Vous êtes sur la page 1sur 273

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA

MASA DEPAN:
PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI
UKM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd I 07-Oct-10 9:15:58 AM


Cetakan Pertama / First Printing, 2010
Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Pusat Pembangunan Akademik terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or


transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical
including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from Centre for Academic
Advancement.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA
http://www.ukm.my/ppa
e-mel: pghppa@ukm.my

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Cataloguing-in-Publication-Data

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan: Pengalaman Pembelajaran di


UKM / disunting oleh:

Salleh Amat, Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Zaharah Zainal

ISBN 978-967-5048-99-9

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:ii 07-Oct-10 9:16:26 AM


MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN:
PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI UKM

PENYUNTING:

SALLEH AMAT
RIZA ATIQ ABDULLAH O.K RAHMAT
ZAHARAH ZAINAL

Diterbitkan oleh
Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
2010

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:iii 07-Oct-10 9:16:26 AM


iv Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

KANDUNGAN

Prakata vi
Pendahuluan vii

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh Membentuk


Insan Kamil
Bab 1 1
Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin &
Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat

Orientasi Mengenali Universiti


Bab 2 17
Khaidzir Hj. Ismail & Jumali Hj. Selamat

Memahami Kepelbagaian Pelajar


Bab 3 Hasnah Toran, Rosadah Abd. Majid & Manisah 33
Mohd Ali
Bimbingan Kemahiran Belajar
Bab 4 57
Mohamed Amin Embi
Penyeliaan Efektif
Bab 5 69
Salleh Amat & Zuria Mahmud
Bimbingan Penulisan Berkesan
Bab 6 89
Ismail Sahid
Perkembangan Pelajar dan Kompentensi Generik
Bab 7 99
Kadderi Md. Desa
Pengukuhan Pembelajaran
Bab 8 111
Sity Daud & Rohaty Mohd. Majzub

Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM


Bab 9 Abu Bakar Maidin, Cik Othman Abdullah & Salleh 125
Amat

Pencarian Maklumat
Bab 10 133
Juhana Salim

Perancangan Kerjaya
Bab 11 153
Amla Mohd. Salleh & Salleh Amat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:iv 07-Oct-10 9:16:26 AM


v

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri


Abdul Wahab Mohammad, Mohd Tusirin Hj. Mohd
Bab 12 173
Nor, Nur Haiqal Rawlins Abdullah & Siti Azura Abd.
Rahim

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar


Bab 13 189
Salina Abdul Samad

Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran


Bab 14 Pelengkap Kepada Ekosistem Ilmu UKM 201
Ruslin Amir, Kadderi Md. Desa & Anuar Ahmad

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan


Bab 15 211
Norasmah Hj. Othman

Pelajar dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat


Bab 16 231
Ismail Bahari

Graduasi dan Alumni


Bab 17 241
Shaharuddin Ahmad & Koh Aik Khoon

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:v 07-Oct-10 9:16:26 AM


vi Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PRAKATA

Pengalaman pembelajaran yang bermakna di institusi pengajian


tinggi akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih bersikap positif
serta berupaya mempertingkat keyakinan diri untuk meneruskan
kehidupannya. Pembelajaran yang bermakna ini seharusnya disokong
oleh suatu sistem pembelajaran yang menyeluruh yang meliputi tenaga
akademik, kemudahan prasarana, sistem sokongan serta sikap dan
motivasi pelajar itu sendiri untuk menimba ilmu. Buku Mengilhamkan
Harapan Mencipta Masa Depan: Pengalaman Pembelajaran di UKM
ini adalah salah satu usaha Pusat Pembangunan Akademik, UKM bagi
menyediakan suatu strategi pengalaman pembelajaran yang kondusif
kepada para pelajar.
Secara umumnya buku ini ditujukan kepada ahli akademik UKM
sebagai satu bacaan asas bagi membantu para pelajar UKM memperoleh
pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang pengajian mereka
di UKM. Ini bermakna tugas ahli akademik bukan hanya mengajar
semata-mata tetapi juga berperanan untuk mengenali pelajar mereka
dengan lebih dekat agar bimbingan dan sokongan dapat diberikan
kepada para pelajar. Ini dapat dilakukan secara langsung melalui
program-program tertentu atau diterapkan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.
Buku ini dimulakan dengan memahami konsep pembelajaran
menyeluruh yang menerangkan suasana pembelajaran yang baik
sehinggalah akhirnya berjaya melahirkan graduan yang unggul. Para
pensyarah juga akan didedahkan dengan program Orientasi Mengenali
Universiti (Minggu Mesra Pelajar) sebagai satu orientasi yang
jalankan kepada pelajar untuk mengenali universiti. Bab Memahami
Kepelbagaian Pelajar pula akan membincangkan kepentingan
memahami kepelbagaian pelajar yang memerlukan keprihatinan
tersendiri.
Bab Bimbingan Kemahiran Belajar, Penyeliaan Efektif,
Bimbingan Penulisan Berkesan akan membantu ahli akademik
membimbing pelajar dengan lebih berkesan terutama dalam proses
mentoran akademik ataupun dalam proses penyeliaan penyelidikan.
Begitu juga bab Pengukuhan Pembelajaran dan Pencarian Maklumat
akan membantu para pensyarah membimbing pelajar untuk
memahami aspek pembelajaran serta strategi mendapatkan maklumat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:vi 07-Oct-10 9:16:26 AM


vii

yang berkesan. Bab Pemupukan Pemikiran Keusahawanan akan


mendedahkan ahli akademik peri pentingnya menerapkan pemikiran
keusahawanan dalam proses pengajaran di IPT.
Para pensyarah juga berperanan membantu para pelajar
menyediakan diri bagi memasuki alam pekerjaan. Untuk itu
bab Perancangan Kerjaya, Pembelajaran Menerusi Jaringan
Industri, Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar, Pelajar dalam
Keterlibatan Universiti-Masyarakat serta Graduasi dan Alumni akan
membincangkan strategi yang boleh digunakan oleh pensyarah bagai
membantu pelajar keluar dari kepompong UKM sebagai persediaan
memasuki alam pekerjaan.
Kami berharap agar buku ini dapat dijadikan sebagai panduan
kepada para ahli akademik membimbing para pelajar agar mereka
mendapat suatu pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang
pengajian mereka di UKM. Kami ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penulis yang
sudi berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam
bentuk penulisan yang mudah dibaca ini. Begitu juga kepada semua
kakitangan PPA yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Salleh Amat
Riza Atiq OK Rahmat
Zaharah Zainal
Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:vii 07-Oct-10 9:16:26 AM


viii Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PENDAHULUAN

Apabila kita melihat sebuah bangunan yang indah dan menarik, kita
akan mengatakan arkitek yang merekabentuknya adalah handal.
Tukang kayu, tukang simen dan tukang paip yang paling handal tidak
akan dapat membina bangunan secantik itu jika mereka bekerja secara
berasingan. Mereka memerlukan plan menyeluruh yang dilukis oleh
seorang arkitek. Demikian juga halnya dengan pensyarah, pengurus
kokurikulum, pengurus perpustakaan dan pegawai-pegawai lain
bekerja secara berasingan dan tidak mempunyai plan yang menyeluruh
tidak akan dapat membina insan kamil.
Seperti merekabentuk sebuah rumah yang indah, demikian juga
dengan pelajar yang memasuki UKM. Reka bentuk pengalaman
pembelajaran yang menyeluruh perlu disediakan dengan sebaik-
baiknya. Seperti reka bentuk rumah yang memerlukan setiap
komponen direka bentuk dengan baik, demikian juga dengan
pengalaman pembelajaran, setiap komponennya perlu direkabentuk
dengan cermat.
Apabila seorang pelajar memasuki UKM, dunia dalamannya,
iaitu badan, akal, emosi dan rohani serta dunia luarannya, iaitu
persekitarannya yang meliputi tempat tinggal, tempat kuliah, kehidupan
bersosial dan politik perlu dibentuk. Ini memerlukan setiap orang yang
bertanggungjawab menyediakan pembelajaran di UKM memberikan
perhatian kepada reka bentuk pengalaman pembelajaran dari semua
aspek kehidupan pelajar selama mereka di UKM. Bermula dari
peringkat tertinggi yang menyediakan dasar-dasar dan garis panduan
yang merupakan reka bentuk menyeluruh sehingga ke peringkat
pensyarah yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai
dengan dasar-dasar tersebut. Semua mereka mesti merekabentuk
pengalaman pembelajaran yang kaya dan indah supaya setiap saat
pelajar di UKM menjadi pengalaman pembelajaran amat bermakna
dari segi badan, akal, emosi dan rohani pelajar berkenaan.
Bukan sahaja pensyarah, malah pengurus asrama perlu
merekabentuk pengalaman pembelajaran di kawasan asrama,
Demikian juga halnya dengan ko-kurikulum, perpustakaan, pentadbir
fakulti, pusat-pusat di canselori dan semua pegawai di UKM. Semua
ruang di UKM dan sekitarnya, termasuk ruang maya, perlu dijadikan
ruang pembelajaran yang kaya dengan pengalaman pembelajaran
dalam perjalanan seseorang pelajar menerusi masa-masanya menjadi
pelajar UKM.
Sehubungan dengan ini pensyarah perlu kreatif dalam
merekabentuk pengalaman pembelajaran melalui menyampaikan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:viii 07-Oct-10 9:16:27 AM


ix

kursusnya kepada pelajar. Berbagai-bagai kaedah pengajaran perlu


digunakan untuk memperkaya pengalaman pembelajaran yang boleh
membina minda, sikap, kemahiran dan kerohanian pelajar. Demikian
juga dengan pegawai-pegawai dan pengurus. Mereka perlu menjadi
pereka bentuk pengalaman pembelajaran yang baik. Jika semua
memainkan peranannya dengan baik, dengan izin Allah swt. semua
graduan UKM akan menjadi insan kamil yang akan menjayakan misi
dan visi UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:ix 07-Oct-10 9:16:27 AM


x

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:x 07-Oct-10 9:16:27 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

BAB 1

PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH


MEMBENTUK INSAN KAMIL

Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin


Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat

PENDAHULUAN

Manusia banyak belajar dari persekitaran tempat ia berada. Keadaan


masyarakat, ideologi yang menjadi anutan negaranya dan budaya
sekelilingnya bukan sahaja membentuk pembelajarannya, bahkan
membentuk sikap dan perangainya. Seorang yang membesar dalam
masyarakat penyayang besar kemungkinan ia juga akan menjadi orang
yang penyayang. Sebaliknya orang yang membesar dalam masyarakat
yang ganas, besar kemungkinan akan menjadi ganas.
Demikian juga halnya dengan keluarga. Seorang yang hidup dalam
keluarga yang berpendidikan tinggi dan sentiasa bercakap hal-hal
yang memerlukan pemikiran tinggi, besar kemungkinan akan menjadi
orang yang berpendidikan tinggi. Sebaliknya seorang yang membesar
dalam keluarga berpendidikan rendah dan hanya membincangkan
perkara-perkara yang remeh-temeh, besar kemungkinan tidak akan
mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
Demikian juga halnya dengan universiti. Sesebuah universiti
yang menjadikan seluruh ruang kampusnya tempat pembelajaran
yang kaya akan menyebabkan pelajarnya, sama ada sedar atau
tidak sedar, menimba ilmu, kemahiran dan sikap yang baik dengan
banyaknya ketika mereka menjalani masa hidupnya di universiti
berkenaan. Sebuah universiti yang banyak mengaturkan aktiviti kerja-
kerja kebajikan masyarakat akan melahirkan graduan yang bersikap

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 1 07-Oct-10 9:16:27 AM


2 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penyayang. Demikian juga universiti yang banyak mengaturkan


aktiviti dan membuka seluas-luas peluang kepada pelajarnya untuk
membina sifat kepemimpinan akan melahirkan ramai pemimpin masa
depan. Sebaliknya universiti yang hanya memberikan tumpuan kepada
hal-hal akademik sahaja dan tidak mempedulikan persekitaran dan
aktiviti pelajar di luar fakulti akan melahirkan graduan yang kaku.
Di United Kingdom, kajian selidik mengenai persepsi pelajar
mengenai pengalaman pembelajaran di universiti telah dijalankan
oleh Time Higher Education. Kaji selidik adalah berasaskan kriteria
berikut:

Pensyarah berkualiti
Staf yang suka menolong
Kursus-kursus di struktur dengan baik
Suasana kehidupan yang selesa
Suasana bermasyarakat yang baik
Keadaan alam sekitar kampus yang baik
Aktiviti ko-kurikulum yang baik
Kemudahan yang berkualiti tinggi
Keperluan-keperluan asas tersedia dengan baik
Persatuan pelajar yang baik
Khidmat sokongan dan kebajikan yang baik
Hubungan yang baik dengan pensyarah
Kemudahan berpusat
Hubungan industri yang akrab
Tempat kediaman yang selesa
Keselamatan yang terjamin
Harga barang yang tidak mahal
Wujud bimbingan akademik dalam kumpulan yang kecil
Beban pembelajaran yang munasabah
Kemudahan sukan yang baik
Perpustakaan yang baik

Didapati universiti yang mendapat markah yang tinggi dalam kaji


selidik ini adalah universiti yang melahirkan graduan yang mudah
mendapat pekerjaan. Walaupun universiti itu masih baru dan terletak
di tempat yang terpencil, universiti-universiti ini telah berjaya
melahirkan graduan yang dicari oleh majikan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 2 07-Oct-10 9:16:27 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 3

RUANG PEMBELAJARAN

Cabaran yang dihadapi oleh graduan pada masa ini amat besar
berbanding dengan 20 tahun yang lalu. Cabaran ini dijangka akan
bertambah besar dan berat pada masa depan. Pembelajaran di dalam
ruang kelas dan makmal tidak mencukupi untuk membekalkan pelajar-
pelajar untuk menghadapi cabaran ini (Walther, et al. 2009). Misalnya,
pelajar kejuruteraan yang dibekalkan dengan pengetahuan teknikal
sahaja tidak akan dapat memimpin sebuah syarikat menuju kejayaan,
walaupun syarikat itu adalah syarikat kejuruteraan. Bagi tujuan ini,
ia perlu memiliki kemahiran kepemimpinan, komunikasi, empati dan
berbagai-bagai kemahiran lain. Semua ini tidak dapat diperoleh dari
ruang kelas dan makmal sahaja.
Semua ruang yang ada di universiti perlu dimanfaatkan sepenuhnya,
termasuk ruang-ruang di luar kelas dan makmal di dalam fakulti seperti
koridor dan ruang legar. Bahkan ruang maya juga mesti digunakan
kerana pelajar-pelajar memberikan masa yang banyak dalam ruang
ini. Ruang kolej kediaman, padang permainan dan bahkan ruang-
ruang di sekitar universiti juga perlu dipergunakan secara maksimum
dengan mereka bentuk aktiviti dan jadual yang baik.

Rajah1.1: Ruang-ruang Pengalaman Pembelajaran

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 3 07-Oct-10 9:16:27 AM


4 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

MEMPERKAYA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM


RUANG-RUANG DI UNIVERSITI

Apabila seorang pelajar mendaftar sebagai pelajar dalam sebuah


universiti, ia akan melalui pengalaman yang perlu dirancang supaya
masa selama beberapa tahun yang dilaluinya menjadi pembelajaran
yang mantap dari segi pengetahuan, kompetensi dan sikap. Setiap
ruang yang dilaluinya mesti menjadi proses pembelajaran yang kaya
sehingga apabila ia graduat, peningkatannya dari segi pengetahuan,
kompetensi dan sikap berlaku dengan amat ketara seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

RUANG KOLEJ KEDIAMAN

Ruang kolej kediaman adalah amat penting dalam universiti awam


di Malaysia kerana inilah tempat yang pertama dikenali oleh pelajar
sebelum memasuki ruang fakulti. Mereka disambut oleh pegawai dan
pelajar-pelajar senior yang telah dipilih oleh pengurusan universiti.
Pelajar-pelajar senior ini boleh bertindak sebagai mentor dengan
memberikan sambutan mesra dan memberikan penerangan kepada
pelajar-pelajar baru. Perkara ini amat penting supaya pelajar-pelajar
baru merasakan mereka adalah sebahagian dari warga universiti.
Perkara ini akan membentuk rasa bermasyarakat dan keyakinan
diri untuk melalui kursus-kursus yang sukar dalam beberapa tahun
mendatang dengan melihat senior mereka telah berjaya melaluinya.
Perkara ini juga memberikan kebaikan kepada pelajar-pelajar senior
kerana ini memberikan mereka pengalaman tanggungjawab sebagai
contoh dan biasanya mereka mengambil tanggung jawab ini dengan
bersungguh-sungguh. Perkara ini penting kerana apabila mereka
mula-mula bekerja, mereka perlu mendapatkan mentor dan kemudian
mereka perlu menjadi mentor selepas mereka berpengalaman bekerja
(Gersting dan Young, 1999).
Selepas beberapa minggu menetap di kampus, para pelajar akan
biasa dengan kehidupan sebagai warga universiti. Jika suasana dan
aktiviti di kolej kediaman tidak dirancang dengan baik, ia akan menjadi
tempat tidur sahaja. Sebaliknya, jika persekitaran dan aktiviti dirancang
dan dilaksanakan dengan baik, masa selama beberapa ribu jam di

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 4 07-Oct-10 9:16:27 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 5

kolej kediaman akan menjadi pengalaman yang banyak memberikan


pembelajaran kepada pelajar, terutama dari segi kemahiran insaniah
dan sikap.

RUANG FAKULTI: KELAS, DEWAN KULIAH, MAKMAL,


STUDIO DAN RUANG-RUANG LAIN

Ruang fakulti juga amat penting kerana sebahagian besar masa pelajar
semasa siang adalah di ruang-ruang dalam fakulti. Setiap pensyarah
hendaklah memperkaya pengalaman pelajar dalam-dalam ruang ini
supaya masa-masa yang dilalui oleh pelajar semasa beberapa tahun itu
menjadi benar-benar bermanfaat, sama ada dari segi ilmu pengetahuan,
kemahiran, termasuk kemahiran insaniah dan pembentukan sikap.
Hasil kajian soal selidik kepada pelajar-pelajar di Amerika
Syarikat (NSSE, 2007) mendapati di antara aktiviti pembelajaran
yang memberi impak besar dan pembelajaran yang mendalam kepada
para pelajar ialah:

Pembelajaran berasaskan projek yang mencakup beberapa kursus


yang berlainan yang dijalankan secara berkumpulan
Perbincangan dalam kumpulan
Aktiviti di luar kelas

Sehubungan dengan ini, adalah lebih baik pensyarah-pensyarah


mengurangkan bersyarah dan menambahkan masa untuk menyediakan
projek yang baik kepada pelajar dan melakukan penyeliaan yang
berkesan untuk menjalankan projek berkenaan. Dalam satu kajian
jangka panjang mengenai jurutera yang cemerlang, didapati projek
rekabentuk asas (Cornerstone projek) yang diperkenalkan pada tahun
pertama banyak memberikan sumbangan. Dalam perlaksanaan projek
tersebut yang dijalankan secara berkumpulan banyak ditekankan
mengenai pembangunan kemahiran membina hubungan mesra,
empati, membujuk, bekerja sama dan mencapai kesepakatan. Kelima-
lima kemahiran yang terbina dalam projek asas ini bertambah mantap
ketika pelajar-pelajar menjalani tahun-tahun berikutnya dan didapati
menjadi penyebab utama mereka menjadi bintang cemerlang dalam
kerjaya mereka (Goleman,1998).

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 5 07-Oct-10 9:16:27 AM


6 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Pensyarah-pensyarah juga perlu memberikan persoalan-


persoalan yang boleh menimbulkan perbincangan yang mendalam di
kalangan pelajar. Dalam hal ini pensyarah-pensyarah perlu mencabar
minda pelajar dengan masalah-masalah besar. Masalah besar akan
menyebabkan pelajar memerah otak dan berbincang dengan mendalam
untuk mencari penyelesaian. Apabila mereka berjaya menyelesaikan
masalah tersebut, keyakinan diri mereka akan meningkat dan akan
berani menghadapi masalah dan cabaran yang lebih besar. Kaedah
ini telah digunakan oleh seorang guru yang terkenal di Amerika
yang bernama Marva Collins (Robbins, 1991). Marva Collins telah
ditempatkan di sekolah rendah dengan murid-murid yang mengalami
dyslexic dan masalah pembelajaran yang dianggap oleh guru-guru
sebagai pelajar yang tidak terajar. Marva Collins telah mengajar
pelajar-pelajar ini dengan mengajak mereka membincangkan buku
Shakespeare. Kawan-kawannya menganggap tindakan Marva sebagai
sia-sia. Tetapi apa sebenarnya yang terjadi, pelajar-pelajar ini amat
teruja dan gembira. Apa yang lebih penting ialah perbincangan seperti
ini telah membina keyakinan diri pelajar ketika mereka masih kecil
lagi. Hasil usaha Marva Collins telah terbukti selama berpuluh tahun.
Kita boleh mendapatkan hasil kerja-kerjanya dengan mudah melalui
internet.
Satu lagi pengalaman pembelajaran yang penting ialah dalam
program mentor-mentee. Program ini jika dijalankan dengan baik
ia boleh memberikan impak yang besar kepada pelajar. Di samping
menolong pelajar membina kemahiran insaniah, yang lebih penting
lagi ialah memecahkan pemikiran yang menjadi pegangan pelajar
yang menghambat kemajuannya. Pemikiran ini kemudian digantikan
dengan pemikiran dan keyakinan yang boleh membawa pelajar terbang
tinggi hingga ke ufuk yang tiada batas. Bagi tujuan ini pensyarah-
pensyarah perlu mempunyai kemahiran untuk menjadi mentor yang
baik.
Lawatan-lawatan ke luar kampus juga perlu diperbanyakkan supaya
pelajar dapat melihat konteks kursus yang diambilnya. Dalam konteks
yang sama, kapten industri juga boleh dijemput untuk memberikan
kuliah dan ceramah. Kuliah mereka selama satu jam setiap semester
sudah cukup untuk membuka pintu-pintu ufuk alam sebenar kepada
pelajar di samping menunjukkan contoh seorang yang berjaya.
Ruang-ruang lain di fakulti, seperti kawasan lapang di luar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 6 07-Oct-10 9:16:27 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 7

bangunan dan ruang-ruang legar juga perlu diperkaya dengan


menyediakan tempat duduk yang membolehkan pelajar berbincangan
dan memenuhi dinding-dinding dengan poster-poster yang
menunjukkan hasil penyelidikan, inovasi dan rekacipta ahli-ahli
akademik. Poster-poster ini amat penting untuk membiasakan pelajar
dengan ilmu, inovasi dan rekacipta terkini. Satu hari nanti mungkin
pelajar-pelajar ini akan menggunakan apa yang dilihatnya itu dalam
pengkomersilan. Contohnya dapat dilihat dalam syarikat Hoffman-
LaRoche dari Swiss. Syarikat ini pada asalnya adalah syarikat kecil
pembuat pewarna. Kemudian syarikat ini mempertaruhkan masa
depannya pada penemuan vitamin di Universiti Zurich. Pada masa itu
orang masih belum menerima kepentingan vitamin (Drucker, 1993).
Hasilnya kita dapat lihat syarikat ini telah menjadi syarikat gergasi
farmaseutikal. Mungkin satu hari nanti graduan UKM menjadi
seorang usahawan yang berjaya dengan menggunakan inovasi dan
hasil penyelidikan yang dilihatnya di dinding-dinding fakulti.
Aktiviti-aktiviti di atas bukan sahaja memberikan pengalaman
pembelajaran ilmu yang berkesan, tetapi juga pembentukan sikap-
sikap yang unggul dan kemahiran-kemahiran insaniah yang amat
diperlukan oleh pelajar untuk menjalani hidup mereka selepas keluar
dari universiti. Bahkan sikap dan kemahiran insaniah adalah faktor
yang amat besar menentukan kejayaan seseorang pada masa depan
(University of St. Andrews, 2008). Oleh itu, fakulti sebagai pihak
yang bertanggung jawab ke atas setiap program pengajian, perlu
merekabentuk pengalaman pelajar-pelajarnya dengan cermat supaya
pengalaman mereka selama beberapa tahun di fakulti benar-benar
memberikan impak positif yang besar dan mendalam.

RUANG KO-KURIKULUM

Ruang ini juga adalah ruang yang penting untuk membina kemahiran
insaniah dengan berkesan. Melalui aktiviti ko-kurikulum pelajar-
pelajar akan lebih banyak bercampur gaul yang merentas kaum, jantina
dan agama. Di fakulti, persatuan-persatuan yang menarik minat dalam
bidang kursus-kursus masing-masing, seperti kelab robot, kelab alam
sekitar dan berbagai-bagai kelab lagi perlu digalakkan. Pengalaman
yang dilalui oleh pelajar melalui kelab-kelab ini akan membangunkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 7 07-Oct-10 9:16:28 AM


8 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kemahiran kepimpinan, bekerjasama, perhubungan mesra, empati dan


bersepakat.
Di peringkat universiti, aktiviti-aktiviti berpersatuan juga perlu
diperbanyak dan digalakkan. Aktiviti-aktiviti ini akan meningkatkan
keyakinan diri, kepimpinan dan empati para pelajar. Pertandingan-
pertandingan juga perlu diperbanyak untuk membina daya saing
pelajar. Bagi memupuk inovasi dan keusahawanan, pertandingan
inovasi dan keusahawanan perlu diadakan dan diperluaskan. Semua
ini perlu diperbanyakkan dan dibuka seluas-luasnya agar semua
pelajar terlibat. Bukankah kebanyakan pemimpin-pemimpin hari ini
dahulunya adalah pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum?

RUANG PADANG PERMAINAN

Aktiviti di padang permainan adalah amat penting bukan sahaja


kepada kesihatan tubuh badan, tetapi juga kepada pembinaan
kemahiran insaniah. Di antara kemahiran yang dapat dibentuk di
padang permainan ialah semangat kerja berpasukan di samping
jaringan hubungan yang luas yang merentas fakulti bahkan merentas
universiti dan negara (UCLAN, 2007). Bahkan perlawanan di padang
permainan boleh membina kemahiran mengenal pasti peluang-peluang
dan memanfaatkan peluang tersebut secepat mungkin supaya sentiasa
berada di hadapan. Bukankah ini sifat-sifat yang boleh membawa
kejayaan bagi seseorang sama ada ia bekerja dengan satu organisasi
atau menjadi usahawan? Oleh itu aktiviti padang permainan perlu
dirancang supaya semua pelajar berbagai-bagai latar belakang dan
kehendak boleh terlibat untuk membina kemahiran-kemahiran di
atas.

RUANG INDUSTRI

Ruang industri jauh berbeza dengan ruang-ruang di universiti.


Kebanyakan majikan lebih suka mengambil bekerja orang yang tahu
sedikit-sebanyak yang berkaitan dengan perniagaan seperti perjalanan
syarikat dan isu-isu perniagaan. Di samping itu ruang industri boleh
melatih pelajar untuk memperoleh kemahiran yang boleh membantu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 8 07-Oct-10 9:16:28 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 9

pembelajaran dan kerjayanya di kemudian hari seperti kemahiran


menyelesaikan masalah, memahami dan interpretasi data yang banyak
dan pemikiran ingin tahu di samping kemahiran komunikasi.
Ruang industri juga boleh membina kemahiran dan keinginan
untuk menjadi usahawan. Sesetengah syarikat menjadi besar dan
berjaya tanpa melibatkan teknologi tinggi dan modal besar. Kita ambil
contoh sebuah syarikat pembuat perabot pejabat di Amerika Syarikat,
Herman Miller. Ia pada asalnya hanya membuat kerusi pejabat. Bila
rekabentuk kerusinya menjadi laris, pembuat kerusi-kerusi lain juga
membuat kerusi yang hampir serupa. Lalu ia membuat strategi daripada
pembuat kerusi kepada pembuat dan penjual sistem perabot pejabat
dengan tumpuan kepada hospital. Ia merekabentuk perabot yang
menyeluruh bagi satu-satu perabot yang akan memberikan keselesaan
dan menambahkan produktiviti. Dalam tempoh yang singkat syarikat
ini telah menjadi sangat berjaya. Bukankah strategi keusahawanan
seperti ini boleh menarik minat pelajar-pelajar kita?
Mari kita lihat satu lagi contoh keusahawanan yang tidak
memerlukan modal besar yang boleh menarik minat pelajar. Asalnya ia
hanya membekalkan minyak pelincir bagi jentera-jentera pembinaan.
Sudah tentu ia tidak mampu bersaing dengan pembuat dan pembekal
minyak raksasa. Tetapi syarikat ini telah mendapati syarikat-syarikat
pembinaan selalu mengalami kerugian akibat kerosakan jentera-
jenteranya yang disebabkan ketiadaan pengurusan penyelenggaraan
yang baik. Lalu ia memberikan khidmat nasihat penyelenggaraan
jentera. Hasilnya: Kini ia membekalkan setengah dari minyak pelincir
jentera pembinaan di Amerika Syarikat. Kedua-dua syarikat ini bukan
sahaja membekalkan barang tetapi juga memberikan nilai tinggi
kepada barang yang dibekalkannya (Drucker, 1993). Jika pelajar-
pelajar kita melalui pengalaman latihan dalam industri yang berjaya
dengan strategi keusahawanan seperti ini, mungkin ramai di antara
mereka akan menjadi usahawan.
Bagi mendapatkan manfaat maksimum, pelajar perlu diberi
taklimat supaya mereka bukan sahaja melihat perkara-perkara yang
berkaitan dengan kursus-kursus mereka tetapi juga perjalanan syarikat
atau NGO, susunan organisasi, hubungan dengan pihak luar, sistem
komunikasi, kaedah membuat keputusan dan strategi keusahawanan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 9 07-Oct-10 9:16:28 AM


10 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUANG MASYARAKAT

Ruang masyarakat adalah ruang yang luas dan merupakan alam sebenar
kehidupan pelajar. Keluarga, saudara mara, penduduk bandar bahkan
masyarakat seluruh negara adalah ruang yang banyak memberikan
peluang pembelajaran kepada pelajar. Pembelajaran di dalam kelas
adalah terpisah dari konteks sebenar, manakala pembelajaran dalam
masyarakat adalah konteks sebenar, langsung, tiada kekangan masa
dan ia datang dengan mudah. Oleh itu jaringan masyarakat perlu
dimanfaatkan sepenuhnya dan dirancang dengan baik.
Ketika merancang kegiatan jaringan masyarakat, perkara berikut
mesti diperhatikan supaya proses pembelajaran itu berlaku secara
optimum (Yip, 2009):

Fokus perhatian hendaklah kepada pembelajaran, bukan aktiviti.


Ini bermakna semua aktiviti yang dirancang adalah bermatlamatkan
hasil pembelajaran yang ditetapkan lebih awal
Ia hendaklah berkait rapat dengan kurikulum. Kaitan ini perlu
mencakupi aspek-aspek berikut:

o pengembangan kurikulum
o memperkaya kurikulum yang membawa maksud mengaitkan
kursus-kursus dalam kelas dengan bidang-bidang pengetahuan
lain
o memperkuat keupayaan pembelajaran pelajar seperti aktiviti
yang membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja
berpasukan

Pelajar yang berhubung dengan masyarakat akan dapat menjalankan


kerja dengan baik dan bahkan boleh menjadi usahawan yang besar. Mari
kita lihat seorang usahawan kecil di India. Usahawan ini telah membeli
lesen untuk membuat basikal yang dilengkapkan dengan enjin kecil.
Ia agak kecewa kerana basikal itu kurang mendapat sambutan. Tetapi
enjin kecil yang dibuatnya mendapat banyak pesanan. Pada awalnya ia
hendak menolak pesanan-pesanan itu tetapi setelah ia mendapat tahu
bahawa enjin-enjin itu digunakan oleh petani untuk mengepam air di
sawah dan ladang, ia segera mengubah enjinnya untuk menjadi mesin
pam. Kini syarikatnya telah menjadi pembekal mesin pam kecil yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 10 07-Oct-10 9:16:28 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 11

terbesar di dunia, mengeluarkan jutaan mesin pam (Drucker, 1993).


Mungkin satu hari nanti graduan kita dapat melihat peluang-peluang
keusahawanan dalam masyarakat dengan menggunakan hasil inovasi
di UKM, lalu menjadi usahawan besar.

RUANG MAYA

Sebahagian besar pelajar-pelajar universiti hari ini adalah generasi


net. Mereka membesar dengan komputer dan meneroka ke seluruh
dunia melalui internet. Kawan-kawan mereka dari berbagai-bagai latar
belakang, berbagai-bagai bangsa dan dari berbagai negara. Mereka
sentiasa berhubung, bertukar pengalaman, bertukar gambar bahkan
menceritakan perkara-perkara yang terlalu peribadi dengan teman-
teman internet mereka.
Pengetahuan mereka tidak terbatas. Mereka boleh mendapat apa juga
maklumat dalam tempoh yang singkat melalui internet. Mereka kurang
membaca surat khabar dan buku tetapi banyak membaca makalah-
makalah dan berita dalam internet. Ini menyebabkan mereka tidak suka
belajar secara berurutan dan mendengar syarahan. Ini dapat dilihat
apabila mereka mendapat alat baru, mereka terus menggunakannya
tanpa membaca buku panduan terlebih dahulu. Mereka hanya merujuk
buku tersebut apabila mereka gagal menggunakan satu-satu fungsi
alat tersebut. Terbukanya pintu maklumat dan pengetahuan dari alam
maya ini juga menyebabkan pelajar-pelajar mempunyai banyak idea
dan pendapat-pendapat berinovasi.
Pensyarah boleh memanfaat kemahiran generasi net dengan
mengembangkan lagi ruang-ruang pembelajaran yang ada di universiti
ke alam maya (Albrecht, 2006). Berbagai cara boleh digunakan, seperti
memperkaya kandungan sistem e-pembelajaran, memberikan tugasan
yang memerlukan pencarian maklumat dan pengetahuan dari internet
serta mendapatkan cadangan-cadangan berinovasi. Perkara ini amat
penting bila kaedah pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based
Learning) digunakan. Bahkan pensyarah boleh membina pemikiran
inovasi kepada pelajar-pelajarnya melalui bahan-bahan yang banyak
didapati di internet dengan kaedah-kaedah berikut (Graham. 1994):

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 11 07-Oct-10 9:16:28 AM


12 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sentiasa mempersoalkan andaian dan pemikiran asas para pelajar


dengan menunjukkan contoh-contoh yang boleh didapati dari
internet.
Menggalakkan pelajar memikirkan perkara-perkara yang tidak
masuk akal dengan menggalakkan mereka mencarinya dan
petunjuk di alam maya.
Sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berlainan dengan
pendapat umum dengan memberikan contoh-contoh yang boleh
didapati dari internet
Menimbulkan keraguan kepada amalan yang ada dengan
menunjukkan amalan yang berbeza yang ditunjukkan dalam
internet
Berani mengeluarkan pendapat. Ramai pelajar yang kurang
bercakap di dalam kelas tetapi berani mengeluarkan pandangan
melalui internet seperti dalam Facebook, mailing list dan chat
room. Ini perlu dimanfaatkan untuk mendapatkan pandangan
yang kreatif dan berinovasi.

RUANG SENI DAN KEBUDAYAAN

Ruang seni dan kebudayaan amat bermanfaat bukan sahaja untuk


memperkuat jati diri dan saling memahami antara kaum dan bangsa,
tetapi juga memperkaya pembangunan otak kanan. Oleh itu seni dan
kebudayaan yang positif lagi membangun perlu diberi perhatian dan
penerapan yang merentas semua ruang-ruang di UKM. Ini bermakna
setiap pelajar UKM perlu diberikan kesempatan untuk menyerlahkan
seni dan kebudayaannya yang positif lagi membangun.

RUANG PERPUSTAKAAN

Perpustakaan adalah gerbang dan gedung tersimpannya ilmu


yang menjadi tumpuan setiap pelajar. Ruang-ruang fizikal dan
maya perpustakaan mengandungi berjuta khazanah ilmu. Ia perlu
mengandungi ilmu-ilmu yang terkehadapan yang amat diperlukan
oleh pelajar sama ada untuk belajar, mengintegrasikan ilmu, mencipta
ilmu baru atau mengaplikasi ilmu. Di samping itu ia perlu juga

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 12 07-Oct-10 9:16:28 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 13

mengandungi bahan-bahan yang banyak untuk pelajar membangunkan


sahsiah, sikap, kemahiran dan kerohanian. Ruang-ruang perpustakaan
juga perlu menyediakan bahan-bahan yang boleh menanamkan minat,
membangun pemikiran dan kemahiran keusahawanan berinovasi di
kalangan pelajar.

RUANG PENGANTARABANGSAAN

Misi UKM ialah untuk menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan
Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.
Ini bermakna graduan UKM mesti berkemampuan untuk membawa
Bahasa Melayu dan ilmu berjati diri kebangsaan ke seluruh dunia.
Bagi tujuan ini, ruang-ruang di UKM perlu mewujudkan suasana
antara bangsa supaya setiap pelajar dapat merasakan dan mendapat
manfaat yang besar dari percampuran budaya dan adat resam.
Fakulti-fakulti boleh memperkaya pengalaman pengantarabangsaan
dengan mengadakan dan meningkatkan program mobiliti pelajar
seperti berikut:

Memperbanyak program ijazah berkembar dan program pertukaran


pelajar dengan universiti-universiti di luar negara supaya beberapa
pelajar UKM boleh melalui sebahagian dari pengalaman mereka di
luar negara dan dalam masa yang sama menarik seramai mungkin
pelajar luar negara ke kampus UKM.
Menggalakkan pelajar-pelajar menjalani latihan industri, projek
ilmiah atau sebahagian dari penyelidikan di luar negara.
Mendapatkan seramai yang mungkin pelajar-pelajar antara bangsa,
bukan sahaja di peringkat pasca siswazah tetapi juga pelajar
sarjana muda; tertakluk kepada peraturan-peraturan UKM.
Mengadakan program lawatan sambil belajar atau program
bersama pelajar-pelajar di negara jiran.
Menggalakkan pelajar-pelajar menyertai pertandingan-
pertandingan di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, fakulti boleh memperkaya pengalaman pembelajaran


dengan melantik seramai mungkin pensyarah antara bangsa mengikut
peraturan-peraturan UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 13 07-Oct-10 9:16:28 AM


14 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUANG KEUSAHAWANAN

Keusahawanan berinovasi adalah amat penting untuk menjana


ekonomi Malaysia di masa hadapan. Oleh itu setiap pelajar UKM
perlu melalui pengalaman yang membentuk pemikiran dan kemahiran
dalam keusahawanan yang berinovasi demi untuk melonjakkan
pendapatan peribadi graduan di samping melonjakkan pengeluaran
negara. Pengalaman keusahawanan berinovasi ini perlu diterapkan
merentasi semua ruang yang ada di dalam UKM. Di antara perkara-
perkara yang perlu dilakukan ialah:

Keusahawanan berinovasi perlu sentiasa mendapat pengetahuan


dan kemahiran baru. Oleh itu setiap pelajar UKM perlu dilatih
supaya merasa bertanggungjawab untuk mendapat pengetahuan
dan kemahiran baru sehingga ke akhir hayat.
Keusahawanan berinovasi memerlukan pengetahuan dan
kemahiran asas, seperti pengurusan keusahawanan dan strategi
keusahawanan. Oleh itu setiap pelajar UKM perlu diberikan
pengetahuan dan kemahiran asas ini.
Keusahawanan berinovasi juga perlu sentiasa mempersoalkan
kebiasaan-kebiasaan yang sedia ada untuk mendapatkan alternatif
yang lebih baik. Budaya seperti ini perlu diwujudkan dalam semua
ruang di UKM.
Keusahawanan berinovasi juga perlu pendedahan kepada amalan
keusahawanan di samping perkara-perkara baru sama ada dalam
bidang ilmu, pengurusan, sains dan teknologi. Oleh itu pelajar-
pelajar perlu melalui pengalaman yang memberikan pendedahan
yang besar dalam perkara ini.

Di samping perkara-perkara di atas, seorang usahawan memerlukan


sifat-sifat keyakinan diri untuk meneroka perniagaan baru,
bertanggungjawab, mampu memimpin, mengurus dan membina
pasukan. Sifat-sifat ini perlu ditanamkan kepada setiap pelajar UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 14 07-Oct-10 9:16:28 AM


Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh 15

KESIMPULAN

Selepas pelajar melalui berbagai-bagai pengalaman yang direkabentuk


khas dengan cermat, pelajar-pelajar akan menjadi graduan yang
memiliki ilmu yang mantap, sikap yang ampuh dan kemahiran yang
berketerampilan. Pelajar yang cemerlang dalam akademik, dalam
masa yang sama mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mesra,
empati, mudah bekerja dalam pasukan dan cepat mencapai kata
sepakat sudah tentu akan menjadi orang yang mampu memimpin dan
membentuk masyarakat dinamis serta membawa jati diri kebangsaan
di peringkat antarabangsa. Demikian juga graduan yang memiliki
pemikiran dan sikap keusahawanan berinovasi akan mengembangkan
lagi ekonomi dan bahkan membawa produk Malaysia ke pasaran
antarabangsa. Bagi merealisasikan graduan yang cemerlang seperti
ini, semua pensyarah dan semua pentadbir, di mana sahaja mereka
bertugas perlu memastikan pengalaman yang dilalui oleh pelajar
benar-benar bermanfaat dan memberikan nilai yang tinggi kepada
pelajar. Pendeknya siang atau malam berdiri atau duduk berbaring
atau bangun dan di dalam atau di luar bangunan adalah pengalaman
pembelajaran yang kaya yang akan menjadikan pelajar UKM insan
kamil yang unggul.

RUJUKAN

Albrecht B. 2006. Enriching Student Experience Through Blended


Learning. Educause Centre for Applied Research Buletin.
Drucker P. F. 1993. Innovation and Entrepreneurship. Collins. New
York
Gersting J.L. dan Young F. H. 1999. Ideas for Enriching the
Curriculum: Student Mentors. SIGCSE Bulletin. 31(4): 28-29
Goleman D. 1998. Working with Emotional Intelligence. Bantam
Book. New York. 273-275
Graham, J. R. 1994. Seven keys to innovative thinking. HR Megazine.
http://findarticles.com/p/articles/mi_m3495/is_n6_v39/ai_
16097384/. [31 Januari 2010]
NSSE. 2007. Experiences That Matter: Enhancing Student Learning
and Success. Postsecondary Research School of Education,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 15 07-Oct-10 9:16:28 AM


16 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Indiana University Bloomington


Robbins A. 1991. Awaken the Giant Within. Free Press. New York.
Times Higher Education. 2009. Happy to be here. http://www.
timehighereducation.co.uk/story.asp?storycode=404989.
[31 Januari 2010.]
University of St Andrews, 2008. Student Experience Strategy.
UCLAN. 2007. 2007 2012 Student Experience Strategy. University
Of Central Lancashire
Walther J., Kellam N., Radcliffe D, Boonchai C. 2009. Integrating
Students Learning Experiences through Deliberate Reflective
Practice. 39th ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference.
San Antonio
Yip S. Y.W. 2009. Life-Wide Learning: Extending, Enriching,
Enabling. http://www.edb.gov.hk/FileManager/EN/Content_
3810/2.8.4lwl_3e.doc. [6 November, 2009]

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 16 07-Oct-10 9:16:28 AM


Orientasi Mengenali Universiti

BAB 2

ORIENTASI MENGENALI UNIVERSITI

Khaidzir Haji Ismail


Jumali Haji Selamat

PENDAHULUAN

Minggu Mesra Pelajar juga dikenali dengan nama-nama lain seperti


Minggu Orientasi, Minggu Haluan Siswa, Minggu Taaruf, Minggu
Suaikenal, Minggu Mesra Mahasiswa dan berbagai lagi mengikut
kesesuaian pusat pengajian tinggi masing-masing. Minggu Mesra
Pelajar (MMP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai
matlamat dan objektif yang lebih kurang sama dengan universiti-
universiti lain di negara ini. Kegiatan dan aktiviti MMP telah diiktiraf
sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
untuk membentuk jati diri, keperibadian, sahsiah dan membina
perenggu minda (mind-set) pelajar dengan kehidupan di kampus yang
kadangkala begitu asing bagi sesetengah pelajar. Mereka memerlukan
kesungguhan dan dedikasi yang tinggi bagi mencapai matlamat hidup
sebagai seorang pelajar yang berjaya pada masa hadapan. MMP
juga mengandungi elemen-elemen pendidikan yang menjadi teras
pembangunan keintelektualan dan kemanusiaan yang diterapkan
secara menyeluruh dan berterusan.
MMP di UKM terletak di bawah kendalian Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan pelaksanaan
programnya dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel).
Pada kebiasaannya MMP dilaksanakan seminggu sebelum semester
pertama pengkuliahan bermula iaitu pada akhir Jun hingga awal Julai.
Jangkamasa program ini adalah lebih kurang seminggu yang dimuatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 17 07-Oct-10 9:16:29 AM


18 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan pelbagai kegiatan yang mampu memenuhi keperluan jasmani,


emosi, rohani dan intelek pelajar. Banyak pihak yang terlibat semasa
MMP berjalan antaranya ialah pihak Fakulti, Pusat Islam, Pusat
Pengajian Umum (PPU), Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), Jabatan
Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Bahagian Keselamatan, Kolej Kediaman
dan Perpustakaan. Kesemua pihak yang terlibat mempunyai peranan
dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada
para pelajar dan pihak yang berkepentingan yang berkonsepkan mesra
pelajar.
Aktiviti MMP merupakan sebahagian program pendidikan, maka
kegiatan atau aktiviti yang dijalankan hendaklah mempunyai matlamat
yang jelas, praktis dan realistik. Menyedari kegiatan MMP sebahagian
daripada proses pendidikan maka program ini hendaklah dikendalikan
oleh mereka yang berkelayakan, berkemahiran dan berpengalaman.
Pengendalian yang berkesan amat penting bagi memastikan matlamat
MMP tercapai. Matlamat MMP merangkumi tiga aspek utama iaitu
kognitif, afektif dan psikomotor. Aspek kognitif menekankan soal
penguasaan pengetahuan tentang UKM yang perlu difahami oleh
setiap pelajar. Pengetahuan terhadap institusi penting dalam usaha
merealisasikan dan melengkapkan Misi, Visi dan Falsafah dapat di
fahami dan dihayati oleh setiap pelajar dan seluruh warga UKM. Bagi
aspek afektif ia bertujuan menyemai perasaan kasih dan sayang serta
rasa sepunya terhadap institusi. Perasaan seperti ini penting disuburkan
bagi melahirkan pelajar yang mempunyai nilai keinsanan yang tinggi,
berbudi pekerti luhur, bersopan santun, mampu menghormati orang
lain, jujur, bekerjasama, berhemah dan berakhlak mulia. Manakala
aspek psikomotor diharapkan dapat menterjemahkan pengetahuan dan
perasaan kasih sayang yang terbina melalui aktiviti yang dijalankan
oleh pelajar. Penguasaan ketiga-tiga aspek ini dilihat mampu
menyuburkan daya kreativiti dan inovasi, memantapkan keyakinan diri
dan mematangkan pemikiran untuk menghadapi survival kehidupan
seterusnya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 18 07-Oct-10 9:16:29 AM


Orientasi Mengenali Universiti 19

Pelajar baru sedang mendaftar di Kolej Kediaman secara on-line

Apa kahabar Pak Chik? Sapaan YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Malaysia

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 19 07-Oct-10 9:16:29 AM


20 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

OBJEKTIF MMP

Dalam meneruskan kehidupan sebagai pelajar di universiti, setiap


individu seharusnya sentiasa prihatin dengan keperluan dan kehendak
semasa yang menekankan tentang kepentingan sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Bagi mencapai objektif MMP setiap bahagian atau cabang
yang terlibat hendaklah memberikan kesungguhan dan komitmen
yang tinggi dalam merealisasikan peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan. Setiap kegiatan, program atau aktiviti yang dirancang
sewajarnya mengambilkira objektif MMP seperti berikut:

Menggarap dan mengenalpasti bakat dan potensi pelajar


Mencungkil bakat kepimpinan
Memupuk kemesraan antara pelajar lama dan baru, staf dan warga
UKM
Dapat menggunakan secara optimum kemudahan di UKM dalam
meningkatkan potensi diri pelajar
Mendedahkan pelajar baru kepada sistem pembelajaran di UKM
melalui buku panduan, taklimat, kegiatan atau aktiviti dan
penerangan
Mengadaptasikan penyesuaian diri, tempat tinggal, kuliah dan
sistem pembelajaran
Membina jatidiri dan integriti, personaliti unggul, kebolehpasaran
dan perkembangan kompetensi generik melalui aktiviti pelajar
Menyelesaikan urusan pendaftaran diri, penempatan kediaman
dan pendaftaran kursus
MMP sebagai satu proses pembangunan pelajar secara optimum

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 20 07-Oct-10 9:16:29 AM


Orientasi Mengenali Universiti 21

Tan Sri Naib Canselor sedang menyampaikan cenderahati kepada pelajar


baru UKM sempena Minggu Mesra Pelajar

PERANAN AHLI AKADEMIK DALAM MENJAYAKAN


MMP

Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif


MMP

Ahli akademik atau pensyarah hendaklah mengambil bahagian dalam


MMP terutama aktiviti yang melibatkan bidang dan kemahiran
tertentu. Misalnya, pidato yang dianjurkan hendaklah melibatkan ahli
akademik dan kakitangan yang menguasai bidang komunikasi atau
pengucapan awam. Melalui persembahan pada malam kebudayaan
MMP bertujuan memperlihatkan bakat dan potensi para pelajar yang
sewajarnya dihadiri oleh pensyarah untuk mengetahui dan mengenali
pelajar tersebut di samping memberi sokongan dan dorongan dalam
usaha membina perkembangan pelajar. Kehadiran dan penglibatan
pensyarah bertujuan memastikan aktiviti yang dijalankan mampu
memenuhi objektif MMP bersandarkan kepada soft skills atau
kemahiran generik bagi membolehkan pelajar membina jatidiri dan
meningkatkan kebolehpasaran dalam pekerjaan pada masa depan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 21 07-Oct-10 9:16:29 AM


22 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Memahami objektif dan memastikan pelaksanaan MMP tercapai


sepenuhnya

Menerusi objektif ini pelajar akan mengalami sendiri situasi dan proses
menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, melatih untuk
berdikari, mengembangkan bakat, minat dan potensi diri, meningkatkan
kreativiti dan inovasi, meluaskan persepsi dan pandangan hidup serta
mengisi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah. Para pelajar
diharapkan dapat memberi sumbangan tenaga, idea dan buah fikiran
yang bernas, menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelaan,
menghayati dan mengamalkan budaya cemerlang serta menguji
dan mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan. Pelaksanaan MMP
juga dapat meningkatkan tahap ketabahan dan kecekalan untuk
menghadapi masalah dan cabaran, mempertingkatkan ketahanan diri
dan ketabahan jiwa serta memperkembangkan lagi kesejahteraan,
ketenangan, kematangan, ketrampilan dan kecemerlangan diri pelajar.
Menerusi aktiviti yang dijalankan diharapkan mampu membantu para
pelajar melihat secara lebih dekat dan merasai MMP dalam situasi
menggembirakan yang memberi pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran dalam hidupnya.

Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada


pelajar

Pensyarah juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan


dan tunjuk ajar bagi membimbing pelajar yang masih baru dengan
kehidupan kampus dan budaya universiti yang memerlukan pelajar
sentiasa bersedia dalam menghadapi dunia akademik dan kegiatan
kokurikulum yang semakin menarik. Gerak kerja dan kegiatan
kokurikulum merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik kuliah yang perlu diterjemahkan melalui
pengalaman secara realistik atau dalam situasi sebenar. Pensyarah turut
berperanan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang dimiliki oleh pelajar seiring dengan perkembangan
psikomotor, afektif, sosialisasi dan kerohanian. Menerusi aktiviti
yang dijalankan MMP diharapkan dapat memberi ruang dan peluang
kepada pelajar untuk menambah dan mengukuh serta mengamalkan
pengetahuan, membina kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 22 07-Oct-10 9:16:29 AM


Orientasi Mengenali Universiti 23

dalam kehidupan.

Menghadirkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti


sepanjang MMP

Adalah diharapkan agar setiap pensyarah dapat melibatkan diri


secara langsung atau tidak dalam program MMP kerana peranan
dan tanggungjawab utamanya bukan hanya untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran tertentu kepada pelajar,
tetapi juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehpasaran
dan memberi sumbangan ke arah kehidupan yang lebih harmonis
bersatupadu, bertoleransi, berdisiplin, berdedikasi dan mempunyai
sahsiah yang baik. Penglibatan pensyarah dalam MMP menjadi
penting dalam usaha membantu pembentukkan diri dan sahsiah pelajar
yang dapat menghayati dan mengamalkan prinsip permuafakatan serta
mempunyai semangat kekitaan yang utuh. Selain itu, faktor yang boleh
mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar ialah sikap bekerjasama,
memberi sokongan, bimbingan, panduan dan bantuan pensyarah
yang sentiasa mendorong pelajarnya untuk melakukan penelitian,
penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Penyelidikan dan penelitian
boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat sama ada melalui
program pengajian, pusat, jabatan, fakulti, peringkat universiti atau
agensi-agensi lain yang ada kaitannya dengan NIC universiti. Oleh itu,
penglibatan pensyarah dalam MMP amat penting dalam memastikan
objektif yang disasarkan tercapai.

Menambahkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

Pensyarah adalah kelompok penting bagi membantu para pelajar


dalam meneruskan kehidupan untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang pengajian dan kokurikulum serta membantu masa depan
pelajar dengan suasana kehidupan yang lebih berjaya. Menerusi
pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dirancang dan dijalankan menjadi
wadah pembinaan diri secara holistik yang merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan menawarkan berbagai ilmu
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang berkonsepkan
pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu. Unsur-unsur
ini mengandungi elemen penting seperti intelek, disiplin, kendiri,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 23 07-Oct-10 9:16:30 AM


24 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada


alam sekitar, semangat kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa
dan negara, kebudayaan, integrasi nasional dan semangat 1Malaysia
yang dapat membantu pelajar menentukan hala tuju dan masa depan
dalam kehidupan mereka.

Bekerjasama dengan pihak pentadbiran UKM dalam menjayakan


MMP

Untuk memastikan pelajar dan pihak yang berkepentingan dengan


UKM mendapat input yang betul, maka setiap tenaga pengajar
perlu terlebih dahulu memahami peranan dan tanggungjawab pihak
pentadbiran UKM dengan jelas. Melalui pemahaman ini diharapkan
setiap ahli akademik memberi kerjasama erat semasa program MMP
berjalan dan selepas program selesai supaya dapat membantu pelajar
mengenali dengan lebih dekat pihak kepimpinan tertinggi UKM dan
kakitangan pentadbirannya. Oleh itu, bagi memastikan objektif ini
tercapai adalah digalakkan agar setiap bahagian dan cabang pelbagai
peringkat di universiti mengambil peluang mengadakan promosi
untuk meningkatkan nama bahagian dan organisasinya supaya
dikenali dan mesra pelajar. Kerjasama dan hubungan mesra yang
terjalin antara pelajar dengan pihak pentadbiran akan meningkatkan
keberkesanan ikatan kedua-dua pihak. Sebagai pensyarah kita perlu
memberi penerangan melalui interaksi, komunikasi dan berhubung
antara satu sama lain untuk membina semangat bekerjasama serta
mampu mengambil keputusan secara kolektif bagi mencapai matlamat
bersama.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 24 07-Oct-10 9:16:30 AM


Orientasi Mengenali Universiti 25

Para tetamu kehormat sedang menyanyikan lagu Varsiti Kita


sempena Majlis Ikrar MMP

Memastikan tiada unsur subversif dan perkauman sepanjang


program dan aktiviti MMP

Bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan


pelajar UKM yang berbilang kaum dan keturunan setiap aktiviti yang
dijalankan hendaklah bebas daripada unsur subvesif dan perkauman
yang menjadi penghalang dalam memupuk semangat perpaduan di
kalangan pelajar yang baru menjejak kaki ke menara gading. Semangat
perpaduan yang sudah terjalin di peringkat sekolah hendaklah diteruskan
di peringkat pengajian tinggi. Penyuburan semangat perpaduan di
kalangan pelajar dan tiadanya unsur subversif dan perkauman semasa
program MMP adalah petanda yang cukup baik untuk menerapkan
amalan bekerjasama, toleransi, kebebasan, memelihara keadilan,
saling hormat-menghormati, hidup bermasyarakat, berfikiran rasional,
membina jatidiri dan menerapkan nilai integriti dalam kalangan
pelajar. Sikap tidak peduli dengan orang lain boleh menggugat usaha
memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Oleh itu, semua aktiviti dan
kegiatan yang dijalankan hendaklah menjurus kepada kebajikan pelajar
dengan menerapkan nilai-nilai kerjasama antara kaum seperti melalui
kegiatan gotong-royong, program 1Malaysia, explorace dan lain-lain
yang melibatkan berbagai kaum, keturunan, lapisan dan generasi.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 25 07-Oct-10 9:16:30 AM


26 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sentimen perkauman dan unsur subversif hendaklah dielakkan dalam


segala urusan bagi memastikan program MMP berjalan lancar dan
mencapai matlamat.

Menyemai semangat cinta kepada UKM

Tidak kenal maka tidak cinta, begitulah bunyi perumpamaan Melayu


yang menyelitkan maksud tersirat yang mempunyai falsafah disebalik
kata-kata itu. Tugas yang boleh dimainkan oleh para pensyarah
dalam menyemai semangat cintakan UKM amat diperlukan menerusi
pemahaman dan penjelasan tentang sejarah awal penubuhannya dan
peranan UKM dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan seimbang.
Di samping itu, UKM juga bertekad mengeluarkan graduan yang
mempunyai pelbagai kemahiran yang tinggi dan berketrampilan serta
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. UKM telah diiktiraf sebagai
universiti penyelidikan pada tahun 2006 dan usaha-usaha dijalankan
untuk mengatur berbagai strategi merintis ke arah transformasi bagi
mencapai kecemerlangan. Untuk memastikan hasrat cinta kepada
UKM tercapai ia hendaklah dilaksanakan menerusi penyemaian rasa
milik dan sepunya yang diterapkan dan disemai di peringkat awal
pelajar mendaftar di UKM, bak kata pepatah Melayu Meluntur buluh
biarlah daripada rebungnya.

Menanamkan semangat patriotisme dan nasionalisme

Semangat ini menggambarkan perasaan cinta kepada negara dan


sanggup untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk
ancaman yang menggugat keamanan dan kesejahteraan negara.
Semangat ini perlu dipupuk dengan menerapkan nilai-nilai mulia
lagi murni sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjurus ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelbagai
cara boleh dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan
nasionalisme di kalangan pelajar misalnya mengadakan hari bicara
tokoh iaitu tokoh yang berjasa dan dapat mengangkat nama negara
di persada antarabangsa, mengenang sejarah kemerdekaan negara,
kembara merdeka, pertandingan pidato sejarah, memberi sumbangan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 26 07-Oct-10 9:16:30 AM


Orientasi Mengenali Universiti 27

kepada tabung pahlawan dan lain-lain lagi.

Pelajar-pelajar baru UKM sedang membaca ikrar


sempena Majlis Ikrar MMP

Menerap, membina dan memupuk Kemahiran Generik dalam


diri pelajar sejak peringkat awal pengajian

Kompetensi generik merupakan satu konsep yang menarik minat


ramai ketika ini kerana ianya dikaitkan dengan nilai kebolehpasaran
seseorang dalam dunia pekerjaan. Ia merupakan trait peribadi
yang menggambarkan sikap, kebolehan seseorang mengawal diri,
memotivasikan diri, berfikir secara kritis dan kreatif, berinteraksi
dengan orang lain dan bekerja sebagai satu pasukan dengan berkesan.
Umumnya, kompetensi generik adalah satu kaedah untuk mengiktiraf
dan menerapkan pelbagai jenis kemahiran dalam diri pelajar. UKM
telah memperkenalkan Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik
(SPKG) sebagai satu instrumen untuk membantu pelajar menguasai
pelbagai kemahiran. Antara kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh
setiap pelajar mengikut acuan UKM ialah kemahiran tanggungjawab
sosial, menghargai alam sekitar, etika, moral dan profesionalisme,
kerohanian, komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, kaedah
saintifik, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan autonomi dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 27 07-Oct-10 9:16:30 AM


28 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pembuatan keputusan, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran


pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran globalisasi, kemahiran
keusahawanan dan kemahiran pengurusan. Elemen-elemen ini mampu
untuk memperkembangkan kesejahteraan diri, ketangkasan jasmani,
ketenangan dan kestabilan emosi, keluhuran rohani, ketrampilan
intelek dan pembinaan personaliti unggul. Keupayaan pelajar untuk
menguasai setiap komponen ini penting memandangkan ia dapat
membantu meningkatkan kebolehpasaran dan boleh menjadi pesaing
dalam pasaran pekerjaan.

Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau tempat atau


sumber yang betul kepada setiap permasalahan pelajar

Sebarang permasalahan dan kekeliruan yang timbul di kalangan


pelajar hendaklah dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab
mengikut saluran yang betul dan tepat. Keupayaan berinteraksi
antara pelajar dengan pensyarah dan sebaliknya adalah wadah paling
sesuai untuk menyemarakkan rasa tanggungjawab bersama dalam
menghadapi dan mengurangi permasalahan. Justeru, pensyarah adalah
tempat yang paling sesuai untuk menjadi rujukan awal para pelajar
bagi mengemukakan pelbagai permasalahan sama ada yang berbentuk
akademik, pengajaran dan pembelajaran atau yang berbentuk
peribadi yang memerlukan bantuan, sokongan dan dorongan untuk
diselesaikan. Segala persoalan dan permasalahan perlu dirujuk kepada
pihak yang betul dan bertanggungjawab seperti di peringkat kolej,
pusat, fakulti atau Jabatan Perkhidmatan Pelajar yang menawarkan
perkhidmatan kebajikan pelajar untuk mendapatkan khidmat nasihat
melalui sesi perbincangan, perundingan dan kaunseling bagi mengatasi
permasalahan yang dihadapi.

Membina jaringan antara pelajar, pensyarah dan pentadbiran


UKM

Untuk membina jaringan ini, ia dapat dipupuk melalui bidang


akademik dan kokurikulum. Dalam bidang kokurikulum jaringan
mampu direalisasikan melalui kegiatan berpersatuan atau kelab,
kegiatan badan beruniform, kegiatan sukan dan permainan, kegiatan
kebudayaan dan kesenian yang dapat membantu pelajar menguasai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 28 07-Oct-10 9:16:30 AM


Orientasi Mengenali Universiti 29

kemahiran mengurus, mentadbir dan menjalankan aktiviti atau


projek sesebuah persatuan dan bagaimana menjalankan aktiviti yang
berkualiti sama ada di dalam kampus atau luar kampus. Melalui
bidang akademik jaringan dapat dilaksanakan menerusi penyelidikan
dan inovasi dengan melibatkan pelajar dan pensyarah dalam aktiviti
seperti pembentangan kertas kerja, menyertai konvensyen, seminar,
bengkel dan penerbitan (penulisan jurnal, pasca sidang, makalah
dan penulisan ilmiah). Jaringan ini boleh juga dikembangkan bukan
sahaja di dalam universiti tetapi juga di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa melalui program mobiliti pelajar, program pertukaran
pelajar dalam dan luar negara, penempatan pelajar dalam komuniti,
penempatan pelajar dalam latihan industri, lawatan sambil belajar
dan operasi khidmat masyarakat (OPKIM). Kegiatan ini boleh
dilakukan melalui universiti-universiti yang telah membuat perjanjian
persefahaman (LOI, MOU, dan MOA) dengan UKM.

Membantu UKM dalam merealisasikan integrasi kaum menerusi


program MMP seiring dengan konsep 1MalaysiaRakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan

Integrasi kaum merupakan sesuatu yang ditagih untuk kepentingan


semua kaum di negara ini bagi memastikan setiap rakyat dapat hidup
dalam suasana aman dan damai. Dalam konteks ini setiap pelajar
perlu diterapkan dengan nilai-nilai 1Malaysia yang mengandungi
lapan nilai seperti yang dijelaskan oleh YAB Dato Seri Mohd.
Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti untuk menyatupadukan rakyat
dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Matlamat 1Malaysia bertujuan untuk mengekal
dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi
kekuatan negara, menyemarakkan semula semangat perpaduan dan
persaudaraan di kalangan rakyat untuk mencapai kemajuan negara.
Matlamat ini akan tercapai berlandaskan tiga prinsip teras 1Malaysia
iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan
sosial untuk memperkukuhkan perpaduan nasional. Melalui MMP
para pelajar diharapkan dapat mengalami sendiri hakikat pentingnya
perpaduan, bekerjasama, permuafakatan, semangat sepasukan dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 29 07-Oct-10 9:16:30 AM


30 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan keinsanan yang luhur untuk


merealisasikan integrasi kaum seiring dengan konsep 1Malaysia.

