Vous êtes sur la page 1sur 17

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI

KERJA GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH JEMPOL&JELEBU

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara amalan


kepimpinan lestari (sustainable leadership) guru besar dengan tahap prestasi kerja
guru di sekolah rendah di daerah jempol&jelebu,Negeri Sembilan. Sampel kajian terdiri
daripada 100 orang guru daripada empatbelas buah sekolah jenis tamil di daerah
jempol&jelebu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik berskala
likert.

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengkaji-pengkaji pendidikan seringkali membincangkan keupayaan kepimpinan


sekolah dan keperluan dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Sejak
kebelakangan ini, aspek keperkasakan dan kecemerlangan kepimpinan sekolah
menjadi tumpuan utama Kementerian Pelajaran Malaysia.Kepimpinan sekolah harus
berada pada tahap yang optima demi memenuhi harapan masyarakat serta cabaran
Negara dalam era globalisasi ini. Oleh yang demikian, guru besar sebagai pemimpin
utama di sekolah rendah perlu memainakan peranan penting dalam mendepani segala
cabaran bersama kerjasama yang erat daripada semua kakitangan sekolahnya.

Menurut Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih,


guru besar ditafsirkan sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang
dilantik oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir
dan mengurus sesebuah sekolah. Maju atau mundur sesebuah sekolahnya dalam
aspek pembelajaran pelajar lazimnya dihubungkaitkan dengan kepimpinan guru besar
yang baik ( Shahril 2000; Peter Neil et.al.2001 dalam Norila dan Jamil,2007).
Sesungguhnya demikian, McNulty et.al.(2005) menegaskan bahasa tugas seorang guru
besar bukan sahaja terhad sebagai rutin pentadbiran sahaja malah guru besar perlu
menggearkkan semua sumber sama ada material ataupun model insane\. Dengan
tindakan sedemikain para guru dapat menyumbang khidmat dengan komited dan
efektif.

Seorang guru besar yang berkesan dapat melaksanakan amanah dan


tanggungjawabnya dengan menyediakan persekitaran yang kondusif supaya dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang cemerlang.Bahkan sepanjang pemerhatian
Fred M.Hechinger, editor pendidikan di The New York Times dari tahun 1959 hingga
1990 mengesahkan bahawa pentingnya peranan guru besar dalam membawa sekolah
ke arah kejayaan. Ungkapan Fred Hechinger yang sering digunakan oleh penyelidik-
penyelidik bagi merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan dalam
membawa sekolah ke arah kejayaan adalah:

Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru
besar yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar
yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur
berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang
maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun
sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya(Davis &
Thomas 1989:17, dalam Ishak Sin 2006).

Berdasarkan ungkapan Fred Hechinger di atas, jelas menunjukkan bahawa


kepimpinan guru besar amat mempengaruhi pencapaian sekolah. Malah guru besar
yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja dapat membina sebuah
sekolah kearah kecemerlangan.
Selaku pemimpin utama sekolah, guru besar memegang amanah dan
tanggungjawab untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Pada masa yang sama,
merealisasikan dasar transformasi pendidikan Negara juga turut menjadi
tanggungjawab seorang guru besar. Bagi memastikan segala visi dan misi sekolah
menjadi reality, guru besar harus membina landasan kepimpinan yang efektif serta
sesuai bagi kesemua warga sekolah. Ini dapat memastikan matlamat sekolah tercapai
sebagaimana yang dirancang.

Gaya kepemimpinan baharu yang boleh diimplimentasikan oleh guru


besar adalah kepemimpinan lestari. Kepimpinan lestari merupakan satu model
kepimpinan yang telah diasakan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink(2006)
khususnya bagi menilai kepimpinan dalam bidang pendidikan. Masalah persaingan
antara sekolah dalam merebut kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam
seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan kemerosotan dalam
elemen sahsiah dan emosi. Ini secara tidak langsung meletakkan warga sekolah
dalam keadaan tertekan untuk merealisasikan matlamat pentadbir yang hanya
mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

Al Ramaiah (1992) menyatakan bahawa tugas guru besar terlalu


kompleks dalam memimpin dan mentadbir sesebuah sekolah. Kenyataan ini sealiran
dengan pendapat Omardin (1996) yang berpendapat bahawa memimpin sesebuah
organisasi bukanlah satu profesion yang mudah. Kebolehan dan keupayaan seorang
guru besar dalam mengarah, mentadbir, memotivasi, menginspirasi dan sekaligus
mempengaruhi kakitangan bawahannya dalam mencapai matlamat yang dicita-citakan
adalah unik dan tersendiri. Kajian tokoh pendidikan Harris,B. (2007) mengenai sekolah
dan keberkesanan kepimpinan menunjukkan bahawa organisasi sekolah yang
semakin kompleks memerlukan anjakan amalan dan penyesuaian dari perspektif
kepimpinan. Pemimpin sekolah perlu mengubah imej dengan membangunkan kapasiti
dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan
permasalahan sekolah. Oleh yang demikian, guru besar perlu berkebolehan
mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif dengan gandingan tenaga
semua kakitangan khususnya para guru agar dapat melahirkan sekolah yang berjaya.

