Vous êtes sur la page 1sur 23

2016

sssss sss
A PERSEKUTUAN KAJANG.
.

ERHADAP ALAM SEKITAR & MENCADANGKAN CA

PENGENALAN
Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan
daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga
berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi
bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti
dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya
menjadi bandar raya. Antara kesan pembandaran
terhadap alam sekitar ialah pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran air, udara, bunyi. Kegiatan
perindustrian yang giat di bandar menyebabkan
pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat
pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga
terancam kerana pencemaran sungai ini. Pertambahan
kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan
pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar.
Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan
menyebabkan kejadian jerebu yang teruk. Bunyi bising
dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan
menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-
bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan
kepada penduduk bandar untuk menjalani kehidupan

seharian.

1.KESESAKAN LALU LINTAS

Isu kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan


satu fenomena dan isu yang global dan keadaan ini telah
menyebabkan berlakunya gangguan dan implikasi
terhadap persekitaran manusia dan persekitaran fizikal
serta psikologi pengguna lalu lintas itu sendiri. Masalah
kesesakan lalu lintas sering dianggap sebagai virus
kepada perkembangan bandar. Walaupun diketahui
umum bahawa kesesakan lalu lintas ini memberikan
implikasi terhadap pengguna lalu lintas itu sendiri, namun
mereka kelihatan lali dalam menghadapi situasi
kesesakan lalu lintas saban hari bagi meneruskan
kehidupan dan rutin harian mereka kerana kebanyakan
daripada penduduk bekerja di kawasan bandar.
Kesesakan akan berlaku secara teruk dan kompleks dan
menjadi meruncing pada waktu puncak iaitu pada pukul
7.00 hingga 9.00 pagi dan pada pukul 4.30 hingga 7.00
malam pada waktu bekerja dan pada musim-musim
tertentu terutama semasa cuti perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri. Pada masa tersebut, penduduk di kawasan
bandar akan pulang ke kampung dan dapat dilihat jalan
raya pada waktu tersebut sangat sibuk.

Kesan kesesakan lalu lintas

1. Pencemaran
Salah satu kesan yang paling berbahaya kerana kesannya terhadap
alam sekitar. Walaupun bilangan yang semakin meningkat kenderaan
hybrid di jalan raya,kereta berhenti di trafik masih menghasilkan
jumlah yang besar perlepasan karbon berbahaya. Selain menyumbang
kepada pemanasan global, perlepasan ini boleh menyebakan lebih
banyak masalah jangka pendek & setempat, seperti kabut &
peningkatan masalah pernafasan dalam masyarakat disebabkan kualiti
udara yang teruk.
2, Kesan Ekonomi
Pemandu yang menghadapi lalu lintas yang tidak diduga munkin lewat
untuk kerja atau jawatan lain, menyebabkan kerugian dalam
produktiviti untuk perniagaan dan dalam kehidupan peribadi pemandu.
Kelewatan trafik juga boleh melambatkan penghantaran kargo jika trak
penghantaran tidak boleh kekal mengikut jadual disebabkan laluan
sesak. Pemandu yang tahu kesesakan lalu lintas mungkin boleh
memutuskan untuk melepaskan aktiviti sama sekali,membawa kepada
perbelanjaan pengguna yang kurang dan acara yang lebih rendah
kehadirannya.
3.Hilang Sabar
Pemandu yang tidak sabar mungkin lebih cenderung untuk memandu
secara agresif atau berbahaya. Ini menyumbang kepada kesihatan
yang kurang baik bagi orang-orang yang terjejas oleh tekanan dan
meletakkan pemandu lain dalam bahaya. Kemarahan jalan juga
meningkatkan bahaya yang ditimbulkan kepada pekerja kecemasan
atau ahli krew pembinaan yang berkerja di jalan sesak dekat kepada
pemandu berbahaya.
4. Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku
hasil daripada pertambahan hilangan kenderaan yang pesat
di bandar. Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan
keadaan jalan yang kurang memuaskan juga menyebabkan
kesesakan lalu lintas.

pencemaran udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang


melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan
atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan ,
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain
serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke
atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas
karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-
bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa
radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor


oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang,
kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran
terbuka dan letusan gunung berapi. Antara kesan
pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu,
hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara
mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

KESAN PENCEMARAN UDARA

Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan.
Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan
oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan
seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai
penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis
(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan
terbantut.Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk
bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu
kehidupan seharian. Selain itu, kesan itu akan mengganggu keseimbangan
ekosistem.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara
ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu,
makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Penipisan lapisan ozon


Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat
daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran
terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari
boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang
terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub
bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.

Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan
asid nitrik. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis
pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta
tidak subur.

KESAN BANJIR KILAT


Secara umumnya, banjir kilat
boleh di definisikan sebagai satu fenomena alam yang
terjadi akibat daripada kerakusan perbuatan
manusia.Fenomena ini di katakan satu fenomena yang amat
dahsyat apabila meragut ribuan nyawa.Banjir kilat
kebiasaannya berlaku di kawasan-kawasan bandar seperti
Kuala Lumpur,Shah Alam,Kota Bharu,Georgtown dan
sebagainya.Statistik menunjukkan,jumlah kadar kematian
akibat terjadinya bencana alam khasnya banjir kilat adalah
meningkat setiap tahun khasnya melibatkan nyawa kanak-
kanak. .Apabila kawasan hutan di terokai permukaan bumi
menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh sebarang tumbuh-
BANJIR KILAT
tumbuhan.Natijahnya hujan lebat yang melanda akan
menyebabkan hakisan tanih terjadi dan tanih akan menjadi
tandus.Hujan yang lebat akan menyebabkan tanih-tanih
yang terhakis dibawa ke dalam sungai dan berlakunya
mendapan sungai seterusnya membawa kepada masalah
banjir akibat sungai menjadi cetek. .Apabila kawasan hutan
di terokai permukaan bumi menjadi gondol akibat tidak
diliputi oleh sebarang tumbuh-tumbuhan.Natijahnya hujan
lebat yang melanda akan menyebabkan hakisan tanih terjadi
dan tanih akan menjadi tandus.Hujan yang lebat akan
menyebabkan tanih-tanih yang terhakis dibawa ke dalam
sungai dan berlakunya mendapan sungai seterusnya
membawa kepada masalah banjir akibat sungai menjadi
cetek.

Kesan paling buruk


yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa.
Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus
bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan
ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan
keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat
kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir.
Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak
surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan
boleh melenyapkan negara.
Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah
kehilangan nyawa. Sama ada kerana lemas, tercedera akibat
banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih,
penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor,
bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi
akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir.
Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak
surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan
boleh melenyapkan negara.

Kerosakan harta benda sudah membayangkan kesannya


kepada ekonomi manusia. Sekurang-kurangnya, kita
memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk
mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis
perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk bukan
sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti
perniagaan yang terhenti. Sekolah yang menjadi tempat
penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa
ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan
menghadapi masalah. Murid-murid dan pelajar tidak dapat
ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengah-tengah.
Keadaan boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa
depan generasi kecil kita.

Runtuhan tanah
Tanah runtuh merupakan antara fenomena bencana alam
yang sering mendapat perhatian umum pada masa kini di
negara kita, Malaysia.Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku
secara semulajadi.Selain itu, tanah runtuh juga terjadi akibat
daripada aktiviti manusia sendiri.Tanah runtuh melibatkan
proses gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu
kedudukan yang tidak stabil.Ianya berlaku dengan pantas
atau perlahan oleh tarikan graviti.Pergerakannya boleh
disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun
tidak.Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh perbuatan
manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit,
perlombongan dan aktiviti pembangunan lain.Jatuhan
batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran
debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches)
merupakan klasifikasi secara asas bagi pergerakan runtuhan
tanah.Debris atau puing merupakan bahan batuan yang
bercampur tanah.Bahan-bahan ini juga dipercayai akan
mengalami kegagalan disebabkan oleh beberapa faktor yang
boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000
meter padu dan boleh mengakibatkan kemusnahan yang
besar kepada kawasan sekitarnya.Kawasan bertopografi
cerun biasanya lebih berisiko mengalami kejadian tanah
runtuh akibat ketidakstabilan cerun berbanding kawasan
yang agak landai dan rata.