KESIMPULAN

Minggu Mesra Pelajar (MMP) merupakan satu wadah yang sangat


penting dalam menentukan masa depan pelajar UKM untuk memahami
suasana pengajaran dan pembelajaran di universiti, kehidupan di dalam
kampus dan menjalankan aktiviti berpersatuan bagi mengembangkan
bakat serta ketrampilan diri sebagai seorang pemimpin pelajar. Melalui
MMP kita berupaya membangunkan keupayaan berfikir, membuka
ruang pendapat dan membuat penilaian berasaskan budaya dan
sistem nilai yang menjadi amalan sejak sekian lama. MMP mampu
memberi sumbangan konstruktif dan positif kepada pembangunan
keintelektualan dan kemanusiaan sekiranya MMP dapat dilaksanakan
dengan terancang, sistematik dan mematuhi aturan peraturan yang
telah ditetapkan. Menerusi program yang dijalankan MMP diharapkan
dapat mentransformasikan mind-set, mensejahterakan pemikiran,
persekitaran yang kondusif dan seimbang, membina celik akal dalam
menentukan halatuju dan masa depan serta berupaya melahirkan
pelajar yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan mampu
mencerdikkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN

Aminuddin Mohd. Yusoff dan Khaidzir Ismail. 2001. Integrasi Kaum


di Kolej Kediaman UKM. Jurnal Personalia.
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. 2008. Selamat Datang Ke UKM.
Bangi : Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM.
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. tt. Dokumen Undang-Undang,
Tatacara dan Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah-
sekolah. Seremban: JPNS
Jabatan Penerangan Malaysia. 2009. 1Malaysia : Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Deraf Buku Panduan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 30 07-Oct-10 9:16:31 AM


Orientasi Mengenali Universiti 31

Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah. Putrajaya.


Ramlan Abdul Wahab. 2004. Panduan Pengurusan Kokurikulum di
Sekolah. Kuala Lumpur : Banter Sdn. Bhd.
Shahruddin Ahmad, Khaidzir Haji Ismail dan Jumali Haji Selamat.
2009. Mengurus Persatuan: Proses dan Kemahiran. Bangi:
UKM
Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin. 2009. Membina Momentum
Menatar Keunggulan: Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana.
Bangi : Penerbit UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 31 07-Oct-10 9:16:31 AM


32

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 32 07-Oct-10 9:16:31 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar

BAB 3

MEMAHAMI KEPELBAGAIAN PELAJAR

Hasnah Toran
Rosadah Abd Majid
Manisah Mohd. Ali

PENDAHULUAN

Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi sudah pasti


mempunyai pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang
dan mempunyai ciri-ciri yang pelbagai. Sama ada disedari atau tidak,
dan sama ada bersedia atau tidak, sebagai tenaga pengajar kita perlu
berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran
pelbagai. Kepelbagaian merujuk kepada perbezaan ciri-ciri mereka
yang disumbangkan oleh banyak faktor sama ada daripada dalaman
diri sendiri, atau berpunca daripada unsur luaran seperti persekitaran.
Terdapat dua sebab yang menuntut keperluan untuk memahami ciri-
ciri pelajar yang pelbagai dan seterusnya memberi perhatian terhadap
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambilkira
kepelbagaian pelajar. Sebab yang pertama adalah agar prinsip keadilan
serta ekuiti dalam pendidikan diberi perhatian yang sewajarnya.
Keseluruhan sistem pendidikan perlu sensitif dan menyokong
keperluan pembelajaran semua pelajar dan tidak hanya memudahkan
segolongan pelajar sahaja manakala yang kurang bernasib baik,
atau yang memerlukan sokongan pembelajaran unik seolah-olah
dipinggirkan. Kedua, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai, serta sokongan pembelajaran yang sewajarnya, adalah penting
untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar
memastikan pencapaian potensi pelajar berlaku secara optimum.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 33 07-Oct-10 9:16:31 AM


34 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Banyak peramal yang memberi kesan terhadap pencapaian seseorang


dalam pembelajarannya. Antaranya; tahap motivasi, aptitud,
personaliti, kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosio-budaya
(Rohaty 2009).
Kepelbagaian ciri individu adalah sesuatu yang perlu diraikan
(we should embrace diversity) dan tidak wajar dianggap sesuatu yang
membebankan lagi menyusahkan. Ini kerana kepelbagaian menambah
dan memperkayakan pengalaman pembelajaran dikalangan pelajar
dan semua yang terbabit. Setiap dari kita mampu mempelajari sesuatu
yang baru dan bermanfaat dari mereka yang mempunyai pengalaman,
kepercayaan serta perspektif yang berbeza dari apa yang telah
sebati dalam diri kita sendiri. Sosialisasi dalam suasana yang positif
menyediakan wadah pengalaman pembelajaran yang diperkayakan
dengan ciri pelajar yang pelbagai. Selain itu pergaulan dengan mereka
yang mempunyai ketidakmampuan sensori atau ketidakmampuan
fizikal mampu mencetuskan kesedaran dan mencambahkan nilai
murni serta rasa bersyukur di atas kesempurnaan diri sendiri.
Aspek-aspek keperluan pembelajaran unik untuk pelajar yang
mempunyai ciri-ciri yang pelbagai perlu disedari dan difahami agar
pengajaran serta pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan,
serta potensi pembelajaran setiap pelajar boleh dibangunkan secara
optimum. Ini sekali gus diharap dapat mengelakkan fenomena tidak
mencapai tahap (underachievement) dalam kalangan pelajar. Fenomena
ini berlaku sekiranya pelajar yang dipertanggungjawabkan kepada kita
untuk diajar, dibimbing, dan dididik, memperolehi pencapaian dalam
pembelajaran yang kurang daripada kemampuan atau potensi mereka.
Apabila keperluan pembelajaran pelajar tidak dipenuhi atau dalam
erti kata lain mereka tidak menerima sokongan pembelajaran yang
sewajarnya, dikhuatiri pelajar menghadapi kegagalan untuk mencapai
kecemerlangan yang sepadan dengan kemampuan mereka.
Kepelbagaian pelajar merujuk kepada ciri pelajar-pelajar yang
berbeza antara sama lain, justeru tidak wajar untuk menganggap
semua pelajar adalah sama. Perbezaan ini terjadi atas beberapa perkara
antaranya kerana mereka berasal dari bangsa, etnik atau budaya yang
pelbagai, berbeza gender, berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi
yang tidak sama, atau berkemungkinan mempunyai ciri unik seperti
gaya pembelajaran tersendiri serta mempamerkan ciri-ciri khas atau
ketidakupayaan tertentu. Semua latar belakang tersebut membuatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 34 07-Oct-10 9:16:31 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 35

pengalaman pembelajaran yang telah dilalui sebelum ini berbeza


antara satu sama lain. Kesan pengalaman yang berbeza menjadikan
mereka yang terlibat unik dan berbeza.
Apakah maksud ciri-ciri unik dalam kalangan pelajar? Terdapat
pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar Orang Kurang Upaya
(OKU) atau lebih baik sekiranya diubah maksud kepada yang lebih
positif iaitu Orang Kelainan Upaya. Walaupun mereka mempunyai
keupayaan mental yang melayakkan mereka diterima untuk menuntut
di universiti, namun mereka mempunyai cabaran dalam salah satu
atau kombinasi dalam keupayaan-keupayaan iaitu cabaran sensori,
dan cabaran fizikal. Ada yang tergolong dalam kategori bermasalah
penglihatan, ada yang tergolong dalam kategori bermasalah
pendengaran, dan ada pula yang tergolong dalam kategori cacat
anggota. Dalam pada itu, ada juga yang tergolong dalam kategori
bermasalah pembelajaran atau dengan kata lain mereka mempunyai
masalah untuk mempelajari sesuatu secara yang biasa seperti yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar lain. Mereka menghadapi masalah
untuk membaca atau menulis, yang kadang-kadang tergolong dalam
kategori disleksia. Namun ini tidak bermakna mereka tidak mampu
memahami apa yang diajar, kerana mereka hanya bermasalah untuk
membaca dan menulis. Selain itu ada yang berhadapan dengan
masalah kecelaruan tingkah laku dan emosi tahap ringan (Mild
Emotional Behaviour Disorder-EBD). Contohnya seperti hiperaktiviti
iaitu kurang kemampuan menahan tingkah laku justeru bertindak
balas spontan (impulsive). Ada juga pelajar yang mengalami sindrom
Asperger iaitu dalam kategori pelajar yang memaparkan tingkah laku
gejala autisma ringan namun berkemampuan mental yang baik. Dalam
pada itu terdapat juga sebilangan pelajar yang berisiko, yang kurang
bermotivasi, berhadapan dengan masalah bahasa, keyakinan kendiri
yang rendah, sentiasa merasa tidak puas hati, dan mengalami masalah
sosio-emosi.
Gaya pembelajaran yang berbeza turut menyumbang kepada
keunikan pelajar. Golongan pelajar dalam kategori personaliti jenis N
(Intuition) yang diukur dengan Indikator Jenis Personaliti Myer-Brigg
(Myer-Briggs Type Indicator - MBTI) cenderung untuk memahami
idea dan cetusan kemungkinan, berbanding golongan pelajar dalam
kategori personaliti S (Sensing) yang sebaliknya pula cenderung untuk
memahami fakta yang konkrit. Dalam pada itu terdapat pelajar yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 35 07-Oct-10 9:16:31 AM


36 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

berkecenderungan untuk menggunakan kemampuan pendengaran


dalam proses pembelajarannya (auditory preference), manakala ada
pula pelajar yang berkecenderungan untuk menggunakan kemampuan
penglihatan untuk belajar (visual preference). Seterusnya ada pelajar
yang memproses maklumat dengan lebih baik sekiranya maklumat
dikaitkan dengan konteks (field dependence cognitive style), manakala
terdapat pula pelajar yang memproses maklumat tanpa perlu dikaitkan
dengan konteks (field independence cognitive style).

PELAJAR DENGAN MASALAH FIZIKAL

Kekurang upayaan fizikal disebabkan oleh beberapa keadaan yang


bersifat sementara atau bersifat tetap seperti mengalami serebral palsi,
muscular disantropi, penyakit Parkinson, angin ahmar, kecederaan
pada anggota badan yang menyukarkan pergerakan atau kecacatan
fizikal yang sedia ada seperti ketiadaan anggota badan yang lengkap.
Keadaan-keadaan ini boleh dikaitkan dengan keadaan di mana pelajar
mengalami kesukaran dalam pergerakan, imbangan dan koordinasi.
Antara bentuk keadaan yang wujud dalam konteks kekurang upayaan
fizikal adalah seperti menggeletar, rasa lemah anggota badan,
kawalan yang terhad pada anggota badan, tidak boleh duduk tegak
dan anggota badan yang tidak seimbang dari segi ukuran atau tidak
lengkap. Dalam beberapa segi, ada dalam kalangan mereka yang
mengalami kecacatan fizikal memerlukan penggunaan alat bantuan
seperti kerusi roda, tongkat atau crutches untuk membantu pergerakan
mereka. Kesan kecacatan fizikal terhadap pembelajaran pelajar di
kampus biasanya berkisar kepada aspek akses kepada lokasi (bilik
kuliah, makmal, perpustakaan, kolej kediaman dan lain-lain) dan akses
kepada penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di luar kampus seperti dalam kerja lapangan, lawatan
atau praktikum.
Berikut adalah beberapa tindakan yang dapat diambil oleh tenaga
pengajar dalam menyediakan sokongan untuk pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah fizikal:

Memahami bahawa pelajar dengan masalah fizikal mungkin


mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 36 07-Oct-10 9:16:31 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 37

pelajar-pelajar lain untuk tiba ke dewan kuliah atas masalah


pengangkutan yang dihadapi
Memindahkan bilik kuliah ke bilik yang mudah diakses contohnya
seperti di tingkat bawah bangunan
Membantu pelajar mendapatkan tempat duduk yang paling mudah
diakses oleh mereka, terutamanya yang berkerusi roda
Memahami bahawa pelajar tersebut mungkin mengambil masa
yang lama apabila ke bilik air
Berbincang dengan pelajar jika kursus memerlukan mereka untuk
menjalani kerja luar

PELAJAR DENGAN MASALAH PENGLIHATAN

Terma masalah penglihatan digunakan apabila berbincang tentang


buta sepenuhnya, buta separa, atau pun rabun. Individu-individu yang
mengalami buta sepenuhnya langsung tidak dapat melihat, maka untuk
belajar, mereka memerlukan Braille dan lain-lain media bukan-visual.
Individu-individu separa buta pula mempunyai masalah penglihatan
sehinggakan memerlukan perkhidmatan pendidikan khas. Manakala
individu-individu yang rabun pula merujuk kepada kecacatan
penglihatan hingga mengakibatkan mereka tidak mampu membaca
pada jarak penglihatan yang biasa, walaupun dengan menggunakan
cermin mata ataupun kanta mata lekap. Untuk membaca, mereka yang
rabun ini menggunakan kombinasi beberapa kaedah, seperti cahaya
tambahan, saiz cetakan yang lebih besar dan kadang-kalanya Braille.
Pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan berhadapan
dengan halangan untuk menyertai aktiviti-aktiviti harian akibat
persekitaran yang tidak memahami keperluan mereka. Sebuah kajian
mengenai halangan yang dihadapi dan sokongan yang diterima oleh
pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah IPTA (Hasnah, Mohd Hanafi,
Mohd Mokhtar & Norasuzaini 2009) mendapati bahawa di antara
halangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bermasalah penglihatan
adalah:

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 37 07-Oct-10 9:16:31 AM


38 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Halangan Penerangan
Ketiadaan laluan bertanda
Ketiadaan papan tanda khas
Prasarana fizikal
Tangga tidak mempunyai railing
Ketiadaan tempat melintas bertanda
Ketiadaan maklumat untuk mengetahui ke mana
Pengangkutan
arah tuju bas
Pihak pengurusan tidak memahami masalah yang
dihadapi. Contohnya, permintaan untuk menukar
Kemudahan tempat
rakan sebilik tidak dilayan dan permohonan untuk
tinggal
tidak memindahkan barang pada setiap hujung
semester tidak dipedulikan.
Ketiadaan komputer yang mesra OKU
Kemudahan mengakses Ketiadaan khidmat pembaca untuk membaca
maklumat buku atau artikel yang tidak dicetak dalam tulisan
Braille
Ketiadaan pembaca untuk membaca buku teks dan
rujukan yang tidak dicetak dalam Braille
Tidak dapat mengakses nota kuliah yang
Proses P & P
kebanyakannya dalam bentuk powerpoint
Memerlukan masa tambahan semasa menduduki
peperiksaan

Terdapat pensyarah yang tidak memahami dan


tidak mesra-OKU

Terdapat rakan yang tidak memahami keperluan


mereka dan menganggap mereka sebagai beban
Persekitaran sosial apabila melibatkan kerja berkumpulan

Terdapat staf sokongan yang tidak memahami


keperluan mereka maka timbullah masalah
komunikasi semasa berurusan dengan petugas di
kaunter

Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh tenaga pengajar


dalam menyokong pelajar-pelajar bermasalah penglihatan dalam
proses pembelajaran mereka. Berikut disenaraikan beberapa panduan
untuk tenaga pengajar:

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 38 07-Oct-10 9:16:31 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 39

Jika perlu, kenalkan diri anda pada awal perbualan dan beritahu
pelajar itu apabila anda mahu keluar dari bilik
Apabila memberi arahan, pastikan ianya jelas: sebutkan: kiri
atau kanan, naik atau turun.
Membenarkan pelajar untuk mengenal pasti kedudukan tempat
yang paling sesuai dalam dewan kuliah/kelas supaya dia boleh
melihat dan mendengar dengan jelas.
Menjelaskan apa yang berlaku dalam kuliah/kelas, contohnya
sebutkan bila anda memerlukan para pelajar untuk mengangkat
tangan, menyatakan berapa banyak tangan yang diangkat dsb.
Menyediakan struktur kursus dan senarai bacaan terlebih awal
supaya pelajar sempat menukarkannya ke dalam Braille
Menyediakan notis awal tentang jadual kelas dan/atau penukaran
bilik.
Membantu pelajar dalam melabel material makmal supaya senang
untuk dikenal pasti.
Membiasakan pelajar dengan kedudukan dalam kelas atau
makmal, mencatat pintu keluar yang terdekat dan mengenal pasti
peralatan kecemasan.
Memastikan semua informasi visual seperti yang tertulis di
overhead, papan tulis atau poster dihuraikan di dalam kuliah/
kelas.
Kata kunci, konsep, dan idea utama dalam syarahan/pengajaran
perlulah diberi penekanan secara lisan.
Memberi penjelasan tentang terma teknikal yang baru
diperkenalkan.
Tugasan kelas tersedia dalam format elektronik yang membenarkan
akses oleh komputer yang dilengkapi dengan voice synthesizers
atau peralatan luaran Braille dan juga dijelaskan secara lisan di
dalam kuliah/kelas.
Membenarkan pelajar menggunakan pita rakaman atau
sukarelawan untuk mengambil nota.
Membenarkan pelajar menyentuh atau memanipulasi objek yang
sedang diajar.
Mengubahsuai tugasan, contohnya membenarkan rakan sekuliah
menyediakan gambarajah yang diperlukan dalam tugasan
Menyediakan format ujian alternatif seperti di dalam Braille
Membincangkan terlebih dahulu tentang keperluan khas mengenai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 39 07-Oct-10 9:16:31 AM


40 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

rombongan atau aktiviti-luar-kelas.

PELAJAR DENGAN MASALAH PENDENGARAN

Pekak didefinisikan sebagai kecacatan pendengaran yang teruk dan


menyeluruh sehinggakan seseorang individu itu terhalang daripada
mendengar sebarang bunyi samada dengan menggunakan alat bantu
dengar atau pun tidak. Manakala masalah pendengaran pula adalah
kecacatan dalam pendengaran secara separa, samada tetap atau pun
sementara. Maka individu yang mengalami masalah pendengaran
masih ada sisa pendengaran. Walau bagaimanapun, terma masalah
pendengaran digunakan secara am apabila berbincang tentang
golongan yang pekak dan bermasalah pendengaran.
Seperti pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan,
pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran juga berhadapan
dengan halangan dalam menyertai aktiviti-aktiviti harian akibat
persekitaran yang tidak memahami keperluan mereka. Dalam kajian
yang sama mengenai halangan yang dihadapi dan sokongan yang
diterima oleh pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah IPTA (Hasnah,
Mohd. Hanafi, Mohd. Mokhtar & Norasuzaini 2009), halangan yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar bermasalah pendengaran adalah:

Halangan Penerangan

Ketiadaan jurubahasa isyarat untuk menterjemah


kuliah dan tutorial untuk mereka

Proses pengajaran dan Ketiadaan tutor bahasa dan pembaca pruf untuk
pembelajaran tugasan yang perlu mereka siapkan

Memerlukan masa tambahan semasa menduduki


peperiksaan iaitu, 30 minit bagi setiap jam

Sukar untuk mengakses maklumat terkini di


Kemudahan mengakses
kampus terutama sekali jika maklumat itu hanya
maklumat
dihebahkan secara lisan

bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 40 07-Oct-10 9:16:31 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 41

...sambungan

Masalah ketika latihan kebakaran diadakan


Keselamatan kerana mereka tidak boleh mendengar loceng
kecemasan
Terdapat pensyarah yang tidak memahami dan
tidak mesra-OKU

Terdapat rakan yang tidak memahami keperluan


mereka dan menganggap mereka sebagai beban
Persekitaran sosial apabila melibatkan kerja berkumpulan

Terdapat staf sokongan yang tidak memahami


keperluan mereka maka timbullah masalah
komunikasi semasa berurusan dengan petugas di
kaunter

Demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran


pelajar bermasalah pendengaran, terdapat beberapa panduan untuk
tenaga pengajar, iaitu:

Pastikan anda mendapat perhatian pelajar sebelum bercakap.


Sentuhan ringan di bahu, lambaian tangan atau isyarat visual
akan membantu
Jika terdapat penterjemah bahasa isyarat hadir dalam kelas anda
untuk membantu menterjemahkan bahasa isyarat, maka anda
perlu memahami bahawa proses penterjemahan ke bahasa isyarat
akan mengambil masa. Maka pelajar tersebut akan memerlukan
lebih masa untuk menerima maklumat, bertanyakan soalan dan/
atau membuat komen
Membenarkan pelajar memilih kedudukan dalam dewan kuliah/
kelas yang membantu beliau melihat pengajar, jurubahasa dan
juga papan putih tanpa dengan jelas
Memaklumkan terlebih dahulu perubahan jadual kelas dan/atau
dewan kuliah/kelas
Berdiri di mana anda tidak menghalang pemandangan papan
putih
Syarahan perlu diiringi dengan slaid powerpoint atau nota
Kata kunci, konsep, dan idea utama dalam syarahan/pengajaran

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 41 07-Oct-10 9:16:32 AM


42 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

perlulah diberi penekanan secara visual


Penjelasan tentang terma teknikal yang baru diperkenalkan
haruslah ditambah dengan nota bercetak
Menyediakan nota terlebih dahulu supaya pelajar dapat memberi
tumpuan kepada syarahan dan bukannya membaca atau menyalin
nota dan mengikuti syarahan pada masa yang sama
Menggunakan bantuan visual sekerap mungkin, termasuklah sari
kata pada video dan filem yang ditayangkan
Menggunakan email atau pesanan ringkas dengan pelajar untuk
perbincangan.

PELAJAR DENGAN MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran adalah suatu masalah yang terselindung atau


tersembunyi yang disebabkan oleh kecelaruan sistem saraf menerima
dan memproses maklumat. Di antara contoh masalah pembelajaran
adalah disleksia, disgrafia dan diskalkulia. Disleksia merupakan
keadaan dimana individu berhadapan dengan kesukaran untuk
membaca, mengeja dan menulis serta diiringi dengan masalah tumpuan,
menyusun dan ingatan jangka pendek. Dyslexia International (2010)
menegaskan disleksia bukanlah disebabkan oleh cara belajar yang
salah, keadaan persekitaran yang tidak membantu pelajar berjaya, atau
bukan juga kerana tiada motivasi untuk belajar.
Berikut adalah di antara ciri-ciri pelajar yang bermasalah
pembelajaran:

Bermasalah dalam membaca dan menulis


Sama cerdas dengan rakan pelajar lain tetapi bermasalah dalam
tugasan dan kerja kursus
Belajar dengan baik jika diberi penerangan secara lisan tetapi
tidak boleh mengikuti arahan bertulis
Boleh menyatakan sesuatu dengan baik secara lisan tetapi
bermasalah untuk menyatakannya dalam bentuk bertulis, dan
Tahu apa yang ingin diperkatakan tetapi sukar mencari perkataan
yang sesuai untuk menerangkan perkara tersebut.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 42 07-Oct-10 9:16:32 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 43

Disgrafia merujuk kepada permasalahan dalam menyatakan buah


fikiran dalam bentuk bertulis dan atau dalam bentuk grafik. Biasanya
disgrafia berkait rapat dengan bentuk tulisan tangan yang teruk. Tulisan
individu yang mengalami disgrafia sukar untuk dibaca, tidak kemas
dan mengandungi kesilapan-kesilapan seperti penggunaan tanda baca
yang tidak sesuai, ejaan yang tidak lengkap atau salah dan susun letak
ayat yang tidak konvensional.
Diskalkulia pula merujuk kepada permasalahan berkaitan
matematik, di mana pelajar yang mengalami diskalkulia sering kali
menunjukkan permasalahan berkaitan konsep matematik, konsep masa
dan konsep turutan termasuk orientasi kiri dan kanan. Kecelaruan
ini boleh dikesan apabila pelajar tidak dapat membuat pemprosesan
matematik secara visual dan sukar untuk menyusun dan membuat
turutan dalam perkiraan. Ini biasanya berlaku dalam situasi yang
memerlukan pelajar mengingat formula matematik, namun mereka
tidak dapat berbuat demikian disebabkan permasalahan yang dialami
mereka. Dalam banyak keadaan, disgrafia dan diskalkulia mungkin
berlaku secara berasingan atau serentak dengan masalah pembelajaran
lain seperti disleksia.
Berikut adalah beberapa bentuk sokongan yang boleh disediakan
oleh tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran:

Menyediakan akomodasi semasa peperiksaan seperti membenarkan


pelajar mengambil peperiksaan dengan lebihan masa atau pun
menyediakan ruang peperiksaan yang lebih kondusif untuk
mereka
Memberikan mereka lebihan masa untuk menyiapkan tugasan
kursus
Membenarkan modifikasi kepada tugasan kursus dengan
membenarkan mereka menyiapkannya dalam mod yang berbeza
contohnya tugasan disediakan dalam bentuk rakaman video dan
bukan mod pen dan kertas
Membenarkan mereka menggunakan alat rakaman untuk
mengambil nota kuliah
Menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan edit bahasa
untuk tugasan mereka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 43 07-Oct-10 9:16:32 AM


44 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PELAJAR DENGAN MASALAH KESIHATAN

Tidak kurang adanya pelajar yang mungkin mengalami permasalahan


yang disebabkan oleh penyakit atau keadaan kesihatan. Dalam
keadaan ini ada masanya pensyarah tidak mengetahui bahawa
pelajar menghidap atau mengalami keadaan kesihatan yang boleh
mengganggu proses pembelajaran pelajar. Antara permasalahan
atau keadaan kesihatan yang mungkin wujud adalah sawan, diabetis,
sakit jantung, asma, kanser, hepatitis dan berbagai jenis penyakit atau
keadaan kesihatan lain. Beberapa perkara boleh membantu pensyarah
mengenal pasti pelajar berkaitan terutamanya jika mereka kerap
tidak hadir dalam jangka masa yang panjang, memerlukan masa dan
tempoh tertentu untuk mendapatkan rawatan, kerap keletihan, kurang
tumpuan semasa kuliah, bermasalah dalam pergerakan dan mungkin
dalam penglihatan.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran sekiranya pensyarah mempunyai
pelajar dengan masalah kesihatan dalam kursus masing-masing,
iaitu:

Menerima pelajar seadanya dan memahami bentuk keperluan


khas pelajar serta pelajar tidak dilihat sebagai berpenyakit
Memahami bahawa pelajar mungkin tidak dapat menghadiri kuliah
kerana mempunyai temujanji dengan doktor atau tidak sihat
Memahami bahawa pelajar mungkin perlu mengambil ubat yang
meninggalkan kesan negatif ke atas mereka
Memahami bahawa keadaan kesihatan yang tidak baik
menyebabkan pelajar memerlukan masa yang lebih panjang untuk
menyiapkan tugasan
Menyediakan bentuk dan ruang yang sesuai untuk penaksiran
terutama semasa peperiksaan seperti memohon bentuk kertas
peperiksaan yang sesuai dengan pelajar dan ruang berasingan
serta masa tambahan kepada Bahagian Pengurusan Akademik.

PELAJAR DENGAN MASALAH KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental bukan sahaja bermaksud ketiadaan masalah mental.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 44 07-Oct-10 9:16:32 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 45

Malah definisi kesihatan mental adalah lebih luas. Ianya didefinisikan


sebagai kesejahteraan hidup dimana setiap individu mampu mencapai
potensi diri, menangani tekanan dalam kehidupan seharian, bekerja
secara produktif dan menyumbang kepada masyarakat (World Health
Organization, 2010).
World Health Organization (WHO) juga menyatakan bahawa
separuh daripada kecelaruan mental bermula sebelum usia 14 tahun.
Ini bermakna golongan muda juga terdedah kepada kecelaruan mental.
Mereka juga berhadapan dengan faktor-faktor sosial dan budaya yang
mempunyai impak negatif ke atas kesihatan mental mereka seperti
masalah keluarga, transisi kepada kehidupan kampus, toleransi kepada
tekanan yang rendah, masalah kewangan dan sebagainya. Kajian yang
dijalankan oleh American College Health Association dalam tahun
2008 mendapati bahawa 30% daripada pelajar-pelajar di institusi
pengajian tinggi (IPT) di negara itu menghadapi tekanan yang hebat
sehingga mereka mendapati sukar untuk berfungsi dan 49% daripada
mereka mengalami anxieti. Tambahan lagi, 10% pelajar di sana juga
melaporkan menerima diagnosis dan rawatan untuk depresi dan lebih
daripada 6% terfikir untuk membunuh diri.
Masalah kesihatan mental boleh mendatangkan impak negatif
ke atas fizikal, emosi, kognitif dan hubungan interpersonal individu.
Pelajar yang mengalami tekanan psikologi yang tinggi juga mengalami
tahap anxieti yang tinggi apabila menduduki peperiksaan, tidak
mempunyai sistem pembelajaran kendiri yang efektif, dan tidak mampu
mengurus masa dengan berkesan. Mereka juga mempunyai masalah
menaakul maklumat yang menjadi penghalang kepada kejayaan
akademik mereka. Maka terdapat ramai antara mereka yang tidak
mampu meneruskan pengajian mereka. Sebuah kajian oleh Kessler,
Foster, Saunders & Stang (1995) mendapati seramai 4.9 juta pelajar
IPT di Amerika Syarikat terpaksa berhenti pengajian disebabkan oleh
kecelaruan psikiatri.
Kecelaruan mental mencakupi julat masalah yang luas yang dan
mempunyai simptom yang berbeza. Ciri-ciri bagi kecelaruan ini terdiri
daripada kombinasi pemikiran, emosi, tingkah laku dan perhubungan
dengan orang di sekeliling yang abnormal. Antara contoh kecelaruan
mental adalah kecelaruan anxieti (anxiety disorder), kecelaruan
kurang tumpuan dan hiperaktif (attention deficit hyperactive disorder),
kecelaruan bipolar (bipolar disorder), kemurungan (depression) dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 45 07-Oct-10 9:16:32 AM


46 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

skizofrenia (schizophrenia) dan kecelaruan makan (eating disorder).


Kebanyakan daripada kecelaruan-kecelaruan ini boleh dirawati dengan
kombinasi terapi dan ubat-ubatan.
Individu yang mengalami kecelaruan anxieti mudah merasa
tegang, bimbang dan gangguan fikiran yang berlaku secara berulang-
ulang. Mereka juga mungkin mempunyai gejala-gejala fizikal seperti
berpeluh, gementar, pening kepala, denyutan jantung yang cepat dan
peningkatan tekanan darah. Untuk menangani kebimbangan yang
dialami, mereka menghindari situasi-situasi yang menimbulkan
kebimbangan tersebut.
Individu yang mengalami kecelaruan kurang tumpuan menghadapi
kesukaran untuk menumpukan perhatian pada tugasan dan menjalani
rutin seharian. Adalah susah bagi mereka untuk duduk lama, berdiam
diri, dan mengadaptasi diri menurut situasi. Mereka juga menghadapi
kesukaran untuk membuat perancangan tentang aktiviti harian mereka
dan seringkali mereka bertindak sebelum berfikir.
Kecelaruan bipolar merujuk kepada keadaan mental yang tidak
stabil di mana emosi pesakitnya boleh berubah dengan tidak terduga,
yakni mereka mungkin merasa teramat gembira pada suatu ketika
dan berubah menjadi teramat murung secara mendadak. Mereka juga
mungkin naik angin tanpa sebab. Perubahan mood yang kerap ini
merumitkan hubungan mereka dengan orang-orang di sekeliling.
Individu yang mengalami kemurungan kurang berminat dan tidak
seronok dengan aktiviti-aktiviti seharian, mengalami perubahan berat
badan yang signifikan, mengalami insomnia atau tidur berlebihan,
kekurangan tenaga, tidak mampu untuk memberi tumpuan, mempunyai
esteem kendiri yang rendah dan rasa bersalah yang berlebihan serta
sering memikirkan tentang kematian atau membunuh diri.
Skizofrenia adalah sejenis kecelaruan psikologi di mana pesakitnya
mengalami persepsi yang abnormal dan kekeliruan realiti. Individu
yang mengalami skizofrenia mendengar bunyi dan suara-suara yang
sebenarnya tidak wujud, mengalami paranoia dan delusi yang pelik
serta pertuturan dan pemikiran yang tidak keruan. Ada juga yang
berpakaian pelik, kurang menguruskan diri, sering menangis, kurang
memberikan respons emosi, mendiamkan diri, dan hilang motivasi.
Keadaan mereka ini mewujudkan impak yang negatif di dalam
hubungan interpersonal dan kerjaya mereka.
Individu yang mengalami gangguan makan biasanya mempunyai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 46 07-Oct-10 9:16:32 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 47

tabiat makan yang tidak normal yang bukan saja memudaratkan


kesihatan mereka malah boleh mengancam nyawa. Mereka mengalami
kebimbangan yang ekstrem mengenai berat badan mereka walau
pun sebenarnya berat badan mereka adalah ideal. Terdapat tiga jenis
kecelaruan makan iaitu Anorexia Nervosa, Bulimia Nervosa dan
Berlebihan Makan.
Terdapat beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh tenaga
pengajar bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
kesihatan mental untuk mencapai kemampuan optimal dalam pengajian
mereka, iaitu:

Memahami bahawa pelajar ini mungkin berasa tidak selesa


mendedahkan secara terperinci tentang masalah mereka. Maka isu
mereka perlulah ditangani dengan penuh sensitiviti
Sedia berbincang tentang bagaimana masalah yang dialami
mungkin mengganggu prestasi akademik pelajar dan apakah
bantuan yang diperlukan
Menggalakkan pelajar untuk membincangkan masalah mereka
dengan kaunselor yang disediakan oleh pihak universiti
Memahami bahawa pelajar-pelajar ini mungkin mengalami
pening, letih, dan hilang ingatan akibat pengambilan ubat-ubatan
untuk penyakit mereka
Semasa peperiksaan, mereka mungkin memerlukan masa tambahan
dan/atau tempat peperiksaan yang senyap dan bebas gangguan
Membenarkan mereka menggunakan pita perakam di dalam
kelas
Menimbangkan keperluan mereka untuk mendapatkan masa
tambahan untuk menyiapkan tugasan mereka.

PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT DI INSTITUSI


PENGAJIAN TINGGI

Isu utama yang dihadapi oleh individu pintar cerdas dewasa adalah
persekitaran yang tidak memahami, tidak menyokong, dan tidak
membenarkan diri mereka merasa dihargai (Jacobsen 1999). Pelajar
pintar cerdas mempamerkan ciri-ciri tingkah laku unik yang didasari
oleh kemampuan mental yang tinggi. Mereka mempamerkan rasa

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 47 07-Oct-10 9:16:32 AM


48 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

ingin tahu yang menebal dan mempunyai daya saing yang tinggi.
Mereka juga cekap dan berkemampuan untuk menangani cabaran dan
menyelesaikan masalah dengan baik.
Setiap individu perlu tahu dan sedar tentang keistimewaan yang
dianugerahkan kepadanya agar dia menghargai dan menghormati
keistimewaan tersebut. Menerima hakikat tentang keistimewaan diri
bukanlah untuk dibanggakan, namun ia untuk diinsafi dan disyukuri.
Menginsafi hakikat bahawa potensi dirinya yang istimewa perlu
dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama
sekali gus mencetus dan mencambahkan nilai patriotisma yang
mendalam dalam hati sanubari pelajar pintar cerdas dewasa terbabit.
Potensi manusia dan pintar cerdas boleh dilihat dalam perspektif
potensi kognitif dan kecerdasan intelek.
Rosadah, Noriah dan Melor (2009) mendefinisikan kecerdasan
sebagai kemampuan mental seseorang yang asalnya semula jadi
(innate mental ability), dan individu yang cerdas akan mempamerkan
tingkah laku yang pintar (smart). Antara perkara-perkara yang
dikaitkan dengan pelajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang
tinggi ialah kesungguhan dalam menjalankan tugas, mementingkan
integriti, lebih pantas menyiapkan tugasnya, cepat bosan, kewujudan
mereka menaikkan piawai untuk rakan yang lain dan ini tidak disukai
oleh rakan-rakan itu, mempunyai pendekatan yang luar biasa dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, kadang-kadang meminta tugasan
tambahan yang boleh mencetuskan permusuhan. Dalam pada itu
terdapat juga dalam kalangan pelajar berkenaan, mereka yang dianggap
kompleks, keterlaluan mementingkan kesempurnaan (perfectionistic),
mempunyai banyak perkara yang diminati dan mempunyai banyak
kemampuan, amat berminat untuk memikirkan perkara yang bersifat
paradoxikal, cenderung mencari makna kehidupan, sangat teruja
untuk membincangkan idea-idea, dan ada masanya merasa diri amat
berbeza dari orang lain (out of sync with others) apabila tidak dapat
menerima pandangan umum sekali gus mempersoalkan peraturan dan
kuasa autoriti.
Proses perkembangan dari tahap asalnya berpotensi atau berbakat
menjadi pintar cerdas yang terbukti cemerlang, berlaku dengan
kadar yang pantas serta berkesan sekiranya wujud pemangkin positif
di persekitaran dan dari dalam diri individu terbabit. Pemangkin di
persekitaran (environmental catalyst) disumbangkan oleh faktor-

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 48 07-Oct-10 9:16:32 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 49

faktor di sekeliling seperti keluarga, sekolah, mentor, masyarakat, dan


komuniti. Kemahiran dan kecekapan seseorang menangani emosinya
secara kendiri merujuk kepada pemangkin dalaman (intrapersonal
catalyst). Potensi diri, dan elemen pemangkin dalaman serta luaran yang
dijelaskan tadi, dianggap sumbangan faktor rezeki (chance factor), ia
itu kebarangkalian baik dan buruk yang tidak dapat dikawal.
Sistem pendidikan yang mesra pelajar wajar membuka peluang dan
memberi ruang serta sokongan kepada pelajar untuk membangunkan
potensi diri masing-masing tanpa rasa terancam. Terdapat pelajar
yang mempunyai keistimewaan yang berganda. Mereka mempunyai
potensi serta kecenderungan dalam lebih daripada satu aspek. Mereka
yang pintar logik matematik misalnya kadang-kadang turut menyerlah
dalam bidang muzik. Justeru perkara ini perlu disedari agar pelajar
diberi peluang dan sokongan untuk membangunkan diri mereka secara
holistik.

MENANGANI KEPERLUAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PINTAR CERDAS

Perbincangan tentang keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas


akan menyentuh tiga perkara utama iaitu; ciri-ciri tenaga pengajar
yang mengajar pelajar pintar cerdas, penyesuaian kurikulum, dan
pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pintar
cerdas. Adalah baik sekiranya tenaga pengajar untuk pelajar pintar
cerdas mempunyai ciri-ciri yang sensitif kepada keperluan dan ciri
pembelajaran pelajar pintar cerdas. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada
tenaga pengajar untuk pelajar pintar cerdas ia lah; sentiasa bersedia dan
terurus sekiranya dihujani oleh soalan-soalan yang kritis dan kreatif,
mampu membimbing pelajar melakukan pemikiran aras tinggi semasa
sesi pengajarannya, berupaya melontarkan soalan dari aras pemikiran
yang tinggi, memodelkan kreativiti dalam penyelesaian masalah,
memberi perhatian kepada proses dan juga produk pembelajaran,
memberi ruang serta menggalak dan membimbing kajian atau
penerokaan kendiri, mampu memberi inspirasi serta memotivasikan
pelajar dan membuatkan mereka selesa untuk melakukan pembelajaran
kendiri, ajar pelajar kemahiran menilai pembelajaran kendiri, dan
membangunkan konsep kendiri yang positif dalam kalangan pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 49 07-Oct-10 9:16:32 AM


50 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sebaik-baiknya tenaga pengajar ini juga seorang yang boleh dianggap


cerdas dan pintar, bertenaga, minat terhadap perkembangan pelajarnya,
empati dengan pelajarnya, meletakkan ekspektasi yang tinggi terhadap
pelajar, serta memberi sokongan dan membantu pelajar mencapai
ekspektasi itu.
Pelajar pintar cerdas yang mempunyai keupayaan mental
yang tinggi sudah tentu mendambakan cabaran pembelajaran yang
sesuai dengan keupayaan mental tersebut. Justeru, reka bentuk serta
penyampaian kurikulum yang sesuai dengan keperluan pembelajaran
golongan ini perlulah penuh bertenaga atau menepati apa yang disebut
sebagai academic rigor. Kurikulum yang bertenaga merujuk
kepada perancangan dan proses mencapai kecemerlangan yang
lahir dari ekspektasi tinggi yang berterusan, oleh pengajar terhadap
pelajarnya. Struktur dan sistem penyampaian kurikulum yang
bertenaga mementingkan matlamat penguasaan isi kandungan kursus
yang kompleks secara terperinci. Justeru, ia juga mementingkan sesi
pengajaran yang padat, berkesan dan membuahkan pembelajaran yang
bermakna. Hasil daripada semua ini, dapat dibuat perbandingan taraf
kecemerlangan antara pelajar-pelajar kita yang cemerlang adakah
sama dengan pelajar-pelajar cemerlang dari universiti-universiti
lain. Sekiranya kandungan kursus dan penyampaiannya tidak
mengendahkan academic rigor kita mungkin akan terpaksa mengalah
dalam hal ini apabila pelajar-pelajar kita yang cemerlang sebenarnya
tidak setanding dengan pelajar-pelajar cemerlang dari institusi lain.
Perkara seumpama ini seandainya berlaku, boleh dianggap sebagai
fenomena tidak mencapai tahap underachievement dalam kalangan
pelajar kita yang berpotensi tinggi. Ini merujuk kepada fenomena di
mana pelajar yang mempunyai keupayaan intelek yang tinggi namun
mereka tidak mencapai tahap cemerlang dlam pembelajaran.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar
pintar cerdas bukan sahaja perlu meraikan sifat ingin tahu dalam
kalangan pelajar terbabit, malah sifat ingin tahu tersebut perlu dipupuk
dan disuburkan dalam kalangan pelajar pintar cerdas berbakat. Justeru
rangsang minda mereka untuk bertanya tentang; fenomena, andaian,
prinsip dan prosedur. Dalam pada itu, bimbing dan cabar mereka
untuk mencadangkan jawapan-jawapan yang mungkin, atau untuk
seterusnya menguji cadangan jawapan mereka dengan melakukan
eksperimen atau penyelidikan secara sistematik. Selain itu pendekatan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 50 07-Oct-10 9:16:32 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 51

pendidikan berasaskan hasil (outcome based education), yang antara


lain mementingkan kerja berpasukan dan peranan kepimpinan,
merupakan antara pendekatan yang baik untuk pelajar pintar cerdas
berbakat. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna
apabila masalah yang perlu ditangani adalah masalah yang biasa
dihadapi dalam kehidupan seharian. Selain itu, pendekatan sebegini
boleh membantu perkembangan sosio-emosi dalam kalangan pelajar
pintar cerdas, bagi menangani kekurangan dalam perkembangan
tersebut yang kerap dialami oleh golongan pelajar terbabit. Kerja
berpasukan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi dan
bekerjasama untuk satu tujuan yang disepakati. Ia merupakan wadah
untuk pelajar memahami diri sendiri dan saling memahami antara satu
sama lain.
Antara perkara utama dalam membangunkan kurikulum dan
menangani pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas ialah tumpuan
terhadap kemahiran berfikir dan kreativiti. Enam Aras Taksonomi
Bloom (Davis & Rimm, 2004) boleh dijadikan panduan untuk tujuan
tersebut. Turutan aras pemikiran bermula dari yang paling asas; aras
pengetahuan, diikuti oleh kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis,
dan penilaian. Bagi setiap aras pemikiran dicadangkan kata kunci
untuk persoalan atau tingkah laku yang menggambarkan berlakunya
pemikiran pada aras-aras tersebut. Selain itu, rangsangan pemikiran
boleh dilakukan semasa pengajaran dengan pendekatan kaedah
penyoalan Socrates. Kaedah tersebut menarik tumpuan pelajar
berfikir bagi; mengesahkan, menganalisa andaian, menyoal tentang
sebab-musabab dan bukti, menganalisa pemikiran dan pandangan,
menganalisa implikasi dan akibat, persoalan tentang soalan itu
sendiri (Rujuk jadual 3.1). Walau bagaimanapun suasana sesi
pengajaran dan pembelajaran perlu bersifat mesra pelajar dan tidak
membuatkan pelajar merasa terancam untuk menjawab atau untuk
bertanya soalan. Suara dan warna emosi di dalam sesi pengajaran
pembelajaran tersebut perlulah ceria, tidak suram tapi meyakinkan dan
menyokong aktiviti dialog soal jawab dan pembelajaran aktif. Bagi
menggalakkan kreativiti, minda pelajar diasuh untuk berfikir secara
luwes, pantas memberi ide, pintar menghurai dan memperinci, sensitif
dengan masalah yang perlu kepada penyelesaian pintar, mampu
membayangkan dan memanipulasi imej dan ide dalam minda, pintar
berfikir secara analogi, pintar memahami makna baru serta implikasi

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 51 07-Oct-10 9:16:32 AM


52 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dan aplikasinya (transformation), dan intuitif.

Jadual 3.1 Taksonomi Penyoalan Socrates

Contoh soalan untuk mengesahkan.


Apakah maksud anda dengan ______________ ?
Apakah poin utama anda?
Boleh saudara beri contoh?
Boleh saudara perjelaskan lagi?
Bagaimana ______ dikaitkan dengan _______ ?
Boleh saudari terangkan dengan penjelasan yang berbeza?
Pada pandangan anda apakah isu utama di sini?
Saudara sila rumuskan apa yang dinyatakan oleh kawan kita
tadi?
Contoh soalan menganalisa andaian.
Apakah andaian saudara?
Sebaliknya apakah yang kita boleh andaikan di sini?
Anda nampaknya seperti mengandaikan ______. Sila beri
justifikasinya?
Adakah ini kebiasaannya yang akan berlaku? Kenapakah andaian
ini benar?
Contoh soalan menyoal tentang sebab-musabab dan bukti.
Bagaimana kita tahu ini?
Adakah sebab yang dinyatakan itu memadai?
Adakah anda mempunyai bukti kukuh untuk itu?
Adakah anda punyai sebab untuk meragui buktinya?
Bagaimana kita boleh tahu yang perkara itu benar?
Apakah maklumat lain yang kita perlu tahu?
Contoh soalan menganalisa pemikiran dan pandangan
Kenapa kita memilih untuk mempunyai pandangan begini dan
tidak sebaliknya?
Ada sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza?
Kenapa?
Bagaimana agaknya hujah mereka yang tidak setuju?
Apakah alternatifnya?
Bagaimanakah pandangan Ali dan Ahmad dikatakan sama?
Contoh soalan menganalisa implikasi dan akibat.
Sekiranya itu berlaku, apakah perkara lain yang turut terjejas?
bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 52 07-Oct-10 9:16:32 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 53

...sambungan

Adakah itu benar-benar akan berlaku sebagai akibat, atau itu satu
kemungkinan?
Kalau ini dan itu sebenarnya terjadi, seharusnya apakah perkara
lain yang juga benar terjadi?
Contoh soalan tentang soalan itu sendiri.
Bagaimana kita boleh tahu tentang itu?
Boleh sesiapa tolong jawab soalan ini?
Adakah isu ini sama dengan _____?
Apakah andaian dalam soalan ini?
Kenapakah soalan ini penting?
Adakah soalan ini memerlukan anda menilai sesuatu?
Adakah kita setuju bahawa inilah persoalannya?
Bagi menjawab soalan ini, apakah soalan yang kita perlu jawab
dahulu?

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN


INKLUSIF DI UKM

Persekitaran pembelajaran inklusif bertujuan untuk meraikan dan


melakukan adaptasi bagi memenuhi keperluan pembelajaran semua
pelajar yang ada di kampus. Ia menerima hakikat bahawa pelajar-
pelajarnya mempunyai julat kepelbagaian keperluan pembelajaran
yang lebar. Pendekatan inklusif mengelak dari mengelompokkan
pelajar sebagai semua serupa dan memadai dengan pendekatan
pengajaran yang tetap. Selain itu pengajaran perlu disediakan
agar sesuai untuk semua pelajar. Justeru ia berpaksi kepada
prinsip keluwesan dalam aspek-aspek; hasil pembelajaran, kaedah
pengajaran, bahan pengajaran, dan penilaian. Bagi pelajar yang tidak
dapat melihat misalnya perlu disediakan seorang pembaca yang akan
membantu pelajar berkenaan membaca buku-buku rujukan. Apa
yang penting pelajar berkenaan tidak terabai pembelajarannya akibat
ketidakupayaan yang dialaminya.
Kajian yang dijalankan mengenai pengalaman pelajar-pelajar di
IPT menunjukkan bahawa tenaga pengajar kurang berpengetahuan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 53 07-Oct-10 9:16:33 AM


54 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

mengenai tanggungjawab mereka terhadap pelajar yang pelbagai,


bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar ini dan
bagaimana untuk menyediakan keperluan unik mereka (Wolanin &
Steele, 2004). Hal ini menyebabkan tenaga pengajar mempunyai sikap
yang negatif terhadap pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Sikap
negatif ini menjadi halangan utama terhadap kejayaan pengajian mereka
(Wolanin & Steele, 2004). Maka tenaga pengajar perlu dibantu untuk
meningkatkan kefahaman mereka mengenai tanggung jawab mereka
dalam mengajar dan menyelia pelajar-pelajar ini. Di antara kemahiran
yang tenaga pengajar perlu ada untuk mengajar dan menyelia pelajar-
pelajar ini dengan berkesan adalah pengetahuan am mengenai pelbagai
kepelbagaian pelajar-pelajar dan pelbagai keperluan khas mereka. Ini
bukan bermaksud bahawa tenaga pengajar perlu untuk menjadi pakar
dalam memenuhi keperluan-keperluan ini. Memadailah jika suatu
komponen khusus mengenai kepelbagaian pelajar dan keperluan
mereka dimasukkan ke dalam latihan dalam perkhidmatan bagi
tenaga pengajar di sesebuah IPT. Sebuah unit juga perlu ditubuhkan
untuk menyokong tenaga pengajar yang memerlukan bantuan samada
dengan menyediakan maklumat mengenai kepelbagaian pelajar dan
cara-cara memenuhi keperluan khas pelajar-pelajar ini.

KESIMPULAN

Penekanan kepada Pendidikan untuk Semua (Education for all) yang


dibangunkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO, 2010) menghasilkan peningkatan bilangan
pelajar dengan keperluan khas dalam persekitaran pendidikan tinggi
di negara ini. Peningkatan bilangan ini adalah memberangsangkan
walaupun masih ada isu dan halangan yang wujud seperti pemahaman
dan kesedaran para pensyarah dan kakitangan terhadap keperluan
pelajar; dan kesesuaian infra struktur secara fizikal dan bukan
fizikal berkaitan pembelajaran dan pengajaran. Untuk memberikan
pengalaman yang bermakna dan optimum dalam konteks kehidupan
pelajar dengan keperluan khas di institusi pengajian tinggi,
pengetahuan, kesedaran, dan sokongan yang berkaitan perlu ada
dalam kalangan semua warga di institusi pengajian tinggi termasuk
pensyarah dan kakitangan sokongan, dan pelajar. Ini akan dapat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 54 07-Oct-10 9:16:33 AM


Memahami Kepelbagaian Pelajar 55

membantu semua warga memahami hak serta keperluan-keperluan


pelajar yang seterusnya dapat membantu dari segi perkembangan
akademik dan sosio-emosi semua pelajar terutama pelajar dengan
keperluan khas .

RUJUKAN

Davis, G.A., Rimm, S.B. 2004. Education of the gifted and talented.
5th Ed. Boston: Allyn and Bacon.
Dyslexia International. 2010 http://www.dyslexia-international.org/
[16 Februari 2010]
Gagne, F. 1995. From giftedness to talent: A developmental model and
its impact on the language of the field. Roeper Review, Dec95,
Vol. 18 Issue 2, p103-111.
Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar &
Norasuzaini Sujak. 2009. Sokongan dan halangan yang dihadapi
pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah Institusi Pengajian Tinggi
di Malaysia. Asean Journal of Teaching & Learning in Higher
Education, Vol 1, No 2, 18-29.
Jacobsen, M- E. 1999. Counseling gifted adults. Advanced
Development; A journal on adult giftedness. Volume 8, http://
www.gifteddevelopment.com/ADJ/advol8.htm [9 Februari 2010]
Kazdin A. E, 2000. Encyclopedia of psychology: 8 Volume Set.
Amerika Syarikat: American Psychological Disorder.
Kessler, R., Foster, C., Saunders, W, & Stang, P. 1995. Social
consequences of psychiatric disorders, 1: Educational attainment.
American Journal of Psychiatry, 152(7), 1026-1032.
Rohaty Mohd Majzub. 2009. Understanding Learner Diversity. Dlm
Ramlee Mustapha, Norzaini Azman, & Abdul Razaq Ahmad
(pnyt.) Education for diverse learners. Serdang: UPM Press.
Rosadah Abd Majid, Noriah Mohd Ishak, dan Melor Md Yunus. 2009.
Kepintaran dan pintar cerdas berbakat: Definisi dan makna. Dlm.
Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid, Siti Fatimah Mohd
Yassin (Penyunting). PERMATApintar: Pengalaman UKM (19-
32). Selangor: PST Enterprise.
Sternberg, Robert J. 1999. Review of General Psychology. Vol 3(4),
Dec 1999, 292-316
Streznewski, M. L. K. 1999. Gifted Grownups: The Mixed Blessings

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 55 07-Oct-10 9:16:33 AM


56 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

of Extraordinary Potential. Canada: John Wiley & Sons.


The American College Health Association. 2008. Journal of American
College Health Vol. 57, No.5, American College Health
Association - National College Health Assessment Spring 2008
Reference Group Data Report. www.acha-ncha.org/docs/JACH_
March_2009_SP08_Ref_Grp.pdf [16 Februari 2010)
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.
http://www.unesco.org/enefa [16 Februari 2010)
World Health Organization. http://www.whoint/features/factfiles/
mental_health/en/index.html
Wolanin, T.R., Steele, P.E. 2004. Higher Education Opportunities for
Students with Disabilities: A primer for policymakers. Washington
D.C: The Institute for Higher Education Policy

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 56 07-Oct-10 9:16:33 AM


Bimbingan Kemahiran Belajar

BAB 4

BIMBINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Mohamed Amin Embi

PENGENALAN

Salah satu kemahiran paling penting yang perlu dikuasai oleh pelajar
UKM ialah kemahiran belajar kerana pembelajaran dalam pelbagai
bentuk dan situasi bermula sebaik bermulanya pendaftaran program
pengajian sehinggalah mereka bergraduat. Sebagai pensyarah, kita
seharusnya memahami dan mendalami kemahiran belajar yang
perlu kuasai oleh setiap pelajar UKM agar kita dapat membantu
mengembangkan kemahiran-kemahiran ini dalam diri mereka
sepanjang perjalanan mereka berada di UKM. Bab ini bertujuan
memerihalkan pelbagai jenis kemahiran belajar yang penting sepanjang
tempoh pengajian pelajar berada di UKM kepada pensyarah agar
mereka dapat mengembangkannya kepada setiap pelajar kita.

DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR

Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang takrif


kemahiran belajar, elok juga kalau kita teliti terlebih dahulu pengertian
rangka kemahiran dan belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa,
kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan manakala belajar
pula boleh ditakrifkan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan
yang sesuai oleh organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan
di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan
mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah
laku.
Kemahiran belajar pula biasanya didefinisikan sebagai proses

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 57 07-Oct-10 9:16:33 AM


58 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

untuk memperoleh teknik belajar sama dengan adanya guru atau


tanpa guru. Menurut Coffield Moseley, Hall dan Ecclestone (2004),
kemahiran belajar boleh juga diertikan sebagai gaya pembelajaran
yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh
pelajar bagi memperoleh hasil pembelajaran tertentu. Pengalaman kita
sebagai pensyarah juga menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan
mempunyai sikap yang positif lazimnya merupakan mereka yang
mempunyai teknik belajar yang berkesan. Justeru itu, setiap pensyarah
di UKM berperanan mengetengahkan kepada pelajar mereka pelbagai
teknik kemahiran belajar yang efektif sepanjang tempoh pengajian
mereka di UKM.

KEPENTINGAN PENDEDAHAN KEMAHIRAN BELAJAR

Pelbagai manfaat boleh diperoleh oleh pelajar UKM melalui penguasaan


kemahiran belajar (Mohamed Amin, 2000; Kamarul Shukri &
Mohamed Amin, 2010). Antara lain, pelajar akan dapat menggunakan
celik akal untuk menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran yang
wujud, mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran
yang baru, membangkitkan kesediaan mereka terhadap isi pelajaran
yang akan dipelajari, dan melatih mereka menggunakan persepsi
dengan tepat untuk membina cara pemikiran yang rasional. Di samping
itu, kemahiran belajar dapat menyediakan pelajar kemampuan belajar
tanpa guru, membolehkan mereka membuat refleksi dan menilai
tahap pembelajaran masing-masing serta membolehkan mereka
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam konteks yang
berlainan. Teknik-teknik tertentu dalam kemahiran belajar juga dapat
meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar.

KESAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BELAJAR

Pemerhatian umum bahawa penguasaan kemahiran belajar oleh


individu pelajar akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian
mereka sememangnya mempunyai asas yang kukuh. Kemahiran
belajar mampu meningkatkan keupayaan belajar dan keupayaan
intelek seseorang pelajar. Melalui kemahiran belajar, seorang pelajar
mampu belajar dengan cara yang efektif dan proses pembelajaran
akan berterusan dalam diri pelajar tersebut. Kemahiran belajar juga
biasanya dapat memupuk disiplin belajar di kalangan pelajar seperti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 58 07-Oct-10 9:16:33 AM


Bimbingan Kemahiran Belajar 59

kemahiran mengurus masa yang melibatkan pelajar membuat jadual


waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Perkara ini akan
mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang ditetapkan
mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus
masa sehariannya dengan lebih berkesan. Pelajar juga akan dapat
mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari masa
ke semasa berupaya meningkatkan daya ingatan kesan daripada
mempelajari kemahiran belajar yang betul dan efektif. Penguasaan
kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian akademik
seseorang pelajar dan sekaligus mencapai matlamat pengajiannya di
UKM. Pelbagai jenis kemahiran belajar yang dipelajari sepanjang
tempoh pengajian mereka juga akan dapat meningkatkan pencapaian
individu masing-masing dan membina budaya belajar yang berkesan
dan proses pembelajaran sepanjang hayat.

PERANAN PENSYARAH

Sebagai pensyarah, kita berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan


dan kemahiran kepada setiap anak didik kita. Dalam bilik kuliah,
kita tidak terlepas menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar
kita mengikut silibus yang telah ditetapkan dalam setiap program
pengajian yang ditawarkan. Proses pengajaran melibatkan pelajar,
bahan pengajaran dan kaedah pengajaran. Kita menentukan objektif
pembelajaran dalam bilik kuliah dan menyediakan bahan pengajaran
dengan menggunakan pelbagai aktiviti atau kaedah pengajaran yang
sesuai. Bagi melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik kuliah, kita biasanya membimbing pelajar dalam pelbagai
aspek seperti membantu dalam mengembangkan potensi mereka,
menyedari kelemahan atau kebolehan mereka dan memberi latihan
untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran mereka.

PERANAN PELAJAR

Pelajar adalah individu yang menerima ilmu pengetahuan daripada


pensyarah ketika pembelajaran dalam bilik kuliah. Mereka berperanan
menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh
pensyarah. Dengan kata lain, pelajar perlu mendalami ilmu dan
membuat persoalan yang berkaitan dengan isi kandungan yang
disampaikan oleh pensyarah. Sebagai individu yang menerima ilmu
pengetahuan, pelajar harus merancang pembelajaran dengan baik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 59 07-Oct-10 9:16:33 AM


60 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

yakni mengurus bagaimana mereka dapat belajar yang berkesan agar


dapat mengenal pasti kecenderungan gaya dan strategi pembelajaran
mereka, sekaligus meningkatkan pencapaian mereka. Disamping itu,
pelajar juga berperanan membuat refleksi kendiri dengan mengenal
pasti kelemahan, kebolehan, atau persoalan yang ada dan membuat
penilaian pencapaian. Dengan menguasai kemahiran belajar yang
betul, pelajar dapat meningkatkan kemahiran belajar mereka dan
ini akan memudahkan mereka untuk mendalami ilmu pengetahuan
ketika proses pembelajaran berlaku. Cara ini akan membantu mereka
mengamalkan cara belajar yang berkesan dan seterusnya dapat
meningkatkan daya intelektual mereka.

BAGAIMANA MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN


BELAJAR PELAJAR?

Melalui program-program kecemerlangan akademik yang dianjurkan


oleh pihak Fakulti dan Kolej, pelajar perlu diberi motivasi agar
dapat meningkatkan kemahiran belajar masing-masing. Motivasi
tersebut dapat membantu mereka memahami kepentingan dan kesan
positif penguasaan kemahiran belajar terhadap pencapaian akademik
mereka. Sebagai orang dewasa, setiap pelajar juga perlu mempunyai
jadual waktu belajar sendiri bagi mengurus masa mereka dan masa
untuk mengaplikasikan kemahiran belajar yang dipelajari. Secara
tidak langsung, mereka dapat memanfaatkan masa dengan lebih
berguna dan mendisiplinkan diri untuk belajar dengan lebih berkesan.

JENIS KEMAHIRAN BELAJAR

Berikut adalah beberapa kemahiran belajar yang boleh dikembangkan


kepada pelajar sepanjang pengajian mereka di UKM:

Kemahiran dalam proses belajar

Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan


mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar
berikut semasa belajar:

Menerima dan mendaftar maklumat


Memahami apa yang diterima
Mengingat apa yang telah dipelajari

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 60 07-Oct-10 9:16:33 AM


Bimbingan Kemahiran Belajar 61

Mengaplikasi apa yang telah dipelajari

Kemahiran menguruskan masa

Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.


Pembelajaran cemerlang bergantung kepada masa yang diperlukan
untuk belajar dan menguasai sesuatu isi kandungan mata pelajaran.
Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai
sesuatu berbanding dengan pelajar cemerlang. Pelajar seharusnya
boleh menyediakan jadual waktu belajar di kolej atau di rumah. Mereka
yang lemah dalam sesuatu subjek juga harus memperuntukkan lebih
masa belajar untuk mengulang kaji subjek tersebut.

Kemahiran perpustakaan

Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.


Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari
maklumat yang dikehendaki di perpustakaan. Kemahiran perpustakaan
melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan, kemahiran
dalam merujuk melalui kad katalog atau komputer serta mendapat
bahan rujukan daripada rak-rak.

Kemahiran memperoleh maklumat

Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mencari, mengakses,


mengumpul, menganalisis dan menyimpan maklumat yang diperolehi.
Huraian lanjut mengenai kemahiran ini akan dibincangkan dalam bab
lain dalam buku ini.

Kemahiran membaca

Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana ia


akan membantu mereka memilih maklumat yang dikehendaki dan
mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Secara umumnya,
pelajar boleh didedahkan dengan teknik SQ3R yang merangkumi lima
langkah berikut:

Skim: Baca sepintas lalu.


Question: Menyoal
Read: Membaca
Recite: Menyebut kembali
Review: Menyemak untuk menyemak idea utama yang telah

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 61 07-Oct-10 9:16:33 AM


62 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dicatatkan

Kemahiran membuat nota

Sebagai pensyarah kita sering meminta pelajar untuk menyalin nota


semasa kuliah berjalan namun lazimnya mereka tidak didedahkan
dengan teknik membuat nota yang efektif. Kemahiran ini penting
untuk menguasai sesuatu maklumat dan membantu mereka membuat
ulang kaji dengan cepat serta mengingat semula isi kandungan yang
disampaikan semasa kuliah. Kemahiran mengambil nota bermakna
pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting sahaja menggunakan
pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, akronim,
lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran,
gambar rajah Venn dan peta minda.

Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir termasuk proses menggunakan minda samada


untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah. Terdapat
pelbagai kemahiran berfikir yang boleh dikembangkan kepada pelajar
seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta membuat
keputusan secara induktif dan deduktif.

Kemahiran mengingat

Lazimnya, ramai pelajar tidak dapat mengingati semula isi kandungan


mata pelajaran yang telah dipelajari mereka untuk jangka masa yang
panjang. Umum diketahui bahawa cara paling mudah untuk mengingat
ialah melalui ulang kaji secara berstruktur. Namun, pelajar yang
mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai perlu didedahkan dengan
teknik membuat ulang kaji yang berbeza.

