Vous êtes sur la page 1sur 15

PENGENALAN

Kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu pada 31 Ogos


1957 bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui proses
secara berperingkat-peringkat. Fasa untuk memerintah negara sendiri
ini telah memperlihatkan kebangkitan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat Tanah Melayu. Menurut K.R Minogue, nasionalisme
merupakan satu idea, ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang
mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu

dan boleh

dialirkan daripada segolongan elit kepada golongan kebanyakkan. Hal


ini menunjukkan disebabkan semangat dan cinta terhadap tanah air,
daripada golongan raja sehinggalah rakyat biasa memainkan peranan
yang

penting

sehingga

mewujudkan

kerjasama

antara

mereka.

Semangat untuk memerintah negara sendiri ini bertitik tolak daripada


Piagam Atlantik yang diisytiharkan pada 14 Ogos 1941 yang dirangka
oleh Britain dan Amerika Syarikat. Dalam Piagam ini termaktub
bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan
memerintah negara sendiri. Antara prinsip prinsip yang dikemukakan
ialah tiada peluasan kuasa dan perubahan wilayah adalah atas
kehendak rakyat.

FAKTOR-FAKTOR BRITISH MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

BANTAHAN PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION


Bantahan

penduduk

tempatan

terhadap

Malayan

Union

merupakan salah satu impak yang menyumbang kepada faktor British


memberikan

kemerdekaan

Tanah

Melayu.

Melalui

kebimbangan

mereka akan kehapusan negeri, bangsa dan kebudayaan mereka,


penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali. Ia
boleh dianggap sebagai kemuncak nasionalisme itu sendiri. 1 Rakyat
telah menentang perkara yang terkandung dalam Gagasan Malayan
Union , antaranya ialah mereka tidak berpuas hati dengan cara
tandatangan raja-raja Melayu diambil

, hal ini kerana raja-raja tidak

dibenarkan untuk mendapatkan nasihat sebelum membuat keputusan.


Seterusnya,

syarat

kewarganegaraan

yang

longgar

juga

telah

mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk asal, malah,


mereka juga melihatnya sebagai satu penjajahan ke atas Tanah
Melayu. Syarat kewarganegaraan yang longgar dan penghapusan hakhak istimewa orang-orang Melayu adalah ditafsirkan oleh pemimpin
1 Ramlah Adam, Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1998, hlm. 2
2 Ibid; hlm. 2.

pemimpin Melayu sebagai amat membahayakan kedudukan politik,


ekonomi dan masa depan orang Melayu. 3 Oleh yang demikian, orang
Melayu mula bertindak dalam pelbagai bentuk bagi menentang
Malayan Union dengan cara menghebahkan keburukan Malayan Union
melalui akhbar-akhbar Melayu, contohnya Utusan Melayu, Majlis dan
Warta Negara. Surat-surat pembaca yang mengkritik Malayan Union
turut dimuatkan dalam akhbar-akhbar tersebut. Persatuan-persatuan
negeri-negeri Melayu yang tumbuh sebelum perang dan selepas
perang, menghantar nota-nota bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan
(Colonial Office).4 Hal ini telah memperlihatkan kebangkitan persatuanpersatuan politik untuk menentang gagasan Malayan Union. Pada 23
Januari 1946, Dato Onn Jaafar telah menyeru orang Melayu untuk
berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)
sebagai benteng bagi menentang penubuhan Malayan Union. Pada 1
Mac 1946, sebanyak 41 buah persatuan negeri Melayu menghantar
wakil termasuk Parti Kebangsaan Melayu (PKMM) yang menghantar
wakil

dan 14 orang pemerhati

kongres tersebut, Dato Onn

menghadiri kongres itu. Dalam

mencadangkan untuk menubuhkan

pertubuhan kebangsaan orang Melayu yang diberi nama United Malays


3 Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publication
& Distributors, 1974, hlm. 274.
4 Ramlah Adam, Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, hlm. 2.
5Ibid; hlm. 6.

