Vous êtes sur la page 1sur 24

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL, UUMCAS


NAMA KURSUS:

SSYA 1013 PENGHANTAR PSIKOLOGI

SEMESTER:

SEMESTER PERTAMA SESI 2014/2015

PENSYARAH:

PROF MADYA AZMI BIN SHAARI


TUGASAN KUMPULAN (Ahli Kumpulan)

1
2
3
4
5
6

NURUL NADIA BINTI MOHD SAAD


NURSHUHADA BINTI ZAINUDDIN
SITI FATIHAH BINTI SHARIFF
SITI HAZLINA BINTI MOHD ADIB
SITI SHAHIRAH BINTI SURAT NOR
NUR SHAHIRA BINTI LASA

226189
226326
226338
226359
226226
227011

SOALAN:

BIL
1.

PENILAIAN
Penulisan
-

2.
3.
4.

1.0

MARKAH

MARKAH DIPEROLEHI

Gaya Bahasa
Format Penulisan (APA)

Kandungan/Isi
Penglibatan ahli/kerjasama
Rujukan
JUMLAH

15
5
5
30

Definisi Psikologi Perkembangan (Development)


Psikologi perkembangan adalah salah satu cabang ilmu yang membincangkan tentang

perubahan yang sering dialami oleh manusia sepanjang hayatnya, iaitu daripada lahir

sehinggalah tua (Lahey, 2001). Menurut Huffman (2004), beliau menyatakan bahawa
psikologi perkembangan ialah salah satu bidang yang mengkaji tentang pertumbuhan dan
perkembangan manusia sejak lahir daripada lahir hingga ke mati. Oleh itu, jelaslah bahawa
psikologi perkembangan ialah bidang yang mengkaji pertumbuhan dan perkembangan
manusia sejak lahir hingga tua dan boleh juga dianggap psikologi life-span. Psikologi
perkembangan juga mengkaji perkembangan manusia supaya ahli psikologi dapat melihat,
menilai, meramal dan mengubah tingkah laku manusia. Ahli psikologi perkembangan juga
mengkaji perubahan kuantitif dan kualitatif dalam mempengaruhi kestabilan fizikal, kognitif
dan psikososial manusia. Secara tuntasnya, psikologi perkembangan ialah bidang ilmu yang
mengkaji pertumbuhan dan perkembangan manusia dari peringkat pralahir (persenyawaan)
hinggalah ke peringkat tua daripada aspek fizikal, mental, psikomotor, emosi, moral,
personaliti, nilai dan sikap ( Papalia, et al , (2001).

1.1

Definisi Perkembangan Tingkahlaku Manusia.


Setiap orang mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal,

social, kognitif, dan emosi daripada lahir hingga ke remaja dan seterusnya tua. Perkembangan
dapat didefinisikan sebagai perubahan pada tubuh badan yang bersifat kualitatif. Perubahan
yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi
perubahan itu nyata berlaku dan melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang
terlebih dahulu, yang dijelaskan secara jelas oleh (Atan, 1978). Sementara itu, menurut
Papalia dan Olds (1979) pula, beliau menjelaskan pembelajaran tentang perkembangan
kanak-kanak menfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kualitatif dan
kuantitatif. Secara ringkasnya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh
diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-kanak
dari satu peringkat ke peringkat perkembangan. Perkembangan adalah perubahan kualitatif

yang boleh kita perhatikan dan berlaku seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau
bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke
semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.

2.0

LATAR BELAKANG TOKOH DAN TEORI

2.1

Tokoh Psikoanalisis Erik Erikson

Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008),
Erik H. Erikson telah dilahirkan pada tahun 1902 di Frankfurt, Jerman. Bapanya telah
melarikan diri sebelum dia lahir. Setelah berumur tiga tahun, ibunya berkahwin dengan Dr.
Homburger, seorang yahudi. Dia telah dipelihara oleh ibu dan bapa tirinya yang sangat
menyayangi dirinya. Rupa Erikson lebih menyerupai keturunan Denmark, tinggi dan
berambut perang. Nama gelarannya ialah The Joy (bukan yahudi) oleh kanak-kanak Yahudi.
Selepas tamat sekolah, Erikson telah mengembara di Eropah sambil melukis. Erikson
menamakan masa tersebut sebagai moraturium, iaitu istilah yang beliau gunakan dalam teori
perkembangan untuk menghuraikan satu jangka masa sementara dalam hayat remaja dimana
wujud masa senggang di antara mnyempurnakan pencapaian akademik dan mengenal pasti
satu pilihan kerjaya untuk sepanjang hayat. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul
Aziz Abdul Shukor, 2008).

