Vous êtes sur la page 1sur 45

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN
3756
MULAI SPM 2011

FORMAT PENTAKSIRAN

1
Prakata

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran Prinsip
Perakaunan yang telah disemak semula pada 18 November 2008. Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut di peringkat Tingkatan 4 bermula pada
tahun 2010.

Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia, (SPM). Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan
hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam dokumen rasmi
sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran ini telah diluluskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 Oktober 2009 dan akan digunakan mulai
tahun 2010 (Tingkatan 4) dan SPM 2011.

Format pentaksiran ini direkabentuk dengan mementingkan prinsip asas pentaksiran,


terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti.
Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran
memberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidang
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni. Reka bentuk pentaksiran juga memastikan
keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek
kandungan dan sukatan pelajaran.

Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksiran dengan


masyarakat, terutama para guru, ibu bapa dan para pelajar sendiri. Adalah diharapkan
maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentang
apa yang ditaksir dan bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting
bagi memberikan keadilan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan serta menjaga
kewibawaan institusi Lembaga Peperiksaan.

Dato’ Dr. Salbiah Binti Ismail


Pengarah
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya

2
FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN
PRINSIP PERAKAUNAN MULAI SPM 2011

1.0 PENGENALAN

Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah
Menengah telah dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat.

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada
calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon SPM yang memperoleh
keputusan yang baik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh London Chamber
of Commerce and Industry (LCCI) layak memohon untuk mendapatkan Sijil LCCI
Tahap 2. Projek Rintis Program 2 Pensijilan telah dilaksanakan dalam bulan
November 2007. Tahun 2008 merupakan tahun pertama penghasilan instrumen
pentaksiran mata pelajaran Prinsip Perakaunan secara bersama antara Lembaga
Peperiksan (LP) dengan LCCI.

Format pentaksiran ini memenuhi matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Mata
Pelajaran Prinsip Perakaunan serta LCCI dan The Association of Chartered Certified
Accountants (ACCA) untuk melahirkan modal insan profesional perakaunan peringkat
sekolah bertaraf antarabangsa, berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara serta menyumbang
kepada pembangunan negara maju 2020.

Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrumen pentaksiran


berdasarkan Sukatan Pelajaran yang disemak semula. Pembinaan instrumen pentaksiran
adalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutu
kesetaraan serta kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.

2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran ialah:

2.1 Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk
instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir)
dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan 2009. Item-item
yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai
kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan
instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh
kurikulum.

3
2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.
Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian
dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan
ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun.

2.3 Kebolehlaksanaan

Format pentaksiran ini telah mengambilkira aspek yang memastikan pentadbiran


pentaksiran boleh dilaksanakan.

2.4 Penjaminan Kualiti

Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan
sebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalam
kurikulum mata pelajaran Prinsip Perakaunan dapat direalisasikan tetapi juga menepati
tahap kualiti yang dihasratkan.

2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum

Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

3.0 KELULUSAN

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan format


pentaksiran bagi Prinsip Perakaunan SPM mulai 2011. Format tersebut telah diluluskan
dalam Mesyuarat Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada
23 Oktober 2009.

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk
melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti,
berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran
dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai
kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan
kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif
pembelajaran. Matlamat ini diperincikan satu demi satu dalam definisi yang ditunjukkan
di bawah:

4.1 Perakaunan sebagai satu pengajian asas

Pengajian asas merangkumi kebolehan menyepadukan ilmu kitaran perakaunan dengan


nilai murni, adab dan etika kerja perakaunan untuk memahami dan menilai prestasi
perniagaan.

4
4.2 Akauntabiliti

Bertanggungjawab kepada Pencipta, diri, masyarakat dan negara ke atas keputusan


dan tindakan yang diambil.

4.3 Pemikiran kritikal dan reflektif

Berkeupayaan berfikir secara kritis serta reflektif (mengimbas kembali) dalam pelbagai
situasi perniagaan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan melakukan
muhasabah diri.

4.4 Budaya kerja yang beretika

Mengamalkan budaya kerja yang beretika berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati
masa dan mematuhi peraturan serta boleh membezakan antara amalan kreatif dengan
amalan penipuan (fraudulent practices).

4.5 Berpengetahuan dalam teknologi maklumat

Berupaya dan mahir menggunakan TM (internet, perisian asas dan perisian perakaunan).

4.6 Pembelajaran sepanjang hayat

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran akses kendiri,


terarah kendiri dan penilaian kendiri.

4.7 Kemahiran berkomunikasi

Berkemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan yakni berupaya
menyampaikan ide dengan jelas dan yakin. Berkemahiran untuk menjadi pendengar
yang baik dan berkomunikasi secara interpersonal dengan beradab, sama ada dalam
menjalankan tugas yang berkaitan perakaunan atau yang lain.

4.8 Pendekatan pembelajaran bermakna

Mewujudkan pembelajaran bermakna dengan menghubungkaitkan teori dan amalan


perakaunan dalam pendekatan kontekstual dan autentik (berkebolehan berfikir,
menaakul dan merealisasikan dalam persekitaran perniagaan sebenar).

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan


Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

5
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) PRINSIP PERAKAUNAN

Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya tersendiri bagi membolehkan


murid-murid :

5.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasi
perniagaan dan bukan perniagaan.

