Vous êtes sur la page 1sur 23

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0 PENGENALAN
Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadi
bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran
perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahannya melalui satu
program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti kehidupan orang
dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-mata. Malangnya
hingga kini, terlalu sedikit program komprehensif yang wujud menyarankan kemahiran hidup
yang diperlukan untuk menepati kehendak sebagai orang dewasa.
Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway & Patton (1993),
secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan di dunia ini memerlukan
latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari dewasa yang menuntut setiap
manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum. Berdikari bermaksud seseorang harus
menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa melibatkan bantuan orang lain secara total dalam
kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, setiap insan yang hidup di dunia ini sepatutnya
mempunyai keupayaan ini.
Keupayaan yang dimaksudkan semestinya didapati melalui proses pembelajaran tidak
kira pembelajaran secara formal yang dijalankan di sekolah ataupun pembelajaran tidak formal
yang dipelajari melalui kehidupan seharian dan pengalaman yang mereka lalui.Salah satu
aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Apabila
seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku kesukaran dalam kehidupannya
kerana kesukaran menyampaikan kehendak dalam hidup seharian.
Oleh itu pelbagai pihak yang bertanggungjawab harus mengenalpasti punca berlakunya
kanak-kanak gagal menguasai bahasa dan komunikasi kemudian mencari jalan penyelasaian
kepada masalah ini. Berikutan dengan hal ini maka kerja kursus projek PKU 3102 menuntut
semua guru pelatih Pendidikan Pemulihan Khas mengkaji topik ini dengan lebih lanjut lagi agar
kehendak pelajar terutama pelajar pemulihan dapat difahami seterusnya dipenuhi.Sebelum
melangkah dengan lebih jauh lagi dalam mata pelajaran pengenalan kepada masalah bahasa
dan komunikasi, eloklah dikenal pasti konsep dan definisi masalah bahasa dan komunikasi agar
maksud yang dicari lebih nyata dan jelas.

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


1.1KONSEP DAN DEFINISI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
1.1.1 Definisi masalah, bahasa dan komunikasi
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2007), masalah diertikan sebagai sesuatu yang
memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Bahasa pula
didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia. Selain itu, bahasa juga didefinisikan sebagai
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Di samping itu, Komunikasi
pula dijelaskan sebagai perhubungan (secara langsung) atau dengan perantaraan Surat, radio,
telefon dll.
1.1.2 Konsep bahasa
Lufti Abas (1975:4) mengemukakan konsep beliau mengenai bahasa iaitu sebagai satu
data yang dianalisis dalam linguistik. Menurut definisi linguistik, bahasa ialah suatu sistem
simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut
manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia itu berkomunikasi.
Mangantar Simajuntak (1982:5) pula mengemukakan bahawa bahasa ialah satu sistem
kognitif manusia yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah
ayat yang tidak terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat komunikasi dan
mengakumulasi ilmu pengetahuan.
Asraf yang menjawab pertanyaan penulis secara lisan pada 10 ogos 1985 menyatakan
bahawa bahasa merupakan himpunan ayat-ayat yang tidak terbatas jumlahnya tetapi terbatas
panjangnya, yang mempunyai susunan kata, frasa, dan struktur, menurut ketetapan tertentu
yang berupa sistem dalam bahasa itu.
Bahasa tidak terbatas kepada simbol-simbol sahaja tetapi terbahagi kepada beberapa
komponen yang penting. The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982)
membahagikan bahasa kepada beberapa bahagian iaitu dari segi bentuk (form), kandungan
(content) dan penggunaan (use).
Bentuk bahasa dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut tahap kesukaran
penguasaannya iaitu aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Fonologi merupakan kajian
tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (kamus Dewan Edisi terkini). Morfologi pula
merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan
2

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


dan pemajmukan (Kamus Dewan Edisi Terkini) manakala sintaksis pula merupakan
pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat (Kamus
dewan edisi ke-4).
Kandungan bahasa yang dimaksudkan ialah dari segi semantik iaitu kajian tentang
makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata (kamus dewan Edisi Terkini). Di
samping itu, penggunaan bahasa merujuk kepada pragmatik iaitu cabang linguistik yang
berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa
dalam situasi tertentu (Kamus Dewan Edisi Terkini).
Berdasarkan konsep yang dikemukakan oleh keempat-empat tokoh bahasa yang saya
rujuk, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa merupakan salah satu instrumen atau alat yang
memerlukan pengetahuan khusus dan digunakan dalam komunikasi seharian oleh sekelompok
masyarakat. Bahasa tidak terbatas kepada pengucapan yang dilafazkan secara sewenangwenangnya tetapi memerlukan individu tersebut menggunakan bahasa dengan baik dengan
memasukkan nilai etika dan budi pekerti yang tinggi dalam pertuturannya.
1.1.3 Konsep komunikasi
Secara general, komunikasi merupakan sebuah analogi perpindahan maklumat
menerusi deretan simbol yang sama kepada individu atau sekelompok insan yang lain.
Komunikasi menurut Verdeber & Verdeber (1977) adalah satu proses mengongsi makna melalui
pengucapan dan diikuti dengan penerimaan baik secara sengaja atau sebaliknya sehingga
meninggalkan kesan. Mengikut McAuley (1988) pula, komunikasi dapat mempengaruhi serta
meningkatkan keyakinan seseorang. Seterusnya beliau menentukan bahawa komunikasi dapat
menentukan tindakan, kepuasan dan menjalin hubungan.
Menurut Anuar, 2009, komunikasi atau pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang
paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Di
samping itu, komunikasi manusia juga memerlukan kelancaran yang padu iaitu keupayaan
untuk bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat agar komunikasi yang sedang
berlangsung tidak tergangu.
Menurut sumber bacaan scribd, komunikasi terbahagi kepada lima jenis iaitu komunikasi
haiwan, komunikasi interpersonal iaitu komunikasi dua hala, komunikasi intrapersonal iaitu
komunikasi berarah sehala yang berlaku pada pemikiran individu, komunikasi tanpa lisan iaitu
pragmatik dan komunikasi melalui telekomunikasi atau perantara berjarak jauh.
3

