Vous êtes sur la page 1sur 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

MUR
AL

(PROGRAM PPISMP PSV SEM-3)


PROJEK KELAB PENDIDIKAN SENI VISUAL, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN
KERTAS KERJA

PROJEK MURAL GURU PELATIH PPISMP PSV SEM-3

ANJURAN KELAB PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.0 PENGENALAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga maktab
melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di maktab adalah
sebagai wahana untuk merealisasikan *pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang berkembang di persekitaran maktab yang kondusif. Mural yang dibina
adalah bahan alatan yang selalu digunakan oleh pelajar terutama semasa
menyiapkan kerja khusus PSV. Penggunaan nama alatan, bahagian utama dan
fungsi yang betul amat perlu terutama semasa pelajar hendak menjawab soalan
peperiksaan.

2.0 RASIONAL
Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran maktab yang kondusif
menjadi agenda penting dalam rutin seharian di maktab. Persekitaran yang
diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan
maktab dan para guru pelatih. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian
ramai, kawasan persekitaran maktab mestilah berperanan dalam menarik
perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang
kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik
melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung guru
pelatih yang melalui kawasan bengkel PSV akan membaca nama alatan, fungsi
alatan. Mural yang dibina juga dapat digunakan untuk memantapkan ingatan dan
di guna ketika p&p PSV sebagai bahan bantu mengajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1) Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan
sumber perhatian terutama guru pelatih dan juga tetatu yang selalu
mengunjungi maktab.

3.2) Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada pensyarah
dan kakitangan melepaskan serabut dengan mensyukuri nikmat ciptaan Illahi.

3.3) Hasil kerja guru pelatih sebagai buah tangan / kenang-kenangan bila guru
pelatih meninggalkan alam maktab kelak.

3.4) Melatih guru pelatih untuk belajar melukis mural. Supaya mereka boleh
mendidik anak buah untuk melukis mural di sekolah kelak.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 4 29 Jun 2013

Masa : 5 petang 7 malam

Tempat : Sekitar Bengkel PSV, IPG Kampus Raja Melewar

5.0 SASARAN
Guru pelatih PPISMP PSV Sem-3, IPG Kampus Raja Melewar

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung : Tuan Haji Musa Abdullah
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

Penasihat : Pn Hartini Binti Kana


Pensyarah Pen. Seni Visual

Penyelaras Projek : Pn Rasati A/P Selvarajah

Pengerusi : En Devendran A/L T.Kalaichelvam

Setiausaha : En Kalai Selvan A/L Periasamy

Bendahari : Cik Sobana A/P Krishnan

Ahli Jawatankuasa:-

Peralatan : Pn Menaga A/P Thannirmalai

Cik Saraswathi A/P Somu

Cik Tharsini A/P Krishnasamy Naidu

Dekorasi Bengkel : Cik Ravina Devi A/P Rambiyah

Cik Piraba A/P Bucyah

Cik Cithara Devi A/P Logitasan

Juru Kamera : Pn Ratika A/P Pitchan

Kebersihan : Cik Parameswari A/P Vinayagam

Cik Puskala A/P Barameswaran

7.0 KANDUNGAN PROGRAM


Bil Aktiviti Bahan yang Tindakan
diperlukan
Kertas
1 Pembinaaan kertas kerja ink Pengurus projek
komputer

Perbincangan dengan Pengurus projek


2 pensyarah PSV untuk dapatkan Kertas cadangan Pensyarah PSV
khidmat dan nasihat dan cara Pengarah
untuk dapatkan kelulusan dan
sokongan pengarah

Bincang dengan Jabatan Sains Pengurus projek


3 Sosial untuk dapatkan dana dan Nota minta Pengarah
peruntukan dengan izin Jabatan Sains Sosial
pengarah

Memilih guru pelatih yang Alatan dan bahan Pengurus projek minta
4 berbakat dalam bidang seni untuk melakar pada bantuan dan khidmat
dengan dibimbing oleh dinding asas nasihat daripada
pensyarah yang mengajar pembinaan mural pensyarah PSV
Pendidikan Seni Visual

Isi nota minta dan dapatkan Cat mural Pengurus projek


5 tandatangan kebenaran khas Alatan dan bahan Jabatan Sains Sosial
pengarah untuk Pembelian melukis mural
bahan utama untuk melukis
mural

6 Mulakan proses melukis mural Bahan dan alatan Pengurus projek di


melukis bantu dengan AJK

7 Refleksi dan pendokumentasian Kertas Pengurus projek


pendokumentasian

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1
Cat mural 2 liter
- Biru 1 RM 25.00
- Kuning
1 RM 25.00
- Merah
1 RM 25.00

2 Berus Cat
- Roller Cat 4 RM 20.00
- Berus 4inci
4 RM 30.00

JUMLAH RM125.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Pihak Jabatan Sains Sosial

10.0 PENUTUP
Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan
memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab
Pendidikan Seni Visual bagi tahun 2013. Di harap projek Mural PSV ini dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu flatfom para
guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik kuliah.
Diharap hasil mural sekitar bengkel PSV ini nanti akan lebih menceriakan lagi
persekitaran IPG Kampus Raja Melewar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.............................................................. ...................................................
(EN KALAI SELVAN A/L PERIASAMY) (PN HARTINI BINTI KANA)
SETIAUSAHA PENSYARAH
KELAB PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Disahkan oleh,

.................................................
(TUAN HAJI AHMAD)
KETUA UNIT
JABATAN SAINS SOSIAL

Ulasan :

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan / tidak meluluskan


program dalam kertas kerja ini.

..
TUAN HAJI MUSA ABDULLAH
PENGARAH
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

Vous aimerez peut-être aussi