5.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal secara
manual dan komputer, akaun penamat untuk perkongsian, kelab dan persatuan
serta menghitung nilai pendapatan, aset dan liabiliti dalam keadaan rekod tak
lengkap.

5.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam menyediakan belanjawan tunai,


penyata penyesuaian bank dan buku tunai (jurnal penerimaan dan pembayaran
tunai) termasuk tunai runcit sistem panjar (imprest system).

5.4 Membuat perbandingan antara jenis perniagaan dari aspek perakaunan bagi
pemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan
perniagaan.

5.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan.

5.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisis


nisbah asas.

5.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan


kepimpinan serta etika profesional dalam melaksanakan aktiviti perakaunan.

5.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian


Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

6
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN PRINSIP
PERAKAUNAN

Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip
Perakaunan yang dikenalpasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam
mempamerkan:

6.1 Pengetahuan dan Kefahaman berkaitan Perakaunan

Konstruk ini mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta-fakta khusus,


pengelasan dan tafsiran. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menyatakan,
mengenal pasti, menjelaskan, menerangkan, menyenaraikan, mengelaskan,
membanding dan membezakan.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

· Kebolehan mengingat semula fakta khusus dan membuat pengelasan mentafsir


fakta dan maklumat dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

6.2 Kemahiran Mengaplikasi

Konstruk ini mengukur kebolehan mengamal, mengguna, mempraktik


pengetahuan dan kefahaman mengikut piawaian perakaunan. Perlakuan yang
berkaitan termasuklah menghitung, menyediakan, merekod, dan menunjukkan
maklumat perakaunan.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

· Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat


perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

· Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat


perakaunan untuk menunjukkan, menghitung, merekod dan menyediakan penyata
kewangan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

6.3 Kemahiran Menganalisis

Konstruk ini mengukur kemahiran menganalisis unsur dan perkaitan tentang data
dan maklumat secara perbandingan dalam organisasi perniagaan dan bukan
perniagaan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menganalisis, membanding
dan menghubungkait.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

· Keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman konsep dan data untuk


mencerakinkan maklumat perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan
bukan perniagaan.

6.4 Kemahiran Membuat Keputusan

Konstruk ini menilai dan mentafsir maklumat perakaunan untuk membuat


keputusan.

7
Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur keupayaan
menggunakan maklumat perakaunan untuk membuat keputusan dalam organisasi
perniagaan.

6.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Keupayaan menggunakan perisian asas komputer/ TMK dalam bidang


perakaunan untuk merekod dalam Buku Tunai, Lejar, Imbangan Duga dan
penyediaan penyata kewangan.
Berkeupayaan mengemukakan idea, saranan dan pendapat dalam kumpulan,
interaksi harian dan pembentangan

6.6 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan

Kesediaan untuk mengikut peraturan dalam aktiviti merekod dan menyimpan data
dan maklumat. Mengamalkan akauntabiliti dan integriti dalam hal-hal berhubung
dengan etika perakaunan.

7.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011 menggunakan tiga instrumen:

7.1 Kertas 1 (3756/1)


Kertas 1 ujian objektif

7.2 Kertas 2 (3756/2)


Kertas 2 ujian subjektif

7.3 Kertas 3 (3756/3)


Kertas 3 projek

8.0 PERINCIAN FORMAT

Perincian format pentaksiran adalah seperti Lampiran 1

8
9.0 HUBUNGAN ANTARA OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) DENGAN
BENTUK INSTRUMEN

KERTAS
OBJEKTIF 3756/1 3756/2 3756/3
PENTAKSIRAN 1234567890123456789
1234567890123456789
12345678901234567890
123456789012345678901
1234567890123456789
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
1234567890123456789
123456789012345678901
12345678901234567890
1234567890123456789
123456789012345678901
12345678901234567890
OP 1 1234567890123456789
123456789012345678901
1234567890123456789
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
1234567890123456789
123456789012345678901
12345678901234567890
1234567890123456789
123456789012345678901
12345678901234567890
1234567890123456789
123456789012345678901
1234567890123456789 12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
OP 2 1234567890123456789
123456789012345678901
1234567890123456789 12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
OP 3 123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
OP 4 123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
123456789012345678901
12345678901234567890
12345678901234567890
12345678901234567890
OP 5 12345678901234567890
12345678901234567890
12345678901234567890
12345678901234567890
12345678901234567890
12345678901234567890
OP 6 12345678901234567890
12345678901234567890
12345678901234567890

10.0 ITEM CONTOH

Item contoh bagi 3756/1, 3756/2, 3756/3 adalah seperti Lampiran 2.

Penerangan akhir di setiap item adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut :

(i) Konstruk
- Perkara yang ditaksir
(ii) Konteks
- Kandungan/topik di dalam sukatan pelajaran
(iii) Aras
- Aras kesukaran item iaitu:
R (aras rendah)
S (aras sederhana)
T (aras tinggi)

Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman dan tidak akan diterakan dalam
kertas soalan sebenar.

