Vous êtes sur la page 1sur 5

Laporan AJK Dokumentasi Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani

AHLI AJK:
AFIQ DZULFIQAR BIN ABDUL MALEK
JACQUALINE CHUA
SITI LIANAH MAJNIE

Pada 29 hingga 31 Mac 2016 yang lepas, guru pelatih opsyen Pendidikan Khas Semester 5
Ambilan Januari 2014 telah mengadakan lawatan ilmiah Pendidikan Jasmani ke Pusat
Sukan Universiti Utara Malaysia ,Kelab bola sepak kedah (KFA) dan Masjlis sukan Negeri
Perlis. Peserta program adalah seramai 24 orang diiringi dua orang pensyarah pengiring
dari Jabatan Pendidikan Jasmani.

Sebelum Program

Sebelum lawatan ilmiah ini dirancang dan dilaksanakan, taklimat ringkas diberikan terlebih
dahulu oleh pensyarah Pendidikan Jasmani kepada semua guru pelatih yang mengambil
kursus Pendidikan Jasmani, PJM 3112, berkenaan perkara yang perlu difokuskan bagi
lawatan ini. Pensyarah pembimbing bagi opsyen Pendidikan Khas, Encik Yazid dan Encik
Kamaruddin, sekali lagi menerangkan objektif dan tujuan lawatan ilimiah ini secara terperinci
dan menegaskan bahawa lokasi lawatan perlu berkaitan dengan aspek kesukanan.

Selepas penerangan dan taklimat diberikan, pelantikan Ahli JawatanKuasa Tertinggi


dan Ahli JawatanKuasa Pelaksana dibuat untuk memudahkan perancangan program.
Proses pelantikan ini dibuat secara undian dan Shadan bin Bidin telah dipilih sebagai
pengerusi program. Selepas selesai proses membentuk ahli jawatankuasa, perkara utama
yang dibincangkan adalah pemilihan lokasi lawatan program. Beberapa lokasi telah
dicadangkan seperti negeri Johor, Selangor, kedah dan Perlis atas faktor prestasi sukan di
negeri-negeri ini yang menonjol. Atas persetujuan ramai dan nasihat pensyarah
pembimbing, kami telah bersepakat memilih negeri Kedah dan Perlis untuk melihat
pentadbiran dan pengurusan sukan di negeri tersebutr yang kami fokuskan kepada sukan
bola sepak.
Proses seterusnya adalah membuat kertas kerja dan mendapatkan kelulusan
pengarah bagi menjalankan lawatan ilmiah ini. Walau bagaimanapun, kami gagal
mendapatkan kelulusan pengarah atas kerana IPG tiada bajet untuk program pelajar. Oleh
itu, mesyuarat diadakan sekali lagi dan atas perbincangan dengan pensyarah pembimbing
dan rakan sekelas kami telah bersetuju untuk tetap mengadakan lawatan tetapi dengan
bajet kewangan sendiri dan akhirnya kertas kerja diluluskan oleh tuan Pengarah.
Seterusnya, perbincangan dilakukan bagi menetapkan lokasi khusus bagi lawatan ini yang
berfokus kepada pengurusan dan pentadbiran sukan. Pengerusi program, Shadan bin Bidin
bertanggungjawab dalam memberitahu pensyarah pembimbing dan mendapatkan khidmat
nasihat beliau mengenai pemilihan lokasi kali ini dan beliau bersetuju atas pemilihan
tersebut.

Setelah Pengarah meluluskan kertas kerja kali ini dan tiba masa untuk ajk
pelaksana menjalankan tugas seperti mengurus penginapan, makan minum, cenderahati,
dan tempahan bas bagi lawatan ini. Ajk pelaksana menjalankan tugas masing-masing
dengan cekap dan membentangkan perkembangan tugas mereka di hadapan kelas dari
semasa ke semasa.
Selesai sahaja semua ajk melaksanakan tugas masing-masing, taklimat akhir
sebelum bertolak ke negeri kedah dan perlis diberikan oleh pengerusi program agar tidak
berlaku keciciran. Pengerusi juga mengedarkan tentatif program kepada semua peserta
sebagai panduan perjalanan program.

Vous aimerez peut-être aussi