National Organization (UMNO). Pada 30 Mac 1946, Kongres 1946 II


diadakan secara tergempar kerana British tetap akan meneruskan
Malayan Union pada 1 April 1946.6 Bagi menentang perkara ini
daripada berlaku, bebrapa langkah telah dibincangkan selama dua hari
berturut-turut. Hasilnya mereka bersetuju untuk meminta Raja-raja
Melayu untuk memulaukan

perlantikan Sir Edward Gent sebagai

Gabenor Malayan Union, sementara orang Melayu diminta untuk


berkabung selama 7 hari sebagai tanda kematian hak mereka. Kongres
yang diadakan pada 11 Mei 1946 memperlihatkan penentangan orang
Melayu terhadap Malayan Union melalui parti politik, iaitu UMNO.
Gerakan UMNO diperkuatkan lagi dengan sokongan daripada bekas
Pegawai British, antaranya R.O Winstedt dan Frank Sweteenham yang
jelas menolak gagasan Malayan Union. Parti Konservatif Britain turut
meminta untuk mengkaji bantahan orang Melayu. Pada 20 Januari
1948, Dato Onn sebagai wakil UMNO telah menghadiri

Plenary

Conference dan mendesak peraturan dan arahan Majlis Mesyuarat


Negeri dan Persekutuan dibuat dengan pengetahuan negeri Melayu. 7
Pada

21

Januari

1948,

Perjanjian

Persekutuan

1948

telah

ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British , maka Malayan Union


dimansukan secara keseluruhan.

6 Ibid; hlm. 7
7 Ibid; hlm. 20.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Penubuhan

Persekutuan

Tanah

Melayu

1948

menandakan

bermulanya proses untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini kerana


dalam preamble perjanjian telah dinyatakan bahawa pilihan raya akan
diadakan dalam masa yang terdekat menandakan proses menuju ke
arah penubuhan kerajaan sendiri telah pun diiktiraf. 8 Namun begitu,
British memberikan alasan bahawa Tanah Melayu boleh diberikan hak
untuk memerintah kerajaan sendiri dalam masa 25 tahun lagi. Hal ini
jelas

menunjukkan

British

masih

lagi

tidak

bersedia

untuk

memperkenalkan pilihan raya di Persekutuan. Persekutuan Tanah


Melayu diwujudkan kerana semasa perbincangan pada 28 Mei 1946,
raja-raja Melayu mendesak perkara baru diadakan dalam sebuah
kerjaan baru. Ini termasuklah pembentukan sebuah persekutuan ,
pengiktirafan kedaulatan Raja-raja Melayu, kerakyatan yang ketat dan
pelantikan seorang Pesuruhjaya Tinggi dan naungan bagi negeri-negeri
Melayu.9. Perkara ini telah disokong oleh pegawai British, iaitu Sir
Edward Gent.
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (CLC)
8 Joseph M. Fernando, Parti Perikatan dan Peranannya dalam Menuntut
Kemerdekaan dalam Zulkanain Abdul Rahman, Arbaiyah Mohd Noor dan Ahmad
Kamal Ariffin Mohd Rus, Dastar Pendeta, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya,
2012, hlm. 230.

9 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. hlm. 12.

Pada Januari 1949, rundingan politik antara kaum telah diadakan di


Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur bagi membincangkan jalan
penyelesaian bagi politik tanah Melayu. Sehubungan dengan itu, satu
jawatankuasa,

iaitu

Jawatankuasa

Perhubungan

Kaum

atau

Communities Laison Committee (CLC) yang dipengerusikan oleh E.E.C


Thuraisingham ditubuhkan. CLC merupakan faktor yang penting dalam
usaha mencapai kemerdekaan keran di sinilah wujudnya kerjasama
dan persefahaman antara kaum yang berbeza di Tanah Melayu. CLC
mencadangkan supaya kerakyatan jus soli diterima, malah mereka
meminta supaya tempoh itu dipendekkan. Selain itu, CLC juga
mencadangkan satu peralihan kerajaan sendiri dilakukan secara
perlahan di Tanah Melayu dengan memberi pengalaman-pengalaman
pilihan raya yang berperingkat terhadap penduduk Tanah Melayu.
Dasar sama rata di antara semua rakyat

dengan berteraskan

demokrasi dan hak asasi juga menjadi satu cadangan CLC.