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


Komunikasi berperanan sebagai medium penjalin hubungan yang mesti mempunyai nilai
etika yang baik seperti tutur kata yang manis dan bersopan santun. Selain itu, komunikasi
berperanan sebagai sumber rangsangan atau penggalak emosi. Contohnya, individu yang
berada dalam keadaan sedih akan tersenyum apabila mendengar nasihat yang diujarkan dalam
bentuk jenaka. Komunikasi juga boleh meningkatkan estim-diri.
Apabila individu tersebut terlibat dalam sesuatu komunikasi, secara tidak langsung, dia
akan berasa bahawa dia diperlukan dalam sesuatu perkara manakala dia akan berasa lemah
sekiranya lawan bicara beliau mengherdik atau menghinanya. Komunikasi juga boleh dijadikan
sebagai wahana perkongsian dalam kehidupan di mana wujud kerjasama antara dua atau lebih
pihak dalam melaksanakan sesuatu yang pasti memerlukan komunikasi.
Kesimpulannya, komunikasi sangatlah penting kerana ianya merupakan asas hidup
bermasyarakat yang tidak dapat dielakkan. Proses ini tidak wujud secara terpencil tetapi
berlaku dalam setiap aspek kehidupan manusia (Mohd Sharani Ahmad, 2008).

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA DAN
KOMUNIKASI.
Sebagaimana berlangsungnya perkembangan pada setiap kanak-kanak, demikian
kiranya sistem bahasa dan komunikasi dalam diri mereka berkembang. Berjaya atau tidak
perkembangan dalam diri kanak-kanak tersebut adalah bergantung kepada beberapa faktor
yang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut.
Faktor-faktor tersebut dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu faktor keperluan
dalam perkembangan kanak-kanak, faktor persekitaran, kelewatan bahasa, tahap kesihatan,
faktor ekonomi, faktor baka dan faktor kognitif.
2.1 Faktor Persekitaran
Menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2009), kanak-kanak gemar meniru ayat-ayat yang
digunakan oleh masyarakat yang berada di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa mereka
atau pengasuh yang menjaga mereka sejak kecil
Skinner (1957) pula menyatakan dalam teori perkembangan bahasa beliau bahawa
kanak-kanak belajar bahasa melalui pelaziman responden iaitu kanak-kanak meniru dari
persekitarannya dan mesti disokong oleh masyarakat persekitarannya. Contohnya, apabila
kanak-kanak tersebut menguasai satu tahap penguasaan bahasa yang lebih kompleks daripada
sebelumnya ibu hendaklah menyokongnya dengan memberi pujian, hadiah atau pelukan
sebagai satu penghargaan. Apabila ibu atau orang di sekitarnya tidak memberi galakan yang
positif, maka perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut akan terhalang atau
menjadi terhad.
Melalui prespektif interaksionalis pula, perkembangan bahasa bergantung kepada sosial
(persekitaran). Kanak-kanak yang dikurniakan kemahiran menguasai bahasa, adalah pemerhati
dan peserta yang melihatkan dalam interaksi sosial. Apabila kanak-kanak mendiami
persekitaran yang kurang aktif dalam interaksi sosial maka kuranglah perkembangan bahasa
dan komunikasi dalam dirinya.
Melalui teori yang dikemukakan oleh Kamarulzaman Kamaruddin, Skinner dan
pandangan para ahli interaksionalis, kita dapat menyimpulkan bahawa perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak juga sangat bergantung kepada persekitaran mereka.
2.2 Kelewatan bahasa
5

