Vous êtes sur la page 1sur 18

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 KONSEP DAN TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI (KBAT) 2

3.0 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN 5

4.0 RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 5 8

5.0 LAMPIRAN 1: CONTOH KAD IMBASAN 14

6.0 LAMPIRAN 2: CONTOH LEMBARAN KERJA 16

7.0 RUJUKAN 18

1
1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem
pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu
berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada
peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat menaikkan prestasi negara
khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran
Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2015. Aspirasi negara ini hanya akan tercapai sekiranya semua mata
pelajaran dapat menyerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam setiap mata
pelajaran yang diajar tidak kira di peringkat rendah atau pun menengah, Ia harus
dimulakan di peringkat rendah di mana salah satu mata pelajaran yang berkait rapat
dengan kehidupan seharian murid adalah Pendidikan Kesihatan.

2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan kemahiran intelek yang


tinggi. Kemahiran ini kebiasaannya akan merujuk kepada empat aras teratas dalam
Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

2
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif,
pemikiran logik, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya, murid
mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya
dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai
berfikir secara kritis dan kreatif.

Dengan memiliki kemahiran ini, murid bebas untuk membanding, membeza,


menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan
pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi
jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat sesuatu situasi yang diberikan oleh
guru daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk
kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi
keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu
dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan
mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan
kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka akan
pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka
peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-
sungguh. Sebenarnya, kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka
telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan
perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus
meniingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang
terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh
dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dengan
mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid
untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada
sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

3
Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung KBAT ialah
inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan,
sebaliknya tahu menggunakannya. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan
Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan
mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu kepada
peperiksaan dan menghafal. Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend
Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid
Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.
Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian
yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan
mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya. Kita menyedari
kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya HOTS diberi
penekanan, katanya kepada Berita Harian di sini.

Beliau berkata, walaupun KBAT wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak
dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan
pelajar secara semula jadi. Pelaksanaan KBAT di bawah PPPM kali ini difokuskan
kepada subjek Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh
membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat
bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan
pertandingan.

Mengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermaksud kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi dalam
pengejaran dan pembelajaran merujuk kepada kebijaksanaan seseorang guru memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

4
3.0 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN
Dengan perkataan yang lain strategi ini merujuk kepada teknik perancangan kaedah
serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran dengan berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak
terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Oleh hal
yang demikian, di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajran
merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :
i) penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
ii) pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.
iii) penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip
dan
teori pembelajaran.
iv) pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum.
iv) penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik
mengajar.
vi) pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,


menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian
yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada
beberapa contoh berikut :
i) strategi penggabung jalinan kemahiran-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan,
membaca
dan menulis.
ii) strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.
iii) strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.
iv) strategi penggabung jalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan.
v) strategi penggabung jalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.

5
Secara ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran,
pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pemilihan strategi pelaksanaan yang
sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu
strategi pemusatan guru, pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan
tugasan/aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir
hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan dan strategi
tugasan/aktiviti.

Strategi Pemusatan Murid


Program Kurikulum Standard Sekolah Rendah menekankan penglibatan murid dalam
aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid ini digalakkan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran dalam bilik darjah pemusatan murid
menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila matlamat pengajaran merangkumi
kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi ini dalah kaedah
kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main
peranan dan sumbangsaran.

Strategi berasaskan sumber/bahan


Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model,
gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen, projektor dan komputer. Bahan
pembelajaran pula adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti
buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat uji kaji dan komputer. Penggunaan
multimedia, CD ROM,Internet, E-mail, laman web dan pelbagai sofware yang merangsangkan
oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh meningkatkan perkembangan minda
murid dan daya intelektual mereka. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan bahan
atau sumber, aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh murid sendiri tanpa melibatkan

6
penglibatan guru. Ini membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan
mencapai sesuatu keputusan tanpa bantuan guru. Ini juga dapat menggalakan pemikiran kritis
dan kritikal murid.

Strategi berasaskan tugasan / aktiviti


Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid-
murid untuk mencapai objektif pelajaran. Melalui aktiviti murid, potensi intelek, rohani, sosial
dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di samping itu,
murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti berasaskan tugasan. Terdapat
beberapa jenis aktiviti dan tugasan yang boleh dijalankan antaranya ialah aktiviti membaca,
menulis, mengira, bermain, berbincang, membina model, melukis, menyelesaikan masalah,
menyanyi dan sebagainya.

4.0 RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

7
Tarikh : 30 Julai 2014
Masa : 7.30 8.30 am
Kelas : Tahun 5 Arif
Tunjang pembelajaran: 2. Gaya Hidup Sihat
Tajuk : 2.1 Pemakanan
Subtajuk : Pengenalan cara makan yang sihat untuk pertumbuhan badan
Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
Psikomotor
i. mengangkat tangan dan berdiri untuk menjawab soalan
ii. bergerak di dalam kelas sewaktu aktiviti perbincangan bersama
guru dan murid

Kognitif
i. mengenal pasti cara pemilihan makanan yang sesuai untuk
pertumbuhan badan sekurang-kurangnya 3 dari 5 dengan betul.