Kemahiran menulis

Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran belajar yang paling


penting dikuasai oleh pelajar. Ini kerana dalam tempoh pengajian
mereka, setiap pelajar tidak akan terlepas menyiapkan tugasan dalam
bentuk penulisan akademik. Justeru, sebagai pensyarah, kita perlu
membimbing pelajar agar dapat menghasilkan penulisan akademik
yang baik dalam bidang pengkhususan masing-masing.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 62 07-Oct-10 9:16:33 AM


Bimbingan Kemahiran Belajar 63

Kemahiran mendengar
Mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi
antara manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan
maklumat yang didengar. Oleh kerana sebahagian besar isi kandungan
program pengajian disampaikan dalam bilik kuliah, pelajar juga perlu
didedahkan dengan teknik mendengar yang efektif.

Kemahiran menjawab soalan peperiksaan

Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar


mendapat markah yang lebih tinggi dan memperoleh keputusan
peperiksaan yang baik. Kemahiran ini merangkumi menjawab soalan
peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.

Sumber Internet tentang kemahiran belajar

Terdapat pelbagai maklumat tentang Kemahiran Belajar yang boleh


diperoleh dengan melayari Internet. Sebagai pensyarah, kita boleh
menggunakan maklumat serta bahan-bahan ini untuk meningkatkan
pengetahuan kita tentang kemahiran belajar yang boleh kita
kembangkan dalam diri pelajar. Di samping itu, kita juga boleh
menyalurkan maklumat ini kepada pelajar agar mereka boleh melayari
sumber-sumber ini secara kendiri dan memanfaatkannya sebagai satu
strategi ke arah pemantapan pembelajaran sepanjang hayat. Berikut
adalah beberapa sumber Internet berkaitan dengan Kemahiran Belajar
yang sesuai untuk pelajar UKM:

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 63 07-Oct-10 9:16:34 AM


64 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

How To Study.com (http://www.how-to-study.com/)

Education Atlas (http://www.educationatlas.com/study-skills.html)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 64 07-Oct-10 9:16:34 AM


Bimbingan Kemahiran Belajar 65

Study Guide & Strategies (http://www.studygs.net/)

HowToStudy.org (http://www.howtostudy.org/resources.php)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 65 07-Oct-10 9:16:34 AM


66 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Skills4Study (http://www.palgrave.com/skills4study/sitemap.asp)

KESIMPULAN

Sebagai rumusan, dapatlah kita simpulkan bahawa sebagai pensyarah


kita bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar, namun, sepanjang tempoh pengajian mereka di UKM,
kita juga bertanggungjawab mengembangkan pelbagai kemahiran
belajar yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk meningkatkan
pencapaian akademik mereka. Sebelum mereka bergraduat dari
UKM, setiap pelajar UKM perlu dibekalkan dengan pelbagai teknik
serta kemahiran belajar berkesan agar mereka boleh berfungsi sebagai
pelajar sepanjang hayat atau life-long learners apabila meninggalkan
menara gading ini nanti.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 66 07-Oct-10 9:16:34 AM


Bimbingan Kemahiran Belajar 67

RUJUKAN

Coffield, F., Moseley, D., Hall, E., Ecclestone, K. 2000. Learning


styles and pedagogy in post-16 learning: A systematic and critical
review. London: Learning and Skills Research Centre.
Kamarul Shukri Mat The & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi
pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Mohamed Amin Embi. 2000. Language learning strategies: A
Malaysian context. Bangi: Fakulti Pendidikan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 67 07-Oct-10 9:16:34 AM


68

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 68 07-Oct-10 9:16:34 AM


Penyeliaan Efektif 69

BAB 5

PENYELIAAN EFEKTIF

Salleh Amat
Zuria Mahmud

PENDAHULUAN

Penyeliaan di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah satu bentuk


bimbingan yang diberikan oleh seorang pensyarah kepada pelajar
dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, penulisan, serta latihan amalan
professional sama ada di peringkat prasiswazah dan juga siswazah.
Hubungan penyeliaan merupakan satu interaksi yang sangat istimewa
untuk pensyarah. Ini dibuktikan dengan perasaan kepuasan dalam
diri ahli akademik jika pelajar seliaannya berjaya bergraduat, apatah
lagi dengan keputusan cemerlang. Ia juga merupakan satu kemahiran
tahap tinggi kerana melibatkan kemahiran-kemahiran interpersonal
seperti komunikasi berkesan, strategi penyelesaian masalah dan
membuat keputusan. Bab ini membincangkan strategi bimbingan
penyeliaan yang baik yang berlaku dalam suasana yang positif dan
menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pelajar dan penyelia. Aspek
yang dibincangkan ialah memahami diri anda sebagai penyelia,
memahami pelajar yang diselia, dan proses penyeliaan yang berkesan.
Sebagai seorang penyelia, anda berperanan membantu pelajar
memperoleh suatu pengalaman yang positif sepanjang tempoh mereka
mengikuti pengajian di UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 69 07-Oct-10 9:16:34 AM


70 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

JENIS-JENIS PENYELIAAN

Antara kegiatan penyeliaan di UKM termasuklah aktiviti latihan


ilmiah, kertas projek, tesis, disertasi serta aktiviti praktikum.
Penyeliaan Penulisan Latihan Ilmiah ialah untuk pelajar prasiswazah,
manakala penyeliaan penyelidikan, penulisan tesis serta disertasi ialah
untuk pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah. Bagi program-program
yang melibatkan latihan amali dan professional, penyeliaan latihan
industri serta praktikum pula dijalankan untuk kedua-dua peringkat
pengajian.
Buku Etika dan Tatatertib Akademik UKM mendefinisikan
penyeliaan sebagai proses memberi tunjuk ajar dan bimbingan
akademik kepada pelajar bagi memantapkan ideanya untuk
menghasilkan satu penulisan tesis yang baik dan berkualiti. Pusat
pengajian Siswazah UKM (PPS) juga telah mengeluarkan satu buku
garis panduan berkaitan penyeliaan di peringkat siswazah (Garis
Panduan Penyeliaan Pelajar Siswazah 2004). Garis panduan ini juga
boleh digunakan apabila menyelia pelajar di peringkat prasiswazah.
Sebelum meneruskan perbincangan, cuba anda fikirkan kembali
pengalaman anda diselia semasa menuntut di institusi pengajian
tinggi dahulu. Adakah anda mempunyai pengalaman yang manis atau
sebaliknya? Adakah anda mempunyai hubungan yang baik dengan
penyelia? Adakah penyelia anda bersifat terbuka dengan penyelidikan
anda atau anda perlu mengikuti arahan yang diberikan semata-mata?
Pengalaman pahit dan manis semasa anda diselia suatu masa dahulu
boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda menyelia pelajar di bawah
seliaan anda sekarang. Mungkin gaya penyeliaan anda sekarang
dipengaruhi bagaimana anda diselia suatu masa dahulu? Pengalaman
yang positif adalah baik untuk diamalkan. Sebagai pensyarah generasi
masa kini, sudah tiba masanya anda memikirkan strategi penyeliaan
yang lebih berkesan agar penyeliaan itu nanti akan meninggalkan
pengalaman positif bagi anda dan pelajar-pelajar yang bakal diselia.

PERANAN PENYELIA

Seseorang penyelia bertanggungjawab untuk membantu pelajar


di bawah seliaannya untuk menyelesaikan tugasan dalam proses

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 70 07-Oct-10 9:16:34 AM


Penyeliaan Efektif 71

pembelajaran. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2009)


melalui buku Modul Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah Baru IPTA telah menegaskan bahawa penyelia berperanan
untuk memberi motivasi dan bimbingan kepada pelajar di bawah
seliaannya. Modul tersebut menegaskan, peranan penyelia adalah
untuk:

memberi tunjuk ajar termasuk mengarahkan pelajar kepada


sumber yang relevan,
mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan
pelajar,
mengesan kekuatan dan kelemahan,
membetulkan kesalahan pelajar dengan serta-merta dan,
memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik (KPT 2009,
m.s 138).

Buku panduan penyeliaan pelajar siswazah yang dikeluarkan oleh PPS


(UKM) juga menegaskan bahawa penyeliaan berkesan bukan hanya
melibatkan proses penyeliaan semata-mata tetapi juga melibatkan
pengetahuan tentang pelajar yang diselia, hubungan pelajar dengan
penyelia serta kemudahan dan sokongan dalam proses penyeliaan itu
sendiri. Oleh itu penyelia memainkan peranan yang sangat penting
bagi memastikan tujuan utama pelajar itu diletakkan di bawah seliaan
seseorang pensyarah dapat dipenuhi dengan cara yang baik dan
berkesan.

PENYELIA SEBAGAI PEMBIMBING

Jika anda seorang pelajar, apakah ciri-ciri yang ada pada seorang
pensyarah atau penyelia yang menyebabkan anda ingin mendekati dan
meminta bimbingan daripadanya? Seseorang yang akan membimbing
orang lain perlu bertanyakan soalan-soalan berikut pada diri sendiri:

Adakah anda mempunyai kriteria-kriteria seorang pendidik yang


baik seperti berakhlak dan berbudi pekerti yang tinggi?
Adakah anda seorang yang bertanggungjawab, berfikiran positif
terhadap sesuatu perkara?

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 71 07-Oct-10 9:16:35 AM


72 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Adakah anda seorang yang kreatif dalam menyampaikan maklumat,


berkebolehan menyelesaikan masalah peribadi masalah orang
lain, periang, sabar dan penyayang?
Adakah anda menghormati budaya masyarakat, merancang,
mengatur dan mengendalikan kehidupan sendiri dengan baik ?

Dalam kaunseling, sifat-sifat khusus seperti empati, menerima tanpa


syarat, jujur dan kongruen, dan mesra dan penyayang adalah sangat
penting dimiliki oleh kaunselor (Amla, Zuria, Salleh, 2009; Rogers,
1951). Empati dapat di takrif sebagai keupayaan kaunselor merasai apa
yang dialami oleh klien. Menerima tanpa syarat pula menggambarkan
bagaimana seseorang kaunselor itu menerima seseorang klien itu
seadanya atau tidak memandang seorang atau membuat andaian-
andaian tertentu kepada klien yang datang meminta bantuan. Manakala
sifat jujur membolehkan seorang kaunselor memberi bantu kepada
klien dengan hati yang terbuka dan tidak berpura-pura semasa bersama
klien. Oleh itu, sebagai seorang penyelia, anda juga sebenarnya
adalah seorang pembimbing. Untuk membimbing anda seharusnya
mempunyai sifat-sifat yang telah dinyatakan.

Keupayaan mempengaruhi

Sifat-sifat yang disebut di atas ialah asas kepada konsep yang lebih
besar iaitu keupayaan mempengaruhi. Dalam proses penyeliaan,
ahli akademik seharusnya berupaya mempengaruhi suasana di mana
kejayaan sesuatu penyeliaan bukanlah terletak di tangan mereka
sahaja. Mereka akan berjaya jika pelajar memberi kerjasama dalam
proses penyeliaan tersebut. Pelajar siswazah yang memohon untuk
diselia oleh anda, telah maklum tentang bidang kepakaran anda
sebelum mereka memohon masuk ke universiti ini. Pelajar akan terus
bekerja keras di bawah seliaan anda ataupun sebaliknya mereka akan
menarik diri atau memohon menukar penyelia jika mendapati anda
bukanlah penyelia hebat yang mereka kagumi sebelum ini. Antara
ciri-ciri pengaruh interpersonal yang patut ada pada seorang penyelia
dan pembimbing ialah:

Menunjukkan minat yang tinggi terhadap projek yang sedang


dijalankan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 72 07-Oct-10 9:16:35 AM


Penyeliaan Efektif 73

Mempamerkan dedikasi yang ikhlas untuk mencapai kualiti


Menyalurkan bantuan dengan segera untuk menyelesaikan
masalah
Menyalurkan kepakaran dengan cara positif dan bukan
merendahkan pelajar mahupun pensyarah lain
Mencari dan memperkenalkan pakar-pakar lain untuk memberi
idea yang dapat membantu
Menerima cadangan dan maklum balas dengan positif
Mengambil kira kepentingan pelajar dalam penyelidikan dan
penulisan bersama

Walaupun pensyarah mempunyai pelbagai tugasan lain di universiti,


di mata pelajar, pengiktirafan kepada penyelia mereka sebagai orang
yang signifikan dan berwibawa ialah jika penyelia tersebut memenuhi
ciri-ciri di atas. Bayangkan apakah anggapan pelajar jika terpaksa
pergi kepada pensyarah lain untuk bantuan dan bimbingan kerana
penyelianya terlalu sibuk, tidak komited, tidak dapat dihubungi,
tidak berminat ataupun tidak dapat berkomunikasi dengan berhemah.
Alangkah ruginya jika pelajar seliaan anda bergraduat dengan
pemikiran begini penyelia saya mungkin seorang yang terkenal di
universiti, tetapi dia bukanlah orang yang penting dan mempengaruhi
perjalanan hidup saya sebagai pelajar.

Memahami pelajar

Sejauh manakah anda mengenali pelajar anda? Apakah perbezaan


yang ketara dari segi aspek psikologi bagi pelajar peringkat sarjana
muda dan pelajar sarjana? Ahli psikologi telah membukitkan bahawa
setiap manusia mempunyai perbezaan-perbezaan yang tersendiri sama
ada dari segi fizikal mahu pun psikologinya (Cavanaugh & Kail,
2007; Rosenberg & Kosslyn, 2007; Slavin, 1997). Walaupun mereka
dalam umur yang sama tetapi perbezaan dari segi fizikal dan psikologi
tetap berbeza. Begitu juga sudah tentu ujud perbezaan dari segi
psikologi antara pelajar siswazah dan pra siswazah. Norzaini (2009)
menyatakan para pelajar dalam institusi pengajian tinggi adalah unik
dan mereka membawa pelbagai jenis pengalaman dan motivasi ke
dalam situasi pendidikan. Oleh itu sudah semestinya cara penyeliaan
seseorang pensyarah harus berbeza apabila menyelia pelajar di bawah

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 73 07-Oct-10 9:16:35 AM


74 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

seliaannya. Ada pelajar yang mudah memahami apa yang dikehendaki


oleh penyelia, mudah untuk belajar sendiri dan mungkin ada juga
pelajar yang datang bertemu dengan penyelia dengan membawa
pelbagai masalah peribadinya.

Tahap kematangan

Pelajar di peringkat prasiswazah secara umumnya adalah di peringkat


awal remaja yang belum matang berbanding pelajar yang mengikuti
pengajian peringat siswazah. Pelajar di peringkat sarjana pula akan
membawa pengalaman bekerja mereka ke dalam institusi pendidikan
tinggi. Ramai pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian peringkat
sarjana telah pun berkeluarga. Malah ada juga yang telah berumur
melebihi 40 tahun mengikuti pelbagai program di peringkat sarjana di
universiti. Ada juga pegawai-pegawai yang menjawat jawatan tinggi
di sektor awan dan swasta mengikuti kursus sarjana secara sambilan
atau sepenuh masa. Sekiranya penyelia telah mengenali siapakah
pelajar di bawah seliaannya maka proses penyeliaan akan menjadi
lebih mudah dan berkesan.

Status ekonomi

Bayangkan pula seorang pelajar yang anda selia adalah daripada


golongan yang kurang berkemampuan. Pelajar tersebut terpaksa
bekerja secara sambilan untuk menampung keperluan pembelajarannya
di kampus. Mungkin pelajar tidak dapat berjumpa dengan penyelia
kerana pelajar juga terpaksa bekerja pada masa yang ditetapkan untuk
sesi penyeliaan. Pensyarah mungkin boleh berkata, itu bukan urusan
saya, anda tidak hadir sesi penyeliaan bermakna anda akan gagal.
Namun demikian sekiranya penyelia benar-benar memahami pelajar
ini maka pensyarah boleh mencadangkan waktu-waktu lain yang
bersesuaian dengan masa pelajar agar pelajar dapat berjumpa untuk
penyeliaan. Lebih daripada itu pensyarah juga boleh memberi nasihat
atau bimbingan kepada pelajar ini supaya tidak mengambil sikap
sambil lewa terhadap pelajaran yang diikuti di universiti. Pensyarah
juga boleh merujuk pelajar ini kepada pihak universiti atau kaunselor
agar bantuan dapat diberikan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 74 07-Oct-10 9:16:35 AM


Penyeliaan Efektif 75

Gaya pembelajaran

Pelajar di peringkat universiti mempunyai gaya pembelajaran


yang berbeza dengan pelajar peringkat sekolah menengah. Corak
pembelajaran di peringkat universiti bolehlah dikatakan sebagai
pembelajaran dewasa. Antara corak pembelajaran dewasa yang
dicadangkan oleh Knowles (1980) adalah seperti pembelajaran
berasakan matlamat. Ini bermakna pelajar yang memasuki universiti
ini telah mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Peranan pensyarah
pula lebih kepada pembimbing atau pemudah cara membantu pelajar
mendapatkan apa yang diingini. Begitu juga pembelajaran dewasa
ini bercorak praktikal atau penggunaan ilmu yang dapat digunakan
dalam kehidupan seharian. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat maka adalah wajar
pihak institusi pengajian tinggi menyediakan para pensyarah yang
mampu berhadapan terutamanya dalam penyeliaan pelajar yang telah
berpengalaman ini.

Kepelbagaian budaya

Kestabilan negara kita juga telah menarik minat pelajar-pelajar dari


semua pelusuk dunia termasuk Asia Barat, Asia Tenggara, Asia Timur,
Eropah, Timur Tengah, serta Benua Afrika. Kehadiran pelajar-pelajar
antarabangsa memberi cabaran kepada penyelia dalam membina
hubungan penyeliaan. Ini kerana terdapat perbezaan dalam berbahasa
dan amalan budaya. Sering terdengar keluhan penyelia tentang sikap
pelajar luar negara yang kurang sabar, atau kurang berbudi bahasa
dalam proses penyeliaan. Keadaan ini terjadi kerana kita telah terdidik
dengan amalan budaya Malaysia yang menghargai sikap lemah lembut,
bersabar, menghormati orang lain, dan kita mengharap dan menjangka
semua pelajar begitu. Sebagai seorang penyelia yang baik, anda perlu
bersikap terbuka dan cuba memahami budaya pelajar yang pelbagai.
Sekarang cuba fikirkan kembali siapakah pelajar-pelajar di bawah
seliaan anda. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk
mengenali mereka? Persoalan-persoalan ini akan membantu anda
untuk memulakan strategi penyeliaan yang lebih berkesan. Mungkin
ada pensyarah atau penyelia bimbang pelajar akan mengambil
kesempatan sekiranya penyelia terlalu baik dengan para pelajar. Anda

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 75 07-Oct-10 9:16:35 AM


76 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

bagaimana?

MEMAHAMI ISU-ISU PELAJAR

Selain daripada memahami pelajar di bawah seliaan anda, ada baiknya


jika para pensyarah memahami serba sedikit isu-isu yang sering
dihadapi oleh pelajar di universiti. Zuria (2009) menyatakan pelajar di
universiti perlu membuat penyesuaian supaya mereka dapat menerima
cara hidup di kampus. Tiga aspek yang dianggap penting ialah aspek
penyesuaian akademik, sosial dan emosi (Zuria 2009, ms. 251-253).

Penyesuaian akademik

Cara pembelajaran di universiti agak berbeza dengan cara pembelajaran


di sekolah. Pelajar universiti perlu mampu berdikari dalam mencari
maklumat dan tidak terlalu bergantung kepada kuliah pensyarah sahaja.
Pelajar perlu memproses maklumat tersebut pada tahap pembelajaran
yang lebih tinggi dalam Blooms Taxonomy iaitu aplikasi, sintesis
dan analisis. Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai pelbagai
kemahiran belajar, contohnya pelajar perlu berada di luar kuliah, atau
bekerja dalam kumpulan. Oleh kerana pelajaran di universiti juga
lebih mengkhusus kepada sesuatu bidang tertentu, pelajar perlu
mempunyai minat terhadap bidang tersebut untuk berjaya. Jika pelajar
berada dalam bidang yang tidak diminati, terdapat kemungkinan yang
pelajar tersebut tidak bermotivasi untuk memberi tumpuan. Untuk
berjaya, pelajar juga perlu membina disiplin diri dalam membahagikan
masa, serta mempunyai kemahiran dalam cara belajar yang berkesan,
persediaan menghadapi ujian, serta penyelesaian tugas pada masa
yang ditetapkan.

Penyesuaian sosial

Salah satu perkara yang dianggap paling menarik bagi pelajar yang
baru memulakan kehidupan di universiti ialah kebebasan dari kawalan
keluarga. Sebelum memasuki universiti pelajar sentiasa berada
di dalam kawalan keluarga dari aspek penjagaan diri sehinggalah
pemilihan rakan, sebaliknya apabila berada di universiti pelajar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 76 07-Oct-10 9:16:35 AM


Penyeliaan Efektif 77

membuat keputusan sendiri dalam segala hal. Kebebasan yang baru


diperolehi ini jika tidak ditangani dengan betul, boleh menjadi cabaran
yang amat besar sehingga pelajar boleh hilang punca.
Pelajar yang tidak mempunyai nilai keluarga yang kukuh
berkemungkinan bermasalah dalam memilih dan berhubung secara
sihat dengan rakan dan pensyarah. Pemilihan rakan yang tidak sesuai
personalitinya boleh menyebabkan pelajar sentiasa berkonflik tentang
pelbagai perkara sehingga mengganggu proses pembelajaran. Pelajar
perlu bijak memilih aktiviti-aktiviti yang sihat dan mendatangkan
faedah kepada dirinya. Kajian Zuria, Noriah & Shafrimen (2007)
mendapati bahawa pelajar-pelajar lebih banyak berhadapan isu
penyesuaian sosial berbanding isu-isu lain.

Penyesuaian emosi

Cabaran yang dihadapi oleh pelajar universiti boleh memberi impak


kepada emosi jika tidak ditangani dengan baik. Antara perkara yang
mengganggu emosi pelajar ialah kesunyian bila berjauhan dari
keluarga, kerisauan apabila menghadapi peperiksaan, ketidakselesaan
tinggal di asrama, ataupun keresahan apabila berkonflik dengan
seseorang. Kebolehan seseorang menangani emosi mempunyai
hubungan dengan kesejahteraan diri. Pelajar yang datang dari latar
belakang keluarga yang bermasalah menjadi lebih beremosi apabila
berhadapan dengan cabaran-cabaran di kampus. Emosi-emosi
negatif seperti risau, marah, takut, curiga, rasa rendah diri serta tidak
berkeyakinan menjadi penghalang untuk pelajar mengambil risiko
dalam persahabatan mahupun untuk terus maju dalam pembelajaran.
Sebaliknya pelajar yang emosinya sejahtera dapat berhadapan dengan
masalah dengan penuh keyakinan, menganggap masalah sebagai
cabaran, dan melihat kesilapan sebagai peluang belajar. Pelajar ini
dapat menerima kekurangan diri, dan akan tabah berusaha memperbaiki
diri mereka.

Strategi membimbing dan menyelia yang berkesan

Pelajar sarjana dan pelajar doktor falsafah yang menulis tesis di UKM
berhak mendapat sekurang-kurangnya 20 jam penyeliaan untuk satu
semester. Ini bermakna jika dibahagikan dengan 14 minggu dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 77 07-Oct-10 9:16:35 AM


78 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

satu semester, seorang pelajar berhak mendapat antara 30 minit


sehingga satu jam penyeliaan seminggu. Secara umumnya penyeliaan
dijalankan secara individu di mana pelajar berkenaan mendapat
perhatian sepenuhnya dari pensyarah sepanjang waktu penyeliaan.
Pada waktu inilah masa yang terbaik untuk pelajar melaporkan tentang
perkembangan penyelidikannya, cabaran-cabaran yang dihadapi,
bacaan terkini, dan penyelia pula mendengar, memerhati, meneliti
hasil kerja pelajar, bertanyakan soalan-soalan membangun, serta
memberi pandangan dan idea untuk melancarkan proses. Tidak salah
juga bagi pensyarah jika sama-sama mencari maklumat terkini dalam
internet semasa penyeliaan tersebut. Jika mereka sedang menulis
satu artikel bersama, penyelia juga memeriksa penulisan pelajar dan
membuat pembetulan-pembetulan yang perlu.
Penyeliaan boleh juga dijalankan secara berkumpulan, sama
ada untuk projek penyeliaan latihan ilmiah di peringkat pengajian
prasiswazah mahupun tesis siswazah. Selain dari menjimatkan masa,
penyeliaan secara berkumpulan ini memudahkan pensyarah untuk
mengawal perkembangan penyelidikan di bawah tajuk yang sama.
Bagi pihak pelajar pula, penyeliaan secara berkumpulan dapat
melatih mereka berkongsi maklumat dan saling membantu antara
satu sama lain. Ia juga boleh mengurangkan rasa takut dan bimbang
apabila berhadapan dengan penyelia.
Kaedah berkumpulan ini lebih sesuai dilakukan bagi pada peringkat
permulaan bagi kumpulan pelajar siswazah. Ini dapat dilakukan dalam
bentuk seminar atau perbincangan kumpulan.

Pembinaan hubungan

Aspek yang paling penting dalam proses penyeliaan ialah pembinaan


hubungan yang baik antara penyelia dan pelajar yang diselia.
Pensyarah harus mempunyai kemahiran interpersonal atau kemahiran
berkomunikasi yang baik bagi memulakan penyeliaan. Komunikasi
yang tidak berkesan boleh mengganggu kelewatan calon menyiapkan
tesis serta boleh menggagalkan tesis tersebut (PPS, 2004).
Zuria (2009) telah menyarankan enam strategi ataupun 6D dalam
membimbing mentee yang boleh juga diaplikasikan dalam prose
membimbing pelajar di bawah seliaan pensyarah untuk membina
hubungan yang positif. Strategi 6D ini boleh diubahsuai untuk strategi

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 78 07-Oct-10 9:16:35 AM


Penyeliaan Efektif 79

penyeliaan. Strategi 6D tersebut adalah dekati, dengari, dasari, daya


baiki, damping dan dokumenkan.
Dekati merujuk kepada peranan pensyarah yang perlu
menunjukkan sikap ingin membantu dan memulakan perbualan dan
bermanis muka dengan pelajar di bawah seliaannya. Dengari ialah
proses mendengar dengan aktif tanpa memberi penilaian terhadap
apa yang disampaikan oleh pelajar. Dasari pula ialah proses melihat
punca permasalahan dan cabaran. Bagi strategi daya baiki, penyelia
boleh melihat kekuatan pelajar dan menggunakannya sebagai
penyelesai masalah. Bagaimanapun, Zuria (2009) menyarankan jika
mentor mendapati menteenya mempunyai masalah-masalah mental
dan emosi yang dalam, mentor bolehlah merujuk mentee tersebut
kepada unit kaunseling di universiti. Dalam proses penyeliaan pula
pensyarah boleh mencadangkan pelajar yang mempunyai masalah
peribadi yang teruk untuk menangguhkan pengajian atau berjumpa
kaunselor dan cuba menyelesaikan isu-isu peribadi itu terlebih dahulu
sebelum meneruskan penyeliaan akademik bersama pensyarah.
Strategi dampingi pula boleh dikaitkan dengan kesediaan pensyarah
untuk mengambil tahu tentang perkembangan pelajar di bawah
seliaannya sepanjang pengajiannya. Sikap perhatian ini akan dapat
menambahkan motivasi pelajar dan seterusnya mewujudkan suatu
pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.
Sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak PPS,
adalah wajar setiap penyelia mendokumenkan segala maklumat
yang berkaitan dengan penyeliaan dan pelajar di bawah seliaannya.
Maklumat yang perlu disimpan dalam fail penyeliaan ialah nama,
alamat, telefon, e-mail, gambar, dan perkembangan akademik.
Dokumentasi ini membantu ahli akademik mengenali dengan lebih
dekat pelajarnya dan perkara-perkara yang berlaku sepanjang proses
penyeliaan.

Terbuka

Bagi menjalin hubungan yang baik seseorang perlu mempunyai


sikap terbuka. Terbuka bermakna seseorang itu tidak mudah menilai
seseorang dengan pelbagai sangkaan yang tidak menentu. Orang
yang terbuka mudah menerima pandangan orang lain serta menerima
seseorang individu seadanya. Sebagai seorang yang terbuka seseorang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 79 07-Oct-10 9:16:35 AM


80 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pensyarah perlu menerima pelajar yang diselianya dengan hati yang


terbuka dan cuba memahami pelajar yang diselianya. Sebagai seorang
penyelia, kita tidak seharusnya melabel pelajar kita seperti pemalas,
suka memberi alasan, tidak bersungguh-sungguh atau pelbagai
andaian negatif yang menghalang pembinaan hubungan yang positif.
Jika benar pun andaian kita itu maka pelajar tersebut seharusnya
dibantu dengan merujukkan pelajar tersebut kepada kaunselor. Dalam
kaunseling keadaan ini lebih dikenali sebagai penerimaan tanpa syarat
(Amla et al. 2009; Corey 2009; Ivey, Ivey, & Zalaquett 2009)

Komunikasi berkesan

Komunikasi berkesan melibatkan hubungan dua hala. Oleh itu


dalam proses penyeliaan, penyelia dan pelajar perlu bertukar-tukar
pandangan dan saling memahami antara satu sama lain. Ini bermakna
pelajar tidak hanya menerima apa sahaja yang dinyatakan oleh
penyelia. Komunikasi berhemah, menghormati, menghargai, dan
mesra dapat membantu mengukuhkan hubungan antara penyelia dan
pensyarah. Komunikasi yang berkesan membolehkan pelajar berasa
selesa apabila bersama penyelianya. Pelajar akan merasa didengari,
difahami, dan disokong dalam usaha-usahanya. Keadaan ini sudah
tentunya akan membantu melicinkan proses penyeliaan kerana pelajar
akan berasa kurang tekanan walaupun pelbagai kerja berkaitan projek
atau penyelidikan perlu diselesaikan.
Zuria (2009) menyatakan terdapat segolongan ahli akademik
yang pakar dalam bidang mereka, tetapi amat lemah dalam cara
berkomunikasi. Mereka lebih gemar memilih perkataan yang
melukakan hati dan menggunakan nada suara yang tinggi sehingga
menakutkan pelajar. Apabila pelajar berasa takut, sudah tentunya
suasana penyeliaan juga tidak akan menyeronokkan. Akhirnya pelajar
akan meminta untuk bertukar penyelia. Pelajar boleh ditegur tetapi
perlulah dengan cara yang berhemah. Zuria (2009) menyatakan
kebanyakan permintaan untuk menukar penyelia tesis ialah kerana
kegagalan komunikasi antara penyelia dan pelajar.

Bertolak ansur

Konflik antara penyelia dan pelajar boleh terjadi apabila mereka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 80 07-Oct-10 9:16:35 AM


Penyeliaan Efektif 81

tidak mencapai persetujuan tentang hala tuju, skop, dan imitasi


penyelidikan. Penyelia yang tidak bertolak ansur akan memaksa pelajar
menjalankan kajian berkaitan bidang yang diminati penyelia sahaja.
Pelajar pula berdegil mahu melakukan kajian yang selesa baginya,
ataupun perlu menurut kemahuan penaja mereka. Sepatutnya isu ini
diselesaikan sebelum pelajar ditawarkan tempat pengajian, di mana
pelajar diminta menghantar usulan penyelidikan kepada panel penilai.
Pelajar hanya patut diterima masuk jika fakulti mempunyai pakar yang
dapat menyelia pelajar tersebut. Pertukaran penyelia atas pelbagai
sebab (seperti konflik personaliti, tajuk kajian, perbezaan pendapat)
walaupun dibolehkan, akan menimbulkan masalah kepada pelajar
sendiri, serta ahli-ahli fakulti yang terpaksa menerima pertambahan
jumlah beban penyeliaan.

PENYELIAAN DAN ISU PERIBADI PELAJAR

Peranan penyeliaan sememangnya lebih tertumpu pada penyeliaan


yang berbentuk akademik dan berorientasikan penyelidikan atau
projek yang dijalankan. Namun demikian penyelia juga seharusnya
memberi sedikit ruang kepada pelajar di bawah seliaannya untuk
berkongsi perkara-perkara peribadi yang boleh mengganggu proses
penyeliaan. Sengai contohnya jika pelajar yang diselia telah kematian
ahli keluarga, sudah tentunya sikap pelajar pada hari penyeliaan tidak
begitu ceria dan muram. Begitu juga jika pelajar tidak dapat hadir oleh
kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka pelajar perlu diberi
peluang untuk berjumpa pada waktu yang lain. Pensyarah tidak perlu
risau sekiranya pelajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak dapat
hadir pada masa penyeliaan atau tidak bersedia semasa penyeliaan.
Pensyarah boleh membuat justifikasi sama ada pelajar cuba menipu
ataupun sebaliknya. Namun demikian jika hubungan antara penyelia
dan pelajar adalah baik, isu-isu penipuan atau memberi pelbagai alasan
dapat dielakkan. Tidak dinafikan terdapat pelajar yang terlalu banyak
memberi alasan mengapa mereka tidak maju dalam pelajaran atau
penyelidikan. Pelajar perlu diingatkan bahawa pemilihan untuk belajar
di universiti ini adalah pilihan pelajar itu sendiri. Pelajar sendiri tahu
harapan atau jangkaan oleh pihak universiti apabila menyertai program
yang ditawarkan. Secara tidak langsung, penyelia juga membantu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 81 07-Oct-10 9:16:36 AM


82 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pelajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Persetujuan penyeliaan

Persetujuan untuk menjalankan penyeliaan sebenarnya adalah


suatu perjanjian antara pensyarah dan juga pelajar. Sebagai suatu
perjanjian maka adalah wajar kedua-dua pihak menghormati dan akur
akan perjanjian tersebut. Pertama sekali pensyarah dan pelajar perlu
mengadakan satu jadual untuk penyeliaan. Kekerapan perjumpaan
bergantung kepada kesesuaian masa pelajar dan pensyarah. Mungkin
ada pensyarah yang menetapkan perjumpaan adalah dua kali seminggu
ataupun seminggu sekali. Pelajar perlu dididik agar menghormati
masa pensyarah. Ini bermakna pelajar tidak wajar datang berjumpa
pensyarah pada bila-bila masa sahaja. Mereka perlu diberitahu
bahawa pensyarah juga terlibat dalam pengajaran, penyelidikan,
penyeliaan pelajar lain serta tugas-tugas pentadbiran. Mungkin anda
pernah mendengar pelajar mengatakan terlalu sukar untuk berjumpa
seseorang pensyarah tetapi pelajar sendiri tidak pernah membuat temu
janji. Pada masa ini pensyarah dikehendaki menampalkan jadual
waktu perjumpaan di pintu masing-masing agar pelajar boleh bertemu
dan membuat temu janji.
Ada ketikanya pensyarah tidak dapat memenuhi temu janji yang
telah dirancangkan. Sebagai contohnya mungkin seorang pensyarah
terlibat dalam mesyuarat di luar UKM ataupun mungkin terpaksa
menghadiri mesyuarat yang tidak dijadualkan. Jika anda terpaksa
menunda perjumpaan yang telah dijadualkan, maka adalah wajar
anda menghubungi pelajar untuk memaklumkan perkara tersebut.
Jika tidak sempat berbuat demikian, anda boleh meninggalkan nota
memaklumkan yang anda tidak dapat berada di pejabat pada waktu yang
telah ditetapkan. Jangan biarkan pelajar menunggu anda terlalu lama
dan jangan pinda waktu perjumpaan dengan sewenang-wenangnya.
Cuba anda bayangkan seorang pelajar siswazah yang datang dari jauh
untuk mengadakan perbincangan dengan pensyarah tetapi tidak dapat
bertemu dengan pensyarah seperti telah dipersetujui.
Oleh itu adalah penting bagi pensyarah menyimpan nombor telefon
dan e-mail pelajar. Ini tidak bermakna pensyarah memberi muka
kepada pelajar. Mungkin ada juga pensyarah yang berkata, pelajar
tidak harus dilayan dengan baik takut nanti kepala kita pula yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 82 07-Oct-10 9:16:36 AM


Penyeliaan Efektif 83

akan dipijaknya. Pensyarah tidak perlu bimbang untuk menghubungi


pelajar jika tidak dapat memenuhi temu janji yang dipersetujui.
Sebenarnya pelajar akan lebih menghormati pensyarah apabila
pensyarah menghubungi pelajar untuk memaklumkan penangguhan
perjumpaan. Penyelia atau pensyarah juga perlu menghormati hak
pelajar yang diselianya. Inilah yang dikatakan seorang yang penyelia
yang berhemah.
Tempat penyeliaan juga adalah penting bagi memastikan suatu
penyeliaan yang selesa dapat dijalankan. Secara umumnya penyeliaan
wajar dijalankan di bilik pensyarah. Namun demikian penyeliaan juga
boleh dijalankan di makmal atau di lapangan tempat penyelidikan
dijalankan. Penyeliaan di hotel semasa persidangan atau di luar
kawasan pejabat adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menimbulkan
fitnah. Masalah fitnah boleh dikurangkan sekiranya perjumpaan
penyeliaan tersebut dapat dilakukan dengan lebih daripada seorang
pelajar ataupun penyeliaan yang dilakukan secara berkumpulan.

Memberi maklum balas

Maklum balas adalah aspek yang sangat penting dalam proses


penyeliaan. Penyelia adalah pakar dalam bidangnya maka adalah
sangat mudah bagi penyelia untuk mengesan kekurangan atau
kekuatan sesuatu penyelidikan atau penulisan. Adalah menjadi
kewajipan seorang penyelia memberi teguran sama ada positif atau
negatif terhadap tesis atau laporan projek yang dikemukakan. Ada
pensyarah yang menyatakan bahawa seorang penyelia harus tegas
dalam memberi teguran kepada pelajar. Ketegasan memang perlu
ujud dalam proses penyeliaan. Apa yang penting ialah pensyarah atau
penyelia tidak perlu menjatuhkan air muka atau maruah pelajar kerana
tidak berpuas hati dengan apa yang dikemukakan oleh pelajar.
Komen-komen negatif haruslah lebih menjurus kepada aspek
kelemahan dalam tesis yang dikemukakan dan bukannya dalam
bentuk serangan peribadi. Apabila memberi komen negatif penyelia
harus menunjukkan kelemahan dalam aspek yang khusus. Sebagai
contohnya penyelia boleh menyatakan bilangan responden yang
tidak mencukupi atau analisa statistik yang tidak tepat bagi sesuatu
persoalan kajian. Komen yang hendak diberikan biarlah secara
berhemah. Contohnya, saya dapati bahagian tinjauan kepustakaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 83 07-Oct-10 9:16:36 AM


84 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

masih boleh diperbaiki, dan bukannya terus membuang keluar atau


membaling bahan yang dibawa oleh pelajar kerana anda tidak berpuas
hati dengan kajian kepustakaan yang dikemukakan. Kata-kata kesat
atau sindiran sinis tidak membantu dalam hubungan yang baik antara
pensyarah dan penyelia.
Ada juga penyelia yang menghalau pelajar keluar dari bilik kerana
tidak berpuas hati dengan perkembangan penulisan yang dibawa oleh
pelajar. Kata-kata seperti, awak jangan jumpa saya sehingga awak
mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, perlulah dielakkan.
Sebaliknya penyelia boleh memaklumkan kepada pelajar dengan
berkata, saya harap anda dapat menambahkan maklumat dengan
membaca aspek ini dengan lebih mendalam, selepas itu barulah kita
bertemu semula. Jika hubungan yang tidak baik ujud antara penyelia
dan pelajar maka proses penyeliaan dan pengalaman pembelajaran
yang positif tidak akan berlaku kepada pelajar.
Memberi komen negatif atau tidak bersetuju dalam pernyataan yang
dikemukakan oleh pelajar dalam laporan yang dihantar adalah perkara
biasa dalam proses penyeliaan. Namun demikian penyelia seharusnya
dapat memberi maklum balas positif dan pujian sekiranya terdapat
aspek yang didapati baik dalam penulisan yang dikemukakan. Seperti
kebiasaannya, manusia lebih mudah melihat keburukan seseorang
daripada melihat kebaikannya. Penyelia boleh menulis perkataan-
perkataan seperti, idea yang bagus, good point, permulaan yang
baik, rujukan yang terkini, baik, well done, idea yang bagus
tetapi terlalu panjang, sila kembangkan idea ini, dan sebagainya.
Ungkapan-ungkapan ini akan memberi semangat dan motivasi kepada
pelajar untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Pelajar juga akan lebih
menghormati penyelia jika penyelia menghormati pelajar.

ETIKA PENYELIAAN

Walaupun garis panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Pusat


Pengajian Siswazah (PPS 2004) lebih tertumpu pada kod etika
penyeliaan di peringkat siswazah, garis panduan itu juga boleh
diguna pakai di peringkat pra siswazah. Pihak universiti juga sedang
mengemaskinikan Buku Etika untuk kakitangan akademiknya yang
secara jelas menerangkan ciri-ciri penyelia yang cemerlang.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 84 07-Oct-10 9:16:36 AM


Penyeliaan Efektif 85

CIRI-CIRI PENYELIA CEMERLANG

Seseorang penyelia yang cemerlang seharusnya mempamerkan ciri-


ciri berikut:

Menunjukkan komitmen serta disiplin yang tinggi terhadap tugas


penyeliaan yang diamanahkan kepadanya.
Penyelia seharusnya adalah pakar dalam bidangnya dan selaras
dengan bidang pelajar yang diselia.
Menepati masa perjumpaan dengan pelajar.
Walaupun terlalu sibuk, seseorang penyelia perlu meluangkan
masa untuk pelajar di bawah seliaannya mengikut persetujuan
antara pelajar dan penyelia.
Berusaha memaklumkan kepada pelajar sekiranya tidak dapat
memenuhi masa pertemuan yang telah dipersetujui.
Sentiasa berinteraksi secara mesra dan profesional terhadap pelajar
di bawah seliaannya
Mempamerkan sikap prihatin terhadap pelajar semasa proses
penyeliaan.
Menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara positif semasa
proses penyeliaan
Melayan semua pelajar di bawah seliaannya secara saksama
Memberi pujian serta teguran membina terhadap tugasan yang
diajukan oleh pelajar
Mengemaskinikan rekod penyeliaan pelajar dari masa ke semasa
Memberi maklum balas kepada hasil kerja pelajar dalam tempoh
masa yang bersesuaian.
Sentiasa bersedia dan boleh menerima maklum balas daripada
pelajar semasa perbincangan berkaitan dengan penyelidikan
yang dijalankan
Menghormati pandangan rakan sekerja dan tidak memburukkan
rakan akademik lain terutamanya penyelia bersama.
Tidak membincangkan masalah universiti atau masalah-masalah
yang tidak berkaitan dengan akademik semasa proses penyeliaan.
Memberikan sepenuh tumpuan semasa penyeliaan. Pensyarah
atau penyelia tidak seharusnya membuat kerja lain semasa proses
penyeliaan
Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 85 07-Oct-10 9:16:36 AM


86 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Bersikap terbuka dan tidak mudah menilai seseorang


Memberikan jumlah masa yang munasabah semasa proses
penyeliaan.
Menghormati pendapat dan pandangan daripada pelajar.

PENYELIAAN SECARA MAYA

Selaras dengan perkembangan teknologi, corak penyeliaan juga


berubah. Penggunaan teknologi terkini boleh membantu proses
penyeliaan terutamanya pelajar yang berada di luar kampus atau
yang mengikuti pendidikan jarak jauh. Institusi pendidikan yang
menawarkan corak pembelajaran secara maya atau jarak jauh ini
mungkin akan menjadi tarikan kepada individu yang mengikuti kursus
sambilan, berada di luar kawasan kampus atau berada di luar negara.
Di kampus kita sudah tentu ada pelajar yang mengikuti kursus
tetapi berada di luar negara ataupun mereka yang mengikuti program
secara sambilan dan hanya datang ke kampus seminggu atau sebulan
sekali. Maka sudah tentu peluang-peluang untuk berinteraksi bersama
penyelia secara maya adalah sangat membantu.
Namun demikian sebelum memulakan corak penyeliaan secara
maya ini, kedua-dua pihak iaitu pihak pelajar dan penyelia haruslah
membuat persetujuan bagaimanakah penyeliaan secara maya ini dapat
dijalankan. Sebagai permulaan, adakah anda membenarkan pelajar
menghubungi anda melalui telefon jika mereka inginkan nasihat atau
bimbingan berkaitan dengan sesuatu perkara. Adakah pelajar boleh
menghubungi anda pada bila-bila masa atau anda telah menetapkan
waktu-waktu tertentu yang membolehkan pelajar menghubungi anda
di pejabat. Mungkin ada juga penyelia yang memberikan nombor
telefon peribadi dan membenarkan pelajar menghubungi selepas
waktu pejabat. Persetujuan antara penyelia dan pelajar juga adalah
perlu sekiranya pelajar dibenarkan untuk menghantar dokumen
melalui e-mail. Dengan cara ini pelajar tidak perlu menghantar
dokumen secara bercetak. Ini kerana ada juga penyelia yang lebih
suka memberi komen atau membuat pembetulan secara terus dalam
dokumen yang dihantar oleh pelajar melalui e-mail dan seterusnya
menghantar kembali dokumen yang telah diulas.
Tidak dapat dinafikan pensyarah atau penyelia yang lebih suka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 86 07-Oct-10 9:16:36 AM


Penyeliaan Efektif 87

proses penyeliaan dilakukan secara bersemuka. Namun demikian


penyeliaan secara maya ini boleh meningkatkan hubungan yang
positif antara pelajar dan penyelia kerana penyelia memberi ruang
untuk pelajar berinteraksi kerana kekangan masa dan jarak yang jauh.
Antara program yang boleh digunakan bagi membantu penyeliaan
secara maya adalah seperti yahoo messenger, skype dan juga facebook.
Begitu juga penyelia boleh mewujudkan kumpulan perbincangan
(group e-mail), forum, dan pelbagai bentuk interaksi lain yang boleh
didapati secara percuma melalui internet.
Sudah tentunya kaedah ini akan membantu pelajar yang berada
jauh dari kampus. Namun demikian, penyelia perlulah tegas dalam
membenarkan pelajar dalam menggunakan penyeliaan secara maya
ini. Sebagai contohnya, sudah tentu tidak wajar sekiranya seorang
pelajar menghantar dokumen setebal 50 muka surat melalui e-mail
dan meminta maklum balas keesokan harinya. Begitu juga adalah
tidak wajar jika pelajar memasuki laman chat pada bila-bila masa
setelah mendapati penyelianya berstatus on line. Mungkin pada
masa itu pensyarah menggunakan komputernya untuk tujuan lain
selain daripada penyeliaan. Oleh itu penyelia boleh mengingatkan
pelajar masa untuk penyeliaan yang telah dipersetujui. Sebenarnya
dengan persetujuan ini kedua-dua pihak akan lebih menghormati
antara satu sama lain dan privasi pensyarah tidak di ceroboh oleh
pelajar kerana gara-gara penyeliaan secara maya. Para pelajar harus
dididik untuk menghormati masa pensyarah dan tidak seharusnya
membebankan pensyarah dengan mengharapkan pensyarah akan
sentiasa melapangkan masa untuk mendapatkan bimbingan atau
bantuan berkaitan dengan pengajiannya di universiti.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya bab ini telah membincangkan strategi


penyeliaan yang berkesan. Penyeliaan yang berkesan dapat membantu
pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang
mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara aspek
yang penting dalam proses penyeliaan adalah hubungan yang positif
antara penyelia dan pelajar. Perhubungan yang baik bukan hanya
akan membantu pelajar menyelesaikan tesis, atau disertasi mereka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 87 07-Oct-10 9:16:36 AM


88 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan baik tetapi juga dapat membantu pelajar mempertingkat


perkembangan diri serta membina keyakinan diri. Sebenarnya dalam
proses penyeliaan ini pensyarah juga membantu pelajar untuk lebih
bertanggungjawab dan membangunkan potensi diri pelajar itu sendiri.
Proses penyeliaan membantu seorang pelajar berkembang dengan
baik hasil daripada bimbingan yang diberikan oleh pensyarah.

RUJUKAN

Amla Salleh, Zuria Mahmud, Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan


kaunseling sekolah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cavanaugh, J.C. & Kail, R.V. 2007. Human development: A life span
view. Thomson: Belmont, CA.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2005. Modul kursus asa
pengajaran dan pembelajaran pensyarah baru IPTA. Shah
Alam: Pusat Penerbit Universiti UITM (UPENA)
Universiti Kebangsaan Malaysia. 2005. Etika dan tatatertib akademik
(edisi ke-2). Bangi: Penerbit UKM
Zrosenberg,R. S. & Kosslyn, S. M. 2007. Fundamentals of psychology
in context. Pearson: Boston
Slavin, R.E. (1997). Educational psychology: Theory and Practice.
Needham Heights, MA.: Allyn & Bacon.
Zuria Mahmud 2009. Bimbingan dan mentoran. Dalam Mohammed
Amin Embi. Panduan pengajaran & pembelajaran berkesan.
Pusat Pembangunan Akademik, UKM: Bangi
Zuria Mahmud, Noriah Mohd Ishak, Shafrimen (2005), Penyesuaian
akademik, sosial, dan emosi pelajar-pelajar di kampus. Jurnal
Personalia, 429-435.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 88 07-Oct-10 9:16:36 AM


Bimbingan Penulisan Berkesan

BAB 6

BIMBINGAN PENULISAN BERKESAN

Ismail Sahid

PENDAHULUAN

Sebagai seorang ahli akademik di universiti, selain mengajar, pensyarah


juga terlibat dalam menjalankan penyelidikan. Usaha penyelidikan
yang dijalankan oleh kakitangan akademik amat penting dalam
usaha mencari dan menyelesaikan pelbagai masalah. Hasil kajian
yang dijalankan tidak memberi banyak faedah dan dimanfaatkan
sepenuhnya sekiranya disimpan dalam bentuk laporan sahaja. Hasil
penemuan penyelidikan sepatutnya diwar-warkan melalui saluran
tertentu kecuali jika hasil penyelidikan tersebut mempunyai kerahsiaan
atau nilai komersil sehingga ianya perlu dipatenkan terlebih dahulu.
Penerbitan akademik juga akan dapat menjadi panduan kepada
penyelidik lain agar tidak mengulangi kajian yang sama tetapi
sebaliknya mendalamikan lagi hasil kajian tersebut.
Bagi kakitangan akademik, hasil kajian seringkali diterjemahkan
dalam bentuk manuskrip yang diterbitkan dalam jurnal, prosiding,
monograf dan sebagainya. Di antara medium yang paling penting ialah
penerbitan dalam jurnal bertasyih dan berimpak tinggi. Bagaimanapun,
bagi penemuan yang perlu dihebahkan segera, mungkin penerbitan
melalui prosiding iaitu hasil kompilasi kertas kerja yang dibentangkan
dalam seminar, konferen dan simposium. Penerbitan dalam bentuk
prosiding lebih cepat diterbitkan tetapi bergantung kepada kekerapan
seminar atau konferen berkenaan dianjurkan. Sekiranya seminar atau
konferen yang releven dengan penyelidikan tersebut tidak dianjurkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 89 07-Oct-10 9:16:36 AM


90 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan kerap, maka adalah lebih baik diterbitkan dalam jurnal.


Manuskrip yang dihantar untuk penerbitan dalam jurnal akan melalui
proses pentasyihan yang ketat. Oleh itu artikel yang diterbitkan dalam
jurnal akan mendapat kredit yang lebih tinggi berbanding dalam
prosiding. Pada masa kini, jurnal yang menjadi pilihan ahli akademik
ialah jurnal yang mempunyai nilai impak tinggi atau diindeks sama ada
dalam ISI atau Scopus. Ketika ini, penerbitan dalam jurnal bermutu
telah diguna sebagai satu kriteria kecemerlangan akademik dalam
pertimbangan bagi kenaikan pangkat. Bagi pelajar sarjana dan doktor
falsafah di UKM dimestikan menerbit artikel dalam jurnal sebelum
dipanggil untuk menghadiri peperiksaan lisan. Oleh yang demikian,
pelajar perlu memahami cara menulis artikel untuk jurnal.

PEMILIHAN JURNAL

Apa yang perlu dilakukan oleh seorang kakitangan akademik


sebelum menerbitkan sesuatu manuskrip? Perkara pertama yang perlu
dilakukan ialah memastikan dulu sama ada data yang ada mencukupi
untuk diterbitkan. Sesuatu manuskrip hanya dianggap mencukupi
untuk diterbitkan sekiranya satu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan
data beberapa kajian yang telah dilakukan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penulis ialah
mengenalpasti jurnal mana yang sesuai diterbitkan. Penulis perlu
mendapatkan satu contoh jurnal atau panduan menulis untuk jurnal
tersebut. Penulis terlebih dahulu penulis perlu memastikan artikel
yang hendak dihantar berada dalam skop jurnal berkenaan. Di
samping itu penulis perlu meneliti gaya penulisan dan format jurnal
berkenaan. Penulis perlu meneliti cara menulis rujukan dalam teks
dan bagaimana untuk menulis senarai rujukan. Ini disebabkan jurnal
yang berlainan mempunyai cara penulisan rujukan yang berbeza.
Terdapat jurnal yang rujukannya menggunakan sistem penomboran.
Penggunaan tajuk kecil juga perlu diteliti kerana terdapat jurnal hanya
membenarkan penggunaan sehingga dua sub tajuk sahaja. Demikian
juga dengan penulisan Hasil dan Perbincangan, kerana terdapat jurnal
yang bahagian Hasil ditulis secara berasingan daripada Perbincangan.
Oleh yang demikian, contoh artikel yang sudah diterbitkan dalam
jurnal bekenaan sangat membantu penulis yang pertama kali ingin

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 90 07-Oct-10 9:16:36 AM


Bimbingan Penulisan Berkesan 91

menghantar ke jurnal tersebut.

ELEMEN DALAM PENULISAN AKADEMIK

Perkara berikut perlu ada dalam satu artikel untuk penerbitan, iaitu:

Tajuk
Abstrak
Kata kunci
Pendahuluan
Hasil dan Perbincangan
Kesimpulan
Rujukan

Bagaimanapun format yang sebenar perlu dirujuk kepada panduan


yang disediakan oleh setiap jurnal. Bagi penulisan tesis UKM,
pelajar perlu memastikan mengikut buku Gaya UKM. Secara umum,
penulisannya tidak banyak berbeza dengan cara menulis artikel untuk
jurnal. Bezanya penulisan tesis lebih panjang dan ada beberapa aspek
lain iaitu seperti Kajian Kepustakaan dan Lampiran boleh dimuatkan
jika perlu. Tesis boleh berbentuk seperti beberapa artikel jurnal yang
terdiri daripada beberapa kajian dan kemudiannya dijadikan seperti
satu bab dengan tajuk yang khusus. Pada masa ini, kebanyakan tesis
ditulis dalam cara sedemikian. Cara ini memudahkan pelajar apabila
hendak menulis artikel jurnal. Pelajar hanya perlu menggubahsuai dan
kemudian dihantar untuk penerbitan jurnal. Bagi tesis sarjana yang
agak pendek, maka formatnya sama seperti menulis sebuah artikel.
Misalnya, semua kaedah diletakkan dalam satu bab yang sama.

Tajuk artikel/manuskrip

Setiap artikel mesti mempunyai tajuk khusus. Tajuk yang ditulis


akan memberi maklumat jelas tentang kandungan tesis/manuskrip
berkenaan. Tajuk yang baik mestilah ringkas, padat dan memberi
maklumat jelas tentang kandungan tesis/manuskrip .

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 91 07-Oct-10 9:16:36 AM


92 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Penulisan abstrak

Ramai pelajar kurang jelas dalam penulisan abstrak. Abstrak merupakan


ringkasan kepada kandungan artikel yang ditulis. Panjang sesuatu
abstrak tertakluk kepada jurnal tertentu. Seseorang pembaca tidak
perlu membaca keseluruhan artikel tetapi mencukupi dengan hanya
membaca abstrak, maka pembaca tadi sudah mengetahui kandungan
keseluruhan artikel tersebut. Apabila menulis abstrak untuk artikel atau
tesis, maka ia perlu mempunyai empat perkara iaitu, tujuan, kaedah,
hasil kajian dan kesimpulan. Mulai ayat dengan menyatakan tujuan
kajian dilakukan. Tujuan ditulis dalam bentuk yang jelas dan ringkas,
mungkin dua ayat sudah mencukupi. Selepas itu pelajar menulis
sedikit kaedah kajian dijalankan dan jika kajian dilakukan di lapangan
maka elok jika dinyatakan lokasi di mana kajian telah dijalankan.
Jika pelajar menggunakan kaedah tertentu, maka disarankan ditulis
peralatan khusus yang digunakan. Peralatan biasa seperti penimbang,
pH meter tidak perlu ditulis. Sebahagian besar kandungan abstrak
terdiri dariapada hasil kajian yang diperoleh. Maklumat tentang hasil
boleh mencapai hingga 75% daripada keseluruhan abstrak. Pelajar
akan memasukkan hasil-hasil yang signifikan dalam abstrak. Di akhir
bahagian abstrak perlu ada penutup atau kesimpulan. Pelajar perlu
menulis kesimpulan dengan jelas berdasarkan kepada hasil kajian
sahaja dan tidak membuat sebarang andaian di luar skop kajian.
Teradapat beberapa kesilapan yang acapkali dibuat oleh pelajar iaitu
misalnya menulis rujukan dan menulis dalam beberapa paragraph.
Rujukan tidak boleh ditulis dalam abstrak walaupun ianya merupakan
satu kaedah yang diambil dari pengarang lain.

Kata kunci (key words)

Untuk tujuan indeks, kebanyakan jurnal meminta diberikan katakunci.


Jumlah perkataan katakunci tidak perlu banyak (5 sahaja atau
bergantung kepada jurnal). Pelajar perlu memilih katakunci yang
sesuai supaya artikel tadi mudah diakses oleh penyelidik lain.

Bahagian pendahuluan (Introduction)

Bagi penulisan kertas saintifik, pelajar akan menulis bahagian

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 92 07-Oct-10 9:16:37 AM


Bimbingan Penulisan Berkesan 93

Pendahuluan selepas abstrak. Bagaimanapun bagi penulisan tesis,


ramai di kalangan pelajar menulis Tinjauan Kepustakaan berasingan
daripada bab Pendahuluan.
Ramai di kalangan pelajar kurang pasti tentang apa yang patut
ditulis dalam bahagian Pendahuluan. Bahagian ini lebih merupakan
latar belakang berkaitan dengan kajian atau kandungan manuskrip
atau tesis yang ditulis. Bagi penulisan tesis, bahagian Pendahuluan
tidak perlu panjang iaitu kurang lebih 3 muka surat sudah mencukupi.
Mengikut kelazimannya, dalam Pendahuluan mengandungi latar
belakang projek, permasalah kajian dan tujuan kajian dijalankan.
Untuk tujuan kajian boleh ditulis dalam poin, jelas dan tidak perlu
panjang. Bagaimanapun untuk artikel jurnal, tidak perlu panjang
dan tujuan ditulis di bahagian akhir dalam bentuk ayat bukan dalam
bentuk poin.

TINJAUAN KEPUSTAKAAN

Tinjauan kepustakaan bukan seperti menulis esei. Ianya perlu disokong


dengan rujukan yang berkaitan. Dalam penulisan tesis, bab ini boleh
ditulis dalam bab khusus tetapi ada juga kalangan pelajar yang
menggabungkan maklumat bab pendahuluan. Jika pelajar memilih
untuk menulis tinjauan kepustakaan secara tersendiri, maka bilangan
muka surat seharusnya berpatutan tetapi tidak perlu terlalu panjang.
Komponen yang perlu ada dalam bab ini ialah kajian-kajian lepas yang
berkaitan yang perlu diselesaikan dan lompang yang perlu ditampung.
Ramai di kalangan pelajar hanya menulis maklumat tentang kajian
terdahulu tanpa membuat sebarang analisis berkaitan maklumat yang
ditulis. Ramai pelajar yang menulis bahagian ini sama seperti esei
tanpa memberikan rujukan yang sesuai. Bagi menggelakkan masalah
ini, pelajar perlu memasukkan rujukan yang sesuai berkaitan kajian
yang dijalankan. Rujukan yang ditulis mestilah merupakan rujukan
terkini. Pada masa ini untuk memperoleh rujukan terkini agak mudah
kerana banyak rujukan boleh didapati secara dalam talian. Pelajar
perlu meneliti format jurnal tentang cara menulis rujukan sama ada
menulis angka atau menulis nama penulis artikel. Demikian juga
dengan urutan penulis artikel, jika terdapat beberapa rujukan dalam
satu ayat.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 93 07-Oct-10 9:16:37 AM


94 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

BAHAN DAN KAEDAH

Kaedah menerangkan proses yang dijalankan untuk meneliti tujuan


kajian. Bahagian ini menerangkan tentang kaedah yang digunakan
dalam kajian yang dijalankan yang membolehkan seseorang penyelidik
lain mengulanginya jika menggunakan kaedah yang sama. Menulis
kaedah kajian untuk tesis berbeza dengan artikel untuk jurnal. Kaedah
untuk tesis ditulis lebih terperinci berbanding artikel untuk jurnal.
Kaedah kajian yang ditulis untuk jurnal, tidak perlu ditulis secara
terperinci tetapi boleh dengan hanya menulis rujukan sekiranya kaedah
tersebut sudah diterima pakai ramai penyelidik lain. Apabila terdapat
beberapa kajian yang dijalankan, maka pelajar dinasihatkan menulis
ikut urutan dan diberikan sub-tajuk. Kadang kala terdapat kesilapan
dilakukan oleh pelajar apabila menulis kaedah dengan menggunakan
ayat arahan. Menulis dengan menggunakan ayat arahan sama seperti
menulis panduan makmal. Oleh itu pelajar sepatutnya menulis
dengan menggunakan ayat pasif. Pelajar boleh menyediakan carta
alir atau skema untuk menerangkan tatacara kaedah yang dilakukan.
Bagaimanapun, pelajar seharusnya menerangkan secara berayat
berkaitan skema atau kaedah yang ditulis.
Sekiranya melibatkan penulisan unit, maka gunakan unit metrik
iaitu seperti cm, meter, kilogram dan sebagainya. Unit seperti ela, kaki
dan ekar perlu dielakkan semasa menulis artikel akedemik. Pelajar
sepatutnya menjarakkan sedikit antara angka dengan unit, misalnya 28
cm dan bukan 28cm. Bagaimanapun bagi unit suhu, misalnya 35C,
penulisannya dirapatkan. Walaupun ianya nampak mudah tetapi ianya
member kesan terhadap kualiti artikel.
Bagi jenis kajian yang bersifat kuantitatif, yang memerlukan
analisis statistik maka yang demikian perlulah dinyatakan bilangan
sampel, replikasi dan jenis analisis yang digunakan. Bilangan sampel
yang kecil menyebabkan kesilapan yang tinggi. Oleh itu bilangan
replikat mesti sesuai bergantung kepada jenis kajian dijalankan.

HASIL DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini amat penting kerana di bahagian ini dimuatkan dengan


hasil penemuan kajian yang dijalankan. Hasil kajian diolah agar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 94 07-Oct-10 9:16:37 AM


Bimbingan Penulisan Berkesan 95

pembaca mudah memahami hasil yang dibentangkan. Oleh itu, adalah


lebih mudah kepada pembaca bagi memahami jika urutan penulisan
ditulis sama seperti urutan yang ditulis dalam bahagian kaedah.
Ayat yang tulis tidak terlalu panjang tetapi ianya mesti jelas. Oleh
itu, data yang penting sahaja dijelaskan dan tidak perlu semua data
diterangkan.
Hasil kajian boleh dibentangkan dalam bentuk jadual, geraf garisan,
histogram atau carta pie. Pelajar seharusnya tahu memilih dalam bentuk
mana data harus dibentangkan. Jadual lebih banyak digunakan untuk
membentangkan data. Min beberapa data dimasukkan dalam jadual
dan bukannya data mentah. Geraf garisan mungkin lebih sesuai untuk
menunjukkan perubahan yang berlaku. Misalnya kesan sesuatu faktor
melawan masa atau kepekatan. Data juga boleh dinyatakan dalam
bentuk histogram. Histogram lebih sesuai untuk menunjukkan kuantiti
atau bilangan melawan sesuatu faktor yang berbeza. Sementara carta
pie pula lebih sesuai untuk peratus.
Setiap jadual atau rajah yang disediakan dalam teks perlukan
tajuk. Tajuk jadual atau rajah mestilah cukup jelas dan boleh berdiri
sendiri. Dengan hanya membaca tajuk jadual atau rajah, pembaca
boleh memahami maksud jadual atau rajah tersebut. Setiap jadual
atau rajah mesti dibincangkan dalam teks. Jika tidak maka jadual/
rajah tersebut tidak memberi apa-apa makna dimuatkan dalam artikel
tersebut. Perbincangan hasil setiap jadual/rajah yang dibuat menurut
urutan setiap jadual/rajah. Adalah menjadi kelaziman, iaitu tajuk
jadual ditulis di atas sebaliknya rajah ditulis di bawah.
Perbincangan ialah bahagian di mana anda membincang
hasil penemuan dalam bahagian Hasil. Ianya dilakukan dengan
mengenalpasti data yang menonjol dalam bahagian Hasil, dan
seterusnya menerangkan dan memberi komen terhadap hasil
tersebut. Hasil yang diperoleh seharusnya dibincangkan dengan
membandingkannya dengan hasil yang pernah dilaporakan sebelum
ini. Jika hasil yang diperoleh berbeza dengan jangkaan maka penulis
patut menerangkan kenapa berlaku sedemikian. Berikan alasan yang
munasabah bagi menyokongnya. Berikan juga rujukan yang sesuai
bagi menyokong pernyataan yang diberikan.
Jika penulis ingin menunjukkan gambar atau peta maka dimestikan
ditulis skala atau atau pembesaran jika gambar tersebut merupakan
gambar diambil dengan mikroskop. Ini bagi memudahkan pembaca

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 95 07-Oct-10 9:16:37 AM


96 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

menggambarkan saiz sebenar objek tersebut.