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


Anuar dalam penulisan blog beliau pada 15 April 2009 menjelaskan bahawa
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga dipengaruhi oleh kecepatan atau
kelewatan penerimaan bahasa. Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada
kebiasaannya. Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini juga berpotensi menguasai bahasa
walaupun agak lambat berbanding kanak-kanak lain. Namun demikian, terdapat juga kanakkanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk
membantunya mengatasi masalah yang dihadapi.
2.3 Kesihatan
Faktor kesihatan merupakan faktor terbesar yang boleh mempengaruhi perkembangan
bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana aspek kesihatanlah yang
menentukan samada kanak-kanak tersebut mampu berkembang dalam aspek bahasa dan
komunikasi atau sebaliknya. Masalah kesihatan ini boleh dikelaskan kepada beberapa aspek
tertentu seperti yang berikut.
2.3.1 Aphasia
Berdasarkan artikel yang terdapat dalam laman web MedicineNet.Com dan Scribd,
Aphasia merupakan salah satu masalah yang berpunca daripada kerosakan otak. Bagi seorang
kanak-kanak, kerosakan otak berpunca daripada kecederaan otak semasa lahir atau
ketumbuhan (tumor) otak. Bagi seorang dewasa pula, aphasia mungkin berpunca daripada
strok atau kecederaan akibat kemalangan yang melibatkan kepala.
Menurut Holland & Reinmuth,1982, Aphasia turut menyumbang kepada masalah
bahasa. Hal ini berlaku kerana otak tidak berupaya untuk memberi makna kepada simbolsimbol arbitrari bahasa, ketidakupayaan untuk membentuk atau memperoleh bahasa. Oleh hal
yang demikian, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan menghadapi kesukaran untuk
berkembang dalam bahasa atau komunikasi mereka.
2.3.2 Gagap
Menurut Anuar,2009, gagap merupakan salah satu gangguan kelancaran yang berlaku
yang melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan
seseorang. Individu akan disebut gagap apabila menyebut perkataan berulang-ulang, tersekatsekat dan diikuti oleh ketegangan otot tekak. Keadaan ini berlaku akibat gangguan pernafasan
yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Selain itu, ia juga
6

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


berpunca daripada ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat
awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mahu mula bercakap, otot-otot pertuturan masih
belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan inilah yang dipercayai akan menyebabkan pertuturan
menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. Gagap juga boleh berpunca daripada fizikal yang
lemah, kekurangan zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan.
Masalah gagap akan menggangu perkembangan bahasa dan komunikasi bagi seorang
kanak-kanak kerana proses komunikasi yang dilafazkan menjadi tidak lancar kerana secara
tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan yang sama dan berlaku
pemanjangan bunyi perkataan. Selain itu, penutur akan gagal mengaitkan pertuturan dengan
emosi yang sedang dirasakan sehingga mungkin gagal menyampaikan maksud sebenar
percakapan yang hendak diucapkan. Hal ini seterusnya mengagalkan proses perkembangan
bahasa dan komunikasi dalam individu tersebut.
2.3.3: Gangguan proses auditori pusat (Central Auditory Processing Disorders/CAPD)
CAPD juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang menggangu perkembangan
bahasa dan komunikasi dalam diri individu. Masalah CAPD ini dikaitkan dengan penerimaan
individu terhadap bahasa yang diterima. Semasa berkomunikasi, telinga akan menerima
maklumat auditori (pendengaran) dan seterusnya proses menterjemahkannya. Individu yang
mengalami CAPD tidak mengalami masalah pendengaran tetapi otak tidak mampu
menterjemahkan bahasa yang didengarnya melalui auditori dengan baik kerana deria
pendengaran (auditori) dan otak tidak mempunyai koordinasi yang baik. Perkara ini juga berlaku
disebabkan persekitaran yang mengeluarkan bunyi-bunyi bising yang akhirnya menggangu
proses pendengaran kanak-kanak tersebut. Hasilnya kanak-kanak yang mengalami masalah ini
tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa walaupun pengucapan bahasa tersebut jelas dan
kuat. Perkara ini juga turut menyumbang kepada kegagalan perkembangan bahasa dan
komunikasi kanak-kanak tersebut.
2.3.4 Down Syndrome.
Down Syndrome merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyumbang kepada
masalah perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Down Syndrome adalah
kecelaruan genetik yang terkenal dan mengimpak kepada kerencatan akal kanak-kanak
(Gargiulo M.R). Masalah ini berlaku akibat lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21
(Trisomi 21). Individu yang mengalami masalah ini akan menghadapi beberapa masalah dalam
7

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


pembelajaran. Contohnya, kelewatan peningkatan motor halus dan kasar, mengalami masalah
penglihatan dan pendengaran, mengalami masalah pertuturan dan bahasa dan bermasalah
dalam mengeneralisasi, berfikir dan menaakul.
2.3.5 Autisme.
Menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat, Autisme adalah ketidakupayaan yang
rencam yang pada kebiasaanya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur
tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang menggangu fungsi
otak.
Punca sebenar yang menyebabkan autisme belum dapat dipastikan dengan jelas lagi
tetapi umumnya dikatakan autisme disebabkan masalah genetik dan kefungsian otak. Apabila
masalah ini berlaku pada seseorang, ia memungkinkan individu tersebut mendapat kesukaran
untuk berkomunikasi terutamanya dalam meluahkan niat dan keinginannya, sukar untuk
memahami variasi bahasa iaitu body language dan ekspresi malah kerap memberi respon yang
tidak relevan. Hal ini seterusnya menyebabkan terbantutnya perkembangan bahasa dan
komunikasi dalam individu tersebut.

2.3.6: Terencat akal.