10

Namun

begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Dato Onn sehingga


menyebabkan

persidangan

terpaksa

dilakukan

beberapa

kali

disebabkan tentangan daripada Dato Onn. Hal ini telah menyebabkan


proses

persetujuan

CLC

menjadi

lambat.

Setelah

Dato

Onn

meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO, ahli-ahi UMNO


menerima cadangan MKT UMNO-CLC, oleh itu, pada Jun 1950, hal ini
dibincangkan sekali lagi, dan hasilnya beberapa syarat ditambah, iaitu
10 Ibid; hlm. 258.

syarat kelahiran ibu atau bapa bagi anak-anak yang lahir di Negerinegeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. 11 Individu yang tidak
lahir di Tanah Melayu boleh memohon, tetapi dalam tempoh masa
yang berterusan dan mereka harus sanggup mengangkat sembah taat
setia kepada Raja-raja Melayu. Hal ini disebut sebagai State Nationality
1952. Hal ini memperlihatkan perubahan dalam kerakyatan tradisional
Melayu. Kelonggran kerakyatan jus soli ini adalah asas kepada
pembentukan kerakyatan kebangsaan yang sangat penting untuk
melahirkan satu perasaan patriotisme kepada Tanah Melayu. British
menjangkakan kelonggaran terhadap kerakyatan secara bersyarat
akan mewujudkan kedudukan politik yang kukuh, seterusnya

dapat

melahirkan sifat tanggungjawab terhadap politik Tanah Melayu. Hal ini


kerana British menetapkan syarat bahawa kesemua kaum di Tanah
Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum diberi
kemerdekaan. Penubuhan CLC menjadi penanda aras bagi penyatuan
kaum di Tanah Melayu.

PARTI PERIKATAN
British ingin menubuhkan parti gabungan pelbagai bangsa di Tanah
Melayu supaya kepentingan bangsa masing-masing dapat dijaga ,
namun kepentingan bersama akan dibincangkan secara gabungan.
11 Ibid; hlm 259.

Oleh yang demikian, National Conference telah ditubuhkan pada awal


tahun 1953 . Kesemua parti politik sama ada kecil mahupun besar
telah dijemput oleh Malcom MacDonald, Gabenor General Asia
Tenggara ke Kings House.12 Parti-parti yang terlibat ialah UMNO, MCA,
MIC ,IMP dan MTUC. Hasil daripada persidangan itu, satu keputusaan
telah dicapai, iaitu penubuhan paarti politik gabungan yang dinamakan
National Conference. Namun, pada 21 Ogos 1953, Tunku Abdul
Rahman telah mengadakan National Covention sebagai memenuhi
janjinya kepada British untuk menubuhkan organisasi yang baru,
namun beliau sanggup membahagikan Tanah Melayu kepada dua
sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah politik perkauman.
Namun begitu, hal itu tidak terjadi kerana National Convention telah
menjadi Perikatan kemudiannya.

Pada awal tahun 1953, Parti

Perikatan telah mendesak pihak British supaya mempercepatkan


proses devolusi kuasa politik kepada elit politik tempatan. Dalam
pilihanraya majlis perbandaran yang diadakan pada tahun 1952 dan
awal 1953, peerikatan UMNO-MCA telah menang , oleh yang demikian,
mereka bertindak untuk mendesak British supaya mengadakan pilihan
raya di peringkat Persekutuan pula. Desakan ini dilakukan bertujuan
untuk mempercepatkan proses penubuhan kerajaan sendiri. Pemimpin
Perikatan merasa oleh kerana tempoh Majlis Perudangan Persekutuan
yang dilantik akan berakhir pada Januari 1954, ketika itu masa yang
12 Ibid; hlm. 264.

sesuai untuk mendesak British memperkenalkan pilihan raya untuk


perwakilan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative
Council).

