Vous êtes sur la page 1sur 3

2.0 Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam alat peranti mikroprosesor.

Dalam penghasilan microprosesor, terdapat beberapa unsur yang digunakan iaitu Silikon,
Hidrogen, Oksigen, Berilium dan Kuprum. Berikut merupakan penerangan mengenai unsur
mengikut proses yang dilakukan:

2.1 Silikon

Unsur Silikon digunakan untuk membuat microprosesor (Tan & Loh, 2012). Silikon ialah
logam metaloid iaitu separa logam. Silikon merupakan unsur yang terdapat dalam Kumpulan
14 Kala 3. Jisim relatif bagi unsur ini ialah 28.085 kg/mol. Silikon digunakan secara meluas
dalam industri semikonduktor untuk membuat transistor, diod dan komponen elektrik.
Secara fizikalnya, silikon bersifat sebagai penebat dan pengalir haba. Silikon merupakan
pilihan terbaik dalam pembuatan mikroprosesor kerana banyak penggunaannya serta
oksidanya adalah penebat yang baik. Gambar boleh dirujuk pada lampiran. Silikon
merupakan unsur yang tidak reaktif secara kimia tetapi dapat bertindak balas dengan
halogen dan alkali. Kebanyakan asid tidak akan mempengaruhi unsur silikon kecuali asid
hidroflourik. Silikon boleh bertindak balas dengan halogen. Jika dipanaskan akan
membentuk logam oksida.

Sekiranya unsur ini bertindak balas dengan halogen pula akan membentuk logam halida
seperti yang ditunjukkan pada persamaan berikut:

Si(p) + 2Cl2(g) SiCl4(p).

Unsur ini juga boleh bertindak balas dengan oksigen. Apabila dipanaskan dalam udara,
silikon akan bertindak balas dengan oksigen yang mana melibatkan tindak balas eksotermik
untuk membentuk silikon oksida. SiO2. Tindak balasnya adalah seperti persamaan berikut.

Si(s) + O2(g) SiO2(s)

Sifat fizik bagi unsur silikon ialah boleh diperolehi dalam keadaan pepejal. Unsur ini
mempunyai nombor atom 14 dan jisim atom relatifnya ialah 280.855 kg/mol. Ketumpatan
bagi unsur ini ialah 2.33 g/cm -3. Di samping itu, unsur ini juga mempunyai takat lebur yang
tinggi iaitu 1410 C dan takat didihnya ialah 355 C. Tenaga pengionan bagi unsur ini ialah
783.3 kJ/mol. Tenaga pengionan satu atom atau molekul ialah tenaga yang diperlukan untuk
menderma satu elektron daripada sesuatu atom atau molekul dalam keadaan gas.

2.2 Aluminium
Aluminium merupakan satu lagi elemen yang terdapat pada alat peranti
mikroprosesor. Aluminium merupakan logam yang berwarna putih. Logam ini adalah ringan,
tahan karat dan tidak beracun. Di bawah bumi, aluminium merupakan unsur logam yang
mempunya peratus terbesar iaitu 2.3 peratus daripada berpuluh jenis logam di bumi. Dari
segi sifat kimia logam aluminium pula, logam ini merupakan unsur yang sangat reaktif dan
mampu menjadi konduktor yang baik. Logam aluminium ini apabila bertindak balas dengan
air, ia akan menghasilkan gas hidrogen H2 dan aluminium oksida Al2O3 . tindak balas yang
dihasilkan adalah seperti dalam persamaan berikut:

2 Al(s) + 3 H2O(l) Al2O3(s) + 3 H2(g)

Apabila, aluminium bertindak balas dengan air. Maka, ia sangat tahan kepada karat kerana
lapisan oksidanya yang kuat terbentuk pada permukaannya. Lapisan logam ini mampu
mencegah dari tindak balas oksida kerana kemampatan struktrur atomnya. Aluminium ini
bersifat amfoterik yang mana mampu untuk larut dalam asid mahupun alkali. Seterusnya,
aluminium ini adalah logam yang keras, kuat yang berwarna putih. Logam ini sangat
elektropositif. Logam elektropositif ialah logam yang cenderung untuk menderma satu
elektron ke atom yang lain untuk membentuk atom neutral. Aluminium ini mempunyai
nombor atom 13 dan mempunyai 3 elektron pada petala terluarnya. Manakala jisim atom
relatifnya pula ialah 26.98. Menurut Tok Kheng (2013), logam ini mempunyai takat didih
660.4oC dan takat lebur bagi logam aluminium ialah 2467 oC. Logam ini mempunyai tenaga
pengionan yang tinggi ialah 277.6 kJ/mol.. Di samping itu, logam ini mempunyai affiniti
elektron sebanyak 42.6 kJ/mol.. Rajah susunan elektron boleh dilihat pada lampiran.
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan alat-
alat komunikasi, teknologi, pengangkutan dan sebagainya. Pengaplikasian ini hadir dengan
inovasi yang terdapat dalam diri seorang inovator. Salah satu contoh yang kami kupaskan
dalam tugasan kali ini adalah Microprosesor yang terdapat dalam CPU iaitu Central
Processor Unit. Terdapat 4 bahan utama yang digunakan iaitu, silikon, aluminium, oksigen
dan air. Penciptaan ini banyak memberi manfaat kepada pengguna. Contohnya, untuk
penghasilan CPU ini, ia dapat membantu untuk memproseskan maklumat yang dihantar dan
juga mengubahsuai maklumat yang diterima seperti yang diinginkan oleh pengguna. Kedua,
alat ini membantu untuk mengatur pergerakan maklumat di dalam mana-mana aplikasi
dalam sesebuah sistem komputer. Seterusnya, alat ini turut membantu untuk mengguna dan
mengolah segala maklumat yang diterima mengikut arahan pengguna. Disamping itu, alat
ini turut mengambil dan memproses data secara optimum. Oleh itu, hasil penciptaan ini
dapat banyak membantu pengguna untuk menguruskan kerja seharian.

Vous aimerez peut-être aussi