Vous êtes sur la page 1sur 4

Assignment B&K KAUNSELING INDIVIDU

Umum mengetahui seseorang kaunselor mempunyai tugas-tugas tertentu mengikut


bidang kebolehannya seperti memberi bimbingan dan kaunseling. Kaunseling ini
pula biasanya boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kaunseling individu dan
kaunseling kelompok.
Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling individu?. Mengikut Cottle dan
Downie (1970), kaunseling individu merujuk kepada satu bentuk proses
perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang kliennya. Ini bermakna,
kaunselor ini akan berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan
menerima masalah yang dihadapi sehingga dia mampu membuat pertimbangan
serta mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya
mengatasi masalah.
Menurut pendapat Blackhma (1977), kaunseling individu ini bererti satu
hubungan kerjasama yang unik di antara kaunselor dan klien yang akan diberi
peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara dan jalan yang boleh
memberi manfaat kepada klien yang bermasaalah ini.
Shertzer dan Stone (1981) pula berpendapat bahawa kauseling individu ini
merujuk satu bentuk interaksi yang menyediakan hubungan yang bermakna di
antara diri dengan persekitaran dan seterusnya menghasilkan satu pencapaian
matlamat serta mewujudkan nilai-nilai untuk tingkah laku pada masa kelak.
Seorang lagi ahli kaunseling rasional emosi iaitu Albert Ellis (1960,,1976)
berpendapat bahawa proses kaunseling individu ini membawa erti satu proses
menolong individu mengenal dan menerima kelakuan yang diterima orang.
Kaunseling individu ini juga menolong klien berfikir dan bertindak dalam bentuk
rasional .

PROSUDER KAUNSELING INDIVIDU

Sebelum sesuatu proses kaunseling individu dijalankan seorang guru


bimbingan haruslah menguasai kemahiran asas menyediakan prosedur kaunseling
dan segala persediaan yang lain yang diperlukan seperti berikut :

A.

Membina hubungan permulaan dan kemasukan klien

Peringkat pertama di dalam sesi kaunseling iaitu guru itu hendaklah membina

hubungan permulaan dan kemasukan klien dengan bijak amat penting bagi
menjamin keberkesanan kaunseling itu seterusnya. Pendek kata ia merupakan satu
alternatif bagi memulakan temubual bersama bakal kliennya.
Pada permulaan temubual, seorang guru bimbingan ini hendaklah berusaha
membina perasaan kepercayaan klien atau pelajar terhadapnya dan mewujudkan
satu situasi di mana pelajar ini dengan rela hati meluahkan perasaan atau masalah
yang dihadapinya. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang hendak
berjumpa seorang guru bimbingan buat kali pertama, hendaklah guru itu
memastikan kliennya itu tadi dilayan dengan sewajarnya. Contoh, guru itu haruslah
memberi senyuman dan memandangnya wajah bakal kliennya dan bukan terus
meminta pelajar itu masuk tanpa melihat wajahnya dan sibuk menumpukan
terhadap tugasannya. Seharusnya, guru bimbingan ini meninggalkan urusan yang
lain dan menumpukan perhatiannya kepada pelajar yang mungkin menjadi kliennya
pada masa itu.
Perihal ini, hendaklah dielakkan agar klien ini tidak akan rasa rendah diri dan rasa
tidak dihargai. Pada masa yang sama, klien atau pelajar ini mungkin terus lari dan
tidak akan berjumpa dengan mana-mana guru bimbingan pada masa akan datang.
Hal ini juga tidak akan menyelesaikan masalah dan mungkin kesannya lebih buruk
dari sebelumnya.
Guru bimbingan ini juga boleh membina dan memulakan hubungan dengan
memberi kata rangsangan sebelum permulaan temubual seperti Saya gembira
anda berada di sini. Saya berharap anda boleh berkongsi masalah dengan saya
agar kita dapat mencari ikhtiar untuk kebaikan anda. Silakan. Perihal ini,
sememangnya nampak remeh dan mudah tetapi kesannya dapat menjamin
kelancaran sesi bimbingan anda.
Seterusnya, semasa proses ini berjalan guru bimbingan haruslah peka dan memberi
perhatian terhadap luahan hati kliennya. Guru bimbingan juga hendaklah
memastikan tiada halangan-halangan semasa sesi temubual ini berlangsung seperti
mengelak pekara yang boleh dielakkan. Sebagai contoh, jangan pada masa inilah
guru kaunseling baru berasa lapar dan sakit. Guru ini haruslah bersiap sedia
sepenuhnya bagi menjamin kelancaran sesi bimbingan ini. Sekiranya terdapat
gangguan semasa sesi temubual ini sudah tertentu menjejaskan hubungan mesra
dan percaya tadi yang dapat dikawal sebelum sesi temubual berlaku. Pendek kata,
sekarang sudah ada block di antara guru pembimbing dan kliennya.
Selain itu, guru bimbingan ini haruslah pandai menggunakan gaya intonasi dan
nada yang bersesuaian agar perkataan yang ingin disampaikan dapat diterima
dengan baik dan berkesan. Guru ini juga hendak menggunakan laras bahasa yang
setaraf dengan kemampuan klien atau pelanggannya. Sebagai contoh, guru
pembimbing ini sentiasa menggunakan bahasa high standard dan bercampur
aduk di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pekara ini, sudah tentu

