Vous êtes sur la page 1sur 3

Skrip Cerita Tahap 1

KISAH RAJA BERSIONG

Assalamualaikum pembuka bicara,


Buat hadirin hadirat semua,
Datang ke sini menyampaikan cerita,
Sekadar hiburan kita bersama,

Raja Bersiong tajuk diberi,


Kisah dongeng mencuit hati,
Negeri Kedah asalnya peri,
Dengarlah kawan cerita ku ini.

Pada zaman duhulu, negeri Kedah diperintah oleh seorang raja yang adil.

Seluruh rakyat taat dan setia akan baginda dan permaisurinya. Baginda berdua

tinggal di sebuah istana yang indah. Di dalam istana terdapat ramai pembesar

dan panglima. Mereka menjalankan tugas masing-masing. Di istana itu juga

terdapat hulubalang, dayang-dayang dan tukang masak.

Pada suatu hari, baginda telah pergi ke tempat memasak. Baginda


meminta tukang masak menyedikan makanan yang lazat-lazat untuk baginda.
Setelah baginda pergi dari situ, ketua tukang masak itu pun menyediakan
pelbagai jenis makanan yang lazat. Tentu baginda akan berselera menjamah
makanan pada hari itu.

Tanpa diduga, semasa memotong sayur, tiba-tiba jari ketua tukang masak
itu terkena pisau. Jari ketua tukang masak itu pun luka dan berdarah. Namun, dia
merahsiakan perkara itu. Lauk yang dimasak itu bercampur dengan darah.Ketua
tukang masak sedar akan hal itu. Baginda raja tidak mengetahui apa yang
berlaku.

Setelah makanan siap, baginda raja pun menjamah masakan tersebut.


Baginda merasakan bahawa masakan pada hari itu lebih sedap dan lazat.
Baginda memuji ketua tukang masak itu. Esoknya, ketua tukang masak terpaksa
memasak untuk baginda lagi. Namun, masakannya tidak seenak semalam.
Baginda raja menjadi murka.

Kenapa hari ini masakan kamu tidak sedap? tanya baginda kepada tukang
masak.
Ketua tukang masak benar-benar berasa cemas.

Kalau masakan kamu tidak sedap lagi, beta akan hukum kamu! titah baginda
dengan murka.

Ketua tukang masak itu menggigil ketakutan.

Ketua tukang masak berfikir, mengapa masakannya pada hari ini tidak sedap.

Mungkin kerana tidak bercampur dengan darah, katanya lagi.

Ketua tukang masak tidak mahu baginda murka lagi. Kali ini, masakannya
dicampur dengan darah jarinya yang luka.

Tentu baginda akan lebih berselera menjamah masakan aku kali ini kata ketua
tukang masak dalam hatinya.

Baginda amat gembira dan memuji keenakan makanan pada hari itu.

Senang nya dalam hati, perut sudah berisi,seperti hai dunia beta miliki.Kepada
tukangmasak, beta sayang padamu,masakan memang sedap beta tak
jemu,ha,ha,ha.

Rupa-rupanya baginda telah ketagih makanan bercampur darah. Namun,


tiada siapa yang tahu akan hal sebenarnya.

Oleh sebab baginda semakin ketagihkan darah, akhirnya gigi baginda


ditumbuh siong. Lama-kelamaan siong itu semakin panjang dan tajam. Baginda
mula berasa malu.

Pada suatu malam, baginda tidak dapat menahan ketagihannya itu,


baginda terus menangkap seorang lelaki lalu menghisap darah pada tengkuk
lelaki itu.

Perbuatan baginda itu dilihat oleh beberapa orang yang berada di tempat
itu. Meraka benar-benar terkejut.

Raja hisap darah! Raja hisap darah! jerit meeka yang ternampak baginda
sedang menghisap darah lelaki itu.

Jeritan itu membuatkan semakin ramai rakyat baginda mengetahui akan


perbuatan raja mereka yang ketagih darah.
Baginda berasa amat malu akan perkara itu. Akhirnya, baginda pun melarikan
diri ke dalam hutan.

Semenjak hari itu, rakyat negeri Kedahberasa sedih kerana raja mereka
mempunyai siong yang panjang.

Kawan-kawan, kisah ini hanyalah dongeng sahaja.Baginda Sultan Kedah


kita kacak dan segak orangnya. Bukan sahaja baik budi tetapi juga disayangi
rakyat seluruh negeri.

Berakhirlah sudah cerita ku ini,


Harap semua terhibur di hati,
Salah dan silap harap maafi,
Bertemu semula di lain hari.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah,wassalamualaikum,warahmatullah


hiwabarakatuh...

Sekian, wabilahitaufikwalhidayah, WassalamMualaikumWarahmatullah.

Vous aimerez peut-être aussi