Vous êtes sur la page 1sur 3

Latihan Minda 1.

4 (Modul 1 :Pengenalan kepada Perakaunan)

1. Nyatakan andaian,prinsip dan batasan bagi setiap situasi berikut :

(a) Encik Samson mengambil barang niaga dari kedainya untuk kegunaan
anak.Perkara ini telah direkodkan dalam Akaun Ambilan.

= Entiti Berasingan

(b) Puan Halimah tidak bersetuju dengan keputusan pekongsinya mengubah kaedah
pengiraan susut nilai perniagaan kerana ini akan memberikan kesan kepada
Penyata Kewangan.

= Ketekalan

(c) Pak Abu seorang tukang gunting rambut mengenakan bayaran RM15 bagi setiap
pelanggan yang meminta perkhidmatan menggunting rambut daripadanya.

= Wang Sebagai Ukuran

(d) Perniagaan Salmah menyediakan Penyata Kewangan setiap enam bulan untuk
mengetahui prestasi perniagaannya.

= Tempoh Perakaunan

(e) Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh Kedai Roslan pada tahun 2012 dengan
harga RM 56000. Selepas 3 tahun,kenderaan mengalami kejatuhan harga kepada
RM 35 000 sahaja. Dalam Penyata Kewangan Kedai Roslan,kenderaan tersebut tetap
direkodkan sebagai RM 56 000.

= Prinsip Kos

(f) Ketika menyediakan Penyata Kewangan semua belanja belum bayar dan
prabayar perlu di ambil kira semasa menghitung untung bersih perniagaan.

= Pengiktirafan Hasil dan Belanja

(g) Kilang Kain Wangsa Maju membuat keputusan membeli sebuah mesin kain yang
lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun
akan datang.

= Kos Manfaat

(h) Seorang pekongsi telah membawa masuk tunai RM 50 000 ke dalam


perkongsian untuk meningkatkan kecairan tunai perkongsian. Perkara ini telah
direkodkan ke dalam Akaun Modal pekongsi berkenaan.

= Usaha Berterusan
2. Terangkan secara ringkas tentang kos manfaat.

kos penyediaan maklumat < nilai maklumat


mengkaji sejauh mana pendapatan boleh menanggung kos sesuatu
projek
pendapatan yang optimum dan kos yang minimum memperoleh
untung yang bersih yang tinggi dan kedudukan yang kukuh
menggunakan pendapatan yang diperoleh bagi sesuatu perkara atau
projek yang hasilnya menguntungkan menggunakan modal yang
minima

3. Encik Sim memiliki Hotel Riang yang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember
setiap tahun. Pada 15 September 2016,seorang pelancong Encik Puvan telah
membuat tempahan bilik berharga RM 450 bagi percutian pada bulan Februari
2017. Tempahan ini telah dibayar penuh oleh Encik Puvan dengan menggunakan
kad kredit.

Di bawah prinsip pengiktirafan hasil dan belanja,adakah Encik Sim patut mengiktiraf
tempahan Encik Puvan sebagai hasil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2016?

Berikan alasan anda.

= Encik Sim perlu mengiktiraf tempahan Encik Puvan sebagai hasil bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 kerana Encik Puvan membuat
tempahan pada 15 September 2016 iaitu sebelum tahun kewangan Hotel
Riang Encik Sim berakhir pada 31 Disember 2016 bagi membolehkan Encik
Sim mengetahui untung bersih sebenar yang diperoleh tahun itu,
walaupun Encik Puvan menempah bilik itu bagi percutian pada bulan
Februari 2017.

4. Encik Silva membayar sewa kediaman dengan tunai daripada kedainya.


Namun,beliau merekodkan bayaran sewa kediaman itu sebagai belanja sewa premis
kedai.

Nyatakan satu andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Encik Silva.

= Entiti berasingan

Vous aimerez peut-être aussi