Pada tahun 1950, Erikson telah mengemukakan teori perkembangan psikososial


melalui bukunya, Childhood and Society yang telah mendapat pengiktirafan daripada
Konferen Kanak-kanak White House. Beliau meninggal dunia pada umur 91 tahun (1994).
(Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008).
2.1.1 Teori Perkembangan Erik Erikson
Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2002), teori psikoanalitik yang
dikemukakan oleh oleh Erik Erikson menegenai perkembangan manusia lebih menjurus
kepada perkembangan identiti. Beliau menegaskan bahawa perkembangan personaliti
manusia berlaku secara berterusan di sepanjang hayat. Menurut Erikson (dalam Marof
Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002, hlmn 129) pada setiap peringkat perkembangan
individu terdapat dua komponen iaitu komponen bersifat positif dan komponen bersifat
negatif.
Erikson

telah

mengenengahkan

lapan

peringkat

perkembangan

berhubung

pembentukan dan perkembangan manusia bermula dari lahir hingga ke akhir hayat.
Percaya lawan ketidakpercayaan (Lahir hingga 1 tahun)
Ianya merupakan tahap asas bagi ciri-ciri keselamatan bayi. Dalam jangkamasa ini
mereka akan berhadapan dengan rasa tidak selamat serta resah. Keadaan ini terhasil apabila
bayi tersebut tidak mendapat kasih sayang serta perhatian yang sewajarnya daripada ibubapa
dan penjaga. Sekiranya bayi tersebut mendapat segala keperluan asas yang diperlukan,
mereka akan membina kepercayaan terhadap orang ramai serta masyarakat sekitar. (Marof
Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002).
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008),
cara asuhan ibu bapa amat penting dalam mempengaruhi emosi dan menanam perasaan

percaya dalam diri bayi tersebut. Namun ibu bapa tidak perlu menjadi terlampau sempurna.
Jika ibu bapa terus meluru datang kepada bayi selepas sahaja terdengar bayinya merengek,
mungkin berlaku keadaan yang menggalakkan terbinanya dalam diri bayi kecenderungan
maladaptive atau tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. (Suppiah Nachiappan,
Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008).
Otonomi lawan curiga (1 hingga 3 tahun)
Menurut Erikson, perasaan tidak yakin dengan diri akan terhasil seandainya kanakkanak tersebut tidak berjaya membina keyakinan diri serta melakukan sesuatu sehingga
berjaya. Kanak-kanak melalui tahap ini pada usia satu atau dua tahun hingga tiga tahun.
Sekiranya berjaya ia akan membentuk identiti kukuh serta berkeyakinan tinggi. (Marof
Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002).
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008),
jika ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak pada peringkat umur ini meneroka persekitarannya
dan memanipulasikan objek atau orang yang berada di persekitaran, kanak-kanak tersebut
akan dapat mengembangkan perasaan autonomi atau berdikari.
Inisiatif lawan perasaan bersalah (3 hingga 6 tahun)
Keadaan ini terhasil sekiranya kanak-kanak ini berjaya membina keyakinan diri
terutama apabila mereka dapat melakukan tugas yang diberikan dengan baik. Rasa diri tidak
diperlukan pula timbul apabila kanak-kanak ini sering gagal melaksanakan tugas mereka.
(Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002).
Berdasarkan Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor
(2008), kanak-kanak pada tahap ini lebih terdedah kepada persekitarannya, mereka

mengambil banyak inisiatif sendiri untuk meneroka serta melakukan sesuatu yang baru bagi
memenuhi naluri ingin tahu.
Berlumba-lumba lawan rasa rendah diri (6 hingga 12 tahun)
Tahap ini bermula dari usia enam tahun hingga matang. Kemahiran akademik serta
bersosial akan membina identiti yang kukuh. Kekurangan kemahiran pula akan menyebabkan
kurang keyakinan diri dan juga rasa gagal yang sering menghantui diri. (Marof Redzuan dan
Haslinda Abdullah, 2002)
Identiti lawan kecelaruan peranan. (12 hingga 20 Tahun)
Perasaan berbelah bahagi, berubah-ubah serta kurang pasti akan keadaan mereka
merupakan perkara biasa yang dialami oleh mereka yang berada pada tahap ini. Krisis yang
dialami tidak dapat diatasi ini akan melahirkan individu yang mengalami perasaan ini.Namun
begitu bagi identiti yang berjaya, mereka akan membentuk individu yang selesa dan yakin
akan keupayaan diri. (Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002)
Kemesraan lawan pengasingan (20 hingga 40 Tahun)
Bagi individu yang berjaya pada tahap ini mereka akan membentuk suasana mesra
dan senang memberikan komitmen terhadap kerja serta tanggungjawab mereka. Bagi yang
gagal pula mereka akan hidup dalam keadaan sepi, bersendirian serta tidak suka dengan
berdampingan bersama orang ramai. (Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002)
Pembelaan nasib generasi lawan pemusatan kendiri (40 Tahun hingga 65 tahun)
Pada tahap ini individu yang stabil akan lebih fokus pada keluarga, pembentukan
generasi yang akan datan serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat sekitar. Bagi yang

