Vous êtes sur la page 1sur 13

1.

0 PENGHARGAAN

Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja khusus ini, saya telah memperoleh banyak
bantuan dan tunjuk ajar yang berharga daripada pelbagai pihak. Dengan bantuan dan tunjuk
ajar yang diterima, barulah saya dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan baik dan lancar.
Selain itu, hal ini juga membolehkan saya menghantar kerja khusus ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Encik Hairi Yahya yang telah memberi banyak tunjuk ajar serta maklumat dan cadangan
yang amat bernas kepada saya. Beliau telah memberi penjelasan yang jelas serta membantu
saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam projek kerja khusus ini dengan penuh
kesabaran. Beliau juga memberi tunjuk ajar serta maklumat yang lengkap sepanjang
pelaksanaan kerja khusus ini, dan hal ini telah menyenangkan dan mempercepatkan proses
penghasilan kerja khusus ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih dengan rakan-rakan saya yang sudi berkongsi
maklumat dengan saya. Kami saling menolong dan memberi pendapat serta nasihat-menasihati
antara satu sama lain demi menyiapkan kerja khusus ini dengan baik.

Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada pihak-pihak lain seperti penerbit-penerbit
buku dan pihak media massa seperti internet yang telah memberi maklumat yang lebih lengkap
dalam penghasilan kerja khusus ini. Dengan bantuan semua, barulah saya dapat menyiapkan
kerja khusus ini dengan lancar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

1
2.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia pada asasnya terbahagi kepada dua zaman yang ketara iaitu,
zaman sebelum kemerdekaan dan zaman selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.
Oleh itu, pendidikan sejarah juga tidak terkecuali dalam mengikut perubahan zaman tersebut.
Sememangnya, sejak zaman sebelum merdeka lagi mata pelajaran sejarah dianggap penting
dan mesti diajar di bangku sekolah rendah lagi. Secara umumnya, perkataan sejarah itu
merujuk kepada peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu. Selalunya, rekod-rekod
sejarah merujuk kepada kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan. Oleh itu, apabila
menyebut tentang kegemilangan sesebuah kerajaan pada masa silam mampu unutk
mewujudkan rasa kasih dan sayang terhadap negaranya sekaligus mewujudkan perasaan
semangat patriotisme.

Pada peringkat awal pendidikan sejarah diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu


adalah lebih bersifat kesusasteraan Melayu Klasik. Di mana, pendidikan sejarah kurang ditekan
oleh British kerana mereka bimbang mampu mengugat kepentingan ekonomi dan politik
terhadap Tanah Melayu. Penekanan terhadap subjek sejarah ini dimulakan sejak Tanah Melayu
belum mencapai kemerdekaan lagi iaitu pada tahun 1956 mata pelajaran tawarikh
diperkenalkan di sekolah rendah. Subjek sejarah sering diberi penekanan oleh kerajaan
Malaysia semenjak sebelum merdeka sehingga hari ini. Objektifnya adalah untuk menyemai
kefahaman terhadap mata pelajaran Sejarah sejak sekolah rendah lagi. Ini adalah disebabkan
mata pelajaran sejarahlah mampu untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat Malaysia.

Jika sebelum ini, aspek mata pelajaran hanya diselitkan dalam mata pelajaran kajian
tempatan yang merangkumi aspek sikap tanggungjawab terhadap segenap aspek memahami
keadaan fizikal setempat dan negara, serta mengenali dan menghargai tokoh-tokoh dan
sumbangan mereka. Oleh itu, disebabkan subjek kajian tempatan mempunyai banyak objektif,
maka semangat petriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia agak kurang. Justeru, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 menjadikan mata
pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras mulai darjah empat semasa sekolah rendah.

2
Pengenalan yang awal kepada pelajar sekolah rendah ini adalah bertujuan untuk memupuk
minat para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah sebelum mereka memasuki alam
persekolahan menengah di samping membentuk generasi upaya ekonomi, sosial dan politik
negara.

3.0 ALAT DEDUKTIF TUNJANG PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Terdapat enam tunjang telah dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu,
tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Malah, setiap tunjang adalah saling berhubung
kait dan bersepadu.

