Vous êtes sur la page 1sur 3

PENDIDIKAN

KENAPA SEKOLAH KEBANGSAAN DIPERKENALKAN

Dalam usaha membangunkan negara kita supaya seiring dengan negara lain, maka
perpaduan merupakan kunci utama yang kita sediakan sebelum membuka semua
laluan.

Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi

muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan.

Dengan cara ini, dapat menerapkan disiplin dalam pembelajaran dan pengajaran
seperti aktiviti kokurikulm dan kurikulum.

Selain itu dengan adanya sekolah kebangsaan ini ia akan merapatkan lagi
hubungan dan komunikasi antara kaum yang sebelum ini begitu terhad.

Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan iaitu satu proses dinamik untuk
merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak,
untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri yang
berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara.

Dasar Integrasi Nasional ini juga mesra bangsa-bangsa minoriti yang lain. Sekolah-
sekolah jenis kebangsaan diwujudkan dengan memberikan hak mutlak kepada
bangsa minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa
pengajaran.

EKONOMI

MERAPATKAN JURANG

Melalui Dasar Ekonomi Baru, satu lagi usaha mewujudkan keadaan di mana, tiada
perbezaan fahaman pembelajaran dan tiada pengasingan dan perbezaan antara
miskin dan kaya di antara kaum. Bekerjasama dalam pergaulan khususnya agar
kekayaan negara dibahagikan sama rata antara pelbagai kaum.
Misalnya satu pergaduhan terjadi di kafeteria Universiti Putra Malaysia pada 17 Julai
2006. Kejadian ini berlaku antara kumpulan pelajar Melayu dan Cina.

Seramai 11 orang pelajar terbabit dalam insiden ini. Sebuah klip video menunjukkan
pergaduhan antara pelajar-pelajar UPM telah dimuatnaikkan ke laman YouTube dan
boleh diakses oleh seluruh dunia.

Insiden terbaru, satu pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam
antara seorang pelanggan keturunan Cina dengan pekerja Melayu telah cuba
dikaitkan dengan isu rasis.

Insiden ini juga telah dimuatnaikkan dalam laman YouTube sehingga komen-komen
yang dilemparkan boleh dikatakan kesemuanya berbaur rasis dan memperlihatkan
kebencian di antara kaum yang sangat mendalam.

Kejadian seperti ini semua akan menjadi bertambah hangat sebaik sahaja orang
politik cuba campur tangan dan ingin menjadi juara kaum masing-masing dan
bukannya hendak mendamaikan keadaan.

Akibat daripada semua kejadian ini, adakah kita masih boleh katakan negara kita
telah mencapai peringkat perpaduan yang tinggi?

PENDIDIKAN

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), Untuk menyatupadukan
rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat
didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Rukun Negara penting kerana ia
merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan
hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan
bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan
rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan
perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem
kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa
kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi
nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka
penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin
mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.

RUKUN NEGARA

Vous aimerez peut-être aussi