8
ii. menyenaraikan jenis makanan yang baik untuk pertumbuhan badan
sekurang-kurangnya 3 dari 5 dengan betul.
Afektif
i. menunjukkan perasaan bekerjasama semasa aktiviti perbincangan
ii. mengamalkan sikap prihatin dalam membantu rakan yang
memerlukan

Kemahiran Berfikir : Memberi sebab akibat, menghubung kait


Penerapan nilai : bekerjasama, prihatin
Penggabungjalinan : Pendidikan Moral dan Sains
Bahan Bantu Mengajar: Kad imbasan, Lembaran kerja

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI CATATAN


SET INDUKSI Guru mengutarakan soalan kepada

9
(10 minit) murid.
Soalan guru:
Apakah makanan yang diberi kepada
anda semasa bayi dan sekarang?
Murid akan memberikan maklum balas Sesi sumbang saran
terhadap soalan guru. dan soal jawab
Guru mengadakan sesi soal jawab
selepas sumbang saran
Soalan guru:
Pernahkah anda minum susu, makan Nilai:
sayur-sayuran dan buah-buahan? Prihatin terhadap
Kenapa anda perlu memakan makanan diri sendiri
tersebut?
Jawapan murid: Kemahiran Berfikir:
Menghubung kait
i. Pernah
ii. Untuk kesihatan, supaya tidak Strategi:
sakit, cepat besar, jadi gemuk dan Berpusatkan murid
lain-lain jawapan yang boleh
dibincangkan.
Murid dibantu oleh guru untuk membuat
hubung kait antara hasil sumbang saran
dan soalan yang diajukan dengan isi
pelajaran ,seterusnya memperkenalkan
tajuk Pemakanan yang sihat untuk
pertumbuhan badan.

PERKEMBANGAN
Langkah 1:
Pengenalan isi pelajaran Guru memberi penerangan berkaitan
(15 minit) piramid makanan.
Piramid makanan ialah satu carta
makanan yang membantu kita untuk
10
merancang pengambilan jenis-jenis
makanan yang sesuai untuk kita setiap
hari.
Langkah 2: Guru mengarahkan murid untuk
(15 minit) membentuk lima kumpulan dalam masa
5 minit.
Setelah selesai membentuk kumpulan, Nilai:
guru mengarahkan wakil setiap Bekerjasama
kumpulan untuk datang ke hadapan
untuk mengambil 2 keping kad imbasan.
Selepas semua wakil kumpulan Kemahiran Berfikir:
mengambil 2 keping kad imbasan, guru Menghubung kait
meminta mereka menunjukkan gambar
pada kad imbasan berkenaan kepada ahli
kumpulan masing-masing.
Guru mengadakan sesi soal jawab Strategi:
dengan murid. Berpusatkan bahan
Soalan guru:
i. Apa yang kamu dapat lihat pada
kad tersebut?
ii. Bagaimana cara memilih
makanan yang sihat?
Jawapan murid:
i. Piramid makanan dan senarai
makanan
ii. Melalui piramid makanan

Langkah 3 Dalam kumpulan yang sama, guru


Sesi perbincangan mengarahkan murid membincangkan
(10 minit) dan menyenaraikan makanan yang
sihat mengikut jenis-jenis makanan.
Langkah 4 Guru mengarahkan setiap kumpulan Nilai:
11
Sesi pembentangan hasil untuk membentangkan hasil Bekerjasama
perbincangan. perbincangan kumpulan masing-masing
(10 minit) di hadapan.
Aktiviti ini diselang seli dengan sesi soal Kemahiran Berfikir:
jawab. Memberi sebab dan
Menghubung kait
Soalan guru: Strategi:
i. Adakah kamu bersetuju dengan Berpusatkan bahan
pemilihan makanan yang
disediakan?
ii. Mengapa?
iii. Kenapa piramid makanan
berbentuk lebar di bawah dan
runcing di bahagian atas?
iv. Apakah kepentingan nutrien
nutrien makanan tersebut?
Jawapan murid:
i. Setuju atau tidak.
ii. Perlu piramid makanan dan lain-
lain.
iii. Kumpulan makan yang paling
bawah perlu diambil paling
banyak . Manakala yang paling
atas perlu diambil paling sedikit.
PENUTUP Guru mengajukan soalan kepada murid.
(10 minit) Guru mengedarkan lembaran kerja untuk
dilengkapkan oleh murid.
Soalan guru: Kemahiran Berfikir:
Berikan contoh makanan yang sihat Menghubung kait
untuk pertumbuhan badan.
Jawapan murid:
Susu, buah-buahan, sayur-sayuran, nasi,
air minuman dan lain-lain.
12
Rumusan Pengajaran dan
Pembelajaran
Kognitif Makanan yang dimakan akan
menentukan kesihatan diri seseorang
individu. Makanan yang sihat bukan
sahaja memberikan tenaga, malah
memastikan otak cerdas dan badan
cergas serta sihat.
Afektif Sentiasa bekerjasama semasa
perbincangan dan perlu prihatin terhadap
pertumbuhan badan dengan mengambil
makanan yang sihat.

LAMPIRAN 1

CONTOH KAD IMBASAN

13
14
15
LAMPIRAN 2

CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama : .
Kelas : ..
Tarikh : ..

Isikan tempat kosong dengan memberikan contoh makanan yang sesuai bagi piramid makan di
bawah:

16
RUJUKAN

1 Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2013, Bil. 1 Isu 1, Abu Bakar
Nordin Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

2 The Malaysia attitudes towards education. retreived from


http://www.staroba.my/education/1275-attitudes-towards-education.html

3 Berita Harian, 8 November 2014

4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Teknik Penyoalan , Kementerian Pendidikan Malaysia,


2013

5 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Tahun 5

17
18

Vous aimerez peut-être aussi