Kanak-kanak terencat akal kerap lupa ilmu yang telah dipelajari. Secara umumnya,
kanak-kanak terencat akal ini bermasalah dalam konsep generalisasi dalam bidang akademik,
tingkah laku dan interaksi sosial. Mereka selalunya tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan
dan selalu berputus asa. Dari segi perkembangan bahasa pula, mereka lewat untuk menguasai
bahasa dan komunikasi.
2.4 Faktor ekonomi.
Menurut Eni Kusuma dalam artikel yang ditulisnya dalam pembelajar.com pada 02 Mac
2007, kehidupan orang miskin amatlah mendukacitakan. Hal ini demikian kerana taraf
sosioekonomi mereka amat rendah dan mereka menjalani kehidupan yang sukar. Melalui
perkongsian cerita ini,kita sebenarnya boleh mengaitkannya dengan perkembangan bahasa
dan komunikasi seseorang. Apabila individu tersebut menjalani kehidupan sedemikian rupa,
8

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


secara automatiknya mereka akan mengenepikan soal pendidikan yang amat penting. Hidup
mereka akan lebih tertumpu kepada pekerjaan yang menjadi sumber mata pencarian mereka.
Apatah lagi jika kuota keluarga tersebut ramai dan pendapatan keluarga sedikit, maka kanakkanak kecil pun terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan asas mereka.
Apabila hal ini berlaku, individu yang menganggotai keluarga tersebut akan kurang
terdedah kepada penggunaan bahasa dan komunikasi dengan betul. Hal ini demikian kerana
mereka tidak mampu memiliki bahan-bahan pembelajaran yang sepatutnya dimiliki seterusnya
dipelajari dalam peringkat usia tertentu. Selain itu, persekitaran mereka yang lebih
mementingkan pekerjaan berbanding perkembangan bahasa dan komunikasi juga turut
menyumbang kepada terbantutnya perkembangan bahasa dan komunikasi dalam diri
seseorang. Taraf sosioekonomi yang rendah juga menghalang individu untuk mendapat
keperluan asas yang cukup seperti makanan dan pakaian. Apabila keperluan ini tidak dipenuhi
mereka mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan menjejaskan proses
perkembangan bahasa dan komunikasi individu.
2.5 Faktor baka.
Mok Soon Sang, 2008 mengatakan bahawa menurut kajian ahli-ahli psikologi, emosi
seseorang individu berkait rapat dengan pewarisan daripada ibu bapa mereka. Misalnya, ibu
bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak
yang agresif dan bersifat autokratik. Demikian berlakunya kepada perkembangan bahasa dan
komunikasi seseorang.
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) pula mengatakan
bahawa apapun perkembangan dalam diri kanak-kanak adalah bergantung kepada ibu bapa
mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas akan melahirkan anak yang cerdas manakala ibu
bapa yang kurang cerdas juga akan melahirkan anak yang kurang cerdas. Oleh itu, besar
kemungkinan, faktor baka juga menyumbang kepada terbantutnya perkembangan kanak-kanak
tersebut dalam bahasa dan komunikasi.
2.6 Faktor kognitif
Menurut ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon
(1962), setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan
rakan sebaya mereka. Hal ini dibuktikan benar melalui kajian mereka. Tahap kebolehan intelek
inilah yang akan membezakan individu.
9

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


Melalui teori yang mereka kemukakan ini, maka dapat kita simpulkan bahawa kognitif
juga sangat memberikan impak yang besar terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi.
Hal ini demikian kerana, kanak-kanak yang mempunyai daya kognitif rendah akan sukar
menguasai perkembangan bahasa dan komunikasi manakala kanak-kanak yang mempunyai
daya kognitif yang tinggi pula akan cepat berkembang dalam penguasaan bahasa dan
komunikasinya.

10

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


3.0 Teori perkembangan bahasa kanak-kanak
Untuk membincangkan keperluan kanak-kanak dengan lebih lanjut, saya lebih suka
mengutamakan teori A.H Maslow yang dinamakan sebagai teori keperluan. Abraham Maslow
berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu
sebelum memenuhi keperluan sekunder. Beliau sebenarnya mengelaskan keperluan manusia
kepada tujuh bahagian dalam satu hierarki mengikut peratusan anggaran kepuasan yang
tercapai oleh individu itu sendiri.
Hierarki Kebutuhan Maslow
transcendental

aktualisasi diri
kebutuhan estetis

kebutuhan kognitif
kebutuhan penghargaan

(esteem)

kebutuhan akan cinta dan rasa memiliki

kebutuhan keselamatan & keamanan

(sense of belonging)

(safety & security)

Dalam teorinya, Maslow menggolongkan keperluan manusia kepada keperluan

kebutuhan biologis/fisiologis

kekurangan dan keperluan kewujudan atau penyuburan. Keperluan kekurangan ini meliputi
keperluan fisiologi seperti yang dinyatakan dalam teori Mok Soon Sang, keselamatan, kasih
sayang dan penghargaan kendiri. Manakala keperluan kewujudan pula meliputi keperluan
kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik serta aktualisasi kendiri.

