
Utara ialah Tawau Estate Limited (TEL) 24, Borneo Shokusan Kabushiki Kaisha Limited
(BSKKL),25 Kumada Corporation26, Tengah Nipah Estate (TNE),27 Nomura Company, British
Borneo Development Company (BBDC),28 Nanyo Shokusan Kabushiki Kaisha (NSKK)29,
Kusugi Estate30 dan beberapa zaibatsu Jepun yang lain.31
KTRE muncul sebagai pelabur terbesar Jepun di Borneo Utara. Hanya dengan memilik
kawasan tanah seluas 562 ekar pada awal penglibatan syarikat ini dalam kegiatan pertanian di
Borneo Utara, keluasan ini telah mengalami peningkatan yang mendadak pada tahun yang

sama, iaitu kepada seluas 23,104 ekar. Sehingga tahun 1939, estet ini telah mempunyai
kawasan tanah seluas 17481.72 ekar. KTRE juga turu mempelbagaikan jenis tanaman
pertaniannya. Pada peringkat awal estet ini telah menanam getah dan kemudiannya
memperkenalkan tanaman manila hemp di Borneo Utara, iaitu tanaman yang sebelum ini
tidak pernah diusahakan sebagai tanaman eksport di Borneo Utara. Selain itu, jenis tanaman
lain yang diusahakan oleh estet ini ialah kelapa, tebu, tuba, padi dan beberapa lagi tanaman
bermusim. Estet ini turu menyediakan kemudahan asas kepada buruhnya seperti hospital,
sekolah, rumah buruh, banglo, lot kedai dan jalan raya untuk menghubungkan estet dengan
pusat bandar.32

TEL pula memainkan peranan sebagai pemodal kedua terbesar Jepun di Borneo Utara.
Pada peringkat awal estet ini hanya memiliki geran tanah seluas 1,000 ekar dan memberi
tumpuan terhadap penanaman kelapa. Selepas itu pada tahun 1917, estet ini telah memiliki
geran tanah seluas 11,000 ekar. Tanaman yang diusahakan oleh estet ini ialah kelapa, getah,
manila hemp dan beberapa jenis tanaman bermusim lain. Sehingga tahun 1929 estet ini telah
memiliki tanah berkeluasan 12,649.9 ekar. Secara keseluruhannya estet ini telah menguasai
sektor pertanian di bahagian selatan daerah Tawau manakala KTRE pula di bahagian utara
daerah Tawau. Seperti juga KTRE, TEL mempunyai kemudahan-kemudahan asas khusus
untuk buruhnya. Estet ini mempunyai kemudahan sekolah, kedai runcit, jalan raya serta
rumah kongsi untuk buruh.33

Estet seperti TNE yang bergiat dalam penanaman kelapa di daerah Lahad Datu turut
memberi impak terhadap perkembangan pertanian di kawasan tersebut. TNE pada peringkat
awal memiliki kawasan tanah seluas 1,2000 ekar dan telah muncul sebagai pengeluar kelapa
terbesar di daerah Lahad Datu. BSSKL pula yang bergiat aktif di Sandakan turut memberi

10

impak positif terhadap perkembangan pertanian di Sandakan. Estet ini menguasai perusahaan
kapas di daerah tersebut. Pada peringkat awal, estet ini memiliki kawasan ladang seluas
10,216 ekar dan mengeluarkan kapas dari ejnis yang bermutu tinggi. Kumada Corporation
pula merupakan estet yang telah bergiat aktif dalam penanaman kelapa di bahagian pantai
barat, iaitu di Weston.34

Sektor Pembalakan

Sektor pembalakan turut menjadi sektor tumpuan pelabur Jepun. 35 Pada tahun 1893, pelabur
Jepun pertama yang direkodkan terlibat dalam kegiatan pembalakan ialah Shinnosuke
Inada.36 Pada tahun 1903, seorang lagi pelabur Jepun dikenali sebagai Koichiro Masuda dari
Syarikat Asaki Shokai telah bergiat dalam kegiatan pembalakan. 37 TEL merupakan pelabur
berskala besar yang bergiat aktif dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara. 38 Pada tahun
1921, TEL telah memperoleh sublesen daripada British Borneo Timber Company (BBTC)39
iaitu selepas BBTC mendapat konsesi sepenuhnya bagi perusahaan pembalakan di Borneo
Utara. BBTC telah memperolehi kawasan pembalakan seluas 40,000 ekar merangkumi
Sungai Gading, Sungai Balung, Sungai Apas, Sungai Kinabutan, Sungai Tanjung Batu dan
Bukit Gemuk.40