KESAN RUNTUHAN TANAH

Tanah runtuh merupakan satu malapetaka yang member


impak yang berbahaya kepada manusia dan juga hidupan
lain.Antara kesan sosial yang dapat dihuraikan adalah
kehilangan nyawa. Apabila berlakunya tanah runtuh, banyak
nyawa akan terkorban.Contohnya, tragedi tanah runtuh yang
menyayat hati di Highland Tower, Ulu Kelang pada 11
Disember 1993 yang telah meragut 48 nyawa dan ramai
yang cedera. Tanah runtuh juga akan menyebabkan
kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat daripada
daya aliran tanah atau lumpur. Ekonomi negara juga akan
merosot akibat daripada kejadian ini. Kos yang banyak
diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat
tanah runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan
perubahan landskap yang amat ketara pada permukaan
bumi. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata
akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana tanah
runtuh. Kejadian tanah runtuh juga sedikit sebanyak
mengganggu emosi mangsa. Mangsa akan sentiasa berada
dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya mangsa kanak-
kanak akan terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan
ahli keluarga.

PENCEMARAN DARAT

Pencemaran tanah atau pencemaran tanih adalah


disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan
manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah
semulajadi. Ia biasanya disebabkan oleh aktiviti industri,
bahan kimia pertanian, atau pelupusan sisa tidak wajar.
Bahan kimia yang paling biasa terbabit adalah hidrokarbon
petroleum, hidrokarbon aromatik polynuclear (seperti
naftalena dan benzo(a)pyrene), pelarut, racun perosak,
plumbum, dan lain-lain logam berat. Pencemaran ini
dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti
penggunaan kimia.

Kebimbangan mengenai pencemaran tanah berpunca


terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan secara
langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan
cemar, dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di
bawah tanah. [1] Pemetaan laman tanah yang tercemar dan
hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa
dan mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi,
hidrologi, kimia, kemahiran pemodelan komputer, dan GIS
bagi Pencemaran Alam Sekitar, dan juga pemahaman
mengenai sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang
juga merupakan punca pencemaran tanah.

KESAN PENCEMARAN DARAT

MENDATANGKAN BANYAK PENYAKIT


Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan
banyak penyakit kepada manusia. Hal ini kerana alam sekitar
yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga yang
membawa penyakit seperti nyamuk aedes dapat membiak
dengan lebih banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk
aedes ini boleh menyebabkan penyakit demam denggi.
Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah
pernafasan seperti penyakit asma.

BOLEH MENYEBABKAN BENCANA ALAM

Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan


bencana alam. Sebagal contoh, pencemaran daratan boleh
menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan lebat.
Bencana alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila
kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan
perumahan atau kawasan perindustrian. Selain itu, kejadian banjir
kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke
dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut
terhalang oleh sampah sarap tersebut.

MENYEBABKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR TERJEJAS

Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan


alam sekitar terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan
gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon
dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan
menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian,
cuaca dunia yang tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar
pencemaran alam yang semakin bertambah.

p Pulau bandar
fenomena alam sekitar seperti kejadian pulau haba yang
sering melanda di kawasan-kawasan bandar.kejadian pulau
haba ini berlaku apabila haba yang terkumpul tidak dapat
dibebaskan dengan baik.pulau haba boleh terjadi sekiranya
suhu di bandar lebih tinggi berbanding dengan kawasan
pinggir bandar dan luar bandar.ini akam mewujudkan satu
suhu yang rendah di luar bandar.suhu di bandar-bandar
utama akan mengalami suhu yang tinggi walaupun di waktu
malam.sebagai contoh,di kuala lumpur min suhu 32 darjah
celcius,manakala titiwangsa pinggir bandar ialah 26 darjah
celcius.apabila suhu bandar meningkat,suhu dunia juga
meningkat.pulau haba ini berlaku di sebabkan oleh beberapa
faktor yang boleh terbentuknya kejadian pulau haba
terutamanya di bandar.ia juga akan memeberi kesan yang
negatif kepada alam sekitar manusia dan fizikal.

