Vous êtes sur la page 1sur 5

HURAIAN TUGAS

AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

1. PERHIMPUNAN

1.1. BARISAN MURID

1.1.1.

Semua pengawas perlu datang awal selewat-lewatnya jam 7.10 pagi

1.1.2.

Mengawasi barisan murid agar teratur dan senyap

1.1.3.

Murid yang bercakap / bersembang ditegur / diberi amaran

1.1.4.

Pastikan murid tidak berlonggok semasa dalam keadaan duduk

1.1.5.

Pastikan murid berbaris mengikut kelas masing-masing

1.1.6.

Pastikan murid meletakkan beg di laluan yang ditetapkan.

1.1.7.

Jika murid tersebut tidak mengendahkan teguran tersebut minta bantuan pengawas senior atau Guru
Disiplin

1.1.8.

Pastikan pengawas tidak berborak, membaca atau mebuat kerja sekolah semasa dalam perhimpunan

1.1.9.

Pastikan murid menghormati lagu Kebangsaan, lagu Wilayah dan Sekolah serta bacaan ikrar.

1.1.10.

Arahkan segala peraturan yang tersebut di atas. Sekiranya murid ingkar, catatkan nama, tingkatan,
tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya ATAU
bawa keluar murid ke kawasan salahlaku disiplin.

1.2. KANTIN

1.2.1.

Pastikan sebelum jam 7.10, murid sudah meninggalkan kantin menuju ke tapak perhimpunan.

1.2.2.

Pengawas perlu bertugas seawal jam 7.05 dan berdiri di laluan kantin untuk menutup laluan

1.3. PENTAS

1.3.1.

Pengawas perlu datang awal, selewat-lewatnya jam 7.05 pagi

1.3.2.

Laporkan diri pada ketua pengawas pada setiap pagi

1.3.3.

Ketua pengawas perlu mencari pengganti segera jika ahli bertugas tidak hadir

1.3.4.

Ketua pengawas perlu memastikan perkara di bawah telah siap sedia:

Bil.
1.

Tugas
Pengacara Majlis

Catatan
Bersedia awal dan kenalpasti guru bertugas
Jam 7.10 guru bertugas akan mengarahkan semua murid duduk di
perhimpunan
Ketua Pengawas akan mengambil alih perhimpunan sebelum
diserahkan semula kepada guru bertugas
Pastikan murid senyap dan bersedia sebelum memulakan
perhimpunan
Arahkan pengawas mengawal barisan murid

2.

PA Sistem

Siap dipasang oleh AJK PA Sistem

3.

Doa

Pengawas yang bertugas hendaklah bersedia dengan teks


Membaca dengan jelas dan penuh penghayatan

4.

Ikrar

Ketua Pengawas akan memimpin bacaan


Membaca dengan suara yang jelas dan lantang

5.

Bendera

Pengawas yang bertugas perlu bersedia awal


Berdiri tegak semasa menaikkan bendera

6.

Kerusi

Diketuai oleh Ketua Biro Keceriaan / Aset


Memastikan bilangan kerusi mencukupi dan kedudukan kerusi selesa

7.

Rondaan

Dilakukan selepas nyanyian lagu Kebangsaan atau ikrar

Dua orang pengawas diperlukan

1.4. PAGAR

1.4.1. Pengawas pencatat kehadiran perlu berada di pagar selewat-lewatnya jam 7.05 pagi
1.4.2. Pengawas bertugas di kawasan tempat menunggu bas perlu berada di tempat tersebut
selewat-lewatnya jam 7.05 pagi
1.4.3.

Murid lewat 7.25 pagi perlu diberi SLIP LEWAT dan diisi dalam Buku Daftar Pelajar Lewat

1.4.4.

Murid lewat 7.20 pagi tidak perlu diberikan SLIP LEWAT tetapi dikira lewat perhimpunan.

1.4.5.

Semua murid yang lewat dibawa ke dataran perhimpunan dan berdiri sebaris di hadapan Bengkel Kayu
dan Logam.

1.4.6.

Semasa murid lewat mengambil dan mengisi SLIP LEWAT, pengawas perlu pastikan murid dalam
keadaan yang teratur.

1.4.7.

