Vous êtes sur la page 1sur 12

Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu

HBML 2103

Pengenalan

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan
membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar
murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya berlaku di sekolah ialah pengajaran
tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara
langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus
terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya
pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk
memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula,
mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara
itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Walaupun tatabahasa itu tidak merupakan satu mata pelajaran yang diajar secara
formal tetapi aspek ini adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
tatabahasa bertujuan menentukan samada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut peraturan
tatabahasa atau resam bahasa itu. Selain daripada itu pengajaran tatabahasa ini penting kepada
pelajar dalam peperiksaan kerana soalan-soalannya terkandung juga tatabahasa. Pengajaran
tatabahasa ini juga penting dan berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar- pelajar pada
peringkat tinggi, terutama bangsa asing, disebabkan mereka lebih suka belajar menerusi
undang undang atau peraturan peraturan yang tertentu.

Pengajaran tatabahasa biasanya diajarkan secara tidak langsung. Aspek aspek yang
hendak diajarkan itu biasanya ditemui ketika guru menyampaikan pelajaran dalam bacaan,
puisi atau karangan. Segala penerangan atau penjelasan dilakukan dengan bantuan contoh
contoh daripada bahan bahan tatabahasa itu dalam situasi yang sesuai. Murid murid diberi
latihan dalam bentuk latih tubi untuk menguasai kemahiran tatabahasa yang diajar.

Walaupun pengajaran tatabahasa di sekolah tidak digalakkan diajar secara berasingan,


guru-guru masih boleh mengajar dengan memberikan tumpuan khusus kepadanya. Ia
disampaikan sebagai satu mata pelajaran yang khusus dalam satu-satu waktu tertentu.
Walaupun begitu kemahiran-kemahiran lain seperti membaca dan menulis harus dijalankan
serentak iaitu digabungjalinkan dengan pengajaran tatabahasa itu.

1
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Konsep aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas
dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut sistem yang betul
semasa membina ayat. Selain itu aspek sebutan dan intonasiserta simentik serta penggunaan
peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa juga diberi penekanan melalui penghubungjalinan kemahiran bahasa
dan pengajaran dan pembelajaran.

Objektif aspek tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan


berkeupayaan dalam memahami dan menggunakan kata nama am, kata nama khas, kata ganti
nama diri pertama dan kedua serta penggunaan kata kerja yang betul. Selain itu murid juga
harus mengetahui dan memahami penggunaan kata adjektif warna dan kata hubung serta kata
tanya merujuk kepada manusia dan benda dengan betul. Penggunaan imbuhan awalan dan
akhiran serta dapat membina ayat dasar dengan pola FN + FN dan FN + FK dengan betul.

Prinsip Asas Pengajaran Tatabahasa Di Peringkat Sekolah

Bagi menjayakan pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu seorang guru hendaklah


menguasai prinsip pengajaran tatabahasa itu sendiri agar murid-murid tidak merasa kebosanan
untuk menguasai tatabahasa itu sendiri. Berikut adalah prinsip pengajaran yang bernas
digunakan;
i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks
petikan yang digunakan.
ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.
iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa.
iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalambentuk lisan dan tulisan
vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan
rangsangan yang menarik dan berkesan.
vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk
simulasi secara berkesan.
viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok
tatabahasa yang hendak disampaikan.
ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan
kefahaman.

2
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek tatabahasa


yang perlu diketahui. Pertama, guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu
sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang
hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan
penyampaian pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna.

Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada
yang mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan
kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru.
Tambahan pula, dalam sesuatu bilik darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap
kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan
ada yang murid yang lambat (slow learner). Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi
pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid.

Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang
banyak. Latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk
tulisan atau lisan mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan
kukuh. Melalui latih tubi yang diberikan kepada murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-
kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid-murid dan seterusnya membuat tindakan yang
sewajarnya bagi membantu murid-murid tersebut.

Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan
menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.
Penggunaan bahan mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu
menarik minat murid untuk mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang
disampaikan. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu dan
memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah.

Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah


mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang
selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan
maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di
dalam bilik darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam
pemahaman murid mempelajari tatabahasa.

3
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa. Walau bagaimana
pun, prinsip pengajaran tatabahasa tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk
menghafalkan rumus atau hukum bahasa tersebut. Sudah mencukupi, kalau murid itu sudah
memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran
tatabahasa juga menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran
bahasa di samping ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian.

Selain itu juga, prinsip pengajaran tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek
tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman dan
penguasaan dalam aspek tatabahasa yang terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa dan
peraturannya akan dapat membantu seseorang itu menguasai dengan lebih baik.

Sebenarnya, terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan


tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu
sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Murid-murid lebih berminat dengan teknik
yang menarik seperti nyanyian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara
teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah
menerusi teknik nyanyian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru
ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka.
Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator
atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran
tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan
generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang
khusus.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik
dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana,
banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di
samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu
menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan
arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu
tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata
yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.
Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa
bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

4
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan
aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga
Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di
samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga
boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau
bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak
dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau
majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti
cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk
pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga
boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran
tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat
mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk belajar tatabahasa.

