Vous êtes sur la page 1sur 5

PENGENALAN

Salam sejahtera dan salam perpaduan


Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan kepada anak-anak tuan-tuan dan
puan-puan. Sikap beginilah yang kita perlukan dalam memastikan pihak sekolah
untuk terus berusaha membangunkan semua aspek yang ada pada diri anak-anak
kita terutamanya pendidikan mereka. Kerjasama erat PTA dan pihak sekolah mampu
memberi kesan yang baik terhadap pencapaian murid-murid.

PERMASALAHAN

Tuan-tuan dan puan-puan


Pada mesyuarat yang lepas ramai ibubapa yang melahirkan rasa bimbang mereka
terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran terutamanya bagi subjek
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Untuk makluman kamu masalah ini bukan
hanya dihadapi oleh sekolah kita malah dihadapi juga oleh kebanyakkan sekolah di
negara kita terutamanya sekolah luar bandar. Dasar kerajaan yang mahu supaya
Subjek Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris adalah titik bermulanya
permasalahan ini.
Masalah ini adalah berpunca dari beberapa faktor, antaranya ;

1. Kurang menguasai Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.


Ternyata pelajar kita masih lemah dalam menguasai Bahasa Inggeris. Maslah ini
sudah lama berlaku. Akibat daripada budaya dan sosial pelajar itu sendiri yang
menyebabkan penguasaan terhadap Bahasa Inggeris menjadi lemah. Bahasa
Inggeris dianggap hanya sebagai salah satu subjek pembelajaran menyebabkan
ianya hanya digunakan pada waktu pembelajaran sahaja. Untuk menguasai bahasa
kita perlu gunakannya sekerap mungkin.
Masalah penguasaan Bahasa Inggeris belum dapat diselesaikan telah ditambah pula
dengan masalah baru apabila dasar PPSMI iaitu dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan. Tanpa penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik bagaimana pelajar hendak menguasai subjek Matematik
dan Sains yang diajar dalam bahasa inggeris . Perkara ini telah memberikan kesan
berganda kepada pelajar. Justeru itu untuk menguasai Matematik dan Sains pelajar
perlulah terlebih dahulu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Setelah itu
barulah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
2. Guru-guru tidak menguasai Bahasa inggeris.
Masalah ini semakin teruk apabila guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains
juga tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Apabila ini terjadi maka akan
berlaku beberapa masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran antaranya
ialah
i) Penggunaan istilah yang kurang tepat kerana kurangnya kefahaman guru
terhadap istilah dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik.
Maka akan timbul masalah kekeliruan di kalangan pelajar.
ii) Penggunaan Bahasa Inggeris yang teruk akan menyebabkan pelajar tidak
dapat memahami isi pelajar yang disampaikan oleh guru. Ianya
menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai.
iii) Guru akan cuba menggunakan pelbagai bahasa agar pelajarnya faham
yang akhirnya menyebabkan pelajar menjadi bosan untuk belajar dan
memandang rendah terhadap gurunya.
Justeru itu guru perlulah terlebih dahulu menguasai Bahasa Inggeris sebelum
mengajar subjek Matematik dan Sains.

3. Jurang perbezaan semakin besar.


Apabila dasar ini dilaksanakan akan berlaku jurang perbezaan dikalangan pelajar
dalam subjek Matematik dan Sains. Bagi pelajar yang pandai mereka akan terus
berjaya kerana mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik seterusnya dapat
juga menguasai Matematik dan Sains dengan baik. Bagi pelajar sederhana dan
lemah meraka akan semakin ketinggalan memandangkan subjek Matematik dan
Sains yang diajar dalam Bahasa Melayu pun mereka masih kurang mampu
mengusainya apatah lagi dalam Bahasa inggeris . Akibatnya pencapaian mereka
akan makin menurun setiap tahun.

FUNGSI PTA
PTA merupakan satu-satunya pertubuhan yang ditubuhkan di sekolah khusus untuk
membantu pentadbir sekolah dan guru dalam menjalankan tugas mereka yang
melibatkan anak-anak ahli PTA itu sendiri. Oleh itu kita perlu bekerjasama untuk
membantu masalah yang timbul di sekolah kita seperti yang dinyatakan oleh tuan-
tuan dan puan. Permasalahan ini boleh di selesaikan asal saja kita boleh duduk
bersama dan bekerjasama antara pihak sekolah dan PTA.
Berkaitan masalah pencapaian subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang
lemah kita boleh selesaikannya dengan cara kita membawa masuk guru yang
berkemahiran dan pakar dalam subjek tersebut. Secara tidak langsung guru ini
dapat membantu guru yang mengajar pada waktu persekolah biasa. Hanya melalui
cara ini sajalah yang dapat kita lalukan untuk memastikan pencapaian anak-anak
kita dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan sains meningkat . Melalui kelas
tusyen yang dibiayai sepenuhnya oleh PTA dapat membantu pihak sekolah
menaikkan semula tahap pencapaian pelajar kita.

