Vous êtes sur la page 1sur 4

961229-01-5845

1.0 Latar Belakang Kajian

Kajian ini membincangkan tentang hubungan antara kadar inflasi dengan KDNK benar
di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012.

Inflasi ialah satu keadaan di mana tingkat harga umum meningkat secara berterusan dan
menyeluruh. Kadar inflasi ialah kadar kenaikan tingkat harga umum pada sesuatu tahun
berbanding dengan tahun sebelum. Keluaran Dalam Negeri Kasar ialah nilai keluaran
akhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam suatu jangka masa oleh faktor-faktor
pengeluaran milik warganegara.

Kadar inflasi dihitung dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP ialah
satu ukuran purata harga barang dan perkhidmatan sesuatu berbanding dengan tahun asas.
Inflasi boleh dibahagi kepada inflasi di bandar dan di luar bandar.

Inflasi sesebuah negara mesti stabil dan rendah, iaitu antara 2% hingga 3% . Ini adalah
untuk mengekalkan kestabilan kuasa beli dan pendapatan per kapita yang tinggi.

Selain itu, pelbagai faktor akan menyebabkan inflasi berlaku di sesebuah negara. Inflasi
menyebabkan kos hidup meningkat dan nilai wang akan menurun. Justeru itu, taraf hidup
rakyat akan menurun.

Komponen Keluaran Dalam Negeri Kasar ialah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan


awam dan eksport bersih. Penggunaan ialah perbelanjaan oleh isi rumah atas barang akhir
dan perkhidmatan dalam suatu tahun tertentu. Pelaburan ialah perbelanjaan oleh firma
atas barang-barang modal yang digunakan untuk mengeluar barang dan perkhidmatan.
Perbelanjaan awam ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang
meliputi perbelanjaan penggunaan dan pelaburan. Eksport bersih ialah perbezaan antara
eksport dengan import. Eksport ialah barang dan perkhidmatan yang dijual ke negara
asing. Import ialah barang dan perkhidmatan yang dibeli dari negara asing.
961229-01-5845

Keluaran negara boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu keluaran negara nominal
dan keluaran negara benar. Keluaran negara nominal ialah nilai output yang yang
dihitung mengikut harga semasa. Keluaran negara benar ialah nilai output yang dihitung
mengikut harga tetap.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar seperti dasar fiskal menguncup dan dasar
kewangan menguncup. Dasar fiskal menguncup ialah meningkatkan cukai dan
mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Dasar kewangan menguncup ialah mengurangkan
penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga. Kedua-dua dasar ini akan
menyebabkan kadar inflasi menurun.

Inflasi di Malaysia dikira stabil dan rendah daripada tahun 2006 hingga tahun 2012
kecuali pada tahun 2006 dan tahun 2008.

2.0 Pernyataan Masalah

Kadar inflasi yang stabil dan rendah perlu dikekalkan untuk memastikan ekonomi
negara Malaysia dapat berkembang dengan pesat. Malaysia merupakan salah sebuah
negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada negara yang
mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji masalah-
masalah inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012. Antara masalah yang
akan dihadapi adalah menjejaskan taraf hidup rakyat.

Untuk mengekalkan kadar inflasi yang rendah dan stabil, pihak berkuasa dan kerajaan
haruslah melaksanakan pelbagai langkah. Sebagai contoh, kerajaan perlu melaksanakan
dasar mengawal kadar inflasi untuk meningkatkan pendapatan negara supaya
pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan. Kajian ini penting kerana apabila kadar inflasi
stabil dan rendah, pertumbuhan ekonomi akan tercapai. Maka, pendapatan negara akan
meningkat dan negara bertambah maju.
961229-01-5845

3.0 Objektif Kajian

i. Mengenal pasti kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012.
ii. Mengkaji hubungan antara kadar inflasi dengan KDNK benar dari tahun 2006
hingga tahun 2012.

4.0 Kaedah Kajian

4.1 Data Sekunder

Data sekunder ialah data yang sudah tersedia dan pengkaji hanya perlu mencari dan
mengumpulkan sahaja. Data yang dikumpulkan perlulah bersesuaian dengan objektif
kajian. Data sekunder biasanya digunakan untuk mengukuhkan data primer dan diperoleh
melalui kaedah rujukan (kajian arkib).

4.1.1 Kaedah Rujukan (Kajian Arkib)

Data sekunder diperoleh melalui kaedah rujukan yang menjadi kaedah tambahan
kepada kajian ini. Pengkaji telah menggunakan kaedah ini dengan merujuk kepada buku
teks dan buku rujukan yang terdiri daripada bahan bercetak seperti jurnal, buku, akhbar,
majalah dan kamus. Selain itu, penyelidik juga telah memperolehi laporan dan data sedia
ada daripada laman sesawang iaitu laman web Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit
Perancang Ekonomi. Tambahan pula, pengkaji juga mendapat maklumat daripada
Internet.

4.1.2 Teknik Penganalisisan Data

Teknik penganalisisan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah deskriptif
dalam bentuk nilai dan peratus. Analisis data dilakukan apabila memperoleh data
daripada data dan statistic yang terdapat di Internet. Selepas mendapat data dengan
menggunakan kaedah tersebut, pengkaji akan mempersembahkan data dalam bentuk
jadual dan rajah.

Vous aimerez peut-être aussi