9
LAMPIRAN 1 – FORMAT PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN


PRINSIP PERAKAUNAN (3756)

MULAI SPM 2011

10
FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN
PRINSIP PERAKAUNAN 3756 (MULAI SPM 2011)
Bil. Perkara Kertas 1 (3756/1) Kertas 2 (3756/2) Kertas 3 (3756/3)
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif Tugasan

2 Jenis Item Aneka Pilihan Dan Respons Terhad dan Menyelesaikan


Gabungan Struktur tugasan
menggunakan
kemudahan ICT

3 Bilangan Soalan 40 soalan (Jawab semua) Bahagian A Dua tugasan:


3 soalan (Wajib)(60 Tingkatan 4 – satu
markah) tugasan
Bahagian B Tingkatan 5 – satu
3 Soalan (Pilih 2)(40 tugasan
markah)

4 Jumlah Markah 40 100 Gred elemen

5 Pemberatan 20% 60% 20%

Ogos - Sept
6 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit April hingga Mei

Pengetahuan dan
7 W a j a r a n Pengetahuan dan Pengetahuan dan kefahaman- 10%
Konstruk kefahaman - 70% kefahaman - 10% Kemahiran - 80%
Kemahiran Aplikasi- Kemahiran - 90% - Aplikasi
30% - Aplikasi - Analisis
- Analisis - M e m b u a t
- Membuat keputusan keputusan
-Kemahiran TMK
Nilai - 10%

Tingkatan 4
8 Cakupan Konteks Semua bidang Semua bidang Penyediakan
pembelajaran dari pembelajaran dari dokumen perniagaan
Tingkatan 4 dan 5 Tingkatan 4 dan 5 dan penyediaan
akaun penamat
Tingkatan 5
Penyediakan satu set
akaun yang lengkap

Aras Kesukaran R:S:T=6:3:1 R:S:T=4:3:3


9 Rendah -R
Sederhana - S Keseluruhan
Tinggi -T R:S:T = 5:3:2

Alatan Tambahan Kalkulator Kalkulator


10 Buku Tunai
Jurnal
Lejar
Kertas Graf

11
LAMPIRAN 2 – ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN


PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 1 (3756/1)

MULAI SPM 2011

12
Penggajian

1 Apakah maksud penggajian?


A Salah satu daripada urus niaga perakaunan yang menguruskan kaedah pembayaran
kepada pekerja di atas perkhidmatan yang diberikan.
B Jumlah pendapatan yang dibayar untuk satu tempoh masa sebelum potongan
dibuat.
C Satu sistem yang diamalkan oleh sesebuah organisasi untuk pembayaran gaji.
D Jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja.

Jawapan : A
[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.1 Dokumen penggajian/
Aras: R]

2 Apakah butiran yang diambil kira dalam pengiraan gaji kasar?


I Elaun
II Gaji Pokok
III Pinjaman Perumahan
IV Yuran Koperasi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Jawapan : A
[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: R]

13
3 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Ahmad, seorang kerani bagi
bulan Januari 2009:
RM
Gaji Pokok 1 200
Pinjaman Kenderaan 218
KWSP 48
Elaun 200

Berapakah gaji bersih yang diperoleh Ahmad bagi bulan Januari 2009?
A RM1 666
B RM1 570
C RM1 230
D RM1 134

Jawapan : D
[Konstruk: Kemahiran Aplikasi/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: S]

Maklumat Pengurusan

4 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan Perakaunan Kewangan dan


Perakaunan Pengurusan sesebuah organisasi.

Perakaunan Kewangan Perakaunan Kewangan

A Proses meringkaskan data kewangan Proses menyediakan dan


dan menyediakan penyata kewangan membekalkan maklumat kewangan
untuk kegunaan pengguna luar dan statistik yang diperlukan oleh
pengurus.

B Proses menyediakan laporan Proses menyediakan laporan


mingguan atau bulanan seperti hasil kewangan seperti Penyata Pendapatan
jualan, bahan mentah, analisis varians dan Kunci Kira-kira.
dan lain-lain

C Proses menyediakan laporan Proses menyediakan maklumat


kewangan untuk membuat keputusan pengurusan untuk membuat
jangka pendek. keputusan jangka panjang.

D Proses menyediakan maklumat Proses membekalkan maklumat


perakaunan untuk pengguna dalaman. perakaunan kepada pengguna luaran.

Jawapan : A
[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks:Maklumat Pengurusan/Aras:
S]

14
LAMPIRAN 3 – ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN


PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 2 (3756/2)

MULAI SPM 2011

15
Bahagian A (60 markah) (Wajib)

Arahan : Bahagian ini mengandungi 3 soalan.


Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada helaian tambahan.

Contoh Soalan 1

1 (a) Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Aishah pada 31 Disember 2008:

Modal pada 1 Januari 2008 RM 20 000


Ambilan RM 5 000
Modal Tambahan RM 3 000
Modal pada 31 Disember 2008 RM 32 000

Kira :

(i) Untung bersih [2 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras:


R)

(ii) Peratus untung bersih atas modal [2 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan


Analisis Nisbah / Aras: R)

(b) Pada 10 Januari 2009, Ali membeli sebuah televisyen secara kredit daripada
Perniagaan Jaya dengan harga RM 8 000. Diskaun niaga adalah 10% dan syarat
bayaran adalah seperti berikut:

10% 5 hari ; 5% 10 hari

(i) Sekiranya Ali menjelaskan hutang pada 18 Januari 2009, kira jumlah bayaran
yang perlu dijelaskan olehnya. (Tunjukkan pengiraan) [2 markah]

(Konstruk : Kemahiran / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam


Perniagaan / Aras: R)

(ii) Apakah tujuan Perniagaan Jaya memberi diskaun niaga dan diskaun tunai?
[2 markah]

(iii) Namakan 2 jenis dokumen yang terlibat dalam urusniaga di (b).


