Vous êtes sur la page 1sur 7

TEMA / TAJUK 10.

2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA


KEDUA

Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia


Kedua Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan
pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran
negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:

1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)

2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)

Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]

(a)Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme


Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan
ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada
belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang
apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh
hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan
terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-
19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh
penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh
beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan
Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal
abad ke-20.

Soalan 2: Memahami [15 markah]


Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan Huraikan sebab-sebab
penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak pada abad ke-19.

Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah


Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh
masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di
daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan
Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini,
penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat
dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap
British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan
masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap
British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi
kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang
dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini,
saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah .

Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British. Seterusnya,


perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah
untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan
dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka
mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah
memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai
contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa
setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat
kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan
menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat
resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan
Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana
British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan,
kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir
kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk
menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial..
Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.

Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan


dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan
mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin
tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut
mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang
British.

Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat


nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang
dunia kedua

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme


ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah memperkenalkansistem
politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional
tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang
mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar
tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka
digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan
ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga
menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian
penduduk tempatan terhadap British.

Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris


dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-
19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu
berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari
perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea
baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah


menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur,
berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di
sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah
meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan
kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah
Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan
getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan
pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.

Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai


pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di
kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan
ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana
contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital
dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan
ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di
luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata,
dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.
Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka
menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan
konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan
kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan
masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang
tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan
memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup
akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman
pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk
Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat
atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan
menekan kehidupan orang tempatan.

Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14


hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat
menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi
komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai
polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan
menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong
Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak
orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota
PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak,
Johor, dan Pahang.

Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada


penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan
terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku,
akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang
penjajah itu dapat disebarkan.

Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang


telah membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah
Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual
Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang
lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan
Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh
pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang
dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di
Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam tulisannya
beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup
yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping
mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh
Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain
itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak
matlamat sama.

Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang


berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut
mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia
yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan
budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan
intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar
British.

Soalan 3: Memahami [30 markah]


Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan
menentang Pentadbiran British
1 .Tanah Melayu
2. Penghulu Dol Said di Naning.

Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas


Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pihak British telah
mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada
wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada
dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa
membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang
terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan
supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di
Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan
tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di
Naning pada tahun 1828. Faktor penentangan di oleh Penghulu
Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang
mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga
telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam
wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut
British kepada Melaka. Peristiwa penentangan di Naning berlaku
apabila tindakan Penghulu Dol Said yang menolak untuk
membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British
menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada
tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan
serangan British yang membawa seramai 150 tentera British
yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan
Taboh. Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British
ini kerana Naning telah mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali,
Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai
Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali
lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk
menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu
Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian
dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada
British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah
diri kepada British pada Febuari 1833.

1.2 Tok Janggut di Kelantan

Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok


Janggut berlaku apabila British memperkenalkan Sistem
Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah
memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem
cukai yang diperkenalkan oleh mereka. Peristiwa penentangan
Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah
sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau
enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada
sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan
beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk
menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun1915, Tok
Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,
Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah
membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah
berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk
sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai
oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai
Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Bagi
menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama
sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah
membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat
dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di
Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka
pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan
penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan
perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut
juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh
British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu
sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai
amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani
menentang British.

1.3 Dato Maharajalela di Perak


Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan
dibantu oleh semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab
penentangan ialah residen J.W. W Birch memungkiri fungsinya
sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian
Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang
menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak
pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang
ketiga para pembesar menolak campur tangan British dalam adat
resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan
hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak pandai berbahasa Melayu. Peristiwa penentangan
bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan
pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-
undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato
Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch
pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British
dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap
Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke
Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato
Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan
hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim ,
syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau
Seychelles.

Vous aimerez peut-être aussi