Salah satu tunjang yang memainkan peranan penting dalam pendidikan kebangsaan ialah
tunjang kemanusiaan yang melibatkan banyak aspek dari segi politik negara, ekonomi dan
sosial. Hal ini adalah kerana tunjang kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan
ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam tunjang
kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai tahap II persekolahan untuk memupuk
semangat cinta akan negara dalam kalangan murid.

Elemen Merentas Kurikulum pula merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan untuk
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti bahasa,
nilai murni dan patriotisme iaitu unsur-unsur yang telah dirangkumi dalam mata pelajaran
Sejarah dengan matlamatnya untuk membangunkan bangsa dan negara melalui pendidikan
yang berkesan. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu kreativiti dan inovasi,

3
Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi turut dikenal pasti sebagai
pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

4.0 PEMBINAAN DAN PENYATUAN BANGSA

Sejarah perkembangan negara boleh dijadikan pedoman dan dalam masa yang sama
memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang kesan daripada peristiwa yang sudah berlaku.
Sejarah juga memberi banyak pengajaran yang berkait rapat dengan jatuh bangun sesuatu
bangsa dan negara. Sejarah terbukti mampu membentuk jati diri bangsa dan negara. Tanpa
pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah, kita mungkin akan mengulangi kesilapan-
kesilapan yang telah berlaku di masa lalu.

Idea sejarah yang dikemukakan oleh Collingwoods (1953) memperlihatkan kepentingan


sejarah sebagai asas penting dalam pembinaan bangsa. Sejarah mengikut Collingwood
merupakan `Philosophy of Human Nature yang boleh dijadikan panduan dan asas pembinaan
bangsa. Sejarah dalam konteks ini membantu kita membentuk teori sosial dan budaya; di
samping ianya penting kepada pengkonstrukan teori kegiatan manusia yang meliputi pemikiran,
perlakuan dan tindakan-tindakan yang dilakukan.

Justeru, pengajaran sejarah sentiasa dimurnikan agar usaha ke arah pembinaan kekuatan
dan ketahanan bangsa, memberi sumber kekuatan seperti yang diperbincangkan oleh Hoht
(1968) memberi iktibar yang berkesan kepada kita untuk dijadikan panduan dan teladan dalam
usaha membangunkan bangsa dan negara.

Penekanan kepada konsep `Malayanization dalam sejarah pula adalah untuk membina satu
bangsa Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke
arah masa depan pembangunan bangsa. Pembinaan ciri-ciri kenegaraan yang bertunjangkan
konsep `Malaysianization ialah satu proses membina generasi baru Malaysia yang
berpendidikan dan berkiblatkan Malaysia, menggunakan bahasa Melayu sebagai lambang
penyatuan dan kekuatan budaya bangsa, menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia,
mempelajari sejarah negara dan mendukung aspirasi baru pembinaan negara Malaysia.

4
5.0 MENANAMKAN KESEDARAN, TOLERANSI DAN KEPEKAAN BERKONGSI
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASA DEPAN NEGARA

Tema yang digunakan dalam kurikulum sejarah sekolah rendah ialah tema Mengenali
Negara Kita, Sejarah Negara kita, Kewangan dan Cinta Akan Tanah Air. Melalui tema-tema
yang unik ini, sejarah mampu melahirkan sikap ingin tahu murid terhadap apa yang
dipelajarainya. Konsep sebab dan akibat terhadap sesuatu perkara sangat ditekankan di dalam
kurikulum sejarah. Ia juga akan menekankan kepentingan sejarah dalam kehidupan serta
menjadikan masyarakat Malaysia sebagai satu masyarakat yang mengambil iktibar daripada
peristiwa sejarah dalam usaha mengekalkan kemamanan serta keharmonian negara kita.

