Vous êtes sur la page 1sur 20

SEJARAH PENUBUHAN

DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri
Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk
mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan
sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah
Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti AlAzhar

Sheikh

Mahmud

Syaltut

di

perasmian

Masjid

Negara

tersebut.

Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah


satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan
penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan
Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8
orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.
Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan
Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama Maahad Tahfiz Al-Quran WalQiraat.
Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat
Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980.
Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala
Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan
Islam

(INDAH)

Bahagian

Ugama,

Jabatan

Perdana

Menteri

sehingga

tahun

1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di
Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.
Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail
bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang.
Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail,

manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor.
Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai
salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul
Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di
Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

OBJEKTIF, VISI, MISI, FALSAFAH


DARUL QURAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


OBJEKTIF
Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan professional yang
hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara. Menyediakan
asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan
tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.
VISI
Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan
Negara dan Ummah
MISI
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

FALSAFAH
Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran
yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi
sekalian alam.

PENCAPAIAN
DARUL QURAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi
pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi
MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan
dalam Perkhidmatan Awam .

Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf
oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti
berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti AlAzhar, Mesir.

Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa


Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan
kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di
Darul Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul
Quran. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM
dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, senibina, ekonomi dan
sains pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya
Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu
kertas kerja yang bertajuk Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran di
dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau telah turut
mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan
Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan
professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang
telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan.

Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran


yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan

tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara
di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang
berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh
negara. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Y.B Dato Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar
mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan
generasi yang mahir dalam bidang al- Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya.
Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang
mempunyai pengalaman

mewakili

daerah

dan

negeri

dalam

ujian

tilawah

al-

Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan
meliputi kaedah pengajian secara kuliah,tutorial, latihan praktikal dan perbincangan.

Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran
dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan
Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang
diadakan pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan ditawarkan
kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN).
Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada
November tahun ini

PROGRAM AKADEMIK
DARUL QURAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


1)

Program Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul
Quran

Kelayakan masuk
Calon adalah pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Darul Quran JAKIM yang
mengikuti kursus di Darul Quran ataupun Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN).
Tempoh Pengajian
Tempoh Pengajian adalah 5 semester ( 2 tahun setengah) iaitu selepas perpindahan jam kredit
daripada peringkat Diploma ke peringkat Ijazah dan selepas itu pelajar akan dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

2)

Program Diploma Tahfiz al-Quran

Kelayakan masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
iiv) Lulus Bahasa Inggeris
Atau
Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu
selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga
komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi
keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan
dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki
mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat
Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah
dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Yuran Pengajian & Biasiswa
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.
Prospek
Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau
swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan
lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang
tinggi.
Kemudahan Pembelajaran

i. Kemudahan Asas - Dewan kuliah, makmal komputer, makmal al-Quran, makmal bahasa,
perpustakaan , surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain- lain.
ii. Kemudahan Riadah - Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton,
bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.
Pengiktirafan
Diploma Tahfiz Al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam dan

university dalam dan luar Negara khususnya di Timur

Tengah. Graduan dari Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusatpusat pengajian tinggi antaranya :
- Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
- Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI

3)

Program Persijilan Tahfiz al-Quran

Cadangan untuk mewujudkan program ini lahir di dalam Muzakarah Masa Depan
Darul Quran yang dianjurkan oleh JAKIM di Awana Golf & Country Resort, Genting
Highlands, Pahang Darul Makmur pada 21-22 Februari 2000. Y. Bhg. Prof Madya Dr. Sidek
Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran dan Timbalan Rektor ( Hal Ehwal Pelajar
dan Disiplin) telah membentang satu kertas kerja bertajuk Perancangan Masa Depan
Program Akadmik Darul Quran.Beliau mencadangkan supaya Darul Quran bukan sahaja
memainkan peranan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak untuk menjadi imam,
guru-guru aga ma malah layak menhadi ahli sains dan ahli-ahli professional yang lain. Inilah
sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan Tamadun Islam seperti
Ibn. Sina, al- KIndi, al Khawarizmi, Ibn Khuldun, Ibn Rushd dan ramai lagi.