[2 markah]

(Konstruk : Pengetahuan dan Kefahaman / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis


Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)

16
1 (a) Lengkapkan jadual berikut :

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


RM RM RM
(i) 20 000 5 000
(ii) 10 000 20 000
(iii) 10 000 8 000

[3 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 2.8 Persamaan Perakaunan /Aras: R)

(b) Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Ahmad pada 31 Disember 2008:

RM RM
Jualan 40 000 Pulangan belian 1 000
Belian 20 000 Angkutan masuk 500
Pulangan jualan 5 000 Angkutan keluar 200
Stok awal 1 000 Stok akhir 2 000

Anda dikehendaki mengira;

(i) Kos barang untuk dijual


(ii) Kos jualan
(iii) Untung atau rugi kasar
[3 markah]

(Konstruk : Kemahiran / Konteks: 7.3 Penyata Pendapatan / Aras: S)

(c) Rekodkan perkara berikut ke dalam Jurnal Am. (keterangan tidak diperlukan)

Jan. 4 Hutang lapuk dihapuskan daripada penghutang RM 500. [2 markah]

Jan. 8 Mengambil barang niaga RM 400 untuk kegunaan keluarga. [2 markah]

Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit

17
Contoh Soalan 2 dan 3
2 Berikut adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran Kelab Sukan Akil bagi
tahun berakhir 30 Jun 20X9:
RM
Penerimaan
Jualan restoran 200 600
Yuran tahunan 115 400

Pembayaran
Gaji pekerja restoran 40 890
Pemiutang restoran 110 560
Alatan sukan 30 025
Honorarium 5 500
Sewa 10 080
Elektrik dan air 30 080
Insurans 5 160
Caj bank 520
Gaji pengurus kelab 15 360
Angkutan masuk 800

Maklumat tambahan:
(i) Baki-baki aset dan liabiliti adalah seperti berikut:

1 Julai 20X8 30 Jun 20X9


RM RM
Stok restoran 11 090 6 050
Sewa terakru - 840
Tunai di tangan 470 470
Tunai di bank 30 890
Alatan sukan 119 400 144 700
Pemiutang restoran 6 010 8 050
Yuran tertunggak 4 850 5 010
Yuran terdahulu 3 005 3 010
Insurans terdahulu - 160

(ii) 40% daripada elektrik dan air adalah untuk restoran.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 20X8. [3 markah]


[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]

(b) Akaun Kawalan Pemiutang Restoran. [2 markah]


[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 5.2 Akaun Kawalan Penghutang dan
Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: T]

(c) Akaun Perdagangan Restoran bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9. [7 markah]
[Konstruk: Kemahiran/Konteks: 12.5 Penyata Pendapatan dan
Perbelanjaan / Aras: T]

(d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9.
[13 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]
18
3 Abu dan Bakar adalah pekongsi dalam Perkongsian ABBA. Perjanjian perkongsian
adalah seperti berikut :
(i) Faedah atas pinjaman pekongsi 5% setahun.
(ii) Faedah atas modal 10% setahun.
(iii) Gaji tahunan Abu dan Bakar RM5 000 dan RM8 000 masing-masing.
(iv) Untung atau rugi dibahagi dengan nisbah 3:2.

Maklumat perakaunan berikut diperoleh untuk tempoh perakaunan berakhir 31


Disember 2008 :
RM
Pada 1 Januari 2008:
Modal: Abu 50 000
Bakar 40 000
Akaun Semasa: Abu 2 800
Bakar 2 200
Pada 31 Disember 2008:
Pinjaman Abu 10 000
Premis (kos) 96 400
Alatan pejabat (kos) 14 600
Stok 4 550
Perabot (kos) 17 450
Ambilan: Abu 6 750
Bakar 6 250
Penghutang 12 000
Pemiutang 6 440
Bank (overdraf) 6 560
Untung bersih bagi tahun berakhir
31 Disember 2008 40 000

Maklumat tambahan:
(i) Untung bersih perkongsian hendaklah diselaraskan dengan perkara berikut :
(a) Faedah atas pinjaman.
(b) Susutnilai alatan pejabat 10 % setahun atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.
[9 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.3 Akaun Penamat / Aras: T]

(b) Akaun semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan. [8 markah]


[Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.2 Ekuiti Pemilik Dalam Perkongsian /
Aras: T]

(c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2008. [8 markah]


[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 10.4 Kunci Kira-Kira /Aras: T]
[25 markah]

19
Bahagian B (40 markah)

Arahan: Jawab mana- mana dua soalan sahaja.

