Vous êtes sur la page 1sur 34

PENGANTAR

BIMBINGAN KAUNSELING

Oleh:
Fairus binti Abu Bakar
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Darulaman
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G

v Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertambah
penting sekarang kerana negara mengalami perubahan pesat.

Dunia globalisasi dipenuhi dengan pelbagai cabaran.

Faktor kesibukan ibu bapa, pengaryh rakan sebaya dan media massa
telah mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara,
ada kesan yang positif dan negatif.

Bagi menangani kesan-kesan negatif, perkhidmatan B&K telah


diperkenalkan terutamanya di Malaysia.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G

v Pengenalan
Tujuannya adalah supaya manusia boleh mencari jalan keluar agar
individu menemui kesejahteraan dan dapat menangani pelbagai
masalah yang dihadapi murid.

Perkhidmatan B&K semakin penting bagi mencapai matlamat


Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Wawasan 2020
sertamembantu murid mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G

v Pengertian Bimbingan
Shertzer dan Stone (1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu
proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia
mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau
kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka.
Dengan itu, mereka akan menentukan atas aspirasi yang lebih realistik
dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat
mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum tanpa
menjejaskan kesejahteran hidup yang mungkin mendatangkan stres
yang melampau.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G

v Pengertian Bimbingan
Alice Crow (1964), menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang
diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka
pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta
memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.

McDaniel dan Shaftel (1956), bimbingan ialah satu pola khidmat yang
merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori
individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G

v Pengertian Bimbingan
D.W Lefever (1970), bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang
berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan bertujuan membantu
seseorang individu melalui daya usahanya sendiri untuk
mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri
dengan kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup.

George, R.L dan Cristiani, T.S (1995), menjelaskan bimbingan


sebagai kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat
dan keperluan peribadi murid seperti maklumat pendidikan, sosial
atau vokasional. Tujuan bimbingan lebih menekankan pencegahan
daripada rawatan masalah psikologi.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G

Penempatan
Kaunseling
urid

iti
Aktiviti-aktiv
Inventori m

susulan
Individu-individu
( klien)

Maklumat pendidikan
dan kerjaya

Aktiviti- aktiviti Bimbingan


K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Bimbingan bukan proses memberikan arahan kerana pembimbing
tidak membuat keputusan untuk murid atau klien tetapi lebih kepada
penunjuk cara.

Pembimbing tidak menentukan cara individu itu memenuhi


kehendak, keperluan atau minatnya. Semuanya diikhtiarkan oleh
individu itu sendiri.

Oleh itu, perkhidmatan bimbingan yang diberi kepada murid


bertujuan membantu mereka mengembangkan diri secara maksimum
sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Rasional Bimbingan
zMurid-murid di sekolah adalah berbeza-beza daripada segi taraf
sosioekonomi, aras motivasi dan sahsiah.Ada antara mereka yang
gemar bercampur gaul dengan rakan sebaya, manakala ada juga yang
suka bersendirian.Ada murid yang begitu bersemangat dan berfokus
dalam pelajaran dan ada yang sebaliknya.

zAda murid yang mempunyai ibu bapa yang begitu prihatin dan
penyayang, manakala ada yang sering balik ke rumah yang kosong
dan dingin suasananya.

zDengan itu, seseorang guru akan mengalami pelbagai masalah murid,


sama ada masalah disiplin yang ringan atau yang lebih berat. Oleh itu,
perkhidmatan bimbingan amat diperlukan bagi membantu guru
menangani pelbagai masalah di sekolah.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
Objektif perkhidmatan bimbingan seperti yang disenaraikan dalam
buku panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1993), adalah seperti
berikut;

1. Memberikan khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua


aspek perkembangan murid-murid. Hal ini dapat dilakukan
dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang
sejajar dengan kemampuan dan potensi murid.

2. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid-


murid daripada terlibat dalam masalah disiplin, tingkah laku yang
tidak bersopan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis.

4. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu


murid- murid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
Selain itu, objektif-objektif bimbingan adalah untuk;
1. Membantu murid- murid membuat penyesuaian peribadi, sosial,
emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-
peraturan dan tatatertib.

2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya


kebolehan diri mengikut kesanggupannya.

3. Mengenal pasti kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik


murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk
mengatasinya seperti merujuk kepada guru-guru yang berkenaan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
4. Membantu murid yang kurang bernasib baik mengembangkan
kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperoleh
pencapaian yang lebih baik.

5. Membentuk sifatsifat sosial yang positif seperti


bertanggungjawab, bersemangat, rajin, berdaya cipta, berdikari dan
berkepimpinan.

6. Membantu murid memahami kebolehan, bakat, minat serta


kelemahan-kelemahan diri. Pemahaman ini penting untuk memilih
mata pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
7. Menolong murid membina tabiat kerja yang baik. Hal ini akan
membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur
seperti menepati masa.

8. Menolong murid mengembangkan secara seimbng aspek-aspek


jasmani, emosi, rohani dan intelek.