kurang berjaya mereka lebih menumpukan pada masalah peribadi serta tidak terlibat dengan
orang ramai. (Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2002)
Integriti lawan sesalan (65 Tahun ke Atas atau pada Usia Tua)
Rasa lengkap dan puas hati dengan apa yang ada merupakan tahap terakhir yang
diketengahkan oleh Erikson, bagi yang gagal dalam hidup, mereka akan sering rasa kecewa
dan tidak berjaya dalam hidup dan perasaan ini sering menghantui mereka. (Marof Redzuan
dan Haslinda Abdullah, 2002).
2.1.2

Tokoh Teori Psikoanalisis Sigmund Freud.

Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), Sigmund Freud telah dilahirkan di
Freiberg, Moravia (Austria) pada 6 Mei 1856. Beliau merupakan anak kepada Jacob dan
Amalia Freud. Keluarganya agak unik sebab ibunya merupakan isteri ketiga Jacob, berusia 20
tahun lebih muda daripada bapanya. Freud berketurunan Yahudi. Semasa berusia 4 tahun,
keluarga beliau telah berpindah ke Vienna dan boleh dikatakan sebahagian hidup Freud
dihabiskan di situ. Walaupun, beliau berketurunan Yahudi, beliau menganggap dirinya
sebagai atheist, iaitu seorang yang tiada pegangan agama. Freud mempunyai tujuh orang adik
beradik dan beliau menjadi anak kesayangan ibunya. Ketika beliau masih di bangku sekolah,
guru-gurunya berpendapat bahawa beliau adalah murid yang genius sebab beliau boleh
menguasai lapan jenis bahasa pada usia yang sangat muda. Beliau berkahwin pada tahun

1882 ketika berusia 21 tahun dan mempunyai enam orang anak. Anaknya, Anna Freud
banyak meneruskan usaha beliau. Beliau meninggal dunia dunia pada 23 September 1939
ketika berusia 83 tahun di London.
2.1.3

Teori Perkembangan Psikoanalisis

Tahap-tahap Teori Perkembangan Psikoanalisis.


Dalam teori perkembangan psikoanalisis, Freud telah mengemukakan lima perkembangan
iaitu oral, anal, falik, latensi dan genital.
Oral (dari lahir hinggan 1 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak akan mendapat kepuasan daripada aktiviti
persekitaran mereka. Contohnya menghisap, menelan, menggigit dan mengunyah makanan.
Mereka akan dianggap terlekat (fixated) apabila tidak mendapat kepuasan pada peringkat ini
dan seterusnya akan mempengaruhi personality orang tersebut. Biasanya mereka akan
mendapat kepuasan daripada aktiviti makan, menghisap rokok dan bercakap.
Freud membahagikan tindakan menyusu kepada dua bahagian, pertama oral
incorporative, iaitu tahap penyusuan daripada lahir hingga tumbuh gigi dan kedua oral
aggressive, iaitu apabila bayi tumbuh gigi dan mula menggigit. Pada tahap pertama, orang
dewasa yang mengalami lekatan seperti yang dinyatakan di atas akan suka makan, minum,
mengunyah dan berckap dengan banyak. Manakala pada tahap kedua pula, apabila mereka
dimarahi kerana mengigit puting buah dada ibunya, mereka mungkin akan mengalami
lekatan. Pada peringkat dewasa kelak, mereka akan memperlihatkan sifat suka berleter, suka
menyindir, suka mengumpat dan bermulut bisa, iaitu melakukan tindakan- tindakan yang
menyakiti orang lain.
Anal ( dari 1 hinggan 3 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menumpukan perhatian pada proses


