Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang tidak putus putus memberi sokongan dan
dorongan serta bantuan kewangan bagi menjayakan tugasan ini.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar saya En.Saiful Shaari bin mohd
Subki kerana beliau telah banyak membantu saya dari segi tunjuk ajar dalam
menjayakan tugasan ini. Kesabaran En.Saiful Shaari bin mohd Subki dalam mengajar
kami dari segi teori dan amali yang tidak kenal erti putus asa. Akhirnya tugasan ini
dapat disiapkan.
Terima kasih juga kepada rakan rakan yang sedia membantu saya dalam segi idea
dalam tugasan ini . Harapan saya agar tugasan ini dapat memberi tunjuk ajar dan
pengalaman yang berguna kepada kami untuk masa akan datang.
PENGENALAN
Peralatan perlindungan diri (personel protective equipment -PPE) adalah
penting untuk mengelakan berlaku kecederaan kepada anggota tubuh dan
kesihatan pekerja sewaktu bekerja.
Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas dan pekerjaan adalah
penting. Majikan dan pekerja haruslah memahami tujuan, kegunaan dan
had perlindungan PPE.
3.1.1 Mendapatkan dan meninjau maklumat Alat Pelindung Diri (APD) dengan dibantu
oleh Pasukan Keselamatan Kerja, menentukan alat pelindung diri yang paling layak
dipergunakan dalam operasi.
3.1.3 Membantu pemakai APD dalam memilih APD yang tepat bagi operasinya.
3.1.5 Memberikan cadangan pada seluruh pemakai tentang APD tertentu lain yang
tepat untuk pekerjaan yang mereka lakukan.
3.1.6 Melakukan ujian untuk meyakinkan bahawa APD sesuai bagi pemakai.
3.1.7 Memperoleh dan menelaah maklumat yang ada dan memutuskan sama ada
kawalan teknikal atau cara kerja selamat dapat dilakukan serta dengan kos yang efektif
sebelum mengesyorkan APD.
3.2.1 Mengadakan program penilaian bahaya secara dalaman atau bersama Kumpulan
HSE sebelum melakukan pemilihan PPE.
3.2.2 Menyediakan APD yang tepat untuk pekerjanya, manakala jenis atau model APD
yang diperlukan harus didasarkan pada analisa bahaya tempat kerja masing - masing.
3.2.3 Melatih penggunaan APD yang tepat yang akan dila-kukan bersama Kumpulan
HSE sesuai keperluan.
3.2.4 Menyimpan APD (setelah dibersihkan) di lokasi yang sesuai, bersih dan sihat
(contohnya di dalam beg plastik, di dalam almari / locker yang aman).
3.2.5 Memelihara rekod pema-kai APD yang meliputi nama pekerja, nombor identiti,
bahagian, jenis APD, tarikh, dll.
3.2.6 Superintendent Operasi atau pekerja lain yang dilantik secara berkala menyemak
penggunaan APD untuk me-mastikan bahawa peralatan tersebut dipergunakan
sebagaimana mestinya.
4 EVALUASI BAHAYA
4.1 Sebelum dilaksanakannya Program Alat Pelindung Diri (APD), sifat dasar dari
bahaya dan hubungan-nya dengan keseluruhan lingkung-an kerja harus difahami
sepenuh-nya.
4.2 Pemahaman tersebut meliputi jenis, komposisi, besar dan kepekatan bahaya;
termasuk bahaya fizikal, biologi dan kimia di tempat kerja.
4.3 Proses penilaian bahaya sangat penting dan perlu diselesaikan sebelum melangkah
pada pemilihan PPE yang tepat.
Pengukuran kuantitatif.
5 PEMILIHAN
5.2 Langkah pertama dari aktiviti pemilihan alat ini adalah penilaian bahaya di tempat
kerja.
5.3 Hasil penilaian perlu ditinjau semula untuk menentukan jenis bahaya dan tahap
bahan pencemar yang ada selama dilakukan pekerjaan rutin maupun penyelenggaraan.
5.4 Kriteria lain yang harus dipertim-bangkan dalam pemilihan alat pelindung diri adalah
keperluan pemakai dan derajat perlindungan yang diberikan oleh peralatan.
5.5 Seterusnya alat pelindung diri yang telah dipilih harus dirancang agar memenuhi
keperluan standard atau peraturan dari: ANSI, OSHA, NFPA, UL, NIOSH, dan SNI bagi
kasut pelindung dan sarung tangan kanvas.
KETENTUAN MENGENAI ALAT PELINDUNG DIRI
6.1 Alat perlindungan diri mesti disediakan bagi pekerja secara cuma-cuma dan harus
dikenakan semasa bekerja.
6.2 Alat perlindungan diri mesti disimpan dalam keadaan yang bersih dan sihat seperti
dalam peti loker khas atau seumpamanya.