Bagi pelajar-pelajar Tahap 2, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah


atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-
pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting
daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat
di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru
telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan
tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa
membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara
ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa.
Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks,
pelajar-pelajar terpaksa membina ayat yang melibatkan aspek tatabahasa. Hal ini juga
menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN ENAM


Masa : 60 minit
Tajuk : Melunas Rindu (Zon 4)
Genre : Novel

5
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Fokus Utama:
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran.
Aras 3: ii. Menganalisis nilai dan pengajaran dalam karya
Fokus Sampingan:
4.1 Mengesan kecenderungan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Aras 1: i.Menentukan kecenderungan pendapat seseorang dalam menimbangkan sesuatu
perkara.
Objektif: Pada akhir pegajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i.Menganalisis nilai dan pengajaran dalam novel
ii Memberi pendapat yang rasional
iii.Menyenaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan yang diberi

Alat Bantu Mengajar : Teks Novel Melunas Rindu


Aktiviti : Minimum satu aktiviti untuk setiap objektif yang ingin dicapai.

Kemahiran Bahasa :Kemahiran Menulis


Kemahiran mendengar dan bertutur
Sistem Bahasa:
Tatabahasa :Kata hubung
Kosa Kata :Umum : menyerkup, bening, kaftan, cuak, canggung, terjengul, iras
Istilah : bonet, tawaduk, iqamat, mentor mentee, idealisme, dominasi
Pengisian Kurikulum:
Ilmu:Pertanian, Peraturan soaial
Nilai:Kasih sayang, berani, syukur
Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir
Refleksi:

Pada pendapat saya, permasalahan murid dalam aspek tatabahasa ialah tidak dapat
menyatakan golongan kata seperti kata nama,kata kerja dan kata adjektif apa lagi menyatakan
jenis kata yang tergolong dalam kata tugas. Pelajar juga masih ragu-ragu untuk menyatakan
sesuatu kata yang diberikan sama ada tergolong dalam kata kerja, kata nama atau kata
adjektif. Dari sudut yang lain pula pelajar sepertinya juga sukar untuk memahami konsep

6
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

pembentukan kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk apa lagi
untuk memahami konsep pembentukan ayat.

Punca utama perkara ini berlaku kerana sikap pelajar sendiri yang memandang remeh
tentang kepentingan mempelajari tatabahasa Melayu. Perkara yang penting bagi mereka ialah
mereka dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu. Mereka lebih dipengaruhi oleh
kebiasaan dalam membina ayat-ayat dalam penulisan bukannya mengaitkannya dengan
pembelajaran tatabahasa untuk menghindari kesalahan dalam binaan ayat. Maka tidak
hairanlah ada pelajar yang melakukan kesalahan dalam setiap binaan ayat sama ada kesalahan
ejaan, pengimbuhan, pemilihan kata atau struktur ayat. Kelemahan penguasaan tatabahasa
juga berpunca daripada sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang tidak
menitiberatkan rumus-rumus tatabahasa dalam pembelajaran bahkan aspek tatabahasa tidak
diajar secara langsung.

Kesalahan tatabahasa memberi maksud penggunaan semua bentuk kesalahan bahasa


yang melanggar peraturan bahasa samada ejaan, perkataan atau susunan frasa serta ayat dalam
pembinaan ayat yang gramatis. Berikut antara contoh kesalahan ini melibatkan hukum
tatabahasa.

i. Kesalahan dalam penggunaan Kata Ganti Diri

Kata Ganti Diri ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan diri orang tertentu iaitu diri
orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

a) Kata Ganti Diri orang pertama saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita dan hamba.

b) Kata Ganti Diri orang kedua anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku,dan dikau.

c) Kata Ganti Diri orang ketiga ia, dia, mereka, baginda, beliau dan nya.

Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal ( satu ) dan ada yang
membawa maksud jamak ( lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau
fungsi yang berlainan.

Contoh kesalahan

Beliau ditangkap kerana mencuri. ( salah )

7
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Dia ditangkap kerana mencuri. ( betul )

Keterangan

Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
pegawai, menteri dan sebagainya.

ii. Kesalahan dalam penggunaan kata sendi

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk
menghubungkan frasa nama dengan kata kata atau frasa frasa lain dalam ayat.

Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga,
sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, sejak, terhadap, antara.

Contoh kesalahan

Dia berlari daripada rumah ke kedai. ( salah )

Dia berlari dari rumah ke kedai. ( betul )

Keterangan

Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah.
Manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal hal yang lebih umum, seperti untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

iii. Kesalahan dalam penggunaan Kata Penguat

Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata
penguat bebas, kata penguat hadapan dan kata penguat belakang.

a) Kata penguat bebas

Kata penguat bebas ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contohnya : 1. Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat.

b) Kata penguat hadapan

Kata penguat hadapan ini terletak di hadapan kata adjektif.

8
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Contohnya : 1. Harga batu permata itu paling mahal.

2. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi.

c) Kata penguat belakang.

Kata penguat ini terletak di belakang kata adjektif.

Contohnya : 1. Indah nian puteri bunian.

2. Lambat benar bas itu sampai.

Contoh kesalahan

Mumia paling awal sekali diawet adalah pada 35 000 Sebelum Masihi. ( salah )

Mumia paling awal diawet adalah pada 35 000 Sebelum Masihi. ( betul )

Mumia awal sekali diawet adalah pada 35 000 Sebelum Masihi. ( betul )

Keterangan

Kata penguat paling dan sekali tidak boleh diletakkan bersama di hadapan dan di
belakang kata adjektif secara serentak kerana berunsur lewah dan menunjukkan darjah
penghabisan. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan ter,
maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi.

iv. Kesalahan dalam penggunaan kata nafi

Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

Contohnya : tidak berusaha, tidak manis, tidak tinggi, tidak kaya

Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

Contohnya : bukan di Subang, bukan kakak, bukan dari Kuantan, bukan ke Ipoh

Contoh kesalahan

Sani tidak ke Perlis tetapi ke Kedah. ( salah )

Sani bukan ke Perlis tetapi ke Kedah. ( betul )

Rumah itu bukan besar. ( salah )

9
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

Rumah itu tidak besar. ( betul )

Keterangan

Kata nafi bukan tidak boleh digunakan bersama kata adjektif atau kata kerja menjadi
predikat ayat. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa
adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya :

Dia bukan hendak bekerja tetapi hendak bermain sahaja. ( frasa kerja )

Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga. ( frasa adjektif ).

Malasah lain yang berlaku dalam pembelajaran Bahasa Malaysia oleh orang bukan
Melayu. Pelajar bukan Melayu yang tidak menuturkan bahasa Malaysia di rumah, perlu
mempelajari segala-galanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata
bahasa Malaysia. Sama ada apa yang dilakukan sekarang ini sesuai dengan keadaan ini,
adalah suatu yang harus dapat kita amati bersama. Pengajaran bunyi, sebutan, dan intonasi
bahasa Malaysia hampir-hampir tidak wujud langsung dalam pengajaran bahasa Malaysia di
sekolah rendah hari ini. Pengajaran tatabahasa pula adalah sesuatu yang masih boleh
diperkemas lagi. Sebahagian daripada akibat yang berlaku dapat dilihat apabila terdapat kesan
langsung dalam kepincangan sebutan, tatabahasa, dan pemakaian kata bahasa Malaysia
tersebut.

PENUTUP

Dalam hal pengajaran tatabahasa, penekanan kepada penguasaan rumus- rumus tatabahasa
menjadikan guru alpa menerapkannya dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai.
Kebanyakan daripada kita sering memandang remeh akan ketepatan bahasa daripada segi
rumus tatabahasa kerana lebih taksub kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa.
Kesannya kepada murid akan gagal atau kurang berjaya menjadikan tatabahasa sesuatu yang
bermakna dalam kehidupan mereka. Barangkali pula murid mungkin boleh mengaitkan

10
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

bahasa dengan kehidupan sehari hari tetapi kurang berkeupayaan mendisiplinkan diri
daripada segi penggunaan bahasa yang gramatis dan bersistem.

Kalangan guru terutama guru bahasa mempunyai impian mencipta dan menemukan kaedah
pengajaran tatabahasa yang dapat mengukuhkan ketrampilan bahasa murid daripada segi
sistem bahasa dan juga pragmatiknya. Kita selalu berharap melahirkan murid yang mampu
menguasai rumus-rumus tatabahasa secara sedar dan sekaligus dapat menggunakannya untuk
komunikasi dengan pengertian yang luas, bukan sekadar komunikasi biasa yang ditandai oleh
laras bahasa terhad ( restricted code ) bahkan komunikasi canggih yang ditandai oleh laras
bahasa terbina (elaborated code). Dalam konteks memenuhi peranan bahasa sebagai wahana
pembinaan tamadun, ketrampilan bahasa yang sewajarnya dimiliki ialah yang dapat
memenuhi keperluan asas hingga menjadi wadah pemikirn, ilmu dan budaya tinggi.

(2816 Patah Perkataan)

RUJUKAN

TATABAHASA DEWAN EDISI BAHARU, ( Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj.
Musa,Abdul Hamid Mahmood) Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1997.
www.scribd.com/doc/27241537/PRINSIP-PENGAJARAN
http://www.dbp.gov.my
www.slideshare.net/aspek-

11
Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu
HBML 2103

PEMBELAJARAN TATABAHASA MELAYU MORFOLOGI DAN SINTAKSIS(Mohd Rain


Shaari,Alias Mohd Yatim, Abdullah Yusof)
TEMAN PELAJAR TATABAHASA KBSM. Koh Boh Boon 1990 Penerbit Fajar Bakti.
TATABAHASA BAHASA MELAYU.MORFOLOGI DAN SINTAKSIS UNTUK GURU DAN
PELAJAR. Abdullah Hassan 2002.PTS Publications& Distributors Sdn bhd

12

Vous aimerez peut-être aussi