pembuangan air kecil dan air besar, iaitu aktiviti yang berlaku di sekitar dubur (anal).
Cara ibu bapa melatih kanak-kanak pada peringkat ini akan mempengaruhi personaliti
mereka. Jika ibu bapa menggunakan paksaan sedangkan kanak-kanak tersebut tidak bersedia
lagi, maka mereka akan mengalami terlekat. Impaknya akan menyebabkan mereka
mempunyai trait personaliti seperti kelam kabut, tidak berdisiplin dan suka membazir. Kanakkanak yang diberi perhatian berlebihan oleh ibu bapa pula disebabkan takut rumah menjadi
kotor, akan mempunyai trait personality seperti terlalu pembersih, kedekut dan degil.
Falik (dari 3 hingga 6 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menyedari perbezaan alat jantinanya daripada
orang lain. Mereka juga akan menyedari perbezaan peranan antara lelaki dan perempuan.
Kanak-kanak pada peringkat ini juga, akan suka bermain dengan alat jantinanya. Sekiranya
dia diejek dan dimalukan sebab memegang alat sulitnya, dia mungkin akan terlekat pada
peringkat ini. Kanak-kanak lelaki yang terlekat pada tahap ini akan takut alat kemaluannya
dipotong (catastrated), manakala kanak-kanak perempuan pula memperkembangkan
perasaan iri hati pada alat kemaluan budak leleki (penis envy).
Pada peringkat ini, kanak-kanak yang mengalami konflik perlu untuk mengatasinya
supaya mereka memperoleh sahsiah yang normal. Kanak- kanak lelaki akan mengalami
oedipus complex di mana mereka akan lebih tertarik dan menyayangi ibunya tetapi takut
kepada bapanya. Untuk mengatasi konflik ini, kanak-kanak perlu menggunakan helah bela
diri identifikasi, iaitu menyamakan diri dengan bapanya atau lebih spesifik lagi meniru cara
bapanya berpakaian, tutur kata dan gaya hidup. Kanak-kanak perempuan pula akan
mengalami konflik yang dinamakan electra complex di mana mereka akan tertarik dan lebih
menyayangi bapanya namun takut lebih kepada ibunya. Demi mengatasi konflik ini, kanak-

kanak perlu identifikasi diri sebagai ibunya, iaitu meniru cara berpakaian ibunya, tutur
katanya dan cara hidupnya.
Latensi ( dari enam hingga 12 tahun )
Pada tahap ini, Freud menyifatkan ianya sebagai zaman pendaman di mana dimensi
oral, anal dan falik diintegrasikan dan tiada penambahan elemen baru ( Sprinthall, Sprinthall
dan Oja, 1998). Kanak-kanak juga akan mengalihkan punca keseronokkan kepada bermain
dengan rakan sebaya di luar rumah. Kanak-kanak perempuan akan bermain dengan rakanrakan sebaya mereka dalam permainan masak-masak, anak patung, memberi pakaian kepada
anak patung dan kahwin-kahwin. Pada masa yang sama, kanak-kanak lelaki akan
memperkuatkan lagi sifat maskulin mereka, manakala kanak-kanak perempuan pula akan
memperteguhkan lagi sifat feminine mereka.
Genital ( dari 12 tahun dan ke atas)
Pada peringkat ini, Freud menyatakan ianya sebagi zaman Sturn und Drang
(perkataan Jerman yang bermaksud tekanan keterlaluan dan stress). Mereka akan lebih
tertarik kepada isu seksual yang berlainan jantina. Mereka yang berjaya mengatasi konflik
pada tahap ini akan memperoleh kehidupan yang normal seperti boleh menyayangi dan
mampu bekerja secara produktif (Sprinthall, Sprinthall dan Oja, 1998). Pada tahap ini, remaja
akan dengan mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih dewasa yang dapat
berfungsi dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
2.2

Tokoh Teori Kognitif Jean Piaget

Jean Piaget ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel,
Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980, Wadsworth
(1996). Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam
bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean Piaget merupakan anak
pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam .Piaget berminat dalam bidang
biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi.
Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanakkanak.
Berdasarkan Zainuddin Zakaria (dalam Azizi Yahaya, Shahrin Ahmad dan Yusof
Boon, 2008, hlmn: 21-22) Jean Piaget dikenali juga sebagai bapa psikologi kanak-kanak,
psikologi perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang di buat oleh beliau ialah mengenai
tingkahlaku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkahlaku cerdas dan
peringkat-peringkat perkembangan berturutan iaitu dari seg penaakulan, pemikiran dan
kematangan intelek. Menurut beliau kanak-kanak yang lebih tua biasanya berfikir dengan
lebih cepat daripada kanak-kanak yang lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji kecerdasan
kanak kanak, kita akan dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang berkembang
mengikut peringkat tertentu.

Menurut Zainuddin Zakaria (dalam Azizi Yahaya, et al. 2008, hlmn: 21-22) Piaget
menjalankan penyelidikanya berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji
biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan pemerhatian
terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanak kanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji
denan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan, perkembangan moral, struktur kognitif dan
intelek kanak-kanak.
Menurut Zainuddin Zakaria (dalam Azizi Yahaya et al. (2008), hlmn: 21-22) Jean
Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan
yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman
tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang
tinggi. Menurut Piaget lagi, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba
untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran
mereka.
2.2.1

Teori Perkembangan Kognitif


Menurut Zainuddin Zakaria (dalam Azizi Yahaya et al. 2008, hlmn: 21-22) Untuk

memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan aspek penting
skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema (pola penyusunan
tingkah laku) ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh individu untuk
mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran. Skema sentiasa berubah-ubah dan dapat
mengendalikan rangsangan untuk sesuatu tindakan. Skemata pula adalah aspek kiasan bagi
pemikiran yang merupakan struktur-struktur kognitif yang berubah dan berkembang melalui
interaksi dengnan persekitaran. Semakin membesar individu semakin banyak skemata yang

boleh difikirkan dan ditaakul terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan seseorang yang
mempunyai kemahiran berfikir yang tajam boleh menambahkan skematanya
Menurut Zainuddin Zakaria (dalam Azizi Yahaya et al. 2008, hlmn: 21-22) Proses
yang membolehkan skemata berkembang dinamakan asimilasi dan akomodasi. Dua proses ini
saling berkait di antara satu sama lain. Proses asimilasi berlaku apabila kanak-kanak
menggabungkan elemen baru ke dalam struktur tingkah laku sedia ada. Proses ini penting
untuk membantu mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang
mudah kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara menukarkan
konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baru. Penyesuaian di antara asimilasi
akomodasi dinamakan perimbangan untuk proses keseimbangan yang berlaku pada kanakkanak.
Menurut Woolfolk (1998), Piaget membahagikan perkembangan kognitif kanakkanak kepada 4 peringkat iaitu, peringkat deria motor, peringkat pra-operasi,, peringkat
konkrit dan peringkat operasi formal.
Peringkat Deria Motor (0 2 Tahun)
Tahap deria motor berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun.
Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan
kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasi deria melalui gerakangerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja
menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi juga
aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak reflek,
Wadsworth (1996).
Pada akhir tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola deria motor mereka
semakin kompleks dan mulai mengadaptasi suatu sistem simbol yang primitif, misalnya, anak
usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan memanipulasi dengan tangannya

sebelum mainan tersebut benar-benar ada. Pada peringkat ini tingkah laku kanak2 secara
pantulan & terbatas serta menggunakan deria motor untuk mendapatkan objek. (seperti
memegang) untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Wadsworth (1996). Misalnya,
apabila kanak-kanak ini menarik ekor kucing (aktiviti motor) ianya akan menghasilkan
jeritan yang kuat (pengalaman kederiaan). Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep
kewujudan objek. Ini bermakna apabila suatu objek yang pernah dilihatnya telah disimpan,
dia menganggap objek itu tidak ada lagi.
Peringkat Praoperasi /Praolahan (2 7 tahun)
Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra operasional
(preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Menurut Wadsworth
(1996), teori kognitif Piaget dalam tahap pra operasional, perkembangan motor bertukar
kepada kegiatan pengolahan mental. Pemikiran masih kacau dan tidak di organisasi secara
baik. Pemikiran pra operasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada
tahap pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran pra operasional
juga mencakupi transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih
maju.Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek
yang dilihat di sekelilingnya.
Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat egosentrik, iaitu dia bercakap
sendiri, Wadsworth (1996). Mereka juga tidak berminat untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan berkisar tentang dirinya. Kanak-kanak
belum memperoleh konsep pengekalan. Sifat pengekalan merujuk kepada bilangan atau
jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau penglihatannya telah ditukar (dengan
syarat bahan asal itu tidak ditambah atau dikurangkan). Contohnya, apabila dua gelas yang
diisi air (isi padu yang sama) dituangkan ke dalam dua bekas yang berlainan, sebuah yang

