Vous êtes sur la page 1sur 2

Perpaduan menurut kamus dewan adalah penggabungan ataupun perihal berpadu

yang bermaksud bergabung menjadi satu.Perpaduan secara konseptualnya pula


ialah penyatuan dan darjah penyatuan ini tidak hanya dipamer oleh sesebuah
masyarakat ,kumpulan ataupun kejiranan penduduk . Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang antara manusia.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza mengikut pamikiran sosial,


kedudukan dalam masyarakat serta sumber ekonomi . Dalam masyarakat yang
biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling bertolak-
ansur. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori
berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat

Perpaduan negara pula adalah suatu keadaan di mana rakyat dari pelbagai
kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang
bersatu-padu. Mereka hidup dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti
kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Menurut kamus dewan edisi ketiga negara bermaksud sesuatu masyarakat yang
menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa
pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh itu,
negara bangsa bermaksud sesuatu masyarakat dalam sesebuah Negara yang
diperintah oleh seorang pemerintah.

Konsep Negara Bangsa menekankan kepada aspek dimana semua masyarakat


mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara
yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya,
lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan
kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti
peradabannya yang tersendiri.

Menurut Anthony D. Smith, seorang ilmuwan yang dikenali kerana ideanya tentang
nasionalisme, beliau menyatakan bahawa sejatinya negara bangsa dalam diri setiap
individu dilihat melului isu-isu berkaitan etnik dan integrasi. Perkara ini sering
dirasai di negara-negara yang dibentuk oleh kolonial atau sering disebut sebagai
negara dunia ketiga. Mereka merasakan adanya perasaan berat sebelah dalam
pembentukan konsep nasionalisme di negara-negara ini. Bentuk dan konsep
perpaduan ini diaplikasikan mengikut telunjuk penjajah meskipun mereka telah
merdeka.

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,
pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan
yang ketiga adalah aspek kebangsaan. Konsep kenegaraan perlu ditanam dan
dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai
kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol
yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun
Negara, dan sebagainya.Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa
bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan
yang sama iaitu warganegara Malaysia.

Bagi mencapai perpaduan kaum di antara semua bangsa di Malaysia, di samping


mewujudkan suatu bangsa Malaysia, maka Integrasi Nasional perlu
diwujudkan.Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di
Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa
Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.

Vous aimerez peut-être aussi