4 Pada 31 Mac 2010, akaun bank perniagaan Fotostat Suliza menunjukkan baki RM15
000. Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010
adalah seperti berikut:
(i) Pada bulan April, beliau bercadang untuk membeli 2 buah mesin fotostat bernilai
RM6 750 seunit. Bayaran pendahuluan sebanyak RM7 500 dan bakinya dibayar
secara ansuran dalam tempoh 1 tahun bermula dari bulan Mei.
(ii) Sewa bulanan premis RM800 sebulan.
(ii) Dua orang pekerja diambil pada bulan April dengan gaji bulanan RM360 seorang.
Pada bulan Jun, seorang lagi pekerja diambil dengan gaji RM300 sebulan.
(iv) Hasil kutipan daripada perkhidmatan fotostat adalah seperti berikut:
RM
April 2 800
Mei 3 360
Jun 4 032
(v) Kadar bayaran dianggarkan sebanyak RM570 sebulan.
(vi) Anggaran belian kertas fotostat dan toner adalah seperti berikut:
RM
April 3100
Mei 1980
Jun 2700
Jumlah penerimaan dan pembayaran sebenar untuk tempoh tiga bulan berakhir
30 Jun 2010 adalah seperti berikut:

RM
Penerimaan
Hasil perkhidmatan fotostat 12 000

Pembayaran
Mesin fotostat 10 000
Belian kertas fotostat dan toner 8 200
Sewa premis 2 550
Gaji 2 160
Kadar bayaran 1 545

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010. [14 markah]
(b) Penyata Varian untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar.
[6 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 8.3 Belanjawan Tunai Dan Varian / Aras:
S]

20
5 Berikut adalah maklumat daripada Perniagaan Maria sepanjang bulan Ogos 2009 :
RM
Pada 1 Ogos 2009:
Baki debit lejar jualan 9 022
Baki kredit lejar jualan 165
Baki debit lejar belian 97
Baki kredit lejar belian 5 476
Peruntukan hutang ragu 230

Pada 31 Ogos 2009:


Bayaran kepada pemiutang 37 417
Jualan kredit 54 128
Diskaun diterima 1 210
Belian kredit 41 195
Pulangan masuk 2 205
Jualan tunai 15 000
Hutang lapuk dihapuskan 192
Diskaun diberi 1 744
Belian tunai 5 600
Cek tak layan 376
Hutang lapuk terpulih 300
Penerimaan daripada penghutang 49 178
Yuran peguam dikenakan atas penghutang 90
Pindahan baki dari lejar jualan ke lejar belian 345
Pulangan keluar 1 068
Baki debit lejar belian 133
Baki kredit lejar jualan 214

Anda dikehendaki:
(a) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Belian [8 markah]
(b) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Jualan [10 markah]
(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 5.2 Akaun Kawalan Penghutang &
Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: S)

(c) mengira jumlah jualan dan jumlah belian. [2 markah]


(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras : S)

21
6 Puan Bibi, pemilik Kedai Runcit Bibi tidak menyimpan rekod-rekod perakaunan
perniagaannya menggunakan sistem catatan bergu. Berikut adalah ringkasan Buku
Tunai perniagaannya pada 31 Disember 20X8 :
BUKU TUNAI
Tunai Bank Tunai Bank
RM RM RM RM
Baki b/b 20 1 000 Belian 1 300
Jualan 100 Ambilan 50
Penghutang 4 980 Gaji 200
Komisen 800 Insurans 120
Sewa 150

Aset dan liabiliti Perniagaan Bibi adalah seperti berikut:


1 Januari 20X8 31 Disember 20X8
RM RM
Alatan kedai 8 000 7 600
Stok 600 800
Tunai 20 870
Bank 1 000 4 210
Sewa terakru - 50
Insurans terdahulu 70 -
Gaji terakru 50 -
Penghutang 780 1 200

Anda dikehendaki:

(a) menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8.


[10 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: S]

(b) menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Disember 20X8. [6 markah]


[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.4 Penentuan Aset dan Liabiliti dan
Kunci Kira-Kira / Aras: S]

(c) menghitung:
(i) kadar pusing ganti stok
(ii) margin untung bersih
[4 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks : 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan
Analisis Nisbah / Aras: S]

22
Contoh jawapan
Bahagian A

1 (a) (i) Untung bersih = RM14000


(32000 + 5000) – (20000 + 3000)

(ii) Peratus untung bersih atas modal


14 000
= × 100%
20 000
= 70%

(b) (i) (8 000 – 800) = 7 200


7 200 x 5% = 360
7 200-360
=RM6 840

(ii) Diskaun niaga- menggalakkan pelanggan membeli secara pukal


Diskaun tunai- menggalakkan penghutang / pelanggan membayar dengan
segera

(iii) a) invois
b) Resit, baucar bayaran, keratan cek

1 (a)
Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
(i) 20 000 15 000 5 000
(ii) 30 000 10 000 20 000
(iii) 10 000 8 000 2 000

(b) (i) = RM20 500


(ii) = RM18 500
(iii) untung kasar RM16 500

(c)
Tarikh Butir Debit Kredit
Jan. 4 Hutang lapuk 500
Penghutang 500

Jan. 8 Ambilan 400


Belian 400

23
2 (a) Kelab Sukan Akil
Penyata Mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 2007
Aset RM RM
Stok Restoran 11 090
Tunai 470
Bank 30 890
Alatan sukan 119 400
Yuran tertunggak 4 850
166 700
Tolak : Liabiliti
Pemiutang restoran 6 010
Yuran terdahulu 3 005
(9 015)
Dana Terkumpul pada 1 Julai 2007 157 685

(b) Akaun kawalan Pemiutang Restoran


2009 RM 2008 RM
Jun 30 Bank 110 560 Julai 1 Baki b/b 6 010
Baki h/b 8 050 2009
Jun 30 Belian 112 600
118 610 118 610
Julai 1 Baki b/b 8 050