13

Desakan ini juga berpunca daripada kemerdekaan yang

dikecapi oleh beberapa negara Asia serta Singapura dan Gold Coast di
Afrika kerana mereka telah diperkenalkan dengan pilihan raya.
Walaupun Parti Perikatan telah menang besar dalam pilihan raya di
peringkat persekutuan, namun mereka masih tidak merasa puas
kerana

dominasi

pemimpin

Pro-IMP

dalam

Majlis

Perundangan

Persekutuan. Pada 17 Mac 1953, Parti Perikatan telah mengumumkan


bahawa mereka akan mengadakan satu konvensyen kebangsaan untuk
semua parti politik bagi mengkaji langkah-langkah yang wajar diambil
untuk mempercepatkan proses menuju ke arah kemerdekaan. Parti
Perikatan telah menuntut

44 daripada 75 ahli Majlis Perundangan

Persekutuan dipilih melalui pilihan raya umum

dengan 31 orang

dilantik. Mereka juga ingin 60 peratus daripada ahli Majlis Perundangan


Persekutuan dipilih melalui pilihan raya. Berikutan kemenangan
majoriti dalam pilihan raya majlis pembandaran, Parti Perikatan mahu
pengiktirafan

dengan

mengagihkan

kuasa

mengundi

dalam

persidangan, namun cadangan ini tidak diterima. Semasa pembukaan


konvensyen nasional pada 23 Ogos 1953, Parti Perikatan membuat
tuntutan kemerdekaan secara lebih agresif dan terbuka dibandingkan

13 Joseph M. Fernando, Parti Perikatan dan Peranannya dalam Menuntut


Kemerdekaan, hlm. 234.

tuntutan sebelumnya yang lebih terfokus kepada isu kerajaan sendiri. 14


Mereka

bertegas

Persekutuan

untuk

mengadakan

selewat-lewatnya

pada

pilihan

tahun

raya

1954.

peringkat

Mereka

juga

menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 3/5 majoriti haruslah dipilih


secara langsung melalui pilihan raya. Namun begitu, Templer tidak
bersetuju dengan rancangan ini. Dapat dilihat bahawa Parti Perikatan
tetap

tegas

dalam

tindakan

menuntut

pilihanraya

peringkat

Persekutuan supaya dapat mempercepatkan proses kemerdekaan


Tanah Melayu.

RUNDINGAN

TUNKU

ABDUL

RAHMAN

DENGAN

PEGAWAI

BRITISH
Faktor lain yang menyumbang British memberi kemerdekaan kepada
Tanah Melayu ialah tindakan Tunku Abdul Rahman yang berunding
dengan Pegawai British untuk menuntut kemerdekaan. Parti Perikatan
tidak berstuju dengan majoriti tipis yang yang diluluskan oleh Templer
dan Majlis Raja-raja dan memutuskan untuk merayu secara langsung
kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan Oliver Lyttelton di London.

15

Walaupun pada mulanya delegasi itu enggan diterima oleh Pejabat


Tanah Jajahan, atas bantuan Lord Ogmore, delegasi itu diterima.
14 Ibid; hlm. 236.
15 Ibid; hlm. 238.

Namun begitu, delegasi ini hanya sia-sia kerana Lyttelton tetap dengan
pendiriannya.

Tindakan

yang

dilakukan

oleh

Tunku

setelah

mengadakan mesyuarat pada 24 Mei 1954 ialah menghantar telegram


kepada Lyttelton bagi menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Perkara
yang dicadangkan oleh Tunku ialah menubuhkan suruhanjaya bebas
yang terdiri daripada pakar perundangan luar negara untuk mengkaji
Perlembagaan Persekutuan 1948. Cadangan itu ditolak, lalu Parti
Perikatan telah mengadakan tindakan boikot Kertas Putih kerajaan.
Perikatan

menganjurkan

perarakan

menyokong tuntutan mereka.16

di

seluruh

negara

untuk

Mesyuarat yang diadakan bersama

MacGillivray mendatangkan hasil apabila parti majoriti akan dijemput


melantik lima ahli reseb dalam Majlis Perundangan Persekutuan. 17 Hal
ini menunjukkan usaha yang selama ini dilakukan oleh Parti Perikatan
membuahkan hasil.