menjejaskan komunikasi dan interaksi di antara guru pembimbing dan juga


kliennya.

B. Membuat penerokaan dan penjelasan


Di dalam peringkat ini, guru terlebih dahulu haruslah bersiap sedia dengan
mengesan masalah sebenar yang dihadapi oleh kliennya. Maknanya, pada masa ini
guru bimbingan ini sudah dapat satu gambaran yang jelas tentang masalah atau
konflik yang sebenarnya yang dihadapi oleh kliennya. Proses kaunseling tidak akan
bermakna sekiranya pekara yang diluahkan oleh pelajar yang bermasalah itu tadi,
tidak dapat dikesan dan difahami oleh kaunselor sepenuhnya. Maka dengan itu
proses yang dijalankan akan terbantut sehinggalah guru bimbingan itu tadi
memahami maksud sebenarnya.
Pekara ini boleh berlaku kerana hampir semua klien kaunselor ini tidak akan
menyatakan masalah yang dihadapinya secara langsung atau straight to the point.
Mereka lebih selesa menyatakan masalah mereka di dalam bentuk kiasan.
Contohnya, seorang pelajar yang tidak menyukai seseorang guru atas sebab-sebab
yang tertentu mungkin tidak akan menyebut sebenar nama guru terbabit tetapi
sebaliknya pelajar ini akan menyatakan dia mempunyai masalah di dalam
matapelajaran yang diajar oleh guru yang tidak disukai itu tadi. Maka dengan ini
kaunselor seharusnya berpengalaman dalam membuat tanggapan yang sahih
mengenai maksud sebenar masalah yang dihadapi oleh pelajar ini.
Selain itu, bagi mengetahui maksud sebenar masalah yang dihadapi guru
pembimbing haruslah mengambil tindakan susulan dengan menyediakan beberapa
soalan-soalan terbuka yang boleh mendorongkan pelajar ini meluahkan
perasaannya.
Sebagai contoh, seorang pelajar tidak menyukai bapanya. Guru kaunselor itu tadi,
boleh mengemukakan soalan seperti Bolehkah beritahu saya mengapa anda tidak
menyukai bapa kamu yang menjaga anda?. Dalam beberapa kes, ada klien yang
tidak dapat menjawab soalan ini dan hanya mampu mendiamkan diri, sekiranya ini
berlaku guru pembimbing ini, haruslah bersabar dan memberi sedikit masa untuk
pelajar itu memikir dan mengatur jawapannya.
Jika proses kaunseling itu tadi terbantut kerana pelajar itu tidak dapat menjawab
soalan yang dikemukakan, maka guru bimbingan haruslah menukar soalan dalam
bentuk yang lebih mudah. Pendek kata, guru ini haruslah menggunakan soalansoalan berbentuk siri yang mempunyai kesinambungan dengan soalan sebelumnya.
Jelas, menunjukkan penguasaan kemahiran menyoal amat penting di sini , tetapi ia
juga turut penting dalam keseluruhan perbincangan di antara kaunselor dan pelajar
ini.

Selain itu, bagi meneroka atau mencungkil maklumat dan memahami perasaan
pelajar , guru bimbingan turut juga perlu menguasai kemahiran temubual seperti
menunjukkan perhatian yang teliti serta kemahiran bukan lisan seperti mengangguk
kepala, senyum, memberi isyarat dan pujian yang menggalakkan.

C. Membina matlamat dan mengenal pasti masalah.


D. Mencari alternatif.

E. Penamatan dan rumusan.

Vous aimerez peut-être aussi