KESAN PULAU BANDAR


-alam sekitar manusia(wujud penyakit)dampak terhadap alam
sekitar manusia apabila pulau haba berlaku adalah seperti
timbulnya penyakit seperti sakit kepala,sakit mata,kulit kering
dan kehilangan air dlm badan.pulau haba di bandar akan
menyebabkan seseorang itu sakit kepala kerana manusia tidak
akan dapat menerima persekitaran yang terlalu panas.bahangan
haba ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi
pening.seseorang itu juga boleh mengalami pitam kerana
menerima haba yang berlebihan di kawasan bandar.pulau haba
juga menyebabkan seseorang itu mengalami sakit mata.mata
manusia akan mudah terjejas apabila di sesuatu kawasan bandar
itu menerima haba yang berlebihan.mata manusia tidak boleh
menerima cahaya yang berlebihan.selain itu,kulit manusia juga
akan menjadi kering kerana berlaku peningkatan suhu di bandar
di sebabkan pulau haba.kelembapan udara rendah di bandar
menyebabkan suhu meningkat sehinggalah terbentuknya pulau
haba di bandar.kulit manusia amat sensitif untuk menerima
bahangan haba yang berlebihan.pulau haba juga menyebabkan
kehilangan air dalam badan manusia.panas yang melampau akan
menyebabkan air dalam badan manusia berkurangan kerana
manusia mudah mengeluarkan peluh ketika mengalami suhu
yang tinggi.

-alam sekitar fizikal(suhu di bandar meningkat/iklim mikro

pulau haba menyebabkan suhu di bandar meningkat.suhu di


bandar meningkat kerana di pengaruhi oleh konsep urbanisasi
pesat sesebuah bandar seperti pembinaan bangunan,jalanraya
dan kegiatan domestik yang mempengaruhi unsur-unsur
iklim.suhu di bandar lebih tinggi berbanding luar bandar kerana
morfologi bandar seperti kepadatan bangunan,bahan
binaan(simen,bata) yang menyimpan haba.dengan ini,kejadian
pulau haba akan menyebabkan suhu di bandar meningkat.
.
KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah


hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen
dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila
komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang
bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu
melambatkan proses pembebasan haba.

KESAN RUMAH HIJAU KEPADA DUNIA


Kesan Rumah Hijau Kepada Dunia
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran
inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi
tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan
rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global
secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami
pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih
teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan
menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan
mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras
laut.

1.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan


pergunungan
2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global
3. berlakunya kenaikan aras laut
4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau
ditenggelami air
5. peluasan kawasan gurun
6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang
fotosintesis
7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat
8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.
MASALAH SOSIAL

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai


perlakuan negatif anggotamasyarakat yang tidak membawa
sokongan dan keuntungan kepada kekuatansistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat
ataupunnegara.Secara perundangan tidak terdapat definisi
yang khusus bagi mengkategorikanremaja. Akta Pekerjaan
Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkanseorang
kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan
umur 10hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952,
kanak-kanak didefinisikanmereka yang berumur 21 tahun ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan
peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam
membicarakanmasalah remaja, golongan remaja yang perlu
ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan
sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahanPada lazimnya, masalah disiplin di kalangan
pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka
merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok,
melepak dan seumpamanya. Mereka semakin berani
melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan
norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun
begituapabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh
daripada itu, sesuatu perludilakukan segera untuk
membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-
perkarayang tidak diingini.Kes terbaru melibatkan
pergaduhan antara pelajar yang menyebabkanpembunuhan
didalam sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan ke
sekolah.
KESAN MASALAH SOSIAL

KESAN KEPADA INDIVIDU


individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif
akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi
seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang
baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim
pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya
memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga
kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada
diri seseorang remaja itu.
KESAN KEPADA MASYARAKAT
Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan
masyarakat, masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak
remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun
begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya
akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera.
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah
dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka
akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan
bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku
pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud
seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus
kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang
mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan
remaja semakin meningkat.
KESAN KEPADDA NEGARA
jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara
akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal
ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut
dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya
gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan
masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga
akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar
jenayah. Seterusnya anasir luar akan meresap masuk kedalam negara
sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak
mereka.

Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari


tahun ke setahun.
Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi
pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan.
Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan
meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan
lainnya.
Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses.

PENCEMARAN DARAT

Vous aimerez peut-être aussi