11

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


Perkara yang saya ingin tekankan dalam teori ini adalah pencapaian keperluan
kewujudan atau penyuburan yang melibatkan perkembangan bahasa dan komunikasi. Bahasa
dan komunikasi dapat dikelaskan dalam aspek maklumat, estetik, kesempurnaan kendiri dan
aktualisasi kendiri. Keperluan ini iaitu keperluan kewujudan atau penyuburan hanya akan
dicapai apabila keperluan kekurangan yang dinyatakan di dalam teori A.H. Maslow dapat
dicapai. Ini bermakna hanya semua keperluan dalam kategori keperluan kekurangan dicapai
barulah manusia akan cuba menggunakan potensinya semaksimum yang mungkin untuk
mencapai keperluan kewujudan.
Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa kanak-kanak hanya akan
berkembang dari segi bahasa dan komunikasinya apabila keperluan-keperluan kekurangan itu
dipenuhi. Hal tersebut juga sekaligus menjelaskan bahawa faktor keperluan dalam
perkembangan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi kanakkanak. Semakin tidak dipenuhi keperluan kekurangan kanak-kanak, maka semakin kurang
perkembangan penguasaan bahasa mereka dan sebaliknya.

4.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

12

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


Berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi
dalam peribadi individu, dapat kita simpulkan bahawa sekiranya faktor itu tidak diuruskan
dengan sebaiknya oleh pihak-pihak yang berkaitan maka ia akan memberi impak yang buruk
kepada kehidupan kanak-kanak di usia dewasa mereka. Oleh itu, haruslah diketahui langkah
langkah mempertingkatkan kemahiran berbahasa dalam diri individu supaya masalah ini dapat
ditangani. Cara tersebut haruslah dilihat dalam pelbagai aspek.
4.1Intervensi Pengajaran Bahasa.
Menurut Anuar dalam penulisan blog pada 15 April 2009, intervensi pengajaran bahasa
merupakan tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Kaedah ini memerlukan guru menggunakan beberapa teknik
pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.
4.1.1 Kaedah mengajar bahasa dalam situasi.
Ramai kanak-kanak sukar untuk mempelajari sesuatu dalam keadaan abstrak. Mereka
perlukan situasi untuk menggambarkan perkara yang mereka pelajari. Oleh itu kaedah ini
memerlukan guru untuk mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan supaya ia dapat
membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya membantu mereka menguasai
kemahiran bahasa yang diajar. Contohnya, guru mengadaptasi cara hidup kanak-kanak
mengikut kesesuaian dalam pembelajaran. Jika kanak-kanak tersebut mendiami kawasan
pedalaman, maka situasi membantu ayah di kebun sesuai digunakan. Jika anak-anak
mendiamai kawasan bandar, situasi melancong bersama keluarga adalah sesuai digunakan.
4.1.2 Mengikuti perkembangan bahasa normal.
Guru-guru haruslah mengambil kira tahap perkembangan normal kanak-kanak terhadap
bahasa dan komunikasi. Kaedah ini menekankan cara penyampaian pengajaran mengikuti
perkembangan kanak-kanak. Dalam erti kata lain, pengajaran dan pembelajaran haruslah
berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.
4.1.3 Menggunakan teknik pengajaran yang khusus ketika memperkenalkan konsep baru.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus tahu untuk mempelbagaikan
cara penyampaian agar para pelajar tidak bosan dengan pelajaran yang harus mereka kuasai
terutamanya menguasai teknik-teknik baru. Pelbagai jenis kaedah pengajaran telah dipelopori

13

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


oleh para pakar bahasa yang boleh digunakan. Namun demikian, guru masih boleh
menggunakkan kaedah sendiri yang direka khas untuk mengajar para pelajar.
Contoh teknik pengajaran yang selalu digunakan ialah kaedah fonik dan VAKT. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, kaedah fonik merupakan salah satu kaedah mengajar membaca
dengan melatih para pelajar menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan lambang tertentu.
Teknin VAKT pula adalah kaedah pengajaran huruf yang memerlukan murid melihat huruf
sebagai Visual, Auditori, Kinaesthetik dan Tactile. Teknik pembelajaran sedia ada ini juga boleh
dipelbagaikan mengikut kesesuaian.
4.1.4 Bercakap mengenai apa yang mereka fikir atau lakukan.
Anuat menjelaskan bahawa kanak-kanak harus dilatih meluahkan hasrat hatinya sejak
kecil lagi. Cara paling mudah adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang
mereka sedang fikirkan mengenai sesuatu benda atau perkara yang mereka sedang lakukan.
Proses penerangan itu harus diperhatikan oleh guru yang berkaitan dengan
memerhatikan penggunaan aspek fonologi, semantik dan sintaksisnya. Setelah proses
menerang itu berakhir, guru kemudian membetulkan mana-mana aspek penggunaan bahasa
yang salah.
4.1.5:Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh orang lain.
Kemahiran menerang juga sangat penting dalam proses komunikasi. Oleh itu, pelajar
juga digalakkan meningkatkan kemahiran menerang dengan cara meminta mereka
menceritakan apa yang orang lain sedang lakukan. Hal ini demikian kerana ianya lebih mudah
untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran menceritakan perkara yang dilihat berbanding
perkara-perkara abstrak.
4.1.6:Menggunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagu kemahiran bahasa
yang khusus.
Guru juga seharusnya menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan contoh atau
model penggunaan bahasa yang betul kepada para pelajar. Anuar menjelaskan dalam
penulisan blognya bahawa ada dua cara yang boleh digunakan. Pertama adalah bacaan
mekanis yang boleh ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Kedua, guru boleh menggunakan bahanbahan sedia ada seperti menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

14

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


4.1.7:Menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran
bahasa dalam lingkungan konteksnya.
Guru-guru juga harus bijak memanfaatkan aktiviti harian kanak-kanak di rumah untuk dijadikan
sebagai pengalaman-pengalaman bahasa yang mereka boleh pelajari. Selain itu, aktiviti ini juga
boleh dijadikan sebagai tema pengajaran bahasa.