Pada tahun 1923, TEL telah mengeluarkan sebanyak 131,207 kaki padu untuk
keseluruhan konsesi kawasan pembalakan sementara. Pada tahun 1938, TEL tidak lagi
terlibat dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara. TEL mengambil keputusan untuk tidak
lagi berkecimpung dalam kegiatan pembalakan dan hanya menumpukan perhatian kepada
kegiatan pertanian. Faktor kenaikan royalti eksport dan masalah konflik antara China dan

11

Jepun pada ketika itu yang berlanjutan sehingga tahun 1940-an sedikit sebanyak menjadi
punca kepada kemerosotan pengeksportan kayu balak ke China.41

KTRE pula telah memperolehi sublesen pembalakan daripada BBTC 42 dan mendapat
konsesi pembalakan pada tahun 1932. Syarikat ini diberi hak konsesi oleh SBBUB untuk
mengeksport hasil balak daripada ladang kepunyaannya. Pada bulan April 1934, KTRE
mengeluarkan hasil eksport kayu balaknya sebanyak 55,935.10 kubik kaki. Nomura Timber
Company adalah pelabur Jepun yang bergiat aktif dalam pengeluaran balak di Borneo Utara
untuk dieksport ke luar negara khususnya Jepun. 43 Pada tahun 1936, sejumlah 3.6 kubik kayu
balak dieksport oleh syarikat ini ke Jepun. Jumlah tersebut merupakan 30 peratus daripada
jumlah keseluruhan hasil balak Borneo Utara yang dieksport ke luar negara.44

Miyaki Co. Turut terlibat dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara pada tahun 1929
apabila mendapat konsesi daripada BBTC. Selepas itu, terdapat beberapa buah lagi syarikat
persendirian Jepun yang terlibat dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara, iaitu
Mitsubishi Goshi Kaisha pada tahun 1920, Wanyo Shokusan Co. Ltd. pada tahun 1921, The
Shoriu & Co. pada tahun 1923, T. Uamada Co. pada tahun 1933 dan juga Mutsumiya Co.
Ltd. pada tahun 1924. Syarikat milik pelabur Jepun, Yamada Taneaki Shoten (Yamada
Taneaki & Co.) menjadi agen BBTC untuk mengeksport balak ke Jepun.45 Penglibatan
pelabur Jepun dalam kegiatan pembalakan ini memberi kesan positif terhadap perkembangan
kegiatan pembalakan Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua.46

Sektor Perikanan

12

Pelabur Jepun turut memainkan peranan penting dalam sektor perikanan. 47 Pada tahun 1903,
terdapat pelabur Jepun yang terlibat dalam perusahaan menternak mutiara di Tawau. 48 Pelabur
Jepun yang dikenali sebagai Dr. S. Fujita turut beroperasi dalam penternakan mutiara di
Semporna pada tahun 1904.49 Pada tahun 1919, Pesuruhjaya Kastam dan Eksais Borneo Utara
telah melaporka bahawa di Tawau terdapat sebuah kapal nelayan Jepun milik KTRE. Selain
itu, pada 15 Jun 1929, sebuah syarikat milik pelabur Jepun iaitu Syarikat N. Kado turut
terlibat dalam mengusahakan pemungutan mutiara di Borneo Utara. Sebuah lagi syarikat
persendirian Jepun yang dikenali sebagai Borneo Pearl Company turut melabur dalam
kegiatan penternakan mutiara di Borneo Utara pada tahun 1935. 50 Pada tahun 1932, terdapat
sebanyak 50 buah kapal nelayan Jepun yang beroperasi menangkap ikan di Sandakan. Pada
tahun 1938 pula, sebuah lagi kapal milik Shanwa Shoku Fishing telah datang ke Borneo
Utara.51

BFC merupakan syarikat Jepun yang memberi impak besar kepada perkembangan sektor
perikanan di Borneo Utara.52 BFC telah mula ditubuhkan pada tahun 1927 dan perusahaan
perikanan yang dikendalikan oleh Ochiji Orita ini berpangkalan di Pulau Si-Amil. Bekalan
ikan yang diperolehi daripada kilang ikan BFC di Pulau Si-Amil akan dipasarkan ke Jepun,
Amerika Utara dan Singapura. Syarikat ini berkembang maju sehingga modalnya meningkat
ke angka 2 juta yen. Pada tahun 1934, syarikat ini berjaya mengeluarkan hasil ikan kering
dan ikan salai sebanyak 3,897.99 pikul dengan nilai 116,940 yen dan shaving fish sebanyak
43,425 pikul dengan nilai 652 yen. Jumlah modal syarikat ini adalah sebanyak 500,000 yen
dan telah meningkat pada tahun 1934 kepada 1,000,000 yen.53

Perkembangan pesat BFC dalam kegiatan ini telah mendorong kepada penubuhan
sebuah lagi cawangan kilangnya di Pulau Banggi, Kudat pada tahun 1934. Selain itu, seperti