(c) Kelab Sukan Akil


Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2008
RM RM RM
Stok awal 11 090 Jualan 200 600
Belian 112 600
(+) Angkutan Masuk 800 113 400
124 490
(–) Stok akhir 6 050
118 440
Gaji pekerja 40 890
Elektrik dan air 12 032
52 922
171362
Untung restoran 29 238
200 600 200 600

24
2 (d) Kelab Sukan Akil
Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2008
RM RM
Sewa 10 920 Untung restoran 29 238
Insurans 5 000 Yuran tahunan 115 555
Elektrik dan air 18 048
Susut nilai alatan sukan 4 725
Honorarium 5 500
Caj bank 520
Gaji Pengurus kelab 15 360
Lebihan 84 720
144 793 144 793

Jalan kerja:

(i) Sewa = 10 080 + 840 = 10 920


(ii) Yuran = 115 400 + 3 005 – 4 850 + 5 010 – 3 010 = 115 555
(iii) Insurans = 5 160 – 160 = 5 000
(iv) Susut nilai alatan sukan = 119 400 +30 025 –144 700 = 4 725

3 (a) Perkongsian ABBA


Penyata Pengasingan Untung Rugi
bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
RM RM
Untung Bersih 38 040
(–) Faedah atas modal:
Abu 5 000
Bakar 4 000
9 000
Gaji:
Abu 5 000
Bakar 8 000
13 000
16 040
Kongsi Untung:
Abu 9 624
Bakar 6 416
16 040

Nota Pengiraan Untung Bersih:


RM
Untung Bersih 40 000
(–) Faedah atas pinjaman 500
(–) Susut nilai alatan pejabat 1 460
38 040 atau (40 000 – 500 – 1460)

25
(b) Akaun Semasa
Abu Bakar Abu Bakar
RM RM RM RM
Ambilan 6 750 6 250 Baki b/b 2 800 2 200
Baki h/b 16 174 14 366 Faedah atas modal 5 000 4 000
Gaji 5 000 8 000
Faedah atas pinjaman 500
Kongsi untung 9 624 6 416
22 924 20 616 22 924 20 616
Baki b/b 16 174 14 366

(c) Perkongsian ABBA


Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2008
RM RM RM
Aset Bukan Semasa
Premis 96 400
Alatan pejabat 14 600
Tolak: Peruntukan susutnilai 1 460 13 140
Perabot 17 450
126 990
Aset Semasa
Stok akhir 4 550
Penghutang 12 000
16 550
Tolak: Liabiliti semasa 6 440
Pemiutang 6 560
Overdraf bank 13 000
Modal kerja 3 550
130 540
Ekuiti pemilik
Modal : Abu 50 000
Bakar 40 000 90 000

Akaun semasa : Abu 16 174


Bakar 14 366 30 540
Liabiliti bukan semasa
Pinjaman Abu 10 000
130 540

26
Bahagian B

4 Perniagaan Fotostat suliza


Penyata Belanjawan Tunai bagi tahun berakhir 31 Mac 2010

Butir April Mei Jun Jumlah Sebenar Varians


RM RM RM RM RM RM
Baki b/b 15 000 5 110 3 900
Penerimaan
Perkhidmatan fotostat 2 800 3 360 4 032 10 192 12 000 (1 808)
17 800 8 470 7 932 10 192 27 000 (1 808)
Pembayaran
Ansuran mesin fotostat 7 500 500 500 8 500 10 000 (1 500)
Sewa premis 800 800 800 2 400 2 550 (150)
Gaji 720 720 1 020 2 400 1 260 300
Kadar bayaran 570 570 570 1 710 1 545 165
Kertas fotostat dan toner 3 100 1 980 2 700 7 780 8 200 (420)
12 690 4 570 5 590 22 850 24 455 (1 605)
Baki h/b 5 110 3 900 2 342

27
5 (a) Perniagaan Maria
Akaun kawalan Lejar Belian
2010 RM 2010 RM
Ogos 1 Baki b/b 97 Ogos 1 Baki b/b 5 476
Ogos 31 Jualan 37 417 Ogos 31 Belian 41 195
Bank 1 210 Baki h/b 133
Yuran peguam 345
Baki h/b 1 068
6 667
46 804 46 804
Sept 1 Baki b/b 133 Sept 1 Baki b/b 6 667

(b)
Perniagaan Maria
Akaun kawalan Lejar Jualan
2010 RM 2010 RM
Ogos 1 Baki b/b 9 022 Ogos 1 Baki b/b 165
Ogos 31 Jualan 54 128 Ogos 31 Pulangan masuk 2 205
Bank 376 Hutang lapuk 192
Yuran peguam 90 Diskaun diberi 1 744
Baki h/b 214 Bank 49 178
Kontra 345
Baki h/b 10 001
63 830 Sept 1 63 830
Sept 1 Baki b/b 10 001 Baki b/b 214

