Vous êtes sur la page 1sur 3

SEJARAH PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun
ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada
kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.

Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang


antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.

Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:

1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red


Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di
bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan
kehormatan mangsa perang.

2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


(International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada
tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang
besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.

3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

PENGASAS

Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry
Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali
dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1859. Lebih 40,000 tentera
dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria,
Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja
berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah
dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa
dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di
Eropah.

TARIKH PERISTIWA
1948 Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan
Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan
cawangan pertama tersebut bagi negara ini
telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke
Sandakan, Sabah.
1950 British membuka lebih banyak cawangan di
Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan
Cawangan Pulau Pinang.
1952 Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka,
Johor, Terengganu dan Pahang.
1953 Lebih banyak cawangan dibuka.
1957 Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,
cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan
sebagai Federation of Malaya Red Cross
Societyyang kemudiannya diperbadankan mengikut
peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) 1962.
4 Julai 1963 Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima
pengiktirafan rasmi daripada International Committee of
the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang
bebas.
24 Ogos 1963 Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross
Society telah diperakui sebagai ahli dalam International
League of Red Cross and Red Crescent Societies.
1965 Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun
1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red
Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya
di Sabah dan Sarawak di bawah
namaPersatuan Palang Merah Malaysia telah
diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan
Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965
(Akta 47).
21 Ogos 1975 Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name)
1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen
mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika
itu.
4 September 1975 Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya
Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSMM).
25 Mac 2007 Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan
penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan
pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM)
27 Jun 2007 Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua
cawangan bagi memaklumkan penukaran nama
tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi