Vous êtes sur la page 1sur 9

SEKOLAH

KEBANGSAAN SEGA
71200 RANTAU,
NEGERI SEMBILAN
MINIT MESYUARAT
PANITIA REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI (RBT)
KALI PERTAMA 2017
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA RBT
KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru SK Sega

Nama Yang Hadir :-

Bil Nama Jawatan Tandatangan

1. Pn. Ramlah Ismail GPK Akademik

2. Pn. Nor Azlina Binti SU Panitia RBT dan Guru RBT Tahun 6
Hussein

3. Pn. Rozasima Bt Razali Guru RBT Tahun 4

4. En Arshad Bin Mohd Noh Guru RBT Tahun 5

Disediakan oleh,

..
(PUAN NOR AZLINA BINTI HUSSEIN)
Setiausaha Panitia RBT,
Sekolah Kebangsaan Sega.
SK SEGA RANTAU
MESYUARAT PANITIA RBT
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru SK Sega

Nama Yang Hadir :-

Bil Nama Jawatan Tandatangan

1. Pn. Ramlah Ismail GPK Akademik

2. Pn. Nor Azlina Binti SU Panitia RBT dan Guru RBT Tahun 6
Hussein

3. Pn. Rozasima Bt Razali Guru RBT Tahun 4

4. En Arshad Bin Mohd Noh Guru RBT Tahun 5

Agenda mesyuarat :-

2.1 Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia


2.2 Ucapan Pengerusi ( GPK HEM)
2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
2.4 Pengagihan Tugas Panitia Kemahiran Hidup 2017
2.5 Pengajaran dan pembelajaran
2.6 Analisis Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016
2.7 Perancangan Tahunan
2.8 Hal-hal Mesyuarat
2.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
2.8.2 Melindungi Masa Instruktional (MMI)
2.8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
2.8.4 Pengurusan Panitia RBT 2017
2.8.5Pengurusan Post-Mortem
2.8.6 Frog- VLE
2.8.7 Pusat Sumber Sekolah (PSS)
2.8.8 Pencerapan
2.8.9 I-Think
2.8.10 KBAT
2.8.11 Perancangan Strategik
2.9 Kewangan
2.10 Hal-hal lain
2.11 Penutup

Bil Agenda Tindakan


1. Agenda 1 Ucapan Pengerusi Panitia RBT
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang dapat menghadiri mesyuarat panitia RBT kali
pertama 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Ramlah Semua guru
kerana dapat menghadirkan diri mewakili pentadbir. RBT
1.3 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat perancangan
sepanjang tahun untuk panitia disamping mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan murid dalam matapelajaran ini
1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kerana panitia telah
mengadakan mesyuarat dan berharap agar segala
permasalahan dapat dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

2. Agenda 2 Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana panitia RBT telah
menjemput beliau ke mesyuarat hari ini.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada panitia Kemahiran
Hidup kerana berjaya meningkatkan semula peratusan
kelulusan matapelajaran RBT dalam keputusan Peperiksaan
Akhir Tahun 2016 yang lalu.
2.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru
Matapelajaran Kemahiran yang telah mengadakan projek-projek
mengikut tahun pada tahun lepas dan berharap dapat
dipertingkatkan lagi pada tahun ini.
2.4 Menurut beliau, tujuan sesebuah panitia ialah untuk : Semua guru
i. memperbaikidanmeningkatkanmutupengajaran matapelajaran
danpembelajaran di sekolah.
ii. berusaha mendapatkan strategi yang inovatif.
iii. membaiki prestasi pelajar.
2.5 Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat
kali pertama ini ialah:
i. Rancangan tahunan untuk semua matapelajaran.
ii. Membincangkan strategi PdP yang akan digunakan
untuk meningkatkan pencapaian murid,
iii. Mengenalpasti masalah dan membincangkan jalan
penyelesaian,
iv. Membuat analisis ujian dan langkah-langkah
mengatasi kelemahan murid,
v. Merancang aktiviti panitia sepanjang tahun 2017
vi. Menganjurkan bulan atau minggu panitia
vii. menyediakan laporan untuk aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan.

3. Agenda 3 Membentang dan mengesahkan minit


mesyuarat
3.1 Puan Nor Azlina mencadangkan agar minit mesyuarat panitia
Kemahiran Hidup kali kedua 2016 disahkan.
3.2 En Arshad menyokong.