4.2 Intervensi masalah artikulasi.


Salah satu aspek yang menyumbang kepada terbantutnya perkembangan bahasa dan
komunikasi dalam diri individu adalah masalah kesihatan terutamanya dalam kawasan
artikulasi. Oleh itu, intervensi artikulasi juga harus diketengahkan dalam menangani masalah
bahasa dan komunikasi yang berlaku dalam kalangan para pelajar sebelum masalah tersebut
memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak.
4.2.1Terapi pertuturan.
Dalam terapi pertuturan, kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa kelompok
kecil. Setiap kelompok mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli terapi pertuturan. Dalam
kelompok ini, ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap
dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku dan peristiwa akan digunakan sebagai
bahan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga akan
menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina
kemahiran bertutur dan bahasa.
Terapi artikulasi yang melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi dan latihan-latihan melalui
tunjuk cara penyebutan yang betul harus ditunjukkan kepada kanak-kanak. Namun demikian,
aktiviti ini dijalankan melalui aktiviti permainan. Contohnya, ahli terapi akan menunjukkan cara
menyebut huruf s. Selain itu, dia juga akan menunjukkan bagaimana lidah harus digerakkan
sehingga bunyi s dihasilkan. (Anuar, 2009)
4.2.2:Pendekatan interaktif.
Bloom, 1991 menjelaskan bahawa pendekatan ini digunakan agar kanak-kanak dapat
dirangsang untuk banyak bercakap dan menggunakan bahasa. Melalui pendekatan ini, ahli
intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas atau ahli terapi
15

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


pertuturan akan cuba menggunakan sifat semulajadi kanak untuk bercakap tetang apa yang
mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan ataupun perkara yang ingin dilakukan. Sesi
pemulihan ini boleh dilakukan di mana sahaja terutamanya semasa kanak-kanak sedang
bermain, makan, dan lain-lain dengan menggunakan sebutan dan bahasa yang betul. Melalui
pendekatan ini, kanak-kanak akan meningkatkan perbendaharaan kata mereka dan
memperbetulkan sebutan dan memperkayakan pengetahuan berbahasa mereka.
4.2.3: Komunikasi tambahan.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak bermasalah pembelajaran
terbahagi kepada beberpa jenis. Ada kalanya terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah
pertuturan yang serius. Oleh itu, haruslah komunikasi tambahan diberikan kepada kanak-kanak
ini. Komunikasi tambahan yang dimaksudkan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya
digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

4.3 Mengurangkan masalah gagap.


Morley M.E (1972) menjelaskan beberapa cara untuk membantu individu gagap mengatasi
masalah mereka. Berikut merupakan cara-cara yang beliau perkenalkan untuk membantu
mereka;
A. Menyesuaikan diri dengan gagap.
Individu gagap harus menerima dan mengakui bahawa mereka gagap tanpa rasa takut dan
beremosi.
B. Terapi mengurangkan ketegangan (Relaxation therapy)
Rawatan ini mengurangkan ketegangan fizikal dan mental. Sekiranya selalu diamalkan,
ia boleh meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental yang akan meningkatkan
kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.
C. Perbincangan, cadangan dan tugasan.
Setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu mesti dibincangkan. Cadangan demi
cadangan akan diberikan kepada individu untuk membolehkan mereka mengatasi masalah

16

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


yang dihadapi dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan
yang diberi.
D. Terapi kumpulan.
Individu gagap yang menghadiri sesi rawatan akan menghadiri sesi terapi berkumpulan.
Tujuan terapi berkumpulan diadakan ialah untuk menemukan individu yang mengalami nasib
yang sama. Di sinilah mereka akan berkongsi pengalaman masing-masing dan mereka akan
menimba ilmu dari orang terdahulu yang berjaya mengatasi masalahnya.
4.4 Intervensi komunikasi.
Mohd.Sharani Ahmad, 2008 menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu bentuk komunikasi yang
jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ketidaktentuan sewaktu
berkomunikasi akan mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan sosial. Oleh itu, ibu bapa
harus menyediakan suasana yang tenang dan mempelbagaikan corak komunikasi di rumah
secara sistematik.

