Vous êtes sur la page 1sur 4

Melalui tugasan ini saya dapat memahami tentang semangat patriotik yang patut ada pada

setiap rakyat Malaysia. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih
mendalam serta terperinci mengenai tentang perkara asas ini. Saya juga dapat berfikir dengan
lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan tugasan ini. Saya mencari maklumat yang
berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana
mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan
menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya.
Kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat
kebangsaan atau patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini
sememangnya wajar memandangkan generasi muda khususnya mahasiswa tidak lagi
bersemangat patriotik yang berkobar-kobar seperti generasi sebelum merdeka. Isu-isu yang
berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan
masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat
patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat
patriotisme di kalangan semua rakyat.
Patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu patriotisme peribadi dan
patriotisme rasmi. Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi
nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera. Kerajaan memupuk patriotisme rasmi
yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu
sendiri, yang memperoleh kesahan daripada menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti
politik. Tugu Negara dan Hari Pahlawan dan upacara peringatan adalah contoh bagi jenis
patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah
tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Hakikatnya, Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara


kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana
masing-masing sibuk dengan urusan dan kepentingan sendiri yang menyebabkan mereka
tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup
ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota
masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat dapat ditingkatkan.
Mahasiswa adalah sebutan bagi orang yang sedang menempuh pendidikan tinggi di
sebuah perguruan tinggi yang terdiri atas sekolah tinggi, akademi, dan yang paling umum
adalah universiti. Majoriti mahasiswa terdiri daripada golongan remaja dan seperti kita sedia
maklum, remaja merupakan tunggak dalam menentukan masa depan negara. Oleh itu, penting
bagi mereka menyemai sifat atau sikap patriotik dan kewarganegaraan dalam diri mereka.
Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan
diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang
berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda
khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam
jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era
pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokohtokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan
kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar
dan insaf, bak kata pepatah Tak kenal maka tidak cinta.Kalau generasi muda tahu akan
pahit getir dan susah-payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan
kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan
kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di institusi
pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, para mahasiswa atau pelajar akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu. Dengan erti kata lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam
kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal
yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari mahasiswa hinggalah
selepas mereka menamatkan pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Selain itu, generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.
Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat
juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke
tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka
kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sehubungan
dengan itu, mahasiswa atau remaja pada masa kini mudah dan sering terdedah dengan dunia
maya yang tiada sempadan dan sering dikemaskini setiap masa. Oleh hal yang demikian,
mereka mendapat akses secara terus untuk mendapatkan informasi terkini.
Di samping itu, mahasiswa sering terlibat dengan majlis atau program yang dianjurkan oleh
badan-badan atau agensi-agensi dalam mahupun luar. Oleh itu, agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat
ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.
Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan
kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga
perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk
semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin
mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu
mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai
hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini
hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya
membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain
untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya
siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum menyiapkan tugasan saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana
berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses
menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh
Tuhan yang maha esa.

Vous aimerez peut-être aussi