CARA PENULISAN RUJUKAN DALAM TEKS

Anda perlu menulis sumber maklumat yang dinyatakan dalam teks.


Penulisan rujukan dalam teks semestinya mengikut gaya jurnal yang
hendak dihantar manuskrip tersebut. Elok dapatkan panduan penulisan
bagi jurnal berkenaan sebelum mula menulis. Sekiranya terdapat
beberapa rujukan maka seeloknya diteliti sama ada urutan rujukan
berdasarkan kronologi atau abjad pengarang. Terdapat juga jurnal
yang menggunakan nombor bukannya nama pengarang. Contoh:

Satu pengarang: Hasil kajian ini didapati selari dengan laporan


yang dibuat oleh Smith (2004)
Peningkatan keasidan tanah melebihi pH8 menyebabkan peratus
percambahan merosot (Smith 2004)
Dua Pengarang: Prorocentrum minimum has also been responsible
for shellfish kills in Japan and the Gulf of Mexico (Okaichi &
Imatomi 1989; Steindinger & Tangen 1996). Untuk rujukan
mengandungi dua nama, seeloknya dilihat sama ada digunakan
tanda & atau `and. Sebagai penulis, kita seharusnya meneliti
setiap gaya jurnal berkenaan sebelum menulis manuskrip supaya
dapat menggelak kesilapan
Tiga pengarang gunakan et al. dengan hanya menulis nama
pengarang pertama sahaja. Pelajar tidak perlu menulis ketiga-tiga
atau lebih nama pengarang artikel yang dirujuk. Bagaimanapun,
harus diingat iaitu dalam rujukan, kesemua nama pengarang mesti
ditulis mengikut urutan sama seperti artikel yang dirujuk
Contoh: (Okaichi et al. 1989; Stoecker et al. 1979)
Dalam contoh di atas ianya mengikut Gaya UKM yang mana ianya
disusun mengikut abjad. Terdapat jurnal tertentu yang menyusun
mengikut tahun.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 96 07-Oct-10 9:16:37 AM


Bimbingan Penulisan Berkesan 97

MENULIS KESIMPULAN

Di bahagian akhir artikel, penulis perlu membuat kesimpulan


berdasarkan penemuan yang diperoleh. Kesimpulan yang dibuat
mestilah berdasar kajian yang dilakukan sahaja dan tidak membuat
andaian berlebihan yang di luar skop kajian. Kesimpulan tidak perlu
terlalu panjang. Ramai di kalangan pelajar yang menulis kesimpulan
sama seperti menulis ringkasan hasil penemuan.

SENARAI RUJUKAN

Semua artikel saintifik perlu mempunyai senarai rujukan di akhir


artikel. Satu perkara yang sangat penting ialah pelajar seharusnya
memastikan bahawa rujukan yang dicatat dalam teks ditulis dalam
Rujukan dan sebaliknya. Bagi memastikan tidak ada rujukan yang
tertinggal maka semua rujukan perlu disemak dengan teliti. Cara
bagaimana menulis rujukan perlu disemak dengan panduan penulisan
jurnal berkenaan. Bagi memastikan semua maklumat yang ditulis
merupakan fakta terkini, maka seboleh mungkin semua rujukan atau
sebahagian besar rujukan tersebut mestilah juga merupakan rujukan
terkini. Daripada rujukan yang tercatat akan menunjukkan penulis
mengikuti perkembangan terkini dalam bidang ilmunya. Gaya
penulisan senarai rujukan perlu mengikuti gaya jurnal berkaitan, iaitu
dari segi susunan, susun atau nama pengarang dan sebagainya.

PROSES SEMAKAN

Setelah selesai menulis dan sebelum menghantar kepada pengarang


jurnal maka seelok-eloknya manuskrip tersebut dibaca oleh rakan
yang dalam bidang yang sama atau hampir sama untuk melihat
semula fakta, ejaan dan ayat. Jika manuskrip ditulis dalam bahasa
Inggeris, proses semakan oleh mereka yang mahir dalam bahasa itu
amat penting. Kesilapan nahu dan sebagainya boleh mencacatkan
manuskrip dan boleh ditolak oleh sidang editor jurnal berkaitan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 97 07-Oct-10 9:16:37 AM


98 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PLAGIARISME

Dengan perkembangan teknologi sekarang ini, banyak bahan bacaan


boleh diperoleh melalui internet. Ini mendorong banyak berlakunya
plagiarisme dalam penulisan artikel. Ini tidak bererti kita menolak
kemajuan teknologi. Penyalahangunaan teknologi ini kerap dilakukan
oleh mereka yang tidak beretika. Mengambil maklumat sama ada
data atau pernyataan tanpa menulis nama pengarang asal artikel
boleh dianggap sebagai plagiarisme. Berlaku kejadian di mana pelajar
mengambil 20 muka surat tanpa mengubah sebarang ayat dan tidak
menulis nama pengarang artikel atau buku berkaitan. Ini dianggap
sebagai plagiarisme walaupun satu ayat. Plagiarisme dianggap satu
perbuatan tidak beretika dalam dunia akademik yang boleh ditamatkan
pendaftaran sebagai pelajar jika yang melakukannya seorang pelajar.
Oleh itu, elakkan daripada melakukan plagiarisme semasa menulis
tesis atau artikel akademik.

KESIMPULAN

Menulis artikel atau tesis memerlukan ketelitian dan fokus dan


ketajaman pemikiran. Ianya memerlukan pengalaman terutama dalam
pengolahan data. Penulis perlu menulis dan menekankan penemuan
utama hasil kajian tersebut. Setiap maklumat yang ditulis perlu
disokong dengan rujukan yang sesuai. Apa yang sangat penting ialah
menggelakkan daripada melakukan plagiarism yang sangat dilarang
dalam dunia akademik.

RUJUKAN:

Holmes, D., Moody, P. & Dine D. 2006. Research Methods for the
Bioscience. New Yok: Oxford University Press.
Howard, K. & Sharp, J. A. 1983. The Management of a Student
Research Project. Aldershot: Gower.
Lebrun, Jean-Lue. 2007. Scietific Writing: A reader and Writers
Guide. New Jersey: World Scientific. 223pp.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 98 07-Oct-10 9:16:37 AM


Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

BAB 7

PERKEMBANGAN PELAJAR DAN KOMPETENSI


GENERIK

Kadderi Md Desa

PENGENALAN

Budaya akademik merupakan falsafah utama dalam penjanaan modal


insan yang seimbang dari segi intelek, sosial, keterampilan dan
sahsiah. Pembudayaan akademik merupakan teras untuk mencapai
kecemerlangan (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).
Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam mengilhamkan harapan
dan mencipta masa depan, bertanggungjawab ke arah membina jati
diri Kebangsaan pelajar dan mengambil initiatif strategik dalam
penyediaan pelajar untuk berperanan di arena global selari dengan
pelan strategik Kementerian Pengajian Tinggi seperti di bawah;

Meluas akses dan meningkatkan ekuiti


Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran
Memperteguh penyelidikan dan inovasi
Memperkasa institusi pengajian tinggi
Mempergiat pengantarabangsaan
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
Memperkukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian
Tinggi

UKM merancang secara menyeluruh dan terkamir program-


program yang telah dirumuskan melalui Pelan Strategik Pengajian
Tinggi dan Pelan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 99 07-Oct-10 9:16:37 AM


100 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penubuhannya pada 18 Mei 1970, UKM telah meletakkan asas yang


kukuh dan jelas mengenai misi, visi dan matlamatnya sehingga kini.
Menjelang ulang tahun ke-40 penubuhannya, UKM telah melalui
beberapa fasa penambahbaikan, penyelarasan dan pemantapan.
Cabaran dan peluang telah meletakkan UKM pada landasan yang
proaktif dan dinamik, untuk memperolehi momentum dan melonjak
ke hadapan. Universiti telah bersedia untuk menghasilkan graduan
yang berilmu dan berkeyakinan yang mempunyai jati diri kebangsaan
di persada antarabangsa. Cabarannya kepada bakal graduan ialah
mengguna sepenuhnya peluang sebagai pelajar UKM untuk
melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan mengikut bidang masing-
masing serta membangun dan mengembangkan potensi diri untuk
kejayaan membina kerjaya dan membina negara bangsa menjadi lebih
maju dan terkehadapan.

KEBOLEHPASARAN DAN KEBOLEHUSAHAWANAN

Bakal graduan UKM, selain berilmu perlu melengkapi diri dengan


berbagai kemahiran atau kompetensi asas. Kompetensi asas ini
menjadi atribut atau trait peribadi seorang graduan dan ia menentukan
kebolehpasaran seseorang. Kebolehpasaran adalah istilah yang sering
diguna sebagai asas pengukur graduan universiti diterima oleh majikan
atau industri untuk berkerja selepas mereka menamatkan pengajian.
Selain kebolehpasaran, yang sama penting, kalau tidak lebih
penting ialah kebolehusahawanan. Jika kebolehpasaran bermaksud
berkerja dengan majikan, kebolehusahawanan berkait dengan
atribut yang membolehkan bakal graduan mempunyai kekuatan dan
kekentalan membina kerjaya sendiri, berinovatif menjadi majikan
yang mampu membina kekayaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Dalam perspektif yang lain kebolehusahawanan ialah membina
kekuatan dan kekentalan dalam ketahanan diri untuk mencapai target
yang ditetapkan baik dalam sukan, akademik atau lain-lain bidang
kompetitif yang diceburi sama seperti dalam perniagaan.
Memperoleh ijazah yang baik adalah pasport kepada kebolehpasaran
dan kebolehusahawan graduan. Graduan yang cemerlang perlu
melengkapi kemahiran generik yang diperlukan. Atribut generik ini
boleh dibangunkan dan dikembangkan oleh pelajar dengan menyertai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 100 07-Oct-10 9:16:37 AM


Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik 101

aktiviti-aktiviti projek yang disediakan oleh universiti.

PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya Pusat Perkembangan


Pelajar meletakan premis pembangunan dan perkembangan pelajar
dalam konteks yang boleh dikaitkan dengan peningkatan. Hakikatnya,
setiap pelajar yang berpeluang ke UKM adalah golongan yang
cemerlang akademiknya, dan telah mencapai tahap kompetensi
tertentu. Ramai yang berbakat dan berpotensi untuk dikembangkan
bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Rajah 7.1: Premis Pembangunan Kompetensi Dan


Perkembangan Bakat Pelajar
(1) peringkat pembangunan untuk memulakan
pencapaian kompetensi tertentu
(2) perkembangan iaitu peningkatan bakat yang
dapat diukur dan diiktiraf

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 101 07-Oct-10 9:16:37 AM


102 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Pada masa yang sama ramai juga yang belum memperoleh kompetensi
tertentu yang diperlukan di pasaran global yang kompetitif, dan mereka
perlu memulakan pembangunan kendiri untuk mencapai kompetensi
yang diperlukan.
Pembangunan dan perkembangan pelajar merupakan ungkapan
yang menjelaskan peluang di UKM untuk pembangunan kompetensi
pelajar dan seterusnya perkembangan bakat pelajar sepanjang pengajian
di UKM. Rajah 7.1 menunjukkan hubungan antara pembangunan dan
perkembangan pelajar yang dikaitkan dengan peningkatan pencapaian.
Seterusnya peningkatan dalam pencapaian menjadi asas kepada
pengiktirafan yang akan diberikan kepada pelajar.

GOVERNANS PERKEMBANGAN PELAJAR

Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif


dan mengujudkan governans yang menggambarkan pengurusan
perubahan yang jelas. Sesi 2007/2008 menyaksikan satu anjakan dasar
yang begitu strategik telah dipelopori oleh UKM ke arah memantapkan
bakal-bakal graduan UKM. Pendekatan komuniti keserakanan kolej
(collegiate community) sebagai satu medan pembangunan dan
pengembangan pelajar adalah baru yang bersamanya membawa
peluang dan cabaran yang berlainan daripada sebelumnya. Buat
pertama kali governans kolej akademik diwujudkan dan diletakkan di
bawah Pusat Perkembangan Pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 102 07-Oct-10 9:16:38 AM


Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik 103

Rajah 7.2: Perancangan UKM Berpusatkan Pelajar


(Petikan daripada Syarahan Naib Canselor 18 Jan 2008)

Rajah 7.2 adalah untuk mengenal pasti lima entiti di UKM iaitu
Fakulti, Institut dan Pusat, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), Pusat
Pengajian Umum (PPU) dan Kolej Akademi. Unit Asas Universiti
perlu melaksanakan tiga proses teras iaitu Pendidikan, Penyelidikan
dan Khidmat Masyarakat. Kolej Kediaman diiktiraf sebagai entiti
akademik dalam membina kompetensi generik pelajar. Dengan
pengiktirafan sebagai Unit Asas Universiti dan juga sebagai komponen
akademik dalam perkembangan kompetensi pelajar, kolej-kolej
kediaman UKM adalah kolej akademi (Syarahan Naib Canselor,
2008)
Pada tahun 2007, Majlis Pengetua juga diwujud dengan Naib
Canselor sebagai pengerusi untuk membincangkan perkara-perkara
dasar mengenai pembangunan pelajar melalui kolej akademik. Mulai
tahun 2008 juga, Pengetua-pengetua kolej menjadi Ahli Mesyuarat
Ketua-ketua Bahagian (MKB) di Universiti Kebangsaan Malaysia
yang memberi penekanan kepada perancangan dasar pada peringkat
tinggi universiti.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 103 07-Oct-10 9:16:38 AM


104 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rajah 7.3: Perancangan pembangunan kompetensi dan perkembangan


bakat pelajar dalam fasa membina asas (2007-2010)
selaras pelan transformasi UKM

Pelan transformasi Universiti Kebangsaan Malaysia yang dapat


diringkaskan kepada empat fasa iaitu fasa membina asas, fasa
memperoleh momentum, fasa melonjak ke taraf dunia dan fasa menjadi
universiti premier dunia. Pusat Perkembangan Pelajar telah merancang
selaras dengan pelan transformasi UKM. Dalam Rajah 7.3 iaitu fasa
membina asas dari tahun 2007-2010 dapat dilihat beberapa langkah
strategik seperti pengujudan Majlis Pengetua dan Bahagian Akademik
Kolej sebagai sekretariat Majlis Pengetua dan Pusat Perkembangan
Pelajar memperkenalkan konsep kompetensi generik dan seterusnya
membangunkan Sistem Pengiktirafan Kompetensi Pelajar (SPKG).
Rajah 7.3 juga menunjukkan pelaksanaan kokurikulum yang
terawal dimulakan dan dikembangkan dengan sistem penawaran
kursus kokurikulum sebagai kursus akademik yang mantap. UKM
yang pertama menawarkan kursus akademik kokurikulum sehingga 8
kredit mulai sesi 2009/2010.
Tahun 2010 bakal menyaksikan penyepaduan semua aktiviti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 104 07-Oct-10 9:16:38 AM


Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik 105

pelajar sebagai aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum akan


diselaraskan dengan hasil pembelajaran kompetensi generik dan
berdasarkan projek berkredit yang lebih holistik dan liberal.

KOMPETENSI GENERIK

Universiti Kebangsaan Malaysia, melalui perancangan Pusat


Perkembangan Pelajar, memperkenalkan konsep kompetensi generik
pada tahun 2007. Kompetensi generik dari segi konsep dan hasrat
pelaksanaan dapat dikelaskan bersama dengan kemahiran insaniah
atau istilah yang lebih popular soft skills, merupakan atribut atau trait
atau kompetensi asas (generik) yang perlu ada pada setiap individu
yang ingin mencapai kejayaan. Kompetensi generik adalah kemahiran
yang bila diperolehi melalui latihan dan lain-lain akan kekal bersama
individu dan berpindah bersama individu jika berpindah kerjaya.
Kerangka Kelayakan Malaysia menyatakan dengan jelas hasil
pembelajaran program kepada lapan domain seperti di bawah sebagai
asas kepada konsep kompetensi generik UKM.

Penguasaan ilmu.
Kemahiran praktikal (psikomotor).
Kaedah saintifik, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
autonomi dalam membuat keputusan.
Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan.
Pengurusan maklumat dan kemahiran sepanjang hayat.
Ciri-ciri peribadi, etika, perkongsian nilai dan profesionalisme.
Tanggungjawab sosial dan akauntabiliti.
Keusahawanan dan kemahiran pengurusan.

Di UKM lapan domain Kerangka Kelayakan Malaysia dikembangkan


kepada 16 seperti yang disenaraikan di bawah:

Pengurusan Ilmu
Kemahiran Praktikal (psikomotor)
Tanggungjawab Sosial
Menghargai Alam Sekitar
Etika, Moral dan Profesionalisme

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 105 07-Oct-10 9:16:38 AM


106 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kerohanian
Komunikasi
Kepimpinan
Kerja Berpasukan
Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan
Autonomi dalam Pembuatan Keputusan
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran Globalisasi
Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran Pengurusan
Kepelbagaian Budaya

PROJEK BERKREDIT

Hasil pembelajaran kompetensi generik dirancang untuk dicapai


melalui pembangunan dan perkembangan pelajar yang terlibat dalam
aktiviti projek berkredit bagi melengkapi 8 kredit kokurikulum yang
diwajibkan.

Rajah 7.4: Pembangunan Dan Perkembangan Pelajar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 106 07-Oct-10 9:16:38 AM


Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik 107

Rajah 7.4 menunjukkan melalui projek berkredit yang diselaraskan


dengan hasil pembelajaran kompetensi generik akan dilaksanakan
mengikut host Pusat Kebudayaan, Pusat Sukan, Pusat Keushawanan
(dalam proses penubuhan*), kolej dan fakulti. Pusat Perkembangan
Pelajar mengurus pelaksanaan projek berkredit dan hasil pembelajaran
kompetensi melalui Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik yang
dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Pelajar dan Pusat Teknologi
Maklumat.
Semua projek pelajar adalah kokurikulum dan boleh diberikan
kredit dengan syarat fokus diberikan kepada hasil pembelajaran
kompetensi generik sepanjang tempoh pengajian. Fleksibiliti dalam
mengendalikan projek kokurikulum diberikan kepada pelajar di mana
pelajar memilih projek yang sesuai dengan keperluan melengkapi
hasil pembelajaran kompetensi generik dan perkembangan bakat.
Pengukuran pencapaian kokurikulum tidak berasaskan peperiksaan
sebaliknya berdasarkan aktiviti projek, termasuk perancangan dan
pelaksanaan, penglibatan, persediaan, latihan, dokumentasi dan lain-
lain.

Rajah 7.5: Hasil Pemelajaran Kompetensi Generik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 107 07-Oct-10 9:16:38 AM


108 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rajah 7.5 menunjukkan landasan inovasi dan keusahawanan boleh


melibatkan projek yang dijalankan oleh pelajar Fakulti seperti
robocon dan melalui kolej seperti Pertandingan Idea MDEC dan
melibatkan beberapa aktiviti seperti seminar, pembentukan pasukan,
sesi menghasilkan idea dan lain-lain seperti di atas.
Program/Jabatan boleh mencadangkan projek untuk didaftarkan
sebagai projek kokurikulum mengikut kesesuaian nic di Program/
Jabatan Fakulti masing-masing, seterusnya bertindak sebagai
host kepada projek berkenaan. Sebagai contoh projek Robocon
adalah nic untuk Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Kolej
berkaitan pembangunan kendiri dan membina pasukan multidisiplin
untuk inovasi, dan Pusat Kebudayaan dan Pusat Sukan berkaitan
perkembangan bakat.
Projek-projek berkredit kokurikulum tidak terhad dalam semester
sahaja. Dalam kes seperti Projek Silang Budaya yang berkait kemahiran
kepelbagaian budaya mungkin dapat dilaksanakan secara padat
semasa cuti dalam masa 5 hari penuh yang setara 1 kredit. Seterusnya
pendaftaran kursus dapat dilaksanakan dalam semester yang sesuai.

LANDASAN (TRACK) UNTUK MEMBANGUN


KOMPETENSI DAN BAKAT

Pelaksanaan projek kokurikulum berkredit ke arah pencapaian hasil


pembelajaran kompetensi generik akan mengikut landasan sama
ada berkaitan perkembangan bakat atau pembangunan kendiri atau
profesional. Terdapat 9 landasan atau track untuk projek-projek
kokurikulum seperti senarai di bawah;

Inovasi Keusahawanan
Komunikasi
Kepimpinan
Khidmat Masyarakat
Kepelbagaian Budaya
Kebudayaan
Sukan
Alam Sekitar
Badan Beruniform

Pelajar boleh memilih projek-projek mengikut landasan yang sesuai


setelah selesai dan mengikut kursus pengenalan perkembangan
pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 108 07-Oct-10 9:16:39 AM


Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik 109

SPKG (SISTEM PENGIKTIRAFAN KOMPETENSI


GENERIK)

Semasa kebolehpasaran pelajar dibincangkan, persoalan yang biasa


ditimbulkan ialah kemahiran berkomunikasi terutama sekali dalam
Bahasa Inggeris. Selain itu kepimpinan, kerja berpasukan, etika dan
tanggungjawab, kebolehan membuat keputusan dan lain-lain lagi.
Begitu juga dengan isu kebolehusahawanan.
Perkara yang dibincangkan sebenarnya berkaitan kompetensi
generik dan SPKG pula diperkenalkan sebagai Sistem Penilaian
Kompetensi Generik atas talian. Kompetensi Generik dan SPKG
adalah dua aspek yang berbeza tetapi berkaitan. Sebelum SPKG dapat
digunakan, konsep kompetensi generik itu perlu difahami terlebih
dahulu.
SPKG telah dicadangkan semula sebagai Sistem Pengiktirafan
Kompetensi Generik. Penekanan sekarang ialah pengiktirafan kepada
pelajar yang telah menunjukkan peningkatan. Dengan demikian
pelajar yang berusaha mempertingkatkan kompetensi akan diberikan
pengiktirafan, sama ada dalam bentuk sijil ataupun sisihan ijazah
sebagai nilai tambah kepada ijazah mereka.
Dalam konteks kompetensi generik (KG) dan pengiktirafan melalui
Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik (SPKG) yang dibangunkan
oleh UKM, selain penerapan melalui kursus-kursus fakulti, kolej-
kolej kediaman merupakan akademi yang, selain mengiktiraf, juga
memberi latihan melalui aktiviti projek kolej ke arah perkembangan
kompetensi generik pelajar.

KESIMPULAN

Dalam usia 40 tahun UKM telah berjaya mengilham harapan mencipta


masa depan. Harapan pelajar yang mula mendaftar di UKM dapat
dipenuhi. UKM menyediakan segalanya untuk pelajar menimba ilmu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 109 07-Oct-10 9:16:39 AM


110 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dan membangun kompetensi dan mengembangkan bakat mereka.


Dengan berfokus kepada pelajar, semua perancangan dan pelaksanaan
tentunya akan menghasilkan graduan yang yakin, berketrampilan,
berjatidiri kebangsaan yang sentiasa membawa kebanggaan UKM di
persada antarabangsa.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 110 07-Oct-10 9:16:39 AM


Pengukuhan Pembelajaran

BAB 8

PENGUKUHAN PEMBELAJARAN

Sity Daud
Rohaty Mohd. Majzub

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua aspek penting yang saling


berhubung kait dalam pendidikan tinggi. Keberkesanan sesuatu
pengajaran itu bergantung pada pelbagai faktor. Salah satu dari
faktor yang dominan adalah pelajar itu sendiri. Proses pengajaran dan
pembelajaran melibatkan pelajar, kurikulum yang disajikan serta iklim
yang kondusif dalam bilik darjah. Pembelajaran berasaskan pelajar
berasaskan prinsip dan pegangan bahawa pelajar itu penting Pelajar
membawa sahsiah dan tret tertentu, pengalaman yang berbeza serta aras
kecerdasan berbeza dalam suatu setting pengajaran dan pembelajaran.
Input dari pelajar itu memberi gambaran kepada pensyarah serta
seterusnya memberi data yang membantunya merancang dan
melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan
pelajar berbeza dengan konsep pengajaran berdasarkan arahan guru.
Dalam menjadikan pengajaran lebih humanistik, pembelajaran
berasaskan keperluan pelajar itu perlu diawasi dan diteliti dengan
bersungguh sungguh. Ini penting supaya kebajikan pelajar diambil
kira dan potensi pelajar boleh diperkembangkan sepenuhnya. Konsep
tersebut juga menunjukkan kita mengamalkan pendemokrasian
pendidikan dengan memberi tumpuan kepada perbezaan pelajar dan
keunikan mereka.
Di pihak pengajaran, pensyarah akan menyampaikan ilmu dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 111 07-Oct-10 9:16:39 AM


112 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

cara yang tersendiri dengan harapan pelajar dapat mengikutinya


dan berjaya melepasi penilaian yang telah ditetapkan. Manakala
pembelajaran pula melibatkan komitmen pelajar untuk mendalami
ilmu dan memperoleh kemahiran yang menjadi hasrat universiti.
Bab ini akan fokus kepada pengukuhan pembelajaran sebagai usaha
berterusan untuk menambah baik kualiti pembelajaran yang sedia
ada. Salah satunya adalah dengan menonjolkan keperluan masa
pembelajaran pelajar atau student learning time (SLT) dalam konteks
pembelajaran berasaskan pelajar.

KENAPA SLT?

SLT adalah masa pembelajaran berkesan sebagai ukuran kuantitatif


bagi semua kegiatan pembelajaran pelajar untuk mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan bagi suatu program pengajian. Masa
pembelajaran ini meliputi semua komponen kegiatan pembelajaran
yang formal dan bukan-formal, iaitu jumlah masa yang diperlukan oleh
pelajar untuk mempelajari sesuatu komponen kurikulum. Dengan kata
lain, jumlah jam bersemuka dengan pensyarah, pembelajaran terarah
dan kegiatan kendiri lain yang berkaitan, semuanya ini dikira sebagai
beban akademik pelajar. Beban akademik pelajar atau pengisian
pembelajaran ini boleh dilihat dari pelbagai sudut. Ia boleh dikira
sebagai 8 jam sehari atau 40 jam seminggu atau 670 jam/semester
manakala secara nominal ia dikira sebagai 15-16 kredit/ semester (1
kredit bersamaan dengan 40 SLT per semester). Pembahagian SLT
boleh memberi kesan kepada kualiti pencapaian pembelajaran pelajar.
Ini kerana beban yang terlalu berat boleh menyebabkan prestasi
pelajar menurun sekiranya mereka gagal mengurus masa dengan baik.
Oleh itu, penting sekali pelajar menguasai teknik pengurusan masa
bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan bagi sesuatu kursus
yang didaftarkan.
SLT boleh juga dijadikan satu instrument pengurusan masa.
Terdapat komponen etika dan disiplin dalam usaha pembelajaran
itu sendiri. Pelajar didedahkan dengan teknik pengurusan masa yang
pintar melalui pembelajaran terarah dan kendiri yang sudah ditetapkan
mengikut jumlah kredit yang berpatutan sesuai dengan kemampuan
mereka. Pensyarah secara tidak langsung telah membantu pelajar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 112 07-Oct-10 9:16:39 AM


Pengukuhan Pembelajaran 113

mengurus masa dengan baik dan cekap dengan mengambil kira


semua aspek pembelajaran yang berkesan. Keutamaan telah diberikan
kepada persediaan memahami kuliah dan menyelesaikan beberapa
tugasan dan keperluan kursus yang diperlukan sebagai syarat lulus.
SLT juga dapat memberi kemahiran membuat jadual kerja yang
konsisten dengan kesediaan masa lapang masing-masing. Pelajar
juga ada komitmen lain di luar kampus. Sebagai pelajar, mereka
juga perlu bergiat aktif dalam persatuan dan khidmat komuniti yang
dapat mendedahkan mereka kepada dunia luar. Adakalanya pelajar
terlalu komited dengan aktiviti lain ini sehingga mereka mengambil
banyak masa untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Di sini disiplin
dalam pengurusan masa memerlukan kemahiran pelajar mengenal
pasti keutamaan mereka supaya keterlibatan mereka dalam persatuan
dan khidmat komuniti yang penting untuk pembinaan sahsiah tidak
menjejaskan prestasi akademik mereka.

PENILAIAN SLT

SLT (jam kredit notional) atau masa pembelajaran berkesan


memerlukan penyampaian pembelajaran mix mode dan teknik PnP
pelbagai yang boleh terdiri daripada kritik dan refleksi jurnal; esei
dan tutorial; pembinaan modul dan poster; Website, ICT- based; kerja
lapangan dan temu bual; project-oriented problem based learning
(POPBL); problem-based learning (PBL); dan research (independent)
based study.
Beban pelajar bagi 5 kursus 3 kredit per semester adalah sekitar
600 SLT/semester, atau 42-43 SLT seminggu dengan mengambil kira
tempoh perkuliahan selama 14 minggu. Kegiatan pembelajaran formal
terdiri daripada kuliah (5 kursus x 2 jam = 10 jam), tutoran (5 kursus
x 1 jam = 5 jam) dan makmal (2 jam) yang kesemuanya berjumlah
17 jam. Bakinya sebanyak 25 jam (42-17 jam) kalau dibahagikan
kepada 5 hari dalam seminggu memberikan independent learning
lebih kurang 5 jam sehari.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 113 07-Oct-10 9:16:39 AM


114 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Contoh SLT bagi satu kursus

Pembelajaran
Jumlah Masa SLT
Kegiatan Jam terarah
pembelajaran (14
Pembelajaran Bersemuka /kendiri /
/kegiatan minggu)
bebas

Bersemuka
42 jam /
1.Kuliah 2 jam 3 jam /minggu
sem
2.Tutoran 1 jam

Pembelajaran
Terarah

1. Bacaan 1 jam
Kuliah

2.Persediaan 1 jam 84 jam /


6 jam /minggu
tutoran sem

3.Kerja 2 jam
lapangan

4.Penggunaan 2 jam
Perisian

3 jam / 6 jam / 9 jam / 126 jam


JUMLAH
minggu minggu minggu / sem

KEPERLUAN PELAJAR DAN PEMBELAJARAN


BERASASKAN PELAJAR

Seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi mempunyai keperluan


tertentu untuk berjaya dan seterusnya memperolehi ijazah. Universiti
merupakan menara gading untuk membina pemikir pemikir negara.
Sebagai pelajar, mahasiswa juga mempunyai keperluan dalam semua
domain iaitu domain intelektual, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Pencapaian pelajar adalah bergantung kepada interaksi semua domain
tersebut walaupun fokus lebih menjurus kepada domain intelektual.
Jika kita mengkaji aspek intelektualnya pelajar perlu cekap berfikir
secara kreatif dan kritis, berupaya membuat hipotesis dan ramalan
serta dapat menyelesaikan masalah. Pelajar perlu cekap mengakses

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 114 07-Oct-10 9:16:39 AM


Pengukuhan Pembelajaran 115

pengetahuan serta mengaplikasikannya dalam konteks semasa.


Pelajar perlu bersifat arahan kendiri dan berdikari dalam merancang
dan memantau pembelajaran kendiri. Pelajar perlu membina ilmu
baru dari penemuan kajian-kajian yang telah dilakukan. Universiti
Kebangsaan Malaysia yang mengamalkan paduan ilmu, amal dan
iman pasti memerlukan mahasiswanya yang berupaya bertindak
mengabung jalin ketiga domain tersebut.
Namun, di samping aspek keperluan pelajar dari sudut kognitif
intelektual, universiti juga menghadapi cabaran dengan wujudnya
kepelbagaian pelajar yang perlu diambilkira untuk mewujudkan
iklim pembelajaran yang positif dan konstruktif. Pendidik perlu
prihatin kepada isu kepelbagaian pelajar agar dapat memahami kesan
kepelbagaian kepada hasil pembelajaran.

KEPELBAGAIAN PELAJAR

Kepelbagaian pelajar merujuk kepada kelainan pelajar berdasarkan


pelbagai faktor. Faktor faktor itu meliputi aras kecerdasan. gender,
aptitud, minat, motivasi, stail belajar, latar belakang pendidikan,
pengalaman serta status sosio-ekonomi ibu bapa. Di Universiti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 115 07-Oct-10 9:16:39 AM


116 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

terdapat faktor-faktor tersebut seumpama aras kemasukan kognitif


yang berbeza di mana ada pelajar yang lebih tinggi aras kecerdasan
dan dikatakan lebih pintar. Ada pula peratus pelajar yang lemah dalam
pembelajaran dan terkebelakang dalam pengajian. Taburan normal itu
sentiasa wujud untuk menunjukkan kehadiran kepelbagaian (diversiti)
tersebut.
Pelajar juga berbeza dari segi sahsiah kerana ada pelajar yang
mempunyai lokas kawalan diri ke dalam (internal locus of control)
berbeza dengan pelajar yang mempunyai lokus kawalan keluar.
Contohnya, kepelbagaian berdasarkan gender sering menunjukkan
bahawa pelajar lelaki ketinggalan dari segi prestasi akademik. Pelajar
perempuan dikatakan lebih berkerja kuat dan lebih berdedikasi dan
sistematis. Pelajar perempuan dikatakan lebih selesa dengan sistem
peperiksaan daripada lelaki yang bersifat lebih suka bergerak dan
menggunakan otot-otot. Faktor kepelbagaian yang membincangkan
perbezaan dari segi stail belajar juga ketara dan ini dikupas satu
persatu seperti berikut: Dari aspek motivasi pula setiap pelajar
dipengaruhi oleh keadaan emosinya masing-masing samada motivasi
dalaman atau luaran. Pelajar yang mempunyai motivasi yang rendah
dan esteem kendiri yang negatif mungkin tidak boleh memperolehi
kejayaan yang tinggi berbanding dengan pelajar yang bermotivasi
tinggi dan ada will power untuk memperolehi kejayaan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 116 07-Oct-10 9:16:40 AM


Pengukuhan Pembelajaran 117

PERBEZAAN BERDASARKAN MODALITI


PEMBELAJARAN

Terdapat tiga kategori stail atau modaliti pembelajaran iaitu: (a)


modaliti auditori (b) visual (c) body kinesthetic. Pelajar yang
cenderung kepada modaliti auditori suka mendengar dan selesa
mendengar pita rakaman sebagai sumber pengajaran. Mereka lebih
memberi perhatian kepada suara nada dan tempo guru. Mereka
kurang suka membaca dan tidak berapa suka melihat produk visual.
Pelajar yang cenderung kepada modaliti visual lebih berminat kepada
melihat gambar-gambar, rajah, carta dan buku-buku dengan ilustrasi
yang menarik. Mereka selalu menggunakan imej visual untuk belajar.
Pelajar yang cenderung kepada modaliti badan atau kinestetik pula
suka menggunakan otot-otot dan suka pergerakan .Mereka suka
sesuatu projek yang melibatkan mobiliti. Mereka tidak boleh duduk
diam tetapi mereka suka bergerak, menari, melaksanakan sesuatu
dengan menggunakan tangan dan kaki.

PERBEZAAN BERDASARKAN STAIL KOGNITIF

Pelajar juga boleh berbeza berdasarkan stail kognitif. Terdapat tiga


kategori stail kognitif iaitu (a) stail berdikari (b) stail bergantung

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 117 07-Oct-10 9:16:40 AM


118 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

(dependent) dan (c) stail kollobratif. Stail kognitif yang bersifat


bergantung (dependent) berlaku bila pelajar tiada maklumat dalam
pembelajaran dan bergantung kepada guru untuk bimbingan. Pelajar
tersebut perlukan banyak latihan berstruktur, arahan guru dan peneguhan
dari guru. Guru di sini merupakan pakar dalam subjek atau kursus
tersebut. Stail kognitif yang bersifat berdikari (independent) berlaku
bila seseorang pelajar ada pengetahuan asas. Pelajar boleh mencari
atau mengakses maklumat kursus dengan sendiri tanpa di arah atau
dibimbing. Pensyarah perlu memberi maklum balas dan mendengar
dengan baik, iaitu pensyarah berperanan sebagai fasilitator. Stail
kognitif yang bersifat kolobratif (berkerjasama) berlaku bila pelajar
mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dan ingin kongsinya
dengan pensyarah. Dalam konteks ini pelajar dan pensyarah merupakan
pembelajar yang berinteraksi dan bertukar fikiran. Implikasi stail
belajar yang digambarkan ini sudah pasti mempengaruhi cara belajar
pelajar dan interaksi pelajar dengan pensyarah .
Selain itu, stail kognitif yang kerap juga dibicarakan adalah pelajar
yang bersifat (a) analitis dan (b) global. Pelajar dengan stail analitis
memproses maklumat secara sekwential dan lojik. Mereka suka fakta
dan butiran dalam sesuatu subjek yang diajar. Mereka menyusun
fakta secara sistematis. Mereka bersifat kritikal bila membaca sesuatu
rencana. Pelajar global pula merupakan pelajar yang lebih suka
melihat keseluruhan sesuatu masalah atau cerita. Mereka memproses
maklumat secara subjektif dan melihat pola sesuatu. Mereka suka
melihat matlamat sesuatu program dan ingin mengetahui hasil atau
produk yang tergambar di akhir sesuatu program. Perbezaan pelajar
juga boleh disebabkan oleh kepelbagaian kecerdasan seperti yang
bincangkan seterusnya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 118 07-Oct-10 9:16:40 AM


Pengukuhan Pembelajaran 119

PERBEZAAN BERDASARKAN KEPELBAGAIAN


KECERDASAN

Pelajar berbeza dari segi kecerdasan mereka yang diukur melalui


kecenderungan mereka kepada suatu kecerdasan. Howard Gardner
yang memperkenalkan konsep kepelbagaian kecerdasan menyatakan
terdapat lapan jenis kecerdasan. Kelapan jenis kecerdasan memang
terdapat pada seseorang individu tetapi dalam darjah yang berbeza.
Kecerdasan ini mempengaruhi bagaimana seseorang pelajar belajar.
Jika seseorang pendidik ingin melihat kejayaan pelajarnya maka
perhatian perlu diberikan kepada orientasi kecerdasan mereka.
.Dengan berbuat demikian pendidik tersebut mengamalkan pengajaran
berpusatkan pelajar. Kelapan jenis kecerdasan tersebut dikupas saperti
berikut:

Kecerdasan Verbal Linguistik - Pelajar yang tinggi skornya


dalam kecerdasan verbal inguistik memiliki kecenderungan untuk
menulis, membaca dan mendengar. Mereka cekap berkomunikasi
dan bertutur dengan baik
Kecerdasan Lojiko-matematik - Pelajar yang memiliki kecerdasan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 119 07-Oct-10 9:16:40 AM


120 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

lojiko-matematik yang tinggi suka kepada angka angka, pola-


pola, data numerikal, penyelesaian masalah kaedah saintifik dan
penaakulan
Kecerdasan Ruang - Pelajar yang memiliki kecerdasan ruang yang
tinggi suka kepada bentuk, warna, imej dan lukisan
Kecerdasan Kinestetik Badan - Pelajar yang memiliki kecerdasan
kinestetik badan yang tinggi suka aktiviti yang memerlukan
kekuatan, ketangkasan, keluwesan dan koordinasi tangan mata;
Kecerdasan Muzikal - Pelajar yang memiliki skor tinggi dalam
kecerdasan muzikal suka mendengar muzik, tempo, melodi dan
ritma
Kecerdasan antaraperibadi - Pelajar yang memiliki kecerdasan
antara peribadi yang tinggi cenderung dan suka berkerja dalam
kumpulan dan cekap memahami perasaan orang lain dan mahir
berkomunikasi
Kecerdasan intra-peribadi - Pelajar yang tinggi skornya dalam
intra-peribadinya mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya
dan membina matlamat dan aspirasinya sendiri. Mereka mahir
membuat refleksi kendiri, mempunyai disiplin kendiri dan
tenang menghadapi situasi yang mencabar. Mereka mempunyai
pengetahuan meta-kognitif yang jelas dan membantu mereka
dalam pembelajaran; dan
Kecerdasan naturalistik - Pelajar yang mempunyai skor tinggi dalam
kecerdasan naturalistik suka mengenalpasti dan mengklassifikasi
objek yang hidup dan semula jadi. Mereka berminat menganalisa
situasi ekoloji dalam persekitaran.

Implikasi applikasi kecerdasan pelbagai yang dipopularkan oleh


Howard Gardner ini adalah pendidik perlu mengenal pelajarnya secara
lebih dekat serta memahami kecenderungan pelajar mereka. Jika
pendidik tahu mengenai jenis kecerdasan seseorang, maka pendidik
boleh memberi tugasan atau projek yang sesuai berdasarkan kekuatan
kecerdasan pelajarnya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 120 07-Oct-10 9:16:40 AM


Pengukuhan Pembelajaran 121

PRINSIP PENGAJARAN BERASASKAN PELAJAR

Beberapa prinsip telah dikemukakan bagi mengambil kira perbezaan


pelajar ini.

Pendidik wajib mengenalpasti dan memadankan stail belajar


pelajar dengan tugasan atau tugasan yang diberikan. Jika modaliti
pelajar adalah visual maka tugasan yang diberi perlulah lebih
banyak bahan bacaan. Pensyarah perlu menyediakan bahan untuk
pilihan.

Pendidik perlu berkongsi maklumat tentang perbezaan antara


pelajar dalam kuliah. Ini kerana bukan semua pelajar sedar adanya
perbezaan individu dalam kumpulan yang besar.
Pendidik perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran.
Tujuannya supaya tidak wujud suasana yang membosankan
pelajar. Tugasan perlu diubah untuk menambat minat pelajar.
Ini bermaksud selain tugasan bertulis seperti esei, pendidik
perlu melaksanakan projek, lawatan dan pembinaan modul
pembelajaran
Pendidik perlu merancang aktiviti kumpulan supaya pelajar dapat
berinteraksi di antara satu dengan lain serta memberi peneguhan
kepada rakan sebaya. Pengajaran rakan sebaya (peer teaching)
amat digalakkan kerana mereka boleh berkongsi maklumat dan
menyelesaikan masalah. Pelajar juga boleh merasa empowered

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 121 07-Oct-10 9:16:40 AM


122 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dalam urusan pembelajaran.


Pendidik perlu menentukan kemahiran dalam kursus yang
releven dan sesuai dengan aras kecerdasan pelajar tersebut. Ini
bagi memastikan pelajar pintar memperolehi stimulasi yang
mencabar dan menarik .Pelajar yang tidak begitu cerdas pula
perlu bimbingan dan tugasan pemulihan dan sokongan moral
dari pensyarah mereka. Pensyarah boleh merancang satu kontrak
bersama pelajar untuk melakar milestone perkembangan pelajar
hingga mereka berjaya. Proses ini akan melibatkan analisis tugas
yang diperincikan dengan rapi berserta sistem ganjaran yang
dicadangkan.
Pendidik perlu membekalkan satu repertoire strategi berfikir dan
menaakul untuk memperolehi hasil matlamat pembelajaran yang
kompleks.
Oleh kerana pembelajaran adalah berasaskan pengaruh sosial
maka interaksi konstruktif perlu diwujudkan antara pelajar dengan
rakan serta dengan malim sarjana.

KESIMPULAN

Perbezaan individu merupakan suatu senario yang lazim dijumpai


dalam setting pembelajaran termasuk Universiti. Perbezaan yang
timbul dari kepelbagaian ini perlu difahami secara lebih mendalam
untuk menggalakkan pengajaran yang bersifat student-centered.
Universiti perlu (a) melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran
dari aspek membuat keputusan tentang apa yang perlu dipelajari (b)
menghargai setiap keunikan pelajar (c) menghormati perspektif unik
setiap pelajar (d) menghormati perbezaan latar belakang setiap pelajar
(seperti minat dan pengalaman) dan (e) menganggap pelajar sebagai
rakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, dalam
memenuhi SLT, pelajar perlu diberi ruang untuk menerokai dunia
akademia dalam suasana yang bukan saja kondusif tetapi juga mesra-
pelajar. Selain pembelajaran dalam kelas, aktiviti kokurikulum dan
sukan lasak juga mampu menarik minat pelajar untuk meneroka dunia
luar yang menanti mereka selepas tamat pengajian.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 122 07-Oct-10 9:16:41 AM


Pengukuhan Pembelajaran 123

RUJUKAN

Bloom, B.S. (ed). 1968. Taxonomy of educational objectives: The


Classification of educational goals. New York: Longman
Dunn, R, Dunn, K & Price, G.E. (2000). Learning Styles Inventory
Manual. Lawrence K.S: Price systems
Gardner, H. 1983. Frames of Mind: The theory of multiple intelligences.
New York: Basic Books
Slavin, R. 2003. Educational Psychology. Ally & Bacon: Boston.
Wood, J. 2002. Adapting instructions to accommodate students in
inclusive settings. Merill Prentice: Ohio
Zimmerman, B.J. & Schunk, D.H. (Eds). Self-regulated learning and
academic achievement: Theory, research and practice. Mahwah:
New Jersey.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 123 07-Oct-10 9:16:41 AM


124

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 124 07-Oct-10 9:16:41 AM


Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM

BAB 9

SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN DI UKM

Abu Bakar Maidin


Cik Othman Abdullah
Salleh Amat

PENDAHULUAN

Perpustakaan dan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar adalah antara


aspek yang penting bagi menjamin kecemerlangan pembelajaran pelajar
di sesebuah institusi pengajian tinggi. Perpustakaan menyediakan
segala kemudahan berkaitan dengan bahan bacaan dan juga sumber
utama pencarian maklumat kepada pelajar. Pelajar yang cemerlang
pula bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi juga sihat
dari segi sahsiah dan perkembangan dirinya. Oleh itu perkhidmatan
kaunseling juga disediakan oleh pihak UKM bagi memastikan pelajar
mendapat sokongan dari aspek moral dan psikologinya.

PERPUSTAKAAN UKM

Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang


(PTSL) dan cabang-cabangnya, iaitu Perpustakaan Alam dan
Tamadun Melayu (PATMA), Perpustakaan Undang-Undang (PUU),
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) dan Perpustakaan Pusat
Perubatan UKM (PPPUKM). Perpustakaan mempunyai koleksi yang
mantap dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi
keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.
Sehingga 31 Disember 2009, buku dan jurnal berjilid, buku-e, jurnal-

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 125 07-Oct-10 9:16:41 AM


126 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

e dan pangkalan data dalam talian (PDT) serta salinan bahan media
adalah 1,873,051 seperti di Jadual 9.1.

Jadual 9.1 Statistik Koleksi Perpustakaan: Bahan Bercetak,


Elektronik dan Media
Buku &
Jurnal- Bahan
Jurnal Jumlah
Perpustakaan Buku-e e& Media
Berjilid Bahan
PDT (salinan)
(naskhah)

PTSL 712,672 417,411 11,814 341,718 1,483,615

PATMA 52,148 - - 20,228 72,376

PUU 78,787 50 4,015 6,016 88,868

PDAL 130,102 - 279 128 130,509

PPPUKM 67,940 1,202 8,050 20,491 97,683

Jumlah 1,041,649 418,663 24,158 388,581 1,873,051

JUMLAH BESAR = 1,873,051

Antara pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan


UKM adalah seperti Science Direct, Proquest Dissertations & Thesis
Fulltext, Lexis-Nexis, ISI-Web of Science, Scopus, Sci-Finder
Scholar, JSTOR, Oxford Journals, Cambridge University Journals,
Education Full Text, IEEE, Ovid Medline, Ebscohost, Journal Citation
Reports, Springer The Link dan Springer e-Books. Pelanggan boleh
mengakses buku-e, jurnal-e dan tesis-e melalui pangkalan-pangkalan
data tersebut.
Bagi memudahkan pencarian maklumat di perpustakaan ini, beberapa
sistem telah disediakan untuk digunakan pelanggan seperti berikut:

Katalog Awam Dalam Talian (GEMILANG)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 126 07-Oct-10 9:16:41 AM


Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM 127

Koleksi Digital UKM


Pangkalan Data Dalam Talian (Jurnal Elektronik)
Portal e-Jurnal
Portal Perpustakaan Pusat Perubatan UKM
e-Repositori Penerbitan
Sistem e-Prints PTSL

Perpustakaan Tun Seri Lanang, sebagai Perpustakaan Induk juga


mempunyai pelbagai koleksi yang terdiri daripada:

Koleksi Am
Koleksi Arab & Tamadun Islam
Koleksi Arkib
Koleksi Khas
Koleksi Dokumen
Koleksi Jurnal
Koleksi Asia Tenggara
Koleksi IKON
Koleksi Media
Koleksi Tanda Merah
Koleksi Sudut Bacaan Ringan
Koleksi Haram
Koleksi Pasca Siswazah
Koleksi Rujukan
Koleksi Pilih Simpan

Perpustakaan juga menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada


pelanggan-pelanggannya seperti pinjaman dan pemulangan bahan,
pembaharuan pinjaman, pembekalan bahan penerbitan dari dalam
dan luar negara, perkhidmatan pakej maklumat, kelas kemahiran
maklumat, khidmat nasihat dan perkhidmatan bibliometrik.
Kemudahan yang disediakan pula adalah sebanyak 2,575 tempat
duduk dalam perpustakaan, lebih 200 komputer untuk mengakses
jurnal elektronik, penaipan dan Internet, komputer katalog awam
dalam talian (GEMILANG), kemudahan WIFI, mesin pinjaman dan
pemulangan layan diri, bilik-bilik karel, perkhidmatan fotokopi, bilik-
bilik tayangan, bilik-bilik perbincangan, ruang baca 24 jam, ruang
membaca akhbar harian, lokar dan laman web perpustakaan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 127 07-Oct-10 9:16:41 AM


128 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kursus kemahiran maklumat

Kursus kemahiran maklumat adalah program perkhidmatan bimbingan


dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama
adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan
sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan
supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan
dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus ini diadakan secara
berterusan. Secara khususnya kursus kemahiran maklumat ini adalah
bertujuan untuk:

Memberi pendedahan kepada pelanggan Perpustakaan


cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi
Perpustakaan.
Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap
dan berkesan.
Berupaya mengenal pasti dan mengakses maklumat daripada
pelbagai sumber bercetak dan elektronik.
Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat
untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Membina kemahiran untuk membuat ulasan kepustakaan/
penyelidikan perpustakaan dalam bidang kajian.
Membina kemahiran untuk membuat sebutan (citation) bagi setiap
bahan yang dirujuk.
Membina budaya pendidikan sepanjang hayat.

Pelbagai modul kemahiran pencarian maklumat telah disediakan bagi


memenuhi keperluan pelbagai pihak. I a melibatkan program-program
kepada pelajar baru pra siswazah, pelajar baru pasca siswazah (Lulusan
UKM), pelajar baru pasca siswazah (Bukan lulusan UKM), pensyarah
baru dan juga para pelawat. Begitu juga modul khusus disediakan bagi
membimbing pelajar dan pengguna perpustakaan mengakses sumber
rujukan secara amali. Antara kursus yang dirancangkan khas bagi
tujuan ini adalah seperti:

Kursus Kemahiran Maklumat OPAC (GEMILANG)


Kursus Kemahiran Maklumat Digital: OPAC, Pangkalan Data
Dalam Talian dan Koleksi Digital UKM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 128 07-Oct-10 9:16:41 AM


Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM 129

Kursus Kemahiran Maklumat Internet


Kursus Kemahiran Maklumat Koleksi Digital UKM (KDUKM)
Kursus Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalam Talian
(PDT)
Kursus Kemahiran Maklumat Tesis
Kursus Kemahiran Membuat Petikan (Gaya UKM)
Kursus Kemahiran Perisian Bibliografi (EndNotes)

Modul khusus bagi membimbing pelanggan perpustakaan untuk


mendapatkan maklumat berdasarkan disiplin pengajian dengan kaedah
yang berkesan juga disediakan oleh pihak. perpustakaan. Modul ini
melibatkan kursus-kursus seperti di bawah:

Kursus Kemahiran Maklumat Sains Sosial


Kursus Kemahiran Maklumat Ekonomi dan Pengurusan
Kursus Kemahiran Maklumat Sains dan Teknologi
Kursus Kemahiran Maklumat Teknologi Maklumat dan
Kejuruteraan
Kursus Kemahiran Maklumat Islam
Kursus Kemahiran Maklumat Pendidikan
Kursus Kemahiran Maklumat Perubatan
Kursus Kemahiran Maklumat Undang-Undang
Kursus Sumber Maklumat Undang-Undang (Elektronik)
Kursus Sumber Maklumat Undang-Undang (Bercetak)

Para pengguna terutamanya para pelajar boleh mendapatkan khidmat


nasihat berkaitan kemudahan perpustakaan ini dengan menemui
para pegawai perpustakaan yang sememangnya sentiasa bersedia
memberikan bantuan yang diperlukan.

PERKHIDMATAN KAUNSELING DI UKM

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang membolehkan individu


memahami diri sendiri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu hingga
dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
Kaunseling juga adalah proses pertemuan interaksi bersemuka antara

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 129 07-Oct-10 9:16:41 AM


130 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

seorang kaunselor dengan klien yang boleh mengakibatkan berlaku


perubahan pada diri klien.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan
aktiviti runding cara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan
seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan
alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan
bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan,
perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan
keluarga.
Masyarakat hari ini perlu sedar bahawa kaunseling bukanlah hanya
kepada individu yang bermasalah semata-mata tetapi juga kepada
semua insan. Ini adalah kerana, melalui proses kaunseling banyak yang
boleh dipelajari dan difahami. Tidak kira tua atau muda, kecil atau
besar, semua individu sepatutnya sedar akan hal ini. Namun begitu,
masih terdapat stigma di dalam masyarakat kita kini, bahawa setiap
orang yang menemui kaunselor itu gila atau bermasalah. Sebenarnya,
semua orang mempunyai masalah sama ada mereka sedari atau tidak.
Disebabkan hal inilah, kaunseling dilihat sebagai sebuah entiti penting
dalam masyarakat bagi memainkan peranannya yang tersendiri bagi
membantu kesejahteraan semua.
Unit kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
merupakan satu unit di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar
(JPPel) yang memberikan perkhidmatan membantu pelajar dalam
pertumbuhan dan perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling
dan psikologi tanpa mengira bangsa, kaum, asal, keturunan, status
dan juga kepercayaan. Unit ini telah lama dibentuk di UKM dan
memainkan peranannya tersendiri dalam membantu pelajar. Unit
kaunseling merupakan salah satu sistem sokongan yang menjadi nadi
dan tulang belakang kepada Universiti memandangkan ianya akan
dapat membantu dalam memberikan kesan dan impak ke atas sesuatu
isu atau permasalahan.
Kaunseling merupakan salah satu bidang tugas utama yang
dilaksanakan oleh Pegawai-pegawai Psikologi di Unit Kaunseling
ini selain daripada beberapa aktiviti dan program lain. Perkhidmatan
kaunseling yang ditawarkan kepada pelajar meliputi kaunseling
individu, kaunseling kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling
kerjaya dan juga kaunseling pasangan. Setakat ini, sambutan yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 130 07-Oct-10 9:16:42 AM


Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM 131

diberikan oleh warga UKM masih kurang memberangsangkan, namun


begitu terdapat juga banyak pihak yang telah mula memandang dan
melihat betapa pentingnya sesi kaunseling ini ke atas individu yang
memerlukan.
Kebanyakan sesi kaunseling yang dijalankan di unit ini terdiri
daripada sesi kaunseling yang datang secara sukarela ataupun sesi
yang dirujuk oleh pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan di
sini adalah seperti Ketua Jabatan, Dekan, Pensyarah atau lain-lain
pihak yang merasakan seseorang itu perlu untuk berjumpa dengan
pegawai psikologi. Sebagai contoh, seorang pensyarah boleh
merujuk pelajarnya yang berdepan dengan sesuatu masalah sehingga
menjejaskan pelajarannya dan juga kehidupan seharian.
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara terus
daripada pegawai psikologi ataupun kaunselor yang terlatih daripada
unit ini. Kesemua kaunselor mempunyai lessen dan perakuan amalan
yang sah dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Kaunselor Malaysia. Para pelajar tidak perlu gusar dalam
mendapatkan perkhidmatan kaunseling di unit ini kerana setiap perkara
yang dibincangkan adalah sulit dan rahsia. Seseorang kaunselor itu
terikat kepada etika dan etika kerahsiaan merupakan satu aspek yang
amat penting dan utama. Oleh itu, semua rahsia anda akan selamat di
tangan kami.
Jenis permasalahan yang biasanya dibawa oleh klien adalah
berkenaan dengan isu akademik, peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan,
emosi, tingkah laku dan pelbagai lagi. Setiap permasalahan mempunyai
jalan penyelesaiannya yang tersendiri, oleh itu seseorang klien tidak
perlu takut untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai psikologi
terlibat. Dalam menangani isu-isu ini, terdapat pelbagai langkah dan
teknik yang digunakan seperti penggunaan alat ujian psikologi atau
inventori yang digunakan untuk mengenal pasti permasalahan klien.
Pengujian psikologi juga merupakan salah satu perkhidmatan
yang ditawarkan di Unit Kaunseling UKM ini. Sesiapa sahaja boleh
mendapatkan perkhidmatan ini untuk mengenali diri melalui Ujian
Personaliti, Ujian Kerjaya dan juga Ujian Kecerdasan Emosi. Ujian-
ujian psikologi ini beleh membantu para pelajar mengenali kekuatan
dan kelemahan diri masing-masing dan seterusnya dapat membantu
memperbaiki perkembangan sahsiah diri pelajar dengan mengikuti
program-program kaunseling yang dirancangkan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 131 07-Oct-10 9:16:42 AM


132 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Antara program yang pernah dijalankan oleh Unit Kaunseling


adalah Program Cakna Akademik, Program Dunia Baru, Peningkatan
Prestasi, Peningkatan Kendiri dan beberapa program lain lagi. Program
yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu pelajar daripada
pelbagai aspek terutamanya dalam kehidupan seharian mereka di
Universiti.
Sebagai contoh, Program Dunia Baru diadakan ketika pelajar-
pelajar Tahun Satu baru mendaftar dan tujuan program ini diadakan
adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kehidupan sebagai seorang
pelajar dan bagaimana proses penyesuaian diri itu perlu dilakukan.
Program ini turut membantu pelajar mencari hala tuju mereka di dalam
Universiti dan sebagai satu bimbingan supaya tidak tersasar kelak.

KESIMPULAN

Perpustakaan UKM sentiasa berusaha memantapkan perkhidmatan,


kemudahan dan prasarana fizikal dengan disokong oleh teknologi
terkini dalam mengisi keperluan pembelajaran, pengajaran dan
penyelidikan. Kepelbagaian koleksi yang dibangunkan dari segi format
bahan dan disiplin pengajian sentiasa seiring dengan perkembangan
program akademik universiti. Sebagai sebuah perpustakaan universiti
yang berwibawa, Perpustakaan UKM sentiasa beriltizam untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan perkembangan
semasa.
Dari segi kaunseling pula masih ramai pelajar yang tidak faham
peranan kaunselor itu sendiri. Sebagai orang yang lebih hampir
dengan para pelajar dan lebih mengenali pelajar, para pensyarah
boleh membantu pelajar yang berhadapan dengan pelbagai masalah
dengan merujukkan atau mencadangkan pelajar yang bermasalah
menemui kaunselor pelajar di Unit Kaunseling, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 132 07-Oct-10 9:16:42 AM


Pencarian Maklumat

BAB 10

PENCARIAN MAKLUMAT

Juhana Salim

PENGENALAN

Kemahiran Pencarian Maklumat merupakan kemahiran yang perlu


diperoleh oleh pelajar bagi memudah pelajar pada peringkat Ijazah
Pertama dan Ijazah Lanjutan mencari dan mendapatkan maklumat
dengan betul dan berkesan dalam sesuatu subjek. Terdapat pelbagai
jenis sumber maklumat yang mempunyai potensi untuk digunakan
dalam membantu membuat tugasan, perancangan, menyelesaikan
masalah, mendapatkan idea baru bagi membuat perubahan yang
dinamik ke arah memajukan masyarakat khususnya. Bagi berjaya
mengesan maklumat untuk menepati keperluan, adalah penting untuk
mengetahui secara umum dari mana datangnya maklumat tertentu dan
bagaimana ia diorganisasikan dalam bidang ilmu yang sedang dicari.
Pelajar harus menyedari pelbagai sumber maklumat yang ada serta
jenis/ciri kandungannya. Sehubungan dengan keperluan merujuk
pelbagai sumber maklumat, pengetahuan tentang sumber maklumat
dan strategi mencari maklumat adalah penting jika kita ingin menjadi
seorang yang mahir menggunakan maklumat. Pengetahuan ini adalah
untuk membezakan jenis sumber maklumat yang ada yang mana
bukan hanya terhad kepada sumber tradisional seperti bahan bercetak
dan terbitan berkala malah meliputi sumber elektronik seperti sumber
web, pangkalan data dan laman web. Pengetahuan tentang sumber
maklumat juga penting dalam proses pencarian maklumat supaya
individu tidak hanya tertumpu kepada satu sumber sahaja. Selain
itu, dengan mempunyai pengetahuan berkaitan sumber maklumat,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 133 07-Oct-10 9:16:42 AM


134 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kita dengan mudah dapat mengetahui latar belakang maklumat yang


dicari.
Bab ini menjelaskan dengan terperinci bagaimana maklumat boleh
didapati daripada pelbagai sumber sama ada dalam perpustakaan atau
di luar perpustakaan seperti buku, jurnal, agensi kerajaan, persidangan,
media massa, laporan penyelidikan, tesis, pangkalan data elektronik,
CD-ROM dan dokumen web. Setiap jenis sumber maklumat ini
mempunyai kelainan dari segi jenis maklumatnya dan menjadi
pelengkap antara satu sama lain. Justeru itu, untuk proses pencarian
maklumat yang berkesan, bentuk dan format perlu digunakan sebaik
mungkin untuk dimanfaatkan sepenuhnya.

