Vous êtes sur la page 1sur 13

Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :

Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.

Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-


undang Negeri) dan Undang-undang Laut Melaka.

Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.

isi kandungan Hukum Kanun Melaka.

F1 mengandungi 44 fasal
F2 menyentuh bidang kuasa raja
F3 menyentuh bidang kuasa pembesar
F4 pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
F5 hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
F6 undang-undang keluarga

Undang-undang Melaka
atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada mulanya
merupakan peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan
untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun
Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis dan disusun
secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-
1511 M). Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada
setelah tahun 1489 M. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam
petikan Hukum Kanun atau Undang-undang Melaka ini:
Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu,
melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-tama 'titah',
kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima
'anugerah'. Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan
dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh
hukumnya.

Isi :

Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka

1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.

2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa


(membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh
orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota
juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari
dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 HKM
menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris
akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab
Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan
zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan
zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat
100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur
ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x
sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan.
Hukum Tazir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas
sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan tazir. Cth akan
diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan
di arak keliling kampong sebagai pengjaran.

Undang-undang Muamalah,

Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada
dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata
haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.

Undang-undang Keluarga

Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan


sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.

Undang-undang Keterangan dan Acara


Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan
seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy.
Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.

Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata.


Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan
pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat
ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh
Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara
di bawah.

Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :

1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)

2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja


contohnya Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar,
hukuman dibuang negeri.

3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan


Mahmud telah berzina dengan isteri orang.

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :

Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai


warna kuning, bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :

Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun


memerintah dengan zalim.

Pengaruh adat Temenggung :

Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka


yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat
Temenggung.

Walaupun HKM diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan


Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan
dengan syarak.Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-
undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun (dalam bahasa arab). Ia
juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seseorang
pemerintah dalam menjalankan pemerintahan. Hukum Kanun Melaka
merupakan undang-undang tradisional tertua di negara ini. Ia berasal
daripada hukum yang dibuat oleh raja Iskandar Dzulkarnain dan
kemudiannya diwarisi pemerintah Melaka pada abad ke-15. Undang-
undang ini sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan
pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku
jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan
terurus.Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman
yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan
hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat
takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan
rakyat lain terpelihara.

Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi


menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. dengan ini hukuman
dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang
negara. tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam
kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan
semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum
Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam
menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan
hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah
meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan
memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan
menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap
dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan
yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.
Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya
sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur
pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat
yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu
sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut
menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan
bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam
membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan
urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya
meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun
Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi


mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan
keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan
pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang
diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada
hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda
menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional.
Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan
rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan.
bagi memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa
berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke
atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat,
justeru memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang
berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris
berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut
kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan
hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang
terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-
undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan kedudukan
hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi
mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka
mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial
yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi
panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan
bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.

Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan


pemerintahan negeri. Undang-undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh
agama Hindu, diresapi unsur agama Islam yang ketara pada akhirnya.
Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur.
Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh
pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab
pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara
berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan.
Konsep Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama
dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini


A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili
amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C.
Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru
atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

Konsep Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara


kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden
(seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara
berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili
dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan
dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi
yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup
mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup
orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa,
Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses
asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya,
asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.
kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan
etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik;
dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik
minoriti.

Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam


kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang
berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses
asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan
identity asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia,
sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih
kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam
meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara
langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri.
Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan
tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur
budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini
akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai


tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan
budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian
barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti
ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik


menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini
diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk
kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan
menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat,
setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan
pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas
diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di
luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan
etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling
membuat penyesuaian antara mereka.

Vous aimerez peut-être aussi