Vous êtes sur la page 1sur 14

SULIT

NAMA

: _______________________________________

KELAS

: ________________________________________

SJK(T) LADANG KATOYANG, TANJONG MALIM, PERAK.

UJIAN RASMI 1 (AR 1) 2016


TAHUN 6
031

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

1 jam

Satu jam lima belas minit

______________________________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,
Iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.
________________________________________________________________________
[ Lihat halaman sebelah ]
SULIT

BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1.

"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani
kepada kawan-kawannya.
A. dia
B. awak
C. beliau
D. kalian

2.

"Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas


itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.

A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba

3.

Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .

A.

daripada

B.

dari

C.

pada

D.

kepada

4.

Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di
_____ pentas.

A.

atas

B.

dalam

C.

bawah

D.

belakang

5.

Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam
UPSR.

A.

geram

B.

suka

C.

kecewa

D.

bangga

6.

Pelayan restoran makanan segera itu berjalan sambil _______ sedulang hidangan.

A.

mengandar

B.

membimbit

C.

mengangkat

D.

menatang

7.

Petani itu _______ air di sawah untuk mencari ikan haruan dan ikan puyu.

A.

ditimba

B.

penimba

C.

menimba

D.

menimbakan

8.

Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan
pembiakan ____________ di takung air.

A.

pepatung

B.

sesiku

C.

jejentik

D.

lelangit

9.

Kakak membeli _______ majalah di kedai yang baru dibuka itu.

A.

setimbun

B.

senaskhah

C.

sebuah

D.

sehelai

10.

Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya..

A.

Namun begitu

B.

Semenjak itu

C.

Oleh itu

D.

Selain itu

11.

Beberapa orang _____________Jabatan Pelajaran telah dinaikkan pangkat


dalam majlis anugerah itu.

A.

kakitangan

B.

warganegara

C.

pesuruhjaya

D.

jawatankuasa

12.

Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

A.

jernih

B.

hitam

C.

kotor

D.

bersih

13.

Burung serindit itu _______ di atas bumbung rumah datuk.

A.

hinggap

B.

duduk

C.

turun

D.

gugur

14.

Dia___________hendak belajar di luar negara.

A.

ada hati

B.

besar hati

C.

iri hati

D.

isi hati

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Baju yang sudah dicuci itu dijemur oleh kakak di ampaian.

A.
B.
C.
D.

16.

i
ii
iii
iv

Kakak mencuci baju itu sambil menjemurnya di ampaian.


Kakak sudah mencuci baju di ampaian yang dijemurnya.
Baju di ampaian yang dicuci itu dijemur oleh kakak.
kakak menjemur baju yang sudah dicuci itu di ampaian.

Pilih ayat yang betul.

Kami lambat sampai kerana jalan yang kami lalui ini tidak jalan yang betul.
Datuk mendengar lagu dondang sayang hingga tertidur di atas pangkin.
Kakak Marsya menggosok baju sambil menonton televisyen.
Dia menghabiskan semangkuk sup ayam kerana terlalu lapar.

A. i dan ii
B. ii dan iv
C. i, ii, dan iii
D. ii, iii, dan iv
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuala Lumpur City Centre (KLCC), suatu kawasan yang menjadi tarikan pengunjung
dari dalam negara dan luar negeri.Keindahan KLCC bukan saja terletak pada seni binanya
yang unik tetapi jugak pada persekitarannya yang indah.Di sinilah juga letaknya Menara
Berkembar Petronas, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia.
KLCC turutmenawarkan kemudahan rekreasi secara percuma kepada warga
kota.Hal ini suatu alternetif kepada warga kota untuk meluangkan masa bersama dengan
keluarga tanpa perlu banyak mengeluarkan belanja.Di KLCC ini terdapat sebuah taman
rekreasi yang luas.Seperti taman-taman lain di bandar raya Kula Lumpur,Taman KLCC
menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung.Taman ini sesuai untuk seisi keluarga
bersantai. Keindahan taman diserikan dengan landskap yang menarik serta memberikan
suasana yang redup dan damai.
Di taman KLCC terdapat sebuah taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria.
Ruang taman permainan yang luas ini turut dilengkapi alat-alat permainan yang selamat seperti
buaian,gelongsor,jongkang-jongket,dan lain-lain,Di sini lah kanak-kanak bebas menggunakan
pelbagai permainan. Ibu bapa tidak perlu berasa risau kerana semua alat permaianan dibuat

daripada plastik.Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ibi bapa membawa anak-anak mereka
bermain alat-alat permaianan di Taman KLCC setiap minggu.
Bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak ini pula dibina kolam mandi
untuk kanak-kanakbawah umur 12 tahun.Struktur kolam mandi ini pula berbentuk landai seperti
pinggir pantai serta dilengjapi air terjun dan air pancuran untuk menbilas badan.Walaupun paras
airnya tidak begitu dalam,tetapi kolam mandi ini senantiasa diawasi oleh pengawal
keselamatan.
Selain itu,trek jogging,wakaf,Taman Simfoni,dan pusat beli-belah di Suria KLCC turut
dibina untuk kemudahan orang ramai.Ternyatalah kemudahan yang disediakan ini mampu
memberikan kepuasan kepada warga kota yang mengingini pusat perkelahan yang berdekatan
dan selamat.