Di samping itu, sukatan pelajaran sejarah turut merangkumi keunikan tanah air agar ianya
mampu untuk menerangkan tentang keunikan cara hidup di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk
melahirkan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia berikutan Malaysia
mempunyai masyarakat majmuk. Selain itu, sejarah bertujuan untuk mempertahankan identiti
dan warisan negara di samping memahami perbezaan kaum, bangsa, agama dalam memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini penting bagi mengelakkan peristiwa 13
Mei berulang. Seandainya, semua aspek ini mampu disemai dalam setiap murid sejak sekolah
rendah, sudah tentu perpaduan mampu dikekalkan dalam setiap bangsa. Dalam elemen
kedaulatan negara pula, murid akan diberi penerangan dengan pencapaian negara dari
segenap aspek merangkumi aspek ekonomi, sosial serta pencapaian negara di peringkat
antarabangsa. Melalui elemen ini, semangat bangga seterusnya merebak menjadi cinta akan
negara pula dapat dipupuk. Selain itu, elemen ini juga mampu unutk menambah pengetahuan
murid-murid dalam menghadapi cabaran bagi mengekalkan kedaulatan negara.

Warganegara dan patriotisme juga mempunyai semangat kekitaan atau dalam konteks yang
lebih luas ialah semangat kenegaraan. Konsep ini secara tidak langsung menjelaskan
pembentukan sebuah masyarakat yang adil dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama
oleh rakyat dengan cara seimbang dan jurang perbezaan antara kaum dapat dielakkan. Situasi

5
begini akan dapat mengelakkan berlakunya ketidaktenteraman dalam negara lantaran
terdapatnya perbezaan jurang yang besar antara masyarakat di negara kita.

6.0 MEMBANGKITKAN IMEJ BARU NEGARA BANGSA MALAYSIA

Konsep negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu negara, individu
dan bangsa. Di Malaysia, pembinaan negara bangsa sudah menjadi matlamat utama yang ingin
dicapai kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai
kaum.

Menurut Jayum A.Jawan (1997), pembinaan negara bangsa merujuk kepada proses
memupuk penghayatan dan pengalaman sifat-sifat kenegaraan dan sesebuah negara yang
bertaraf bangsa yang sudah mencapai suatu tahap integrasi dan perpaduan yang sempurna.
Selaras dengan pembentukan wawasan negara bangsa, pendidikan berperanan sebagai alat
sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej baru Malaysia
sebagai sebuah negara bangsa. Sejarah boleh digunakan sebagai asas pembinaan negara
bangsa melalui proses-proses membentuk kesinambungan, perpaduan, negara bangsa,
mengorak perubahan sosial, ekonomi bangsa negara serta sumber inspirasi. Proses
kesinambungan ini dapat diperoleh melalui pendidikan sejarah serta membolehkan pembinaan
negara bangsa dicapai hasil penelitian terhadap pembentukan masyarakat.

Lambang-lambang kenegaraan yang berteraskan kepada Negara-Bangsa ditonjolkan bukan


sahaja sebagai satu penghayatan kesedaran tetapi juga bagi tujuan melambangkan cita-cita,
keunggulan, kebanggaan, perpaduan dan kedaulatan bangsa dan negara. Asas-asas
pembinaan negara bangsa ini pula diperkukuhkan dengan merujuk kepada sejarah awal
ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan
nasib bangsa yang telah mengalami proses penjajahan sama ada oleh kuasa barat mahupun
kuasa-kuasa lain.

Selaras dengan pembentukan wawasan Negara-Bangsa, pendidikan di Malaysia akan


berperanan sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan

6
imej baru negara Malaysia sebagai Negara-Bangsa. Slogan baru seperti `Malaysia Boleh,
Demokrasi model Malaysia, Nilai-nilai Malaysia, Wawasan Malaysia dikira turut menyumbang
kepada rangka model Negara-Bangsa yang dihasratkan nanti. Pendidikan juga akan menjadi
alat pembangunan bagi merealisasikan impian dan cita-cita menjadikan Malaysia negara
membangun sepenuhnya dalam abad ke-21.

7.0 PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSEMANGAT PERPADUAN DAN


KEKITAAN

Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mempunyai risiko untuk berkonik,
malah dalam kalangan bangsa yang sama, banyak masalah yang timbul. Bagi menjaga
keharmonian negara, masyarakat Malaysia perlu sentiasa menjaga perhubungan kaum agar
dapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

Menurut Simon Fisheret al(2000), konik dalam masyarakat disebabkan oleh polarisasi,
ketidakpercayaan, dan permusuhan di antara kelompok-kelompok yang berbeza. Teori ini boleh
menjadi tunjuk sebab mengapa perpaduan negara ini sukar untuk dicapai secara keseluruhan,
di mana rakyat yang berbilang kaum mempunyai pemikiran dan persepsi yang negatif terhadap
kaum lain. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar kepada kita
bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. A.Aziz
Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi pengajaran kepada kita. Kita selama
ini rupa-rupanya gagal menyatupadukan rakyat. Perpaduan mungkin berada di kulit yang nipis
secara luaran dalam lingkungan politik, tetapi tidak berakar umbi. Peristiwa ini mengajar
kerajaan berfikir semula dan mengatur langkah baru untuk mengukuhkan perpaduan.

