Vous êtes sur la page 1sur 5

TEMA

Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.


Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari
kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

PERSOALAN
Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan
diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

Kebijaksanaan mencari akal.


o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri
itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

Seorang lelaki.
Seorang anak yatim piatu.

Anak bongsu daripada dua beradik.

Seorang yang berani.

Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa


pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.

Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam


luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih

Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.

Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di
kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.


Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi
dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Si Sulung

Abang kepada Si Bongsu


Anak yatim piatu.

Seorang yang setia.

o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.
Anak yang cacat.

o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan
kedua tumitnya berlubang.
Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati

o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si
Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.

o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di


dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati

o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.

Seorang yang cerdik


o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit
nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit
Seekor burung yang tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada
padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
Seekor burung yang licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi
sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi
menunjukkan kebenarannya.
LATAR
Latar Masa

Waktu siang.

o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai
mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

Di kampung

o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan
bagi menampung keperluan mereka.

Di Kayangan

o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di


o kayangan.

Di kolam

o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan
peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.

o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.

o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke
bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA

Peribahasa

o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda

o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope
o Contoh: tak, ku

imej alam

o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.

o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

Simile.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

NILAI

Nilai keberanian.

o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa
turun ke bumi.

Nilai kesetiaan

o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.

o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Nilai kebijaksanaan.

o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.

o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.

o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi
di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.
Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.

o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan
bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Vous aimerez peut-être aussi