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan maklumat


berkembang berlipat ganda dan perkembangan tersebut telah
mengubah cara maklumat dijana, disimpan dan dicapai. Bagi
memastikan pelajar dapat manfaat daripada ledakan maklumat yang
mampu membantu dalam penjanaan idea baru, inovatif, menyelesaikan
masalah serta mencapai lain-lain objektif, pelajar mesti memperolehi
pengetahuan dan kemahiran berhubung segala aspek dalam kemahiran
maklumat. Kemahiran maklumat ditakrifkan sebagai kemahiran yang
berkaitan dengan proses kognitif manusia seperti kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif dan analitikal yang membolehkan individu
mengenalpasti keperluan maklumat, memformulasikan persoalan
berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian dan
mengakses, menilai, menggunakan dan mengorganisasikan maklumat
serta mempersembahkan atau menyampaikan maklumat. Kemahiran
menjana strategi pencarian dan mengakses pelbagai sumber maklumat
sebahagiannya melibatkan kemahiran yang berkaitan dengan mengesan
sumber maklumat dalam perpustakaan serta maklumat elektronik
seperti perkhidmatan elektronik atau pangkalan dan INTERNET.
Kemahiran maklumat lazimnya dikaitkan dengan kemahiran dan
penggunaan maklumat bukan sahaja konvensional atau maklumat
yang berasal dari media cetak tetapi termasuk media elektronik.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 134 07-Oct-10 9:16:42 AM


Pencarian Maklumat 135

PENCARIAN MAKLUMAT

Pencarian bermaksud menyediakan kepada pembaca satu pandangan


yang menyeluruh tentang julat sistem carian dan jenis maklumat yang
boleh dicapai. Halaman web dalam Internet selalunya menyediakan
capaian ke beberapa sumber maklumat yang berjulat tempatan dan
jarak jauh. Kebanyakan halaman web menyediakan beberapa ciri
tempatan termasuk penjelasan tentang isu semasa dalam sesuatu
komuniti. Terdapat jenis pencarian maklumat yang dikategorikan
sebagai pencarian maklumat secara am yang menggunakan enjin
carian. Sebagai contoh, pencari maklumat yang bercadang untuk
pergi bercuti ke Alice Springs boleh membuat pencarian am melalui
Internet dengan menggunakan enjin carian Google dan menaip Alice
Springs. Jenis pencarian yang lazim di kalangan pelajar adalah
pencarian buku tertentu di perpustakaan. Pelajar biasanya mengakses
katalog perpustakaan dalam talian atau Online Public Access
Catalogue (OPAC) untuk mengesan buku yang diperlukan. Carian
menggunakan OPAC boleh dilakukan melalui tajuk buku, pengarang,
kata kunci, subjek dan sebagainya. Satu lagi jenis pencarian maklumat
adalah pencarian artikel atau laporan dan kertas kerja persidangan
yang diterbitkan dalam jurnal atau prosiding elektronik. Menjelang
awal 1998, dianggarkan sebanyak 4,000 jurnal akademik elektronik
atau jurnal penerbitan dalam pelbagai subjek boleh didapati menerusi
pangkalan data dan melalui Internet. Dalam pencarian maklumat jenis
artikel atau laporan, sumber maklumat yang hendak dicari adalah
melalui subjek, contohnya: Pendidikan dwi-bahasa di Kanada.
Pencari maklumat lazimnya membuat keputusan untuk menggunakan
ERIC, sumber pangkalan data pendidikan yang merangkumi 800,000
buku-buku rujukan, artikel dalam jurnal, tesis, prosiding seminar,
laporan penyelidikan dan lain-lain yang diterbitkan sejak 1966.

Proses awal pencarian maklumat

Adalah penting untuk pelajar mempelajari langkah-langkah yang


berkaitan dengan proses awal dalam pencarian maklumat. Langkah
paling awal yang pelajar perlu buat adalah untuk mengenal pasti
keperluan maklumat yang betul-betul tepat. Jika tidak, pencarian
maklumat akan bermula dengan arahan yang tidak jelas, dan keputusan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 135 07-Oct-10 9:16:42 AM


136 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

carian yang relevan juga mungkin akan tercicir, ditambah pula dengan
maklumat yang tidak relevan turut dikumpulkan. Langkah seterusnya
dalam proses pencarian maklumat ialah menukar keperluan maklumat
kepada satu atau lebih konsep. Sebagai contoh, pencari mungkin
mahu mencari maklumat tentang Ethical And Social Implications
Of Computer Networking atau Implikasi rangkaian komputer atau
Internet terhadap masyarakat dari segi sosial dan etika. Setiap konsep
ini boleh ditukarkan kepada satu atau lebih istilah untuk dimasukkan
dalam pertanyaan pencarian maklumat. Contohnya, Computer dan
Internet adalah sinonim dengan konsep: Computer networking.
Sesetengah sumber maklumat di indeks menggunakan bahasa sebenar
yang dijumpai di dalamnya. Pengguna mesti memikirkan juga semua
istilah yang boleh digunakan dalam sumber yang dapat mewakili
sesuatu konsep. Kegagalan berbuat demikian akan menghasilkan
beberapa maklumat yang tidak dapat dicapai.

Kenal pasti sumber pencarian maklumat

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang mempunyai potensi


untuk digunakan dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah
serta mendapatkan idea baru bagi menyiapkan tugasan/projek dan
membuat perancangan pembelajaran yang sesuai. Bagi berjaya
mengesan maklumat untuk menepati keperluan, adalah penting untuk
mengetahui secara umum dari mana datangnya maklumat tertentu
dan bagaimana ia diorganisasikan dalam bidang ilmu yang sedang
dicari. Pelajar harus menyedari pelbagai sumber maklumat yang
ada, serta jenis/ciri kandungannya. Sehubungan dengan keperluan
merujuk pelbagi sumber maklumat, pengetahuan tentang sumber
maklumat dan strategi mencari maklumat adalah penting jika kita
ingin menjadi seorang yang mahir menggunakan maklumat. Antara
sumber maklumat yang boleh dirujuk bagi menyokong pembelajaran
dan pengajaran adalah:

Ensiklopedia am kandungan ensiklopedia meliputi hampir


kesemua pengetahuan manusia tetapi diberikan dalam bentuk
ringkasan. Penyenaraian yang begini dapat membantu dalam
menganalisa aspek yang berbeza bagi tajuk yang dipilih.
Ensiklopedia khusus meliputi aspek pengetahuan bagi sesuatu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 136 07-Oct-10 9:16:42 AM


Pencarian Maklumat 137

tajuk yang tertentu. Hasil pencarian membolehkan mengenal


pasti beberapa aspek dari sudut pandangan, teori atau hujah yang
berbeza.
Pangkalan data jurnal majalah/akhbar/persidangan pencarian
melalui pangkalan data sumber maklumat seperti jurnal/majalah/
akhbar/persidangan/tesis/paten akan mengemukakan senarai
penulisan dan teks penuh bahan dari sumber-sumber berkenaan
yang meliputi tajuk anda.
Buku rujukan khusus buku rujukan khusus menumpukan
perhatian kepada tajuk-tajuk umum.
Internet internet dapat memudahkan dalam mengenalpasti tajuk
yang dipilih kerana internet bukan sahaja mempunyai banyak
maklumat tetapi maklumat yang terdapat di dalamnya merupakan
maklumat yang terkini. Selain itu, penggunaan enjin pencarian
dapat membantu dalam melayari laman-laman yang ada.

Sumber maklumat juga boleh dikategorikan kepada sumber


primer, sekunder dan sumber tertiari. Sesuatu sumber primer ialah
bahan atau maklumat asal yang tidak di tafsir oleh orang lain dan
kadang-kadang sumber primer sukar diperolehi kerana sukar dikesan.
Sumber primer seperti tesis, disertasi, laporan teknikal, kertas
seminar atau prosiding persidangan tidak diindeks secara meluas dan
ini menyebabkan sumber berkenaan sukar dikesan. Contoh sumber
primer yang diterbitkan adalah: terbitan berkala/terbitan bersiri/jurnal,
laporan penyelidikan, penerbitan kerajaan/penerbitan rasmi, paten,
piawaian, disertasi/tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku) dan
prosiding persidangan. Contoh sumber primer yang tidak diterbitkan
pula meliputi: kertas kerja, fail syarikat, fail peribadi, surat-menyurat,
diari/memo, buku nota, laporan makmal, temuramah, rakaman radio,
lukisan, pemerhatian, laporan penyelidikan/teknikal yang terhad
edarannya dan latihan ilmiah/tesis/disertasi.
Sumber sekunder pula mengandungi maklumat yang dikumpul
daripada berbagai sumber primer yang telah di tafsir oleh pengumpul.
Contoh sumber sekunder adalah buku, terbitan berkala/terbitan bersiri/
jurnal (yang memberi laporan tentang perkembangan sumber primer),
perkhidmatan indeks dan abstrak, ulasan (reviews), asas (ensiklopedia,
kamus/glosari/istilah), buku panduan (handbooks), jadual, formula dan
pangkalan data. Sumber sekunder biasanya melibatkan penganalisan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 137 07-Oct-10 9:16:42 AM


138 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kritis. Sumber tertiari dapat membantu mengesan sumber primer


dan sumber sekunder. Contoh sumber tertiari adalah seperti: buku
tahunan, direktori, bibliografi kepada bibliografi, panduan kepada
penerbitan (Guides to the literatures), panduan kepada perpustakaan,
panduan kepada sumber maklumat, panduan kepada organisasi dan
senarai-senarai (lists).Dalam pencarian maklumat, terdapat pelbagai
alat atau sumber maklumat yang boleh digunakan seperti pangkalan
data, ensiklopedia, CD-ROM, Pangkalan Data Dalaman, Pangkalan
Data Dalam Talian dan Internet. Semua sumber maklumat ini dapat
memberikan hasil pencarian yang memuaskan sekiranya seseorang itu
benar-benar mahir dalam pencarian dan mempunyai strategi pencarian
yang baik.

LAMAN WEB PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Pelajar sering menghadapi masalah mengesan maklumat dalam


bidang masing-masing kerana banyak maklumat yang dicapai melalui
enjin gelintar memberi hasil carian yang tidak relevan dan tidak
ilmiah. Sebaliknya kita boleh menggunakan Katalog dalam talian,
tapak khusus, Gateway, Direktori dan berbagai jenis enjin carian
bagi memudahkan kita mencari maklumat. Tapak khusus yang
amat berguna kepada pelajar adalah laman perpustakaan sesebuah
universiti. Bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, laman web
Perpustakaan Tun Seri Lanang boleh diakses melalui alamat berikut:
http://pkukmweb.ukm.my/~library/ . Laman web PTSL mengandungi
maklumat seperti Katalog Gemilang, pangkalan data, E-Journal,
perpustakaan Digital, E-Book dan sebagainya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 138 07-Oct-10 9:16:42 AM


Pencarian Maklumat 139

Rajah 10.1: Antaramuka Utama Laman Perpustakaan Tun Seri


Lanang

Rajah 10.1 menunjukkan antaramuka utama Laman web Perpustakaan


Tun Seri Lanang (PTSL). Melalui laman utama PTSL, pelajar boleh
mencari pelbagai sumber maklumat seperti buku, jurnal, persidangan,
akhbar, laporan teknikal, penyelidikan karya akademik dan lain-lain
lagi bahan ilmiah yang amat berguna dalam pembelajaran. Jadual
10.1 menyenarai url laman yang boleh dicapai pelajar untuk mencari
pelbagai jenis sumber maklumat. Contohnya, jika pelajar ingin mencari
buku, pelajar boleh melayari Katalog Gemilang di http://gemilang.
ukm.my/ , Koleksi Digital di http://ptsldigital.ukm.my/,e-Repository
http://pkukmweb.ukm.my/~library/buku_e.htm , Koleksi Dokumen
dan Koleksi Arkib. Bagi mencari artikel jurnal dan persidangan,
pelajar boleh melayari Pangkalan Data di http://pkukmweb.ukm.
my/~library/elec.htm, e-Journal http://www.ezplib.ukm.my/login,
Koleksi Digital di http://ptsldigital.ukm.my/, e-Repository http://
pkukmweb.ukm.my/~library/buku_e.htm . Bagi memudahkan pelajar
mempelajari cara mengesan sumber maklumat melalui pautan yang
disediakan dalam laman utama PTSL, pelajar boleh mengikuti latihan
kendiri yang disediakan di: www.ftsm.ukm.my/tp/js.htm.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 139 07-Oct-10 9:16:42 AM


140 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 10.1 Ringkasan Laman Berguna Untuk Membantu


Pencarian Sumber Maklumat Di PTSL

Persidangan
Laporan
Buku Jurnal Persidangan dalam Thesis
Penyelidikan
negara
Katalog
Gemilang
/ / /
http://gemilang.
ukm.my/
Koleksi Digital
http://ptsldigital. / / / / / /
ukm.my/
Pangkalan
Data
http://
/ / / / /
pkukmweb.ukm.
my/~library/
elec.htm
e-Journal
http://www.
/ /
ezplib.ukm.my/
login

e-Repository
http://
pkukmweb.ukm. / / / /
my/~library/
buku_e.htm
Malaysia
Thesis Online
http://
/ /
eresources.
perpun.net.my/
portal/index.php
Koleksi
/ / / / /
Dokumen
Koleksi Media /
Koleksi
Arkib/Karya / / / / /
Akademik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 140 07-Oct-10 9:16:43 AM


Pencarian Maklumat 141

STRATEGI DAN TEKNIK PENCARIAN

Dalam mempelajari cara mengakses daripada Pangkalan data atau


sumber dalam talian, pelajar perlu mempelajari beberapa strategi
dan teknik pencarian bagi membolehkan pelajar mengesan sumber
maklumat yang menepati kehendak pelajar.
Strategi yang pertama adalah mengenalpasti pangkalan data yang
sesuai digunakan. Apabila pelajar paut kepada http://pkukmweb.
ukm.my/~library/elec.htm, pelajar boleh mengenalpasti pangkalan
data dengan mudah kerana pangkalan data dalam laman tersebut
distruktur mengikut subjek. Rajah 10.2 menunjukkan bahagian yang
menyenarai pangkalan data dalam bidang Komputer/Kejuruteraan.
Selain daripada mengakses pangkalan data dalam sesuatu bidang,
pelajar boleh mengakses pangkalan data yang tersenarai di bahagian
General. Pangkalan data yang tersenarai dalam kategori general/
Various subject boleh diakses oleh semua pelajar kerana pangkalan
data berkenaan meliputi semua bidang/subjek. Antara pangkalan data
yang boleh diakses oleh pelajar adalah seperti: Ebscohost, Isi Web
Of Science, Jstor, Proquest Dissertations & Theses Fulltext, Science
Direct dan Springerlink.

Rajah 10.2: Contoh senarai pangkalan data dalam bidang


Komputer/Kejuruteraan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 141 07-Oct-10 9:16:43 AM


142 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Teknik Pencarian Elektronik

Perkara yang penting dalam katalog atas talian dan pangkalan data
adalah pencarian kata kunci. Pencarian kata kunci membenarkan
pengguna melaksana pencarian berdasarkan satu perkataan, frasa atau
gabungan perkataan dan frasa. Pelajar boleh melawati laman berikut
untuk mempelajari beberapa teknik mengesan sumber elektronik :
http://telecollege.dcccd.edu/library/Module2 /Periodicals/srchtech.
htm#interactive tutorial .

Pencarian kata kunci

Antara ciri penting bagi katalog atas talian dan pangkalan data
elektronik adalah pencarian kata kunci (keyword search). Pencarian
kata kunci membolehkan pengguna untuk mencari menggunakan satu
perkataan, frasa, atau kombinasi perkataan dan frasa seperti contoh:
penyalahgunaan dadah atau penyalahgunaan dadah dan atlet.

Pencarian Frasa

Teknik pencarian frasa boleh diguna untuk mencari maklumat yang


melibatkan penggunaan lebih daripada satu perkataan atau nama khas
seperti contoh berikut: World Health Organisation, Usman Awang,
Affirmative Action, K-ekonomi dan Religious Cult. Rajah 10.3
menunjukkan bagaimana pencarian frasa boleh digunakan apabila
mencari sumber maklumat daripada Pangkalan Data OvidSP.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 142 07-Oct-10 9:16:43 AM


Pencarian Maklumat 143

Rajah 10.3: Contoh teknik pencarian frasa

Pencarian mengguna teknik Boolean

Logik Boolean merupakan sebuah strategi kueri untuk mencari


pangkalan data elektronik. Carian Boolean membenarkan pengguna
untuk menggabungkan dua atau lebih istilah carian dengan mengguna
operator and, or, not, dan kadang kala near apabila mencari
maklumat menggunakan pangkalan data atau lain-lain kemudahan
sumber maklumat elektronik. Operator Boolean membenarkan
pengguna untuk memperluas atau menghad carian dengan menentukan
hubungan istilah dicari. Kurungan boleh diguna untuk operasi turutan
dan kumpulan perkataan.
Logik Boolean and memerlukan semua istilah muncul
dalam rekod. Operator Boolean and membolehkan kita untuk
mengecilkan carian sebagai contoh: Children AND Internet. Rajah
10.4 menunjukkan bagaimana Boolean and boleh diguna dalam
mencari sumber daripada pangkalan data Ebsco.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 143 07-Oct-10 9:16:43 AM


144 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rajah 10.4: Contoh pencarian mengguna penghubung AND


daripada Ebsco

Logik Boolean not menyingkir istilah dan mencapai bahan yang


istilah pertama adalah dikehendaki tetapi bukan istilah kedua atau
ketiga. Gunakan not untuk menyingkir perkataan atau frasa dari
pencarian anda. (Nota: sesetengah pangkalan data menggunakan and
not.) Sebagai contoh: Children and Internet not pornography (lihat
rajah 10.5)

Rajah 10.5: Contoh Boolean and not dalam pencarian


menggunakan pangkalan data Ebsco

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 144 07-Oct-10 9:16:43 AM


Pencarian Maklumat 145

Logik Boolean or mencapai rekod di antara istilah. Operator


Boolean or boleh digunakan untuk memperluaskan carian. Sebagai
contoh: teens or youth. Rajah 10.6 menunjukkan bagaimana Boolean
or boleh diguna dalam mencari sumber daripada pangkalan data
Ebscohost serta menunjukkan artikel yang mempunyai perkataan
german measles atau (or ) rubella.

Rajah 10.6 : Pencarian Boolean or

Teknik kata akar (truncation search)

Teknik kata akar atau Truncation membolehkan pencarian dengan


memasukkan sebahagian istilah carian diikuti dengan simbol
(kebiasaannya adalah *, kadang kala ? atau $), untuk mencari variasi
hasil carian dari segi ejaan bermula dari simbol tersebut. Penggunaan
simbol pemangkasan membenarkan anda memendekkan atau
memotong istilah carian anda. Contohnya:

femini* - mencapai feminine, feminism, feminism, feminist dan


lain-lain.
theat* - mencapai bahan mengenai theater atau theatre (ejaan
alternatif)

PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI INTERNET

Internet merupakan salah satu kemudahan maklumat dan dianggap


sebagai sebuah gedung maklumat yang luas dan interaktif. Walaupun

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 145 07-Oct-10 9:16:43 AM


146 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Internet merupakan sumber maklumat elektronik yang amat berguna,


seseorang individu harus mengetahui cara dan teknik mendapatkan
maklumat yang betul, strategik dan menjimat masa supaya pelajar
boleh memperolehi maklumat yang dikehendaki sahaja. Jumlah
yang terlalu banyak sambil disertakan dengan sumber yang tidak
perlu, menyebabkan pengguna seringkali gagal dan kecewa untuk
mencari maklumat yang relevan (Anstending, L. et al. 1997). Secara
keseluruhannya masalah berkaitan pencarian maklumat melalui
Internet akan dapat dikurangkan menerusi teknik tertentu.

Menggunakan sumber khas berkaitan akademik dan


penyelidikan

Di Internet terdapat sumber khusus yang memang tersedia untuk


objektif berkaitan akademik dan penyelidikan dan seringkali dikenali
kerana reputasi yang baik terutama di kalangan pengguna Internet
yang ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kursus
masing-masing. Dengan menggunakan Sumber Pengkhususan seperti
ini, pengguna akan lebih terfokus kepada maklumat penting sahaja
tanpa perlu dibebani dengan sumber yang tidak relevan dan sukar
untuk diurus. Namun kaedah ini lebih tertumpu kepada pengguna
yang sudah sedia mengetahui mengenai lokasi tapak (sites) sumber
tersebut dan perlu menggunakan bantuan Direktori atau Enjin Carian
jika tidak mengetahui mengenai kewujudannya. Di antara sumber
berunsurkan akademik dan penyelidikan yang seringkali digunakan
adalah Tapak sumber Citeseer untuk bidang Sains Komputer, ERIC
untuk Pendidikan, PADAT untuk Tamadun Melayu, Open text
pinstripe untuk bisnes dan sebagainya. Alamat URL dari sumber
tersebut boleh diperolehi dari individu penting seperti pensyarah,
pakar subjek berkaitan atau ahli perpustakaan kerana golongan ini
seringkali mempunyai senarai sumber rujukan yang berunsurkan
akademik termasuk dari Internet.

Kaedah carian menggunakan direktori

Direktori adalah perkhidmatan yang memberikan kumpulan pautan


(links) kepada sumber dari Internet yang telahpun dikumpulkan dan
disusun mengikut kategori tertentu. Direktori disusun dan dikategori

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 146 07-Oct-10 9:16:44 AM


Pencarian Maklumat 147

oleh editor dalam lapangan subjek masing-masing dan dikemaskini


dengan lebih kerap walaupun bilangannya agak kecil jika dibandingkan
dengan dokumen yang dapat dicapai oleh Enjin Carian. Perkhidmatan
Direktori sesuai digunakan untuk mencari sumber maklumat yang
dicadangkan oleh pakar-pakar tertentu kerana telah melalui proses
penilaian terlebih dahulu sebelum disenaraikan di dalam Direktori.
Direktori boleh diakses dalam dua kaedah iaitu menerusi kaedah
browsing dan carian menggunakan Kata Kunci. Menerusi kaedah
browsing, setiap kategori dikumpulkan dari satu subjek besar hingga
ke subjek yang lebih spesifik sehingga pengguna bertemu dengan
tajuk yang diperlukan. Kaedah carian menggunakan Kata Kunci pula
menyediakan fungsi carian yang agak berbeza dengan kaedah carian
Enjin Carian biasa. Kaedah carian Direktori juga tidak terlalu spesifik
kerana tidak memerlukan proses pemadanan antara kata kunci dengan
setiap perkataan di dalam dokumen yang dijumpai sebaliknya proses
carian hanya melibatkan kategori subjek dan penerangan ringkas
(description) yang dibuat oleh editor direktori. Direktori dibahagikan
kepada dua jenis iaitu Direktori berunsur akademik dan profesional
seperti Infomine (url: http://infomine.ucr.edu) dan direktori berunsur
portal komersial seperti Yahoo (Cohen, L. 2002).

Kaedah carian menggunakan enjin meta-carian

Engin carian meta adalah alatan carian yang tidak mempunyai


pangkalan data maklumatnya sendiri sebaliknya, membuat pencarian
ke enjin gelintar yang lain kerana mencari dalam banyak pangkalan
data akan membuatkan keputusan pencarian lebih komprehensif
tetapi memakan masa untuk memperolehinya. Enjin Meta-Carian
seperti Surfwax yang berfungsi untuk mencari dokumen Internet yang
berkaitan dengan perkara-perkara penting seperti penyelidikan dan
sesuai digunakan oleh para akademik yang menggunakan Internet
sebagai sumber maklumat dalam penyelidikan masing-masing.
Vivisimo (url: http://vivisimo.com) dan Ixquick pula berguna dan
mampu menyokong carian yang kompleks, menyatukan hasil carian
dengan baik dan mengelakkan kewujudan hasil carian yang sama
dan memberikan ciri-ciri yang unik seperti intelligent ranking atau
pengkelompokan subjek.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 147 07-Oct-10 9:16:44 AM


148 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kaedah carian menggunakan sumber deep web

Deep Web merupakan kandungan maklumat di dalam suatu pangkalan


data yang boleh diakses secara terus tetapi gagal dikesan menggunakan
Enjin Carian biasa menyebabkan ia turut mendapat gelaran Deep web.
Menurut Brightplanet (2004), Deep Web dianggarkan mempunyai
keluasan sebanyak 500 kali lebih besar berbanding surface web
biasa yang boleh dicapai menerusi kaedah enjin carian biasa (Lihat
rajah 10.7). Deep Web boleh digunakan jika pengguna memerlukan
maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data seperti fail
multimedia, senarai e-mel, data geografi, statistik data, fail imej
dan fail berformat Adobe Acrobat (.pdf). Terdapat beberapa kaedah
yang boleh digunakan untuk mengakses Laman Deep Web ini iaitu
menggunakan Direktori, Enjin Carian dan Tapak Khas untuk Deep Web
berkenaan. Kaedah paling mudah adalah menggunakan Tapak Khas
yang mengumpulkan pautan kepada Pangkalan Data Deep Web yang
terdapat di Internet seperti www.scienceresearch.com dan Deep web
Directory. Pengguna juga boleh menggunakan Enjin Carian menerusi
Kata Kunci Khas dengan tambahan perkataan database (Rajah
10.7) selepas kata kunci subjek asas contohnya war database.

Rajah 10.7: Sumber Deepweb (Brightplanet 2004

Gateway

Gateway merupakan laman yang menyenaraikan laman web, pangkalan


data dan sumber maklumat dalam sesuatu bidang perkara. Pelajar
boleh menjimat masa mencari maklumat melalui Internet dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 148 07-Oct-10 9:16:44 AM


Pencarian Maklumat 149

mengenal pasti Gateway subjek dalam bidang pengkhususan masing-


masing. Gateway sebenarnya merupakan kunci kepada banyak lagi
sumber dalam talian dalam sesuatu bidang seperti Gateway to Digital
Libraries & Searchable Databases (url: http://www.ftsm.ukm.my/
diglib)( Rajah 10.8) dan Gateway khusus dalam sesuatu bidang seperti
Information resources for Biosciences (rajah 10.9)

Rajah 10.8: Gateway to digital libraries & searchable databases

Rajah 10.9: Laman University Cardiff yang menyediakan pautan


kepada gateway

SUMBER RUJUKAN BERASASKAN WEB

Sumber rujukan adalah sejenis sumber maklumat yang boleh dirujuk

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 149 07-Oct-10 9:16:44 AM


150 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut mengenai sesuatu perkara


seperti: Sumber rujukan Kamus, Ensiklopedia, Almanac dan Buku
Panduan Laman Utama PTSL menyediakan pautan sumber Rujukan
(di sebelah kanan laman). Pengguna boleh melayari sumber rujukan
ini bagi membantu mengesan maklumat lanjut yang dikehendaki.
Sumber rujukan berasaskan web seperti dalam bidang sel dan
biologi molecular memudahkan pelajar mengesan maklumat makmal
penyelidikan, kajian yang sedang dilaksanakan dan sebagainya.
Contohnya, laman Current Research member (Rajah 10.10) pautan
kepada makmal penyelidikan dalam sesuatu bidang. Pelajar yang
berminat boleh teliti dan pilih bidang berkenaan dan akan dipautkan
kepada laman yang mengandungi maklumat lanjut tentang kajian yang
sedang dilaksanakan makmal berkenaan.

Rajah 10.10: Current research: sumber rujukan biologi

KESIMPULAN

Penciptaan baru telah menambahkan gedung ilmu dan melipatgandakan


maklumat. Jumlah ilmu yang bertambah dua kali ganda setiap lima
tahun mengakibatkan ledakan maklumat menjadi lebih kompleks.
Oleh itu adalah diharapkan perkara-perkara yang dijelaskan tentang
sumber-sumber maklumat, strategi dan proses pencarian maklumat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 150 07-Oct-10 9:16:44 AM


Pencarian Maklumat 151

yang cekap dan berkesan dapat digunakan dengan sebaik mungkin


untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Analisis daripada kajian-kajian lepas
mengenai penggunaan kemudahan Internet menunjukkan pengguna
perlu memperoleh pengetahuan tentang teknologi Internet serta
kemudahan-kemudahannya termasuk kaedah mengguna engin carian
dan teknik yang strategik bagi membolehkan pengguna mendapatkan
maklumat yang diperlukan sahaja.

RUJUKAN

Anstending, L. et. al. 1997. Searching the Internet in a writing class.


Annual Meeting of the 48th Conference on College Composition
and Communication. Phoenix, Arizona.
Barker, J. 2001. Finding Information on the Internet: A Tutorial Style
Sheets for Citing Internet & Electronic Resources. http://www.lib.
berkeley.edu/teachinglib/guide/internet/style.html [12 Oktober
2005]
Brightplanet. 2000. Brightplanet: Web is Bigger Than We Thought
http://www.brightplanet.com/news/press_12_21.asp [10 Disember
2006]
California Media & Library Educators Association. 1994. From
Library Skills to Information Literacy: A handbook for the 21st
Century. Colorado: Hi Willow Research and Publishing.
Cohen L. 2002. Understanding the World Wide Web. http://library.
albany.edu/internet/www.html [10 Disember 2006]
Developing Information Literate Graduates: Prompts for Good
Practice. http://www.fit.qut.edu.au/Infosys/bruce/inflit/prompts.
html
http://wwwgseis.ucla.edu/ERIC/digests/dig9606.html
Grix, J. & Watkins, G. 2010. Information Skills: Finding and using
the right sources. Hampshire:Macmillan Publishers.
Information Literacy Search Strategies, Tools and Resources
Internet Systems Consortium. 2004. Internet Domain Survey. http://
www.isc.org/index.pl?/ops/ds/reports/2004-01 [12 Januari 2004]
Juhana Salim, Junaidah Mohamed Kassim & Azizah Jaafar. 2010.
Kemahiran Maklumat & Komunikasi: Teori dan Amalan. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 151 07-Oct-10 9:16:44 AM


152 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

McKenzie, J. 1996. Making WEB Meaning. Educational Leadership


3 (1996): 30-32.
Search Engine Watch. 2003. Search Engine Showdown: review of
Yahoo Directory. http://searchengineshowdown.com/dir/yahoo/
review.html [1 Mei 2010]
Taylor, D. The literature review: a few tips on conducting it. http://
www.utoronto.ca/writing/litrev.html [1 Mei 2010]

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 152 07-Oct-10 9:16:44 AM


Perancangan Kerjaya

BAB 11

PERANCANGAN KERJAYA

Amla Mohd. Salleh


Salleh Amat

PENDAHULUAN

Pernah anda bertanya kepada pelajar mengapa mereka mengikuti


kursus program yang mereka sertai sekarang. Adakah mereka benar-
benar berminat dengan kursus atau program yang disertai? Mungkin
anda pernah mendengar pelajar mengeluh kerana mereka tidak
berminat dengan kursus yang ditawarkan tetapi terpaksa menyertainya
kerana hanya program daripada universiti ini sahaja yang menawarkan
tempat kepada mereka. Sekiranya pelajar mendapat kursus yang
dihajati maka motivasi untuk mereka belajar bolehlah dianggap
tinggi. Sebaliknya jika mereka tidak mendapat kursus yang dipohon,
maka pengubahsuaian terhadap minat dan perancangan kerjaya masa
hadapan mereka adalah wajar diberi perhatian oleh para kaunselor dan
pensyarah sendiri.
Para kaunselor atau pegawai hal ehwal pelajar di universiti
boleh membekalkan maklumat berkaitan kerjaya kepada para pelajar
secara langsung atau tidak langsung. Namun demikian tidak semua
pelajar akan berjumpa kaunselor atau mengikuti program-program
berkaitan kerjaya yang dianjurkan oleh pihak universiti ini. Biasanya
para pelajar tidak memberikan penekanan terhadap aspek kerjaya
ini sehinggalah mereka berada pada tahun akhir. Ada juga pelajar
yang tidak merancangkan hala tuju kerjaya mereka sepanjang berada
di universiti. Oleh itu para pensyarah boleh membekalkan pelajar
dengan maklumat kerjaya serta membantu pelajar membuat persediaan
menghadapi alam pekerjaan semasa mereka berada di universiti.
Kuliah-kuliah yang disampaikan boleh dikaitkan dengan kehidupan
seharian terutamanya apabila memasuki alam pekerjaan. Pegangan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 153 07-Oct-10 9:16:44 AM


154 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian secara automatik telah


berlalu. Aspek kesedaran kerjaya dan persediaan memasuki alam
pekerjaan adalah satu pengalaman pembelajaran yang penting bagi
para pelajar semasa mengikuti program atau pengajian di universiti.
Dalam masa yang sama, para pensyarah perlu mempersiapkan
diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan isu-isu kerjaya agar para
pensyarah dapat membekalkan maklumat serta membantu para pelajar
membuat perancangan kerjaya dengan baik.
Bab ini membincangkan aspek kerjaya secara umum dan juga
perancangan kerjaya selaras dengan dunia pekerjaan hari ini. Pensyarah
akan didedahkan peri pentingnya peranan mereka dalam membantu
para pelajar agar pelajar lebih bersedia memasuki alam pekerjaan.
Konsep perkembangan kerjaya, sumber maklumat kerja, perancangan
kerjaya serta aspek teori yang menerangkan hubungan antara
personaliti dan persekitaran pekerjaan juga akan dibincangkan.

SENARIO SEMASA

Isu-isu berkaitan dengan kerjaya atau pekerjaan bukan hanya


dibincangkan di peringkat pengajian tinggi tetapi juga telah bermula di
peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Masalah pengangguran
atau ketidakselarasan antara kursus yang diikuti semasa di universiti
dengan pekerjaan yang dipilih sering menjadi perbincangan dalam
kalangan para graduan, ibu bapa dan juga masyarakat. Para graduan
dan ibu bapa khususnya masih beranggapan bahawa apabila seseorang
itu berjaya mendapat segulung ijazah maka mereka akan ditawarkan
pekerjaan yang sejajar dengan kursus yang diikuti semasa di universiti
atau institusi pengajian tinggi. Usaha untuk bekerja sendiri atau sikap
keusahawanan seolah-olah tidak ujud dalam pemikiran para graduan
selepas tamat pengajian di universiti.
Masyarakat masih berfikiran bahawa universiti harus
bertanggungjawab untuk memastikan para graduan mendapat
pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Seolah-olah universiti adalah
satu institusi yang menyediakan pekerjaan kepada para graduan.
Hakikatnya, mencari pekerjaan pada abad ini adalah lebih mencabar
kerana pekerjaan sudah banyak berubah dari segi jumlah, struktur,
keperluan dan bentuk. Perkembangan teknologi maklumat sebagai satu
keajaiban menjadikan kemahiran bekerja menjadi semakin kompleks.
Ada sesetengah individu dengan mudah mendapat pekerjaan atau
bertukar-tukar pekerjaan sedangkan individu lain amat sukar untuk
mendapat pekerjaan. Ada juga individu yang tidak memilih apa juga

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 154 07-Oct-10 9:16:45 AM


Perancangan Kerjaya 155

pekerjaan yang ditawarkan walaupun pekerjaan yang dipilih tidak


berkaitan dengan kursus atau program yang diikutinya semasa di
universiti.
Peluang-peluang pekerjaan juga semakin bertambah tetapi
persaingan untuk mendapat sesuatu pekerjaan itu juga bertambah.
Hanya mereka yang memenuhi kehendak majikan akan berjaya
dipilih. Pelbagai faktor perlu diberi perhatian dalam memilih sesuatu
pekerjaan. Faktor-faktor kemahiran sosial terutamanya kebolehan
berkomunikasi, kreativiti dan kepimpinan perlu diberi keutamaan.
Kelayakan akademik bukalah satu-satunya faktor yang diberi perhatian
oleh majikan apabila menerima pekerja baru. Secara umumnya
kebolehpasaran graduan di Malaysia boleh dianggap sebagai rendah.
Kelemahan dalam kemahiran insaniah terutamanya kecekapan
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah antara punca mengapa
para graduan gagal mendapat pekerjaan yang dihajati.
Sebenarnya ramai dalam kalangan pelajar di institusi pengajian
tinggi yang mengikuti pengajian yang tidak selaras dengan cita-cita
asal mereka. Ini berlaku mungkin kerana mereka tidak mendapat
program yang dipohon atau kerana pemilihan yang tidak selaras
dengan pencapaian akademik yang diperlukan. Ada juga yang tidak
mendapat maklumat yang lengkap berkaitan dengan program yang
ditawarkan (Odebunmi 1983; Suradi Salim 1996). Kejahilan tentang
kerjaya juga berpunca dari kurang pendedahan kepada maklumat
kerjaya (Oii Kak Ha, 1988; Paridah Romly, 2001). Mereka yang
kurang maklumat akan memilih sesuatu kerjaya atau mengikuti kursus
di universiti kerana mengikut kehendak keluarga, rakan atau hanya
berpandukan kepada keputusan peperiksaan semat-mata. Faktor minat
dan personaliti mereka tidak diambil kira.
Kebanyakan pelajar tidak tahu kemahiran yang diperlukan dalam
persekitaran pekerjaan, tidak tahu apa pekerjaan yang wujud, di mana
lokasi pekerjaan yang ada dan tidak tahu di mana maklumat pekerjaan
boleh diperoleh. Malah mereka juga tidak tahu apa yang mereka
sendiri minati dan keupayaan diri sendiri yang berkaitan dengan
pekerjaan yang hendak diikuti. Kelemahan ini menyebabkan pelajar-
pelajar tidak mempunyai kuasa menentukan masa depan mereka dan
membiarkan nasib menentukannya.
Justeru pengajian yang dipilih selalunya tidak berkaitan,
kemahiran yang diperlukan tidak dikuasai, kemahiran yang dikuasai
tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan. Ini menimbulkan pelbagai
isu baik di pihak pekerja mahupun di pihak yang menawarkan
pekerjaan. Majikan sering melaporkan bahawa pekerja yang baru
tamat pengajian universiti tidak mempunyai persediaan yang cukup

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 155 07-Oct-10 9:16:45 AM


156 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.


Kesedaran kerjaya adalah salah satu elemen penting dalam aspek
perancangan dan pemilihan kerjaya dalam kalangan para pelajar.
Akibat dari tahap kesedaran yang rendah pada umumnya pelajar-
pelajar ini menghadapi masalah tidak boleh membuat keputusan
kerjaya yang baik (Lee Har Bee, 1999). Pelajar di peringkat pengajian
tinggi harus didedahkan dengan maklumat yang menyeluruh
berkaitan dengan peluang-peluang kerjaya yang ujud pada masa ini.
Pendedahan ini akan dapat membantu individu memuat keputusan
yang tepat berdasarkan maklumat yang terkini dan mencukupi. Sidek
(2001) menyatakan bahawa seseorang individu tidak dapat membuat
keputusan yang baik disebabkan oleh ketidakpastian semasa membuat
perancangan kerjaya dengan baik. Oleh itu bagai para pelajar yang
sedang mengikuti program pengajian di universiti, satu persediaan
memasuki alam pekerjaan perlu dirancang agar mereka lebih bersedia
apabila tamat pengajian kelak. Para pensyarah boleh membantu para
pelajar membuat perancangan tersebut sama ada secara langsung atau
tidak secara langsung.

MEMAHAMI KERJAYA

Apabila kita bercakap mengenai kerjaya, kita akan memikirkan perkara


yang berkaitan dengan pekerjaan. Kerjaya dapat didefinisikan sebagai
satu siri pekerjaan yang dilalui oleh seseorang. Secara umumnya
ramai juga individu yang bertukar-tukar pekerjaan sebelum mereka
kekal dengan sesuatu pekerjaan itu sehingga mereka bersara (Capuzzi
& Stauffer, 2006; Sharf, 2006, Tolbert, 1994). Oleh itu bertukar-tukar
pekerjaan sebelum kekal dalam sesuatu pekerjaan adalah perkara biasa.
Namun demikian ada juga individu yang kekal dengan pekerjaannya
yang sama daripada awal sehinggalah bersara.
Perkembangan ekonomi yang memberangsangkan membuka
pelbagai peluang pekerjaan kepada graduan. Sebaliknya jika ekonomi
merudum, peluang-peluang pekerjaan juga akan terjejas. Walaupun
peluang pekerjaan yang banyak, persoalan yang timbul ialah adakah
pekerjaan yang ditawarkan itu bersesuaian dengan ijazah yang dimiliki
oleh graduan. Ada sesetengah pekerjaan tidak memerlukan ijazah atau
sijil yang khusus. Malahan ada juga pekerjaan yang hanya memerlukan
kemahiran atau pengalaman bekerja. Sebagai contohnya majikan
sebuah kedai membaiki komputer mungkin hanya memerlukan seorang
juru teknik yang mempunyai sijil dalam membaiki komputer dan
bukannya seorang yang berkelulusan ijazah dalam bidang komputer

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 156 07-Oct-10 9:16:45 AM


Perancangan Kerjaya 157

bagi kerja-kerja membaiki komputer. Begitu juga seorang pengurus


jualan kereta tidak memerlukan seorang yang berkelulusan sarjana
muda perniagaan sebagai juru jual di syarikat mereka. Pengurus
sebuah syarikat bahan kimia pula mungkin memerlukan seorang ahli
kimia bagi memasarkan produk mereka. Oleh itu walaupun bilangan
pekerjaan adalah banyak, kesesuaian pekerjaan itu dengan apa yang
dikehendaki oleh pihak majikan juga perlu di ambil kira. Tambahan
pula kebanyakan organisasi menyediakan latihan berkaitan bidang
yang dikehendaki setelah individu diambil bekerja dalam organisasi
mereka. Amla, Salleh dan Zuria (2009) menegaskan memahami aliran
dan perkembangan pasaran buruh tempatan adalah penting dalam
merancang kerjaya.
Konsep kerjaya mencakupi aspek kemahiran, kecekapan, minat,
keupayaan menghadapi cabaran-cabaran pekerjaan, kepuasan kerja
serta konsep-kendiri seseorang itu sendiri. Kerjaya juga dianggap
berkait rapat dengan identiti seseorang. Perkembangan ini menuntut
pelajar-pelajar membuat pilihan pada peringkat awal agar kerjaya
yang diceburi dapat membangunkan dirinya dan menyumbang kepada
masyarakat. Keupayaan seseorang membuat keputusan kerjaya serta
membina laluan kerjayanya pada peringkat awal dapat mencerahkan
peluang untuk mendapat pekerjaan dan memungkinkan dia mendapat
pekerjaan yang diminatinya, sesuai dengan jiwanya serta kemahiran
yang dikuasainya. Mereka yang gagal merancang kerjaya mungkin
gagal mendapat pekerjaan atau mungkin mendapat pekerjaan yang
tidak disukai atau dibencinya. Akibat dari memilih kerjaya yang tidak
sesuai dengan kebolehan dan minat maka seseorang itu akan menjadi
tidak produktif dan akan sering bertukar kerja (Holland, 1985).
Untuk merancang kerjaya pelajar-pelajar perlu mempunyai
maklumat berkaitan dirinya dan juga maklumat kerjaya. Maklumat
diri yang dimaksudkan adalah seperti minat, bakat, serta kekuatan dan
kelemahan diri seseorang. Sementara maklumat kerjaya pula meliputi
jenis pekerjaan, spesifikasi tugas, kemahiran-kemahiran khusus yang
diperlukan, serta peluang-peluang untuk memajukan diri dalam
kerjaya yang bakal diceburi. Mereka yang mempunyai maklumat ini
dianggap sebagai mempunyai kesedaran kerjaya. Selain daripada
itu para pelajar juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran penting
dalam proses mencari kerja, seperti menyediakan resume, menulis
surat permohonan, serta kemahiran menghadiri temu duga.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 157 07-Oct-10 9:16:45 AM


158 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PERKEMBANGAN KERJAYA

Konsep perkembangan kerjaya tidak banyak difahami walaupun ianya


adalah sebahagian dari perkembangan sahsiah seseorang. Oleh itu,
tidak banyak program-program pendidikan yang mengambil kira
aspek perkembangan kerjaya dalam kalangan pelajar. Perkembangan
kerjaya ialah satu proses perkembangan sahsiah yang menjurus kepada
pembentukan kerjaya seseorang yang berlaku sepanjang hayat. Ia
tidak lagi terbatas kepada perkembangan satu jangka masa tertentu
sahaja.
Perkembangan kerjaya yang berlaku adalah satu proses yang
berterusan dan berperingkat-peringkat bermula sejak lahir hingga
ke akhir hayat. Setiap peringkat menunjukkan perkembangan atau
peningkatan dalam kematangan berbanding tahap sebelumnya
(Super, 1980). Salah satu tahap yang dianggap penting ialah tahap
penerokaan yang lebih ditujukan kepada para remaja. Ia dianggap
penting kerana seorang remaja akan mula memikirkan masa depannya
secara aktif walaupun ia boleh dianggap sebagai bersifat sementara.
Tugas ini dilakukan berasaskan sumber-sumber maklumat, pilihan-
pilihan pekerjaan yang ada, minat yang diketahui, serta nilai yang
telah dipupuk dalam diri remaja tadi terhadap sesuatu pekerjaan yang
dikehendaki.
Remaja pada peringkat ini dikatakan mempunyai perasaan tidak
pasti atau keliru terhadap perancangan kerjayanya. Keadaan ini
biasanya berpunca daripada kekaburan, kekurangan maklumat, kurang
memahami peranan yang akan dilakukan, serta akibat perubahan biologi
seseorang (Stertzer & Stone, 1992). Ini akan mendorong seseorang
untuk mencari maklumat diri dan pekerjaan dalam bentuk mencari,
menguji, menyiasat, mencuba dan berakhir dengan peningkatan
maklumat dan pengubahsuaian dan perkembangan konsep kendiri.
Akhirnya remaja pada peringkat ini akan lebih menguasai maklumat-
maklumat asas yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Peningkatan
dalam penguasaan maklumat tersebut akan membina keyakinan diri
serta mengembangkan potensi kerjayanya.
Dari tugas meneroka dan membuat pertimbangan, remaja akan
melalui fasa peralihan di mana seseorang itu sudah bersedia untuk
membuat keputusan tentang kerjayanya dan memilih latihan dan
pendidikan yang berkaitan untuk melayakkan dirinya memasuki
pekerjaan yang dirancang. Remaja peringkat ini mula menunjukkan
aktiviti dan minat dalam perkara-perkara tertentu sahaja. Pada
peringkat ini seseorang pelajar seharusnya sudah memikirkan satu
atau dua jenis pekerjaan dan akhirnya membuat keputusan untuk

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 158 07-Oct-10 9:16:45 AM


Perancangan Kerjaya 159

memasuki latihan yang berkaitan. Pada peringkat ini ia sangat berkait


dengan pengajian yang pelajar ikuti di universiti.
Perbezaan tahap kematangan kerjaya ditentukan oleh beberapa
faktor seperti faktor kesedaran kerjaya, pengetahuan tentang pekerjaan
serta keupayaan membuat perancangan kerjaya. Kematangan kerjaya
akan membantu menentukan kejayaan kerjaya seseorang (Zunker,
2002). Individu yang kurang kematangan kerjayanya akan sentiasa
kabur atau kurang pasti akan masa hadapannya. Oleh itu tidak
hairanlah jika kita akan berjumpa dengan pelajar yang masih tidak
tahu apa yang hendak dilakukannya apabila tamat pengajian kelak
walaupun mereka sedang berada pada tahun akhir.

MINAT KERJAYA

Secara umumnya setiap corak pekerjaan memerlukan pola personaliti


tertentu. Sebagai contohnya seorang juru jual seharusnya mempunyai
personaliti suka bercampur dengan orang ramai dan mampu
berkomunikasi di khalayak ramai. Seorang artis pula seharusnya
seorang yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Begitu juga
seorang pegawai tentera seharusnya mempunyai daya tahan yang
tinggi dari segi fizikal dan mental. Oleh itu perkembangan kerjaya
juga dapat difahami dengan melihat pola-pola personaliti kerjaya
dan pola persekitaran kerjaya serta interaksi antara kedua-dua faktor
tersebut (Holland, 1985).
Model personaliti kerjaya yang diutarakan oleh Holland
mengemukakan enam jenis personaliti yang dikenali sebagai Realistik
(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan
Konvensional (K), atau ringkasnya RIASEK. Persekitaran tempat
individu bekerja juga boleh dikategorikan mengikut salah satu daripada
enam model persekitaran yang sama jenis dengan personaliti iaitu:
Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E)
dan Konvensional (K). Setiap jenis persekitaran kerjaya menyediakan
persekitaran bagi pekerja dari personaliti-personaliti yang dinyatakan.
Persekitaran Artistik umpamanya menyediakan persekitaran yang
sesuai dengan mereka yang memiliki personaliti Artistik. Dengan itu,
seseorang itu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan
ciri-ciri personalitinya. Setiap jenis personaliti mempunyai ciri-ciri
yang berlainan. Secara ringkas ciri personaliti dan persekitaran dapat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 159 07-Oct-10 9:16:45 AM


160 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

digambarkan seperti berikut:

Personaliti Realistik bercirikan aktiviti konkrit dan fizikal,


bersifat materialistik, stabil dan tidak sosial. Persekitaran Realistik
memupuk kemahiran teknikal yang berorientasi mudah dan nyata.
Contoh persekitaran realistik ialah seperti kerja-kerja bengkel
motor, kerja di lapangan industri dan pembuatan.
Sementara personaliti Investigatif cenderung menggunakan daya
intelek dengan aktiviti bersifat abstrak dan saintifik, penghasilan
sesuatu yang asli tetapi tidak bersifat sosial. Persekitaran
Investigatif juga memupuk kecekapan dan pencapaian sains
dan penyelidikan yang bersifat kompleks dan abstrak. Contoh
persekitaran ini adalah seperti pusat-pusat penyelidikan.
Personaliti Artistik cenderung kepada hasil seni, bebas, beremosi
dan bersifat asli. Persekitaran jenis ini memupuk kecekapan
dan pencapaian bersifat seni, bebas, dan tidak konvensional.
Personaliti jenis ini sesuai bekerja di studio-studio yang
menghasilkan hasil seni, muzik, drama serta aktiviti-aktiviti lain
yang bersifat artistik.
Mereka yang bersifat Sosial pula cenderung menggunakan
kemahiran-kemahiran perhubungan antara individu serta aktiviti-
aktiviti yang ada kaitan dengan khidmat masyarakat. Mereka
memupuk kecekapan perhubungan interpersonal, melatih,
merawat, mendidik serta aktiviti lain yang lebih berorientasikan
tolak ansur. Persekitaran seperti sekolah, institusi pengajian,
khidmat masyarakat dan sosial adalah antara persekitaran kerja
yang sesuai untuk personaliti jenis ini.
Mereka yang berada dalam kategori Enterprising cenderung
melakukan kerjaya yang mencabar, pandai memujuk, petah, yakin
pada diri, mempunyai daya kepimpinan dan sedia mengambil
risiko. Persekitaran Enterprising memupuk kecekapan memujuk,
memanipulasi orang lain untuk diri dan organisasi serta
mementingkan kuasa, kedudukan dan tanggungjawab. Pekerjaan
yang sesuai ialah seperti bidang politik dan perniagaan.
Mereka yang bersifat Konvensional memilih kegiatan yang
direstui masyarakat; stereotaip, sistematik, akur, cermat, tekun dan
teratur. Secara umumnya mereka yang bersifat konvensional suka
bekerja dengan nombor dan data. Antara contoh kerjaya dalam
persekitaran ini adalah seperti juruaudit, perkeranian, jurujual
insurans, kerani bank, penilai harta dan kerja-kerja seharian yang
berbentuk rutin.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 160 07-Oct-10 9:16:45 AM


Perancangan Kerjaya 161

Walaupun setiap jenis personaliti mempunyai sifat-sifat tertentu


dan berbeza dengan yang lain seperti yang telah dinyatakan, namun
terdapat pula sifat- sifat sepunya antara jenis personaliti. Contoh
sifat pendiam yang menggambarkan jenis personaliti Realistik juga
dimiliki oleh mereka yang berpersonaliti Investigatif dan mereka yang
berpersonaliti Konvensional. Demikian juga dengan sifat kreatif yang
menggambarkan jenis Investigatif juga turut dimiliki oleh jenis Artistik.
Darjah persamaan dan perbezaan sifat-sifat pada jenis-jenis personaliti
ini bergantung kepada jarak kedudukan satu-satu personaliti dari
personaliti yang berkaitan. Kedudukan keenam-enam jenis personaliti
R I A S E K adalah dalam bentuk segi enam (Rajah 11.1). Dengan
itu kedudukan Realistik dan Investigatif adalah berdekatan, sementara
kedudukan Realistik dengan kedudukan Artistik pula berjauhan dan
Realistik dengan Sosial pula adalah bertentangan. Semakin hampir
kedudukan jenis personaliti, semakin tinggi kemungkinan adanya
beberapa sifat yang sama dan semakin jauh kedudukan semakin kurang
kemungkinan wujudnya persamaan. Sementara itu kedudukan yang
bertentangan pula diandaikan tidak mempunyai persamaan langsung.
Secara umumnya seseorang itu akan memiliki gabungan sifat-sifat
dari dua atau tiga jenis personaliti. Contohnya seseorang itu mungkin
mempunyai sifat-sifat Realistik di samping sifat-sifat Investigatif dan
Artistik. Sifat-sifat ini membentuk pola personaliti seseorang. Setiap
individu mempunyai personaliti, minat, bakat dan kebolehan yang
berbeza.

Rajah 11.1: Model persekitaran - individu (Holland, 1985)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 161 07-Oct-10 9:16:45 AM


162 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Seseorang individu akan mencari persekitaran yang sesuai atau


kongruen dengan personalitinya. Seseorang yang mempunyai pola
personaliti Sosial-Enterprisisng-Konvensional (SEK) akan secara
aktif mencari persekitaran SEK. Individu yang mempunyai jenis
pola personaliti SEK akan bergiat cergas apabila berada dalam pola
persekitaran SEK, kerana persekitaran seperti ini menyediakan peluang
dan ganjaran yang diperlukan oleh individu tersebut. Sebaliknya
apabila individu yang sama ditempatkan di dalam persekitaran yang
berbeza dengan personalitinya, maka keadaan yang tidak kongruen
akan berlaku. Ini disebabkan oleh persekitaran yang berbeza itu akan
menyediakan peluang dan ganjaran yang ada tidak diperlukan oleh
individu berkenaan. Individu yang berpersonaliti SEK lebih cenderung
terhadap kerja-kerja yang berkaitan dengan orang seperti membantu,
mendidik dan sebagainya.
Keadaan yang kongruen antara personaliti dengan persekitaran
kerja menjadikan seseorang itu bermotivasi dalam pekerjaannya
kerana persekitaran tersebut memberi peluang untuk menampilkan
kemahiran dan minat yang berkaitan dengan keperluan kerja. Keadaan
ini juga mendorong seseorang itu berusaha membuat penyesuaian
yang berkesan dengan persekitaran kerjanya. Jelasnya, apabila dia
berhadapan dengan situasi yang mencabar, yang menimbulkan
kekecewaan atau konflik, dia dapat mengambil tindakan yang berkesan
untuk mengurangkan tekanan tersebut dan merasa satu kepuasan
dalam dirinya (Crites, 1981). Perasaan berjaya menghadapi cabaran
dalam kerja dan melaksanakan tugas dengan baik adalah ganjaran
intrinsik disampang ganjaran ekstrinsik seperti upah, kenaikan pangkat
dan lain-lain yang mendorong seseorang untuk kekal dan terus berjaya
dalam satu-satu pekerjaan. Individu-individu yang dalam persekitaran
yang tidak kongruen dengan personalitinya pula akan berusaha untuk
menukarkan persekitarannya atau bertukar kerja (Holland, 1985).
Ini bererti individu itu akan berusaha untuk mengubah persekitaran
supaya menjadi lebih kongruen dengan dirinya, ataupun meninggalkan
persekitaran tersebut dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai
(Spokane, 1985). Keadaan ini biasa berlaku kepada mereka yang
baru memasuki alam pekerjaan. Pada peringkat permulaan seseorang
itu akan memilih apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan jika tidak
mendapat pekerjaan yang dipilihnya. Namun demikian individu itu
akan sentiasa berusaha untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 162 07-Oct-10 9:16:45 AM


Perancangan Kerjaya 163

minat dan kelulusan di dimilikinya.

PERANAN PENSYARAH DALAM MEMBANTU PELAJAR


DALAM ISU BERKAITAN KERJAYA

Bagaimanakah seorang pensyarah dapat membantu para pelajar


meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan dengan perancangan
kerjaya? Adakah pensyarah berperanan membantu pelajar membuat
persediaan untuk memasuki alam pekerjaan setelah mereka tamat
pengajian kelak? Perkara ini boleh dilakukan semasa kuliah dan
tutorial dijalankan. Oleh sebab seseorang pensyarah juga secara
umumnya akan menyelia atau membimbing beberapa orang pelajar
secara individu, pensyarah juga boleh membincangkan aspek kerjaya
semasa proses penyeliaan tersebut.

Bimbingan kerjaya semasa kuliah

Sebenarnya penerangan berkaitan isu kerjaya boleh dilakukan


secara langsung atau tidak langsung semasa proses pengajaran. Ia
boleh dibuat secara langsung apabila pensyarah mengambil sedikit
masa untuk menerangkan sesuatu pekerjaan kepada pelajar. Secara
tidak langsung pula boleh dilakukan dengan cara menerapkan aspek
kerjaya semasa proses pengajaran atau tutorial. Aktiviti ini tidak
perlu mengambil masa yang lama. Masa yang diperlukan adalah
antara lima hingga lapan minit sahaja. Sebagai contohnya sebelum
memulakan kuliah pensyarah boleh menggalakkan perbincangan
umum berkaitan sesuatu pekerjaan. Sebagai contohnya pensyarah
meminta pelajar membayangkan suatu jenis pekerjaan, bayangkan
pada pagi ini anda adalah seorang yang berjawatan besar, dan anda
saya jemput ke dewan kuliah ini untuk berkongsi pengalaman anda
semasa di universiti. Apakah pekerjaan yang akan anda sandang pada
ketika itu?. Ataupun pensyarah boleh meminta pelajar berbincang
secara berpasangan dengan rakan di sebelah berkaitan jenis pekerjaan
yang baru diiklankan dalam akhbar baru-baru ini. Cuba kaitkan apa
yang hendak disampaikan dengan pekerjaan yang dinyatakan oleh
pelajar.
Sebagai contohnya jika anda mengajar subjek yang berkaitan
dengan kimia. Anda boleh bertanya kepada pelajar beberapa soalan
untuk perbincangan di permulaan kuliah seperti; siapakah yang
terlibat dalam penghasilan bahan-bahan kima yang kita gunakan
hari ini , adakah anda tahu nama pembekal bahan kima yang kita

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 163 07-Oct-10 9:16:45 AM


164 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

gunakan hari ini dan adakah anda tahu jawatan-jawatan yang ada
dalam sebuah syarikat yang mengeluarkan bahan-bahan kima yang
kita gunakan. Dengan cara ini pelajar akan lebih berminat untuk
mengetahui bukan sahaja kandungan berkaitan dengan subjek yang
hendak dipelajari tetapi juga pelajar mendapat sedikit maklumat
berkaitan dengan kerjaya seorang ahli kimia.
Sebenarnya pensyarah boleh memainkan peranan yang penting
dalam menambah pengetahuan pelajar dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan kerjaya semasa mereka mengajar. Pensyarah juga
boleh bertanya kepada para pelajar adakah mereka benar-benar
berminat untuk mengikut kursus yang disertai sekarang. Pensyarah
juga boleh mengingatkan para pelajar bahawa mereka boleh memilih
pekerjaan yang mungkin tidak memerlukan ilmu pengetahuan dalam
bidang yang disertai di universiti sekarang. Namun demikian ilmu
yang dipelajari boleh membantu seseorang itu memperbaiki diri atau
menjadi kelebihan kepadanya. Sebagai contohnya, seorang doktor
yang bernama Sanjay Gupta juga adalah seorang wartawan di salah
sebuah syarikat penyiaran terbesar di dunia. Ilmu perubatan yang
dikuasainya membantu beliau menjadi seorang wartawan yang
mampu mengupas perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan
semasa menjalankan tugas di lapangan atau mengendalikan sesuatu
topik berkaitan perubatan. Begitu juga dengan seseorang yang
mengikuti kursus kimia tetapi boleh juga menjadi seorang jurujual.
Sudah tentunya individu tadi mempunyai kelebihan jika terlibat dalam
bidang berkaitan penjualan bahan kimia. Individu yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang kimia akan lebih mudah memberi
penerangan berkaitan bahan kimia yang hendak dijual berbanding
dengan juru jual yang tidak mempelajari ilmu kima dengan lebih
mendalam.

Bimbingan semasa penyeliaan dan mentoran

Berbeza dengan penerapan semasa kuliah, perjumpaan secara


individu semasa program penyeliaan dan mentoran akan memberi
peluang yang lebih banyak kepada para pensyarah untuk membantu
pelajar memahami konsep kerjaya serta membantu perancangan
kerjaya mereka. Pensyarah boleh bertanya apakah minat serta cita-
cita pelajar di bawah seliaan mereka. Berilah sedikit masa untuk
pelajar memikirkan perancangan kerjaya mereka sebelum memulakan
perbincangan berkaitan dengan perkara akademik. Sekiranya pelajar
pada tahun pertama, pensyarah bolehlah bertanya mengapa pelajar
memilih kursus yang diikuti sekarang. Mungkin ada pelajar yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 164 07-Oct-10 9:16:46 AM


Perancangan Kerjaya 165

tidak pasti jawapannya kerana hanya itulah program yang ditawarkan


kepada mereka. Lebih buruk lagi bila pelajar menyatakan mereka
tidak memilih kursus yang ditawarkan. Di sinilah pensyarah perlu
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik agar pelajar tidak
merasa kecewa dengan kursus yang diikuti. Pensyarah boleh memberi
penerangan keistimewaan kursus yang diikuti serta menerangkan
bahawa proses pemilihan ke program-program di universiti melibatkan
persaingan-persaingan yang hebat. Pensyarah juga boleh merujukkan
klien ini kepada pihak yang berkemahiran iaitu kaunselor bagi
membantu pelajar mendapatkan kaunseling kerjaya secara profesional.
Apa yang penting ialah pelajar di bimbing daripada awal pengajian
mereka berkaitan dengan isu-isu kerjaya. Ada banyak kes yang
menunjukkan pelajar bertukar program kerana mereka tidak memilih
atau tidak meminati kursus yang ditawarkan kepada mereka. Namun
oleh kerana tiada pilihan lain, mereka terpaksa juga mengikuti kursus
yang ditawarkan oleh pihak universiti atau Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Jika tidak dibimbing pelajar akan merasa kecewa
dan kurang bermotivasi kerana berada dalam kursus atau institusi
pengajian yang tidak tepat dengan minat kerjaya mereka. Namun
demikian jika pensyarah dapat membantu dan membimbing mereka,
berkemungkinan besar para pelajar akan cuba memahami kekuatan
dan kebaikan untuk masa hadapan kursus yang mereka ikuti sekarang.
Ini akan dapat menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk mendalami
bidang baru yang mungkin akan menjadi keseronokan kepada pelajar
itu sendiri.

KERJAYA DAN KEMAHIRAN SOSIAL

Kegagalan seseorang itu mendapat pekerjaan bukan hanya kerana


kelemahan dalam bidang akademik tetapi juga kerana kelemahan
seseorang calon itu dalam kemahiran sosial atau kemahiran insaniahnya.
Kajian menunjukkan graduan tempatan masih lemah dalam aspek
komunikasi yang menyebabkan pihak majikan tidak dapat menerima
pencari kerja ini bekerja di syarikat mereka. Sebenarnya kemahiran
insaniah adalah antara isu yang sering diperkatakan dalam kalangan
para pemimpin dan juga para pendidik di institusi pengajian tinggi.
Malah aspek kemahiran insaniah ini adalah sebahagian daripada agenda
kerajaan bagi melahirkan graduan yang mampu bersaing di peringkat
antarabangsa, selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (Salleh, Zuria, Mohd. Mokhtar,
2008).

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 165 07-Oct-10 9:16:46 AM


166 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Para graduan perlu disedarkan bahawa ijazah yang mereka miliki


bukanlah penentu kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan setelah
tamat pengajian. Majikan mempunyai calon yang sangat ramai untuk
menjawat sesuatu jawatan. Persaingan bagi menjawat sesuatu jawatan
adalah sangat terhad dan sengit. Para majikan akan melihat kepada
keistimewaan atau kekuatan seseorang calon, terutamanya kemahiran
insaniah atau kemahiran sosial seseorang calon dalam mengisi jawatan
yang diiklankan. Oleh itu kemahiran-kemahiran insaniah ini adalah
sangat penting bagi individu yang sedang mencari pekerjaan dewasa
ini selain daripada pencapaian akademik yang baik (Australian
National Training Authority, 2003; Ismail et al. 2008; Radin Umar,
2008; Salleh, Zuria & Mohd. Mokhtar, 2008). Oleh itu untuk menjadi
graduan yang cemerlang, seseorang pelajar bukan hanya berjaya
mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tetapi juga perlu
memiliki kemahiran insaniah terutamanya kecekapan berkomunikasi
yang baik, mempunyai gaya kepimpinan serta mempunyai jaringan
yang luas dengan pihak-pihak industri di luar institusi pengajian tinggi
mereka.
Selain daripada mengharapkan bekerja dengan kerajaan ataupun
swasta, para pelajar institusi pengajian tinggi juga didedahkan
dengan kemahiran keusahawanan agar mereka mempunyai cita-cita
untuk memulakan perniagaan sendiri setelah tamat pengajian kelak.
Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka
peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan
inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan (KPT, 2006).
Oleh itu aktiviti-aktiviti pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada
kaedah kuliah semata-mata tetapi perlu melibatkan aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, pembentangan, lawatan, kerja lapangan dan
juga pelbagai kaedah pengajaran yang lain.

