Vous êtes sur la page 1sur 28

Muka Surat

1.0 Pengenalan............................................................................................................................2
2.0 Punca-Punca berlakunya Fenomena Jerebu..........................................................................3
2.1 Pembakaran hutan secara besar-besaran...........................................................................3
2.2 Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan.......................................................................3
2.3 Pembakaran bahan api daripada kenderaan dan kilang....................................................4
2.4 Alam semulajadi...............................................................................................................5
3.0 Langkah-Langkah Keselamatan semasa berlakunya Fenomena Jerebu...............................6
4.0 Kesan-kesan jerebu kepada Kesihatan Manusia...................................................................7
5.0 Langkah-Langkah Mengatasi Fenomena Jerebu..................................................................8
5.1 Melaksanakan dasar undang-undang sedia ada................................................................8
5.2 Pendidikan Alam Sekitar...................................................................................................9
5.3 Pembenihan Awan.............................................................................................................9
5.4 Penggunaan sumber alternatif bagi mengantikan sumber sedia ada...............................10
5.5 Kempen Hijau.................................................................................................................10
6.0 Penutup....................................................................................................................................11
7.0 Slaid PowerPoint Ceramah Fenomena Jerebu.........................................................................12
8.0 Refleksi Artikel Bencana Jerebu.............................................................................................22
Sumber Rujukan............................................................................................................................28

1
1.0 Pengenalan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar SK Pekan Lahad Datu
2, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya daripada Jabatan Unit Kesihatan
Hospital Daerah Lahad Datu, Sabah bagi menyampaikan ceramah berkenaan dengan isu jerebu
yang melanda negara kita kepada seluruh warga sekolah dan juga kepada ibu bapa sekalian.

Para hadirin yang dihormati,

Jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila habuk,debu, gas-gas, asap kilang,
asap kenderaan dan asap pembakaran yang mengandungi zarah-zarah kecil yang berkumpul
dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara. Asap yang mempunyai zarah-
zarah kecil ini akan mulai menyerap dan menghalang pancaran cahaya matahari untuk sampai ke
permukaan bumi. Keadaan ini seterusnya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar
penglihatan. Pakar-pakar daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar telah memberi
amaran bahawa jerebu amat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi campuran
gas beracun dan bahan kimia lain seperti magnesium, sulfur dioksida, karbon monoksida dan
plumbum. Bahan-bahan kimia seperti ini adalah amat berbahaya kerana mampu menghakis
permukaan paru-paru, melumpuhkan sistem pernafasan manusia dan turut menyebabkan
gangguan otak manusia. Bahan-bahan kimia ini juga boleh menimbulkan pelbagai penyakit
pernafasan contohnya seperti selesema, sinus, demam, batuk berterusan, asma, bronchitis, sinus
dan penyakit kulit.

Kejadian jerebu yang paling teruk melanda negara kita adalah pada tahun 1997 yang disebabkan
oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran iaitu di bahagian Kalimantan Indonesia. Jerebu yang
berlaku sekitar tahun 1997 ini juga telah membawa fenomena El-Nino yang membawa kepada
cuaca kering dan panas berpanjangan. Negeri Sabah khususnya di daerah Kota Marudu, Kudat
dan Kota Belud telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini, di mana telah menyebabkan
jumlah hujan menurun dan menjejaskan masalah bekalan air bersih akibat penurunan tekanan air.

2
2.0 Punca-Punca berlakunya Fenomena Jerebu

Para hadirin yang dikasihi,

Keadaan udara di negara kita yang berjerebu adalah disebabkan beberapa punca yang
telah kita kenal pasti. Antara punca-punca jerebu seperti, pembakaran hutan secara besar-
besaran, pembakaran secara terbuka tanpa kawalan, pembakaran bahan api daripada kenderaan
dan kilang perindustrian dan punca daripada alam semulajadi. Kita akan melihat satu persatu
punca yang menyebabkan berlakunya jerebu.