Oleh itu pada 19 Jun 2000 seramai 7 orang pelajar lepasan Matrikulasi UIAM iaitu 2 lelaki
dan 5 perempuan telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di dalam Program Persijilan
Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Selepas tamat pengajian
di Darul Quran mereka akan mengikuti pengajian di Pusat asasi Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.
Falsafah
Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid kea rah membentuk generasi al Quran
yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi
sekalian alam.
Objektif
1) Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesional yang
hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
2) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendiakawan yang berkemampuan
mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.
Pemilihan Pelajar
Penumpuan adalah kepada pelajar aliran sains institusi / Sekolah Menengah Agama yang
mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM.
Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri
daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti
berikut :
1) Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan
2) Berkemampuan tinggi untuk meghafaz al-Quran
3) Personaliti yang tinggi
4) Aktif dalam kegiatasn ko-kurikulum ; dan
5) Lain-lain perkara yang berkaitan
Pelajar yang benar-benar berminat, dan berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan
tempat bagi mengikuti program ini.

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar-pelajar akan didedahkan
dengan pembelajaran tahfiz dan lain-lain matapelajaran yang berkaitan.
Jangka Masa Pengajian
Pengajian akan bermula pada bulan Januari ( selepas tamat peperiksaan SPM) sehingga Jun
tahun berikutnya.
Tempoh
Tahun

Program
Persijilan Tahfiz Al-

1 tahun 6 bulan

Quran
Program Matrikulasi

1 hingga 2 tahun

UIAM

3 tahun setengah hingga 5


tahun

Program Ijazah

Tempat
Darul Quran, Kuala Kubu Bharu
Pusat Asasi UIAM
Universiti Islam ANtarabangsa
Malaysia

SISTEM HAFAZAN YANG DITERAPKAN DI DARUL QURAN


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Sistem hafazan yang digunakan di sini adalah mengikut apa yang telah direncanakan
oleh pihak pentadbir Darul Quran (DQ) ini. Kebiasaannya, kelas akan dimulakan dengan
tazkirah oleh tenaga pengajar berkaitan dengan adab-adab dengan al-Quran. Biasanya ia
dilakukan sebelum waktu tasmik sebagai peringatan kepada para pelajar agar menjaga

adab-adab dengan al-Quran untuk memudahkan hafazan. Buku Tibyan digunakan


sebagai

modul tazkirah. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak tahu adab dengan al-Quran

seperti meletak al-Quran di tempat yang rendah, tidak menutup al-Quran ketika berbual-bual.
Berdoa sebelum menghafaz al-Quran adalah menjadi rutin bagi pelajar di DQ ini.
Manakala solat sunat hifzi adalah terpulang kepada individu untuk melakukannya. Setakat ini
pihak DQ belum mewajibkan lagi para pelajarnya melakukan solat sunat hifzi. Walaupun
begitu, solat sunat hifzi sudah maruf di kalangan para pelajar. Cuma kelapangan tenaga
pengajar untuk melakukan solat sunat hifzi bersama-sama para pelajarnya belum ada
kesempatan. Cuma penekanan diberikan kepada adab-adab terhadap al-Quran dan ceritacerita
berkenaan kebesaran ilmu al-Quran supaya mereka tahu apa yang mereka hafaz sebenarnya
memberi kesan yang begitu mendalam kepada diri pelajar sama ada dari sudut al-Quran
mahupun akademik.
Aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan hafazan di antara para pelajar sesama
mereka ialah dengan sentiasa memberi nasihat sesame mereka terutama kepada adik-adik
yang baru menghafaz. Di samping itu, para pelajar DQ ini ada mengamalkan membaca surahsurah tertentu sebagai amalan iaitu antaranya surah ar- Rahman, Kahfi, Yaasin, Sajdah dan
ad-Dukhan dengan selalu membacanya dan menjadikannya sebagai wirid harian. Begitu juga
dengan bacaan Mathsurat, para pelajar sentiasa membacanya secara beramai-ramai sesama
mereka. Solat tahajjud juga dilaksanakan tetapi secara individu di asrama masing-masing.
Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan. Biasanya ianya
dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam. Jika pelajar dikehendaki mentasmik pada
keesokan harinya, maka mereka akan menghafaz ayatayat yang perlu ditasmik pada keesokan
harinya pada dua atau tiga malam sebelumnya. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat
mengingati dengan baik dan tidak tergesa-gesa atau kelam kabut.
Tenaga pengajar atau para ustaz dan ustazah di sini banyak membantu para pelajarnya
meningkatkan hafazan al-Quran. Sistem paksaan tidak digunakan, sebaliknya semuanya
terserah kepada kepada sama ada mahu menghafaz atau tidak. Tetapi harus di ingat, jika
pelajar tidak dapat mencapai sasaran hafazan (muqarra) yang telah ditetapkan oleh DQ, maka
pelajar tersebut akan ditamatkan pengajiannya di DQ ini. Amalan paksaan tidak dilaksanakan
di DQ di mana tenaga pelajar tidak memaksa para pelajarnya dalam bidang hafazan untuk
mengelakkan pelajar tertekan. Penekanan juga melalui motto DQ iaitu Hasanah Dunia dan

