Vous êtes sur la page 1sur 1

Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Melayu

dan Peribahasa Suku Kaum Semai

Mohd. Rasdi bin Saamah


IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
rasdi146@gmail.com

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau peribahasa yang mempunyai


persamaan lambang dan makna, dan persamaan makna dengan lambang
yang berbeza dalam peribahasa Melayu dan peribahasa masyarakat Orang
Asli suku kaum Semai. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan
analisis dokumen dengan memanfaatkan strategi penterjemahan yang
disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa yang sama
bentuk dan sama makna dan menggunakan peribahasa yang sama makna
tetapi lain bentuk dengan sedikit penyesuaian. Hasil kajian ini mendapati
bahawa daripada jumlah 150 peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum
Semai yang diperolehi, 78 daripadanya mempunyai kedua-dua ciri iaitu
menggunakan lambang dan makna yang sama, dan mempunyai makna yang
sama tetapi menggunakan lambang yang berbeza seperti peribahasa yang
digunakan oleh masyarakat Melayu. Daripada jumlah 78 peribahasa
tersebut, 29 daripadanya merupakan peribahasa yang menggunakan
lambang dan makna yang sama dengan peribahasa Melayu, manakala 49
peribahasa lagi merupakan peribahasa yang mempunyai makna yang sama
tetapi menggunakan lambang yang berbeza. Kajian ini penting kerana
masyarakat di negara ini perlu kepada pendedahan secara akademik untuk
memahami bahasa dan budaya kaum-kaum lain dalam negara yang berbilang
kaum ini. Kajian ini juga penting untuk pemahaman kepada golongan yang
mempunyai hubungan secara langsung dengan kelompok berkenaan agar
jurang sosiobudaya antara kaum dapat dirapatkan dalam kalangan
masyarakat di negara ini.

Kata kunci: peribahasa, suku kaum Semai, sosiobudaya, persamaan lambang


dan makna, dan perbezaan lambang.

Vous aimerez peut-être aussi