Vous êtes sur la page 1sur 5

CED520 Sport First Aid

Assignment 3 - Penilaian Keselamatan kawasan dan Fasiliti Sekolah

1.0 Pengenalan

Kawasan sekolah merupakan kawasan yang sangat luas dan dilengkapi dengan
pelbagai fasiliti untuk kegunaan murid-murid dan juga semua guru. Atas sebab ini,
kawasan dan fasiliti sekolah hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan
selamat untuk digunakan pada bila-bila masa. Setelah tinjauan dan pengamatan
dilakukan terhadap Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Kota Damansara, didapati
terdapat beberapa isu keselamatan yang boleh diutarakan dan perlu diselesaikan
secara tersusun dan segera.

2.0 Isu keselamatan di Sekolah

2.1 Padang sekolah

Padang sekolah SK Seksyen 9 tidak memenuhi piawaian yang


sepatutnya untuk kegunaan murid-murid atas beberapa faktor. Faktor yang pertama
ialah saiz dan bentuk padang. Padang SK Seksyen 9 terlalu kecil dan tidak mampu
menampung semua murid dalam satu-satu waktu. Padang tersebut hanyalah wujud
kerana terdapat lebihan kawasan di sekolah. Ruang padang tidak boleh digunakan
untuk acara trek olahraga kerana ukur lilitnya hanyalah sekitar 130m sahaja. Begitu
juga dengan bentuk padang yang tidak normal iaitu berbentuk segi tiga. Faktor
kedua ialah terdapat pencawang telekomunikasi yang diletakkan di tepi padang
memungkinkan murid memanjat atau bermain di sekitarnya. Sekiranya ingin
melakukan aktiviti di padang sekolah, bilangan guru yang mencukupi diperlukan
ketika murid berada di kawasan tersebut. Tidak Semua murid boleh berada di
padang dalam satu-satu masa bagi mengelakkan kesesakkan.
2.2 Gelanggang Bersimen

Gelanggang bersimen teletak di tengah-tengah sekolah dan mempunyai


dwifungsi iaitu sebagai tapak perhimpunan dan kawasan gelanggang permainan.
Oleh sebab itu, terdapat beberapa isu yang memungkinkan keselamatan murid-
murid terjejas. Pertama, terdapat tiang gol dan jaring yang diletakkan di sekitar
gelanggang tersebut yang memungkinkan murid-murid terlanggar tiang tersebut
ketika bermain di sekitarnya. Kedua, terdapat waktu-waktu tertentu di mana murid
sering melintasi sekitar gelanggang ketika gelanggang digunakan. Hal ini kerana,
bangunan kelas terletak mengelilingi gelanggang. Bagi mengelakkan berlaku
kemalangan, aktiviti sukan hendaklah dijalankan pada waktu khusus dimana murid
yang lain tidak berada di kawasan tersebut. Murid-murid hendaklah didisiplinkan
menggunakan laluan pejalan kaki yang betul. Kelengkapan sukan seperti Tiang gol
hendaklah diletakkan di kawasan yang khusus.

2.3 Alat Pencegah Kebakaran

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 mempunyai alat pencegah kebakaran yang


mencukupi. Namun, terdapat beberapa peralatan yang tidak diselenggara dengan
baik seperti paip air yang tidak digulung dengan betul. Seorang guru perlu
ditugaskan bagi memastikan segala peralatan cegah kebakaran diselenggara
dengan betul.
2.4 Bangunan Sekolah

Bangunan sekolah dibina mengelilingi gelanggang bersimen(tapak


perhimpunan) dan bersambung antara satu dengan yang lain. Permasalahan yang
timbul apabila tiada laluan yang boleh memungkinkan kenderaan bomba masuk ke
tengah-tengah bangunan sekiranya berlaku kebakaran. Laluan-laluan yang ada
telah ditutp dengan taman-taman mini. Bagi mengatasi masalah ini, taman mini
tersebut hendaklah dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai. Kawasan tersebut
hendaklah dikosongkan dan disediakan jalan yang sesuai dengan kelebaran
kenderaan bomba.

3.0 Kesimpulan

Isu keselamatan kawasan dan fasiliti di sekolah perlu diberi perhatian yang
sewajarnya bagi menjamin keselamatan murid-murid dan semua guru ketika berada
di sekolah.
Assignment 4 Polisi dan Prosedur Keselamatan di Sekolah

1.0 Pengenalan

Setelah penilaian dibuat terhadap keselamatan kawasan dan fasiliti sekolah,


terdapat beberapa kepincangan yang telah dikenal pasti. Langkah terbaik untuk
menangani aspek keselamatan di sekolah ialah dengan mewujudkan peratusan atau
polisi keselamatan. Polisi ini perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah bagi
menjamin keselamatan semua.

2.0 Prosedur Keselamatan

Prosedur Keselamatan dibahagikan kepada beberapa kawasan utama yang


memerlukan perhatian dalam aspek keselamatan ketika berada di kawasan tersebut.

2.1 Kawasan lapang (Tapak Perhimpunan, Padang, Gelanggang Bersimen)

i) Sentiasa berpakaian yang sesuai dengan keadaan.

ii) Mendapat kebenaran menggunakan kawasan tersebut.

iii) Setiap aktiviti memerlukan pengawasan guru.

iv) Sekiranya murid-murid berkumpul dalam kuantiti yang ramai, guru-


guru perlu memastikan mereka beratur dalam keadaan yang tersusun.

v) Dilarang membuang sampah di merata tempat.

2.2 Bilik Khas ( Stok Sukan, Bilik Kpmputer, Makmal Sains, dan Bengkel
Kemahiran Hidup)

i) Rekod keluar masuk murid dan peralatan diperlukan bagi


memastikan setiap inventori tidak disalah guna dan dikeluarkan oleh
murid tanpa izin.

ii) Setiap peralatan hendaklah disimpan di tempat yang khas dan


tersusun.

iii) Semua peralatan berada dalam kondisi yang selamat untuk


digunakan dan mempunyai kelulusan piawaian yang diiktiraf.

iV) Peralatan yang tidak boleh digunakan dilupuskan mengikut


prosedur yang betul.

v) Murid dan guru hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut situasi.

vi) Murid tidak dibenarkan masuk tanpa ditemani guru.


2.3 Kantin

i) Murid hanya boleh berada di kantin pada waktu yang dibenarkan.

ii) Setiap pengguna kantin hendaklah memastikan kebersihan kantin


terjaga dengan baik.

iii) Murid hendaklah beratur dan berkelakuan sopan ketika membeli


makanan.

2.4 Hal-Hal Kecemasan (Kebakaran)

i) Pindahkan murid ke kawasan yang paling selamat.

ii) Pelan keselamatan hendaklah dirangka, dimaklumkan, dan


dijalankan sesi latihan.

iii) Guru hendaklah memastikan bilangan murid mencukupi.

3.0 Kesimpulan

Keselamatan ialah aspek terpenting yang perlu ditekankan ketika murid


berada di sekolah. Polisi keselamatan yang tersusun dapat membantu aspek ini
supaya tiada kemalangan atau kecederaan berlaku ketika sesi persekolahan
berjalan.

Vous aimerez peut-être aussi