4. Agenda 4 Pengagihan Tugas Panitia RBT 2017


4.1 Pengerusi memaklumkan pengagihan tugas bagi tahun 2017:
Ketua Panitia : Puan Rozasima Binti Razali Semua guru
Setiausaha : Puan Nor Azlina Binti Hussein RBT
AJK : Encik Arshad Bin Mohd Noh
4.2 Pengerusi berharap agar semua guru dapat melaksanakan
tugas
yang di amanahkan dengan baik dan sempurna.

5. Agenda 5 Pengurusan Panitia RBT 2017


5.1 Pengerusi memaklumkan guru-guru yang mengajar RBT Semua guru
mengikut kelas ialah :- RBT
RBT Tahun 4 - Puan Rozasima Binti Razali
RBT Tahun 5 - Encik Arshad Bin Mohd Noh
RBT Tahun 6 - Puan Nor Azlina Binti Hussein

5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa RPT bagi tahun 4,5 dan 6


perlu ada dalam minggu pertama persekolahan. Jika ada
masalah boleh berjumpa dengan Ketua Panitia untuk
makluman.
5.3 Format penulisan RPH adalah mengikut dokumen standard
prestasi bagi KSSR.
5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru mesti
menggunakan bahan bantu belajar di dalam kelas. Guru-guru
boleh menghasilkan sendiri atau dapatkan dari simpanan
sekolah.
5.5 Semua guru perlu mengisi head count dalam buku rancangan
Mengajar masing-masing untuk rujukan sepanjang tahun.
5.6 Penggunaan buku tulis murid perlu untuk latihan dan nota
murid.
Panitia Kemahiran Hidup bersepakat menggunakan satu buku
tulis sebagai nota dan latihan disamping membeli buku kerja
sebagai latihan ulangkaji.
5.7 Pengerusi meminta guru menggunakan buku teks sebagai
bahan
Rujukan wajib agar tidak tersasar dari landasan. Guru-guru
boleh
Dapatkan pinjaman buku teks dari Puan Rozasima.
5.8 Pengerusi juga meminta agar guru-guru menanda buku murid
dan
Mengarahkan murid membuat pembetulan yang salah.
Diharap
juga guru-guru dapat member latihan yang mencukupi.

6. Agenda 6 Analisis Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016 Semua guru


Rekabentuk dan Teknologi(RBT) RBT

Bil/ Pep. Akhir Tahun Pep. Akhir Tahun


kelas lulus gagal
Tahun 31 -
4
Tahun 13 -
5
Tahun 21 -
6

6.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru RBT


kerana peningkatan pencapaian sepanjang tahun 2016 yang
lalu.
6.2 GPK Akademik juga mengucapkan terima kasih kepada semua
guru
yang telah mengajar dengan begitu tekun hingga murid-murid
mencapai kejayaan cemerlang.
6.3 Antara masalah-masalah yang dikenal pasti menyumbang
kerana
Kegagalan murid ialah kurang membuat ulangkaji dan sering
Tidak membuat kerja rumah yang dibekalkan selain kurang
memberikan tumpuan semasa guru mengjar.
6.4 Bagi mengatasi masalah ini, GPK Akademik berharap agar
guru-guru
yang berdepan dengan masalah murid ini menghantar mereka
ke
pada beliau atau guru besar.

7 Agenda 7 Perancangan Tahunan


7.1 Minggu RBT - Setiap guru RBT akan memilih satu projek yang
akan dipamerkan atau dijalankan semasa minggu RBT .Pada Semua guru
minggu ini Bilik RBT akan dibuka bagi member peluang RBT
kepada semua murid masuk dan melihat di samping membaca
info yang ada di dalam Bilik RBT ini terutama untuk murid
tahap 1 bagi menerapkan minat dalam matapelajaran ini kelak.
7.2 Minggu RBT ini dicadangkan untuk di adakan pada bulan
September 2017.

8 Agenda 8 Hal-hal mesyuarat


8.1 KSSR Makluman
8.1.1 KSSR telah bermula pada tahun 2011 dan telah semua guru
memasuki fasa tahap 2 bermula dengan tahun 4 pada RBT
tahun 2014 diteruskan dengan tahun 5 pada 2015 dan
tahun 6 pada tahun 2016. Jika sebelum ini tahap satu
penggredan murid melalui band namun bagi tahun 4, 5
dan 6 bermula 2014, 2015 dan 2016 ini, pemarkahan
adalah melalui tahap penguasaan dan dibuat secara
offline. Guru tahun 4,5 dan 6 boleh mengisi markah
secara manual di dalam borang transit sebelum
mamasukkan markah ke dalam komputer mengikut
format yang disediakan dan dihantar apabila di minta.
8.1.2 Pada Tahun ini merupakan permulaan untuk semakan
semula KSSR tahun 1. Semua murid perlu dapat
pencapaian dalam PBS ini sekurang-kurangnya Tahap
Penguasaan (TP) 4 iaitu tahap pengetahuan. Semua guru
perlu berusaha memastikan kemenjadian murid dengan
minima TP 4 dalam PBS.
8.1.3 Sekolah tidak perlu membuat sebarang ujian atau
peperiksaan akhir tahun namun jika sekolah
berkehendak, ianya boleh dilaksanakan dan bersepakat
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun akan diadakan
untuk matapelajaran ini.