13

pelabur Jepun lain yang bergiat dalam kegiatan pertanian, BFC juga menyediakan
kemudahan asas kepada buruh yang bekerja di syarikatnya. BFC menyediakan kemudahan
hospital dan kedai runcit serta rumah kongsi. Oleh yang demikian, pelabur Jepun ini dilihat
mampu membentuk wilayah perniagaan dan seterusnya berjaya mengeskploitasi serta
memonopoli hasil kekayaan sumber ekonomi Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua.54
Syarikat ini telah berjaya dalam pelaburannya di Borneo Utara tanpa mendapat saingan
daripada pelabur lain khususnya pelabur Cina yang turut bergiat dalam sektor perikanan pada
ketika itu di Borneo Utara.55

Kesan Pelaburan Jepun di Borneo Utara

Kedudukan geografi Borneo Utara telah menyumbang kepada sumber ekonomi yang
lumayan. Ini kerana Borneo Utara merupakan sebuah kawasan laluan perdagangan yang
sesuai untuk kapal yang ingin berdagang ke China dan Jepun. Pihak British yang mempunyai
kepentingan berharap laluan ini tidak akan jatuh ke tangan kuasa-kuasa Eropah yang lain.
Setelah SBBUB memperoleh Piagam Diraja daripada kerajaan British, maka secara rasmi
Borneo Utara ditadbir oleh syarikat British. Bermulanya pentadbiran SBBUB pada tahun
1881 di Borneo Utara telah membawa kepada perubahan sistem ekonomi Borneo Utara.
Penguasaan Borneo Utara oleh SBBUB tanpa peperangan membolehkan sistem ekonominya
berkembang dengan pantas.

Perkembangan Borneo Utara yang bergerak pantas ini telah mewujudkan masalah modal
yang dihadapi oleh SBBUB. SBBUB juga menghadapi masalah buruh. Ini menyebabkan
SBBUB menghadapi masalah untuk memajukan sektor ekonomi Borneo Utara. Sebagai
langkah awal mengatasinya, SBBUB telah mengalakkan pengambilan buruh luar serta

14

mengalakkan pelabur luar untuk bekerja dan melabur di Borneo Utara. Semasa C.V. Creagh
menjawat jawatan Gabenor Borneo Utara, beliau telah mengalakkan pengambilan buruh dan
pelabur dari Asia Timur, khususnya dari Jepun bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga
kerja di Borneo Utara.56 Semasa era inilah pelabur Jepun telah masuk melabur di Borneo
Utara.57 Kebetulan pada masa itu juga proses pemodenan Meiji sedang memuncak di Jepun.
Kerajaan Meiji telah memberi galakan kepada zaibatsunya untuk membuat pelaburan di luar
Jepun.58

Pelabur-pelabur Jepun dilihat cepat mengambil peluang untuk memperluaskan kegiatan


ekonominya dan berpandangan jauh dalam mengeksploitasi sumber kekayaan Borneo Utara.
Turut membanggakan apabila beberapa sumber-sumber pertanian yang mereka terokai tidak
diterokai oleh syarikat-syarikat Eropah. KTRE telah menjadi perintis kepada tanaman manila
hemp yang kemudiannya menjadi hasil eksport Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua.
Hasil kelapa juga telah menjadi sumber tanaman yang mendapat perhatian pelabur Jepun.
Selain itu, pelabur Jepun turut menanam sumber-sumber pertanian yang menjadi hasil eksport
utama Borneo Utara seperti getah, kelapa, tuba dan kapas.59

Penglibatan pelabur Jepun dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara menjadikan


mereka sebagai pembekal utama hasil balak ke Asia Timur. Dalam bidang perikanan, BFC
juga telah menjadi sebuah syarikat perikanan utama di Borneo Utara sebelum Perang Dunia
Kedua meletus tanpa wujudnya persaingan daripada pelabur-pelabur asing lain. Jelaslah
bahawa buruh dan pelabur Jepun memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi
Borneo Utara sejak tahun 1884 lagi. Peranan orang Jepun sama ada sebagai pelabur mahupun
petani dan buruh dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara sememangnya tidak boleh
dinafikan.

15

Migrasi Jepun juga mampu memberi saingan kepada pelabur Eropah. Mereka telah
memecahkan tradisi dominan pelabur Eropah dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara
sebelum Perang Dunia Kedua. Dalam masa yang singkat, pelabur-pelabur Jepun ini berjaya
menyaingi syarikat-syarikat besar kepunyaan pelabur Eropah yang terlebih dahulu bertapak
di Borneo Utara.60 Menjelang Perang Dunia Kedua, SBBUB masih tidak mengambil sebarang
tindakan ke atas pelaburan Jepun di Borneo Utara sehinggalah bulan Januari 1941. Ini kerana
ia memerlukan modal dan tenaga buruh Jepun dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara.
Akhirnya Perang Pasifik meletus pada 8 Disember 1941.61