PILIHANRAYA 1955
Faktor penting yang membawa perubahan status Tanah Melayu kepada
negara yang merdeka ialah Pilihanraya 1955, iaitu dalam pilihanraya
tersebut

memihak

kepada

kemenangan

Parti

Perikatan

yang

menyebabkan mereka mampu untuk menubuhkan kerajaan sendiri.


16 Ibid; hlm. 239.
17 Ibid; hlm. 240

Kemenangan yang diperolehi sebanyak 51 daripada 52 buah kerusi


menyebabkan elit politik tempatan mampu unuk menjawat

jawatan

dalam kerajaan sendiri. Menurut Tunku Abdul Rahman, kemenangan


yang diperolehi ini tidak mungkin diraih tanpa sokongan para
pengundi. Sehubungan dengan itu, pada 22 Ogos 1955, iaitu sebulan
selepas kemenangan dalam pilihanraya Persekutuan Tunku Abdul
Rahman telah bertemu dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan Alan
Lennox-Boyd.18 Antara salah satu daripada tujuh perkara penting yang
diutarakan dalam Manifesto Parti Perikatan yang dikemukakan semasa
Pilihanraya 1955 ialah kemerdekaan dalam masa empat tahun. Namun
begitu, Parti Perikatan mendapati bahawa proses untuk menuju
kemerdekaan itu sangat perlahan. Oleh yang demikian, dalam bulan
Januari,

1956, rombongan

dari Tanah Melayu yang terdiri daripada

wakil-wakil para Raja dan menteri-Menteri Perikatan telah pergi ke


London bagi mengadakan rundingan kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu pada waktu itu, Tunku Abdul
Rahman telah mengetuai rombongan itu. Tarikh kemerdekaan telah
diputuskan setelah persetujuan mengenai tarikh kerajaan dicapai, iaitu
pada 31 0gos 1957. Walaupun pada mulanya British hanya ingin
memberi tahap kerajaan sendiri penuh sahaja, Tunku Abdul Rahman
tetap tegas dengan pendiriannya bahawa Tanah Melayu harus
dimerdekakan pada 31 0gos 1957. Parti Perikatan tidak akan pulang ke
18 Ibid; hlm. 242

Kuala Lumpur selagi British tidak memberi persetujuan berkenaan


tarikh kemerdekaan.

KESIMPULAN
Pada hakikatnya, kemerdekaan yang diperoleh pada hari ini bukanlah
mudah. kerana kemerdekaan yang dikecapi ini telah melalui proses
yang berperingkat yang memperlihatkan kebangkitan kaum Melayu
bagi menuntut hak untuk memerintah negara sendiri. Walaupun pada
mulanya terdapat usaha-usaha daripada British untuk melambatkan
kemerdekaan, namun Tunku Abdul Rahman tidak mahu akur dan tetap
dengan pendiriannnya dalam menetapkan tarikh kemerdekaan seperti
yang telah dirancang. Hal ini jelas menunjukkan kemerdekaan yang
dikecapi bukanlah atas dasar kemahuan British, sebaliknya hasil
daripada perjuangan yang bermula daripada penubuhan UMNO yang
seterusnya mewujudkan Parti Perikatan. Parti Perikatan memainkan
peranan yang besar terutamanya semasa perundingan kemerdekaan
dengan pihak

British kerana

berjaya

mereka dalam mentadbir kerajaan sendiri.

membuktikan kemampuan

BIBLIOGRAFI
1) Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah
Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers, 1985.
2) Joseph M. Fernando, Parti Perikatan dan Peranannya dalam
Menuntut Kemerdekaan dalam Zulkanain Abdul Rahman,
Arbaiyah Mohd Noor dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Dastar
Pendeta, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2012, hlm.
229-243.
3) Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur, Utusan
Publication & Distributors, 1974.
4) Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1998.
5) Julius Stone, The Atlantic Charter, The Australian Quarterly,
Vol. 15, No. 3, 1943, hlm. 114-116.
6) James P. Ongkili, British and Malayan Nationalis , 1946-195
Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 5, No. 2, 1974, hlm. 255277.
7) A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics During the
Malayan Union Experiment, Pacific Affair, Vol. 54, No. 2, 1981,
hlm. 384-385.

Vous aimerez peut-être aussi