17. Kata alternatif dalam rencana ini sama ertinya dengan kata......
A.
B.
C.
D.

18.
A.
B.
C.
D.

19.

A.
B.
C.
C.

20.

A.
B.

kemungkinan.
pilihan.
pertimbangan
kemestian.

Mengapakah ibi bapa tidak perlu risau ketika anak-anak bermain?


anak-anak mereka diawasi oleh pengawal keselamatan.
terdapat pelbagai pilihan alat permainan.
ruang taman permainan itu sangat luas.
alat-alat permainan itu dibuat daripada bahan
yang tidak berbahaya.
Tujuan pengawal keselamatan mengawasi kolam mandi
adalah untuk.....
menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
memastikan kanak-kanak bermain dengan riang.
menjaga kebersihan kolam mandi.
menghalang ibu bapa memasuki kolam itu.

Faktor apakah yang memungkinan Taman KLCC


menjadi tumpuan warga kota?
seni bina dan landskapnya yang menarik.
kedudukanya di menara yang tertinggi di dunia

C.
D.

tarafnya sebagai pusat perkelahan yang mudah


dikunjungi dan selamat
keadaan persekitarannya yang nyaman

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.
akan
telah

kerana
sangat

daripada
untuk

a.

Rombongan itu __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

b.

Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.

c.

Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.

d.

Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
[4 markah]

Soalan 22
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Jawapan:
Kejadian itu berlaku semalam.

[2 markah]

b) Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak di bawah.

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]
c.
Bentuk ayat majmuk daripada ayat-ayat yang berikut. Gunakan kata hubung
di dalam
kurungan.
i)

Ibu suka menonton drama. (tetapi)

ii)

Ayah suka menonton berita.

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah ]
Soalan 23

a.

Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.


orang yang dikasihi atau dipuja
buah tangan

sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai


buah hati

hadiah yang dibawa ketika melawat


seseorang

[ 2 markah ]

b.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini

Tidak
kedekut atau
penyayang
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.
Ada keinginan
yangpengasih
melebihi dan
kesanggupan.
Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah ]

Soalan 24
Baca cerita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pada hari minggu yang lalu, Chong dan kakaknya telah melawat Taman
Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam, Selangor. Ramai pengunjung yang
melawat taman itu pada hari tersebut. Selepas membayar tiket masuk, mereka
menaiki kereta api khas yang disediakan oleh pihak taman.
Kakak Chong telah membawanya melawat Taman Haiwan, Taman Cendawan,
Taman Orkid dan Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Chong dan kakaknya juga

melalui jambatan gantung sewaktu melawat Taman Haiwan. Jambatan gantung


dibina supaya pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan dari jarak jauh tanpa
menganggu dan menakutkan haiwan tersebut.
Chong juga dapat meihat pelbagai spesies cendawan yang dibiakkan dalam
makmal cendawan di Taman Cendawan. Chong tiak melepaskan peluang untuk
megambil gambar di haapan replika cendawan yang dijadikan simbol Taman
Cendawan. Bersebelahan dengan taman itu, terbetang luas sebuah kolam. Kolam
itu kelihatan begitu menarik dengan air pancut di tengah-tengahnya. Ini
menambahkan lagi keindahan alam di taman itu.
Chong dan kakaknya turut pergi ke EmpanganKuning yang terdapat di Taman
Pertanian itu. Mereka dapati ramai orang sedang memancing sambil menikmati
keindahan alam yang menghijau di sekeliling empangan tersebut. Menurut kakak
Chong, Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam diadakan khas oleh pihak
Kementerian Pertanian Malaysia untuk memelihara flora dan fauna supaya tidak
pupus. Chong berasa sungguh gembira kerana dapat menikmati keindahan dan
keunikan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

a.
Perkataan melawat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[1 markah]
b.

Apakah tempat-tempat yang dilawati oleh Chong dan kakaknya di taman itu?

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]
c.

Mengapakah jambatan gantung dibina?

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]
d.
Nyatakan kementerian yang bertanggungjawab membina taman itu?
Mengapa?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
__________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca pantun
jawab soalanberikutnya.

Berseloka tanda hiburan,


Bergurau senda sekadar amalan,
Tolong-menolong sesama jiran,

di bawah, kemudian
soalan yang

Kerja yang berat menjadi ringan.


a) Apakah
pantun di

Bersiar-siar ke hujung desa,

maksud rangkap kedua


atas?

Bersiar-siar menaiki kereta,


Kita hidup berbilang bangsa,
Hormat-menghormati sesama kita.

Cuaca petang sungguh redup,


Mari memetik si bunga raya,
Ilmu itu pelita hidup,
Tuntutlah ilmu selagi terdaya.

Mengetuk gendang bertalu-talu,


Jangan mengetuk terlalu kuat,
Kebersihan diri jagalah selalu,
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]

b)Tandakan () bagi penyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Ilmu akan menerangi masa depan kita.

Ilmu perlu dituntut di bangku persekolahan

[1 markah]
c) Berdasarkan rangkap pertama dalam pantun di atas berikan peribahasa yang
sesuai.
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]
d) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita perlu mencergaskan badan kita?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
__________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Vous aimerez peut-être aussi