2.1 Pembakaran hutan secara besar-besaran

Fenomena jerebu ini sudah menjadi fenomena yang sentiasa berlaku di negara kita pada
setiap tahun. Hal ini kerana negara jiran iaitu Indonesia akan melakukan pembakaran hutan
secara besar-besaran. Pada tahun 2005 misalnya kebakaran di Sumatera Indonesia telah
menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah
Kelang seperti Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang yang diisytiharkan darurat kerana Indeks
Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan lebih 500. Pembakaran hutan secara besar-besaran
menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu. Di negara Indonesia yang
merupakan negara jiran kita, sering kali melakukan pembakaran secara terbuka khususnya di
kawasan Sumatera dan Kalimantan. Pembakaran hutan secara besar-besaran ini dilakukan oleh
pihak Indonesia bagi tujuan membina infrastruktur baru dan untuk tujuan pertanian. Kesan
daripada pembakaran hutan secara besar-besaran ini kepada negara kita khususnya adalah angin
yang bertiup daripada kawasan Sumatera dan Kalimantan yang membawa jerebu bersama akan
mencemarkan udara di negara kita sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatk di paras
lebih berbahaya. Hal ini kerana pembakaran hutan secara besar-besaran ini juga menimbulkan
asap, debu dan bahan bakar yang menghasilkan gas yang berbahaya kepada kesihatan manusia
dan juga kualiti udara persekitaran.

2.2 Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan

Fenomena jerebu ini juga terdorong daripada perbuatan manusia yang melakukan
pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sama ada di persekitaran rumah, persekitaran kebun
dan sawah, mahupun di kawasan perindustrian seperti kilang-kilang. Pembakaran terbuka ini
sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak peka terhadap masalah alam

3
sekitar dengan melakukan pembakaran secara terbuka bagi menghapuskan sesuatu seperti sisa-
sisa sampah, sisa-sisa bahan buangan kilang dan sisa-sisa yang tidak boleh dilupuskan seperti
polisterine dan plastik. Manusia yang bersikap tidak bertanggungjawab ini hanya tahu
mengambil jalan mudah dengan membakar setiap sisa tersebut secara terbuka dan secara tidak
langsung menimbulkan kpeada masalah jerebu. Sebagai contoh, manusia yang terlalu malas
membawa sampah sarap ke tempat pembuangan sampah lalu hanya membakar sampah sarap
tersebut di sekitar halaman rumah mereka. Selain itu, terdapat juga para petani yang membakar
jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula.
Perbuatan mereka ini mereka tidak sedar bahawa penghasilan asap daripada pembakaran secara
terbuka tersebut boleh mengundang kepada jerebu yang tidak hanya berada di tempat mereka
sahaja malah turut meliputi kawasan yang amat luas bergantung kepada keadaan angin.

2.3 Pembakaran bahan api daripada kenderaan dan kilang

Pembakaran bahan api juga merupakan punca berlakunya masalah jerebu. Pembakaran
bahan api seperti arang, kerosene, petrol dan diesel menjadi punca utama berlaku pencemaran
udara yang mengundang kepada masalah jerebu kerana bahan api tersebut mempunyai unsur
karbon dan sulfur. Bagi hal ini kita akan melihat dua punca penghasilan asap daripada bahan
bakar tersebut iaitu daripada kenderaan dan kilang.

Peningkatan jumlah kenderaan di Malaysia iaitu terdapat 9.3 buah kenderaan di jalan
raya telah menyebabkan masalah jerebu kian meningkat di Malaysia. Hal ini kerana terdapat
kenderaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin lalu menyebabkan sekurang-kurangnya
16.2 tan karbon monoksida dan 2 tan sodium dioksida dilepaskan pada setiap hari. Gas-gas
yang keluar daripada kenderaan ini mengandungi bahan terampai yang akan memenuhi ruang
udara dan hanya akan terperangkap dalam ruang lapisan atmosfera bumi. Gas-gas yang
terperangkap ini akan mengakibatkan lapisan ozon menjadi nipis dan hasil peningkatan jumlah
kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yg mengandungi gas-gas tersebut
terkumpul dengan banyak dan menyebabkan ruang udara menjadi tebal dan menjerumus kepada
permasalahan jerebu di negara kita.

Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian turut menjadi punca
utama kepada fenomena jerebu di negara kita. Kebanyakan kawasan perindustrian bergantung
kepada penggunaan bahan api bakar seperti arang batu dan minyak yang menyumbang kepada

4
pelepasan asap-asap yang beracun ke udara. Sikap pengusaha kilang yang lebih memikirkan
cara untuk mengaut keuntungan yang lumayan berbanding memikirkan cara untuk
mengurangkan pelepasan gas beracun telah menyebabkan asap-asap tersebut tidak dapat dikawal
lalu mencemarkan udara kita. Pengusaha kilang tidak sanggup membelanjakan perbelanjaan
yang besar bagi mendapatkan penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan daripada
corong asap kilang mereka sedangkan asap tersebut mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen
yang boleh mengakibatkan jerebu. Penghasilan sulfur dioksida misalnya berpunca daripada
bahan bakar arang yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan
oksigen di sekeliling yang menghasilkan sulfur dioksida. Penghasilan gas-gas beracun ini amat
berbahaya kepada kesihatan manusia kerana boleh mengundang pelbagai penyakit seperti sesak
nafas, asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainya.

2.4 Alam semulajadi

Alam semulajadi juga merupakan punca berlakunya fenomena jerebu di negara kita.
Antara salah satu factor semulajadi iaitu fenomena El-Nino yang kini melanda bumi. Fenomena
El-Nino ini terjadi apabila suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angina timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Kesan kepada
kawasan Asia Tenggara khususnya akan mengalami musim kemarau berpanjangan dan
memudahkan berlakunya kebakaran hutan seperti di Sumatera dan Kalimantan. Asia Tenggara
juga lebih banyak diliputi oleh hutan hujan tropika. Keadaan musim kemarau yang Asia
Tenggara akan membawa kepada cuaca dan suhu yang panas di kawasan hutan hujan tropika.
Hal ini boleh mengakibatkan tumbuh tumbuhan terbakar sendiri akibat peningkatan suhu. Selain
itu, negara Indonesia juga terkenal dengan gunung berapi. Pembebasan debu daripada letupan
gunung berapi juga boleh menyebabkan cuaca berjerebu keran gunung-gunung berapi aktif
mengeluarkan asap tebal yang berbahaya. Semua faktor di atas adalah menjadi punca kepada
berlakunya fenomena jerebu.

5
3.0 Langkah-Langkah Keselamatan semasa berlakunya Fenomena Jerebu
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Pelbagai langkah keselamatan yang boleh kita ikuti ketika musim jerebu melanda negara
kita. Salah satu langkah keselamatan yang kita boleh ikuti adalah dengan mengurangkan aktiviti
di luar rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan rumah dan
seeloknya menutup semua pintu dan tingkap daripada udara luar masuk ke dalam rumah.
Sekiranya rumah dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin yang mempunyai penapis
HEPA ( penapis partikel halus), maka bukalah semasa berada di dalam rumah. Selain itu, lantai
rumah juga perlulah sentiasa dimop bagi mengekalkan kelembapan di dalam rumah. Gunakan
kemudahan memasak seperti dapur elektrik, ketuhar atau ketuhar gelombang mikro bagi tujuan
memasak. Rakyat di negara kita lebih digalakkan untuk menggunakan alat pembersih udara
yang mampu memperbaiki kualiti udara dan membantu melembapkan partikel supaya ia jatuh
dan tidak beredar di udara. Apa yang penting sekali, keadaan persekitaran rumah haruslah
sentiasa dalam keadaan bersih bagi memastikan aliran udara dalam keadaan yang baik.
Pemakaian topeng yang mempunyai penuras dan sesuai mengikut peringkat umur haruslah
dipraktikkan semasa berlakunya jerebu bagi mengelakkan terdedah kepada partikel jerebu yang
merbahaya kepada kesihatan manusia. Seterusnya, mereka yang mengalami penyakit seperti
batuk, selesema, asma, sakit mata atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke
klinik dengan kadar segera sekiranya keadaan penyakit bertambah buruk. Orang ramai dinasihati
supaya sentiasa meminum air yang banyak semasa dilanda fenomena jerebu berlaku. Langkah-
langkah keselamatan ini perlulah diikuti kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita
mencegah daripada terkena pelbagai penyakit yang berpunca daripada fenomena jerebu.