Kesimpulan

Pelaburan

Jepun

di

Borneo

Utara

telah

dimulakan

oleh

individu

persendirian dalam sektor pertanian sejak tahun 1890-an. Kedatangan


individu persendirian Jepun ke Borneo Utara sebelum berlakunya Perang
Dunia Kedua boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pelabur
persendirian berskala kecil dan pelabur persendirian berskala besar.
Sektor pembalakan dan perikanan turut menjadi sektor tumpuan pelabur
Jepun. Kedudukan geografi Borneo Utara telah menyumbang kepada
sumber ekonomi yang lumayan. Di Borneo Utara, pelabur-pelabur Jepun
juga tidak mendapat halangan dari SBBUB dalam pelaburan industri
pertanian, pembalakan dan perikanan kerana ia memerlukan modal dan
tenaga buruh Jepun dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara.

16

RUJUKAN

Cecilia Leong. 1988. Sabah: The First 100 Year. Kuala Lumpur: Pustaka Wan Yang Muda
Sdn. Bhd.

Fujio Hara. 1986. Eiryo Malaya no Nihonjin (The Japanese in British Malaya). Tokyo: Ajia
Keizai Kenkyujo (Institute of Developing Economies).

Goodlet, K. J. 1977. The Origin and Early Development of the Tawau Community 1880-1942.
Ph.D. Thesis. University of Sydney.

Hanita Lajadharun. 2001. Imigrasi Orang Jepun ke Borneo Utara Sebelum Perang Dunia
Kedua. Latihan Ilmiah, B.A. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Kumataro Atsumi. 1989. Watashino Hansei, Dai Ichibu-Boruneo Suisan Jidai (A Memoir of
My Life, Volume 1, The Era of Borneo Fisheries). Kyonan-machi: Shinichiro Atsumi.

Kunio Matsumoto. 1981. Siamiru To (Si-Amil Island). Tokyo: Kobunsha.

Lujihah @ Zuraidah Timbun. 1987/88. Sejarah Perkembangan Perusahaan Pembalakan Di


Negeri Sabah (Borneo Utara) Sebelum Perang Dunia Kedua 1881-1941. Tesis Sarjana
Muda Sastera. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

17

Masahiko Mochiduki. 2001. Boruneo ni Watatta Okinawa no Gyofu to Joko (Fisherman and
Female Workers who Migrate to Borneo). Tokyo: Boruneo Shiryou Kenkyushitsu
(Borneo History Reference Center).

Md. Saffie Abdul Rahim. 2007. Jepun di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi
1884-1941. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Mohammad Raduan b. Mohd. Ariff. 2000. Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang:
Sejarah Perkembangan Perusahaan Perikanan di Borneo Utara 1750-1990. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Nanyo Keizai Kenkyusho (Institute of the South-seas Economies). 1942. Sogyo Kiei no
Kushin-Boruneo Suisan Kabushiki Kaisha (Difficulties Encountered by the Entrepreneur
of Borneo Fisheries). Tokyo: Nanyo Keizai Kenkyusho.

Nihon Nanyozai Kyokai (Japan Southsea Lumber Conference). 1975. Nanyozai Shi (A
History of Southsea Lumber). Tokyo: Nihon Nanyozai Kyokai.

Noihin Garam @ Noraiha Abdullah. 1990. Sejarah Perkembangan Pertanian Perladangan


Zaman Syarikat Berpiagam Borneo Utara Di Sabah (1881-1941). Tesis Sarjana Muda
Sejarah. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ooi Keat Gin. 1999. Rising Sun Over Borneo: The Japanese Occupation of Sarawak 19411945. Hampshire: Macmillan Press Ltd.

18

Ooi Keat Gin. 2010. The Japanese Occupation of Borneo, 1941-1945. Routledge Studies in
the Modern History of Asia. London: Routledge.

Reece, B. 1998. Masa Jepun: Sarawak under the Japanese 1941-1945.


Kuching: Sarawak Literary Society.

Robertson, E. 1979. The Japanese File: Pre-War Japanese Penetration in the Southeast Asia.
Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Sabihah Osman. 1998. Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until
1941. Journal of Southeast Asian Studies 29 (1): 24-43.

Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. Dlm. Abdul Hali Ali,
Ishak Shari, Habibah Ahmad & Er Ah Choy (pnyt.). Sabah dalam Perluasan Pasaran,
hlm. 31-42. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saito Yasuji. 1992. Recollections of Labour Conflict in Japanese Estate, Tawau. Borneo
Review III (2): 259-269.

Shigeshi Nagata (pnyt.). 1952. Shinano Kaigai Iju Shi (A History of Migration from Nagano).
Nagano: Shinano Kaigai Kyokai (Association of Overseas Migration in the Nagano
District).

