Vous êtes sur la page 1sur 5

Daya

1. Tolakan dan tarikan adalah daya.


2. Kita tidak dapat melihat daya tetapi kita dapat melihat kesan-kesan daya.
3. Aktiviti-aktiviti seperti menolak kotak, mengayuh basikal, menarik tali dan menjahit melibatkan
penggunaan daya.

Kesan Daya
1. Daya dapat mengubah bentuk, kedudukan, kelajuan atau arah gerakan sesuatu objek.
2. Daya dapat menyebabkan perubahan bentuk objek. Perubahan itu mungkin sementara atau kekal.
Contohnya apabila plastisin ditekan dengan kuat, bentuk plastisin akan berubah secara kekal. Sebaliknya
jika gelang getah diregangkan, bentuk dan saiz gelang getah itu berubah sementara waktu sahaja.
Apabila daya regangan tidak dikenakan, bentuk dan saiz gelang getah itu kembali ke bentuk asalnya.
3. Daya boleh menyebabkan objek pegun bergerak atau mengubah kedudukannya. Walau
bagaimanapun, bukan semua daya dapat menghasilkan gerakan. Cubalah tolak dinding bilik darjah anda
sekuat-kuatnya. Adakah dinding itu akan bergerak?
4. Daya boleh menyebabkan objek yang bergerak bertambah laju, menjadi perlahan, berhenti atau
berubah arah gerakan.

Jenis-Jenis Daya
1. Daya Geseran : dihasilkan apabila dua permukaan bergeser antara satu sama lain. Daya ini
menentang gerakan objek.

Bunga pada tayar menghasilkan daya geseran pada jalan raya semasa kereta dipandu.

2. Daya Graviti : Daya yang menarik objek-objek ke arah Bumi (daya tarikan Bumi).
Daya graviti membolehkan kita jatuh ke bawah apabila melompat.

3. Daya elektrostatik : Daya yang terhasil disebabkan oleh cas-cas elektrik yang tidak bergerak. Daya
elektrostatik dihasilkan apabila dua bahan yang berlainan digosok bersama. Cas-cas yang sama saling
menolak manakala cas-cas yang berlainan saling menarik.

4. Daya magnet : Daya tarikan atau tolakan yang dihasilkan oleh magnet. Dua kutub magnet yang sama
saling menolak manakala dua kutub magnet yang berlainan saling menarik.

5. Daya elektrik : Dihasilkan apabila elektron (cas negatif) bergerak melalui konduktor.

7.2 Pengukuran Daya


1. Daya disukat dalam unit newton (N).
2. Daya dapat disukat dengan menggunakan neraca spring.

3. 1N yang ditunjukkan pada neraca spring adalah lebih kurang sama dengan 100 g.
Berat 100g = 1 N
Berat 1 kg = 10 N

7.3 Aplikasi Daya Geseran

1. Geseran ialah daya yang menentang gerakan objek. Geseran terhasil apabila dua permukaan
bergeser antara satu sama lain.
2. Daya geseran mempunyai arah dan magnitud.
3. Geseran sentiasa bertindak dalam arah yang bertentangan dengan arah gerakan. Oleh itu, geseran
dapat :
a) menghalang objek yang pegun dari bergerak.
b) memperlahankan atau memberhentikan suatu objek yang sedang bergerak.
4. Bacaan pada neraca spring sejurus sebelum blok kayu mula bergerak mewakili magnitud maksimum
bagi geseran yang bertindak antara blok kayu dengan meja.
5. Magnitud daya geseran bergantung pada :
a) sifat permukaan yang bersentuhan : semakin kasar permukaan bersentuhan, semakin besar daya
geseran yang bertindak.
b) berat objek : semakin berat objek : semakin besar daya geseran yang bertindak.
6. Magnitud daya geseran tidak dipengaruhi oleh luas permukaan yang bersentuhan.

Kebaikan Geseran
1. Geseran membolehkan bahan gelas dipegang
2. Geseran membolehkan mancis dinyalakan
3. Geseran membolehkan kenderaan bergerak, diperlahankan atau diberhentikan.
4. Geseran membolehkan tangga disandar pada dinding.
5. Geseran membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir.
6. Geseran memboehkan kita menulis dengan pen atau pensel.

Keburukan Geseran
1. Geseran menghasilkan haba. Contohnya : mesin-mesin yang bergerak menghasilkan haba. Haba ini
akan merosakkan bahagian-bahagian tertentu pada mesin jika tidak dikawal dengan baik.
2. Geseran menentang atau memperlahankan gerakan. Contohnya : berbasikal menaiki cerun atau
mendayung sampan.
3. Geseran menghauskan benda. Contohnya : tapak kasut dan tayar kenderaan menjadi haus apabila
kerap bergeser dengan jalan raya.

Penambahan dan Pengurangan Geseran


1. Dalam sesetengah kes, geseran perlu ditambahkan untuk membantu pergerakan. Contohnya :
a) permukaan jalanraya perlu bersifat kasar untuk membolehkan kenderaan bergerak di atasnya.
b) tayar kenderaan yang haus perlu ditukarkan dengan yang baru untuk mengelakkan kenderaan
tersebut terbabas.
c) tapak kasut yang haus perlu digantikan dengan tapak baru untuk mengelakkan kita daripada
tergelincir.

2. Geseran antara dua permukaan yang yang bersentuhan dapat dikurangkan dengan menggunakan
a) roda - roda digunakan pada kenderaan dan untuk memindahkan barang

b) galas bebola - bebola digunakan pada pusat roda kenderaan untuk mengurangkan geseran

c) minyak pelincir atu gris - digunakan untuk menjadi pelincir kepada dua permukaan yang bergeser
seperti engsel pintu
d) lapisan udara - lapisan udara antara dasar hoverkraf dengan permukaan air untuk mengurangkan
geseran

Vous aimerez peut-être aussi