9. Membentuk murid yang stabil emosinya serta sentiasa berada


dalam keadaan yang tenang dan bahagia.

10. Membentuk murid memahami sesuatu masalah dari suatu sudut


yang luas.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
11. Membentuk murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan mengelak
krisis daripada berlaku.

12. Menolong murid memperoleh kemahiran tertentu untuk menyelesaikan


masalahnya.

13. Menolong murid membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi
hidupnya.

14. Menolong murid memperoleh kemahiran berkomunikasi supaya perkembangan


aspek sosioemosi dapat ditingkatkan.

15. Menolong murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Program ini dapat mempercepat proses
penyesuaian dengan situasi yang baharu bagi murid berkenaan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Objektif Bimbingan
16. Menolong murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat
kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke
institusi pengajian yang berkenaan.

17. Mengadakan kem motivasi dari masa ke semasa bagi murid


dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.

18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak


dalam bidang akademik dan kokurikulum.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Program Perkhidmatan Bimbingan
Menurut Unit Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM, program
bimbingan yang dicadangkan hendaklah;
Bersifat menyeluruh, iaitu khidmat bimbingan adalah untuk semua
kelompok di sekolah
Menekankan perkembangan, pembaikan dan pemulihan.
Terbuka serta menggalakkan penglibatan murid secara aktif.
Bersepadu serta menerapkan unsur-unsur bimbingan melalui
kurikulum dan kokurikulum.
Bersifat pelbagai mobiliti iaitu meliputi pelbagai aspek
perkembangan individu sebagai kognitif, psikomotor, afektif,
jasmani, moral atau agama, jantina, vokasional atau kerjaya.
Berbentuk mengajar sama ada melalui bimbingan individu atau
kelompok.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Jenis-jenis Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan yang harus disediakan di sekolah-
sekolah hendaklah mengandungi sepuluh aspek, iaitu;

1. Perkhidmatan inventori individu dan rekod


2. Perkhidmatan memberi maklumat
3. Perkhidmatan bimbingan kelompok
4. Perkhidmatan kaunseling
5. Perkhidmatan penempatan
6. Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah
7. Perkhidmatan perundingan dan rujukan
8. Perkhidmatan penyelarasan sumber
9. Perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa
10. Perkhidmatan penilaian
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod
uMengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid.
uMengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian
dan pentafsiran minat murid.
uMengawal corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan
bimbingan dan kaunseling.
uMenyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod murid.
uMemberikan maklumat tentang pencapaian dan kemajuan murid
bermasalah untuk tujuan pendidikan pemulihan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Memberi Maklumat
Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional,
latihan dan kerjaya kepada murid-murid melalui penerbitan risalah,
buku kecil, poste, buletin, Hari Kerjaya atau Pameran Kerjaya.

Mengelolakan program pendidikan pencegahan penyalahgunaan


dadah
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Bimbingan Kelompok
Merancang dan menyelaras aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk
ajarnyang boleh menggalakkan perkembngan konsep kendiri yang positif,
aspek kognitif, afektif, psikososial, jasmani, jantina, vokasional, moral atau
agama.
Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran,
sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari
masa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.
Membantu murid memilih mata pelajaran pilihan mereka untuk
peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebelum mereka meninggalkan
sekolah rendah.
Memberi motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi
peperiksaan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Kaunseling
Perkhidmatan kauseling boleh dilakukan secara individu atau kelompok
tentang perkara-perkara berikut;
a) Pencapaian akademik yang kurang memuaskan
b) Rujukan yang dibuat oleh guru-guru dan ibu bapa
c) Aspek peribadi dan kerjaya
d) Ketidakhadiran untuk aktiviti kokurikulum
e) Masalah disiplin seperti lewat hadir ke sekolah, ponteng sekolah,
merokok, bergaduh, buli dan penyalahgunaan dadah.
Kaunseling keluarga boleh diadakan jika perlu untuk memahami
masalah murid serta mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa.
Kaunseling tunjuk ajar seperti penilaian kendiri, penjelasan nilai,
kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah membuat keputusan,
cara mengelak daripada dibuli, menangani stres dan cara mengelakkan diri
daripada penyalahgunaan dadah
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Penempatan
Membantu murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang
sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuan mereka.
Penempatan murid ke sekolah menengah;
a. Menjadi penyelaras menempatkan murid-murid ke sekolah
menengah yang berdekatan atau sekolah menengah pilihan murid.

b. Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dengan


membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah rendah.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam
dan memupuk sikap benci pada dadah.
Memberikan pertolongan kepada murid untuk mendapatkan
bantuan pemulihan atau rawatan.
Memberikan bantuan kepada murid supaya dapat menyesuaikan
diri ke alam persekolahan selepas tamat pemulihan.
Membuat penilaian dan memberikan maklum balas kepada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan program pencegahan
penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
Menolong murid lepasan sekolah dalam hal-hal pelajaran,peribadi,
kerjaya dan sebagainya jika perlu.
Menolong ibu bapa murid dalam hal kebajikan murid.
Menolong pihak pendaftar dan staf sekolah memahami dengan
lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah.
Merancang bersama guru tentang cara yang paling berkesan
mengawasi kemajuam murid.
Mengadakan prosedur tertentu dalam merujuk kes tertentu kepada
agensi atau pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pegawai
kebajikan, pakar jiwa dan sebagainya.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
kebajikan murid antara sekolah dengan agensi luar.
Menjadi pakar rujuk dalam kegiatan kokurikulum.
Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha memperkenalkan
aktiviti bimbingan kepada agensi tertentu dan komuniti setempat.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa
Mengadakan hubungan dengan ibu bapa murid untuk bersama-sama
mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran.
Menghubungi ibu bapa apabila kemajuan murid tidak memuaskan.
Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu
bapa.
Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan
murid.
Mengadakan sesi bimbingan keluargs jiks didapati amsalah yang
dihadapi oleh murid-murid berpunca daripada keluarga.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Perkhidmatan Penilaian
Menilai program bimbingan di sekolah dengan tujuan meningkatkan
mutunya.
Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah.
Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program
latihan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Prinsip-prinsip Bimbingan
Prinsip perlu disediakan bagi menjamin kelicinan serta keberkesanan
perkhidmatan bimbingan di sekolah. Antaranya adalah;
1. Bimbingan adalah tugas pendidikan. Bimbingan menolong murid murid
menjadi anggota masyarakat yang berguna serta sejajar dengan kehendak
aspirasi masyarakat dan negara.

2. Bimbingan ialah suatu proses pengetahuan. Bimbingan membantu


seseorang murid secara menyeluruh dengan mengambil kira minat, bakat,
keperluan, kelebihan dan kelemahan seseorang itu seperti bimbingan hidup dari
segi sosioemosi, kesihatan, pendidikan dan kerjaya.

3. Bimbingan adalah untuk semua individu. Bimbingan bertujuan menolong


semua murid, iaitu murid biasa, murid yang salah laras dan yang berbakat.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Prinsip-prinsip Bimbingan
4. Bimbingan adala proses seumur hidup, iaitu daripada
peringkat sekolah rendah hingga ke universiti. Pada setiap
peringkat perkembangan seseorang murid, pelbagai jenis kesulitan
akan dihadapi.
5. Bimbingan bertujuan untuk mencegah daripada
membaiki. Bimbingan menolong murid memahami
kelemahan serta memberi penekanan pada kekuatannya.
Kekuatan hendaklah diperkukuh untuk membantu murid ke
arah pencapaian matlamat terhadap pembimbing.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Prinsip-prinsip Bimbingan
6. Rahsia dan maklumat murid hendaklah dipelihara oleh pembimbing. Hal
ini penting untuk mendapatkankepercayaan murid terhadap pembimbing.

7. Bimbingan memerlukn butiran peribadi yang menyeluruh serta lengkap.


Maklumat kebolehan, pencapaian, minat, bakat, kesihatan dan latar belakang
keluarga diperlukan untukbimbingan yang berkesan.

8. Pembimbing hendaklah bersifat terbuka, tidak menghukum, sabar serta


mudah ditemui.

9. Setiap guru adalah guru bimbingan. Satu daripada tugas guru adalah
memahami masalah murid dan berusaha menolong mereka mengatasinya.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Prinsip-prinsip Bimbingan
10. Bimbingan menolong murid menetapkan matlamat hidup yang realistik sejajar
dengan kebolehan , minat dan bakatnya.

11. Tempoh masa mesti mencukupi untuk membenarkan murid meluahkan masalahnya
secara lengkap. Maklumat lengkap akan memudahkan proses bimbingan yang dijalankan.

12. Seseorang pembimbing hendaklah dilengkapi dengan kemahiran tertentu dalam


proses menolong orang lain. Dia hendaklah memahami tentang tabii manusia dan
kemahiran komunikasi antara manusia.

13. Sebuah bilik bimbingan yang selesa, dilengkapi dengan kipas, lampu, langsir dan
perhiasan adalah perlu untuk menjamin kejayaan perkhidmatan kaunseling di sekolah.

14. Murid atau klien tidak boleh dipaksa berkongsi sesuatu maklumat atau menerima
sesuatu keputusan.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Prinsip-prinsip Bimbingan
16. Bimbingan dijalankan dengan kepercayaan bahawa setiap
murid berupaya untuk berkembang dan berubah ke arah
positif serta berguna.

17. Bimbingan bagi setiap murid adalah berbeza dari segi


kebolehan, minat, bakat serta motivasi untuk belajar.

18. Bimbingan menitikberatkan masa sekarang dan masa


hadapan. Bimbingan juga menolong murid menjadi lebih cekap
menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-
tanduknyabagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
K O N S E P, P R I N S I P & M A T L A M A T
B I M B I N G A N DA N K AU N S E L I N G
Pengertian Kaunseling

Boy dan Pine (1968), suatu perhubungan bersemuka di mana


seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif,
saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh
kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta
perasaan klien.

Arbuckle (1965) proses membantu klien melihat siapa sebenar


dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat dengan
mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai
langsung.

Vous aimerez peut-être aussi