(c) Jumlah jualan = Jualan tunai + Jualan kredit


= 15 000 +54128
= RM69128

Jumlah belian = Belian tunai + Belian kredit


= 5600 + 41195
= RM46795

28
6 (a) Kedai Runcit Bibi
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8
RM RM
Jualan 5500
Stok awal 600
Belian 1300
1900
(–) Stok akhir 800
Kos jualan 1100
Untung kasar 4400
(+) Hasil
Komisen 800
5200
(–) Belanja
Gaji 150
Insurans 190
Sewa 200
Susut nilai alatan kedai 400
940
Untung bersih 4260
(b) Kedai Runcit Bibi
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8
Aset Bukan Semasa RM RM
Perabot 8000
(–) Susut nilai terkumpul 400
Aset Semasa 7600
Stok akhir 800
Tunai 870
Bank 4210
Penghutang 1200
7080
(–) Liabiliti Semasa
Sewa terakru 50
Modal Kerja 7030
14630
Ekuiti Pemilik
Modal awal 10420
(+) Untung bersih 4260
14680
(–) Ambilan 50
Modal akhir 14630

29
Kos jualan
6 (c) (i) Kadar pusing ganti stok =
Stok purata
1 100
=
700
= 1.57 kali

Untung kasar
(ii) Margin untung bersih = × 100
Jualan
= 5500
= 77.45%

Jalan kerja:

Jualan = (1 200 + 4 980) – 780


= 5 400 + 100
= 5 500

Gaji = 200 – 50
= 150

Insurans = 120 + 70
= 190

Sewa = 150 + 50
= 200

SN Terkumpul = 8 000 – 7 600


= 400

Modal awal = Aset – Liabiliti


=(8 000 + 600 + 20 + 1 000 + 70 + 780) – 50
= 10 420

30
LAMPIRAN 4 – ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN


PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 3 (3756/3)

MULAI SPM 2011

31
MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

Arahan Tugasan

Calon dikehendaki:
1. Menyediakan Satu Set Akaun yang lengkap bagi sebuah perniagaan milikan
tunggal yang menjalankan perniagaan menjual barangan keperluan harian
seperti:
(a) barangan runcit
(b) kek
(c) buah-buahan

2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan.


i Jenis Perniagaan Milikan tunggal
ii Status perniagaan Memulakan perniagaan
iii Tempoh urus niaga 1 bulan tahun semasa

3 Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan
perkara berikut:

Butiran Ringkasan Urus niaga Bilangan urusniaga


Bilangan urus niaga 40
Garis panduan urus niaga
i Catatan permulaan 2

ii Komponen kos jualan - Belian kredit


- Belian tunai
- Pulangan belian
- Angkutan masuk 7
duti import, upah belian,
insurans belian

iii Komponen jualan bersih - Jualan kredit


- Jualan tunai 5
- Pulangan Jualan

iv Komponen pembayaran - kepada pemiutang 10


- belanja

v Komponen Penerimaan - daripada penghutang 8


- hasil

vi Perolehan aset - tunai 3


- kredit

vii Catatan kontra 2

viii Ambilan - barang niaga


- tunai
- kegunaan sendiri 2
- kegunaan perniagaan
- tujuan promosi/derma

32
ix Pinjaman 1
x Stok akhir - ditentukan berdasarkan 1
baki daripada kad stok

4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga:


i Peniaga menggunakan duit simpanan di bank sebanyak RM20 000 untuk
menjalankan perniagaan
ii Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan bayaran gaji
sebanyak RM500 sebulan
iii Peniaga memberi diskaun 2% untuk belian tunai yang melebihi RM500 dan
diskaun tunai 2.5% untuk belian melebihi RM1 000 dan dibayar dalam tempoh 7
hari

5. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer yang


sesuai.

6. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi
perkara berikut:
i Saiz kertas : A4
ii Saiz font : 12
iii Jenis font : Times New Roman
iv Jarak antara baris : 1.5
v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan
mengikut kesesuaian

7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan. ( Ogos - September )

8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

9. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk
pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

10. Format Pendokumentasian


a. Muka Depan terdiri daripada maklumat diri.
i Nama calon
ii Angka Giliran
iii No Kad Pengenalan
b. Kandungan
i Perakuan Calon
ii Penghargaan
iii Pengenalan perniagaan
iv Profil perniagaan
v Perancangan urusniaga
vi Dokumen perniagaan
vii Buku Catatan Pertama
viii Lejar
ix Imbangan Duga
x Penilaian Stok Akhir
xi Penyata Pendapatan
xii Kunci Kira-kira
xiii Rumusan

33
LAMPIRAN YANG DICADANGKAN

LAMPIRAN 1

Perakuan Calon Tentang Ketulenan


Tugasan Projek Kertas 3756/3

Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan
3756/3 adalah tulen.

Tandatangan Calon :

Nama Calon :

No. Kad Pengenalan :

Angka Giliran Calon :

• Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.

34
LAMPIRAN 2

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3

OGOS SEPT OKT


KEMAHIRAN MINGGU MINGGU MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4
Mengorganisasi
Perancangan
Perancangan awal
Struktur folio
Proses Tugasan
Penyediaan Dokumen Sumber
Mencatat Buku Catatan Pertama
Pengeposan ke Lejar
Penyediaan Imbangan Duga
Penyediaan Penyata Kewangan
Menganalisis
Penilaian
Pengiraan Analisis Nisbah
Rumusan
Merumus Nisbah
Mentafsir dan Membuat Keputusan
Membuat keputusan
Cadangan
Rasional
Berkomunikasi
Pembentangan Tugasan
Pentadbiran
Pemantauan LPM
Pengumpulan dan Semakan Tugasan
Penilaian dan Pentaksiran
Kemasukan Markah

35
LAMPIRAN 3

Kertas Cadangan Tugasan.