SUMBER MAKLUMAT KERJAYA

Sebagai seorang pensyarah yang ingin membantu pelajar, pengetahuan


mengenai sumber maklumat kerjaya adalah sangat penting. Pensyarah
seharusnya mempunyai pengetahuan yang terkini berkaitan sumber
kerjaya dalam bidangnya. Selain daripada itu pensyarah juga perlu
memahami aspek personaliti dan persekitaran kerjaya seperti yang
telah dibincangkan. Amla, Zuria dan Ramlee (2008) menegaskan peri
pentingnya mengenali personaliti diri kerana minat dan kebolehan
bekerja setiap orang adalah berbeza-beza. Begitu juga keadaan
tempat kerja yang berbeza-beza memerlukan seseorang pencari kerja

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 166 07-Oct-10 9:16:46 AM


Perancangan Kerjaya 167

menyediakan diri agar tidak terperanjat dengan persekitaran kerjaya


yang diceburi. Sebagai contohnya seorang jurutera tidak semestinya
bekerja dalam sebuah bilik berhawa dingin sepanjang hari. Ada
ketikanya seorang jurutera terpaksa turun ke lapangan untuk membuat
pemeriksaan atau sebagainya. Maklumat-maklumat berkaitan sesuatu
kerjaya ini perlu dikongsi bersama pelajar.
Cuba anda tanya pelajar anda mengapa mereka memilih kursus
yang disertai di universiti sekarang. Pelbagai jawapan akan diberikan
oleh para pelajar. Kepada mereka yang memang berminat atau
memang memilih kursus yang ditawarkan sudah tentunya tidak akan
menimbulkan masalah kepada pelajar. Namun demikian bagaimana
pula dengan mereka yang tidak berminat mengikuti kursus yang
disertai sekarang. Mungkin jawapan berikut akan anda terima; saya
tidak pasti mengapa saya memilih kursus ini, ini adalah pilihan
terakhir saya, saya sebenarnya tidak memilih pun kursus ini,
sebenarnya saya ikut kawan saya semasa memohon dahulu.
Mereka yang memberi jawapan yang negatif tadi mungkin tidak
mempunyai maklumat berkaitan dengan kursus yang hendak diikuti.
Pelbagai sumber maklumat berkaitan dengan kerjaya boleh diperoleh
dengan pantas oleh para pelajar sebelum mereka memilih sesuatu
kursus. Gibson dan Mitchell (1999) dan Isaacson dan Brown (2000)
menegaskan untuk mendapatkan maklumat, seseorang itu perlu tahu
sumbernya. Antara sumber yang biasa adalah seperti media massa,
laman web dan internet, taklimat kerjaya, lawatan kerjaya, serta
maklumat daripada kaunselor. Begitu juga apabila pelajar ingin mencari
pekerjaan setelah tamat pengajian kelak, mereka perlu mendapatkan
maklumat berkaitan dengan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik
agar dapat memahami keperluan-keperluan sesuatu pekerjaan yang
dipohon.
Maklumat berkaitan dengan kerjaya ini boleh diperoleh dengan
mudahnya melalui laman-laman web syarikat yang menawarkan
pekerjaan. Peluang-peluang pekerjaan juga di iklankan dalam
media massa. Biasanya maklumat seperti kelulusan yang diperlukan,
bidang tugas, peluang-peluang latihan serta proses pengambilan akan
dimaklumkan kepada pemohon. Para pelajar juga digalakkan untuk
membuat lawatan ke organisasi yang menawarkan pekerjaan tadi.
Pelajar boleh juga membaca prospektus organisasi yang berkenaan.
Pensyarah juga boleh menggalakkan para pelajar untuk menghadiri
pameran-pameran kerjaya yang dianjurkan oleh universiti ataupun
agensi-agensi swasta.
Sebagai aktiviti sampingan dalam kelas, anda boleh meminta
pelajar menulis dari manakah mereka boleh mendapat maklumat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 167 07-Oct-10 9:16:46 AM


168 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

berkaitan sesuatu pekerjaan. Setelah itu pelajar diminta berkongsi


maklumat yang diperoleh bersama tiga atau empat orang pelajar dalam
satu kumpulan. Sebenarnya aktiviti ini boleh menambahkan motivasi
pelajar untuk belajar serta menambahkan maklumat berkaitan kerjaya
kepada pelajar.

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Seperti yang telah dinyatakan, ramai para graduan masih memikirkan


untuk makan gaji berbanding dengan bekerja sendiri. Menyedari
hakikat itu kementerian pengajian tinggi menekankan peri pentingnya
para graduan mempunyai sikap keusahawanan agar mereka tidak
bergantung kepada bekerja dengan kerajaan ataupun swasta. Oleh
itu kemahiran keusahawanan perlu diterapkan dalam kurikulum
pengajaran di institusi pengajian tinggi. Secara khususnya kemahiran
keusahawanan ini menyedarkan para pelajar untuk menjadi lebih
kreatif dan berinovasi bagi meneroka peluang-peluang perniagaan
dan pekerjaan. Para pelajar di institusi pengajian tinggi juga perlu
didedahkan peluang-peluang untuk bekerja sendiri.
Kemahiran keusahawanan ini boleh diterapkan secara tidak
langsung dalam proses pengajaran walaupun subjek yang diajar tidak
berkaitan dengan perniagaan secara langsung. Sebagai contohnya
pelajar yang belajar dalam bidang pertanian tidak hanya memikirkan
untuk bekerja dengan kementerian pertanian atau bekerja di ladang-
ladang milik syarikat swasta setelah tamat pengajian. Mereka boleh
memikirkan bagaimana memulakan pertanian secara kecil-kecilan
untuk menjana pendapatan. Pensyarah boleh menjalankan aktiviti
perbincangan dalam kuliah bagi mendapatkan pendapat pelajar
bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri.
Para pensyarah juga perlu tahu serba sedikit kemudahan-
kemudahan atau peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan
berkaitan dengan bidang keusahawanan ataupun individu-individu
yang telah berjaya dalam bidang perniagaan setelah tamat pengajian di
universiti. Pengalaman jutawan perisian komputer, Bill Gates, boleh
dijadikan satu contoh yang terbaik di mana beliau tidak menamatkan
pengajiannya tetapi mengambil individu yang memiliki pelbagai
ijazah untuk bekerja dalam syarikat miliknya. Begitu juga dengan
papan iklan yang terpapar di lebuh raya yang tertera perkataan berikut:
Pertanian adalah perniagaan boleh dijadikan satu contoh untuk
memupuk sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pensyarah
juga boleh menjemput pelajar yang telah berjaya bekerja sendiri untuk

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 168 07-Oct-10 9:16:46 AM


Perancangan Kerjaya 169

berkongsi pengalaman mereka semasa kuliah.


Pelajar perlu disedarkan wujudnya pelbagai usaha untuk
membantu pelajar bekerja sendiri selepas tamat pengajian. Kerajaan
telah mewujudkan pelbagai tabung atau kemudahan kewangan serta
pelbagai kursus bagi membantu pelajar memulakan perniagaan
sendiri. Antaranya ialah Tabung Usahawan Siswazah, Tabung Industri
Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan
membantu usahawan kecil dan sederhana. Begitu juga pihak Majlis
Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pelbagai latihan keusahawanan
bagi membantu mereka yang berminat dalam perniagaan. Di
Universiti Kebangsaan sendiri pelajar telah didedahkan dengan
sikap keusahawanan secara praktikal melalui peluang menjalankan
perniagaan di Teres Eko Niaga UKM yang diselaraskan oleh Pusat
Perkembangan Pelajar. Secara keseluruhannya, para pensyarah tidak
hanya menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidangnya
semata-mata tetapi juga dapat menyedarkan para pelajar peluang-
peluang kepada mereka untuk bekerja sendiri serta menjadi seorang
usahawan suatu masa kelak.

KESIMPULAN

Perancangan kerjaya yang terancang dan teratur adalah perlu bagi semua
pelajar di institusi pengajian tinggi agar mereka bersedia memasuki
alam pekerjaan setelah tamat pengajian. Pelajar yang tamat pengajian
boleh bekerja sendiri, bekerja dengan orang lain ataupun meneruskan
pengajian ke peringkat siswazah. Secara umumnya pihak kaunselor
dan juga para pegawai di bahagian hal ehwal pelajar memainkan
peranan yang penting dalam membantu pelajar merancang kerjaya
mereka. Namun demikian para pensyarah juga boleh memainkan
peranan yang penting dalam membantu pelajar membuat perancangan
kerjaya mereka. Maklumat kerjaya boleh disampaikan kepada pelajar
semasa kuliah ataupun semasa penyeliaan individu. Pelajar akan lebih
bermotivasi sekiranya pensyarah dapat mengaitkan apa yang dipelajari
dalam kelas dengan dunia pekerjaan yang bakal mereka tempuhi.
Para pensyarah perlu memahami serba sedikit aspek personaliti
dan persekitaran pekerjaan seperti mana yang telah dibincangkan.
Begitu juga pensyarah perlu mengetahui sumber-sumber berkaitan
dengan pasaran kerjaya terutamanya yang berkaitan dengan bidang
masing-masing. Adalah diharapkan agar penerangan yang diberikan
dapat membantu para pelajar lebih bersedia untuk memasuki alam
pekerjaan. Para pensyarah juga boleh merujukkan kepada kaunselor

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 169 07-Oct-10 9:16:46 AM


170 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

terlatih di universiti jika terdapat pelajar yang memerlukan bantuan


yang mendalam agar bantuan yang lebih sistematik dapat diberikan
kepada mereka melalui kaunseling kerjaya.

RUJUKAN

Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan
kaunseling sekolah (Ed. Kedua). Penerbit UKM: Bangi.
Amla Salleh, Zuria Mahmud & Ramlee Mustapha. 2008. Mengenal
Potensi Kerjaya. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Bakti.
Australian National Training Authority, 2003. Tourism Training
Australia. Sydney NSW 2001.
Capuzzi. D & Stauffer. M. 2006 Career Counseling: Foundations,
Perspectives, and Applications. Boston: Pearson.
Crites, J.O. 1981. Career Counselling: Models, Methods, and
Materials. New York: McGraw Hill.
Gibson, Robert L. And Marianne and H. Mitchell. 1999. Introduction
to counseling and guidance Upper Saddle River, New Jersey
Columbus , Ohio.
Holland, J. L. 1985. Making vocational choice: A theory of vocational
personalities and work environment. Englewood Cliffs, N.J:
Prentice Hall.
Isaacson, L.E. & Brown, D. 2000. Career information, Career
Counseling, and Career Development (7th. Edt.). Singapore; Allyn
and Bacon
Ismail Ibrahim, Mohd. Taib Dora, Mohd. Fauzi Kamarudin, Izaidin Abd.
Majid, Nooraini Sulaiman & Zulkifli Hussin. 2008. Pembangunan
modal insan menerusi pendekatan kemahiran insaniah. Prosiding
Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke 6, 43-
50. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM
KPT 2006. Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk
institusi pengajian tinggi Malaysia. Penerbit UPM: Serdang
Lee Har Bee. 1999. Career Indecision Among Form 4 Students And
Its Relationship With Academic Achievement. Tesis Sarjana,
Universiti Malaya.
Odebunmi, Akin. 1983. Factors responsible for career choice among
samples Nigerian teenagers in Bendel State of Nigeria. Laporan
ERIC document reproduction of services. No. ED 240366.
Oii Kok Ha. (1988) Kesedaran kerjaya di kalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah rendah: Satu kajian di Sekolah Menengah Jalan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 170 07-Oct-10 9:16:46 AM


Perancangan Kerjaya 171

Bukit, Kajang, Selangor. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan.


(Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Paridah Romly. 2001. Tahap kesedaran merancang kerjaya di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Petaling Jaya dan
Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Tesis Sarjana, Universiti
Putra Malaysia.
Radin Umar Radin Sohadi. 2008. Teaching and learning at higher
learning institutions. Kertas kerja dibentangkan di Higher
Education Seminar. Anjuran AKEPT, KPT. Putrajaya International
Convention Centre (PICC), Putrajaya. 16 -17 July, 2008
Salleh Amat, Zuria Mahmud, Mohd. Mokhtar Tahar. 2008. Persepsi
pelajar IPTA terhadap konsep dan penekanan aspek kemahiran
insaniah. Prosiding Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2008(NASDEC 2008)
Sharf R. S. 2006. Theories of Psychotherapy and Counseling :
Concepts and Cases. Brooks / Cole Cengage Learning: Belmont,
USA.
Shertzer, B & Stone, S.C. 1992. Asas-asas Bimbingan (Terj. Amla &
Puteh). DBP Kuala Lumpur
Sidek Mohd. Noah. 2001. Perkembangan Kerjaya. Teori dan Praktis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Spokane, A.R. 1985. A review of research on person-environment
congruence in Hollands theory of careers. Journal of Vocational
Behavior 26: 306-343.
Super, D.E. 1980. A Life-Span, life Space Approach to Career
Development. Journal of Vocational Behavior, 16:282-298
Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Tolbert. J. 1994. Athens on Trial: The Antidemocratic Tradition in
Western Thought. Princeton University Press
Zunker V G. 2002. Career counseling: applied concepts of life
planning (6th ed). Pacific Grove CA: Book/ Cole.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 171 07-Oct-10 9:16:46 AM


172

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 172 07-Oct-10 9:16:46 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

BAB 12

PEMBELAJARAN MENERUSI JARINGAN INDUSTRI

Abdul Wahab Mohammad


Mohd Tusirin Hj. Mohd Nor
Nur Haiqal Rawlins Abdullah
Siti Azura Abd Rahim

PENGENALAN

Keterlibatan industri dalam pengalaman pembelajaran di universiti


merupakan satu faktor yang amat penting dalam memastikan graduan
yang dihasilkan oleh universiti diterima oleh industri. Mungkin 20-25
tahun yang lepas, faktor ini tidak begitu penting kerana graduan yang
dikeluarkan di universiti sentiasa mendapat pekerjaan terutamanya
dalam sektor kerajaan dan hanya sebahagian kecil sahaja yang bekerja
di industri. Namun dalam era globalisasi yang sungguh mencabar ini,
graduan tidak lagi boleh mengharapkan kerajaan untuk menyediakan
pekerjaan dan ini bermakna industrilah yang akan menjadi sasaran
utama para pencari pekerjaan.
Di UKM, keterlibatan industri telah menjadi satu agenda yang
utama untuk portfolio Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan
Industri dan Masyarakat (HEJIM). Portfolio ini diwujudkan pada
tahun 2007 dan di bawah portfolio ini terdapat Pejabat Hubungan
Industri (PHI), Pejabat Hubungan Universiti - Masyarakat (PHUM)
dan Yayasan Canselor (YC). PHI merupakan nadi penghubung kepada
kegiatan-kegiatan hubungan UKM-industri yang merentasi aktiviti-
aktiviti pendidikan dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta
khidmat. Hubungan industri di UKM tidak terhad kepada PHI sahaja,
malahan pelbagai Fakulti/Institut/Pusat turut memainkan peranan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 173 07-Oct-10 9:16:46 AM


174 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

yang penting dalam memastikan agenda hubungan industri menjadi


satu agenda yang diberi keutamaan di UKM.
Hubungan universiti-industri terjalin sebaik sahaja universiti
ditubuhkan. Ini kerana industrilah yang akan memanfaatkan hasil
utama keluaran universiti, iaitu para graduan dan ilmu pengetahuan
atau sesuatu penemuan baru yang dijana menerusi penyelidikan.
Industri di sini harus ditakrifkan sebagai pelanggan universiti pada
keseluruhannya, iaitu termasuk pihak swasta, badan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan. Merekalah yang akan menggunakan hasil
keluaran universiti demi mencapai matlamat masing-masing. Dengan
takrifan ini, maka kita akan faham betapa pentingnya fungsi universiti
terhadap kelestarian, pembangunan dan kesejahteraan industri,
pelanggan utama universiti. Disamping itu, dengan takrifan ini juga,
pihak industri akan faham betapa pentingnya penglibatan mereka
kepada kaedah pembelajaran di universiti dengan memberi input dan
kerjasama yang sewajarnya supaya hasil keluaran universiti sesuai
dengan apa yang mereka harapkan.
Pastinya matlamat badan-badan kerajaan, pertubuhan bukan
kerajaan dan syarikat-syarikat swasta akan mempunyai matlamat
masing-masing yang berbeza-beza. Badan-badan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan hanya akan terlibat dalam industri
perkhidmatan. Dengan itu matlamat mereka akan tertumpu kepada
kesejahteraan manusia dan alam sekitar termasuk alam flora dan fauna.
Walau pun mereka harus mempunyai matlamat dari aspek kewangan,
di mana wang yang cukup harus diperolehi untuk membiayai operasi,
keuntungan tidak harus menjadi matlamat mereka. Berbeza pula dengan
syarikat-syarikat perniagaan swasta. Keuntungan menjadi matlamat
utama disamping matlamat-matlamat lain. Tiada keuntungan, tiada
perniagaan. Keuntungan ini boleh didapati dari pelbagai jenis industri,
termasuk industri perkhidmatan, kewangan, pembuatan, pertanian,
perlombongan dan sebagainya. Walau bagaimana pun, sekarang
banyak syarikat-syarikat swasta yang mengamalkan matlamat tiga
penjuru; iaitu matlamat kemanusiaan, matlamat alam sekitar dan
matlamat keuntungan. 3P objectives; People, Planet, Profit.
Ini berlaku kerana ada pihak swasta mula sedar betapa pentingnya
sumber manusia dan alam sekitar tempat mereka hidup untuk menjana
keuntungan. Tanpa manusia yang padan dan alam sekitar yang
lestari, matlamat untuk mengembangkan perniagaan dan seterusnya

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 174 07-Oct-10 9:16:46 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 175

keuntungan, secara jangka panjang, mungkin tidak akan tercapai.


Sekarang pihak universiti haruslah sensitif kepada matlamat-matlamat
pihak industri dan seterusnya menyesuaikan kaedah pembelajaran yang
sesuai mengikut kehendak industri. Ahli akademik dan kakitangan
yang berkaitan mempunyai peranan yang penting dalam hal ini.
Pihak industri telah terlibat secara langsung dalam proses
pembelajaran di universiti menerusi program latihan industri atau
latihan ilmiah. Latihan ini telah bermula sejak mula program
prasiswazah, terutama program ikhtisas seperti kejuruteraan,
pendidikan dan undang-undang dimana pelajar diwajibkan untuk
menjalaninya. Ada program-program lain yang bukan ikhtisas, pelajar
tidak wajibkan tetapi digalakkan untuk menjalani latihan ilmiah. Dalam
program ini pelajar akan didedahkan kepada suasana sebenar industri
supaya mereka dapat merasai apa yang diharapkan oleh industri dan
mengkaitkan apa yang dipelajari dalam bilik kuliah dengan aplikasi
dalam industri.
Di samping latihan industri dan latihan ilmiah, industri telah juga
terlibat dalam pembelajaran di universiti menerusi seminar dan bengkel
yang dianjurkan bersama dengan industri untuk pelajar. Biasanya
seminar dan bengkel seperti ini ditumpukan kepada pembelajaran
softskill seperti kebolehan berkomunikasi, menjalani temuduga,
bergaul dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan industri
dan secara langsung atau tidak langsung memberi input terhadap
pembelajaran di universiti ialah aktiviti-aktiviti penyelidikan dan
pembangunan, karnival kerjaya, pertandingan, perundingan dan
perkhidmatan lain yang melibatkan pelajar. Disamping kegiatan-
kegiatan tersebut di atas pihak industri telah juga terlibat dalam
pembelajaran menerusi khidmat nasihat mereka sebagai penasihat
kurikulum.
Dalam bab ini kegiatan yang disebut di atas akan diterangkan lebih
terperinci, terutama dari aspek perlaksanaan dan keberkesanannya.
Akan disentuh juga cadangan bagaimana hubungan antara universiti
dan industri dapat sahaja dieratkan lagi, dan hubungan yang lebih
bermakna dalam aspek pembelajaran supaya kebolehpasaran graduan
UKM dapat dipertingkatkan. Para ahli akademik dan kakitangan
sokongan mempunyai peranan penting dalam hal ini. Oleh itu
kefahaman berkenaan rangkaian industri-universiti harus didalami
bagi membentuk sekitaran pembelajaran yang memberi manfaat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 175 07-Oct-10 9:16:47 AM


176 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kepada kedua belah pihak.

KAITAN MATLAMAT UNIVERSITI DAN INDUSTRI/


MATLAMAT JARINGAN UNIVERSITI-INDUSTRI

Secara umumnya matlamat universiti adalah untuk mengeluarkan


graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan, sikap dan ketrampilan
yang dikehendaki oleh industri. Sikap dan ketrampilan ini
termasuklah kebolehan berkomunikasi, berfikiran kritikal, mampu
menjadi pemimpin dan juga ahli pasukan yang baik, berdaya saing
dan pelbagai lagi kemahiran generik. Di samping itu universiti juga
berhasrat menjana ilmu dan produk baru menerusi penyelidikan dan
inovasi yang seterusnya boleh diguna pakai oleh industri.
Di pihak industri, matlamat yang unggul adalah 3 serangkai iaitu
untuk meningkatkan (i) kesejahteraan manusia, (ii) kelestarian planet,
dan (iii) pengembangan keuntungan. Inilah konsep yang seringkali
diucapkan dengan label 3P (People, Planet and Profit).
Melihat kepada kedua-dua matlamat universiti dan industri ini,
maka adalah amat wajar jaringan universiti-industri dipertingkatkan
untuk membolehkan kedua-dua pihak mencapai matlamat tersebut.
universiti amat memerlukan industri untuk mendapatkan input dalam
pelbagai aspek aktiviti yang dijalankan manakala industri memerlukan
universiti untuk mendapatkan bakal pekerja yang berkebolehan dan
juga ilmu-ilmu baru yang boleh digunakan untuk mengembangkan
syarikat dalam dunia yang semakin mencabar ini.

PERLAKSANAAN JARINGAN

Dalam tempoh 40 tahun penubuhan UKM, jaringan UKM-industri


telah menjadi semakin kukuh. Terdapat penglibatan yang luas oleh
industri dalam pelbagai aspek aktiviti di UKM. Ia boleh dirangkumkan
dalam tiga kategori teras UKM iaitu (i) pendidikan dan pembelajaran,
(ii) penyelidikan, inovasi dan perundingan, dan (iii) khidmat. Jadual
12.1 menunjukkan jenis-jenis aktiviti jaringan dan pembabitan industri
dalam setiap kategori. Contoh-contoh akan diberikan dalam seksyen
seterusnya untuk membolehkan gambaran yang lebih jelas mengenai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 176 07-Oct-10 9:16:47 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 177

kepelbagaian dan keuntungan yang diperolehi oleh kedua-dua belah


pihak melalui jaringan UKM-industri ini.

Jadual 12.1 Jenis-jenis aktiviti jaringan dan pembabitan industri

Kategori Jenis-jenis aktiviti jaringan


Latihan industri/ilmiah
Pendidikan dan Penasihat kurikulum
Pembelajaran Penceramah jemputan
Penilai projek

Projek penyelidikan bersama


Penyelidikan, Inovasi,
Projek perundingan
dan Perundingan
Pengkomersilan produk-produk UKM

Seminar dan bengkel untuk industri


Aktiviti pelajar
o Penyertaan dalam pertandingan
Khidmat
o Bengkel berkaitan karier
Aktiviti khidmat masyarakat
Anugerah anjuran industri

Pendidikan dan Pembelajaran

Latihan industri/ilmiah

Latihan industri/ilmiah merupakan peluang pertama untuk pelajar-


pelajar UKM berinteraksi dengan industri. Buat masa sekarang hampir
semua program di UKM mewajibkan pelajar-pelajar di tahun dua atau
tiga pengajian menjalani latihan industri/ilmiah sekurang-kurangnya
selama 10 minggu dipelbagai industri, badan bukan kerajaan (NGO)
dan agensi kerajaan. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman
yang sangat berharga untuk pelajar dimana mereka berpeluang untuk
mengaplikasi apa yang telah dipelajari di tempat kerja yang mungkin
menjadi bakal majikan mereka selepas tamat pengajian. Jadual 12.2
menyenaraikan sebahagian syarikat-syarikat utama, NGO dan agensi
kerajaan yang telah mengambil pelajar UKM untuk menjalani latihan
industri semasa Sesi 2008/2009 lepas.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 177 07-Oct-10 9:16:47 AM


178 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 12.2 Senarai syarikat-syarikat utama, NGO dan agensi


kerajaan yang telah mengambil pelajar UKM untuk
menjalani latihan industri

Contoh-contoh Senarai syarikat/NGO/Agensi


Jenis Penempatan
kerajaan

Exxonmobil (M) Sdn Bhd


Digi Telecommunication Sdn Bhd
Sime Darby Medical Center Subang Jaya
Gleneagles Hospital (KL) Sdn Bhd
Agro Bank
Industri Star Publication (Malaysia) Bhd
Media Prima Sdn Bhd
Brunsfiel Construction Sdn Bhd
Motorola Technology Sdn Bhd
Shell (Malaysia)
Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd

Badan Bukan
Biro Bantuan Guaman Malaysia
Kerajaan (NGO)

Jabatan Kerja Raya Malaysia


Radio TV Malaysia
Agensi Nuklear Malaysia
Agensi Kerajaan
MARDI
Kastam DiRaja Malaysia
Jabatan Hal-ehwal Orang Asli

Latihan industri/ilmiah juga memberi peluang kepada pelajar untuk


mengasah sikap dan ketrampilan masing-masing melalui interaksi
dengan masyarakat luar UKM. Oleh itu adalah tidak menghairankan
apabila pelajar-pelajar yang kembali ke UKM selepas latihan industri/
ilmiah menunjukkan keyakinan yang tinggi, boleh berkomunikasi
dengan baik dan peningkatan dalam kemahiran-kemahiran generik
yang lain.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 178 07-Oct-10 9:16:47 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 179

Penasihat kurikulum

Kebanyakan program pengajian di UKM juga telah mula mendapatkan


pandangan dari pihak-pihak berkepentingan seperti industri untuk
memberi maklumbalas terhadap kurikulum pengajian. Badan-badan
profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia dan juga Lembaga
Akreditasi Negara (LAN) telah menjadikan satu syarat untuk akreditasi
supaya setiap program melantik Panel Penasihat Industri yang antara
tujuannya supaya:

Memberi pandangan mengenai ciri-ciri graduan yang diperlukan


Menilai kurikulum program supaya dapat menghasilkan graduan
yang mempunyai ciri-ciri sedemikian
Memberi pandangan mengenai proses pembelajaran secara
keseluruhan supaya ianya menjadi lebih efektif
Mengambil bahagian dalam proses pembelajaran melalui
sumbangan sebagai penceramah industri/masyarakat dan penilai
projek-projek pelajar.
Memberi maklumbalas terhadap penilaian hasil pembelajaran
yang dijalankan oleh program/jabatan sebagai sebahagian dari
proses pembaikan kualiti berterusan (CQI).

Jadual 12.3 menunjukkan contoh-contoh syarikat yang terlibat sebagai


panel penasihat industri di beberapa fakulti di UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 179 07-Oct-10 9:16:47 AM


180 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 12.3 Contoh Wakil Syarikat Yang Menjadi Ahli Dalam


Panel Penasihat Industri
Syarikat terlibat dalam Panel Penasihat
Bil Fakulti
Industri
Jurutera Prunding Zaaba Sdn Bhd
Fakulti Kejuruteraan GAMUDA Bhd
1
dan Alam Bina TNB Research Sdn Bhd
Sime Darby Plantation Sdn Bhd
Yayasan Budi Penyayang Malaysia
Fakulti Sains Sosial BERNAMA
2
dan Kemanusiaan SME Bank Bhd
JPA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Fakulti Teknologi Malaysia
3
dan Sains Maklumat MDEC
Berjaya Capital Bhd
Pharmaniaga Manufacturing Bhd
4 Fakulti Farmasi Persatuan Farmasi Malaysia
Ain Medicare
Kementerian Kesihatan Malaysia
5 Fakulti Pergigian
Persatuan Doktor Pergigian Malaysia
Infineon Technology
Exxonmobil Exploration & Production
Fakulti Sains dan
6 Maaysia Inc
Teknologi
Dewina Holdings Sdn Bhd
Malaysian Biotechnology Corp.

Penceramah jemputan

Selain dari itu pihak industri juga sering dijemput sebagai penceramah
jemputan secara berkala untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman
masing-masing kepada pelajar dan pensyarah. Pelajar-pelajar dapat
membandingkan apa yang dipelajari di bilik kuliah dengan apa yang
dipraktikkan di industri melalui syarahan-syarahan jemputan seperti
ini.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 180 07-Oct-10 9:16:47 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 181

Rakan atau penilai projek

Di dalam setiap program, pelajar-pelajar juga perlu menjalankan


pelbagai projek di dalam kursus ataupun projek tahun akhir. UKM
sangat menggalakkan supaya projek-projek ini dilakukan dengan
kerjasama industri. Sebagai contoh industri boleh menawarkan tajuk-
tajuk penyelidikan tahun akhir untuk dilakukan oleh pelajar dan ini
memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai perkembangan
terkini dalam penyelidikan dan inovasi di industri. Di Fakulti Ekonomi
dan Perniagaan, pelajar-pelajar yang melalui program keusahawanan
telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana
untuk sama-sama membantu meningkatkan perolehan dan pendapatan
syarikat-syarikat tersebut. Usaha ini telah mendapat perhatian dari
SME Corporation yang telah menjadikannya satu contoh bagaimana
untuk menerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar.
Selain dari itu, pakar-pakar dari industri seringkali dijemput
untuk menjadi penilai semasa pelajar membuat pembentangan projek
tersebut. Seringkali maklumbalas yang diberikan oleh pakar-pakar
industri ini bersifat praktikal dan relevan kepada apa yang berlaku di
industri. Sebagai contoh, di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, projek-projek rekabentuk tahun
akhir akan diadili oleh jurutera-jurutera dari Petronas. Sumbangan
jurutera-jurutera tersebut memberi pendedahan yang bermakna
kepada pelajar kerana projek yang dilakukan pelajar seperti mendapat
pengiktirafan dari pengamal dari industri sendiri.

Penyelidikan, inovasi, dan perundingan

Penyelidikan dan inovasi

Penyelidikan dan Inovasi juga adalah aktiviti teras UKM. Hasil


penyelidikan dan inovasi seharusnya perlu dimanfaatkan oleh industri
dan juga masyarakat demi untuk meningkatkan hasil kekayaan
negara. Oleh itu penyertaan industri dalam turut sama menjayakan
penyelidikan amat perlu dipertingkatkan. Jadual 12.4 menunjukkan
beberapa contoh projek penyelidikan yang dijalankan bersama dengan
industri dalam beberapa bidang yang pelbagai.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 181 07-Oct-10 9:16:47 AM


182 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rakan
Tajuk projek Penyelidik UKM
industri
Prof Dr
Feasibility Study on a Method
Azimahtol Xnergen Sdn
for Detecting Tumor Marker &
Hariah Lope Bhd
Diagnostic Kit Thereof
Pihie
Malaysia Adolescent Multiple Prof Datin Dr
Intelligence Test (MAMIT), Siti Rahayah MIMOS Bhd
MyMICA and E-MILE Ariffin

Prof Dr Musa Puncak Niaga


Biosensor : A Biodevice for
Prof Dr Lee Rrapids Labs
Environmental Monitoring
Yoke Heng Sdn Bhd

HASUMI
Collaboration Research & Prof Dr S. International
Development on Cancer Fadilah A. Research
Therapy Wahid Foundation
(Japan)

RADMIX
Design of Intelligent Universal Prof Dr Aini
Solution Sdn
Surveillance System Hussain
Bhd

Jadual 12.4 Contoh projek-projek penyelidikan yang dijalankan


bersama industri

Perundingan

UKM melalui Syarikat UKM Pakarunding telah lama menawarkan


perkhidmatan perundingan kepada industri dengan menggunakan
kepakaran yang ada di kalangan tenaga akademik UKM. Melalui
projek perundingan, tenaga akademik dapat meningkatkan pengalaman
dalam bidang masing-masing dan ini digunakan untuk menjadikan
pengajaran menjadi lebih menarik dan tidak hanya bergantung kepada
apa yang ada di dalam buku teks sahaja. Jadual 12.5 menyenaraikan
beberapa contoh perundingan yang telah dijalankan oleh warga
akademik UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 182 07-Oct-10 9:16:47 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 183

Jadual 12.5 Contoh projek-projek perundingan yang dijalankan

Tajuk projek Rakan industri

Ground Water Resource Study of Kg. Koperasi Al-Barru


Baharu, Hulu Cheka Area, Jerantut, Pahang Jerantut Bhd

DEIA Study for Coastal Reclamation


Pristine Oil Capital Sdn
Activity for Melaka Oil Storage Terminal at
Bhd
Pulau Besar, Melaka
Geological Study for the Proposed Tunnel
Tunnel Alignment at Kelang Gate Dam for Ahmad Zaki Resources
Development Kuala Lumpur Outer Ring Sdn Bhd
Road (KLORR)

Shoreline Management Plan for Iskandar Iskandar Regional


Malaysia Development Authority

Unit Perancang Ekonomi


Kajian Profil Belia Bermasalah di Johor
Johor

Khidmat

Seminar dan bengkel untuk industri

Untuk memastikan masyarakat luar terutamanya industri memperoleh


manfaat dari ilmu yang ada di kalangan tenaga akademik UKM,
seminar dan bengkel seringkali diadakan bagi tujuan tersebut.

Aktiviti pelajar

Penyertaan dalam pertandingan

Pihak industri juga sering menganjurkan pelbagai jenis pertandingan


yang bertujuan untuk mencungkil idea-idea baru di kalangan pelajar-
pelajar IPTA. Pelajar-pelajar UKM turut mengambil bahagian dalam
pertandingan seperti ini dan telah berjaya menggondol beberapa
hadiah utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.6.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 183 07-Oct-10 9:16:47 AM


184 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 12.6 Penyertaan pelajar UKM dalam pertandingan yang


dianjur industri

Bil Pertandingan Pencapaian

UKM Group : Les Anges compised of Ms


Nor Faizah Zainal Ariffin (TESL), Anthony
LOreal
Yan Kong Loy (FST) and Jerry Lee Lin Jian
1 Brandstorm
(FST) has came up 1st in Malaysias league
2008
and represented Malaysia to the international
competition at Paris

DiGi Deep
Green 2 kumpulan pelajar (7 pelajar/ kumpulan) telah
2
Challenge for berjaya mara ke peringkat akhir
Change 2009

Bengkel berkaitan karier

Untuk meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar UKM mengenai


karier mereka selepas menjadi graduan, pelbagai aktiviti bengkel dan
seminar telah diadakan. Di samping itu karnival kerjaya juga turut
dianjurkan di mana pelbagai pihak industri mengadakan sesi temubual
bersama pelajar untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh menyertai
syarikat masing-masing selepas menjadi graduan. Senarai bengkel,
seminar dan hari kerjaya yang telah dianjurkan dalam tempoh dua
tahun lepas ditunjukkan dalam Jadual 12.7.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 184 07-Oct-10 9:16:48 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 185

Jadual 12.7 Senarai aktiviti berkaitan kerjaya yang telah


dianjurkan dalam tempoh dua tahun lepas

Jenis Industri
Bil Tarikh Program
Aktiviti Terlibat
5 - 6 Jan. 7 agensi
Seminar Kerjaya
2008 swasta
51 agensi
12 15
Hari Kerjaya ke-25 swasta dan
Feb. 2008
kerajaan
Seminar Getting
31 Mac 3
to Know You di Double-A
Apr. 2008
Bangkok
Seminar Getting
12 14
to Know You di Double-A
Mei 2008
Seminar Bangkok
1
Kerjaya 22 -24 Julai
Navigate Your Career MISC Bhd
2008
121 agensi
17 -19 Okt. Karnival Kerjaya
swasta dan
2008 Kebangsaan
kerajaan
Program Peningkatan
14 15 Feb 8 agensi
Kebolehpasaran
2009 swasta
Pelajar Siri Februari
Program Peningkatan
21 22 8 agensi
Kebolehpasaran
Mac 2009 swasta
Pelajar Siri Mac
bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 185 07-Oct-10 9:16:48 AM


186 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

...sambungan

13 Mac
Career Talk Exxonmobil
2008
Clinique Roadshow
22 Ogos
& Grooming Clinique
2008
Workshop
16 Okt
Eh! Roadshow MYC
2008
25 Feb.
Taklimat Kerjaya IOI Corp. Bhd
2009
Malaysian
13 Mac Biotechnology
Taklimat Taklimat Kerjaya
2 2009 Corporation
Kerjaya
Sdn Bhd
27 Mac
Taklimat Kerjaya SIDC
2009
1 April
Taklimat Kerjaya TNS Global
2009
25 Julai HSBC Bank
Taklimat Kerjaya
2009 Malaysia Bhd
8 Ogos
Taklimat Kerjaya SIDC
2009
10 Ogos
Taklimat Kerjaya PETRONAS
2009

Aktiviti khidmat masyarakat

Industri juga memainkan peranan aktif terutamanya dalam menaja


program-program bercorak aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan
pelajar. Salah satu contoh menarik adalah penglibatan UEM dalam
Projek UKM-UEM Micro-Controller Mentoring. Dalam projek ini,
pelajar-pelajar universiti yang terdiri dari pelajar-pelajar Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) berganding bahu dalam
melatih pelajar-pelajar sekolah untuk membina aktiviti berdasarkan
penggunaan micro-controller. Aktiviti seperti ini bukan sahaja
membantu meningkatkan kompetensi pelajar universiti tetapi juga
menyemarakkan sifat inovatif pelajar-pelajar di peringkat sekolah
lagi.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 186 07-Oct-10 9:16:48 AM


Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri 187

Hadiah/Anugerah anjuran industri

Terdapat pelbagai anugerah termasuk biasiswa yang diberikan oleh


industri sebagai inisiatif kepada pelajar-pelajar UKM untuk lebih
cemerlang dalam pengajian mereka. Antara anugerah dan biasiswa
yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar UKM disenaraikan dalam
Jadual 12.8. Ini juga merupakan satu pengiktirafan industri kepada
pelajar-pelajar UKM.

Jadual 12.8 Hadiah/Anugerah yang diberikan oleh industri

Fakulti Hadiah/Anugerah
Fakulti Ekonomi
Hadiah Tan Sri Halim Saad
Dan Perniagaan
Hadiah Kejuruteraan Wan Mat Saman Jurutera
Perunding Zaaba
Hadiah Reka Bentuk Petronas
Hadiah Exxonmobil
Hadiah Ranhill Bersekutu
Hadiah Emkay
Hadiah PERWAJA
Fakulti Kejuruteraan Hadiah Golden Hope
Dan Alam Bina Hadiah Gamuda Berhad
Hadiah Rahmat
Hadiah Reka Bentuk Sime Darby Technology
Center
Hadiah Telekom
Hadiah Silterra
Hadiah Istructe UK Malaysia Division
Hadiah Razzaz Al-Jazari
Hadiah Buku Psikiatri Janssen Cilag
Fakulti Perubatan
Hadiah Buku Anestesiologi Esmaron
Hadiah Buku Mohd Azman
Fakulti Sains Hadiah Oculus Boston Gp
Kesihatan Bersekutu Hadiah Essilor
Hadiah Vizmec
Fakulti Sains Sosial
Hadiah Buku Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Dan Kemanusiaan
bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 187 07-Oct-10 9:16:48 AM


188 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

...sambungan

Hadiah Dastra Group Of Companies


Fakulti Undang-
Hadiah Sharifah, CP Yeap & Co.
Undang
Hadiah Tun Azmi Foundation

Hadiah Pharmaniaga
Fakulti Farmasi
Hadiah UCB Pharma

KESIMPULAN

Hubungan antara UKM dan industri telah bermula pada awal


pembangunan UKM dan telah banyak memberi manfaat dari aspek
pembelajaran; penyelidikan dan pembangunan, kebolehpasaran
pelajar, pengkomersilan ilmu dan hasil penyelidikan. Sudah
semestinya hubungan UKM-industri perlu ditingkatkan lagi dan
menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar dan juga tenaga
akademik. Pengalaman bersama industri telah banyak membantu
pelajar meningkatkan kemahiran generik mereka supaya lebih berdaya
saing dan diterima dengan baik oleh pasaran kerja.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 188 07-Oct-10 9:16:48 AM


Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

BAB 13

PENGANTARABANGSAAN DAN MOBILITI PELAJAR

Salina Abdul Samad

PENDAHULUAN

Dalam era globalisasi, pengantarabangsaan merupakan elemen penting


kepada setiap IPTA dan ianya melibatkan aktiviti mengantarabangsakan
semua aspek penting di dalam sesebuah universiti tersebut. Aspek yang
dimaksudkan ialah aspek pembelajaran, pengajaran, penyelidikan
dan perkhidmatan. Semua aspek ini perlu bergerak seiring dan saling
berkaitan dalam pembentukan aktiviti pengantarabangsaan yang
sentiasa berkembang.
Elemen pengantarabangsaan begitu penting dalam usaha
membentuk sebuah universiti bertaraf global seperti digariskan dalam
Pelan Strategik Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, 2007). Namun, cabaran pengantarabangsaan kepada UKM
adalah lebih besar berbanding IPTA yang lain di Malaysia kerana UKM
berhasrat untuk menjadi universiti bertaraf dunia dan pada masa yang
sama mengekalkan identiti kebangsaan. Namun, situasi tersebut tidak
menjadi penghalang kepada permulaan langkah pengantarabangsaan
oleh UKM malah ciri-ciri unik yang wujud dalam gagasan Jatidiri
Kebangsaan dan usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu diambilkira dan bakal diketengahkan kepada masyarakat
antarabangsa.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 189 07-Oct-10 9:16:48 AM


190 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

AKTIVITI PENGANTARABANGSAAN

Dengan semua kerjasama Pusat Tanggungjawab (PTJ), aktiviti


pengantarabangsaan dapat dijalankan dan diperkembangkan sekaligus
mencernakan budaya pengantarabangsaan di kalangan warga
universiti secara menyeluruh. Aktiviti-aktiviti pengantarabangsaan
termasuk menerima lawatan dan jaringan, menganjurkan seminar
dan persidangan, dan juga mewujudkan jaringan program mobiliti di
kalangan pelajar.

Lawatan dan jaringan

Pihak universiti seringkali menerima kunjungan daripada insitusi-


institusi luar negara. Kunjungan ini dilihat sebagai pemangkin kepada
jalinan rapat dalam hubungan kerjasama antara UKM dengan institusi-
institusi tersebut.
Dalam tempoh seminggu akan adanya sekurang-kurangnya satu

Siri Lawatan dari institusi luar negara ke UKM.

atau dua sesi lawatan dari institusi luar negara ke UKM. Pejabat
Hubungan Antarabangsa akan mengendalikan kunjungan yang
datang dengan kerjasama PTJ tertentu berdasarkan agenda lawatan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 190 07-Oct-10 9:16:48 AM


Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar 191

yang dirangka sepanjang lawatan. Kebiasaannya, kunjungan yang


dilakukan akan melibatkan sesi perbincangan antara pihak universiti
dengan tetamu berkenaan. Kedua-dua pihak akan diberi penerangan
tentang universiti masing-masing, bertukar idea dan pendapat serta
yang paling penting dapat berbincang tentang keupayaan universiti
dan kepentingan dalam usaha kerjasama antara dua institusi pengajian
tinggi ini.
Institusi-institusi yang datang melawat ke kampus ini rata-ratanya
datang dari benua Asia dan Eropah, tidak ketinggalan dari Amerika
Syarikat. Lawatan ini juga tidak semestinya tertumpu kepada para
pensyarah dan kakitangan universiti, malah bagi sesetengah lawatan
didedahkan kepada para pelajar yang berminat untuk mengetahui
tentang universiti berkenaan dalam konteks pembelajaran dan
penyelidikan. Mereka akan diberi penerangan yang secukupnya
sebagai pendedahan awal terhadap minat pembelajaran mereka di luar
negara.

Majlis Syarahan Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative


Public Lecture Series

Tambahan pula, majlis syarahan perdana seperti Public Lecture

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 191 07-Oct-10 9:16:48 AM


192 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

atau Noble Lecture memberi peluang keemasan kepada warga


universiti terutama pelajar kerana pihak universiti menjemput tokoh
akademik dari luar negara untuk memberi syarahan khas. Sebagai
contoh, UKM mengundang profesor-profesor tersohor dari Harvard
University untuk memberi syarahan dalam program Harvard Ezra
F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative Public Lecture Series yang
dianjurkan dua kali setahun.

Perjanjian persefahaman

Hampir kesemua universiti yang mengadakan kunjungan ke sini


menyatakan hasrat untuk mengikat hubungan dalam pelbagai aspek
dengan UKM. Oleh yang demikian, UKM dan universiti tersebut
akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum
Perjanjian (MoA) atau Surat Hasrat (LoI) setelah mendapat
persetujuan kedua-dua pihak universiti. Jenis memorandum juga
bergantung kepada kehendak universiti asing yang merujuk kepada
minat dan usahasama dalam bidang pembelajaran, penyelidikan dan
perkhidmatan. Lebih 200 MoU, MoA dan LoI telah dimeterai di antara
UKM dengan institusi luar negara. Rekod ini memberi gambaran yang
sangat bagus dalam meningkatkan hubungan dua hala antara UKM
dengan universiti luar negara di mana hubungan ini sangat dialu-
alukan oleh kedua-dua negara dalam pembangunan sektor pendidikan
masing-masing.
Dengan adanya pemeteraian sebegini, ianya telah merujuk
kepada salah satu objektif dalam Pelan Tindakan Pengantarabangsaan
(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009) untuk meningkatkan jaringan
kerjasama strategik dengan institusi luar negara dalam program
pengajian dan penyelidikan. Namun begitu, universiti masih berusaha
untuk memantapkan lagi jaringan ini dengan mengikat memorandum
dengan universiti luar negara yang lain dan memperkasakan jaringan
yang ada dengan mempelbagaikan aktiviti dua hala. Sebagai contoh,
UKM dan beberapa universiti luar negara mewujudkan program
pengajian double degree atau split degree yang melibatkan pelajar
kedua-dua universiti terbabit. Sebagai contoh, di Fakulti Kejuruteraan,
program double degree yang mendapat kerjasama University Duisburg
Essen, Jerman telah ditawarkan kepada sebilangan pelajar di fakulti
berkenaan sejak tahun 2002.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 192 07-Oct-10 9:16:49 AM


Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar 193

Di samping itu, UKM juga telah mewujudkan laman web inventori


sebagai salah satu platform terbaik dalam proses mengetengahkan
aktiviti pengantarabangsaan, jaringan sedia ada dan peluang baru
untuk menjalankan aktiviti pengantarabangsaan.

Seminar dan persidangan

Aktiviti seminar dan persidangan antarabangsa juga memainkan


peranan penting dalam membantu menguatkan hubungan dan jaringan
yang terjalin antara UKM dan universiti-universiti luar negara.
Aktiviti-aktiviti sebegini memberi peluang kepada para penyelidik
dan juga pelajar untuk berkongsi pendapat dan idea dalam perspektif
keberkesanan penyelidikan. Keadaan ini menunjukkan usaha ke arah
menyerlahkan citra UKM di persada antarabangsa yang sudah sekian
lama digerakkan.
UKM juga memainkan peranan penting dalam persatuan jaringan
universiti antarabangsa. Jaringan yang dimaksudkan seperti ASEAN
University Network (AUN), The Association of Commenwealth
Universities (ACU), University Mobility in Asia and the Pasific
(UMAP) dan Association of Universities of Asia and the Pasific (AUAP)
dan banyak lagi. Penglibatan UKM bukan sahaja dilihat sebagai
menghadiri kegiatan sebegitu di luar negara sahaja, malah UKM juga
berusaha menjayakan aktiviti seminar atau persidangan antarabangsa
di dalam negara. Sebagai contoh, UKM telah menganjurkan Mesyuarat
Lembaga AUAP ke-27, kesemua ahli lembaga persatuan tersebut
telah hadir untuk membincangkan aktiviti-aktiviti persatuan. Dalam
masa yang sama, wakil-wakil universiti luar negara diberi penerangan
tentang UKM melalui video korporat dan bahan artikel di samping
dibawa melawat ke lokasi menarik universiti. Para perwakilan
juga didedahkan dengan kaedah promosi keunikan UKM melalui
pelaksanaan Projek Bahasa Melayu dan Jati Diri Kebangsaan yang
bermatlamat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
di luar negara secara berperingkat.

MOBILITI PELAJAR

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 193 07-Oct-10 9:16:49 AM


194 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Program mobiliti pelajar diwujudkan untuk menyokong objektif


meningkatkan jaringan kerjasama strategik dengan institusi luar
negara. Program ini melibatkan pelajar yang berpeluang merasai
suasana pembelajaran dan penyelidikan di luar negara di samping
meningkatkan keberkesanan proses perkongsian budaya pembelajaran
antara dua institusi pendidikan yang terlibat. Terdapat dua jenis
program mobiliti iaitu mobiliti inbound dan mobiliti outbound.
Kedua-dua jenis program mobiliti ini sudah dijadikan program
tahunan universiti. Mobiliti Inbound merupakan aktiviti perkongsian
ilmu yang menggabungkan pelajar dalam dan luar negara untuk
mengalami proses pembelajaran dan penyelidikan di UKM. Program
ini dikenali sebagai UKM-Global Student Mobility Patnerships
yang dikendalikan oleh Pejabat Hubungan Antarabangsa dengan

Program Mobiliti Inbound UKM-Global Student Mobility Patnerships.

kerjasama Fakulti Sains & Teknologi (FST), Institut Alam Sekitar &
Pembangunan (LESTARI) dan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
(FSSK). Dua kursus ditawarkan kepada para peserta iaitu Kelestarian
Warisan Tropika dan Masyarakat Pribumi. Separuh daripada jumlah
peserta akan dijemput khas dari universiti-universiti luar negara untuk
menyertai program sekaligus diberi peluang berinteraksi dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 194 07-Oct-10 9:16:49 AM


Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar 195

pelajar tempatan dalam bentuk berkumpulan dalam tempoh sebulan.


Mereka semua akan menjalani aktiviti kuliah dan kerja lapangan secara
bersama di lokasi menarik seluruh Malaysia. Kemudian, mereka akan
membentangkan hasil kajian di hadapan para penyelia projek.
Mobiliti Outbound pula berbentuk pembelajaran pelajar tempatan
di luar negara dan akan memilih pelajar UKM mengikut kriteria
tertentu berdasarkan sokongan Fakulti atau Institut sebelum dihantar ke
universiti luar negara pilihan mereka. Universiti-universiti berkenaan
mempunyai hubungan strategik dengan UKM, contohnya mempunyai
MoU atau MoA dengan UKM. Pelajar terpilih akan menjalani proses
pembelajaran di universiti luar negara berkenaan dalam tempoh 3
minggu hingga 2 semester. Program ini juga diuruskan oleh Pejabat
Hubungan Antarabangsa. Program mobiliti ini melibatkan pemindahan
kredit untuk pelajar prasiswazah sekaligus penilaian akan dilakukan
terhadap pembelajaran mereka. Untuk pelajar siswazah, sangkutan
untuk melakukan penyelidikan ditekankan.
Terdapat satu lagi jenis mobiliti yang seakan sama dengan Mobiliti
Outbound, tetapi ianya tidak menerapkan konsep akademik. Program
tersebut dijalankan dengan kerjasama Pusat Perkembangan Pelajar
(PPP), di mana ianya melibatkan pelajar dalam komuniti persatuan.
Mereka akan mengambil peluang tersebut untuk menjalankan
aktiviti berbentuk non-academic sebagai contoh menjalankan kajian
berpersatuan terhadap budaya masyarakat luar negara dan meninjau
sistem kerajaan di negara tersebut. Kebiasaannya tempoh seminggu
sahaja diperlukan oleh kumpulan pelajar ini untuk melengkapkan
aktiviti mereka di luar negara. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
juga melaksanakan program mobiliti pelajar. Sebagai contoh, PKP
dengan kerjasama Pusat Pengajian Umum (PPU) menganjurkan
program Bahasa Inggeris secara intensif untuk pelajar-pelajar dari
universiti di Korea Selatan dan Jepun.
Secara keseluruhannya, program-program mobiliti ini memberi
impak yang besar kepada kebanyakan pelajar, tidak kira dari dalam
atau luar negara. Budaya perkongsian ilmu menerusi pembelajaran dan
penyelidikan merentasi persempadanan global menjadikan program
ini menjadi pilihan pelajar untuk memperkembangkan cara dan
teknik belajar bersama rakan pelajar luar negara mengikut kesesuaian
kandungan program pengajian. Program ini juga dapat menarik minat
pelajar luar negara belajar ke Malaysia dan pada masa yang sama

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 195 07-Oct-10 9:16:49 AM


196 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pelajar tempatan boleh berinteraksi dengan mereka.

PERSEKITARAN ANTARABANGSA

Meskipun universiti ini bercirikan kebangsaan, namun dari semasa


ke semasa universiti ini sentiasa mewujudkan suasana yang mesra
dengan warganya. Warganya pula semakin bertambah dengan
adanya pelajar dan kakitangan antarabangsa di kampus ini. Maka,
pihak universiti sedang sedaya upaya mencipta persekitaran yang
bercirikan kebangsaan dan juga memberi keselesaan berkonsepkan
pengantarabangsaan.

Warga antarabangsa

Sebagai salah satu universiti penyelidikan di Malaysia, UKM sudah


memperlihatkan peningkatan terhadap peratusan pelajar pasca
siswazah yang juga terdiri daripada pelajar antarabangsa. Peratusan
dalam konteks tersebut menjadi salah satu faktor kepada agenda
universiti penyelidikan yang mahukan pembelajaran dan penyelidikan
berada dalam peringkat lebih tinggi merentasi sempadan global dalam
mencapai matlamatnya.
Mengikut statistik tahun 2009, Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)
telah menerima seramai 959 orang pelajar peringkat sarjana dari luar
negara pada tahun tersebut, di mana mereka datang daripada 37 buah
negara. Selain Indonesia yang menjadi negara luar yang mempunyai
pelajar terbanyak di UKM, negara-negara dari Asia Selatan dan Timur
Tengah menunjukkan bilangan yang banyak, antaranya Iran, Iraq,
Jordan, Bangladesh, Libya, Sudan dan Yaman.
Jumlah pelajar antarabangsa dalam peringkat doktor falsafah
juga lebih kurang sama dengan jumlah pelajar antarabangsa dalam
peringkat sarjana, di mana seramai 953 orang pelajar luar negara
berdaftar dan belajar di UKM pada tahun yang sama. Statistik terkini
ini juga menunjukkan negara-negara yang sama memonopoli jumlah
pelajar antarabangsa di UKM. Keadaan ini menggambarkan pelajar
dari negara-negara tertentu memilih UKM sebagai pusat ilmu yang
sesuai dengan pembelajaran dan pengajaran mereka supaya ilmu yang
diperolehi dapat dipraktikkan di negara asal mereka kelak.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 196 07-Oct-10 9:16:49 AM


Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar 197

Pada peringkat prasiswazah, UKM juga mempunyai pelajar luar


negara untuk belajar di sini. Pada tahun 2009 terdapat 180 orang pelajar
antarabangsa, di mana kebanyakannya terdiri daripada warganegara
Indonesia dan China dan mereka menjadi pelajar dalam peringkat
ijazah sarjanamuda bersama semua pelajar tempatan.
UKM juga telah menerima beberapa individu sebagai tenaga
pengajar dari luar negara. Seramai 53 orang luar negara berkhidmat
di universiti kebangsaan ini berdasarkan kepada statistik tahun 2009
(http://www.ukm.my/pha.html). Mereka datang dari 8 buah negara
dan berkhidmat sebagai Profesor, Profesor Madya, pensyarah, felo
utama dan felo di Fakulti dan juga Institut. Tambahan pula, terdapat
sebilangan post-doc antarabangsa yang berkhidmat di UKM di
samping UKM juga menerima kunjungan daripada beberapa profesor
dan pensyarah pelawat luar negara.

Kemudahan dan prasarana

Pihak universiti juga tidak ketinggalan berusaha meningkatkan


prasarana dan kemudahan bertaraf antarabangsa di kampus sedia ada
ini. Berikutan bilangan pelajar antarabangsa agak tinggi dan dijangka
akan meningkat dari tahun ke tahun, maka UKM sentiasa peka dengan
kehendak dan keperluan pelajar-pelajar ini untuk mencipta suasana
persekitaran yang mesra.
Kewujudan portal dan laman web yang mesra pengguna terutama
kepada warga luar negara membolehkan mereka pantas mengetahui
tentang UKM kerana portal berkenaan memaparkan kelebihan UKM
di samping melaporkan segala aktiviti pengantarabangsaan. Laman
web universiti juga telah diubahsuai menjadi dwibahasa pilihan
bagi memudahkan dari segi pemahaman untuk warga antarabangsa
melayarinya. Realitinya, mungkin ada sesetengah pelajar mahupun
kakitangan antarabangsa di UKM tidak menghadapi masalah
berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana ada di kalangan mereka
mempelajari subjek Bahasa Malaysia. Usaha ini dilihat sebagai
pendekatan kepada Pelan Transformasi UKM sebagai Universiti
Terunggul, di mana keunikan bahasa kebangsaan dimartabatkan
sebagai bahasa ilmu boleh diterapkan terhadap golongan pelajar dan
staf kakitangan antarabangsa.
Selain itu, sebuah pusat eka-hentian juga diwujudkan di UKM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 197 07-Oct-10 9:16:49 AM


198 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Pusat


Pengurusan Siswazah (PPS) dan Pejabat Hubungan Antarabangsa.
Dengan adanya lokasi yang bertindak sebagai one stop centre ini,
urusan perkhidmatan yang melibatkan pelajar antarabangsa yang
rata-ratanya kurang faham dengan sistem perkhidmatan di kampus
ini. Kemudahan pengangkutan dan penginapan juga mengambilkira
kehadiran mereka di mana Kolej Ibu Zain diiktiraf sebagai sebuah
kolej antarabangsa. Selain daripada itu, Kolej Burhanuddin Helmi
dan Kolej Dato Onn juga bertindak sebagai tempat penginapan pelajar
antarabangsa terutama mereka yang datang untuk program mobiliti.
Persekitaran antarabangsa ini juga tidak tertumpu di dalam negara
sahaja, malah sekarang UKM dalam usaha mewujudkan Pejabat
Antarabangsa di luar negara iaitu di University Duisburg Essen,
Jerman. Selain itu, pihak universiti akan mewujudkan cawangan
Pejabat Alumni UKM di luar negara, seperti yang sudah dirasmikan
di Indonesia pada tahun lepas. Dengan adanya cawangan sebegini,
usaha promosi dan perjalanan aktiviti di luar negara dapat berjalan
dengan lancar di samping dapat membantu menyerlahkan citra UKM
di persada antarabangsa.
Selama ini, pihak universiti juga tidak melupakan jasa dan bakti
individu atau organisasi yang bertungkus lumus membuka peluang
kepada pelajar mengembangkan ilmu dengan cara merentasi sempadan
dan budaya serta untuk menjayakan aspirasi pengantarabangsaan UKM.
Hasil usaha ini dihargai melalui penganjuran majlis keraian pelajar
dan staf kakitangan antarabangsa serta kewujudan insentif dalam
bentuk Anugerah Khas Kualiti kategori Pengantarabangsaan. Coretan
penganugerahan ini juga tidak terhenti di dalam negara apabila ramai
dari kalangan warga universiti mencipta nama di luar negara, tidak
kira dalam bidang penyelidikan atau kepimpinan. Sebagai contoh,
sudah ramai ahli akademik universiti memenangi pelbagai anugerah
peringkat antarabangsa dan tidak ketinggalan anak didik UKM yang
berjaya mencipta nama di negara asing melalui penyelidikan dan bakat
kebolehan diri dalam bidang tertentu.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 198 07-Oct-10 9:16:49 AM


Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar 199

KESIMPULAN

Skop pengantarabangsaan bukan bidang baru bagi UKM. Malah,


universiti bercorak kebangsaan ini sudah lama mengamalkan
budaya pengantarabangsaan melalui pelbagai aktiviti pembelajaran,
penyelidikan dan perkhidmatan dengan rakan universiti di rantau
Asia Tenggara pada mulanya. Kemudian, ianya berkembang
sehingga sekarang, lalu membolehkan usaha memperkasakan lagi
skop pengantarabangsaan ini. Pelan Tindakan Pengantarabangsaan
UKM juga telah dibentuk untuk meningkatkan lagi program
pengantarabangsaan dengan pemantauan yang dilakukan bagi
memastikan perjalanan aktiviti berada di landasan yang betul.
Usaha-usaha pengantarabangsaan yang dilihat bakal melonjakkan
nama UKM dan juga warga universiti yang terdiri daripada pelajar
dan pensyarah di mata dunia. Diharapkan usaha dan kerjasama
antara UKM dengan universiti-universiti terkemuka luar negara
dapat diteruskan untuk memberi pengalaman berharga kepada warga
universiti supaya sentiasa dapat mengembangkan ilmu dan berkongsi
keunikan universiti bercirikan kebangsaan yang mencipta nama di
persada antarabangsa.

RUJUKAN

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Pelan Strategik


Pengajian Tinggi Negara Fasa 1 (2007-2010). Putrajaya.
Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM. http://www.ukm.my/pha.
html [15 Februari 2010]
Universiti Kebangsaan Malaysia, Jaringan. http://www.ukm.my/
portal/jaringan.html [15 Februari 2010]
Universiti Kebangsaan Malaysia. 2007. Pelan Strategik UKM
Perspektif 2006-2010. Bangi, Selangor.
Universiti Kebangsaan Malaysia. 2009. Pelan Tindakan
Pengantarabangsaan 2009-2010. Bangi,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 199 07-Oct-10 9:16:49 AM


200

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 200 07-Oct-10 9:16:49 AM


Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran

BAB 14

AKADEMIK KOLEJ SEBAGAI ENTITI


PEMBELAJARAN PELENGKAP
KEPADA EKOSISTEM ILMU UKM

Ruslin Amir
Kadderi Md. Desa
Anuar Ahmad

PENDAHULUAN

Konsep Kolej mula diperkenalkan pada tahun 1998 bagi menggantikan


nama kamsis daripada konsep asal kampung siswa. Perubahan nama
ini dilakukan kerana KAMSIS dilihat hanya melambangkan suasana
persekitaran yang tertumpu kepada penginapan semata-mata. Selari
dengan imej sebuah penempatan pelajar, kamsis tidak diharapkan atau
dirancang ketika itu tidak menitikberatkan fungsi akademik sedangkan
dua pertiga masa pelajar di universiti adalah di kolej. Ini bermakna
terdapat masa senggang yang panjang dan tidak dirancang untuk
pembelajaran secara menyeluruh kepada pelajar. Dalam erti kata lain
pelajar bertanggungjawab untuk merancang masa senggang mereka
tanpa kawalan pengurusan universiti khususnya kamsis di mana
mereka menginap selagi mereka tidak melanggar peraturan kolej atau
universiti.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 201 07-Oct-10 9:16:49 AM


202 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Pendaftaran Pelajar Baru di Kolej kediaman

Sehingga akhir dekad 1990an, pencapaian akademik yang tinggi


di peringkat universiti bukanlah satu syarat untuk mendapat pekerjaan.
Apabila bilangan IPTA dan IPTS bertambah banyak, terdapat
persaingan yang sengit antara graduan untuk mendapat pekerjaan
dalam pasaran kerja yang semakin menguncup. Para majikan mula
menetapkan pelbagai syarat dan tahap pencapaian serta kemahiran
generic (soft skills) bagi mereka yang memohon pekerjaan. Penarafan
yang tinggi ini bukan sahaja di pihak swasta tetapi juga oleh kerajaan
di mana pelajar yang mendapat PNGK kurang dari 3.0 tidak dipanggil
untuk temu duga. Keadaan ini dilihat sebagai satu cabaran baru bagi
semua IPT yang ada.
Di UKM hasrat pengurusan tertinggi adalah untuk melahirkan
a perfect gentleman and lady dengan segala kriteria yang diingini
oleh majikan. Kolej kediaman kini dilihat sebagai pelengkap kepada
fakulti untuk menyediakan satu keadaan yang disebut sebagai `a
total learning experience. Perubahan peranan ini perlu dihayati oleh
warga kolej dan tenaga akademik khasnya pensyarah. Atas iltizam
ini kolej kini lebih dikenali sebagai akademi kolej. Perubahan status
ini memerlukan kefahaman, sokongan dan keazaman semua pihak
termasuklah para pensyarah.

KESAN KAMPUNG SISWA DAN PEMBELAJARAN

Suasana tenang dan damai yang ada di kamsis satu ketika dahulu hanya
berfungsi sebagai tempat tinggal dan tempat pelajar untuk menjalankan
ulang kaji sendirian, menyiapkan tugasan dan menjalankan aktiviti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 202 07-Oct-10 9:16:50 AM


Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran 203

riadah serta program-program anjuran kolej.