6.3 Setiap pekerja yang diharuskan memakai alat pelindung diri akan diberikan APD
dalam saiz dan model yang sesuai sehingga dapat dikenakan dengan baik.JENIS-
JENIS PPE
PEMERIKSAAN DAN PEMELIHARAAN
7.1 Alat pelindung diri dapat menga-lami penyingkiran kemampuan secara beransur-
ansur yang disebabkan oleh penggunaan sehari-hari maupun akibat keadaan yang
ekstrim, maka penyelenggaraan perlu dilaksanakan dengan teliti.
7.2 Sebelum dan selepas digunakan, seluruh alat pelindung diri harus diperiksa apakah
ada kerosakan.
7.3 Bila dikesan adanya kerosakan pada alat pelindung diri, alat terse-but harus ditarik
dari penggunaan sehingga selesai dilakukan perbaikan atau diganti dengan alat baru.
7.4 Setelah dipakai, baju pelindung kimia dan peralatan (bila bukan peralatan yang
sekali pakai) harus diperiksa dan disuci hamakan seperlunya. Jika pemakaiannya
hanya sekali saja, baju pelindung kimia dan peralatan tersebut harus dibuang mengikut
prosedur yang betul.
LATIHAN PENGGUNAAN
8.1 Pekerja yang menggunakan alat pelindung diri harus memahami perlunya
perlindungan dan alasan penggunaan peralatan tersebut selain (atau sebagai
tambahan dari) kaedah kawalan lain yang te-lah diterapkan dan manfaat yang
diperolehi dengan penggunaan alat tersebut.
8.2 Kesan apabila tidak memakai alat pelindung yang bersangkutan harus dengan jelas
diterangkan, demikian juga pemahaman bila peralatan tidak berfungsi dengan baik.
8.3 Latihan penggunaan alat pelin-dung diri harus diberikan kepada seluruh pekerja
yang kerana tugas-nya diharuskan memilih dan / atau menggunakan alat tersebut.
8.4 Latihan penggunaan alat pelin-dung diri antara lain perlu menca-kup topik-topik
sebagai berikut:
f. Latihan lanjutan diperlukan bila alat pelindung diri baru diperke-nalkan di tempat kerja
atau bila pekerja tidak lagi menunjukkan kesiagan yang cukup dalam penggunaan dan
pengetahuan tentang penggunaan dan keterbatasan alat pelindung diri.
9.1 Rakan Perniagaan perlu menggunakan alat pelindung diri untuk melindungi diri dari
bahaya yang mereka hadapi.
9.2 Rakan Perniagaan perlu menyediakan sendiri peralatan perlindungan diri sesuai
dengan keperluan alat pelindung diri Syarikat.
TETAMU
10.1 Tetamu harus menggunakan alat pelindung diri yang tepat bila memasuki kawasan
yang membutuh-kan peralatan tersebut.
10.2 Syarikat akan menyediakan alat pelindung diri tersebut dengan cara
meminjamkan.
JENIS- JENIS PPE
1. PELINDUNG BADAN.
Pelindung badan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja di mana dedahan kepada hazard yang diterima adalah meliputi
seluruh tubuh seperti :
Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju makmal, coverall,apron
berplumbum (lead apron) dan sebagainya.
2. PELINDUNG PERNAFASAN
Kandungan oksigen dalam udara yang rendah seperti ruang terkurung dan
sebagainya.
Pelindung tangan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja yang melibatkan hazard kepada bahagian tangan seperti :
Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung tangan getah
dan sebagainya.
4. PELINDUNG KAKI
Pelindung kaki merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja yang mempunyai risiko seperti berikut :
5. PELINDUNG MATA
Pelindung mata merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja yang melibatkan hazard berikut :
Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti pelindung muka, cermin
mata keselamatan dan sebagainya.
6. PELINDUNG PENDENGARAN
7. PELINDUNG KEPALA
Pelindung kepala merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja di mana bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang
berpotensi menerima kecederaan akibat kerja yang dijalankan. Antara contoh kawasan
kerja yang memerlukan pelindung kepala adalah seperti :
Kawasan yang berisiko objek jatuh dan terkena kepala pekerja di kawasan
berkenaan seperti kawasan pembinaan.
KESIMPULAN.
Penggunaan PPE merupakan pendekatan yang paling biasa dipraktikkan di tempat
kerja. Bagaimanapun penggunaan PPE yang diklasifikasikan sebagai langkah terakhir
kawalan hazard hanya terhad dalam melindungi atau sekurang-kurangnya
mengurangkan risiko kecederaan yang dialami pekerja. Adalah disarankan agar
penggunaan PPE juga turut diamalkan beserta langkah pengawalan risiko yang lain
bagi memastikan pekerja dan pelawat yang berada di kawasan kerja berada dalam
keadaan selamat dan sihat.