Melalui pelaksanaan dasar pendidikan yang terancang iaitu pembelajaran sejarah dan
hubungan masyarakat yang baik,maka tentunya perpaduan di kalangan Masyarakat Malaysia
semakin kukuh. Maka asas perpaduan di negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah
memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah.

7
8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kurikulum sejarah dilihat mampu untuk menjadi wadah bagi
kerajaan Malaysia untuk melahirkan warganegara yang bersatu padu, mempunyai perasaan
bangga, berpengetahuan luas tentang negara, serta mampu untuk menghayati dan
mengamalkan ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Elemen-elemen yang diterapkan dalam
kurikulum sejarah mampu untuk menerapkan nilai-nilai yang akan membentuk kehidupan ke
arah yang lebih patriotik dan mempunyai jati diri yang kukuh. Namun, atas sebab bahawa
subjek sejarah ini merupakan suatu kurikulum yang agak baru, maka pihak kerajaan
sewajarnya memberikan penumpuan sepenuhnya kepada kurikulum ini dan tidak sekadar
melepaskan batuk di tangga. Pendekatan yang menarik perlulah digunakan oleh para guru
sejarah agar mampu menarik minat para pelajar dalam mempelajari sejarah seterusnya dapat
memberi kesedaran akan kepentingan untuk menjaga perpaduan dan kedaulatan negara.

8
9.0 REFLEKSI

Sebenarnya, kali ini merupakan kali pertama saya membuat kerja kursus. Hal ini adalah
kerana saya tidak pernah membuat kerja kursus semasa saya berada di sekolah menengah
atau sekolah rendah. Oleh itu, kerja kursus yang saya hasilkan ini mungkin kurang baik kerana
saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dan keyakinan dalam membuat kerja kursus.
Sepanjang menghasilkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah dan
dugaan. Dengan membincang dengan pensyarah dan rakan sebaya saya, akhirnya saya juga
sempat menyiapkan kerja kursus ini pada tarikh yang ditetapkan.

Encik Hairi, selaku pebimbing serta merangkap pensyarah Perkembangan Mata


Pelajaran Sejarah dalam Pendidikan di Malaysia, ingin sekali saya ucapkan jutaan terima kasih
kerana banyak memberi tunjuk ajar, malah dorongan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun beliau sering menghadapi kesibukan dalam
menjalankan tugas tetapi dalam soal pendidikan anak didiknya sentiasa diutamakan.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah melalui pelbagai pengalaman.
Sebagai contohnya, dari segi perolehan ilmu melalui penggunaan internet. Sebelum ini, saya
tidak berapa mahir dalam penggunaan internet untuk mencari maklumat. Dengan
melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat peluang untuk mengetahui bagaimana cara untuk
mencari maklumat internet dengan lebih berkesan dan cepat melaui pertolongan daripada
rakan-rakan saya. Di samping itu, saya juga mempelajai bagaimana mengaji teks dan
menguruskan maklumat yang saya dapat.

9
Tambahan pula, dengan pelbagai tugasan yang diterima menerusi subjek lain, kami
mengalami kesuntukan masa. Namun demikian, ia sedikit pun tidak menjejaskan tugasan ini.
Malah, saya dapat menyiapkannya dengan jayanya serta teliti, bak kata pepatah hendak seribu
daya,tidak hendak seribu dalih.