Sebahagian dari aktiviti di kolej

Penyertaan pelajar di peringkat kolej kediaman didapati berkesan


dalam usaha membantu perkembangan sosial dan kemahiran mereka.
Bagaimanapun, terdapat kekurangan dari segi rancangan atau program
yang di bentuk atau di struktur khusus untuk membantu pelajar
mencapai tahap tertinggi dalam bidang akademik.
Segregasi peranan fakulti dan kolej sebenarnya membataskan
peranan pensyarah dan fakulti dalam membentuk individu pelajar
yang bersifat holistik dan terpelajar dalam bidang yang diceburi. Tidak
terdapat kesinambungan antara ilmu yang dipelajari di bilik kuliah
dengan kehidupan di luar khasnya di kolej kediaman. Ini dijelaskan
dalam Rajah 14.1.

Kemudahan tempat
Akademik
tinggal
Kuliah
Riadah
Tutorial
Aktiviti kelab/persatuan
Amali
pelajar
Penyelidikan
Lawatan

Kolej kediaman Fakulti

Rajah 14.1: Segregasi peranan kolej dan fakulti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 203 07-Oct-10 9:16:51 AM


204 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Prestasi pelajar juga tidak dapat dipantau oleh pentadbiran kolej dan
felo-felo penghuni kerana ia lebih bersifat akademik. Oleh demikian
pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran tidak dapat
dibantu di kolej. Pengurusan Kolej juga tidak ada hubungan secara
langsung dengan fakulti serta para pensyarah. Sebelum ini pensyarah
hanya dilantik sebagai felo kehormat yang hadir pada majlis-majlis
rasmi atas jemputan.

Jamuan Akhir Tahun

KOLEJ KEDIAMAN SEBAGAI ENTITI PEMBELAJARAN


BARU

Model kolej kediaman terbahagi kepada dua iaitu model penempatan


pelajar berasaskan perumahan atau model penempatan dan
pembelajaran. Dalam model yang pertama tumpuan pemberi khidmat
adalah kepada keperluan tempat tinggal sementara dalam model
kedua, kolej mempunyai peranan tambahan iaitu dalam pembangunan
akademi pelajar. Dalam konteks UKM, istilah akademik kolej

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 204 07-Oct-10 9:16:52 AM


Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran 205

membawa pengertian bahawa kolej kini lebih terlibat dalam


pembelajaran menyeluruh pelajar dari segi akademik dan kemahiran
generik. Ini bermakna kolej mempunyai peranan yang lebih luas
dalam meningkatkan prestasi pelajar. Perubahan fungsi ini berupaya
dilaksanakan kerana kolej kini ada:

PPSM setiap kolej ada bilik khusus yang dimuatkan dengan


buku-buku, komputer, mesin pencetak, perkhidmatan fotokopi,
majalah, akhbar dan bahan bacaan. Pelajar yang perlu membuat
rujukan atau berbincang boleh menggunakan kemudahan yang
ada.
Jaringan internet - kolej kediaman kini telah dilengkapi dengan
jaringan internet sama ada dari pusat komputer atau operasi swasta.
Kemudahan ini telah digunakan oleh pelajar dengan meluas.
Pelantikan pegawai seranta perpustakaan di kolej mulai tahun
2009, Perpustakaan Tun Sri Lanang telah mengambil langkah
proaktif dengan melantik dua orang pegawai untuk berkhidmat
sebagai penasihat kepada jawatankuasa bilik sumber kolej.
Felo akademik, felo dan senior pengurusan universiti telah
meluluskan jawatan pensyarah/ tutor akademik yang ditempatkan
di kolej kediaman. Mereka berperanan untuk membimbing
pelajar dalam bidang akademik khasnya dalam program English
Speaking Zone.
Bilik dan ruang untuk pelajar berbincang - setiap kolej mempunyai
pusat kemudahan yang boleh diubahsuai untuk menjadi pusat
aktiviti pembelajaran lanjutan. Pelajar biasanya membuat ulang
kaji atau bekerja sendirian di bilik masing-masing. Kewujudan
bilik dan ruang-ruang pembelajaran membolehkan mereka belajar
secara berkumpulan.
English Speaking Zone mulai April 2008 kolej kediaman
telah diisytiharkan sebagai English Speaking Zone. Ini bermakna
penggunaan bahasa Inggeris di kolej diperluaskan dalam majlis-
majlis atau acara kolej dengan tujuan untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 205 07-Oct-10 9:16:52 AM


206 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PERKEMBANGAN DAN HALATUJU KONSEP AKADEMIK


KOLEJ DI UKM

Bermula pada tahun 2006 sesuai dengan usaha tranformasi kolej


kediaman beberapa perkara baru telah diperkenalkan. Antara
yang paling utama ialah penubuhan satu bahagian baru di Pusat
Perkembangan Pelajar yang dinamakan Akademik Kolej. Tujuan utama
penubuhan akademik kolej adalah untuk membina hubungan antara
fakulti dan kolej kediaman dari segi kegiatan pelajar. Secara khusus
akademik kolej dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemudah cara
kepada kolej kediaman membina aktiviti-aktiviti pelajar yang secara
langsung dapat meningkatkan pembangunan pelajar. Peranan institusi
felo diperkemas sebagai entiti utama kolej akademik. Setiap orang
felo bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar tetapi
juga bertanggungjawab untuk terlibat sebagai pembimbing dan penilai
kepada aktiviti pelajar di kolej kediaman.
Menjadi satu keperluan untuk bahagian akademik kolej
merancang, menentukan bentuk serta kaedah yang paling efektif
untuk membangunkan pelajar di peringkat kolej. Sebagai permulaan
semua aktiviti pelajar di kolej kediaman telah dipetakan kembali
agar sejajar dengan komponen utama perkembangan pelajar yang
di kenali sebagai kemahiran generik. Semua pelajar didedahkan
kepada 15 kemahiran utama kemahiran generik dan secara langsung
kolej kediaman bertanggungjawab membangunkan lapan kemahiran
generik utama.

TRANSFORMASI KOLEJ KEDIAMAN KEPADA


EKOSISTEM ILMU

Jadual 14.1 menunjukkan satu visi transformasi kolej kediaman


dari tempat tinggal kepada satu paradigma baru iaitu kolej sebagai
entiti pembelajaran atau kolej dalam ekosistem ilmu. Transformasi
ini melibatkan beberapa aspek seperti falsafah tempat belajar, tugas
pensyarah, lokasi pembelajaran serta bentuk dan format penilaian
pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 206 07-Oct-10 9:16:53 AM


Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran 207

Jadual 14.1 Keadaan semasa dan bentuk perubahan masa hadapan

Keadaan semasa Masa hadapan

Ekosistem ilmu berpusat di fakulti Ekosistem ilmu diperluas ke kolej-


dan perpustakaan kolej kediaman

Tugas pensyarah terbatas hanya Pensyarah hadir di kolej-kolej


di dewan kuliah, bilik tutorial dan kediaman untuk pengajaran
makmal informal

Aktiviti pembelajaran berpusat di Aktiviti pembelajaran boleh di


bilik kuliah panjangkan ke kolej kediaman

Pelajar boleh dinilai berdasarkan


Pelajar dinilai berdasarkan aktiviti
aktiviti pembelajaran di fakulti dan
pembelajaran di fakulti sahaja
di kolej-kolej kediaman

Bilangan pensyarah yang terlibat Lebih ramai pensyarah terlibat


dengan aktiviti kolej sangat sedikit dengan aktiviti kolej

Prestasi pelajar dapat diakses dari


Prestasi pelajar hanya diketahui di
semasa ke semasa oleh pentadbir
akhir semester
kolej dan felo

APA YANG PENSYARAH BOLEH BANTU?

Selaras dengan perubahan peranan kolej sebagai satu entiti


pembelajaran para pensyarah perlu melihat kolej sebagai satu
kesinambungan antara proses pengajaran dan pembelajaran dan di
fakulti dengan aktiviti pembelajaran di kolej. Ini bermakna pensyarah
boleh merancang aktiviti-aktiviti yang bersifat akademik. Antaranya
ialah tugasan berkelompok mengikut kolej, kajian lapangan di
sekitar kolej kediaman, projek bersama pentadbiran kolej. Pensyarah
juga boleh merancang penilaian kursus dengan memfokus kepada
kemahiran-kemahiran tertentu.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 207 07-Oct-10 9:16:53 AM


208 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Menjadi felo penasihat, felo akademik, penceramah jemputan

Kepakaran yang ada pada pensyarah dapat dimanafaat apabila


adanya perancangan yang baik dengan melibatkan pensyarah di kolej
kediaman. Pensyarah boleh memainkan peranan yang lebih aktif
dalam pembelajaran di kolej dengan menjadi felo penasihat, ahli
kehormat persatuan atau kelab atau memberikan siri ceramah berkala
di kolej-kolej. Kehadiran pensyarah dalam suasana yang informal dan
mesra di kolej merupakan pengalaman pembelajaran yang baru dan
menyeronokkan.

Mengambil bahagian yang lebih aktif dalam pembangunan kolej

Pensyarah-pensyarah dalam bidang yang pelbagai boleh


digembelingkan sebagai satu pasukan konsultasi dalam pembangunan
kolej khasnya dalam usaha-usaha mewujudkan kampus hijau dan
kelestarian alam sekitar. Ini juga akan menyokong untuk menjadikan
universiti sebagai ekosistem ilmu.

Mengadakan kolaborasi dan konsultasi kepada program akademi


kolej

Terdapat banyak ruang dan peluang untuk pensyarah mengadakan


kolaborasi dan konsultasi dengan kolej-kolej kediaman. Pelajar
perlukan sumbangan idea serta sokongan para tenaga akademik di
dalam melaksanakan aktiviti mereka di kolej.

STRATEGI PELAKSANAAN DAN CABARAN YANG BAKAL


DI HADAPI

Untuk melaksanakan transformasi ini terdapat beberapa strategi yang


perlu diikuti;

Membuat dasar atau polisi di mana penilaian kursus berfokus


kepada aktiviti hands on bertempat di luar bilik kuliah
Mengubah persepsi konvensional bahawa pembelajaran hanya
berlaku dalam bilik kuliah atau makmal semata-mata

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 208 07-Oct-10 9:16:53 AM


Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran 209

Memberikan pengiktirafan kepada pensyarah yang melaksanakan


aktiviti tutoran atau pembelajaran di kolej-kolej kediaman
Mengadakan kursus-kursus kepada pensyarah khasnya dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
kerja lapangan
Mengalih fokus pembelajaran yang bersifat content based kepada
application based
Mengenal pasti dan menambah prasarana di kolej kediaman
bagi membolehkan aktiviti pembelajaran secara kumpulan dapat
dijalankan.

Dalam usaha mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran yang


sekian lama berfokus di fakulti terdapat beberapa cabaran yang dikenal
pasti;

Perubahan sikap dalam kalangan pensyarah dan pelajar


Kesanggupan pensyarah untuk hadir ke kolej kediaman yang
selama ini dilihat sebagai tempat tinggal pelajar
Menyediakan satu bentuk pengajaran yang berbentuk aplikasi
pengetahuan yang bersifat hands on
Penilaian yang berorientasikan content knowledge digabung
dengan penilaian berasaskan kepada practical knowledge.

KESIMPULAN

Berdasarkan tulisan di atas adalah diharapkan pensyarah dapat


memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyambungkan budaya
akademik ke kolej kediaman. Oleh kerana lebih 95 peratus pelajar
tinggal di kolej kediaman maka ini memerlukan sumbangan pensyarah
untuk meningkatkan budaya tersebut. Pelaksanaan Ekosistem ilmu di
UKM hanya akan berjaya apabila komponen budaya ilmu di kolej
kediaman dapat dipertingkatkan, khususnya dalam kalangan pelajar
dengan bantuan dari para pensyarah.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 209 07-Oct-10 9:16:53 AM


210 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUJUKAN

Buku Peraturan Khas Kolej. t.t Unit Perumahan Pelajar. UKM.


Laporan Kajian Pengesanan Graduan UKM Tahun. 2006. Pejabat
Perhubungan Alumni UKM.
Pelan Transformasi UKM. http://transformasi.ukm.my. [20 April
2006]
Oxford University Colleges and Halls. Oxford University web site.
http://www.ox.ac.uk/colleges/. [6 March 2010.]

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 210 07-Oct-10 9:16:53 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

BAB 15

PEMUPUKAN PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN

Norasmah Hj Othman

PENGENALAN

Pembangunan modal insan berkualiti merupakan elemen kritikal


dan teras kepada pembangunan Negara. Pembangunan ini perlu
dilaksanakan secara menyeluruh bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran atau modal intelek sains dan teknologi serta keupayaan
keusahawanan. Usaha ini boleh dilaksanakan melalui pendidikan,
latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Malah ia telah menjadi
salah satu fokus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)
(Malaysia 2006). Perkara yang sama juga telah dinyatakan dengan jelas
dalam visi universiti apabila ia menekankan kepada usaha melahirkan
masyarakat yang dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.
Dengan memiliki visi ini, maka diharap graduan yang berjaya
dikeluarkan oleh universiti adalah seseorang yang memiliki daya
tahan dan daya saing yang tinggi. Persoalannya sekarang, bagaimana
dan apakah cara yang perlu dilakukan oleh pihak universiti bagi
merealisasikan visi, wawasan dan falsafah universiti tercapai? Jika
telah dilaksanakan, apakah usaha ini sudah mencukupi?
Sehingga kini, persoalan demi persoalan telah diutarakan
berkaitan hal tersebut. Ini jelas dalam ucapan Naib Canselor Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharipah
Hapsah Shahabudin dalam syarahan perdana beliau pada 17 April 2009
juga banyak mengutarakan persoalan mengenai hala tuju universiti.
Di mana universiti sekarang? Apakah usaha kita untuk terus maju?

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 211 07-Oct-10 9:16:53 AM


212 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Apakah status graduan kita? Adakah kesemua graduan kita diterima


di luar dan seterusnya? Persoalan ini amat penting terutama dalam
keadaan ekonomi yang masih tidak stabil sepenuhnya.
Apa yang dikehendaki oleh pihak universiti ialah graduan yang
dilahirkan oleh UKM mestilah graduan yang berketrampilan serta
memiliki keyakinan diri yang tinggi. Apa yang dimaksudkan di
sini ialah mereka tidak terlalu mendambakan kepada kerja makan
gaji. Apabila tamat pengajian selain kerja makan gaji, mereka akan
juga berikhtiar untuk mencari pendapatan dengan mengguna atau
memasarkan kemahiran yang dimiliki. Sikap sebegini hanya boleh
dimiliki jika pihak universiti berusaha melahirkan seorang graduan
yang memiliki pemikiran ala-keusahawanan.

PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN

Apakah pemikiran keusahawanan? Sebelum membincangkan


pengertian mengenai pemikiran keusahawanan, satu perkara perlu
diketahui terlebih dahulu. Perkara tersebut ialah konsep pemikiran.
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pemikiran? Secara
ringkasnya, konsep pemikiran telah didefinisikan dengan pelbagai
pengertian. Antaranya Kamus Dewan (2005) telah mengistilahkan
pemikiran sebagai perihal berfikir menggunakan akal bagi
menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan (dalam ingatan). Ruggiero
(2004) pula berpendapat pemikiran ialah sebarang aktiviti mental
yang membantu memformulasi atau menyelesaikan sesuatu masalah,
membuat keputusan, atau memenuhi keinginan untuk memahami. Ia
merupakan suatu pencarian jawapan dan pencapaian makna. Philips
(1997) pula menegaskan bahawa pemikiran merupakan proses yang
menghasilkan tingkah laku dan sikap seseorang terhadap sesuatu
perkara. Umumnya, corak pemikiran ini berupaya mempengaruhi
tindakan seseorang dalam membuat sesuatu pilihan atau keputusan
dalam kehidupan seharian. Pilihan atau keputusan yang dibuat adalah
hasil daripada corak pemikiran yang dimiliki.
Secara umumnya, terdapat ramai sarjana atau tokoh dalam
bidang sains pemikiran yang secara tidak langsung telah memberi
banyak pengertian berkaitan pemikiran. Sebagai contoh, pada abad
ke-19, pemikiran didefinisikan sebagai rangkaian idea yang saling

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 212 07-Oct-10 9:16:53 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 213

disepadukan. Selain daripada itu, berikut adalah beberapa definisi


pemikiran yang telah berjaya dikumpul.
Aktiviti berfikir ialah daya usaha mengorganisasikan pengalaman
dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja (Dewey 1921).

Pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah (Dewey


1933).
Pemikiran juga dilihat sebagai proses kompleks yang melibatkan
proses mental dalam menentukan tingkah laku individu (Bourue,
Ekstrand dan Dominiwski 1971 dalam Norasmah 2002).
Pemikiran adalah proses penerimaan rangsangan-rangsangan luar
oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan
digunakan (Costa 1985).
Pemikiran ialah aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh
dan diolah melalui penaakulan (Presseisen 1987).
Pengolahan proses-proses mental dalam minda dengan tujuan
menyelesaikan masalah (Nickerson 1987).
Berfikir adalah mental yang membantu kita mencari arah atau
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, memenuhi kehendak
pemahaman iaitu mencari jawapan dan mencari makna jawapan
itu (Ruggiero 1991).

Berdasarkan definisi di atas, terbukti terdapat kepelbagaian


persepsi atau pendapat mengenai konsep pemikiran. Oleh itu, kajian
mengenai konsep pemikiran terus dilaksanakan kerana peranannya
yang berupaya mempengaruhi kecekapan dan kewibawaan seseorang
dalam melakukan sesuatu tindakan atau tugasan. Ia juga merujuk
kepada kebolehan seseorang untuk mencipta gagasan-gagasan dan
pengertian-pengertian, berhujah, menilai dan membuat keputusan.
Pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea-idea yang lebih baik
berbanding pemikir yang lemah. Mereka menjadi lebih mendalam
dalam menggunakan pelbagai penemuan teknik yang membolehkan
mereka menemui lebih banyak idea.
Setelah mendefinisikan dengan panjang lebar mengenai
konsep pemikiran, sekarang persoalan seterusnya ialah berkaitan
dengan konsep keusahawanan. Apakah pengertian tentang konsep
keusahawanan? Yang pasti, konsep keusahawanan juga mempunyai
pengertian yang pelbagai. Sebagai contoh, Timmons dan Spinelli

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 213 07-Oct-10 9:16:53 AM


214 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

(2004) mendefinisikannya sebagai tindakan kreatif manusia dalam


membangunkan sesuatu yang bernilai daripada tiada kepada ada.
Drucker (1998) berpendapat konsep keusahawanan sebagai proses
menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan
masa dan tumpuan, serta tenaga yang diperlukan, menanggung
bersamanya risiko kewangan, psikik, sosial dan memperoleh ganjaran
daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan dan kepuasan serta
kebebasan diri.
Oleh kerana kepelbagaian ini, banyak kajian telah dilaksanakan
untuk mengenal pasti pengertian sebenar konsep keusahawanan.
Menurut Norasmah (2002), antara kajian tersebut adalah kajian oleh
Say (1803), Schumpeter (1910), Knight (1920), Penrose (1960),
Liebenstein (1968) dan Long (1983) di mana akhirnya mereka
telah merumuskan bahawa konsep keusahawanan adalah berkaitan
dengan tiga faktor iaitu faktor risiko dan ketidakpastian, kreativiti
serta kecekapan mengurus. Faktor ini merupakan perkara-perkara
penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang jika seseorang ingin
berjaya. Ini adalah kerana keusahawanan menuntut seseorang agar
mempunyai komitmen tinggi dalam apa sahaja urusan yang diceburi
bagi tujuan memastikan sesebuah organisasi beroleh kejayaan. Konsep
keusahawanan memerlukan seseorang melakukan aktiviti pengurusan
dengan cepat dan pantas serta efisien dan efektif untuk merebut peluang-
peluang yang ada. Sepertimana yang dinyatakan oleh McMullan dan
Long (1990), usahawan adalah pemimpin berautonomi di mana
usahawan sebagai pemilik dan pengurus organisasi yang mempunyai
kuasa sepenuhnya dalam membuat semua keputusan perniagaan.
Sebagai kesimpulan, McGrath dalam Sabri (2002) telah merumuskan
bahawa orang yang berjaya dalam apa-apa bidang selalunya seorang
yang berani berdepan dengan risiko dan ketidakpastian, seorang yang
kreatif dan inovatif serta seorang yang berpandangan jauh. Malah
pendapat ini juga turut disokong oleh Tan Sri Dato Mohd Ali Hashim,
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation dalam bukunya
yang bertajuk Membujur Lalu apabila beliau menekankan kepada
perlunya sikap dan semangat keusahawanan dalam diri seseorang jika
ingin berjaya dalam segala bidang yang diceburi tanpa mengira di
mana berada.
Apa yang jelas, pemikiran keusahawanan merupakan satu keperluan
yang harus dimiliki oleh seseorang jika ingin berjaya. Ini adalah kerana

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 214 07-Oct-10 9:16:53 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 215

keusahawanan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan individu yang


akan bergiat dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan, malah yang
lebih penting untuk memupuk dan melahirkan individu yang memiliki
pemikiran keusahawanan. Individu yang mempunyai gaya pemikiran
keusahawanan adalah individu yang inovatif, kreatif dan bijak
mengambil peluang yang ada untuk diperkembangkan. Sehubungan
itu, sekiranya seseorang berhasrat untuk menjadi pengurus yang
berjaya maka ia mesti mengubah pemikirannya supaya sama atau
mirip dengan pemikiran seorang usahawan berjaya.
Penyataan ini juga disokong oleh Aspatore (2004) apabila beliau
juga menegaskan bahawa pemikiran keusahawanan berkisar tentang
bagaimana seseorang mengenal pasti peluang-peluang yang ada dan
memahami bagaimana serta bila masa yang tepat untuk menanam
modal (mengambil tindakan) ke atas sesuatu peluang. Ini menunjukkan
bahawa untuk menjadi seorang usahawan bukanlah mudah kerana ia
bukan suatu perkara yang boleh diwarisi dalam masa yang singkat.
Banyak masa diperlukan untuk melatih diri menggunakan bakat dan
pengalaman bagi melihat peluang-peluang yang mana tidak dapat
dilihat oleh orang lain. Menurut beliau lagi, dengan mempelajari
bagaimana untuk berfikir seperti seorang usahawan, seseorang itu
akan mampu meletakkan dirinya dalam keadaan bersedia untuk
memanfaatkan peluang-peluang yang dibina.

MODEL PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN

Model pemikiran keusahawanan dapat dilihat melalui pelbagai


perspektif. Sebagai contoh Cunningham dan Lischeron (1991)
menjelaskan bahawa terdapat enam model pemikiran keusahawanan
yang meliputi kajian manusia istimewa, kajian ciri psikologi, kajian
klasik, kajian pengurusan, kajian kepimpinan dan kajian intrapreneur.
Ia berfungsi menghurai tentang pemikiran keusahawanan yang dilihat
dari sudut yang berbeza mengikut dimensi ilmu dan bidang kajian
masing-masing. Ringkasan model boleh dirujuk pada Jadual 15.1.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 215 07-Oct-10 9:16:53 AM


216 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 15.1 Ringkasan model pemikiran keusahawanan

Tingkah
Model Fokus dan
laku dan Situasi
Pengkajian Matlamat
Kemahiran
Mempunyai
1. Kajian
6 sense dan Yakin diri, tekal Peringkat
Manusia
kelebihan yang bertenaga permulaan
Istimewa
tersedia.
Nilai diri, Peringkat
Mempunyai nilai, pengambil permulaan
2. Kajian Ciri
sikap, keinginan risiko dan dan
Psikologi
yang unik keinginan untuk pertumbuhan
pencapaian awal
Peringkat
Fokus utama ciri Inovasi, permulaan
3. Kajian
usahawan ialah kreativiti dan dan
Klasik
inovasi penemuan pertumbuhan
awal
Usahawan adalah
Perancang
pembentuk
pengeluaran, Pertumbuhan
4. Kajian organisasi yang
gunatenaga, awal dan
Pengurusan mengurus dan
modal dan kematangan
menanggung
kewangan
risiko
Usahawan adalah
Motivasi, Pertumbuhan
5. Kajian pemimpin dan
pengarahan dan awal dan
Kepimpinan mempunyai gaya
kepimpinan kematangan
kepimpinan
Kemahiran
Peka terhadap
digunakan Kematangan
6. Kajian peluang dan
dalam organisasi dan
Intrapreneur memaksimakan
kompleks dan perubahan
pengurusan
pembangunan

Sumber: Diterjemahkan daripada Cunningham dan Lischeron (1991)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 216 07-Oct-10 9:16:53 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 217

KEPENTINGAN PEMIKIRAN ALA-KEUSAHAWANAN


DALAM KALANGAN PELAJAR

Sebuah negara akan menjadi maju dan makmur jika mereka memiliki
peratusan usahawan yang tinggi. Kenyataan ini telah banyak kali
disebut oleh pelbagai pihak sama ada pihak akademik, pihak usahawan
sendiri mahupun dalam kalangan orang politik. Ini adalah kerana
usahawan adalah sumber yang memberi pendapatan kepada sesebuah
negara. Namun adalah mustahil semua orang akan menjadi usahawan
kerana tidak semua orang berupaya serta berkebolehan untuk menjadi
seorang usahawan. Untuk itu, setiap rakyat mempunyai peranan yang
berbeza. Ada yang berperanan sebagai pemberi sumber (usahawan),
ada yang bertindak sebagai pengurus (intrapreneur) dan ada yang
bertindak sebagai pelaksana. Namun untuk berjaya, kita perlu berfikir
seperti seorang usahawan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Mark
Twain; Thinking Like a Successful Entrepreneur. I was seldom able
to see an opportunity until it had ceased to be one.
Berfikir seperti seorang usahawan ini dikenali sebagai intrapreneur
atau usahawan dalaman. Konsep ini perlu difahami oleh semua orang
termasuk tenaga pengajar di IPT. Ini adalah kerana tenaga pengajar di
IPT memainkan peranan utama dalam membentuk generasi masa depan
negara. Jika betul acuan pembentukan ini, maka baiklah hasilnya dan
jika sebaliknya, maka gagallah negara dalam memiliki generasi masa
depan yang cemerlang. Kepentingan dalam membentuk pemikiran ala-
keusahawanan dalam kalangan pelajar ini amat jelas apabila saranan
demi saranan telah dibuat oleh individu-individu yang berjaya dalam
kerjaya mereka. Antara individu yang berjaya dan bukan usahawan
tetapi seorang yang memiliki pemikiran ala-keusahawanan adalah
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation iaitu Tan Sri Dato
Mohd Ali Hashim. Beliau sering mengatakan bahawa tidak ada satu
organisasi korporat yang boleh tumbuh dan berkembang dengan pesat,
berjaya dan cemerlang dan seterusnya menjamin masa depan dan
kelangsungannya tanpa terdapatnya keupayaan bisnes yang cekap dan
berkesan serta daya keusahawanan yang handal dan kesinambungan
khasnya di peringkat pengurusan dan kepimpinan.
Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Abdullah dan Ainon
(2001) di mana menurut mereka, seorang berjaya ialah seorang yang
memiliki corak pemikiran ala-keusahawanan. Ini adalah kerana

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 217 07-Oct-10 9:16:54 AM


218 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

keupayaan individu tersebut dalam menghasilkan idea baru, konsep


baru dan tanggapan baru terhadap sesuatu perkara, mengutamakan
cara lain dalam melihat sesuatu yang sedang difikirkan, memberi
fokus kepada usaha hendak mengubah idea yang ada pada masa
kini, mencari cara baru bagi menggantikan penyelesaian yang
sedang digunakan sekarang, tidak berpuas hati dengan jawapan yang
digunakan sekarang, sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat
memeranjatkan fikiran-fikiran biasa, menganggap idea yang baik
tidak perlu kelihatan logik pada awalnya dan sentiasa menumpukan
perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku
pada masa akan datang.
Menurut Azlena dan Munir (2004), corak pemikiran yang
berupaya menghasilkan idea-idea kreatif ini jarang sekali dapat
dihasilkan dalam sekelip mata. Bagi mereka, untuk mendapatkan idea
yang baik, seseorang perlu terbitkan sebanyak idea yang mungkin.
Idea-idea yang diterbitkan tidak perlu kelihatan logik atau masuk
akal pada awalnya. Apa yang penting adalah kita tidak berhenti
berfikir selepas idea pertama dihasilkan. Jika kita berpuas hati dengan
hanya menerbitkan satu idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah,
kita menutup kemungkinan masalah-masalah itu dapat diselesaikan
dengan cara-cara yang lain yang lebih baik. Individu yang tidak
tergesa-gesa menyelesaikan sesuatu masalah dapat menghasilkan
jalan penyelesaian yang lebih kreatif.
Kenyataan di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh
Amabile et al. (2002) apabila mereka menyatakan bahawa pekerja yang
memperuntukkan lebih masa bagi aktiviti penerokaan menghasilkan
kerja yang dinilai oleh pakar sebagai lebih kreatif. Kajian Levitt (2003)
juga menunjukkan bahawa idea tidak akan berguna sehinggalah ia
digunakan di mana bukti nilai sesuatu idea ialah implementasinya. Oleh
kerana keistimewaan ini maka individu yang memiliki pemikiran ala-
keusahawanan akan menjadi pilihan majikan dan menjadi aset kepada
organisasi kerana mereka mampu memenuhi keperluan organisasi
serta meningkatkan kecekapan sedia ada. Dengan ini akan dapat
memberikan nilai tambah kepada organisasi. Menurut Kechrananta dan
Baker (1996), usahawan dalaman sangat diperlukan oleh organisasi
kesan daripada tekanan pesaing untuk organisasi menghasilkan
keluaran yang lebih berdaya saing dan juga bagi mengatasi kelemahan
kaedah pengurusan korporat antarabangsa, pengecilan saiz korporat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 218 07-Oct-10 9:16:54 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 219

dan keperluan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan juga


mendesak organisasi mengambil atau membentuk pekerja yang
memiliki ciri-ciri usahawan.
Sehubungan itu, setiap individu digalakkan untuk memiliki
pemikiran yang bercorak keusahawanan. Apa yang dimaksudkan di
sini ialah mereka mempunyai pemikiran seperti seorang usahawan
iaitu sentiasa berusaha, tidak mengenal erti putus asa, berani dalam
menghadapi segala rintangan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.
Som dan Mohd Dahlan (1998) ada mengatakan bahawa pemikiran
ialah proses seseorang menggunakan minda mereka untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea
atau ciptaan dalam membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah serta diikuti dengan refleksi
dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
Menurut Higdon (2005) mereka yang memiliki pemikiran
keusahawanan berupaya berfikir di tahap yang tinggi dan kompleks.
Mereka memiliki kesabaran dalam mempelajari sesuatu perkara
baru, mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang kabur
dan kompleks dengan berkesan. Che Ani dan Mohd Amin (2002)
menegaskan bahawa seseorang yang memiliki pemikiran ala-
keusahawanan akan juga bertindak seperti seorang usahawan.
Mereka akan membuat kajian dengan teliti sebelum membuat sesuatu
keputusan, membuat perancangan berasaskan fakta dan situasi semasa,
menggunakan segala pengalaman yang ada, bijak menggunakan
kesemua sumber sokongan dan nasihat pakar, membuat analisis
SWOT terhadap sesuatu projek atau perkara yang ingin dilaksanakan
supaya setiap langkah yang dilaksanakan dapat dijayakan dengan
lancar, seterusnya berjaya meminimumkan kebarangkalian untuk
menghadapi kegagalan.
Malah Norasmah dan Hariyati (2006) juga berpendapat bahawa
seseorang yang memiliki pemikiran ala-keusahawanan berupaya
menjulang sesebuah institusi atau organisasi mahupun sebuah
negara ke mercu kejayaan dan kecemerlangan. Ini adalah kerana
mereka memiliki ciri-ciri seperti seorang usahawan. Persoalannya
sekarang, apakah ciri-ciri keusahawanan ini? Bagaimanakah ciri-ciri
keusahawanan ataupun kadang-kadang dikenali juga sebagai nilai
keusahawanan diterap atau dipupuk ke dalam diri pelajar agar mereka
memiliki gaya seorang intrapreneur.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 219 07-Oct-10 9:16:54 AM


220 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri keusahawanan? Umumnya


banyak mendefinisikan ciri-ciri sebagai tingkah laku seseorang atau
sifat tertentu pada sesuatu, yang dapat membezakannya daripada yang
lain (Kamus Dewan 2005). Ini bermakna apabila ciri-ciri keusahawanan
diperkatakan, ia bermaksud tingkah laku seseorang yang mirip kepada
tingkah laku seorang usahawan. Ciri-ciri keusahawanan ini amat
penting dimiliki oleh seseorang individu jika mereka ingin beroleh
kecemerlangan.
Ciri-ciri keusahawanan ini adalah seperti sifat-sifat kreatif, inovatif
(Drucker 1986), bermotivasi, bertenaga, bertanggungjawab, komited
dengan tugas, tabah, ingin mendapatkan kecemerlangan (McClelland
1961), memiliki kawalan dalaman diri yang tinggi (Rotter 1966),
sensitif dengan perubahan persekitaran berkaitan dengan peluang
(Caird 1988) dan juga berani berdepan dengan risiko. Zimmerer dan
Scarborough (1996) mengatakan bahawa jika seseorang itu memiliki
ciri-ciri keusahawanan seperti kreatif dan inovatif, seseorang itu
berupaya mencipta dan mengubahsuai sesuatu barangan yang berguna
untuk masyarakat. Yep (1989) pula menegaskan bahawa seseorang
individu yang kreatif selalunya berupaya mencapai kemajuan lebih
cepat daripada orang lain kerana keupayaannya menyelesaikan sesuatu
masalah dengan bijak.
Selain daripada ciri-ciri di atas, Barjoyai (2000) pula
memperkatakan bahawa satu lagi ciri-ciri usahawan yang perlu
dimiliki untuk berjaya ialah pemikiran yang kreatif. Pemikiran kreatif
boleh menyumbang kepada pewujudan idea baru yang menjadi asas
kepada kejayaan sesebuah organisasi ataupun perniagaan. Idea baru
ini dinamakan perubahan dan pembaharuan yang diwujudkan berbeza
dari sedia ada.
Sebenarnya ciri-ciri keusahawanan ini terlalu banyak. Mengikut
Zaidatol Akmaliah (1997), terdapat 42 ciri-ciri keusahawanan
sementara Chek Pit Chow (2002) pula terdapat 5 ciri-ciri usahawan.
Bagaimanapun secara keseluruhannya ciri-ciri keusahawanan yang
perlu dimiliki untuk berjaya dirumuskan seperti dalam Jadual 2.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 220 07-Oct-10 9:16:54 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 221

Jadual 15.2 Ciri-Ciri Keusahawanan

Ciri atau nilai keusahawanan Pengkaji Tahun

Menanggung risiko Mill 1848


Suka kepada autoriti formal Weber 1917
Berinovasi dan berinisiatif Schumpeter 1934
Keperluan kepada tanggungjawab Sutton 1954
Suka kepada autoriti formal Hartman 1959
Mengambil risiko, keperluan kepada
McClelland 1962
pencapaian
Bercita-cita, keperluan kebebasan,
Davids 1963
tanggungjawab, berkeyakinan diri
Dorongan, hubungan kemanusiaan,
kemampuan berkomunikasi, Pickle 1964
pengetahuan teknik
Mengambil risiko, berdikari, membuat
Litzinger 1965
kebajikan, kepimpinan
Bermotifkan kuasa, prestasi menurun
Schrage 1971
dalam tertekan
Keperluan kepada pencapaian dan
Hornaday & Aboud 1971
autonomi, agresif, inovatif, berdikari
Keperluan kepada kuasa Winter 1973
Lokus kawalan dalaman Borland 1974
Keperluan kepada pencapaian Liles 1974
Berorientasikan nilai peribadi Gasse 1977
Dorongan, keyakinan diri,
berorientasikan tujuan, pengambilan Timmons 1978
risiko sederhana, kreatif dan inovatif

bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 221 07-Oct-10 9:16:54 AM


222 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

...sambungan

Risiko yang boleh dihitung, sentiasa


tidak puas hati, tidak mempunyai
Ahmad 1979
kompleks diri, dinamis, inovatif,
dipercayai, tabah

Berhemah, dipercayai, yakin diri dan


OBonon 1979
rajin
Kecenderungan mengambil risiko Brockous 1980
Pencapaian, dominan, autonomi, lokus Mescond &
1981
kawalan dalaman Montanari
Bertanggungjawab, yakin diri,
Welsh & White 1981
mengambil risiko sederhana
Berorientasi pertumbuhan, kebebasan Dunkelberg &
1982
dan kemahiran Cooper
Lokus kawalan dalaman, inovasi,
Welsh & Young 1982
harga diri
Yakin diri tinggi, risiko sederhana,
berorientasikan tugas, kepimpinan,
Meredith et al. 1982
inovatif, kreatif, berorientasi masa
depan
Bertenaga, bercita-cita, berfikiran
positif, berautonomi, tinggi, harga diri, Sexton & Bowman 1984
dominan, berdaya tahan
Keperluan kepada pencapaian,
kecenderungan menanggung risiko,
Begley & Byod 1986
toleransi terhadap kekaburan, gelagat
jenis A
Inovasi, lokus kawalan dalaman,
Robinson et al. 1991
pencapaian diri dan harga diri

Kawalan dalaman, mengambil risiko,


inovasi, berorientasi perubahan, tekal,
Hisrisch 1992
pemimpin bervisi, mampu mengurus
perubahan

bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 222 07-Oct-10 9:16:54 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 223

...sambungan

Kebolehan menanggung risiko,


keinginan untuk bersaing,
kebolehan mengendalikan
tekanan, bekerja kerana seronok, Gibb 1992
berupaya menyelesaikan masalah,
berorientasikan matlamat, komited
terhadap kerjaya dan optimistik
Bermotivasi, berani ambil risiko,
tenaga kerja yang kuat, kreatif dan Leonard Yong 1993
produktif
Yakin terhadap keputusan yang dibuat,
Moorman & Halloran 1993
keazaman dan ketabahan yang tinggi

Keperluan pencapaian yang tinggi,


berani menanggung risiko, berupaya
menyelesaikan masalah, bertenaga,
Hutt 1994
berkeyakinan, berorientasikan
matlamat, berwawasan,
bertanggungjawab dan inovatif

Lokus kawalan dalaman yang tinggi,


keperluan pencapaian yang tinggi, Zaharuddin 1995
berdikari, sanggup menanggung risiko

Bertanggungjawab, bertenaga, yakin


diri, kreatif, inovatif, berkepimpinan, Zaidatol Akmaliah 1997
ingin berjaya
Mempunyai visi, pembuat keputusan,
Bygrave 2004
pelaku, komited, berdedikasi
Berorientasikan pencapaian,
kewaspadaan, keazaman, kepercayaan Nadram & Samson 2006
kepada orang lain, fleksibel, integriti
Pengetahuan tentang fungsi kerjaya,
pembentukan matlamat, perancangan,
penyelesaian masalah, kawalan
Norasmah et al. 2007
dalaman diri, penilaian diri, faktor
kawalan luar, boleh dikawal oleh
sesuatu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 223 07-Oct-10 9:16:54 AM


224 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Berdasarkan Jadual 15.2 didapati ciri dan nilai keusahawanan


amatlah banyak. Namun, kesemua ciri-ciri ini membawa kepada
kecemerlangan seseorang. Ini bermakna setiap individu yang ingin
cemerlang dalam kehidupan sama ada bekerja makan gaji ataupun
tidak, mereka perlu memiliki ciri-ciri ini. Dengan adanya ciri-ciri
tersebut, seseorang itu akan menjadi seorang yang tabah, bervisi,
berwawasan, dan sentiasa mencari kecemerlangan. Dalam usaha untuk
mencapai kecemerlangan tersebut, mereka akan merangka strategi
sama ada strategi jangka pendek mahupun jangka panjang. Inilah yang
dikatakan pemikiran ala-keusahawanan.
Berikutan dengan keupayaannya yang boleh membawa seseorang
ke mercu kejayaan, maka kerajaan sentiasa memberi penekanan
terhadap pemupukan ciri-ciri keusahawanan ini ke dalam diri generasi
muda melalui sistem pendidikan di Malaysia. Antara institusi yang
disarankan adalah institut pengajian tinggi (IPT). IPT berperanan
untuk membentuk serta melahirkan seorang individu yang memiliki
keterampilan yang baik, daya saing dan daya tahan yang kuat. Mereka
bukan sahaja boleh bersaing di peringkat tempatan tetapi juga di arena
global.
Kajian Charney dan Libecap (2002) dalam Mohd Salleh (2002)
mengenai kesan program pembangunan keusahawanan terhadap
pelajar-pelajar di IPT mendapati bahawa program pembangunan
keusahawanan memang berjaya:

Menghasilkan individu (pelajar) yang serba boleh;


Meningkatkan bilangan pembentukan teroka baru;
Meningkatkan kemungkinan seseorang (graduan) yang bekerja
sendiri;
Menarik sumbangan kewangan yang besar daripada sektor
swasta;
Meningkatkan kemampuan pekerja menghasilkan pertumbuhan
jualan;
Menghasilkan pemimpin perniagaan dan pemimpin industri yang
berjaya;
Meningkatkan kemampuan (pelajar) untuk mencipta kekayaan;
Menghasilkan juara inovasi (champion of innovation); dan
Menghasilkan peluang yang lebih besar dalam arus perkembangan
teknologi

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 224 07-Oct-10 9:16:54 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 225

Pemupukan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar

Pemikiran keusahawanan adalah pemikiran yang berupaya menjulang


sesebuah institusi ke mercu kejayaan dan kecemerlangan jika
diamalkan oleh para pengurusnya. Pemikiran keusahawanan mampu
mendorong seseorang mengenal pasti kekuatan yang ada pada institusi
yang diterajui dan seterusnya menggunakan kekuatan tersebut sebagai
peluang yang sekaligus dimanafaat untuk mengatasi kelemahan yang
sedia ada.
Memiliki pemikiran yang tajam, keluasan ilmu dan tahap
kebijaksanaan yang tinggi sepertimana yang dimiliki oleh seorang
usahawan berjaya adalah merupakan satu keperluan. Malah saranan
ini telah diseru sejak berzaman lagi. Sepertimana ungkapan yang
terdapat dalam sejarah Melayu (Mohd Ali 1996, muka surat xxxv):
Maka segala orang Melaka pun terkejut mendengar bunyi meriam
itu, katanya, Apa bunyi ini seperti guruh?...Maka peluru meriam itu
pun datang mengenai segala orang Malayu; ada yang putus lehernya,
ada yang putus pinggangnya, ada yang putus pahanya, ada yang pecah
kepalanya; makin bertambah-tambah hairanlah orang Melaka melihat
peluru bedil itu, katanya, Apa nama senjata bulat-bulat ini? Mana
tajamnya ia maka ia membunuh ini?
Untuk melahirkan seseorang yang memiliki pemikiran ala-
keusahawanan, pelbagai strategi perlu direncana sama ada untuk
jangka panjang mahupun jangka pendek. Penglibatan aktif tenaga
pengajar, kakitangan sokongan dan pihak pentadbir amat diperlukan
agar segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan
dengan baik. Jika salah satu daripada mereka tidak memberi kerjasama
dalam perancangan ini maka keberkesanan usaha pembudayaan
keusahawanan dalam kalangan pelajar sukar dilaksanakan.
Seterusnya perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh
setiap tenaga pengajar ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang dipraktikkan mereka dalam proses pengajaran. Untuk
memupuk pemikiran ala-keusahawanan dalam diri seseorang pelajar,
kaedah pengajaran yang digunakan mestilah yang berorientasikan
kepada pelajar. Pembelajaran mengunakan kaedah kuliah ataupun
berpusatkan kepada pensyarah sebaiknya dikurangkan. Banyak
kajian sama ada dalam mahupun luar negara sentiasa menegaskan
kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 225 07-Oct-10 9:16:54 AM


226 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pelajar. Ini adalah kerana melalui kaedah ini, pelajar bukan sahaja
mengetahui ilmu berkaitan apa yang dipelajari tetapi pelajar juga dapat
menghayati bidang tersebut. Pelajar juga akhirnya akan dilatih untuk
menyelesaikan apa-apa sahaja permasalahan yang dihadapi mereka.
Akibatnya pelajar menjadi matang dan akhirnya memiliki ciri-ciri
keusahawanan yang mendorong kepada pembentukan pemikiran ala-
keusahawanan.
Menurut Mohd Salleh (2007) kaedah yang sesuai untuk memupuk
budaya keusahawanan atau sekaligus membentuk pemikiran ala-
keusahawanan dalam kalangan pelajar adalah kaedah-kaedah yang
mempunyai ciri-ciri berikut, pelajar perlu belajar antara satu sama
lain, belajar dengan mempraktikkannya, belajar daripada pertukaran
pendapat dan perbincangan serta pengalaman, belajar daripada
penemuan (dengan panduan), belajar daripada reaksi pelanggan dan
jaringan keusahawanan, industri atau pihak berkepentingan, belajar
dalam keadaan fleksibel dan persekitaran tidak rasmi, belajar di
bawah tekanan untuk mencapai matlamat, belajar dengan meminjam
idea orang lain dan menambah nilai, belajar daripada kesilapan dan
belajar melalui penyelesaian masalah.
Kaedah pembelajaran yang tidak sesuai digunakan adalah kaedah
di mana pelajar atau mahasiswi hanya bertindak sebagai pendengar,
belajar daripada teks bertulis, daripada pensyarah sebagai pakar,
belajar dalam keadaan tersusun dan berjadual atau tidak kreatif atau
inovatif dan nota. Kesemua kaedah ini adalah kaedah pembelajaran
berpusatkan kepada pensyarah. Ini bermakna setiap kali proses P&P
berjalan, pelajar akan diberikan tanggungjawab untuk mencari sendiri
maklumat-maklumat yang diperlukan. Mereka pelu menyelesaikan
masalah-masalah yang diberikan sebagai tugasan oleh pensyarah dan
perlu digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dalam pencarian
maklumat. Pensyarah juga digalakkan untuk menghantar pelajar
menjalani aktiviti luar yang berkaitan dengan P&P mereka. Sementara
sebagai pengawalan, pensyarah perlu mendapatkan laporan mereka
setiap minggu agar mereka tidak keluar daripada sasaran.
Apa yang jelas, kaedah-kaedah yang disyorkan di atas jika
dilaksanakan oleh pensyarah mampu menjadikan seseorang pelajar
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bertanggungjawab, berani
mengambil tugas yang telah diamanahkan, tidak gentar terhadap
sebarang kesulitan dan sentiasa positif terhadap apa-apa sahaja yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 226 07-Oct-10 9:16:54 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 227

dihadapi mereka. Ini corak pemikiran yang diperlukan ke dalam


diri seorang pelajar dan mahasiswi iaitu berani. Dengan sikap dan
corak pemikiran inilah yang berupaya membawa mereka kepada
kecemerlangan di masa depan, tidak mudah takut kepada sebarang
cabaran.

KESIMPULAN

Semua organisasi yang berjaya dan cemerlang pastinya sudah bekerja


keras di dalam aspek-aspek pengurusan penting. Organisasi yang
cemerlang handal dalam menangani perkara-perkara pokok. Mereka
tidak akan mengizinkan kecanggihan peralatan teknologi mengenepikan
daya pemikiran dari kalangan anggota mereka. Kepandaian pula tidak
terus dibiarkan mengongkong kebijaksanaan. Analisis-analisis yang
dibuat tidak akan terus digunakan untuk menghalangi kecenderungan
bertindak. Bahkan kesemua teguran dan ulasan akan digunakan bagi
tujuan penambahbaikan.
Sehubungan itu, menurut Baron & Shane (2005) bagi menghasilkan
ramai usahawan dalaman, persekitaran dalaman organisasi yang
kondusif perlu diwujudkan. Persekitaran ini dapat menggalakkan
idea-idea baru dan eksperimentasi, menghapuskan halangan bagi
mendapatkan peluang, menyediakan kemudahan mendapat sumber,
menggalakkan kerja berpasukan serta mendapat sokongan daripada
pihak pengurusan atasan. Selain itu, pensyarah juga diminta agar
banyak menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar dan bukan kepada pensyarah. Metod
pengajaran berpusatkan kepada pelajar yang disarankan untuk
digunakan adalah seperti kaedah penyelesaian masalah, kajian kes,
kajian lapangan, kaedah berasaskan pengalaman dan kaedah-kaedah
lain yang memerlukan penglibatan aktif pelajar. Sementara pensyarah
hanya bertindak sebagai pembimbing atau penunjuk arah agar tugasan
yang dilaksanakan pelajar tidak tersasar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 227 07-Oct-10 9:16:55 AM


228 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2001. Kursus berfikir untuk kolej
dan universiti. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution
Sdn. Bhd.
Amabile, T., Constance, N. & Kramer, S. 2002. Creativity under the
gun. Harvard Business Review. Ogos 2002.
Asparote. 2004. Entrepreneurial thinking. www.ExpertMagazine.com
[21 Julai 2006]
Azlena Zainal & Munir Shuib. 2004. Meningkatkan potensi minda.
Bentong, Pahang: PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Barjoyai Bardai. 2000. Keusahawanan dan perniagaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baron, R.A. & Shane, S.A. 2005. Entrepreneurship: a process
perspective. Canada: Thomson South Western.
Caird, S. 1988. A review of methods of measuring enterprising
attributes. Durham: Durham University Business School.
Chek Pit Chow. 2002. Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar
sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Kertas Projek Sarjana
Pendididkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Costa, A. 1985. Assessing growth in thinking abilities dalam A.L.
Costa (Ed.).
Cunningham, J.B. & Lischeron, J. 1991. Defining entrepreneurship.
Journal of Small Business Management, 29: 45-59.
Dewey, J. 1921. How we think. Boston: D.C. Heath
Dewey, J. 1933. How We Think: A Restatement of the Relation of
Reflective Thinking to the Educative Process. Boston: D.C. Heath
& Company.
Drucker, P. 1986. Innovation and entrepreneurship. New York:
Harper & Row, Publisher, Inc.
Drucker, P.F. 1998. Peter Drucker on the the profession of management.
Boston, MA: Harvard Business School Publishing.
Higdon, L.J. 2005. Liberal education and entrepreneurial mindset a 21
century approach. http://www.aacu.org/liberaleducation/le- wi05/
le. Kamus Dewan. 2005. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kencharananta, N. & Baker, H.G. 1996. Value orientation of
entrepreneurs and professional managers in Thailand. Proceeding

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 228 07-Oct-10 9:16:55 AM


Pemupukan Pemikiran Keusahawanan 229

of 77th ENDEC World Conference on Entrepreneurship, hlm. 617


- 626.
Knight, F.H. 1920. Risk, uncertainty and profit. New York: Houghton
Miffin Co.
Leibenstein, H. 1968. Entrepreneurship and development. American
Economic Review.
Levitt, t. 2003. Creativity is not enough. US: Harvard Business School
Press.
Long, Wayne. 1983. The meaning of entrepreneurship. American
Journal of Small Business, 8(2): 47. ABI/INFORM Global
database.
Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.
McClelland, D.C. 1961. The achieving society. New York: The Free
Press.
McMullan & Long. 1990. Developing new ventures: the entrepreneur
option. New York: Harcourt Brace Jovanovich.
Mohd Ali Hj. Hashim. 1996. Membujur lalu ... satu pengalaman orang
Melayu dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributions Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Hj Din. 2002. Pembangunan keusahawanan: cabaran
kepada pendidikan tinggi. Siri Syarahan Pengukuhan Profesor.
Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Mohd Salleh Hj. Din. 2007. Pembelajaran keusahawanan di IPT:
satu cabaran. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel Pelaksanaan
Modul Keusahawanan di IPTA, Crown Princess Plaza, Kuala
Lumpur, 27 Feb.
Nickerson, R.S. 1987. Why teach thinking? Dlm. Baron, J.B. &
Sternberg, R.J. (pnyt.). Teaching thinking skills: theory and
practice, hlm. 27-37. New York: W.H. Freeman & Company.
Norasmah Othman. 2002. Keberkesanan program keusahawanan
remaja di sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti
Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.
Norasmah Othman & Hariyati Ab Wahid. 2006. Ciri-ciri keusahawanan
dan cara pemikiran keusahawanan pengetua. Jurnal Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan, 16 (1) ISSN 1511-4147: 13 - 38.
Penrose, E. T. 1960. The growth of the firm a case study: the Hercules
powder company. Business History Review, 34: 1 23.
Phillips, J.A. 1997. Pengajaran dan kemahiran berfikir, teori dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 229 07-Oct-10 9:16:55 AM


230 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn.


Bhd.
Presseisen, B. Z. 1987. Thinking skills throughout the curriculum: a
conceptual design. Bloomington, IN: Pi Lambda Theta.
Rotter, J.B. 1966. Generalised expectancies for internal vs external
control of reinforcement. Psychological Monographs. 80(609).
Ruggiero, V.R. 2004. The art of thinking a guide to critical nad
creative thought. Ed. ke-7. United States: Pearson Education Inc.
Sabri Hj. Hussin. 2002. Pengenalan kepada perniagaan: mengurus
perniagaan dalam perspektif Malaysia. Singapore: Thomson
Learning.
Say, J.B. 1803. Traite d economie politique.Paris.
Schumpeter, J.A. 1910: Uber das Wesen der Wirtschaftskrisen [On
the essence of economic crises], Zeitschrift fur Volkswirtschaft,
Sozialpolitik und Verwaltung, 19: 271 - 325.
Som Hj Nor & Mohd Dahalan Ramli. 1998. Kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK). Kuala Lumpur: Longman, Malaysia.
Timmons, J. A. & Spinelli, S. 2004. New venture creation:
entrepreneurship for the 21-st century. Ed. ke-6. New York:
McGraw Hill/ Irwin.
Yep Putih. 1989. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1997. Keusahawanan dan motivasi
diri. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Zimmerer, T.W. & Scarborough, N.M. 1996. Entrepreneurship and
new venture formation. New Jersey: Prentice Hall.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 230 07-Oct-10 9:16:55 AM


Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat

BAB 16

PELAJAR DALAM KETERLIBATAN


UNIVERSITI-MASYARAKAT

Ismail Bahari

PENGENALAN

Tanggungjawab sosial bukanlah sesuatu yang baru kepada warga


universiti malahan ia merupakan satu obligasi universiti-masyarakat.
Universiti menjalankan pelbagai jenis inisiatif dan aktiviti
dengan harapan untuk mempertingkatkan, memperkasakan dan
mensejahterakan masyarakat. Sebagai sebuah universiti penyelidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sangat menekankan
pentingnya keterlibatan masyarakat oleh staf dan pelajarnya.
Keterlibatan masyarakat dilihat bukan sahaja sebagai sumbangan
universiti kepada masyarakat tetapi juga sebagai sumbangan
masyarakat kepada menyediakan pelajar sebagai rakyat dan pemimpin
masa depan yang holistik. Dengan erti kata lain keterlibatan universiti-
masyarakat juga boleh dan perlu dilihat sebagai satu perkongsian yang
menguntungkan masyarakat, pelajar dan pembangunan akademia.
UKM berhasrat untuk mewujudkan berbagai platform dan kaedah bagi
memastikan penglibatan semua pelajar dalam masyarakat. UKM juga
berhasrat untuk memastikan apa sahaja keterlibatan masyarakat yang
disumbangkan pelajar adalah yang berimpak tinggi kepada masyarakat
dan juga pelajar. Sebaik-baiknya setiap inisiatif dan aktiviti tersebut
menjanjikan kelestarian pelaksanaannya kerana permasalahan yang
dihadapi masyarakat umumnya melibatkan sistem permasalahan yang
kompleks dan memerlukan pendekatan sistem yang memakan masa
yang lama.
Keterlibatan pelajar UKM dalam masyarakat tidak dapat dinafikan
kepentingannya. Walau pun UKM menyediakan bermacam-macam
platform dan kaedah yang membolehkan pelajar memberikan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 231 07-Oct-10 9:16:55 AM


232 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

khidmat kepada masyarakat, penglibatan dan kejayaan mereka kurang


visibilitinya. Akibatnya keterlibatan masyarakat hanya dikaitkan
dengan khidmat masyarakat yang dijalankan oleh segelintir pelajar
melalui projek kemasyarakatan yang mempunyai impak yang kurang
daripada yang sepatutnya. Keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab
yang mempunyai root cause atau penyebab akar yang sama, iaitu
kefahaman terhadap keterlibatan masyarakat itu sendiri.
Bab ini memberikan maklumat utama keterlibatan masyarakat
yang dirasakan perlu difahami oleh pelajar dan juga pensyarah untuk
membolehkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
dan kemanusiaan dengan lebih menyeluruh dan berkesan lagi.

KETERLIBATAN UNIVERSITI-MASYARAKAT

Sebelum melibatkan diri dalam masyarakat, seseorang harus jelas


mengenai dimensi konsep masyarakat itu dan keterlibatannya.
Pemahaman ini membolehkan inisiatif, strategi dan pelaksanaan
keterlibatan masyarakat disasarkan dengan lebih tepat. Sebagai
permulaan seseorang itu harus jelas bahawa terdapat perbezaan di
antara khidmat masyarakat dan keterlibatan masyarakat. Secara
kasar khidmat masyarakat memerlukan aktiviti yang melibatkan
dan menguntungkan masyarakat secara langsung, kebaikan dan
keuntungan kepada yang menjalankan khidmat masyarakat itu jarang
ditekankan. Khidmat masyarakat juga lebih menekankan output dan
outcome aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan. Sebaliknya
keterlibatan masyarakat menekankan kepada proses dan hasilnya.
Kebaikan dan keuntungan kepada yang memberikan khidmat juga
ditekankan.

Platform keterlibatan masyarakat UKM

Pelajar UKM boleh terlibat dalam keterlibatan masyarakat melalui


dua platform utama melalui:

Program Kemasyarakatan Anjuran Pihak Luar UKM


Program Kemasyarakatan Anjuran UKM

Program kemasyarakatan anjuran pihak luar UKM

Pogram ini dilakukan secara sukarela oleh pelajar sendiri dan tidak
melibatkan UKM. Program ini juga adalah atas inisiatif dan usaha

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 232 07-Oct-10 9:16:55 AM


Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat 233

pelajar tersebut dan biasanya tidak menerima mahupun mengharap


kredit akademik. Antara contoh program ini termasuklah penglibatan
pelajar dalam khidmat masyarakat anjuran badan-badan NGO seperti
rumah anak-anak yatim dan warga emas.
Keterlibatan pelajar dengan program kemasyarakatan anjuran
pihak luar mungkin dapat diberikan nilai berdasarkan kompetensi
generik. Apa yang perlu pelajar lakukan adalah melaporkan aktiviti
yang mereka terlibat kepada pihak Pusat Perkembangan Pelajar (PPP).
PPP adalah pusat yang bertanggungjawab memberi nilai kompetensi
generik pelajar.

Program kemasyarakatan anjuran UKM

Program ini dianjurkan oleh pihak universiti/fakulti atau Pusat


Perkembangan Pelajar (PPP) dan dibahagikan kepada jenis-jenis
seperti berikut:

Khidmat pembelajaran @ service learning


Ko-kurikulum dan kerja amal
Penyelidikan Tindakan Berteraskan Masyarakat @ Community-
Based Action Research.

Khidmat pembelajaran atau service learning

Program atau modul khidmat pembelajaran adalah modul pengajian


yang memerlukan pelajar mengamalkan ilmu yang dipelajari di
universiti melalui keterlibatan mereka secara langsung dengan
masyarakat. Penglibatan ini adalah melalui program kurikulum
akademik keterlibatan masyarakat yang formal, berstruktur, lengkap
dengan pembentangan dan perbincangan program serta impaknya.
Kredit diberikan kepada pelajar yang mendaftar dan melengkapkan
modul ini. Sebagai contoh modul khidmat pembelajaran ini
termasuklah modul yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan, dan
Fakulti Sains & Kesihatan Bersekutu yang mengkehendaki pelajarnya
mengamalkan apa yang dipelajari untuk memperkukuhkan ilmu yang
diperolehi sambil membantu meningkatkan kesihatan masyarakat.

Contoh-contoh aktiviti yang dikategorikan sebagai khidmat


pembelajaran termasuklah:

amali klinikal
praktikum berteraskan masyarakat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 233 07-Oct-10 9:16:55 AM


234 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pendidikan berteraskan komuniti


projek inovatif untuk komuniti
internship pelajar berteraskan keterlibatan masyarakat, dan
sebagainya.

Ko-kurikulum dan kerja amal

Kecemerlangan pelajar tidak terhad kepada pencapaian akademik


semata-mata. Kecemerlangan mereka diukur daripada kemampuan
mereka menggunakan ilmu yang dipelajari untuk memanfaatkan diri,
masyarakat dan negara. Oleh itu, setiap pelajar didedahkan kepada
aktiviti yang boleh menjadikan mereka insan yang holistik. Untuk
itu UKM menekankan pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang mampu meningkatkan kemahiran generik para
pelajar.
Program ko-kurikulum merangkumi aktiviti persatuan dan pasukan
beruniform. Antara contoh persatuan-persatuan di UKM termasuklah,
persatuan pelajar, persatuan berteraskan fakulti, kesenian dan anak
negeri. Pasukan beruniform universiti pula terdiri daripada pasukan
Bulan Sabit Merah, PALAPES dan SUKSIS. Setiap persatuan dan
pasukan beruniform ini mempunyai fungsi dan tugas teras tersendiri
mengikut objektif penubuhannya. Setiap persatuan dan pasukan
beruniform berobjektifkan pembangunan modal insan ahlinya melalui
disiplin persatuan dan pasukan berkaitan. Umumnya setiap persatuan
dan pasukan ini berfokuskan pembangunan modal insan yang mampu
memimpin dan menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan
negara.
Disamping menjalankan aktiviti teras persatuan dan pasukan,
terdapat juga persatuan dan pasukan yang mempertingkatkan
sumbangan mereka kepada masyarakat melalui aktiviti kerja amal.
Paling popular di antara kerja amal ini ialah melalui Operasi Khidmat
Masyarakat (OPKIM). Secara tradisional OPKIM menekan usaha
untuk menanam sikap menjiwai masyarakat melalui aktiviti interaksi
pelajar-masyarakat. OPKIM biasanya menekan impak jangka pendek
kerana aktiviti yang dijalankan adalah dalam satu jangkamasa yang
singkat (sekitar seminggu) .

Penyelidikan tindakan berteraskan masyarakat atau community-


based action research

Program kemasyarakatan anjuran UKM boleh juga dilakukan melalui


aktiviti penyelidikan. Penyelidikan ini bersifat penyelidikan tindakan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 234 07-Oct-10 9:16:55 AM


Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat 235

berteraskan masyarakat atau Community-based action research.


Dalam penyelidikan begini masyarakat bukan setakat menjadi sampel
kajian secara tinjauan atau survey tetapi turut merasai perubahan
yang ingin dibawa dalam penyelidikan tersebut. Penyelidikan
bersifat intervensi dan aplikasi inovasi tergolong dalam penyelidikan
tindakan berteraskan masyarakat. Penglibatan pelajar dalam aktiviti
penyelidikan begini sangat menguntungkan pelajar juga kerana dapat
mengaplikasikan penyelidikannya secara langsung.

KEBAIKAN KETERLIBATAN MASYARAKAT KEPADA


PELAJAR

Jika dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, penglibatan pelajar


dalam keterlibatan masyarakat sebenarnya bersifat perkongsian
sinergistik antara pelajar-masyarakat-universiti yang membawa
kebaikan kepada semua yang terlibat. Tidak kira program dan
jenis keterlibatan masyarakat yang diceburinya, setiap pelajar pasti
merasakan bahawa usaha dan sumbangan mereka itu memberikan
kesan yang mendalam kepada diri sendiri. Antara kesan penting ini
termasuklah:

peningkatkan kerelevanan pendidikan mereka akibat mengamalkan


kandungan akademik kepada suasana sebenar
peningkatan kemahiran kepimpinan
peningkatan pengalaman mengamalkan konsep-konsep dalam
bilik darjah ke dalam masyarakat
mempelajari pengetahuan dan menghayati pengalaman daripada
masyarakat
membolehkan mereka melihat dan menyusun kerjaya
membantu membangunkan perasaan kemasyarakatan dan
tanggungjawab sosial
meningkatkan kemahiran bekerja dan berkomunikasi dengan
masyarakat
membantu meningkatkan jaringan dalam masyarakat dan
sebagainya.