4.4.1 Komunikasi antara perseorangan.


Komunikasi ini melibatkan dua orang berinteraksi secara bersemuka seperti ibu dan
anak. Komunikasi ini mempunyai keunikan tersendiri di mana komunikasi ini bergantung pada
tahap kemesraan yang wujud antara dua pihak yang sedang berinteraksi.
4.4.2 Komunikasi dalam kumpulan kecil.
Komunikasi kumpulan kecil bermaksud himpunan individu yang berinteraksi di antara
satu sama lain secara langsung atau tidak langsung. Proses ini melibatkan tiga atau lebih
anggota dalam sesuatu kumpulan di rumah bertukar-tukar pendapat untuk saling
mempengaruhi antara satu sama lain.
4.4.3 Komunikasi umum.
Komunikasi jenis umum pula memerlukan kelompok yang lebih besar. Pada kelompok
ini, ibu bapa harus menarik perhatian anak dengan nada suara yang menarik, bijak menyusun
kata, tegas dan mempengaruhi agar kanak-kanak dalam kelompok yang besar itu dapat dikawal
sekaligus memberikan input bahasa dan komunikasi kepada kanak-kanak tersebut.
17

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


4.4.4 Komunikasi massa.
Intervensi komunikasi massa pula banyak menggunakan media massa sebagai alat
untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. Contohnya, televisyen, radio, internet, majalah dan
lain-lain medium yang ada di rumah. Ibu bapa harus bijak menggunakan semua bahan yang
ada untuk meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.
4.4.5: Komunikasi bercirikan kekeluargaan.
Terdapat dua corak yang digunakan dalam intervensi komunikasi ini iaitu corak sosio
dan konsepsual. Corak sosio menuntut kanak-kanak mengalah dalam situasi pertelingkahan.
Hal ini demikian kerana, unsur keharmonian merupakan salah satu unsur yang seharusnya ada
dalam sesebuah hubungan komunikasi. Oleh itu, apabila salah satu daripada pihak yang
bertelingkah itu mengalah maka pergaduhan tidak menjadi besar malah mewujudkan suasana
yang harmoni.
Corak konsepsual pula menuntut kanak-kanak mencabar pendapat orang lain. Dalam
corak komunikasi ini, mereka dilatih untuk mengemukakan idea-idea yang bernas untuk
mengalahkan pendapat orang lain.Mereka juga akan didedahkan dengan isu-isu kontrovensi
dan membincangkan isu seumpama itu dengan ibu bapa.mereka.
Dengan menggunakan kaedah ini, kanak-kanak akan lebih aktif dalam menggunakan
bahasa dengan dorongan sikap egosentrik yang ada pada diri kanak-kanak. Sifat itulah yang
mendorong mereka untuk bersaing dan mempertahankan pendapat mereka. Akhirnya melalui
cara ini, mereka dapat meningkatkan kemahiran berbahasa yang mereka miliki.
4.5 AAC
AAC adalah salah satu kaedah intervensi komunikasi iaitu ARGUMENTATIVE dan
ALTERNATIVE COMMUNICATION. Komunikasi argumentatif didefinisikan sebagai kaedahkaedah dan alatan yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi verbal yang telah sedia
wujud (Mustonen, Locke, Reiche, Solbrack&Lindgren, 1991). Manakala komunikasi alternatif
adalah teknik-teknik yang menggantikan komunikasi lisan bagi individu yang tidak berupaya
atau tidak mampu menguasai kemahiran bahasa lisan. (Mccormick & Shane, 1990).
Melalui definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa AAC merupakan salah satu sistem
multimodal yang mengandungi empat komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai
kombinasi untuk meningkatkan komunikasi. Secara praktiknya tidak ada pemisah yang jelas
18

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


antara komunikasi argumentative dengan komunikasi alternative.Oleh kerana keduanya
mempunyai maklumat yang sama, maka pendekatan bersama digunakan iaitu komunikasi
Argumentatif dan Alternatif (AAC).
Bagi AAC yang tidak memerlukan bantuan, ia tidak memerlukan sokongan luar atau
prosedur khas. Ia hanya memerlukan kaedah pertuturan, bahasa isyarat, gesture dan mimik
muka. AAC tidak berbantu ini tidak menggunakan kos dan ianya mudah alih. Namun demikian,
ia bergantung kepada keupayaan ingatan pengguna, isyarat yang digunakan mungkin sukar
untuk dipelajari dan rakan komunikasi masa hadapan terhad.
Bagi AAC berbantu pula, ia semudah papan komunikasi hingga sekompleks alat
bantuan pertuturan sintetik berkomputer. Alat bantuan yang digunakan bolehlah terdiri daripada
samada elektronik atau tidak dengan menggunakan prosedur pilihan dan sistem symbol.
Namun demikian Kelemahan AAC berbantu pula adalah alat elektronik yang digunakan boleh
rosak atau hilang kuasa. Kemudahalihan juga terhad dan alat ini mahal dan menyebabkan
ianya sukar diperolehi.Dalam pendidikan pemulihan masalah bahasa dan komunikasi dalam
kalangan kanak-kanak, AAC digunakan sebagai sumber penilaian awal termasuklah inventori
ekologi. Penyediaan maklumat melalui AAC membolehkan keupayaan murid untuk melibatkan
diri dalam semua persekitaran dipertingkatkan.
Guru-guru juga boleh memilih mod bantuan dan tanpa bantuan atau digabungkan
sebagai mod pengajaran. Pemilihan gesture atau grafik yang sesuai metilah dititikberatkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, pemilihan kaedah harus
dititikberatkan agar peningkatan kualiti kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan.