8.2 Melindungi Masa Instruksional (MMI)


8.2.1 Semua guru perlu mengurus masa dengan baik dengan
menjalankan PdP mengikut objektif yang telah dirancang.
Jika tidak mencapai objektif, anggaplah guru telah
berhutang dengan murid dan cuba capai objektif yang
tidak tercapai di masa lain.
8.2.2 Perancangan PdP untuk keesokkan harinya perlu
disiapkan awal. Gunakan masa antara 1.30 hingga 2.30
petang untuk rancang PdP yang berkesan.

8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


8.3.1 Pesanan Guru Besar bahawa semua guru perlu
menyiapkan murid untuk keperluan di sekolah menengah
dan sukatan di sekolah menengah adalah kesinambungan
dari sekolah rendah terutama semasa di tahap 2.
8.3.2 Penyediaan soalan perlu bermutu dan menggunakan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menjamin soalan yang
berkualiti dan sama standard dengan sekolah lain.
Penyediaan soalan perlu lebih awal sekurang-kurangnya
sebulan lebih awal juga diserahkan kepada pihak
pentadbiran dan pastikan soalan yang diberikan telah
diajar.
8.3.3 Banyak pendedahan kepada soalan KBAT perlu dari
peringkat awal dan berformatkan kertas peperiksaan
sebenar iaitu separuh daripada jumlah soalan.

8.4 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)


8.4.1 Guru besar menyatakan keberkesanan pengurusan
pentadbiran dinilai dari PdP guru jadi persediaan guru
penting sebelum memasuki kelas.
8.4.2 Guru dinasihatkan merujuk buku supaya dapat
membantu meningkatkan PdP guru. Guru juga perlu
perbanyakkan PdP melibatkan ICT disamping itu guru
yang tidak menggunakan komputer tidak perlu berada di
bilik komputer. Makluman
8.4.3 Guru dinasihatkan menanda latihan murid dengan teliti. semua guru
Masa seminggu diberikan untuk menyiapkan buku RBT
rancangan mengajar.

8.5 Pengurusan Post-Mortem


8.5.1 Semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia perlu dibuat
post-mortem selepas aktiviti tersebut.Disamping itu fail
panitia perlu dikemaskini dan perkara di dalam minit
kurikulum perlu di bincangkan semasa mesyuarat panitia.

8.6 FROG-VLE
8.6.1 Dalam tempoh beberapa bulan terakhir sekolah tidak
mencapai kpi untuk melepasi FROG VLE, oleh kerana
bilangan murid yang kurang adalah lebih mudah untuk
mencapai kpi yang ditetapkan iaitu pengaktifan seramai
30 orang murid setiap bulan.
8.6.2 Guru telah dibahagikan dengan id murid, jika tidak
berkesempatan untuk membuat FROG-VLE semasa PdP
boleh panggil murid di luar PdP.
8.6.3 Setiap guru perlu buat 10 laman pembelajaran
maksimum dalam setahun dan guru besar berharap agar
FROG-VLE pada tahun ini akan berjalan . Rujuk Penyelaras
ICT untuk belajar membuat laman pembelajaran.

8.7 Pusat Sumber Sekolah


8.7.1 Segala aktiviti oleh panitia perlu membuat salinan
perancangan aktiviti dan laporan kepada penyelaras PSS
untuk simpanan PSS.
8.7.2 Guru guru digalakkan menempah penggunaan bilik
tayang melalui FROG-VLE.

8.8 Pencerapan
8.8.1 Pencerapan semua guru akan menggunakan SKPM 4. Sila
rujuk dalam buku rekod mengajar guru.
8.8.2 Peer teaching digalakkan sekali seminggu disamping
menjalankan Program Coching and Mentoring. Buku log
akan diisi oleh guru kelas di bilik guru untuk merekodkan
PLC dan aktiviti Coaching and Mentoring.Setiap kali
perjumpaan bincangkan isu sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
8.8.3 Jadual PLC seperti dalam minit mesyuarat kurikulum lalu.