6
4.0 Kesan-kesan jerebu kepada Kesihatan Manusia
Para hadirin sekalian,

Fenomena jerebu amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Partikel-partikel yang

terdapat pada asap jerebu seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, debu, habuk dan plumbum
membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Golongan yang mudah menerima kesan
ini adalah seperti golongan kanak-kanak, warga tua dan juga golongan yang menghidapi
penyakit tertentu seperti asma, alahan, penyakit paru-paru, selesema,batuk dan sebagainya.
Kesan daripada asap jerebu ini dapat kita huraikan melalui jadual di bawah mengikut bahan
partikel yang mencemar udara persekitaran.

Bahan Pencemar Punca Kesan kepada kesihatan manusia

1. Asap -Pembakaran bahan api - Menganggu sistem pernafasan manusia.
-Pembakaran bahan sisa -Pembentukan asbut yang menganggu
buangan jarak penglihatan manusia.
-Asap daripada kilang dan
kenderaan
2. Debu dan -Kilang perindustrian papan, -Serangan lelah kepada pesakit asma.
habuk lombong kuari, kilang -Sesak nafas.
simen, kilang asbestos dan -Batuk yang teruk dan berpanjangan.
batu kapur
3. Karbon -Pembakaran bahan api -Menghalang pembentukan
monoksida yang tidak lengkap oksihemoglobin berpadu dengan
-Ekzos kenderaan bermotor hemoglobin bagi membentuk
karboksihemoglobin yang akan
mengantikan oksigen dalam darah.
-Melembabkan sistem fungsi otak.
-Membawa maut sekiranya terdedah
dengan kualiti yang banyak.
4. Plumbum -Petrol berplumbum -Menganggu sistem keupayaan badan
-Pembakaran bahan api membina sel darah baru.
bercat -Kerencatan dan kecacatan otak kepada
golongan kanak-kanak sekirnya terdedah
dengan banyak.

7
5. Nitrogen -Pembakaran bahan api -Menurunkan rintangan badan kanak-
dioksida pada suhu yang tinggi kanak terhadap penyakit selesema.
dalam kenderaan berat atau -Menganggu sistem respirasi dan
di kilang menyebabkan bronchitis dan kanser paru-
paru.
-Memedihkan mata sekiranya lama
terdedah dan merosakkan tisu paru-paru.

5.0 Langkah-Langkah Mengatasi Fenomena Jerebu

Para hadirin sekalian,

Selain daripada kita mengambil langkah keselamatan semasa berlakunya fenomena

jerebu, kita perlulah mempunyai strategi jangka panjang bagi mengatasi fenomena jerebu dari
terus berlaku. Strategi jangka panjang ini dapat dilaksanakan dengan mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi fenomena jerebu melalui kerjasama oleh semua pihak.

5.1 Melaksanakan dasar undang-undang sedia ada

Langkah pertama yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu ini ialah dengan
melaksanakan dasar undang-undang sedia ada. Pelbagai undang-undang telah digubal bagi
mengatasi masalah jerebu ini antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan
Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor digubal bagi tujuan untuk menghadkan
perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Manakala, Peraturan Kualiti Alam
Sekitar pula digubal untuk menjadi garis panduan bagi menghadkan jarak minimum bagi
kawasan industry dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter. Bagi mengukur tahap jerebu,
pihak Jabatan Alam Sekitar telah merancang satu ukuran yang dinamakan Indeks Pencemar
Udara (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang ramai
tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah.
Skala untuk ukuran IPU adalah seperti di jadual bawah.

Nilai IPU Status:

NILAI IPU KUALITI UDARA

8
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
301-400 Berbahaya
401-500 Sangat Berbahaya
Lebih 501 Darurat

5.2 Pendidikan Alam Sekitar

Pelbagai program boleh dilaksanakan melalui kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar,
agensi badan kerajaan dan agensi bukan badan kerajaan serta orang ramai. Program yang dibuat
boleh melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sama ada secara formal atau tidak formal.
Program pendidikan ini akan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat. Bagi melaksankan
program ini, pihak Unit Bahagian Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan
penting sebagai kuasa perimbangan dalam usaha untuk memberi pendidikan alam sekitar. Antara
cara mereka untuk memberi didikan alam sekitar ialah dengan melalui sebaran am seperti surat
khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, sebaran maklumat melalui media seperti radio,
televisyen, kursus dan seminar alam sekitar. Bagi pelajar sekolah pula, pendedahan awal boleh
diberi kepada mereka dengan menerapkan ke dalam subjek pembelajaran yang berkaitan seperti
pelajaran Geografi dan Sains. Pendedahan awal ini amat penting agar mereka juga turut dapat
memberi nasihat kepada ibu-bapa merek mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