19

Shuji Okuno. 2005. Natsuko-Okinawa mitsuboeki no Joou (Natsuko-The Queen of


Smugglers in Okinawa). Tokyo: Bungei Shunju.
Tregonning, K. G. 1958. Under Chartered Company Rule (North Borneo 1881-1946).
Singapore: University of Malaya Press.

Tregonning, K. G. 1965. A History of Modern Sabah (North Borneo 1881-1963). Ed. ke-2.
Singapore: University of Malaya Press.

Tregonning, K.G. 1967. A History of Modern Sabah 1881-1963. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu
Universiti Malaya Press.

Yoji Akashi. 2008. The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45. Dlm. Yoji
Akashi & Mako Yoshimura (pnyt.). New Perspectives on the Japanese Occupation in
Malaya and Singapore, 1941-1945, hlm. 21-32. Singapore: NUS Press.

Yoshimasa Shibata. 2005. Nanyo Nikkei Saibai Gaisha no Jidai (An Era of Japanese
Plantations in the South-seas). Tokyo: Nihon Keizai Hyoronsha.

Yoshizo Furukawa. 1956. Dabao Kaitakushi (A Memoir of the Development of Davao).


Tokyo: Furukawa Takushoku Kabushiki Kaisha (Furukawa Plantation Company).

Yutaka Shimomoto. 1981. Japan and the Chartered Company. Sabah Society Journal 7 (2):
123-126.

20

Yutaka Shimomoto. 1991. Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North
Borneo. Sabah Society Journal 7 (3): 254-271.

Yutaka Shimomoto. 1991. Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo. Sabah
Museum and Archives Journal 1 (3): 13-34.

Yutaka Shimomoto. 1993. Early Japanese Immigrants in British North Borneo. Sabah Society
Journal 10: 27-33.

Yutaka Shimomoto & Mandalam, K. Ravi (pnyt.). 2010. Japanese Immigrants and
Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah Society.

Yutaka Shimomoto & Mandalam, K. Ravi (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, 2010,

Kota Kinabalu, The Sabah Society.

Sabihah Osman, Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until 1941 dlm. Journal of

Southeast Asian Studies 29 (1), 1998, hlm. 24-43.

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007.

Md. Saffie bin Abdul Rahim, Sejarah Kegiatan Ekonomi Orang Jepun di Borneo Utara sebelum Perang Dunia

Kedua (1890-1941), Tesis Sarjana Sastera, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, 2005.

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 102.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor pertanian di Borneo Utara, sila lih.

Noihin Garam @ Noraiha Abdullah, Sejarah Perkembangan Pertanian Perladangan Zaman Syarikat

Berpiagam Borneo Utara Di Sabah (1881-1941), Tesis Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1990, hlm. 30-70.

7
Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota
Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 102.
8

Sumber: Ibid., hlm. 104.

10

Ibid., hlm. 102.

Lih. ibid., hlm. 131. Pulau Tanjung Aru merupakan sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan Bandar

Sandakan iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot. Ia didiami oleh masyarakat Melayu Brunei. Sejak zaman
dahulu dan masih kekal sehingga sekarang, penanaman kelapa merupakan perusahaan utama penduduk pulau berkenaan.
Kelapa bukan sahaja dijadikan sebagai kopra atau kelapa kering tetapi buahnya turut dijadikan minyak masak serta daun
pelepahnya sesuai dijadikan penyapu.

11

Lih. ibid., hlm. 131. Tidak terdapat sebarang maklumat mengenai nama pengusaha British yang telah

mengusahakan kawasan tanah seluas 70 ekar di Pulau Tanjung Aru, Sandakan dan sebab tanah tersebut dijual kepada Kiyoji
Yasutani. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Early Japanese Immigrants in British North Borneo dlm. Sabah Society Journal 10,
1993, hlm. 29-30.

12

Lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota

Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 131. Ichinosuke Sakamoto merupakan antara pelabur persendirian Jepun yang dilihat
berjaya pelaburannya di Borneo Utara pada awal tahun 1900-an. Hal ini kerana beliau merupakan pelabur Jepun yang
bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan ekonomi di Borneo Utara. Selain melibatkan diri dalam perusahaan tanaman kelapa,
beliau telah terlibat dalam perusahaan kedai runcit. Beliau juga telah mendapat bantuan daripada rakan-rakannya di daerah
Nagano, iaitu daerah kelahirannya untuk melakukan pelaburan di Borneo Utara. Walau bagaimanapun, kejayaannya dalam
sektor pertanian tidak
bertahan lama apabila beliau menghadapi masalah pengurusan kewangan estetnya. Kesannya ladang milik beliau telah
diambil alih oleh sebuah syarikat pelaburan Jepun, iaitu British Borneo Development Company (BBDC). Untuk maklumat
lanjut, sila lih. Yutaka Shimomoto, Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo dlm. Sabah
Society Journal 7 (3), 1990, hlm. 255-270. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese
Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 71-84. Lih. juga Shigeshi

Nagata (pnyt.), Shinano Kaigai Iju Shi (A History of Migration from Nagano), Nagano, Shinano Kaigai Kyokai (Association
of Overseas Migration in the Nagano District), 1952, hlm. 49.

