Vous êtes sur la page 1sur 10

Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni

Visual

PENGGUNAAN KIT UKIRAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI UKIRAN SABUN TAHUN 4

Kalai Selvan A/L Periasamy


En Haji Yaakob Bin Atan
ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengukir murid dalam
penghasilan rupa kura-kura pada permukaan sabun dengan menggunakan Kit Ukiran. Kajian
ini dijalankan ke atas murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di Bandar Seremban Negeri
Sembilan. Tinjauan masalah mendapati peserta kajian tidak mahir serta lemah dalam aktiviti
ukiran sabun. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan dua jenis penyelidikan iaitu
penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan data yang dikumpul
melalui kaedah senarai semak, temubual dan analisis dokumen iaitu hasil karya peserta kajian.
Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian.
Hasil daripada analisis data menunjukkan penggunaan Kit Ukiran dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun. Diharapkan
penggunaan Kit Ukiran dalam kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada guru dan
murid dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran sabun.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan refleksi yang telah dibuat, saya mendapati bahawa murid-murid tahun 4 tidak
dapat menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan mengaplikasikan bahasa seni
visual seperti bentuk, ruang dan jalinan sentuh. Walaupun murid-murid dapat mengukir sabun
tetapi hasilnya tidak menonjolkan prosedur penghasilan ukiran yang baik. Hasil tindak balas
murid-murid ini kekurangan pengetahuan tentang seni ukiran dan penguasaan kemahiran
mengukir.

Page 1
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

FOKUS KAJIAN

Penyelidik mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah terhadap penghasilan ukiran


sabun. Mereka tidak dapat mengaplikasikan bahasa seni visual seperti bentuk, ruang dan
jalinan sentuh pada ukiran sabun dengan baik. Sehubungan dengan ini, satu kajian tentang
penggunaan Kit Ukiran dipilih sebagai fokus kajian untuk meningkatkan kemahiran mengukir
murid-murid dalam aktiviti penghasilan ukiran rupa kura-kura pada permukaan sabun kerana
alat ini sesuai dengan umur murid dan boleh ditadbirkan oleh penyelidik dalam bilik darjah
dengan mudah serta berada dalam kawalan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Memperbaiki amalan guru dan murid dalam melaksanakan aktiviti ukiran sabun dengan
menggunakan Kit ukiran.

Objektif Khusus

1. Membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-
kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

2. Membantu guru meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa
kura-kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

1. Bagaimanakah penggunaan Kit Ukiran dapat membantu murid Tahun 4 menghasilkan


ukiran rupa kura-kura pada sabun.

2. Bagaimanakah penggunaan Kit Ukiran dapat membantu guru meningkatkan kemahiran


murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun?

Peserta Kajian

Page 2
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah yang terletak di bandar Seremban terhadap
murid Tahun 4. Seramai 5 orang murid perempuan yang melibatkan dirinya dalam kajian ini
sebagai peserta kajian. Pengetahuan sedia ada peserta kajian terhadap topik seni ukiran
adalah mengenali pisau pahat dan kayu sebagai media utama. Secara amnya murid belum ada
pengalaman secara terus dalam penghasilan produk ukiran dengan bahantara lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian dibuat berdasarkan model Stephen Kemmis. Instrumen pengumpulan data yng
digunakan adalah melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temubual berstuktur. Langkah-
langkah pengajaran yang telah dijalankan untuk melaksanakan penggunaan Kit Ukiran dalam
penghasilan ukiran sabun adalah seperti berikut.

1. Set induksi
2. Pengenalan tentang Kit Ukiran.
3. Demonstrasi guru bersama murid dalam penghasilan ukiran sabun berpandukan panduan
Kit Ukiran.
4. Murid melakarkan rupa kura-kura pada permukaan sabun.
5. Murid mengukir rupa kura-kura berpandukan lakaran yang dilukis pada sabun.
6. Murid menggorekan bahagian bawah rupa kura-kura.
7. Murid mengukir jalinan pada rupa kura-kura.
8. Apresiasi dan refleksi.
9. Penutup : Rumusan tentang aktiviti ukiran.
10. Murid ditemubual berdasarkan pelaksanaan aktiviti ukiran sabun.

DAPATAN KAJIAN

1. Membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-
kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

Dapatan Analisis Dokumen

Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Selepas Penggunaan Kit Ukiran Terhadap
Peserta Kajian Semasa Melaksanakan Aktiviti Ukiran Sabun.

