Vous êtes sur la page 1sur 10

KERTAS KERJA DAN LAPORAN LDP

PENGENALAN
Semakin hari guru menghadapi cabaran yang semakin besar.Bagi menghadapi cabarancabaran tersebut, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu yang berkait rapat
dengan kerjayanya. Pelbagai program perlu dianjurkan agar guru-guru mendapat peluang bagi
meningkatkan kemahiran serta pengetahuan, antaranya ialah taklimat mengenai Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

RASIONAL
Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada guruguru tentang PBS yang telah menjadi agenda utama pendidikan di Malaysia pada masa kini. Ini
merupakan satu keperluan kepada guru-guru bagi memahami dengan lebih jelas berkenaan
dengan PBS dan bagaimanakah ianya perlu dijalankan supaya mencapai matlamat
kementerian.

OBJEKTIF
1. Menerangkan kepada guru kehendak kementerian mengenai PBS
2. Menambahkan kefahaman sedia ada guru tentang PBS

CADANGAN PROGRAM
Tarikh

: 29 Desember 2016

Hari

: Khamis

Masa

: 8:00pagi 4.00 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SK Jalan Baharu

Sasaran

: Semua Guru

PENCERAMAH
Encik Sabri bin Haron
TAJUK CERAMAH
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PEBELANJAAN
Makan dan minum
20 Guru x Rm 4 = RM 80
Lain-lain = RM 50
Jumlah Keseluruhan = RM 130.00

SUMBER KEEWANGAN
Bimbingan Kaunseling = RM 130.00

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

: Encik Nakeli bin Harun


(Guru Besar SK Jalan Baharu)

Timbalan Pengerusi

: Puan Jemilah binti Mat


(PK Pentadbiran SK Jalan Baharu)

Setiausaha

: Encik Muhammad Najmi bin Tajudin (S/U LDP)

Bendahari

: Pn Sarimah Bt Ahmad (KP Bahasa Melayu)

Ahli Jawatankuasa

: Semua Guru

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Pendaftaran Peserta

Dokumentasi/ Jurufoto

1. Puan Azizah binti Hashim (Ketua)

1. Encik Ahmad Halmi bin Hamil (Ketua)

2. Puan Fadilah binti Senapi

2. Puan Noor Mayumi binti Mohd Yusof

Kelengkapan/ Peralatan

Jamuan

1. Encik Anas bin Ahmat (Ketua)

1. Encik Bohari bin Ishak (Ketua)

2. Encik Ahmad Nazlan bin Mohamed@Mahmood

2. Pn Suraya Bt Husin

Siil dan cenderamata

Persiapan Tempat

1. Pn Shuhida Bt Othman (Ketua)

1. Encik Mohd Hairul bin Abd Malek (Ketua)

2. Pn Tenh Ean Choo

2. Encik Mohd. Sawira bin Mat Isa

ATURCARA
8:00pg

: Pendaftaran

8:30pg

: Taklimat (Slot 1)

10:30pg
10:40

: Berehat 10minit
: Sambungan taklimat (Slot 2)

1:00ptg
2:30ptg
4:00ptg

Rehat dan Makan


Sambungan taklimat (Slot 3)
Bersurai

PENUTUP
Adalah di harapkan dengan berakhirnya kursus ini, maka semua guru dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan motivasi diri bagi menghadapi cabaran pendidikan masakini dan
sentiasa bersedia dengan perubahan yang sentiasa berlaku di dalam arena pendidikan
Malaysia selaras dengan Pendidikan Bertaraf Dunia.

LAPORAN PROGRAM

Sepertimana yang telah di rancang, pada tanggal 10 September 2014 yang lalu,
program LADAP telah berjaya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kalai.Program yang menjurus
kepada pendedahan berkenaan NKRA ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan
guru-guru yang bertugas di sekolah ini.Semua guru-guru merasa sangat berminat dan teruja
untuk mendalami pengetahuan mereka berkenaan NKRA yang telah menjadi agenda utama
negara pada masa kini.
Program ini bermula tepat pukul 2.00 petang di mana para peserta program yang terdiri
daripada guru-guru dan pentakbir SK Kalai telah menghadirkan diri serta mendaftar sebagai
peserta di bilik mesyuarat guru sepertimana yang telah di war-warkan.Walaupun dalam
keadaan agak penat kerana seharian telah berhempas pulas melayan pelbagai karenah muridmurid, namun peserta masih dapat menunjukkan wajah yang ceria dan semangat yang tinggi
untuk mengikuti program yang akan di jalankan.
Setelah semua mengambil tempat masing-masing, pengacara program pada petang itu
mula memberi kata-kata aluan serta memberi gambaran awal berkenaan program yang akan
dijalankan. Tidak lupa juga, pengacara program turut memberi ruang kepada Tuan Guru Besar
selaku pengerusi program untuk memberi sepatah dua kata sebagai pembuka kepada program
pada petang itu.
Ucapan ringkas tuan guru besar yang pada petang itu banyak berkisar kepada galakkan
kepada guru-guru untuk sentiasa bersedia kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan masa kini.Tuan guru besar juga turut menyatakan rasa terima kasih kepada
guru-guru yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program pada petang
itu.
Selesai tuan guru besar memberi ucapan, tanpa membuang masa pengerusi majlis
pada petang tersebut terus sahaja menjemput saya selaku penyampai ceramah dalam program
petang itu untuk menyampaikan isi kandungan ceramah saya. Tanpa berlengah saya terus
menyambut jemputan daripada pengacara majlis tersebut.Tepukan semangat diberikan oleh
rakan-rakan kepada saya sebagai tanda sokongan mereka terhadap apa yang akan saya
sampaikan nanti.