13

Lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota

Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 103. Dairoku Nishikawa merupakan seorang pelajar yang menuntut di Sadao
Miyazaki, sebuah sekolah yang terdapat di daerah Nagano. Untuk maklumat lanjut, sila lih. Yutaka Shimomoto, Ichinosuke
Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo dlm. Sabah Society Journal 7 (3), 1990, hlm. 255-270.

14

Lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota

Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 132. Selain terlibat dalam perusahaan ladang kelapa, Ichinosuke Sakamoto juga telah
membuka sebuah kedai runcit di ladangnya di Pulau Tanjung Aru pada 21 Februari 1921. Beliau menjual kain baju, sapu
tangan sutera dan barang niaga lain. Beliau membuka kedai runcitnya pada waktu petang setiap hari dan pada hari Ahad
akan dibuka sepanjang hari. Perniagaan beliau dikatakan mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan pembeli yang
tinggal di kawasan sekitar Pulau Tanjung Aru. Beliau telah membeli barang-barang dari Jepun untuk diniagakan di kedai
runcitnya. Ichinosuke Sakamoto juga telah membeli sebuah kereta bagi membolehkan beliau bergerak di sekitar daerah
Sandakan pada pertengahan tahun 1921. Pada tahun 1922, beliau telah membina sebuah rumah di Pulau Tanjung Aru.
Ichinosuke Sakamoto telah berjaya dalam perniagaannya serta perusahaan ladang kelapanya. Ini member gambaran bahawa
perusahaan pelabur Jepun di Borneo Utara adalah amat maju dan mampu bersaing dengan pelabur Eropah.

15
Ibid., hlm. 105.

16

Ibid., hlm. 105.

17

Ibid., hlm. 105. Lih. juga Sabihah Osman, Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun dlm. Abdul Hali Ali,

Ishak Shari, Habibah Ahmad & Er Ah Choy (pnyt.), Sabah dalm Perluasan Pasaran, Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 31-42.

18

Manila hemp di Borneo Utara dikenali sebagai pisang lanut ataupun sebagai abaka.

19
Sumber: Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 18841941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 106.
20

21

Ibid., hlm. 105.

Lih. ibid, hlm. 132. Selain terlibat dalam kegiatan pertanian, Tobosaku Sakai juga menubuhkan syarikat Gaya

Company. Syarikat ini menjual barangan dari Jepun seperti tembikar dan sutera. Selain itu, kedai milik beliau turut
menyediakan perkhidmatan foto, filem dan percetakan.

22

23

Ibid., hlm. 134.

Untuk maklumat lanjut mengenai KTRE, sila lih. ibid., hlm. 107-119. Lih. juga K. J. Goodlet, The Origin and

Early Development of the Tawau Community 1880-1942, Ph.D. Thesis, University of Sydney, 1977, hlm. 157, 208, 240.
Lih. juga Saito Yasuji, Recollections of Labour Conflict in Japanese Estate, Tawau dlm. Borneo Review III (2), 1992, hlm.
259-269. Lih. juga Hanita Lajadharun, Imigrasi Orang Jepun ke Borneo Utara Sebelum Perang Dunia Kedua, Latihan
Ilmiah, B.A. Sejarah, Universiti Malaya, 2001, hlm. 30, 65. Lih. juga K. G. Tregonning, Under Chartered Company Rule
(North Borneo 1881-1946), Singapore, University of Malaya Press, 1958, hlm. 185. Lih. juga Bob Reece, Masa Jepun:
Sarawak Under the Japanese 1941-1945,

t.tp., Sarawak Literary Society, 1998, hlm. 15. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese
Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 55. Lih. juga Ooi Keat Gin,
The Japanese Occupation of Borneo, 1941-1945, Routledge Studies in the Modern History of Asia, London, Routledge,
2010, hlm. 14.

24

Untuk maklumat lanjut mengenai TEL, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan

Kegiatan

Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 119-124. Lih. juga K. J. Goodlet, The Origin

and Early Development of the Tawau Community 1880-1942, Ph.D. Thesis, University of Sydney, 1977, hlm. 60-70, 102,
163. Lih. juga Sabihah Osman, Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until 1941 dlm. Journal of
Southeast Asian Studies 29 (1), 1998, hlm. 24-43. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese
Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 55, 66-68. Lih. juga Ooi Keat
Gin, The Japanese Occupation of Borneo, 1941-1945, Routledge Studies in the Modern History of Asia, London,
Routledge, 2010, hlm. 14. Lih. juga B. Reece, Masa Jepun: Sarawak under the Japanese 1941-1945, Kuching, Sarawak
Literary Society, 1998, hlm. 15. Lih. juga K.G. Tregonning, A History of Modern Sabah (North Borneo 1881-1963), Ed. ke2, Singapore, University of Malaya Press, 1965, hlm. 93.