Selain itu, bahan pembelajaran yang bersesuaian juga perlu disediakan. Melalui
bahan pembelajaran yang sesuai dapat membantu guru yang mengajar subjek
berkenaan menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik. PTA perlu membantu
pihak sekolah mengadakan bahan-bahan tersebut. Untuk mengharapkan pihak
sekolah menyediakan bahan-bahan tersebut rasanya agak sukar memandangkan
peruntukan yang disalurkan tidak mencukupi untuk membeli bahan-bahan yang
saya katakan tadi.
Selain itu juga, ahli-ahli PTA yang mempunyai kepakaran tertentu yang boleh
membantu pihak sekolah boleh menyumbangkan khidmat mereka kepada sekolah
sebagai salah satu cara untuk membantu anak-anak kita meningkatkan tahap
pencapaian pelajaran mereka.

MASALAH PTA

Tuan-tuan dan puan-puan


Semua idea-idea yang saya nyatakan sebelum ini dalam usaha membantu pihak
sekolah menaikkan semula tahap pencapaian pelajar bukanlah sesuatu yang
mustahil untuk dilaksanakan asalkan PTA mempunyai dana yang mencukupi untuk
menjalankan semua idea tersebut.
Malangnya, setakat masa sekarang dana kita tidak mencukupi untuk menjalankan
idea-idea yang saya nyatakan tadi. Untuk itu, kita perlu menyelesaikan maslah
kekurangan dana PTA ini terlebih dahulu barulah kita dapat membantu pihak
sekolah menyelesaikan masalah pencapaian pelajar.
Saya ingin mencadangkan beberapa idea untuk menambah dana PTA kita ini.
Antaranya ialah

1. JOGATHON
Melalui program jogathon ini kita mampu mengumpul jumlah dana yang lebih besar
sekiranya berjaya. Untuk melaksanakan program ini kita mendapat kerjasa dari
semua pihak. Penglibatan menyeluruh ini dapat meringkan beban kita dalam
melaksanakan program ini. Melalu jogathon ini para pelajar perlu mengumpul
derma dari ahli keluarga dan jiran mereka. Bukan pelajar sahaja malah semua guru,
ahli PTA dan masyarakat setempat juga akan dilibatkan bersama. Hadiah akan
disediakan kepada 10 orang peserta yang berjaya mengumpul kutipan derma
terbanyak. Hadiah ini sebagai penggalak kepada semua peserta untuk melibatkan
diri secara aktif dalam program ini. Program ini perlukan perancangan yang baik.
Tanpa perancangan yang baik peratus kejayaan program ini akan rendah. Oleh itu
kita perlu membuat perancangan dalam tahun ini sekiranya kita hendak
melaksanakan program ini pada tahun hadapan. Walaupun kerja melaksanakan
program ini agak berat tetapi hasilnya adalah amat memuaskan. Beberapa sekolah
yang telah menjalankan program ini telah berjaya mengumpul ribuan ringgit.

2. JUALAN KALENDAR
Saya juga ingin mencadangkan supaya PTA membuat jualan kalendar pada setiap
tahun. Ini merupakan cara mudah untuk mendapatkan dana untuk PTA. Setiap ahli
PTA perlu membeli kalendar dan juga perlu menjual sejumlah kecil kalendar kepada
rakan atau jiran mereka supaya keuntungan jualan bertambah.
Banyak sekolah menjalankan usaha ini memandangkan urusannya tidaklah sesusah
urusan program lain. Secara tidak langsung dana PTA sentiasa akan ada pada setiap
awal tahun hasil jualan kalendar.

3. SUMBANGAN DARI BEKAS PELAJAR


Tuan-tuan dan puan-puan sekolah kita ini telah lama didirikan . Oleh itu sudah
pastilah bekas pelajar sekolah kita telah mencapai ribuan orang. Kebanyakan
mereka telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Sudah pastilah kejayaan
mereka itu bermula dari sekolah kita ini. Saya pasti sekiranya kita memohon sedikit
sumbangan dari setiap orang bekas pelajar pastinya kita akan mendapat jumlah
pungutan yang diluar jangkaan kita. Dan kerjasa dari mereka ini perlu dikekalkan
untuk masa-masa akan datang sebagai salah satu tanggungjawab mereka sebagai
salah seorang bekas pelajar sekolah inii.

4. PTA day
Saya juga ingin mencadangkan supaya diadakan hari PTA . Hari PTA ini dapat
dijadikan platform untuk kita mengadakan pelbagai aktiviti jualan dan hiburan
kepada ibu bapa dan kanak-kanak dengan dengan mengenakan bayaran
berdasarkan kupon . Selain dapat bersosial kita juga dapat menderma kepada dana
PTA kita. Masyarakat setempat perlu dilibatkan untuk memeriahkan lagi seterusnya
dapat meningkatkan jumlah hasil jualan pada hari tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan
Untuk menyelesaikan masalah yang tuan-tuan kemukan pada mesyuarat yang lalu
seharusnya kita selesaikan terlebih dahulu maslah yang dihadapi oleh PTA kita.
Tanpa dana yang mencukupi saya pasti masalah pencapaian menurun pelajar kita
agak sukar untuk ditangani oleh pentadbir sekolah. Oleh itu kita perlulah terlebih
dahulu menyelesaikan masalah kekurang dana PTA in dengan seberapa segera
yang boleh. Untuk menyelesaikannya saya telah mengemukan beberapa idea untuk
mengumpul dana yang diperlukan oleh kita. Saya berharap agar mendapat
kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan semua program yang telah
dijalankan agar dapat digunakan dana itu untuk tujuan meningkatkan pencapaian
para pelajar.

Sekian terima kasih

Vous aimerez peut-être aussi