Page 3
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

BIL CIRI-CIRI YA TIDAK


f % f %
1. Murid dapat mengenal dan menyebut alat dan bahan 5 100 0 0
yang digunakan dalam penghasilan ukiran rupa kura-
kura. (Sabun dan Kit Ukiran)
2. Murid dapat membezakan kegunaan Kit Ukiran mengikut 5 100 0 0
bentuk.
3. Murid dapat melukis lakaran rupa kura-kura pada 5 100 0 0
permukaan sabun dengan menggunakan bentuk Kit
Ukiran yang sesuai.
4. Murid dapat menggunakan ruang yang luas semasa 5 100 0 0
melakar rupa kura-kura pada permukaan sabun.
5. Murid dapat mengukir rupa kura-kura berpandukan 5 100 0 0
lakaran dengan betul sehingga menonjolkan rupanya
diatas permukaan sabun.
6. Murid dapat menggorek bahagian bawah (badan) rupa 5 100 0 0
kura-kura supaya menampakkan ruang dalaman.
7. Murid dapat melicinkan serta mengemaskan keseluruhan 5 100 0 0
ukiran dengan menggunakan bentuk Kit Ukiran yang
sesuai.
8. Murid dapat mengukir jalinan pada bahagian cengkera 5 100 0 0
kura-kura dengan menggunakan bentuk Kit Ukiran yang
sesuai.
9. Murid dapat mengukir anggota badan kura-kura seperti 5 100 0 0
mata, hidung dan mulut.
10. Murid dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura 5 100 0 0
yang kreatif dan kemas dengan menggunakan Kit
Ukiran.
Jadual 1 : Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Selepas Penggunaan Kit Ukiran
Jadual analisis pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan Kit Ukiran membantu peserta
kajian untuk menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan mematuhi prosedur
penghasilan ukiran yang betul dan tepat. Analisis peratus membuktikan bahawa peserta kajian
dapat membanding beza bentuk dan kegunaan Kit Ukiran supaya dapat memanipulasikannya
dengan baik sehingga hasilnya lebih berkualiti berbanding dengan hasil sebelum penggunaan
Kit Ukiran.

Page 4
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

Dapatan Analisis Dokumen

Sebelum Kajian Selepas Kajian

Jadual 2 : Analisis Perbandingan Hasil Kerja Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas
Penggunaan Kit Ukiran

Secara keseluruhan daripada analisis dokumen, peserta kajian mengalami kesukaran serta
tidak dapat mengawal pergerakan tangan semasa menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir.
Tetapi dengan adanya Kit Ukiran peserta kajian dapat memanipulasikan alat pengukiran itu
dengan baik dan dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan
mengaplikasikan bahasa seni visual seperti bentuk, jalinan sentuk dan ruang. Analisis dokumen
ini membuktikan bahawa penggunaan Kit Ukiran dapat membantu murid Tahun 4
menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan baik.

Dapatan Analisis Temubual Berstruktur

Hasil temubual mendapati sebelum kajian lidi sate digunakan, kelima-lima peserta kajian yang
ditemubual bersetuju bahawa adalah sukar untuk mengukir rupa kura-kura pada sabun.

Page 5
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

Selepas penggunaan Kit Ukiran, kelima-lima peserta kajian yang ditemubual mengakui
bahawa kit ini menarik perhatian mereka dan memudahkan proses penghasilan ukiran rupa
kura-kura dengan jelas dan tepat serta dapat mengaplikasikan bahasa seni visual. Tambahan
pula, mereka bersetuju bahawa penggunaan Kit Ukiran dapat membantu mereka untuk
menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura serta ia juga memberi keyakinan diri pada mereka
supaya boleh mengukir pelbagai rupa objek seperti flora dan fauna pada permukaan sabun.

2. Membantu guru meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa
kura-kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

Dapatan Pemerhatian Guru Terhadap Guru

Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Guru Terhadap Guru

BIL ITEM YA TIDAK


f % f %
1. Guru dapat menarik perhatian murid terhadap pdp dengan 4 100 0 0
set induksi yang menarik.
2. Murid tertarik dengan cara teka-teki guru bagi 4 100 0 0
memperkenalkan Kit Ukiran.
3. Guru dapat menjelaskan perbezaan penggunaan Kit 4 100 0 0
Ukiran mengikut bentuk dengan menggunakan kaedah
tunjuk cara.
4. Guru dapat memperincikan cara membuat ukiran sabun 4 100 0 0
dengan kaedah demostrasi bersama murid.
5. Kaedah demostrasi guru dapat membantu murid untuk 4 100 0 0
menghasilkan ukiran sabun dengan penggunaan Kit
Ukiran.
6. Guru dapat membantu murid dari masa ke semasa apabila 4 100 0 0
menghadapi masalah dalam aktiviti ukiran.
7. Guru berwaspada semasa menjalankan kaedah demostrasi 4 100 0 0
bersama murid.
8. Guru memerhatikan segala tindakan murid dalam 4 100 0 0
penggunaan Kit Ukiran semasa aktiviti ukiran dijalankan.

Page 6
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

9. Guru dapat mengawal kelas dengan memberikan panduan 4 100 0 0


Kit Ukiran kepada setiap murid.
10. Pemilihan keadah demostrasi bersama murid dan 4 100 0 0
penggunaan Kit Ukiran oleh guru, dapat membantu murid
untuk menghasilkan karya ukiran sabun yang kreatif.