25

Untuk maklumat lanjut mengenai BSKKL, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi

dan Kegiatan

Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 124-127. Lih. juga Ooi Keat Gin, The

Japanese Occupation of Borneo, 1941-1945, Routledge Studies in the Modern History of Asia, London, Routledge, 2010,
hlm. 14.

26

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumada Corporation, sila lih. ibid., hlm. 130. Lih. juga Cecilia Leong, Sabah: The

First 100 Year, Kuala Lumpur, Pustaka Wan Yang Muda Sdn. Bhd, 1988, hlm. 165-168.

27
Untuk maklumat lanjut mengenai TNE, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara:
Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 127-129.

28
Untuk maklumat lanjut mengenai BBDC, sila lih. ibid., hlm. 124. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Ichinosuke
Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo dlm. Sabah Society Journal 7 (3), 1990, hlm. 255-271. Lih.
juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam, (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota
Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 55.

29

Untuk maklumat lanjut mengenai NSKK, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan

Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 129. Lih. juga Yutaka Shimomoto &L. Ravi
Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm.
55. Lih. juga Yoshimasa Shibata, Nanyo Nikkei Saibai Gaisha no Jidai (An Era of Japanese Plantations in the South-seas),
Tokyo, Nihon Keizai Hyoronsha, 2005, hlm. 433.

30
Untuk maklumat lanjut mengenai Kusugi Estate, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo
Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 129.
31

Ibid., hlm. 107.

32

Ibid., hlm. 120.

33

Ibid., hlm. 220.

34

Ibid., hlm. 221.

35

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor pembalakan, sila lih. ibid., hlm. 149-

175.

36

Lih. ibid., hlm. 170. Shinnosuke Inada merupakan salah seorang perintis kepada ramai pelabur Jepun yang datang

ke Borneo Utara. Walaupun sebelum ini telah ramai imigran Jepun datang ke Borneo Utara, kedatangan mereka bukan
sebagai pelabur yang terarah tetapi datang sebagai kalangan imigran wanita Jepun
yang bekerja sebagai pelacur. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Japan and the Chartered Company dlm. Sabah Society Journal
7 (2), 1981, hlm. 123-126. Walaupun Shinnosuke Inada memohon untuk membawa masuk seramai 350 orang buruh kasar,
namun SBBUB hanya membenarkan sekitar 10 hingga 15 keluarga sahaja. SBBUB bertindak untuk tidak membenarkan
imigran Jepun masuk secara beramai-ramai pada ketika itu disebabkan perasaan khuatir dari kalangan pegawai SBBUB
berhubung dengan matlamat sebenar imigran Jepun masuk ke Borneo Utara. Mereka khuatir kemasukan imigran Jepun ini
bertujuan untuk menjadi pengintip kepada kerajaan Jepun. Maklumat lanjut berhubung perkara ini ada diterangkan secara
lanjut dlm. Eric Robertson, The Japanese File: Pre-War Japanese Penetration in Southeast Asia, Kuala Lumpur,
Heinemann Asia, 1979, hlm. 84-110.

37

Untuk maklumat lanjut mengenai Koichiro Matsuda, sila lih. ibid., hlm. 29. Lih. juga Yutaka Shimomoto,

Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo dlm. Sabah Museum and Archives Journal 1 (3), 1991, hlm. 63. Lih.
juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota
Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 68.

38

Nihon Nanyozai Kyokai (Japan Southsea Lumber Conference), Nanyozai Shi (A History of Southsea Lumber),

Tokyo, Nihon Nanyozai Kyokai, 1975, hlm. 150.

39
Pada tahun 1920 SUBB telah melibatkan diri dalam perusahaan pembalakan dengan penubuhan
syarikat British Borneo Timber Company Ltd. (BBTC). Syarikat ini memiliki 25 sublesen. Memandangkan
Borneo Utara mempunyai kawasan yang luas, agak sukar bagi BBTC untuk mengeluarkan hasil balak secara
bersendirian. Oleh yang demikian, syarikat telah memberikan sublesen pengeluaran balak kepada syarikat lain
yang berminat untuk bergiat dalam kegiatan pembalakan. Lih. juga K. G. Tregonning, A History of Modern
Sabah 1881-1963, Kuala Lumpur, Pustaka Ilmu Universiti Malaya Press, 1967, hlm. 90. Lih. juga Yutaka
Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota
Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 68.

40

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,
Penerbit UMS, 2007, hlm. 221. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and
Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 69. Selain BBTC, pada awal tahun 1920-an
empat buah syarikat lagi terlibat dalam kegiatan pembalakan, iaitu British North Borneo Timber, Shing Kee, King Eng Watt
Brothers dan TEL.

41

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 221.

42

Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 68-69. Lih. juga Yoshimasa Shibata, Nanyo Nikkei Saibai Gaisha no Jidai (An
Era of Japanese Plantations in the South-seas), Tokyo, Nihon Keizai Hyoronsha, 2005, hlm. 122.

43

Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 69.

44

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 221.

45

Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 69.

46

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 222. Untuk maklumat lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor pembalakan di Borneo
Utara, sila lih. Lujihah @ Zuraidah Timbun, Sejarah Perkembangan Perusahaan Pembalakan Di Negeri Sabah (Borneo
Utara) Sebelum Perang Dunia Kedua 1881-1941, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1987/88, hlm. 66-103.

47

Untuk maklumat lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor perikanan di Borneo Utara, sila lih. Md.

Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS,
2007, hlm. 177-215.

48

Sabihah Osman, Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until 1941 dlm. Journal of

Southeast Asian Studies 29 (1), 1998, hlm. 34.

49

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 184.

50

Mohammad Raduan b. Mohd. Ariff, Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan

Perusahaan Perikanan di Borneo Utara 1750-1990, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 2000, hlm. 115. Lih. juga Yutaka
Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The
Sabah Society, 2010, hlm. 148. Lih. juga Kunio Matsumoto, Siamiru To (Si-Amil Island), Tokyo, Kobunsha, 1981, hlm. 9091.

51
Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota
Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 222.
52

Ooi Keat Gin, Rising Sun Over Borneo: The Japanese Occupation of Sarawak 1941-1945, Hampshire,

Macmillan Press Ltd., 1999, hlm. 20. Lih. juga Bob Reece, Masa Jepun: Sarawak Under the Japanese 1941-1945, 1998,

hlm. 15. Untuk maklumat lanjut mengenai Ichiji Orita dan BTC, sila lih. Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.),
Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 85-126. Lih. juga
Nanyo Keizai Kenkyusho (Institute of the South-seas Economies), Sogyo Kiei no Kushin-Boruneo Suisan Kabushiki
Kaisha (Difficulties Encountered by the Entrepreneur of Borneo Fisheries), Tokyo, Nanyo Keizai Kenkyusho, 1942, hlm.
4-5. Lih. juga Fujio Hara, Eiryo Malaya no Nihonjin (The Japanese in British Malaya), Tokyo, Ajia Keizai Kenkyujo
(Institute of Developing Economies), 1986,

hlm. 165. Lih. juga Shuji Okuno, Natsuko-Okinawa mitsuboeki no Joou (Natsuko-The Queen of Smugglers in Okinawa),
Tokyo, Bungei Shunju, 2005, hlm. 117-119. Lih. juga Kunio Matsumoto, Siamiru To (Si-Amil Island), Tokyo, Kobunsha,
1981, hlm. 57-58. Lih. juga Masahiko Mochiduki, Boruneo ni Watatta Okinawa no Gyofu to Joko (Fisherman and Female
Workers who Migrate to Borneo), Tokyo, Boruneo Shiryou Kenkyushitsu (Borneo History Reference Center), 2001, hlm.
28-29. Lih. juga Kumataro Atsumi, Watashino Hansei, Dai Ichibu-Boruneo Suisan Jidai (A Memoir of My Life, Volume 1,
The Era of Borneo Fisheries), Kyonan-machi, Shinichiro Atsumi, 1989, hlm. 201. Lih. juga Yoshizo Furukawa, Dabao
Kaitakushi (A Memoir of the Development of Davao), Tokyo, Furukawa Takushoku Kabushiki Kaisha (Furukawa Plantation
Company), 1956, hlm. 162-163.

53

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 222.

54

Ibid., hlm. 223.

55
Lih. ibid., hlm. 207. Pelabur Cina gagal menyaingi pelabur Jepun dalam kegiatan perikanan di Borneo
Utara memandangkan pelabur Jepun menggunakan kaedah penangkapan ikan yang lebih moden berbanding
dengn kaedah menangkap ikan yang dijalankan oleh pelabur Cina. Untuk keterangan lanjut, sila lih. Mohammad
Raduan b. Mohd. Ariff, Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan Perusahaan
Perikanan di Borneo Utara 1750-1990, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 2000, hlm. 102-112.

56

Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 19. Lih. juga Yoji Akashi, The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore,
1915-45 dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and
Singapore, 1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 23.

57

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah migrasi orang Jepun ke Borneo Utara, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim,
Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 51-87.

58

Ibid., hlm. 218.

59

Ibid., hlm. 223.

60

Ibid., hlm. 223.

61
Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North
Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 198.

Vous aimerez peut-être aussi