Hasanah Akhirat. Hasanah dunia bermaksud cemerlang dalam bidang akademik manakala
hasanah akhirat ialah cemerlang dalam al-Quran (hafazan). Justeru kedua-duanya perlu
seimbang. Jika pelajar tidak dapat mengimbangi keduanya, maka cemerlang dalam al-Quran
perlu ditekankan kerana Allah S.W.T telah menjanjikan kepada orang yang cemerlang
al-Quran akan berjaya juga dalam bidang akademik.
Secara keseluruhannya sistem yang diterapkan oleh DQ ini adalah untuk
meningkatkan daya hafazan atau daya ingatan para pelajarnya dan mendorong para
pelajarnya sentiasa mengulang-ulang hafazan.
Kaedah Deobandy
Darul Quran menggunakan kaedah Deobandy bertujuan untuk menarik minat serta
memudahkan

pelejar-pelajar

mereka

dalam menghafaz

al-Quran.

Kaedah

ini

kebiasaannya dimulakan dengan menghafaz al-Quran bermula dari 5 juzuk yang belakang
terlebih dahulu. Selepas itu barulah diikuti dengan Surah al-Baqarah.
Terdapat juga pelajar yang menghafaz juzuk yang ke 30 dan 29 terlebih dahulu..
kemudian juzuk 1,2 dan seterusnya hingga juzuk yang ke-28. Kaedah-kaedah ini sebenarnya
bergantung kepada tenaga pengajar, tidak wujud satu kaedah khusus yang menyeluruh yang
digunapakai oleh semua para pelajar. Ini kerana tenaga pengajar kebanyakannya
menggunakan kaedah mereka sendiri untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar mereka
berdasarkan pengalaman belajar mereka di dalam hafazan al-Quran ini. Keistimewaan
pemilihan juzuk-juzuk bahagian belakang terlebih dahulu untuk dihafaz kerana juzuk-juzuk
tersebut sentiasa dibaca dalam sembahyang. Tambahan pula juzuk-juzuk ini agak pendek dan
sentiasa di dengar semasa mendirikan sembahyang subuh dan isya kerana kebanyakan imamimam membaca surah-surah dalam juzuk ini ketika mengimami solat seperti surah al-Mulk
dalam juzuk yang ke-29.

CARTA ORGANASASI
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI


DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

ASRAMA PELAJAR
K

KELAS TASMI AL-QURAN

PEJABAT PENTADBIRAN

KUATERS PEGAWAI

PUSAT ISLAM DARUL QURAN

AKTIVITI PELAJAR
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAMA MALAYSIA (JAKIM)

Vous aimerez peut-être aussi