Secara ringkas, keterlibatan pelajar bukan hanya dapat


memakmurkan dan menceriakan masyarakat tetapi juga menjadikan
pengajian mereka di universiti lebih relevan. Proses yang dilalui
mereka juga akan meningkatkan kemahiran generik mereka yang
sangat diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi dunia

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 235 07-Oct-10 9:16:55 AM


236 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pekerjaan dan masyarakat dengan jayanya. Tidak lupa juga kepekaan


mereka terhadap permasalahan masyarakat, cara mereka menangani
permasalah tersebut dan kejayaan mereka menyelesaikan masalah
itu sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan citra dan nama baik
universiti.
Akibat kebaikan yang dibawa oleh program keterlibatan
masyarakat ini maka universiti telah dan sedang melaksanakan
berbagai pendekatan untuk mempertingkatkan visibiliti program ini.
Antara pendekatan ini termasuklah:

memberikan akreditasi berbentuk kredit kursus


memberi anugerah dan hadiah kecemerlangan keterlibatan
masyarakat.

Pemberian kredit kursus dan anugerah ini bertujuan untuk


mengiktiraf sumbangan pelajar dan juga menjadikan usaha murni
mereka sebagai contoh ikutan pelajar lain. Anugerah dan hadiah
juga memberi pengiktirafan kepada universiti kerana berjaya
melahirkan pelajar holistik yang cemerlang dalam bidang akademik,
kemasyarakatan dan kemanusiaan. Melalui cara ini lebih ramai
sukarelawan pelajar dapat diwujudkan.

SIAPAKAH YANG BOLEH MELIBATKAN DIRI DALAM


KETERLIBATAN MASYARKAT?

Semua pelajar mampu dan boleh terlibat dalam aktiviti keterlibatan


masyarakat. Berdasarkan jumlah dan keluwesan program dan jenis
keterlibatan masyarakat yang sedia ada di UKM, serta kebaikan yang
boleh didapati daripada keterlibatan ini maka tidak ada sebab mengapa
penglibatan pelajar dalam khidmat masyarakat itu terhad. Pelajar boleh
menyumbang kepada masyarakat samada secara sukarela atau melalui
program kurikulum keterlibatan masyarakat yang dilaksanakan oleh
fakulti masing-masing, Pusat Perkembangan Pelajar dan Pejabat
Hubungan Universiti-Masyarakat.

MASA PELAJAR MELIBATKAN DIRI DALAM


KETERLIBATAN MASYARAKAT

Pelajar boleh terlibat dalam aktiviti keterlibatan masyarakat pada bila-


bila masa semasa dalam pengajian mereka. Bagi yang berminat dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 236 07-Oct-10 9:16:55 AM


Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat 237

aktiviti sukarelawan bantuan kemanusiaan bencana alam, penglibatan


mereka tidak berjadual kerana ia bergantung kepada bila mana bencana
berlaku. Sebaliknya mereka yang ingin memberikan khidmat bantuan
dalam keadaan biasa, aktiviti mereka boleh dijadualkan.
Bagi yang berminat menghulurkan bantuan berjadual universiti
menyediakan berbagai-bagai keluwesan program dan jenis keterlibatan
masyarakat (seperti yang dijelaskan di atas). Ini boleh dilaksanakan oleh
mereka di peringkat pengajian pra-siswazah dan pasca-siswazah.

DI MANA DAN BAGAIMANA PELAJAR BOLEH


MELIBATKAN DIRI DALAM KETERLIBATAN
MASYARAKAT

Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan berbagai cara untuk


membolehkan seramai mungkin pelajar melibatkan diri mereka dalam
aktiviti berkaitan dengan keterlibatan masyarakat. Antara Pejabat
Tanggungjawab yang boleh membantu termasuk:

Pejabat Hubungan Universiti Masyarakat (PHUM)

Pejabat Hubungan Universiti Masyarakat (PHUM), sebuah pejabat


di bawah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan
Masyarakat, mempermudahcarakan berbagai projek penyelidikan
tindakan berteraskan masyarakat, projek pembangunan masyarakat serta
projek sukarelawan bantuan kemanusiaan. PHUM turut menyediakan
portal atas talian khas yang diberi nama Community-Academic
Reciprocity Engagement System (CARES) untuk membolehkan siapa
sahaja staf dan pelajar UKM yang ingin mendaftar diri mereka sebagai
sukarelawan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Di samping itu,
PHUM dengan kerjasama PPP, Pusat Perubatan UKM dan MERCY
Malaysia akan membangunkan Briged Bantuan Bencana Alam dan
Medical Aid Group for Humanitarian Relief Operation (MAGHRO)
yang membolehkan pelajar dan staf sama-sama berkhidmat dalam
pasukan bantuan bencana alam UKM.

Pusat Perkembangan Pelajar

Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) melalui bahagian Persatuan dan


Pengantarabangsaan Pelajar kerap menjalankan operasi khidmat
masyarakat (misalnya OPKIM).

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 237 07-Oct-10 9:16:56 AM


238 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kolej-Kolej

Kolej-kolej kediaman UKM melalui aktiviti JAKSA dan persatuan-


persatuan ada mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dari masa ke
masa.

Pusat Sukan dan Unit Kebudayaan

Pelajar yang ingin menyumbang khidmat kemasyarakat melalui


kesenian dan sukan boleh melakukannya melalui Pusat Sukan dan Unit
Kebudayaan UKM. Seperti PPP, Pusat Sukan dan Unit Kebudayaan
terletak di bawah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni.

Fakulti

Fakulti menyediakan modul khidmat pembelajaran atau service


learning. Modul ini membolehkan pelajar mengamalkan ilmu yang
dipelajarinya di dalam bilik kuliah dan makmal. Fakulti dengan
kerjasama pejabat Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat
(HEJIM) juga menyediakan internships dan projek community
outreach

Pusat Kecemerlangan

Pusat Kecemerlangan, seperti Solar Energy Research Institute (SERI),


Ekologi Marin (EKOMAR) dan sebagainya turut menyediakan
peluang penglibatan pelajar siswazah dalam mengaplikasikan inovasi
yang dihasilkan untuk masyarakat.

KESIMPULAN

Universiti bertanggungjawab membentuk dan melahirkan pemimpin


masa depan yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian
akademiknya tetapi juga kemurnian hati dan tingkah laku untuk
membela nasib bangsa dan negara. Banyak inisiatif, program dan
aktiviti disediakan oleh universiti untuk membolehkan pelajar
melibatkan diri dalam inisiatif keterlibatan masyarakat. Kepelbagaian
dan keluwesan platform, program dan jenis keterlibatan masyarakat
yang disediakan universiti membolehkan setiap pelajar meningkatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 238 07-Oct-10 9:16:56 AM


Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat 239

kompetensi generik mereka serta mewujudkan jaringan penting


dengan masyarakat luar. Kesemua ini diharap dapat merealisasikan
usaha mengilhamkan harapan mereka untuk mencipta masa depan
insan yang mampu berjasa kepada nusa dan bangsa.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 239 07-Oct-10 9:16:56 AM


240

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 240 07-Oct-10 9:16:56 AM


Graduasi Dan Alumni

BAB 17

GRADUASI DAN ALUMNI

Shaharuddin Ahmad
Koh Aik Khoon

PENDAHULUAN

Alumni adalah satu istilah yang digunapakai bagi merujuk kepada


bekas pelajar atau penuntut di sesebuah institusi pengajian. Secara
automatik apabila seseorang tamat pengajian ia akan dikenali sebagai
alumni kepada tempat beliau memperolehi ilmu dan pengalaman
belajar. Bagi pusat-pusat pengajian tinggi yang telah lama ditubuhkan
seperti UM, UKM, USM, UiTM, UPM dan sebagainya, telah
diwujudkan pertubuhan alumni bagi mengumpulkan dan menyatukan
semula bekas-bekas penuntut atas beberapa tujuan dan di antaranya
termasuklah mengimbau kembali detik-detik manis semasa menuntut
di pusat pengajian dengan mengadakan perhimpunan sempena dengan
perayaan-perayaan penting (Calvert 1987). Di pihak universiti pula,
diwujudkan pejabat alumni yang bertanggungjawab kepada Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Secara rasminya,
Pejabat Perhubungan Alumni ditubuhkan pada 1 Jun 2006. Tujuannya
adalah membina jalinan hubungan strategik yang berterusan antara
UKM dengan Alumni, menggembeleng modal sosial alumni bagi
aktiviti pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat, membantu
universiti dalam menjana kewangan dan membantu mempromosi
universiti terutamanya kemasukan pelajar-pelajar baru baik di
peringkat prasiswazah mahupun siswazah. Di samping itu, tidak
ketinggalan juga berperanan menjadi pemudahcara program yang
melibatkan aktiviti alumni UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 241 07-Oct-10 9:16:56 AM


242 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sejak perasmian penubuhan UKM pada 18 Mei 1970, seramai


131,259 graduan telah dilahirkan oleh UKM. Di awal penubuhan,
bangunan Maktab Perguruan Lembah Pantai dan Kolej Islam Petaling
Jaya telah dijadikan sebagai kampus sementara UKM. Ketika itu
UKM mempunyai tiga fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan
Fakulti Pengajian Islam. Kolej Islam Petaling Jaya telah menempatkan
Fakulti Pengajian Islam. Oleh kerana asrama amat terhad iaitu hanya
ada dua buah, maka ramailah pelajar yang tinggal di luar asrama
dengan menyewa rumah di sekitar Bangsar dan Petaling Jaya. Di
Bangar, Asrama Yayasan Pelajar MARA (AYPM) menjadi tempat
tumpuan pelajar universiti, termasuklah pelajar UKM. Selepas tiga
tahun penubuhan, UKM menambah satu lagi fakulti iaitu Fakulti
Perubatan yang menjadikan Hospital Besar Kuala Lumpur sebagai
pusat pengajiannya. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni sekarang iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohamad
Abdul Razak adalah salah seorang pelajar kumpulan pertama Fakulti
Perubatan UKM.
Sistem pembelajaran UKM ketika itu adalah empat tahun pengajian
iaitu 3 + 1. Ini bermaksud pelajar perlu menghabiskan pengajian
selama tiga tahun bagi melayakkan seseorang pelajar memperolehi
ijazah sarjanamuda (tanpa kepujian). Sekiranya keputusan memuaskan
pelajar akan meneruskan pengajian ke tahun kepujian untuk tempoh
setahun lagi. Bagaimanapun, seseorang pelajar itu boleh terus berhenti
selepas tahun tiga dengan hanya memperolehi ijazah sarjanamuda
sahaja sekiranya ia ingin berbuat demikian. Justeru, ada juga dalam
kalangan rakan-rakan yang berhenti selepas tahun tiga dan mendapatkan
pekerjaan sedangkan kami meneruskan pengajian ke tahun ke empat.
Selain itu, sistem pengajian dahulu adalah menggunakan sistem
penggal iaitu pada satu-satu sesi ada tiga penggal, penggal pertama,
penggal kedua dan penggal ketiga. Setiap penggal pelajar perlu
menghadiri kuliah selama 10 minggu dan berehat sebelum memasuki
penggal berikutnya. Rata-rata semua kursus mengadakan peperiksaan
akhir di penghujung penggal ketiga.
Bagaimanapun sebelum UKM berpindah ke kampus tetap di
Bangi pada tahun 1978, sistem pembelajaran mula berubah iaitu
menggunakan sistem dua semester di mana peperiksaan diadakan
pada setiap penghujung semester. Kursus semester pertama yang
perlu diambil oleh pelajar adalah berbeza daripada kursus pada

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 242 07-Oct-10 9:16:56 AM


Graduasi Dan Alumni 243

semester kedua. Setiap semester ada 15 minggu dan cuti sebulan


sebelum memasuki semester kedua. Dengan sistem semester ini,
kursus mula menggunakan sistem unit dan seseorang pelajar perlu
mengambil jumlah unit tertentu untuk mendapatkan ijazah. Malahan,
untuk menamatkan pengajian, sistem empat tahun diperkenalkan dan
tidak lagi menggunakan sistem 3 + 1. Di kampus Bangi ini UKM
mengorak langkah lagi dengan membuka beberapa lagi fakulti baru
bagi menampung keperluan pasaran pekerjaan negara seperti Fakulti
Undang-undang, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Pendidikan.
Mengimbau kembali sistem pembelajaran ketika itu khasnya
Fakulti Sastera, pada tahun pertama seseorang pelajar perlu mengambil
kursus daripada tiga jabatan. Pada tahun kedua, pelajar perlu mengambil
hanya dua jabatan sahaja, terutamanya dua jabatan yang mendapat
markah tertinggi. Sistem mengkhusus kepada dua jabatan dikekalkan
bagi tahun ketiga. Sekiranya pelajar dapat meneruskan pengajian ke
tahun ke empat maka ia perlu mengkhusus hanya kepada satu jabatan
sahaja. Oleh itu sistem pembelajaran masa itu adalah mengamalkan
sistem 3 + 2 + 1.
Satu kekuatan UKM yang dapat dipertahankan sehingga ke hari
ini ialah di tahun akhir semua pelajar perlu membuat latihan ilmiah
sebagai satu syarat mendapatkan ijazah sarjanamuda dengan kepujian.
Latihan ilmiah ini amat berfaedah kepada pelajar kerana melatih pelajar
membuat penyelidikan, menganalisis data, menulis laporan dan kertas
kerja. Oleh itu, pengalaman ini amat berfaedah dan boleh menjadi aset
penting apabila mereka bekerja baik dengan agensi kerajaan mahupun
swasta.
Selain itu, sistem pembelajaran ketika itu tidaklah mengamalkan
sistem pemberian kredit atau menggunakan unit sebaliknya
menggunakan sistem gred, A F, yang diberi kepada kursus yang
di ambil oleh setiap pelajar untuk mendapatkan sekeping ijazah.
Komponennya adalah kursus wajib jabatan dan kursus wajib universiti.
Pelajar perlu lulus semula kursus yang diambil dan sekiranya gagal
mereka perlu mengulang semula kertas tersebut. Ijazah sarjanamuda
ketika itu dibahagikan kepada empat iaitu kepujian kelas pertama,
kepujian kelas kedua atas, kepujian kelas kedua bawah dan ijazah
sarjanamuda tanpa kepujian.
Aktiviti ko-kurikulum ketika itu amat terbatas kerana UKM baru
ditubuhkan dan tidak ramai pelajar. Persatuan Pelajar UKM (PMUKM)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 243 07-Oct-10 9:16:56 AM


244 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

adalah satu-satunya tempat merancang aktiviti persatuan pelajar ketika


itu di samping Pertubuhan Pelajar Luar Asrama atau OMLA. Ketika itu
tidak ada PALAPES, SUKSIS, persatuan anak negeri dan sebagainya.
Melalui PMUKM dan OMLA inilah aktiviti-aktiviti dijalankan seperti
khidmat masyarakat, sukan, kerja-kerja amal dan sebagainya. Boleh
dikatakan setiap penghujung sesi pengajian akan diadakan aktiviti
khidmat masyarakat sehingga ke Sarawak dan Sabah.
Umumnya, pelajar adalah bebas bersuara dan memberikan pendapat.
Tempat-tempat seperti di hadapan bangunan perpustakaan, dataran,
bilik-bilik kuliah besar dijadikan tempat mengadakan syarahan
umum oleh pelajar yang aktif berpidato baik dalam kalangan yang
menyokong kerajaan mahupun yang menentang kerajaan. Pendek kata,
ketika itu kehidupan pelajar di kampus amat berbeza dengan suasana
semasa di sekolah menengah yang amat dirasai oleh pelajar. Saya kira
satu kejutaan budaya dirasai oleh hampir semua pelajar. Begitu juga
pengisian minggu orientasi yang amat berbeza dengan masa kini di
mana rata-rata pelajar baru akan terasa takut apabila bertemu dengan
pelajar senior. Masa inilah peluang terbaik pelajar senior terutamanya
yang lelaki berusaha mencari jodoh dengan merapatkan diri dengan
pelajar perempuan yang baru masuk yang kadang kala bertindak
sebagai protector kepada mereka.
Pengalaman menuntut dan belajar di UKM ini menjadi aset
kepada alumni UKM yang telah berjaya pada hari ini. Kejayaan
alumni UKM ini bukan sahaja di bidang akademik malahan dalam
semua bilang yang ada seperti bidang keusahawanan, pentadbiran,
perbankan, politik dan sebagainya. Sesuatu yang perlu dibanggakan
ialah UKM menggunakan seratus peratus pembelajaran dalam Bahasa
Melayu dan telah terbukti bahawa bahasa ini mampu menghasilkan
graduan yang berjaya dalam semua bidang kerjaya setanding dengan
bahasa Inggeris.
Sungguhpun UKM baru berusia 40 tahun, namun penglibatan
alumni UKM dalam pelbagai pekerjaan dalam sektor awam dan juga
swasta begitu menyerlah dan ketara. Dalam bidang politik, misalnya,
Menteri Kesihatan masa kini iaitu Y.Bhg Dato Sri Liow Tiong Lai
adalah alumni UKM. Dalam bidang akademik, dua alumni UKM
menjawat jawatan Naib Canselor iaitu Y.Bhg. Tan Sri Nordin Kardi,
di UUM manakala Y.Bhg Prof Dr. Aziz Deraman menjadi Naib
Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kejayaan alumni

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 244 07-Oct-10 9:16:56 AM


Graduasi Dan Alumni 245

UKM juga menyerlah dalam bidang pentadbiran awam seperti Y.Bhg.


Tan Sri Alimuddin Hj Mohd Dom sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Y.Bhg Datuk Norhayati Sulaiman sebagai Ketua Setiausaha,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.Bhg.
Datuk Mohd Shukri Abdull sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) SPRM, Y.Bhg. DatoSri Hj Ibrahim Jaapar sebagai Ketua
Pengarah Kastam Malaysia. Dalam bidang keusahawanan terdapat juga
nama-nama besar alumni UKM seperti Y.Bhg. Dato Dr Zainuddin
Wazir sebagai Pengerusi Synergy Farm (M) Sdn Bhd dan Board of
Director, Allianze College of Medical Sciences (ACMS), Y.Bhg
Dato Sri Edmund Santhara sebagai Executive Director, Masterskill
University College of Health Sciences dan Y.Bhg. Dato Wira Mohd
Syukri Yazid sebagai Presiden, Kolej PTPL dan MSU.
Terdapat juga Alumni UKM yang terkenal dalam bidang korporat
dan kerja-kerja kemasyarakatan. Nama-nama besar seperti Y.Bhg.
Dato Azmi Abdullah sebagai Pengarah Urusan SME Bank, Y.Bhg.
Datuk Seri Wong Chun Wai, Group Chief Star Publications dan
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mohamood, sebagai bekas Presiden Mercy
Malaysia dan sekarang menjawat jawatan Chief of the Humanitarian
Response Branch dibawah United Nations Population Fund (UNFPA)
yang berpengkalan di New York.
Bagi mengimbau kembali sejarah pembelajaran alumni UKM
terutamanya alumni di awal-awal penubuhan UKM, marilah sama-
sama kita mengikuti perjalanan hidup beberapa orang alumni yang
telah berjaya dalam kerjaya masing-masing yang dapat dimuatkan di
bab ini. Oleh kerana ruang yang terbatas saya tidak dapat memuatkan
kesemua sejarah alumni UKM yang berjaya dalam bidang yang
masing-masing ceburi. Coretan sejarah ini hanya akan melakarkan
pengalaman enam orang alumni yang menempa nama dalam bidang
masing-masing iaitu Prof. Dato Dr. Shaharuddin Ahmad, Prof. Madya
Dr. Koh Aik Khoon, Prof. Dr. Aziz bin Deraman, Dato Dr. Amran
Kasimin, Dato Sri Ibrahim Jaapar dan Dato Sri Edmund Santhara.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 245 07-Oct-10 9:16:56 AM


246 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

CORETAN SEJARAH PERJALANAN ALUMNI UKM

Prof. Dato Dr. Shaharuddin Ahmad

Sekitar jam 11 pagi, 25 April 1972 bersamaan dengan hari Selasa bapa
dan sepupu saya datang dari Kuala Lipis, Pahang membawa berita yang
saya diterima masuk ke UKM bagi sesi pengajian 1972/73. Ketika itu
saya sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Jalan
Kuantan dan menyewa rumah kepunyaan Allahyaharamah Mak Iti,
seorang juruhebah radio terkenal pada masa itu. Saya amat bersyukur
kerana usaha saya untuk menjejakkan kaki ke universiti akhirnya
menjadi kenyataan. Rakan sekelas saya di Maktab Perguruan Harian,
Mohd Shahrin Mohd Salleh juga mendapat tempat di UKM. Atas
tindakan tidak sengaja kami belajar sambil lewa di maktab tersebut
dan telah mengundang sindiran daripada beberapa tenaga pengajar.
Tanggal 22 Mei 1972 bersamaan hari Isnin saya mula menjejakkan
kaki ke kampus sementara UKM di Jalan Pantai Baru iaitu dahulunya
bangunan Maktab Perguruan. Pada tarikh tersebut saya mendaftar
masuk tahun pertama di Fakulti Sastera dengan nombor pendaftaran
pelajar 00948. Di UKM saya bertemu rakan-rakan sedarjah dan juga
senior semasa belajar di Sekolah Menengah Aminuddin Baki dahulu.
Dengan itu saya tidaklah merasa kekok dan sukar untuk menguruskan
pendaftaran masuk dan kursus-kursus yang perlu diambil semasa di
tahun pertama. Pada tanggal 25 Mei 1972 iaitu hari Khamis secara
rasmi saya menjadi pelajar UKM yang baru kerana melafazkan ikrar
pelajar di Oditorium UKM.
Hari pertama mengikuti kuliah, saya dapati agak sukar mencatat
apa yang dikuliahkan oleh pensyarah-pensyarah. Keadaan ini
berlaku kerana kaedah pengajaran yang berbeza antara di tingkatan
enam dengan di universiti. Ketika itu, kebanyakan pensyarah hanya
memberikan fakta-fakta penting tentang tajuk-tajuk yang dikuliahkan.
Huraian dan penerangan selanjutnya perlulah pelajar merujuk di
perpustakaan berasaskan bahan-bahan rujukan yang dikemukakan oleh
pensyarah-pensyarah. Pengalaman ini menjadikan pelajar berdikari
untuk menimba ilmu dengan bantuan pensyarah-pensyarah. Saya rasa
ini yang membezakan cara belajar dahulu dengan sekarang yang mana
pelajar sekarang lebih banyak bergantung kepada pensyarah untuk
menimba ilmu.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 246 07-Oct-10 9:16:56 AM


Graduasi Dan Alumni 247

Pengalaman menjalankan kerja-kerja lapangan bersama-sama


rakan sekursus meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.
Selama empat tahun belajar, setiap tahun pelajar geografi akan
menjalankan kerja lapangan mengikut topik yang telah ditetapkan oleh
pensyarah. Kerja lapangan ini memberi kesan yang mendalam bukan
sahaja yang berkaitan dengan ilmu kemahiran kerja berpasukan tetapi
juga pengetahuan dan kaedah kepimpinan, menyelesaikan masalah
dan lain-lain kemahiran insaniah. Kelas tutorial juga amat berkesan
dalam membina keyakinan dan pelbagai kemahiran insaniah pelajar.
Kesemua pengalaman inilah yang memberikan saya keyakinan untuk
terus menuntut ilmu selagi kesihatan dan kemampuan mengizinkan.
Di samping itu, keyakinan bekerja sendiri dan berdisiplin menjadi
nadi utama semasa menuntut di tahun empat.
Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang geografi
fizikal, di tahun keempat saya telah memilih tajuk berkaitan dengan
pencemaran udara di bawah penyeliaan En. Mohd Sham Mohd Sani
(Prof. Emeritus Dato Dr. Sham Sani kemudiannya menjadi Naib
Canselor UKM dari tahun 1993 hingga 1998). Tugasan mengumpul
data di lapangan selama tiga bulan amat mencabar kerana terpaksa
memanjat bangunan tinggi, berada di kawasan taman rekreasi, kawasan
kilang dan sebagainya. Kerja ini perlu kesabaran, kejujuran, yakin
diri dan ketekunan. Cabaran tidak hanya setakat mengumpulkan data
tetapi juga pada menganalisis data dan penulisan tesis. Sekiranya tidak
pandai membahagikan masa sudah pasti tesis tidak dapat diselesaikan
dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh jabatan ketika itu. Semua
ini telah saya lalui dengan penuh disiplin dan saya berbangga kerana
menjadi salah seorang yang dapat menyelesaikan tesis sebelum tempoh
penyerahan berakhir. Inilah pengalaman yang saya rasa menjadikan
saya berjaya dalam kerjaya saya masa kini.
UKM ketika itu tidak menghalang pelajar untuk bergiat dalam
aktiviti luaran. Saya kira ini adalah aktiviti ko-kurikulum yang mana
ketika itu tidak ada ditawarkan secara rasmi oleh UKM. Oleh itu,
saya juga turut bergiat dalam Persatuan Pelajar walaupun tidaklah
memegang jawatan penting. Saya menjadi ahli jawatankuasa biro
sukan sebagai timbalan ketua olahraga. Penglibatan saya dengan
persatuan ini memberi banyak pengalaman berurusan dengan pihak
luar. Dengan itu, serba sedikit protokol berurusan dengan pegawai-
pegawai dapat dipelajari dan dimanfaatkan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 247 07-Oct-10 9:16:56 AM


248 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Akhirnya, pengalaman belajar di UKM selama empat tahun


amat membantu kerjaya saya masa kini. Biarpun ditawarkan kerja
sebagai seorang pegawai dengan Pahang Tenggara (DARA) selepas
tamat pengajian di UKM, namun saya tetap memilih bekerja dengan
UKM sebagai tutor. Kemudiannya, melanjutkan pelajaran ke England
bagi mendapatkan ijazah sarjana falsafah dan kedoktoran. Kini saya
berterima kasih kepada UKM kerana terus berkhidmat dengan UKM
sebagai profesor dan Pengarah di Pejabat Perhubungan Alumni.
Sesungguhnya, saya berbangga kerana UKM kini menjadi pilihan
ramai pelajar dan diiktiraf sebagai salah sebuah universiti penyelidikan
di Malaysia.

Prof. Madya Dr. Koh Aik Khoon

Pada bulan April 1970, saya menerima surat tawaran masuk


universiti dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada masa
itu saya sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim di Johor Baharu. Saya merasa gembira kerana
dapat masuk universiti tetapi khuatir juga dari mana sumber kewangan
untuk membiayai yuran pengajian. Saya berbincang dengan kawan-
kawan di kolej dan mereka menasihatkan supaya saya tinggalkan
kolej dan masuk universiti. Suatu hari saya bertanya kepada seorang
pensyarah di kolej tentang hal ini dan beliau berkata sekiranya saya
lepaskan peluang keemasan itu, saya akan menyesal di kemudian hari.
Maka dengan hati yang berat terpaksalah saya tinggalkan kolej dan
mula membuat persediaan untuk menempuh alam baru iaitu alam
pengajian tinggi. Surat tawaran yang ditandatangani oleh pendaftar
masa itu, Encik Abdullah Salleh masih saya simpan dengan baiknya.
Ia merupakan pasport ke suatu lembaran hidup yang lebih ceria dan
cerah.
Encik Abdullah Salleh (dianugerahkan gelaran Tun pada tahun
2002) baik orangnya. Beliau faham kedudukan saya dan beliau
berjanji mendapatkan biasiswa untuk saya. Akhirnya saya mendapat
dermasiswa persekutuan yang bernilai RM1,750 setahun dan cukuplah
untuk yuran pengajian dan sara hidup. Saya terhutang budi kepada Tun.
Prof. Dato Dr. Sukiman Sarmani adalah rakan sekelas saya pada masa
itu. Beliau adalah di antara segelintir pelajar yang berpeluang membuat
PhD ke luar negara pada tahun 1974. Rezeki beliau bertambah baik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 248 07-Oct-10 9:16:56 AM


Graduasi Dan Alumni 249

kerana pensyarah yang menguruskan pengajiannya ke Britain ialah


Dr. Noramly Muslim dan Allahyarham Dr. Ghazali Abdul Rahman.
Mereka tidak sampai hati mendengar kata orang bahawa UKM
adalah universiti atap dan ingin membuktikan ketokohan graduannya.
Sukiman berjaya memperoleh PhD dari University of Reading pada
tahun 1977, suatu pencapaian yang membanggakan hasil pembelajaran
yang diperolehi dari UKM yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantarnya.
Di awal penubuhan UKM ramai juga pelajar daripada aliran
sekolah Inggeris (termasuk saya) dan kami belajar sains dalam bahasa
Inggeris di peringkat sekolah menengah. Kebanyakan istilah dalam
Bahasa Melayu adalah asing kepada kami. Contohnya Catalyst dalam
bahasa Inggeris adalah Mangkin dalam Bahasa Melayu. Seorang
pensyarah muda yang mengajar mata pelajaran fizik nampak struggle
dengan pengistilahan. Satu peristiwa yang masih saya ingati ialah
seorang pelajar Melayu memberitahu saya Orang Melayu tidak faham
Melayu. Kebanyakan pensyarah sains pada masa itu datangnya dari
Indonesia. Mereka memang arif dalam subjeknya tetapi ramai pelajar
tidak dapat menangkap apa yang pensyarah Indonesia cuba sampaikan.
Keadaan ini berlaku mungkin bahasa Indonesia yang digunakan bagi
menyampaikan kuliah sukar difahami. Bagaimanapun, oleh kerana
ketekunan kami belajar, sistem pembelajaran ini tidak mengganggu
kami berjaya.
Pada tahun 1970, semua pelajar baik lelaki mahupun perempuan
ditempatkan di asrama (nama asrama telah di tukar ke kamsis
kemudiannya kolej dan kini akademik kolej). Asrama mungkin
sering dikelirukan dengan asmara. Di kesempatan yang ada pelajar
turut mengadakan parti di asrama. Bagaimanapun, hanya mereka
yang ada partner dibenarkan menyertainya. Bagi mereka yang tiada
pasangan hanya boleh pandang dari luar. Kasihan! Ada segelintir
pelajar ketika itu yang mampu memiliki kereta dan mereka itu adalah
bekas guru. Mereka digelar Mahasistua. Pada penghujung minggu,
mereka pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Pelajar
yang masih membujang suka mengusik mereka balik kampung untuk
bercucuk tanam. Nakal betul budak-budak itu.
Raya Puasa pada tahun 1970 kami mengunjungi orang besar
termasuk Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun
Dr. Ismail. Pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak tinggal

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 249 07-Oct-10 9:16:57 AM


250 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

di Seri Aman. Apabila kami sampai di sana, beliau serta Tun Rahah
menyambut kami. Kami beramah mesra dengan Tun dan Tun Rahah.
Sebelum kami bertolak kami bergambar dengan Allahyarham Tun dan
Tun Rahah. Semasa menunggu jurugambar klik, Tun tanya sama
ada jurugambar itu dari Pahang. Kami senyum dan tidak menjawab.
Seterusnya Allahyarham menyambung dengan mengatakan Orang
Pahang pandai tembak. Tun nampak serius wajahnya tetapi pandai
juga bergurau.
Kami juga mengunjungi rumah Allahyarham Tun Hussein Onn
yang terletak berdekatan dengan Bangunan KWSP, Jalan Gasing.
Pada masa itu, tapak tetap UKM masih belum ditentukan. Seorang
pelajar dalam rombongan kami bertanya sama ada tapak UKM akan
berada di Johor. Tun hanya senyum dan tidak menjawab. Pada masa
itu Allahyarham Tun Hussein Onn adalah Menteri Pelajaran Malaysia.
Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1976
apabila Tun Canselor pertama yang disayangi telah meninggal dunia
di London.
Oleh sebab UKM dan UM terletak berdekatan pada masa itu,
banyak aktiviti diadakan bersama-sama termasuklah berdemonstrasi.
Kebanyakan demonstrasi tidak melibatkan pelajar dari aliran sains
kerana mereka terpaksa menjalankan kerja-kerja makmal di samping
kuliah dan kerana itu kekurangan dengan masa lapang.
Pada suatu hari, apabila Dr. Noramly sedang mengajar, seorang
pelajar yang terlibat dalam demonstrasi masuk ke kelas dan memohon
Dr. Noramly membenarkan pelajar-pelajarnya terlibat sama dengan
demonstrasi. Bagaimanapun, Dr. Noramly memberitahu beliau bahawa
anak muridnya datang ke universiti adalah untuk memperolehi masa
depan yang lebih cerah dan bukannya untuk berdemonstrasi. Beliau
bertanya pelajar tersebut adakah dengan terlibat dengan demonstrasi
tersebut akan menjamin masa depan yang baik? Pelajar tersebut tidak
dapat menjawab dan terus berundur dari kelas tersebut.
Inilah masa awal UKM yang sememangnya penuh dengan ujian
dan cabaran. Ada yang mempertikaikan sama ada Bahasa Melayu
mampu atau tidak menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian
tinggi. Ada juga yang mempersoalkan kebolehpasaran graduan UKM.
Semua persoalan tersebut telah terjawab dan salah satu pencapaian
UKM ialah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Inilah UKM yang kita kenali dan yang kita sayangi. Saya sebagai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 250 07-Oct-10 9:16:57 AM


Graduasi Dan Alumni 251

produk pertama UKM amat berbangga dengan pencapaian yang


telah saya capai selama empat tahun belajar. Tanpa pengalaman
yang luas belajar di UKM tidak mungkin saya berada di jawatan saya
sekarang sebagai professor madya dan Timbalan Pengarah di Pejabat
Perhubungan Alumni. Sungguhpun saya asalnya daripada aliran
Inggeris, namun Bahasa Melayu yang digunakan di UKM hingga ke
hari ini terbukti menjadi bahasa akademik yang patut disanjungi oleh
semua bangsa di Malaysia.

Prof. Dr. Aziz bin Deraman

Mendapat keputusan sederhana (agregat 14) dalam peperiksaan SPM


Sekolah Menengah Sains Pahang pada awal tahun 1977 merupakan
saat yang manis, apa lagi dimaklumkan oleh pengetua sebagai pelajar
terbaik aliran Melayu. Tawaran bidang kejuruteraan di UTM telah
saya tolak untuk memasuki program Matrikulasi UKM di Sekolah
Alam Shah yang pada masa itu menjadi sebutan dan idaman pelajar.
Dengan keputusan peperiksaan matrikulasi yang agak baik, UKM telah
menawarkan program perubatan pada tahun 1978. Namun demikian,
bersama hampir 30 orang rakan lain, permohonan telah dibuat untuk
bertukar program kepada bidang Sains Komputer setelah 2 minggu
menyertai program perubatan (sejumlah hampir 30 orang pelajar
bidang lain telah bertukar kepada program perubatan). Pertukaran ini
dibuat berdasarkan citarasa dan dorongan diri sendiri terutama sekali
apabila memikirkan bidang kerjaya di masa hadapan.
Dengan nombor matrik 6096, saya telah memulakan pengajian
bidang sains komputer bersama 16 orang pelajar lain sebagai pelajar
kumpulan keempat. Pada tahun pertama, perkuliahan meliputi
pelbagai subjek termasuk komputer, matematik, statistik, elektronik,
fizik, kimia industri dan subjek kenegaraan Islam. Saya berpeluang
mengenali ramai pensyarah pada masa itu termasuklah Kasmiran
Jumari, Idris Jayes, Ramli Jaya, Najib Rafee, Izzah, Rashid, Fauzi dan
beberapa lagi. Namun mentor utama saya tentulah pensyarah sains
komputer yang ulung iaitu Abdul Razak Hamdan (sekarang Prof.
Dr.). Kepelbagaian subjek yang diambil telah membuatkan saya dan
rakan-rakan mempunyai kenalan yang ramai sama ada rakan pelajar
dan rakan pensyarah daripada bidang lain (antaranya Lokman Saim
(Prof. Dato Dr.); Shukri Ab. Yajid (Prof. Dato.); Hasif (Mejar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 251 07-Oct-10 9:16:57 AM


252 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jeneral (B) Dato Dr.). Saya percaya pada masa itu kami juga terpaksa
membina kematangan dengan segera maklumlah bidang sains
komputer merupakan bidang yang amat baru tanpa makmal komputer
kecuali mesin komputer IBM-1130 yang digunakan oleh UKM untuk
memproses gaji.
Menjalani kehidupan sebagai pelajar pada masa itu agak menarik
kerana mungkin kelas kami yang agak kecil seramai 16 orang dengan
13 orang pelajar Melayu dan 3 orang pelajar cina. Dari jumlah tersebut
hanya terdapat 2 orang pelajar perempuan. Saya mempunyai kumpulan
studi kecil seramai lima orang iaitu Sabri (JPA), Tumen (Usahawan),
Mod Noor (MAMPU), Md Shah (Pos Malaysia). Konsep pengajian
berkumpulan yang sangat diikitiraf oleh pensyarah-pensyarah pada
masa itu amat membantu menjadikan masa kami di UKM sebagai
masa-masa yang indah. Konsep kerjasama yang tulus ikhlas antara
kami juga menjadikan saat yang sukar untuk saya lalui pada tahun
1981 bertukar menjadi amat mudah. Pada masa itu saya terlibat dalam
kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat selama 2-3 bulan. Pada
masa inilah rakan-rakan telah menyalin nota kuliah mengguna kertas
karbon dan ada yang memohon pensyarah supaya memberi masa
cukup untuk tujuan menyalin nota (perkhidmatan fotokopi ada, tetapi
amat mahal dan kami tak mampu). Dengan kaedah kuliah jarak jauh
(berehat di kampung) dengan bantuan rakan-rakan saya akhirnya
berjaya mendapat keputusan yang amat baik pada semester berkenaan
(agaknya saya banyak membaca dan kurang melepak-lepak!!!).
Pensyarah kami juga agak muda dan mudah untuk memahami jiwa
pelajar pada masa itu. Berbanding dengan keadaan sekarang, dirasakan
kami telah dilayan oleh pensyarah pada masa itu lebih sebagai rakan.
Suasana yang kondusif pada masa itu membolehkan kami memilih
kegiatan mengikut kesukaan masing-masing. Dengan beberapa orang
rakan senior kami telah menubuhkan Persatuan Komputer UKM
(PKUKM) yang telah bergiat cergas menganjurkan persidangan
di peringkat kebangsaan. Keupayaan kami pada masa itu dirasakan
amat hebat maklumlah pelajar menjadi penganjur dengan menjemput
pensyarah dan pegawai kanan kerajaan dan swasta sebagai pembentang
dan peserta. Kepada rakan lain yang berminat dalam politik pelajar
pula, mereka amat aktif dalam persatuan pelajar peringkat fakulti.
Bagaimanapun, apa yang penting pada masa itu adalah pelajar amat
menghormati hak serta privasi rakan lain walaupun hubungan dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 252 07-Oct-10 9:16:57 AM


Graduasi Dan Alumni 253

pihak-pihak luar kampus sentiasa ada.


Secara keseluruhannya, saya merasakan suasana pembelajaran
yang disediakan oleh UKM pada masa itu telah memberi kekuatan
kepada pelajar untuk berusaha keras bagi mencapai kejayaan.
Dengan kemudahan pembelajaran yang amat terhad, kami berupaya
menguruskan masa kami dengan secukupnya. Kebergantungan
kepada kemudahan universiti amat kurang dan kebanyakan kami lebih
suka berdikari termasuklah dalam penggunaan pengangkutan dan
kemudahan perpustakaan. Beberapa perkara yang diamalkan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran di UKM dahulu memungkinkan
saya membina kematangan yang baik untuk terus berjaya dalam
bidang yang diceburi sekarang. Antara yang saya boleh senaraikan
adalah sebagai berikut:

Saling hormat menghormati dan kepercayaan antara pelajar


pensyarah
Menjalani proses pembelajaran secara tegas dan serius (konsep
susah-susah dahulu, senang-senang kemudian diamalkan oleh
pensyarah)
Kebebasan pelajar dalam menentukan apa yang perlu dilakukan
oleh mereka terutama dalam aktiviti bukan akademik (ko-
kurikulum)
Pergaulan antara pelajar dan pensyarah agak baik dan telus
Semangat pelajar untuk berjaya tinggi (dan amat takut untuk
gagal).

Akhirnya, saya masih merasakan bahawa kejayaan saya sehingga


menjawat jawatan Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu
hari ini adalah hasil latihan keras para pensyarah mendidik dan
membentuk pelajar untuk terus berjaya dan mengharumkan nama
UKM, bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia.

Dato Dr. Amran Kasimin

Empat tahun berada di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM) dalam jurusan Syariah dan subjek Sains Umum
yang diwajibkan ke atas setiap pelajar tahun pertama universiti
yang diajar oleh pensyarah berwibawa boleh dianggap sebagai aset

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 253 07-Oct-10 9:16:57 AM


254 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penting kepada saya. Penggunaan Bahasa Melayu di universiti sering


melahirkan tanda tanya masa depan yang kurang jelas, apatah lagi
tahun pengajian mengambil masa 4 tahun, padahal Universiti Malaya
hanya memerlukan 3 tahun sahaja. Bagaimanapun, semuanya ini
mengajar dan mendidik saya untuk memastikan segala kecelaruan
dan ketidakyakinan yang mengasak dalam pemikiran itu tidak benar.
Segala-galanya mengajar agar merancang setiap sesuatu itu dengan
lebih tabah dan rapi, yang akhirnya mencetuskan rasa bangga kepada
UKM daripada seorang pelajarnya yang ulung.
Kesukaran belajar di UKM ketika itu adalah berfokus kepada
kurangnya bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Keadaan
ini melatih pelajar-pelajar banyak berusaha dengan lebih gigih dan
berdikari. Masa-masa yang terluang perlu dimanfaatkan menterjemah
bahan-bahan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk
kepentingan bersama. Membentuk dan membina jatidiri bukanlah
mudah ketika itu. Bagaimanapun, dengan bantuan pensyarah-
pensyarah, saya dan rakan-rakan mengharungi dengan tabah dan tidak
menoleh ke belakang dalam usaha membentuk jatidiri yang di bawa
hingga ke hari ini.
Selepas belajar di UKM saya di terima pula menjadi tutor dan
kemudiannya sebagai pensyarah. Tiga puluh tahun menjadi Pensyarah
UKM bukan masa yang sedikit. Pensyarah yang baik tidak akan
mempertikai karya pensyarah yang lain, menyatakan artikelnya tidak
ilmiah, lebih-lebih lagi sekiranya pensyarah berkenaan hanya melirik
bangga dengan sajak-sajak batu. Untuk membentuk tulisan ilmiah
yang bermutu dan dapat dimanfaatkan, dan masa yang dilalui bukan
dengan cara mematikan semangat seseorang, lebih-lebih lagi sekiranya
ia berada di jabatan yang sama atau seorang pensyarah muda. Belajar
daripada pengalaman inilah menjadikan saya lebih berhati-hati dalam
membuat sebarang keputusan dan pandangan agak tidak menyinggung
dan menyakiti orang lain terutamanya rakan-rakan sepejabat.
Sungguhpun ketika itu pelajar UKM hampir kesemuanya
pelajar Melayu, namun ada sebilangannya pelajar kaum Cina dan
India. Disinilah mula wujud bibit-bibit kerjasama antara kaum
yang membentuk warganegara Malaysia. Kerjasama yang dipupuk
berasaskan kelas, kerja lapangan, tutorial dan aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum pelajar termasuklah khidmat masyarakat. Pengalaman
inilah saya bawa semasa saya menjadi ahli wakil rakyat. Sesungguhnya

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 254 07-Oct-10 9:16:57 AM


Graduasi Dan Alumni 255

pengalaman yang amat berguna ini tidak mungkin dapat dipelajari dan
dipraktikkan sekiranya saya tidak menuntut sehingga bergelar alumni
UKM.
Daripada pengalaman sebagai seorang pensyarah dan menunjukkan
keprihatinan sesama rakan serta menghormati orang yang lebih
berkuasa maka saya diminta menjadi calon wakil rakyat. Biarpun
tempoh menjadi ADUN hanya satu penggal, namun pengajaran
yang diraih hanya 5 tahun itu menjadi pengalaman tambahan kepada
diri saya. Pengalaman ini tidak diperolehi di UKM atau diajar oleh
pensyarah-pensyarah di universiti biarpun setelah mengambil masa 30
tahun.
Pengalaman menjadi salah seorang pelajar pelopor di Fakulti
Pengajian Islam membawa saya melihat betapa pentingnya didikan
agama di samping didikan ilmu sekular agar bangsa tidak diperkotak
katikkan oleh orang lain. Justeru, latar belakang didikan agama mesti
disertai dengan ketamadunan sesuatu bangsa. Orang-orang Barat
kurang penekanan agama namun mereka memiliki civilization yang
membentuk masyarakat, membolehkan mereka lebih menepati janji,
menghargai masa, lebih bersifat telus amanah dan menyayangi bangsa
berbanding dengan negara-negara Islam yang padat dengan teori-teori
agama yang sering diwar-warkan melalui khutbah, namun dalam
masa yang sama mereka lebih mementingkan diri dan taasub bangsa
menyingkirkan kepentingan agama.
Pengalaman menjadi pelajar UKM selama empat tahun dan
pensyarah 30 tahun banyak pengalaman yang dikumpul yang berkait
dengan persoalan govenan. Kepimpinan mesti arif ke arah mana
kepimpinannya, sama ada ia melibatkan sebuah negara, atau yang
lebih kecil iaitu universiti yang hendak dibawa. Jangan jadikan
perancangan pembelajaran itu ad-hoc, atau trial and error, jauh
sekali jangan sampai berlaku lambakan graduan dalam bidang-bidang
tertentu.
Ilmu agama, sekular dan pengalaman mendidik di UKM menjadikan
saya sedar betapa mentadbir dan memerintah bukanlah sesuatu yang
mudah dan senang dilaksanakan sekiranya hanya mementingkan diri
sendiri. Dalam konteks yang lebih besar iaitu sebuah negara seperti
Malaysia yang pernah dijajah oleh barat, mereka telah melaksanakan
dasar devide and rule, ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak,
menyebabkan masalah agama terletak di bawah raja-raja, iaitu kerajaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 255 07-Oct-10 9:16:57 AM


256 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

negeri. Natijah daripadanya, orang yang bukan Islam mempunyai


kekebalan di sisi undang-undang syarak, lahir ketidakseragaman
pelaksanaan agama, dan lain-lain masalah menyebabkan mahkamah
syariah itu mahkamah second class pada pandangan sesetengah
orang. Segala-galanya berpunca daripada kesilapan diri sendiri, yang
tidak mudah diperbetulkan, yang tidak sewajarnya dibiarkan begitu
sahaja. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak mengubah nasib sesuatu
kaum, kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri.
Universiti bukan segala-galanya, namun ia adalah asas kelahiran
kemantapan diri, tempat untuk rujukan, mampu membezakan yang
hak dan yang batil, juga wadah mempelajari tingkah laku manusia.
Inilah pengalaman, panduan dan pegangan yang saya perolehi sebagai
seorang pelajar dan pensyarah di universiti yang sama iaitu UKM.
Sesungguhnya, kelayakan memiliki segulung ijazah hakikatnya
bergantung kepada kejayaan seseorang ketika berada di tengah-tengah
masyarakat. Itulah kebenaran hidup yang mesti dilalui oleh setiap
individu.

Dato Sri Ibrahim Jaapar

Dengan berbekalkan 2 Prinsipal dan 2 Subsidiari, saya telah ditawarkan


terlebih dahulu untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada awal tahun 1972 dalam
pengkhususan Matematik dan Geografi. Setelah mengikuti pengajian
selama beberapa bulan, UKM, selaku universiti pilihan pertama
saya, telah menawarkan tempat kepada saya bagi mengikuti program
ijazah sarjanamuda sastera pada bulan Julai 1972. Pengalaman selama
beberapa bulan sebagai pelatih guru telah memberi kekuatan kepada
saya untuk berdikari dan memfokuskan kerjaya saya pada masa
hadapan.
Geografi, Sejarah dan Pengajian Melayu (yang di peringkat
awalnya telah ditolak oleh Dekan) merupakan subjek yang diambil pada
tahun pertama pengajian saya di UKM. Melalui sistem pembelajaran
yang berorientasikan peperiksaan melalui pengalaman terutamanya
dalam subjek Geografi dan Sejarah, ianya telah memberi impak yang
besar ke atas pembangunan pembentukan pemikiran diri saya sebagai
seorang pelajar. Oleh kerana tawaran biasiswa yang diperolehi dari
JPA adalah kategori terbuka, minda saya telah terbuka untuk bertukar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 256 07-Oct-10 9:16:57 AM


Graduasi Dan Alumni 257

bidang pembelajaran daripada yang menumpukan ke arah kerjaya


dalam bidang pendidikan ke arah perkhidmatan awam.
Kejayaan yang diperolehi di dalam peperiksaan di tahun satu
dan tahun kedua, telah menyebabkan saya membuat keputusan untuk
mengkhususkan pengajian saya dalam bidang Sejarah. Dari situlah
bermulanya perkenalan saya dengan rakan-rakan seperjuangan seperti
Tan Sri Alimudin (kini KSU Kementerian Pendidikan) dan Prof. Dato
Dr. Shaharuddin Ahmad. Melalui pensyarah-pensyarah seperti Prof.
Dr. Chandran, Prof. Emeritus Dato Dr. Sham Sani, Prof. Dato Dr.
Zainal Abidin Abd. Wahid, Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo
Kay Kim serta penyelia tugasan tesis saya iaitu Prof. Dr. Shahrin (kalau
tak silap saya) telah membina diri saya sebagai seorang yang lebih
independent dalam memberikan apa jua pendapat dan pandangan.
Pengalaman menyediakan tesis dalam bidang sejarah yang lebih
kepada pendekatan kerja lapangan (kajian terus dengan masyarakat)
telah memberi kesedaran kepada saya untuk membangun dan
memajukan bangsa. Manakala pengalaman duduk serumah bersama-
sama rakan dari berlainan universiti, negeri asal dan daripada bidang
pengajian yang berbeza memberi impak kepada saya dari segi
keterbukaan minda yang lebih luas dan tahap tolak ansur yang tinggi.
Kebebasan bersuara pelajar melalui aktiviti speaker corner (banyak
masa dihabiskan di speaker corner di UM) mendorong saya untuk
mempelajari gaya-gaya kepimpinan dalam masyarakat kampus.
Berasaskan kepada suasana pendidikan yang terbuka, berprogram
dan mementingkan pemikiran dan pandangan yang terbuka, UKM
telah membentuk diri saya menjadi satu personaliti yang turut terbuka.
Ini ditambahkan lagi dengan cara dan corak kehidupan sebagai anak
kampung yang lebih melihat masyarakat kampung sebagai satu
komponen yang boleh maju ke hadapan. Unsur-unsur ini telah menjadi
teras kepada siasah diri apabila saya menjawat jawatan dalam sektor
awam yang bermatlamatkan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
Pengalaman berkongsi pandangan dengan pensyarah-pensyarah
tersohor di UKM atas prinsip berkongsi ilmu dan win-win situation
(walaupun ada sesetengah pensyarah yang masih berkiblatkan kepada
his own stand and principles) sebenarnya tidak banyak mempengaruhi
saya kerana prinsip keterbukaan yang saya amalkan. Sistem coaching
and mentoring semasa menyediakan tesis turut memberi impak yang
besar kepada keperibadian saya semasa melangkah ke dunia pekerjaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 257 07-Oct-10 9:16:57 AM


258 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

di sektor awam.
Selepas tamat pengajian pada tahun 1976, saya memulakan
karier sebagai seorang guru sementara di Melaka. Selepas beberapa
bulan, saya telah ditawarkan untuk berkhidmat di sektor awam selaku
Penolong Penguasa Kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
Malaysia (kini Jabatan Kastam Diraja Malaysia) di mana penempatan
pertama saya adalah di Johor Bahru pada bulan Julai 1977. Karier
saya di sektor awam berkembang dengan agak baik di mana saya mula
mengalami proses kenaikan pangkat pada tahun 1982 ke gred A24
/ A12 selaku Penguasa Kanan Kastam dan seterusnya ke jawatan-
jawatan yang lebih tinggi sehinggalah memegang jawatan yang
terakhir sebelum bersara pada 26 Mei 2008 selaku Timbalan Ketua
Pengarah Kastam (Pengurusan). Dalam tempoh perkhidmatan, saya
telah bertugas di beberapa buah negeri seperti Johor, Pulau Pinang,
Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Sabah dan Ibu Pejabat. Sesungguhnya
saya amat bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang dimurahkan
kepada saya. Selepas dua bulan bersara, saya telah dilantik semula
sebagai Penasihat Kastam dan seterusnya pada 3 Oktober 2008 saya
telah diberi amanah dan kepercayaan oleh Kerajaan untuk menerajui
Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku Ketua Pengarah Kastam
dengan gred Turus III secara kontrak untuk tempoh 2 tahun.
Semasa dalam perkhidmatan, saya telah diberi peluang untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Webster University, St.
Louis Missouri, USA dalam bidang Human Resource Development.
Atas keperihatinan pihak stakeholder juga saya telah dipilih untuk
menerima beberapa pingat dan darjah kebesaran negeri seperti Ahli
Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K), Darjah Seri Melaka (D.S.M), Darjah
Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato,
Darjah Sultan Ahmad Shah (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato,
Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran
Dato Wira dan akhir sekali Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
(S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato Sri.
Kejayaan dalam kerjaya dan pengiktirafan yang diterima ini
bukan sahaja didorong oleh keberkesanan sistem pembelajaran yang
diterima dari UKM, tetapi pada masa yang sama juga diperkukuhkan
oleh sistem memperkasakan diri sendiri ke dalam masyarakat yang
memberi kesan dan keinsafan serta kekuatan jatidiri sebagai penjawat
awam bagi menerajui jabatan yang memberi sumbangan hasil dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 258 07-Oct-10 9:16:57 AM


Graduasi Dan Alumni 259

bentuk cukai tidak langsung yang terbesar kepada negara.


Terima kasih saya ucapkan kepada UKM di atas segala ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang diterima dan selamat menyambut
Ulang Tahun Yang Ke-40. Kalaulah tidak kerana UKM tidak mungkin
saya kini berada di mercu kejayaan yang diharapkan oleh diri,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Saya juga mengharapkan
Bahasa Melayu akan terus dimartabatkan sebagai bahasa pengantar di
UKM. Sebagai salah seorang alumni UKM terawal, saya akan terus
memberikan sokongan dan sumbangan demi kejayaan UKM.

Dato Sri Edmund Santhara

Pengalaman di UKM adalah di antara titik-titik kehidupan yang


saya lalui yang mana kini apabila dicantumkan menjadikan ia satu
pengalaman yang banyak memberi pengajaran yang amat bernilai
bagi saya.
Pengalaman pahit manis sewaktu bergelar pelajar di UKM
saya jadikan ingatan serta panduan untuk saya terus cekal membina
kehidupan yang lebih bermakna. Walaupun hasrat saya untuk
mengikuti pengajian dalam bidang perundangan di UKM tidak menjadi
kenyataan, namun disebaliknya peluang yang diberikan kepada
saya untuk mengikuti pengajian di Fakulti Pengurusan Perniagaan
(FPP) UKM ada hikmahnya. Peluang yang diberikan itu saya ambil
dan menjadikannya sebagai peluang keemasan untuk saya bergelar
pelajar.
Ketidaksampaian hasrat saya belajar di Fakulti Undang-Undang
telah saya jadikan sebagai cabaran dan bukannya satu kekecewaan.
Dengan tekad dan semangat sedemikian itu, segala cabaran kehidupan
yang saya lalui di UKM kini membentuk personaliti yang dinamik
pada diri saya untuk terus berusaha dan cemerlang dalam apa jua
lapangan yang saya ceburi. Ilmu yang saya pelajari dan perolehi
daripada pensyarah-pensyarah yang ikhlas mencurahkan ilmu tidak
akan saya persia-siakan. Malahan, ilmu yang dikuasai menjadi bekal
paling berguna untuk saya menerokai dan seterusnya menguasai dunia
perniagaan sekarang. Terima kasih tidak terhingga saya kepada semua
pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP). Ramai pensyarah
yang masih saya ingat dan amat saya sanjungi terutamanya, Prof.
Madya Dr. Nik Rahimah Nik Yacob yang ketika itu merupakan Ketua

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 259 07-Oct-10 9:16:57 AM


260 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jabatan Pemasaran di FPP yang saya anggap sebagai mentor saya.


Masih kuat di ingatan saya kepada Prof. Dr. Barjoyai Bardai yang
mengajar saya subjek CA1111 iaitu Prinsip Asas Perniagaan. Selain
itu, Prof. Madya Siti Maimun yang mengajar saya kursus Strategi
Korporat yang saya amat minati dan sungguh berguna dalam saya
menempuh alam perniagaan masa kini. Pesanan mereka menjadi
kata-kata semangat untuk saya terus maju dan wajah-wajah mereka
kini terus menjadi mentor serta penyokong kuat untuk saya terus
cemerlang.
UKM memberi peluang untuk saya menguji sifat serta kebolehan
saya untuk memimpin. Kenangan yang amat manis bagi saya apabila
UKM merangkul pingat EMAS dalam permainan catur di Kejohanan
Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan saya pada ketika itu
adalah Presiden Kelab Catur dan juga Ketua Jurulatih Catur UKM.
Saya juga sempat bersama pasukan PALAPES UKM walaupun
terpaksa meninggalkan aktiviti PALAPES selepas 3 tahun. Keadaan
ini berlaku kerana saya terpaksa menumpukan kepada pelajaran
dalam usaha saya menamatkan pengajian lebih awal iaitu dalam masa
3 tahun sahaja dan memperbaiki PNGK bagi memperolehi ijazah
Kepujian Kelas Dua Atas. Bagaimanapun, aktiviti PALAPES sebagai
kursus ko-kurikulum mengajar saya erti perjuangan dan saya berjuang
untuk memastikan saya berjaya di medan peperangan di bidang
akademik. Saya menimba pengalaman yang banyak bagi membina jati
diri saya yang kini terus berpegang kepada prinsip Fight till the last
bullet dan never say give up. Pengalaman memimpin kumpulan
pelajar melalui penglibatan saya di dalam persatuan dan di Majlis
Perwakilan Pelajar kini memberi keyakinan diri untuk memimpin
sebuah organisasi yang besar seperti Masterskill Education Group
Berhad yang saya pimpin sekarang. Sesungguhnya pengalaman itu
tidaklah saya sia-siakan.
Semasa menjadi JAKSA di Kamsis Ibrahim Yaakob banyak
mengajar saya dalam membezakan antara konsep persefahaman
dengan toleransi. Ianya nyata dua perkataan yang jauh berbeza dari
segi maknanya. Rakan-rakan sewaktu di kampus adalah keluarga
kepada saya, tidak kira bangsa mahupun agama. Semangat gagasan
1Malaysia telah lama dipupuk sebagai cara hidup warga UKM sejak
dulu lagi. Pelajar pelbagai keturunan dan agama bersama-sama
belajar dan mengharungi kehidupan sebagai pelajar dalam suasana dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 260 07-Oct-10 9:16:58 AM


Graduasi Dan Alumni 261

semangat kekeluargaan. Kami memahami antara satu sama lain dan


bantu membantu sesama sendiri untuk memastikan kehidupan kami
selesa dan seterusnya meninggalkan UKM dengan segulung ijazah
untuk meneruskan cabaran hidup di dunia yang lebih mencabar. Kini,
saya dan rakan-rakan terus akrab dan menjadi pendokong kepada
semangat gagasan 1Malaysia yang telah tersemai di dalam jiwa kami
semasa masih menjadi warga UKM. Semangat kekeluargaan dan
kesatuan itu kini menjadi teras keharmonian dalam kalangan komuniti
Masterskill Education Group Berhad yang saya pimpin sekarang.
Terima kasih saya ucapkan kepada UKM atas peluang yang
diberikan kepada saya untuk menimba ilmu yang amat berharga serta
mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai sehingga menjadikan
saya seorang insan yang berilmu dan berpengetahuan dan terus
mengecap kejayaan demi kejayaan hasil daripada kecekalan yang
dibina sewaktu bergelar pelajar.

KESIMPULAN

Pengalaman-pengalaman alumni UKM yang telah dipaparkan ini


memberikan sedikit sebanyak gambaran betapa sukarnya belajar di
UKM di awal-awal penubuhannya dahulu. Pertamanya, bahan-bahan
rujukan yang hampir 100 peratus dalam bahasa Inggeris membuatkan
pelajar perlu bertungkus lumus menyiapkan nota, menyediakan
tugasan-tugasan dan sebagainya sekiranya ingin memperolehi
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kadangkala bahan-bahan
perlu diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaya kerana
tidak terdapat di perpustakaan UKM sendiri.
Keduanya, pelajar-pelajar juga perlu menggunakan kemudahan-
kemudahan yang agak terbatas kerana keluasan kampus yang terbatas.
Ketika itu hanya ada satu dewan kuliah besar (ODT) dan dua dewan
kuliah yang sederhana yang digunakan untuk kuliah-kuliah. Bilik
kecil juga digunakan untuk kuliah, tutorial dan sebagainya sekiranya
jumlah pelajar yang kecil. Selepas kira-kira tiga ke empat tahun
penubuhan UKM, beberapa bangunan perumahan yang terletak
bersebelahan dengan kampus sementara telah disewa oleh UKM
bagi menempatkan beberapa buah jabatan dan fakulti. Makmal juga
tidak banyak bezanya daripada makmal di sekolah menengah dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 261 07-Oct-10 9:16:58 AM


262 Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kelengkapan yang sederhana. Selain itu, kelengkapan sukan juga


tidaklah dapat dibanggakan kerana amat terbatas seperti padang bola,
tenis, badminton dan lain-lainnya. Bagaimanapun, pelajar ketika itu
mampu menunjukkan kecemerlangan yang boleh dibanggakan dalam
bidang sukan.
Ketiganya, pelajar ketika itu terpaksa berhadapan dengan
tohmahan yang mengatakan UKM adalah universiti kelas kedua.
Oleh itu, mereka yang memasuki UKM ketika itu dianggap sebagai
mahasiwa yang tidak mendapat tempat di Univerisiti Malaya dan
Universiti Sains Malaysia. Tambahan pula, majoriti pelajar yang
memasuki UKM ketika itu adalah dari aliran Melayu. Tohmahan ini
amat dirasai oleh pelajar dan mahasiswi ketika itu. Bagaimanapun,
atas daya usaha, ketekunan dan semangat kebangsaan yang tinggi
pelajar mampu mengatasi segala-galanya dengan penuh semangat dan
keyakinan yang tinggi.
Biarpun pelbagai kesukaran dihadapi oleh pelajar ketika itu,
namun pengalaman yang dilalui dan ditimba semasa belajar di UKM
memberi seribu pengalaman yang berharga yang akhirnya menjadikan
alumni UKM berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi. Oleh itu,
alumni UKM bukan sahaja berjaya dalam bidang pendidikan, malahan
dalam apa juga bidang yang diceburi seperti politik, keusahawanan,
perbankan, pentadbiran dan sebagainya.
Kebanyakan alumni bersetuju bahawa pengalaman yang amat
penting yang diperolehi daripada UKM adalah kaedah belajar
berkumpulan, sering berbincang dengan pensyarah dan sentiasa
membuat rujukan di perpustakaan. Di samping itu, suasana
pembelajaran yang baik yang disediakan oleh UKM turut menjadi
sebahagian daripada punca kejayaan alumni. Keadaan ini telah
menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi pelajar belajar
secara bebas demi kejayaan masa depan.
Sungguhpun bahasa pengantar di UKM adalah Bahasa Melayu,
namun ia tidak menghalang pelajar mencapai kejayaan yang
membanggakan. Keterbatasan bahan rujukan dalam Bahasa Melayu
bukanlah menjadi halangan besar kepada pelajar tetapi terus menjadi
pendorong agar pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Oleh itu,
UKM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu diteruskan dan
pertahankan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 262 07-Oct-10 9:16:58 AM


Graduasi Dan Alumni 263

RUJUKAN

Calvert, S.L. 1987 Alumni Continuing Education. London: Collier


Macmillan Publishers
Editor [2009]. Profil 1: Prof. Dr. Aziz bin Deraman. Senadi, Bil. 1.
14 15
Koh Aik Khoon. 2009. Unforgettable chaaracters among our 1970
science cohort. Senadi, Bil. 2. 6 7.
Pertubuhan Alumni UKM. 2005. UKM: Pengiktirafan Kecemerlangan.
UKM A Tribute to Excellence. Kuala Lumpur. Tastax Raya Press
Sdn. Bhd.
Pertubuhan Alumni UKM 2007. UKM: Pengiktirafan Kecemerlangan
II.Bandar Baru Bangi. Fairpark Corporation Sdn. Bhd.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 263 07-Oct-10 9:16:58 AM

Vous aimerez peut-être aussi