19

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


5.0 Kesimpulan
Sesungguhnya, manusia terutamanya kanak-kanak menurut teori A.H Maslow tidak
akan berkembang menuju ke peringkat seterusnya sekiranya keperluan asasnya tidak
terpenuhi.Memang benar setiap manusia mahu mempelajari sesuatu dengan cepat. Namun
demikian, apakah gunanya untuk mempercepatkan sesuatu jika kita tidak mendapat apa-apa
faedah atau pengajaran darinya? Perkara yang terpenting adalah melihat kebajikan anak-anak
murid samada mereka mampu menguasai kemahiran yang seharusnya mereka kuasai pada
tempoh tertentu atau sebaliknya. Sememangnya masa harus diurus dengan baik. Namun
secara peribadi saya lebih mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya dalam
perkembangan mereka dari segi bahasa dan komunikasi.
Oleh kerana pada zaman ini, manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain,
maka saya menyimpulkan bahawa masalah yang terbesar yang harus ditangani segera adalah
masalah bahasa dan komunikasi. Hal ini demikian kerana hanya melalui komunikasi dengan
menggunakan bahasa sebagai perantaraan, manusia dapat mencapai, meluahkan seterusnya
memiliki keinginan dan kepuasan dalam kehidupannya. Oleh itu, semua pihak haruslah
bekerjasama dalam menangani masalah ini. Jangan biarkan kaum sejagat manusia tercari-cari
arah kehidupan mereka hanya disebabkan masalah bahasa dan komunikasi yang mereka
hadapi.
Kita dapat menyimpulkan bahawa masalah bahasa dan komunikasi ini merupakan satu
perkara yang harus diambil perhatian serius dalam mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini
demikian kerana bahasa dan komunikasi merupakan dua perkara yang berbeza tetapi
mempunyai pertalian yang rapat dan hubung kait dengan berjaya atau tidak seseorang itu
dalam hidupnya.

20

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


REFLEKSI

Saya memulakan pelaksanaan kerja kursus ini dengan perasaan seronok. Saya
memulakan penaakulan saya sebaik sahaja mendapat kertas panduan kerja kursus PKU 3102
yang diberi oleh En.Fauzi Bin Hassan. Sebelum ini saya sudah mempelajari beberapa aspek
dalam mata pelajaran Perkembangan kanak-kanak, pengenalan kepada pendidikan pemulihan
dan juga mata pelajaran ini sendiri iaitu pengenalan kepada masalah bahasa dan komunikasi.
Melalui maklumat sedia ada yang saya telah perolehi, saya mula menghubungkaitkan teori
yang boleh dimasukkan dalam mana-mana sub topik dalam kerja kursus ini.
Melalui pengetahuan sedia ada tersebut, saya menemui satu jawapan kepada soalan
pertama dalam kerja kursus ini iaitu yang berkenaan dengan langkah-langkah untuk menagani
masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid-murid pemulihan merujuk kepada satu
teori yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Serta merta
saya teringat akan hierarki keperluan manusia yang dikemukakan dalam teori keperluan
A.H.Maslow. Teori ini ternyata menghurai bagaimana seseorang itu gagal menguasai kemahiran
di peringkat tertinggi dalam aspek kehidupannya.
Apabila saya meneruskan pembacaan dan penulisan kerja kursus ini, saya akhirnya
menemui bahawa ada banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran berbahasa dalam individu
berkenaan dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Di tahap ini, saya mengimbas
kembali kelakuan saya pada permulaan saya menerima tugasan kerja kursus ini. Sebenarnya,
kelakuan saya itu juga wujud dalam hati seorang kanak-kanak yang baru belajar. Apabila
mereka menerima tugasan tertentu, mereka tentu merasa seronok untuk melaksanakannya.
Namun demikian, tahap kefahaman mereka adalah bergantung pada pengetahuan sedia ada
yang mereka perolehi.
Sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai pengalaman sedia ada dalam menggunakkan
bahasa dan komunikasi, mereka secara tidak langsung akan lambat menerima ataupun
mungkin seringkali gagal mencapai objektif yang hendak dicapai.Oleh hal yang demikian
sebagai pembimbing iaitu tanpa mengira samada mereka adalah guru, ibu bapa atau
masyarakat sekeliling, kita haruslah bijak mengatur strategi untuk memastikan bahawa individu
tersebut mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan betul. Pihak terbabit haruslah bijak
menggunakan pengetahuan sedia ada pada individu berkenaan untuk membawanya
21

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


memperkembangkan lagi pengetahuan ke arah konsep yang baru. Oleh itu, pelbagai cara harus
dicari dan dipraktikan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini supaya pada
akhirnya mereka juga boleh menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lainnya.

22

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


BIBLIOGRAFI
Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th ed.)
[Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)]. New York:
CBS College Publishing.

Marshall, C. & Rossman, G. B. (1995). Designing qualitative research (2nd ed.)


[Mereka penyelidikan kualitatif (edisi kedua)]. CA: Sage Publication. Inc.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa. Kuala


Lumpur: Fajar Bakti.

23

Vous aimerez peut-être aussi