Maklumat Perniagaan

i Nama perniagaan

ii Nama Pemilik

iii Lokasi / Alamat

iv Jenis perniagaan

v Tempoh perakaunan

vi Tempoh rekod

vii Modal perniagaan

viii Jumlah pekerja

ix Status perniagaan

x Nama dan alamat bank

xi Nombor Akaun

36
Lampiran 4

Senarai nama dan alamat pembekal.

Urus niaga secara kredit

Pembekal 1 Pembekal 2

Urus niaga secara kredit

Pembekal 3 Pembekal 4

Urus niaga secara tunai

Pembekal 1 Pembekal 2

Urus niaga secara tunai

Pembekal 3 Pembekal 4

37
LAMPIRAN 5
Senarai nama dan alamat pelanggan.

Urus niaga secara kredit

Pelanggan 1 Pelanggan 2

Urus niaga secara kredit

Pelanggan 3 Pelanggan 4

Urus niaga secara tunai

Pelanggan 1 Pelanggan 2

Urus niaga secara tunai

Pelanggan 3 Pelanggan 4

38
Senarai Keperluan Dokumen Berdasarkan Urus niaga

Nombor Siri Bilangan


Bil Elemen Urus niaga Dokumen
Dokumen Salinan Asal

39
KAD STOK

Jenis Barang : Unit Keluaran :

Masuk Keluar Bak


No. Harga Harga Har
Bil Tarikh Dokumen Amaun Amaun
Dokumen Kuantiti Seunit Kuantiti Seunit Kuantiti Seu
(RM) (RM)
(RM) (RM) (RM

40
BORANG SEMAKAN DAN PENILAIAN GURU
Penilaian 1 Penilaian 2 Penilaian Akhir
Fasa Gred Tarikh Gred Tarikh Gred Tarikh
1.0 Kemahiran Mengorganisasi
1.1 Perancangan
1.1.1 Perancangan Awal
1.1.2 Struktur Folio
1.2 Proses Tugasan
1.2.1 Dokumen Perniagaan
1.2.2 Buku Catatan Pertama dan Lejar
1.2.3 Imbangan Duga
1.2.4 Penyata Kewangan
2.0 Kemahiran Menganalisis
2.1 Penilaian
2.2 Rumusan
3.0 Kemahiran Mentafsir dan Membuat

41
Keputusan
3.1 Cadangan / Membuat Keputusan
4.0 Kemahiran Mengaplikasi
4.1 Konsep Perakaunan
4.2 Prinsip Pengurusan Tunai
4.3 Perisian Komputer Dalam Konteks
Perakaunan
5.0 Kemahiran Berkomunikasi
6.0 Nilai
6.1 Bersistem
6.2 Bertanggungjawab
6.3 Peka
6.4 Hormat menghormati
Markah keseluruhan
TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3

Nama Calon :

Angka Giliran :

No. K/P : - -

Elemen 1.0 Kemahiran Mengorganisasi

Bil Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)


1.1 Perancangan 1

1.2 Operasi 14
Jumlah
Purata

Gred Elemen
Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis

Bil Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)


2.1 Menganalisis 1
Jumlah
Purata

Gred Elemen
Elemen 3.0 Kemahiran Mentafsir

Bil Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)


3.1 Rumusan 1

3.2 Cadangan 1
Jumlah
Purata

Gred Elemen

42
Elemen 4.0 Kemahiran Mengaplikasi

Bil Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)


4.1 Konsep Perakaunan 1

4.2 ICT 4
Jumlah
Purata

Gred Elemen

Elemen 5.0 Nilai

Bil Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)


Ketepatan masa dan
5.1 1
Ketulenan

Kreativiti dan
5.2 1
Kekemasan

Jumlah
Purata

Gred Elemen

Gred Keseluruhan

Pengesahan

Saya mengesahkan telah menilai calon ini:

Tandatangan Guru Penilai: Cop Sekolah:

Nama Guru Penilai: Tarikh:

43
BORANG RUMUSAN SKOR PROJEK
PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3

Angka Nombor
Bil Nama Calon Gred Skor
Giliran K/P
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Dengan ini adalah disahkan bahawa Projek Tugasan Prinsip Perakaunan 3756/3 telah
dilaksanakan dan maklumat di atas adalah benar:

Nama Sekolah:

Tandatangan Guru Penilai:

Nama Guru Penilai:

Tarikh:

Tandatangan Pengetua:

Nama Pengetua dan Cop Rasmi Sekolah:

Tarikh:

44
CONTOH SIJIL
No. Siri:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


CONVENT PEEL, KUALA LUMPUR

SIJIL PENCAPAIAN
PROJEK TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Dengan ini disahkan bahawa

RAZFFAZWAN EMRAN BIN RAMLI

No. K/P : 950408-04-5249

Angka Giliran: AG12345678

telah berjaya menyempurnakan


tugasan Prinsip Perakaunan 3756/3
dengan pencapaian berikut:

Elemen Gred
Kemahiran Mengorganisasi A
Kemahiran Menganalisis A
Kemahiran Mentafsir A
Kemahiran Mengaplikasi A
Nilai A
Gred Keseluruhan A

45