lebih tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabila disoal bekas
manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanak-kanak pada peringkat ini akan
mengatakan bekas yang tinggi dan sempit itu. Konsep transformasi juga belum diperoleh.
Contohnya, apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan kemudiannya diletakkan secara
mendatar,kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perubahan yang berlaku itu. Lagipun,
perhatian kanak-kanak dipusatkan kepada aspek-aspek yang tertentu sahaja.
Peringkat Operasi /Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang
melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit (perkara yang boleh dilihat atau disentuh) dan
mereka berfikiran lebih luas dan logik. Walau bagaimanapun, keupayaan untuk
memanipulasikan konsep dan idea pada tahap ini adalah terhad serta bergantung pada objek
yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya, kanak-kanak pada tahap ini tidak mampu
untuk berfikir tentang konsep-konsep yang abstrak seperti demokrasi, keadilan dan
seumpamanya. Tetapi pada tahap ini mereka mula menerima pendapat orang lain serta
berupaya memberi perhatian kepada semua aspek. Sifat egocentrik berkurangan dan boleh
berkongsi idea dan berinteraksi dengan orang lain. Kanak-kanak juga dapat memperoleh
konsep ruang, kelajuan dan masa, Wadsworth (1996).
Peringkat Operasi /Olahan Formal (11 15 tahun)
Dari perspektif teori kognitif Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja telah
mencapai tahap pemikiran operasi formal (formal operational thought), iaitu suatu tahap
perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung
sehingga remaja mencapai masa dewasa. Pada tahap ini kanak- kanak sudah mulai berfikir
abstrak dan hipotesis dan pada masa ini juga kanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu
yang akan atau mungkin terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak secara logik, Wadsworth (1996).

Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik,
mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah dan
ia merupakan kemuncak kognitif individu, Wadsworth (1996).
2.3

Tokoh Behaviorism Ivan Pavlov

Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh seorang ahli psikologi behaviourisme rusia
yang bernama Ivan Pavlov. (Ea Ah Meng, 1996) Ivan Pertrivich Pavlov dilahirkan lahir pada
tanggal 14 september 1949 di Razyan, Rusia iaitu sebuah desa tempat ayahnya, Peter
Dmitrierich Pavlov menjadi seorang pendeta. Pavlov dididik di sekolah gereja dan
melanjutkan ke seminari Teologi. Pavlov lulus dalam bidang asas fisiologi dengan memegang
kelulusan sarjana kedoktoran.
Pada tahun 1884, beliau berkerja di Institute of Experimental Medicine dan
memulakan pemerhatian mengenai fisiologi pencernaan.Ivan Pavlov meraih penghargaan
Nobel dalam bidang physiology pada tahun 1904.Karya yang dihasilkan Pavlov termasuklah
Work of Digestive Glands (1902) dan Conditioned Reflexes, (1927). Kajian saintifik
mengenai teori pelaziman klasik bermula di sekitar awal abad ke dua puluh, ditemui secara
tidak sengaja Ivan Pavlov antara tahun 1849 sehingga tahun 1936 di makmal Leningrad.
(Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2001)

2.3.1

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov


Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan

antara rangsangan dan sesuatu gerak balas. Menurut Ea Ah Meng, ( 1996), Pavlov dalam
eksperimennya,Pavlon menunjukkan bagaimana seekor anjing telah belajar membuat
pertalian antara bunyi lonceng (rangsangan terlazim) dengan makanan, hinggakan anjing itu
akan mengeluarkan air liur (gerak balas terlazim) sebaik sahaja bunyi lonceng didengar.
Pavlon membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Menurut Marof Redzuan
dan Haslinda Abdullah, (2001) Tujuan utamanya adalah untuk menentukan hubungan
diantara kehadiran makanan di mulut anjing dengan pengeluaran air liur oleh anjing.
Pemerhatian ini membawa kepada eksperimen yang lebih lanjut dengan menggunakan
rangsangan-rangsangan lain seperti bunyi ton muzik yang dihasilkan oleh garpu sebelum
anjing menerima makanan. Akhirnya, bunyi garpu itu sudah cukup menggerakkan anjing
mengeluarkan air liur. Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa bunyi garpu yang dikaitkan
dengan daging mampu untuk menggerakkan (merangsang) anjing mengeluarkan air liur.
(Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2001)
Proses berkaitan tingkah laku dalam teori pelaziman klasik
Dalam teori pelaziman klasik terdapat 4 proses yang boleh dikaitkan dengan tingkah
laku manusia termasuklah penguasaan, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.
Penguasaan (acquisition) atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas
atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma mencuba, lebih
kukuh penguasaan berkenaan.

Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001) generalisasi (generalisation),


terjadi apabila gerak balas telah dipelajari, rangsangan terlazim yang sama dengan
rangsangan terlazim yang asal mampu menyebabkan gerak balas terlazim. Pavlov
menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing masih mengeluarkan air
liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu
rangsangan tak terlazim (RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur)
walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. Menurut Marof Redzuan dan Haslinda
Abdullah, (2001) semakin besar persamaan antara ransangan, semakin cenderung proses
generaralisasi rangsangan terjadi .
Menurut