Minggu 1 dan 3 Isnin (Tahun 1), Selasa (Tahun 2) dan


Khamis ( Tahun 3)
Minggu 2 dan 4 Isnin (Tahun 4), Selasa (Tahun 5) dan
Khamis (Tahun 6)
8.8.4 Perbincangkan perlulah berbentuk ilmiah dan
professional.

8.9 I-Think
8.9.1 Semua guru digalakkan menggunakan I-Think dan
mencatatkan penggunaannya di dalam buku rekod
mengajar.

8.10 KBAT
8.10.1 Guru perlu memberikan soalan berbentuk KBAT
kepada murid semasa PdP. Rujuk buku di pasaran bagi
membiasakan soalan KBAT kepada murid.

8.11 Perancangan Strategik


8.11.1 Perancangan strategik perlu berasaskan Pelan
Pembangunan Pendidikan.
8.11.2 Perancangan strategik bermula dari tahun 2016
hingga 2018. Pencapaian strategik 2016 tidak tercapai
kerana keputusan peperiksaan awam tidak mencapai
target.
8.11.3 Pdp perlu bermula dalam tempoh 5 minit jadual waktu
bermula jadi diharapkan perhimpunan dapat ditamatkan
lagi.
8.11.4 Gred purata sekolah diubahsuai daripada 1.6 kepada
1.84 berdasarkan prestasi tahun 2016 yang lalu.
Walaupun berlaku penurunan GPS namun ia masih
merupakan satu nilai yang besar berbanding pencapaian
tahun 2016 iaitu 2.62.
8.11.5 Pemberian latihan kepada murid perlu segara disemak
dan dipulangkan kepada murid dalam tempoh 2 hari.
8.11.6 Semua murid perlu mendapat keputusan sekurang-
kurangnya D untuk semua matapelajaran dalam Makluman
peperiksaan. semua guru
8.11.7 Bagi aktiviti ko-kurikulum pula, 90 % murid mesti RBT
mendapat markah terkumpul 7 pada penghujung tahun
semasa.
8.11.8 Semua guru bertanggungjawab membentuk sahsiah
murid terpuji dengan mengamalkan budaya member
salam kepada semua warga sekolah.
8.11.9 KPI sarana ditetapkan iaitu sebanyak 65%.
8.11.10 Murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam
bidang kokurikulum akan diraikan dengan memberi
makan di bilik makan guru dengan hidangan istimewa.

8.12 Kewangan
8.12.1 Permohonan pembelian barang mesti menggunakan
nota minta untuk mendapatkan kelulusan guru besar.
Semua guru boleh memberikan senarai barang yang
diperlukan kepada pengerusi.
8.12.2 Peruntukkan RBT untuk tahun 2017 ialah RM 880.

9 Agenda 9 Hal-hal lain.


9.1 Puan Rozasima memaklumkan tahun 4, 5 dan 6 tahun ini
masih 2 masa seminggu tetapi bergilir dengan TMK. Namun Tindakan
begitu, beliau berharap semua guru-guru RBT berusaha untuk Pengerusi
menghabiskan sukatan mengikut tempoh yang diberi.
9.2 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan panitia belum
sampai walau bagaimanapun di dalam mesyuarat ini bolehlah
diputuskan tentang keperluan panitia.
9.3 Puan Nor Azlina meminta untuk membaik pulih kerusi-kerusi
di dalam Bilik RBT yang banyak skrunya tercabut.Mohon
bantuan Encik Sandra bantu.
9.4 Encik Arshad memohon semua peralatan diselenggara,
mohon pembelian minyak gris, kertas las dan beberapa
peralatan elektrik dan elektronik.
9.5 Pengerusi akan berjumpa dengan kerani kewangan untuk
tindakan selanjutnya dan semua guru sila lengkapkan borang
senarai permohonan alatan dan kembalikan secepat
mungkin.
9.6 Pengerusi berharap semua guru-guru RBT dapat bekerjasama
membantu menceriakan, mengemas selepas penggunaan dan
menjaga Bilik RBT.
9.7 Setiap kali selepas masuk ke dalam Bilik RBT perlulah tulis
nama dan kelas di dalam buku rekod penggunaan yang
disediakan.

10 Agenda 10 Penutup
. 10.1 Semoga semua guru dapat memberikan kerjasama bagi
memastikan PdP murid berjalan dengan lancar dan terbaik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

..
(PUAN NOR AZLINA BINTI HUSSEIN)
Setiausaha Panitia RBT,
Sekolah Kebangsaan Sega.

Vous aimerez peut-être aussi