Vous êtes sur la page 1sur 5

Banding bezakan prinsip-prinsip pembalajaran Ewell yang

dibincangkan dalam aktikel tersebut dengan prinsip pembelajaran


Gagne.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell

dikemukakan oleh Ewell (1997) yang menggambarkan prinsip ini


mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan
kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik darjah.

Terdapat lapan prinsip:


1) Penglibatan aktif
Keadaan di mana pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan
pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan.
Contoh: Menjalankan latihan bertulis terhadap pelajar untuk meninjau
dan membuat review bahan pembelajaran.

2) Perkaitan dan corak / Konstruktivisme


Merujuk kepada adaptasi terhadap konteks pembelajaran baru dan
tugasan dengan mengait, mengorganisasi, dan menggunakan pengetahuan
serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur baharu.
Contoh: pelajar diminta mencipta produksi yang menggabungkan ilmu
yang telah dipelajari dengan idea baru yang telah direkacipta oleh pelajar
sendiri.

3) Pembelajaran informal
Ini membawa erti bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku di bilik
darjah ataupun dalam waktu pembelajaran.
Contoh: Mewujudkan sudut pembelajaran yang disediakan dengan alat
permainan untuk semua pelajar bermain. Ini dapat membantu pelajar
memanipulasi alat dan berinteraksi antara satu sama lain.

4) Pengalaman langsung
Pengalaman langsung bergantung kepada proses pelajar membina makna
berdasarkan pengalaman yang sedia ada.
Contoh: Pelajar boleh menggunakan ilmu matematik asas yang dipelajari
dalam kelas dan mengadapitasikannya ketika mengira jumlah wang semasa
membeli alat tulis di koperasi sekolah.

5) Situasi mendesak
Situasi kompleks dan mendesak dapat memotivasikan pelajar untuk
mencari penyelesaian.
Contoh: Guru memberi pelajar tanggungjawab yang lebih dalam
kepimpinan dalam sebuah organisasi atau kelab untuk memotivasikan
pelajar supaya tidak mengambil ringan terhadap amanah diri sendiri.

6) Maklum balas berterusan


Ia bukan semata-mata berperanan pemprosesan maklumat tetapi juga
mempengaruhi proses afektif dan motivasi pelajar.
Semasa tugasan diberikan, guru bergerak dan memantau pelajar untuk
memastikan pelajar menjalankan tugasan dengan betul. Memberikan
maklum balas sewajarnya sekiranya mendapati pelajar membuat kesilapan.

7) Suasana yang menyeronokkan


Persekitaran emosi bilik darjah bergantung kepada beberapa aspek,
seperti: cara kawalan kelas, suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap,
kemesraan dan sebagainya.
Contoh: Guru yang mengamalkan kemesraan yang baik akan
menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang diberikan. (Kerana
tidak rasa stress)

8) Refleksi
Satu proses yang membolehkan pelajar memikir dan merenung kembali
segala maklumat dan pengalaman yang dipelajari serta merangsang
kemahiran penilaian kendiri.
Contoh: Selepas suatu sesi pembalajaran, guru boleh meminta pelajar
menyatakan isi-isi penting dalam topik pembelajaran untuk mengukuhkan
ingatan mereka.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Gagne


Prinsip pembelajaran Gagne dapat dilihat menerusi proses pembelajaran
yang kemukakan oleh Gagne. Teori Gagne (1985) menerangkan bahawa
minda manusia memproses maklumat seperti komputer.

Terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada


pengetahuan yang dipelajari oleh Gagne.

1. Motivasi
Merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku
Pembelajaran akan berlaku jika seseorang pelajar itu bermotivasi

2. Memberikan perhatian: Memastikan perhatian pelajar


Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian
kepada pengajaran yang disampaikan.
Oleh itu, proses pembelajaran perlulah menarik dan menyeronokkan
pelajar serta penglibatan pelajar yang aktif dalam aktiviti pembelajaran.

3&4. Perolehan dan ingatan


Sesuatu yang dipelajari harus diingati, aspek memori amat penting.
Penggunaan bahan pembelajaran yang mudah difahami dalam pelbagai
bentuk yang dapat merangsang pelbagai deria dapat diingati oleh pelajar.

4. Ingat kembali dan retrieval


Retrieval merujuk kepada proses mengesan maklumat yang disimpan dan
disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan Weinstein,1977).
Pengalaman pelajar harus diambil kira dan sentiasa menghubungkaitkan
pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada.
Penggunaan bahan pembelajaran perlu mudah difahami dan ini
memudahkan maklumat diingat kembali oleh pelajar.

5. Generalisasi
Maklumat yang diingat kembali akan digunakan dalam situasi-situasi
baru.
Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasikan
apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar
sekolah.

6. Prestasi
Tindak-tanduk pelajar dapat mengesahkan berlakunya pembelajaran.
Indikator seperti aktiviti dan respons pelajar sama ada secara lisan atau
bertulis boleh menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.

7. Maklum balas dan peneguhan


Merupakan tahap di mana motivasi perlu diberikan setelah pelajar
mencapai objektif pembelajaran.
Maklum balas bertujuan untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar
serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Maklum balas guru harus serta-merta untuk memperoleh kesan terhadap
pembelajaran pelajar.

Soalan: Cuba carikan persamaan antara kedua-dua prinsip pembelajaran


yang dikemukakan di atas.

PERBANDINGAN:-
Prinsip pembelajaran Ewell Sama () /
Tidak sama (X) Prinsip pembelajaran Gagne
Penglibatan aktif Motivasi
Perkaitan dan corak / Konstruktivisme Prestasi
Pembelajaran informal X Perolehan dan ingatan
Pengalaman langsung Generalisasi
Situasi mendesak X Perolehan dan ingatan
Maklum balas berterusan Maklum balas dan peneguhan
Suasana yang menyeronokkan Memberikan perhatian: Memastikan
perhatian pelajar
Refleksi Ingat kembali dan retrieval

Vous aimerez peut-être aussi