5.3 Pembenihan Awan

Sejak akhir-akhir ini, negara kita sering kali dilanda dengan fenomena El-Nino, cuaca
kering dan kemarau yang berpanjangan. Bagi mengatasi masalah ini, pembenihan awan
merupakan salah satu langkah untuk mendapatkan hujan. Hal ini kerana hujan dapat membantu
mengurangkan kesan jerebu dan mengembalikan kualiti udara kepada tahap yang lebih bersih.
Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi dan tidak dapat jatuh ke
bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur di atas
awan bagi menurunkan suhu awan tersebut. Ais Kristal akan terbentuk dan semakin membesar
lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat
daripada suhu bumi yang panas. Hujan yang dibuat melalui proses pembenihan awan akan dapat
meredakan keadaan jerebu yang melanda.

9
5.4 Penggunaan sumber alternatif bagi mengantikan sumber sedia ada
Penggunaan sumber alternatif juga merupakan salah satu kaedah yang bertujuan untuk
mengurangkan keadaan jerebu. Antara sumber alternatif yang dapat digunakan adalah seperti
penggunaan hidrokloroflorokarbon (HCFC) bagi menggantikan penggunaan kloroflorokarbon
(CFC), penggunaan petrol tanpa plumbum bagi menggantikan petrol berplumbum dan
penggunaan catalytic converter di setiap kenderaan. Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan stabil
yang mengandungi atom klorin yang boleh memusnahkan lapisan ozon bumi. Hal ini didapati
bahawa 1 molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. CFC banyak digunakan
sebagai pemangkin proses untuk memampatkan bahan-bahan aerosol ke dalam tin-tin di bawah
tekanan tinggi. CFC juga lebih banyak digunakan di dalam peti sejuk, penghawa dingin, alat
pemadam api dan sebagai bahan rejan (propellant). Oleh itu, penggunaan kloroflorokarbon perlu
diganti dengan penggunaan hidrokloroflorokarbon (HCFC). Manakala penggunaan petrol tanpa
plumbum pula dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan
udara. Penggunaan catalytic converter pula dapat mengurangkan pengeluaran daripada asap
kenderaan.

5.5 Kempen Hijau

Kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan kempen hijau yang bertujuan
untuk menggalakkan penanaman pokok di kediaman rumah, runag pejabat, kawasan
perindustrian mahupun di tempat awam seperti pusat membeli belah. Kerajaan melalui
kerjasama daripada agensi dibawah penguasaannya, agensi swasta, badan bukan kerajan dan
orang ramai boleh melaksanakan kempen ini bagi meningkatkan usaha penanaman pokok kepada
semua peringkat usia. Hal ini kerana pokok-pokok hijau mampu membantu menyerap karbon
dioksida di ruang udara bumi. Hutan yang kaya dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan
mempunyai nilai besar kepada alam sekitar kerana ianya mempunyai pelbagai fungsi penting
seperti menghadkan perubahan iklim, mengawal komposisi atmosfera, sumber peredaran air
bersih, mengukuhkan struktur tanah dan melindungi hidupan flora dan fauna. Bagi mengelakkan
hutan daripada dimusnah secara berleluasa, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan
melakukan penggezetan hutan sedia ada. Penggezetan hutan kepada Hutan Simpan ataupun
Taman Negara ini sedikit sebanyak dapat membantu hutan dapat dipelihara dan dikekalkan
ekosistemnya.

10
6.0 Penutup
Sebagai penutup wacana, fenomena jerebu meupakan salah satu masalah alam
sekitar dan ianya bukan sahaja hanya isu di negara kita sahaja tetapi sudah menjadi isu di
peringkat global. Sebagai manusia yang tinggal di bumi, kita wajar mengambil beberapa
langkah efektif sebelum fenomena jerebu berada di luar kawalan kita. Orang ramai perlulah
peka terhadap fenomena jerebu ini dengan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah
jerebu ini secara bersama. Apa yang penting sekali, orang ramai perlu membuat tindakan awal
iaitu dengan melakukan semaksimum mungkin dengan membuat langkah-langkah pencegahan
awal dalam membendung masalah jerebu ini. Akhir sekali, saya ingin tegaskan bahawa kualiti
udara yang bersih amat penting kepada kesihatan manusia kerana manusia yang sihat dapat
menjadi tonggak utama dalam memastikan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, semua pihak
haruslah berganding bahu mengatasi masalah jerebu ini bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara. Sekian sahaja ucapan ceramah daripada saya mengenai fenomena jerebu.
Terima kasih.