Sekiranya SLIP LEWAT sudah berbaki kurang 100 helai, sila pastikan SLIP LEWAT di fotostat semula.

1.5. TERMINAL

1.5.1.

Sebelum guru bertugas menamatkan perhimpunan, pengawas perlu bergerak pantas membentuk
terminal.

1.5.2.

Lakukan pemeriksaan disiplin mengikut keperluan semasa. Iaitu: Tali leher, lencana, tanda nama, tali
pinggang, baju di dalam, kasut, stoking pendek, pakaian uniform, baju sukan yang tidak dibenarkan,
tidak masuk ke dalam seluar, kuku panjang, tudung singkat, anak tudung warna selain putih,rambut
panjang, berwarna, berekor dan berfesyen.

1.5.3.

Pastikan ada 2 orang pencatat kesalahan dan 2 orang pengurus barisan murid yang berkenaan.

1.5.4.

Serahkan murid-murid berkenaan kepada guru Disiplin / GPK HEM yang bertugas.

1.5.5.

SLIP LEWAT perlu mendapat tandatangan GPK HEM / Ketua Guru Disiplin sahaja.

2. WAKTU REHAT

2.1. KAWASAN BLOK

2.1.1.
2.1.2.

Semua murid adalah dilarang berada di dalam kelas


Jika ada murid yang berada di dalam kelas, arahkan keluar. Sekiranya ingkar, catatkan nama,
tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan
selanjutnya.

2.1.3.

Pengawas yang berkenaan perlu melakukan rondaan.

2.1.4.

Pengawas tidak dibenarkan sama sekali membawa rakan semasa bertugas.

2.1.5.

Kawasan larangan makan adalah dewan terbuka, surau, koridor bangunan sekolah, pondok
berhadapan bilik Aset dan pentas dataran.

2.2. TANGGA

2.2.1.

Memastikan tiada murid yang melalui tangga sepanjang waktu rehat

2.2.2.

Mengawal pergerakan murid naik ke kelas dan pastikan tidak bising

2.2.3.

Pengawas bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tugas selagi loceng tamat rehat masih belum
dibunyikan.

2.2.4.

Pengawas bertugas boleh meninggalkan tangga tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.

2.2.5.

Halang murid daripada menaiki / melalui tangga sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan
nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan
selanjutnya.

2.3. KANTIN

2.3.1.

Memastikan murid mengemaskan semua pinggan dan gelas yang telah digunakan dan dimasukkan ke
dalam bekas yang disediakan.

2.3.2.

Memastikan semua murid meninggalkan kantin sebelum loceng tamat rehat berbunyi.

2.3.3.

Arahkan murid mengutip semula peralatan makanan dan meninggalkan kantin, jika enggan, catat
nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan
selanjutnya

2.4. TANDAS

2.4.1.

Memastikan tiada murid yang membawa / menghisap rokok

2.4.2.

Pengawas bertugas perlu mengawal bilangan murid yang berada di dalam tandas

2.4.3.

Memastikan tiada murid di dalam tandas selepas loceng tamat rehat berbunyi.

2.4.4.

Pengawas bertugas boleh meninggalkan tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.

2.4.5.

Halang murid daripada merokok dan melepak di dalam tandas sepanjang waktu rehat. Sekiranya
ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin
untuk tindakan selanjutnya.

2.5. SURAU

2.5.1.

Membuat rondaan di kawasan surau

2.5.2.

Memastikan tiada murid yang melepak atau makan di kawasan surau

2.5.3.

Pengawas bertanggungjawab perlu sentiasa berada di kawasan surau sepanjang masa rehat.

2.5.4.

Arahkan murid meninggalkan surau, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat
kejadian dan laporkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

2.6. DEWAN TERBUKA / KOPERASI / PENTAS

2.6.1.

Pastikan tiada murid yang makan makanan berat di kawasan ini semasa rehat.

2.6.2.

Pastikan suis kipas dimatikan semasa waktu rehat.

2.6.3.

Pastikan murid tidak membeli makanan selepas loceng berbunyi.

2.6.4.

Pengawas tidak perlu bertugas di dalam koperasi.

2.6.5.

Arahkan murid, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan
kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru Penasihat LPS

Vous aimerez peut-être aussi