Jadual 3 : Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Guru Terhadap Guru

Hasil dapatan daripada analisis pemerhatian guru terhadap guru membuktikan bahawa
penggunaan Kit Ukiran dalam aktiviti ukiran sabun dapat menarik perhatian murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah demostrasi bersama murid yang digunakan oleh
guru dapat memberi kesan positif terhadap penghasilan karya ukiran rupa kura-kura.

Dapatan Pemerhatian Murid Terhadap Guru

Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Murid Terhadap Guru

BIL ITEM YA TIDAK


f % f %
1. Saya tertarik dengan set induksi yang menarik dijalankan 5 100 0 0
oleh guru.
2. Saya minat dengan kaedah teka-teki guru bagi 5 100 0 0
memperkenalkan Kit Ukiran.
3. Saya dapat memahami perbezaan penggunaan Kit Ukiran 5 100 0 0
mengikut bentuk dengan menggunakan kaedah tunjuk cara
guru.
4. Saya lebih faham cara membuat ukiran sabun dengan 5 100 0 0
kaedah demostrasi bersama guru.
5. Kaedah demostrasi guru dapat membantu saya untuk 5 100 0 0
menghasilkan ukiran sabun dengan menggunakan Kit
Ukiran.
6. Saya dapat bimbingan dari guru dari masa ke semasa 5 100 0 0
apabila menghadapi masalah dalam aktiviti ukiran.
7. Saya berupaya untuk mematuhi segala prosedur 5 100 0 0
penghasilan karya ukiran yang diajar oleh guru bagi

Page 7
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

menghasilkan karya ukiran sabun dengan menggunakan


Kit Ukiran.
- melukis lakaran
- mengukir rupa kura-kura berpandukan lakaran
- menggorek bahagian badan rupa supaya timbul
- mengukir jalianan pada cengkera.

8. Pemilihan keadah demostrasi bersama murid dan 5 100 0 0


penggunaan Kit Ukiran oleh guru, dapat membantu saya
untuk menghasilkan karya ukiran sabun yang kreatif.

Jadual 4 : Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Murid Terhadap Guru

Hasil daripada dapatan analisis pemerhatian murid terhadap guru berdasarkan proses
pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran sabun menunjukkan bahawa guru dapat membantu
murid untuk menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada permukaan sabun dengan menggunakan
Kit Ukiran. Analisis ini membuktikan bahawa pemilihan kaedah demostrasi bersama murid
dapat membantu murid untuk mematuhi segala prosedur penghasilan ukiran sabun. Akhir
penghsilan karya murid menjelaskan bahawa murid dapat memahami kaedah demostrasi guru
dengan penggunaan Kit Ukiran. Ini menyokong kajian bahawa penggunaan Kit Ukiran
membantu guru untuk meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan ukiran rupa kura-
kura.

Dapatan Analisis Kaedah Demostrasi Bersama Murid

Page 8
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

Set induksi dan teka-teki Penerangan tentang panduan Menunjuk cara membuat
bagi memperkenalkan Kit Kit Ukiran lakaran rupa kura-kura
Ukiran

Mengukir sabun mengikut Mengukir bahagian bawah Mengukir jalinan pada


lakaran yang dilukis rupa kura-kura permukaan cengkera

Jadual 5 : Analisis Kaedah Demostrasi Bersama Murid.

Hasil dapatan daripada analisis kaedah demostrasi bersama murid menunjukkan bahawa
kaedah demostrasi dan penggunaan Kit Ukiran dapat menarik perhatian murid terhadap
penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun. Disamping itu, guru dapat menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran yang berkesan dengan bantuan Kit Ukiran.
Kaedah demostrasi ini membuktikan bahawa guru dapat membantu murid bagi menghasilkan
ukiran rupa kura-kura dengan menggunakan Kit Ukiran.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penyelidik seterusnya


kesinambungan kajian yang telah saya dijalankan ini ialah seperti berikut.

1. Pengkaji menggunakan penyedu air dan benang sulam untuk membalutkan sekeliling
batang aiskrim dengan ketat. supaya ia lebih lembut semasa memegang.

Page 9
Prosiding Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Seni
Visual

2. Pengkaji dapat mencari bahan lain yang lebih lembut sebagai pembalut batang aiskrim
supaya membolehkan murid merasa lebih selesa sewaktu melaksanakan aktiviti ukiran
sabun

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh.2000. Pendidikan Islam, falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Burns, R.B. (1995). Introduction to research methods. 2nd ed. Longman: Australia Pty Ltd.

Johnson, B. & Christensen, L. (2008), Educatinal research : Quantitative, Qualitative, and Mixed
approaches (3rd ed.). Los Angeles, London, New Delhi, Singapore : Sage Publication.

Mohd Rafiqi Bahauddin. (2013), Prosoding Seminar Tindakan Pendidikan Seni Visual 2013: IPG
Kampus Raja Melewar.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage
Publications

Page 10

Vous aimerez peut-être aussi