Marof

Redzuan

dan

Haslinda

Abdullah

(2001),

diskriminasi

(discrimination) berlaku apabila subjek yang telah dilazimkan untuk bergerak balas terhadap
satu rangasangan yang terlalu khusus. Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada
bunyi loceng, anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi
asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan
dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih
untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2001), penghapusan
(extinction) adalah terjadi apabila rangsangan terlazim ,adalah dikemukakan secara kerap
tanpa digandingankan dengan rangsangan tak terlazim. Sekiranya sesuatu rangsangan
terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama-kelamaan
organisme itu tidak akan bertindak balas. Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.
2.3.2

Tokoh Teori Tingkah Laku Burrhus Federic Skinner

Teori pelaziman operan sering kali dikaitkan dengan pembangunan tingkah laku
manusia. Menurut Adila Salim (2013), di mana teori pelaziman operan telah dihasilkan oleh
B. F. Skinner. Nama sebenar B. F. Skinner ialah Burrhus Federic Skinner. Beliau dilahirkan
pada 20 Mac 1904 dan meninggal dunia pada 18 Ogos 1990. Kelebihan B. F. Skinner boleh
dilihat sejak zaman kanak-kanak iaitu suka mencipta sesuatu yang baharu dan kemahiran
yang sedia ada digunakan semula semasa eksperimen psikologi beliau. Beliau mempunyai
Ijazah Kesusasteraan Bahasa Inggeris pada tahun 1926 di Kolej Hamilton dan Ijazah
kedoktoran (Ph.D) dalam bidang psikologi di Universiti Harvard.
Pada tahun 1945, B.F. Skinner telah berpindah ke Bloomigton, Indiana dan bekerja di
Jabatan Psikologi di Universiti Indiana. Pada tahun 1948, beliau mendapat pekerjaan di
Jabatan Psikologi di Universiti Harvard. Beliau telah berjaya menerbitkan buku berjudul
Behavior of Organism. Antara kejayaan yang berjaya dikecapi adalah National Medal of
Science from President Lyndon B. Johnson (1968), Gold Medal of the American
Psychological Foaudation (1971), Human of the Year Award (1972), dan Citation for
Outstanding Lifetime Contribution to Psychology. Pada mulanya, B.F. Skinner merupakan
penulis novel, akan tetapi setelah beliau membaca hasil penulisan Watson dan Palvon, beliau
mendapat idea untuk cenderung ke arah bidang psikologi.
2.3.3

Teori Pelaziman Operan Skinner

Menurut Yusri Yusuf (2008), B.F. Skinnner bersependapat dengan Pavlon, akan tetapi
beliau memberitahu bahawa perlakuan dapat dibentuk dengan lebih kompleks dalam jangka
masa yang panjang. Tikus dan burung merpati merupakan bahan uji kaji beliau. Beliau telah
menghasilkan Skinner Box iaitu binatang di dalam kotak boleh dikawal dan gerak balas
boleh diukur. Teori ini telah dibawa dan diaplikasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Menurut Adila Salim (2013), eksperimen untuk membuktikan hipotesis B.F. Skinner
ialah seekor tikus yang kelaparan telah dimasukkan ke dalam kotak Skinner. Di dalam kotak
tersebut terdapat mangkuk yang perlu dipijak untuk menyalurkan makanan. Apabila pemijak
disentuh, makanan akan dapat disalurkan. Oleh kerana tikus tersebut kelaparan, ia berpusingpusing lalu terpijak penekan tersebut dan makanan dapat disalurkan. Aktiviti berlaku secara
berulang kali dan telah memberi kesedaran kepada tikus tersebut cara-cara untuk memperoleh
makanan. Apabila tikus tersebut dikeluarkan daripada kotak tersebut dan dimasukkan semula,
tindak balas utama tikus tersebut adalah memijak alat penekan untuk mencari makanan. Cara
ini dikenali sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan.
Proses berkaitan tingkah laku dalam teori pelaziman operan
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan iaitu peneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaan positif, dendaan negatif, peneguhan premier, dan peneguhan
sekunder.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), dalam pelaziman
operan, peneguhan adalah yang memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan merupakan
perkara dilakukan untuk meransang sesuatu perlakuan untuk diulangi semula. Tujuan
peneguhan adalah untuk memuaskan kehendak seseorang dan mengurangkan tekanan serta

meransang minda. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif.
Peneguhan positif ialah memberi sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,
dan menyebabkan perlakuan itu diulangi dan diperkuat semula setelah diberi kata-kata
ransangan yang baik. Ia merupakan satu bentuk motivasi dalam aktiviti pembelajaran dalam
kelas. Sebagai contoh, kata-kata pujian ikhlas yang diberikan oleh guru kepada pelajar yang
mengemukakan soalan, dapat meransang pelajar itu mengemukakan lebih banyak soalan. Ia
dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja lebih bermutu, jelas dan bersistematik. Menurut
Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), peneguhan positif terbahagi kepada
tiga kategori iaitu peneguh asas, sekunder dan sosial.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2001), peneguh tidaklah
sentiasa peristiwa-peristiwa yang positif, kadangkala konsekuen peneguhan adalah malalui
penyingkiran peristiwa negatif. Peneguhan negatif ialah ransangan yang tidak selesa atau
menyakitkan setelah tingkah laku ditunjukkan, akan tetapi pada akhirnya ia dapat
menghasilkan sesuatu yang baik. Sebagai contoh, seorang bapa sering memarahi anaknya
kerana tidak membuat kerja sekolah. Oleh kerana jemu akan leteran bapanya setiap hari, anak
tersebut akan membuat kerja sekolah untuk mengelak daripada leteran bapanya iaitu
ransangan yang tidak diingini.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), kadang kala akibat
sesuatu tingkah laku adalah negatif dan kesannya iaiah kekerapan tingkah laku tersebut
diulang semula semakin menurun.Dendaan atau hukuman merupakan cara untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Menurut Marof Redzuan dan
Haslinda Abdullah, (2001), Hukuman boleh diberikan dalam bentuk memberikan

ketidakselesaan dan menarik balik atau menahan ganjaran. Hukuman boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), hukuman positif
terjadi apabila sesuatu operan adalah dilemahkan oleh sesuatu peristiwa yang mengikutinya.
Sebagai contoh, pelajar membuat tingkah laku yang menganggu pembelajaran di dalam kelas
iaitu dengan membuat bising. Kesannya, guru telah memberi amaran kepada pelajar untuk
mendenda jika terus berkelakuan tidak elok. Tingkah laku pada masa hadapan, pelajar
berhenti membuat bising dan tidak mengulangi kelakuan tersebut.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), hukuman negatif
berlaku

apabila

operan

adalah

dilemahan

dengan

penangguhan

peneguh

yang

mengikutinya.Sebagai contoh, mengurangkan duit belanja sekolah boleh menyebabkan


pelajar balik ke rumah selepas waktu persekolahan.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), peneguhan asas
atau peneguhan premier adalah peneguh yang secara neutral adalah berfungsi untuk
meneguhkan dan tidak diperolehi daripada proses pembelajaran. Sebagai contoh, makanan,
aktiviti fizikal yang merupakan peneguh yang tidak dipelajari.
Menurut Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, (2001), Peneguhan
sekunder memainkan peranan penting dalam pelaziman operan. Peneguh ini dipelajari dalam
pelaziman klasik. Peneguhan jenis ini menjadi peneguh kerana dikaitkan dengan rangsangan
lain.

RUJUKAN
Adila Salim, Mar 14, (2013), BiodaSkinner,https://www.scribd.com/doc/130330594/BiodataSkinner.
Atan Long (1978) , Psikologi pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Azizi Yahaya, Shahrin Ahmad dan Yusof Boon (2008), Psikologi pendidikan: Teori-teori
perkembangan. Universiti Teknologi Malaysia: Selangor
Calhoun, J. F dan Acocella, J. R. (1990), Psychology of adjustment and human relationships,
(3rd Ed.). New York: Mc Graw-Hill Publishing Co.
Ea Ah Meng, (1996). Psikologi pendidikan 1: psikologi perkembangan, Shah Alam, Fajar
bakti. Sdn. Bhd.
Huffman, K. (2002), Psychology in action, (6th Ed.). New York: John Wiley & Sons. Inc.
Lahey, B. B. (2001), Psychology an introduction, (7th Ed.). Boston: Mc Graw Hill inc.
Marof Redzuan & Haslinda Abdullah, (2001). Psikologi. Universiti Putra Malaysia: Serdang,
Selangor. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd
Papalia, E.D, Olds, S.W. (1979), Childrens world boston: Mc Graw-Hill Co.
Papalia, E.D., Olds, S.W., & Feldman, R.D. (2001). Humans development, (8th Ed.). Boston:
Mc Graw-Hill Co.
Sprinthall, R.C., & Sprinthall, N.A. (1998), Educational psychology a development approach,
Boston: McGraw-Hill Company.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz. (2008), Psikologi pendidikan: Siri
pendidikan guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wadsworth, B. J. (1996). Piagets theory of cognitive and affective development (5th Ed.).
New York: Longman Publisher.
Woolfolk, A.E. (1998). Emotional psychology. (7th Ed.). New York: Allyn and Bacon.
Yusri Yusuf, (2008). Teori pembelajaran, https://www.scribd.com/doc/6242419/TeoriPembelajaran.

Vous aimerez peut-être aussi