Vous êtes sur la page 1sur 1

PENILAIAN PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT

Anda dikehendaki membuat penilaian prestasi kewangan syarikat berdasarkan analisis siri masa.
Aktiviti yang perlu dilakukan:
Aktiviti 1
Setiap kumpulan dikehendaki mencari PENYATA KEWANGAN BAGI EMPAT TAHUN
BERTURUT-TURUT bagi SATU buah syarikat.
Setiap kumpulan TIDAK dibenarkan menganalisis syarikat yang sama. Oleh itu, anda MESTI
menghantar nama kumpulan anda, nama syarikat dan tahun yang dipilih ke rafisah@usm.my.
Jika anda masih memilih syarikat sama, pastikan lapuran tahunan syarikat yang dipilih berbeza
(contohnya kumpulan A memilih penyata kewangan CIMB Berhad bagi tahun 2009, 2010, 2011
dan 2012 kumpulan B boleh memilih penyata kewangan CIMB Berhad bagi tahun 2005, 2006,
2007 dan 2008. Jika terdapat persamaan syarikat dan tahun yang dipilih, kumpulan yang
menghantar nama syarikat dan tahun penyata kewangan lebih awal akan diterima.
Aktiviti 2
Jawab bahagian A dan B
Bahagian A
Berdasarkan laporan kewangan yang dipilih, anda dikehendaki membuat penilaian prestasi
kewangan syarikat dengan menggunakan kaedah analisis siri masa (time series analysis). Kira
setiap nisbah yang dipelajari dalam kelas dan berikan komen anda tentang prestasi syarikat bagi
empat tahun berturut-turut.
BAHAGIAN B (jawab soalan dibawah)
1. Apakah kebaikan dan kelemahan kaedah analisis siri masa
Format Tugasan:
Bertaip dengan font: Times New Roman 12pt.
Tiada had jumlah perkataan.
Data penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang dikutip mestilah ditaip semula dan
mesti tunjukkan semua jalan pengiraan. Data sebenar samada diambil dari internet atau
difotostat perlulah dimasukkan sebagai lampiran.
Ahli kumpulan : 5 7 orang
Tarikh serahan tugasan: Hari Jumaat pertama, minggu intensif sidang akademik 2015/2016

-0-

Vous aimerez peut-être aussi