7.0 Slaid PowerPoint Ceramah Fenomena Jerebu

Slide 1

11
_____________________________________________________________________________________

__________

12
Slide 2

13
Slide 3

14
Slide 4

15
Slide 5

16
Slide 6

17
Slide 7

18
Slide 8

19
Slide 9

20
Slide 10

21
8.0 Refleksi Artikel Bencana Jerebu

Setelah membaca lima jenis artikel berkenaan jerebu, pelbagai langkah baru yang telah
dan akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah jerebu ini. Setiap daripada langkah ini adalah
hasil daripada penelitian dan penambahbaikan kepada langkah-langkah sebelum ini dalam
mengatasi masalah jerebu secara lebih efisien.

Antara langkah tersebut adalah seperti mengarahkan penutupan sekolah di beberapa

tempat yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara yang tidak sihat. Pihak Kementerian
Pendidikan perlu peka dan bekerjasama terus dengan pihak Jabatan Alam Sekitar bagi
mengetahui IPU di kawasan masing-masing dari masa ke masa. Selain itu, pihak Kerajaan juga
menerusi Jabatan Alam Sekitar ingin memperkenalkan dua kaedah baru dalam mengukur bacaan
IPU pada tahun 2017. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku
Jaafar berkata Malaysia akan menggunakan dua alat iaitu yang dapat mengukur zarah pada
bacaan 2.5 mikron dan alat pembacaan mengukur habuk halus kurang daripada 10 mikron.
Penggunaan alat ini dapat mengukur bacaan IPU secara berkesan, tepat dan menyeluruh.
Langkah yang seterusnya adalah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar meminta jabatan Alam
Sekitar menguatkuasakan undang-undang dengan menarik individu yang melakukan pembakaran
terbuka dihadapkan terus ke mahkamah secara serta merta. Langkah-langkah yang lain lebih
menumpukan kepada kaedah penyelesaian secara kerjasama dengan negara serantau dan negara
lain. Sebagai contoh, negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia adalah
dengan menjemput negara yang berpegalaman dalam memadam kebakaran hutan seperti
Australia dan Kanada bagi membuat misi untuk memadam kebakaran terbuka. Selain itu, negara
Indonesia juga digesa untuk bekerjasama dengan negara Malaysia melalui Unit Makmal Tanah
Gambut Tropika. Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi dan menghulurkan bantuan dai
segi pemindahan teknologi pengelolaan tanah gambut kepada kerajaan Indonesia. Kaedah ini
adalah proses pemampatan tanah gambut supaya ianya sentiasa mampat dan lembab.

22
23
24
25
26
27
Sumber Rujukan
Astro Awani. (2015, November 03). Retrieved June 20, 2016, from Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-guna-dua-alat-ukur-
bacaan-ipu-pada-2017-wan-junaidi-79192

Astro Awani. (2016, Mei 22). Retrieved Jun 20, 2016, from Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-dunia/jerebu-hanya-boleh-diatasi-dengan-
pengelolaan-tanah-gambut-pakar-106022

Bahagian Pendidikan Kesihatan. (n.d.). Retrieved Jun 21, 2016, from Bahagian
Pendidikan Kesihatan:
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php

Healthy Vita Garden. (n.d.). Retrieved Jun 21, 2016, from Healthy Vita Garden:
http://www.healthyvitagarden.com/kenali-masalah-jerebu-dan-kesan-
terhadap-kesihatan/

Kementerian Kesihatan Malaysia. (n.d.). Retrieved Jun 21, 2016, from Kementerian
Kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/191

Kisah Cikgu Ieta. (n.d.). Retrieved June 21, 2016, from Kisah CIkgu Ieta:
http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-
dan.html

Utusan Online. (2015, April 24). Retrieved Jun 20, 2016, from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/punca-jerebu-8232-di-
semenanjung-1.290313

28

Vous aimerez peut-être aussi