Walaupun begitu, saya telah mengalami kekangan dalam proses menghasilkan kerja
kursus ini. Dengan menjalankan kerja kursus ini, saya telah membaca dan memahami
maklumat yang berkaitan tajuk-tajuk isu yang terdapat dalam tugasan ini serta juga pasti
maklumat tersebut adalah relevan dan tepat. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui
tentang bagaimana pengurusan grafik dan menyusun maklumat serta juga meletakkan gambar-
gambar yang sesuai dalam kerja kursus ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa selepas menjalankan kerja kursus ini, saya telah
menambah ilmu pengetahuan saya tentang kepentingan mata pelajaran Sejarah dalam
membangunkan bangsa dan negara. Hal ini telah memberi pengetahuan serta maklumat yang
lebih jelas kepada saya dalam kerja kursus ini. Kurikulum Sejarah bukan sahaja dapat membina
dan menyatukan bangsa, bahkan juga boleh mengukuhkan perpaduan di negara Malaysia. Hal
ini telah membuatkan saya sedar akan kepentingan pembelajaran Sejarah dalam usaha untuk
membangkitkan imej baru negara bangsa Malaysia. Saya yakin apa yang saya pelajari dalam
kerja kursus ini pasti akan berguna pada masa depan saya.

Saya telah menghadapi pelbagai masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini seperti
masalah kekurangan kemahiran untuk mencari maklumat dan kekurangan pengetahuan untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu saya telah melayari internet untuk mencari dan
memahami isu-isu yang berkenaan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga
mengalami masalah kekurangan sumber-sumber di perpustakaan, hal ini menyebabkan saya
mengalami kesusahan dalam membuat kerja kursus ini. Manakala, saya telah dapat cari
maklumat daripada perpustakaan walaupun ia adalah sikit tetapi ia amat berkesan dalam kerja
kursus ini. Oleh itu, saya juga meminta tunjuk ajar daripada pensyarah dan juga rakan-rakan
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

10
Akhir sekali, dalam proses menjalankan kerja kursus ini, saya telah dapat mengetahui
apakah kelebihan dan kelemahan saya dalam membuat kerja kursus. Saya juga mendapat
pengalaman tentang bagaimana cara hendak menyelesaikan sesuatu kerja kursus. Justerunya,
saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap
apa yang telah saya pelajari ini akan memanfaatkan masa depan saya. Lantaran itu, saya akan
lebih berusaha lagi pada masa hadapan demi menghasilkan sebuah kerja kursus yang baik.

11
10.0 RUJUKAN

KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA.


(2010, 6 12). Retrieved from Blogger: http://kakayapgsr-
amal.blogspot.com/2010/06/kepentingan-sejarah-perkembangan-negara.html
(tarikh akses: 01.08.2015)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2012, 5 24). Retrieved from Portal Rasmi:
http://sksyp2.blogspot.com/2012/05/kurikulum-standard-sekolah-rendah-
kssr.html

(tarikh akses: 01.08.2015)

Pembinaan Negara Bangsa. (2013, 8 25). Retrieved from Blogger:


http://ezzadamiyya.blogspot.com/2013/08/pembinaan-negara-bangsa.html
(tarikh akses: 01.08.2015)
Pendidikan Sejarah dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. (2012, 2 10).
Retrieved from Blogger: http://dunianura.blogspot.com/2012/02/pendidikan-
sejarah-dalam-memupuk.html
(tarikh akses: 01.08.2015)
S.K.Kochhar. (2008). Pembelajaran Sejarah. Jakarta: Sterling Publisher Pvt.Ltd. New
Delhi. Retrieved from https://books.google.com.my/books?
id=aR2weV4UpXkC&pg=PA32&lpg=PA32&dq=sejarah+menanamkan+tolera
nsi&source=bl&ots=0oO9ckVid2&sig=PUMf-wAy9-
RVL9nQFNDZoVM9Qh8&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=sejarah
%20menanamkan%20toleransi&f=false
(tarikh akses: 01.08.2015)
Sejarah Memugar Peradaban Bangsa. (2011, 3 4). Retrieved from Blogger:
https://mindainteraktif.wordpress.com/2011/03/04/sejarah-memugar-
peradaban-bangsa/

12
(tarikh akses: 01.08.2015)
Tian, K. X. (n.d.). Kurikulum Sejarah sehingga munculnya KSSR. Retrieved from
Academia:
https://www.academia.edu/8082824/Kurikulum_Sejarah_sehingga_munculnya
_KSSR
(tarikh akses: 01.08.2015)

13

Vous aimerez peut-être aussi