Setelah memberi kata alu-aluan sebagaimana protokol sesuatu ucapan saya memulai
ceramah saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi
untuk hadir mendengar apa yang akan saya sampaikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua tenaga kerja yang banyak membantu saya bagi
memastikan program yang telah dirancang ini menjadi kenyataan.
Saya memulakan ceramah saya dengan memberi pengenalan berkenaan NKRA yang
mana telah diketahui umum sebagai satu agenda utama negara pada masa kini bagi mengukur
tahap keberhasilan setiap jabatan. Seterusnya saya mendedahkan satu persatu komponenkomponen yang terdapat dalam NKRA terutamanya yang berkenaan dengan bidang
pendidikan.
Pengunaan Slide daripada perisian Power Point membantu saya untuk meyampaikan
ceramah saya pada petang tersebut. Melalui slide-slide yang di pamerkan, saya menjelaskan
kepada guru-guru semua maklumat-maklumat penting yang perlu mereka tahu berkenaan
NKRA. Saya juga memberi peluang kepada mereka untuk menyoal sekiranya terdapat
bahagian-bahagian yang mereka kurang faham. Terdapat beberapa guru yang telah bangun
dan meminta saya memperincikan lagi penerangan tentang komponen-komponen tertentu
dalam agenda NKRA ini. Tindakkan guru-guru yang menyoal ini membolehkan saya
mengetahui sejauh manakah kefahaman mereka tentang NKRA ini serta menjelaskannya lagi
dengan lebih mendalam.Tindakkan ini juga membantu rakan-rakan lain yang turut kurang jelas
dalam memahami NKRA ini.
Saya juga turut memberi ruang kepada peserta-peseta kursus memberi buah fikiran
serta cadangan-cadangan bagi menyesuaikan kehendak NKRA dengan suasana sekolah kami.
Pelbagai cadangan bernas telah disuarakan oleh guru-guru yang menjadikan suasana program
pada petang itu meriah dan tidak membosankan. Gelak ketawa peserta program apabila
terdapat unsur-unsur lucu yang saya selitkan dalam penyampaian ceramah saya turut
menjadikan suasana ceria dan mesra.
Setelah hampir 1 jam 40 minit saya menyampaikan ceramah termasuk sesi bersoal
jawab serta bertukar-tukar idea, saya menamatkan ucapan saya dengan mengulangi sekali lagi
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang sudi hadir ke program
pada petang tersebut. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada
semua AJK yang terlibat membantu menjayakan program tersebut.Setelah memohon kemaafan
sekiranya terdapat kesilapan semasa saya menyampaikan cerama serta memberi ucapan

salam, saya kembali ke tempat duduk dengan diiringi oleh tepukan daripada peserta-peserta
program.
Program pada petang tersebut diteruskan dengan mengadakan sesi penyampaian
cenderahati. Saya telah dijemput untuk menerima cenderahati sebagai tanda ucapan terima
kasih daripada pihak sekolah diatas kesudian saya menyampaikan ceramah berkenaan NKRA
pada petang itu.
Program pada petang itu hampir ke kemuncaknya apabila pengacara sekali llagi
menjemput tuan guru besar untuk membuat ucapan penutup.Sekali lagi tuan guru besar
mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat pada petang itu serta mengulangi
seruan agar semua guru-guru sentiasa bersedia untuk menerima perubahan-perubahan yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara kita.
Setelah selesai ucapan ringkas tuan guru besar itu, pengacara majlis mengumumkan
program pada petang itu telah sampai ke penghujungnya.Sebelum beredar, pengacara
memaklumkan bahawa pihak urusetia program ada menyediakan jamuan ringan di kantin
sekolah dan meminta peserta ke kantin untuk menikmati jamuan tersebut.Program pada petang
itu tamat pada pukul 5.00 petang.

LAMPIRAN

Pengacara Memulakan Program

Sesi Penyampaian Ceramah Bermula

Peserta Tekun Meneliti Bahan Yang Dibekalkan

Sebahagian Peserta Yang Mengikuti Program

Peserta Melontarkan Soalan Apabila Ada Kekeliruan

Vous aimerez peut-être aussi