Kajian ini dijalankan bagi memerhati, meneliti dan merumuskan


kepimpinan guru besar sekolah rendah sebagai kepimpinan lestari. Dalam konteks
kajian ini, penyelidik ingin memberi gambaran jelas tentang tahap tingkah laku dan
amalan kepimpinan yang diaplikasikan oleh guru besar khususnya dalam
membudayakan kepimpinan di sekolah sebagaimana yang telah diasaskan oleh Andy
Hargreaves dan Dean Fink,(2003). Teori Kepimpinan Lestari ini merupakan salah satu
teori kepimpinan yang telah diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan, ini
bermakna, teori ini tidak dipinjam dari mana-mana teori kepimpinan lain yang bersifat
universal. Oleh yang demikian, penyelidik mengambil keputusan untuk menggunakan
model kepimpinan lestari sebagai pembolehubah bebas dalam kajian ini.

1.2 Latar belakang kajian

Setiap tahun terdapat sekolah-sekolah tertentu yang menerima gelaran


Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT), Tawaran Baru serta gelaran-gelaran
lain yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gelaran-gelaran ini
ditawarkan berdasarkan keunggulan sekolah dalam pelbagai aspek seperti
akademik ,koakademik, kokurikulum dan sebagainya. Guru besar sebagai pemimpin
utama sekolah memaikan peranan utama dalam sesebuah sekolah menerima tawaran
sedemikian. Menurut Fullan (2002) dalam mencapai status sekolah cemerlang,
pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab moral untuk membentuk pelajar tanpa
mengira etnik, agama, taraf hidup dan sosiobudaya. Maka, kepimpinan lestari boleh
dijadikan asas, panduan serta amalan dalam kalangan pemimpin sekolah agar dapat
melestarikan sekolah yang unggul sepanjang zaman. Tanpa kepimpinan lestasi yang
dinamik sudah pasti keunggulan sesuatu sekolah tidak dapat dikekalkan.

Bennis(1989) menegaskan bahawa, pemimpin bukan hanya berperanan


untuk member arahan bagi mendapatkan kecerlangan, malah mereka juga membina
kecemerlangan secara berkerjasama bersama kakitangan bawahannya. Oleh yang
demikian, Bennis(1989) menggariskan bahawa seseorang pemimpin perlu memiliki
personality yang mulia untuk mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan bermula
dengan pimpinan pemimpin yang memiliki personality yang mulia dan melibatkan diri
dalam keseluruhan proses kepimpinan.

Dalam era globalisasi ini, guru besar dilihat sebagai agen perubahan
utama di sekolah. Melestarikan legasi kepimpinan guru besar merupakan pendekatan
terbaik dalam usaha untuk memastikan prestasi kerja guru pada tahap optima. Ini
dapat membantu meningkatkan kerjasama yang baik dalam sesebuah organisasi.
Kejayaan membangunkan model insan secara holistik adalah atas peranan yang
dimainkan oleh pemimpin yang cemerlang.

Pada masa kini aspek kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi


agenda utama KPM. Kepimpinan sekolah harus sentiasa berada pada tahap dinamik
dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa depan Negara. Ini
adalah kerana masyarakat pada hari ini menaruh harapan yang sanggat tinggi
terhadap keupayaan sekolah dalam menjayakan anak-anak mereka dalam akademik.
Harapan mereka menjadi tanggungjawab utama kepada seorang pemimpin. Oleh yang
demikian, setiap pemimpin sekolah perlu memainkan peranan yang lebih proaktif serta
memastikan kualiti pendidikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak masyarakat.

Ubben et.al(2006) berpendapat bahawa pengurusan dan pentadbiran


sekolah-sekolah berkesan menunjukkan bahawa para guru besar sekolah mempunyai
daya ketahanan yang tinggi dan sanggup berkerja keras. Kajian Davies &
Thomas(1989) dan Blumberg & Greenfield(1986) turut berselari dengan pendapat
Ubben. Mereka turut berpendapat bahawa seseorang guru besar mestilah proaktif,
,mempunyai inisiatif yang tinggi, pintar dan berorientasikan matlamat. Kajian Persell et
al.(1982) pula mencatatkan guru besar sebagai individu yang istimewa dan
mempunyai watak yang hebat, bertenaga, dinamik, komitmen yang tinggi, proaktif,
tegas dan bersemangat, asertif, inisiatif, bertanggungjawab, suka membantu, berfikiran
terbuka, tenang dan analitikal.Inilah antara sifat-sifat atau cirri-ciri pemimpin berkesan
daripada dapatan kajian beliau.

Aspek pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan menjadi tugas


utama bagi setiap pemimpin sekolah. Sebagai guru besar efektif perkara ini harus
diberikan pemerhatian utama. Jika tidak, masalah keciciran akademik dan moral dalam
kalangan pelajar tidak dapat diatasi. Secara tidak langsung, ia boleh mengakibatkan
masalah sosial dalam masyarakat. Selain daripada ini, bersikap positif, optimus dan
memaparkan emosi yang tenang turut menjadi unsur penting bagi pemimpin sekolah.
Pemimpin yang tabah, dapat mewujudkan hubunga yang baik dengan guru, sahabat
dan rakan sekerja. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan berkesan
mampu mempengaruhi kakitangannya untuk bekerja sepasukan serta dapat
mempengaruhi komuniti luar berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah. Ini
selari dengan prinsip kepimpinan lestari. Guru besar perlu memiliki kemahiran
interpersonal dan berkeupayaan dalam memberi inspirasi serta semangat kepada
kakitangan bawahannya untuk bergerak lebih maju. Kenyataan daripada Zenger dan
Folkman turut selari bersama dengan kenyataan ini. Menurut mereka bahawa perkara
yang paling penting perlu dimiliki oleh pemimpin yang berkualaiti atau kompeten
adalah keupayaan mereka dalam menginspirasi dan memotivasi para pekerja kepada
prestasi kerja yang lebih tinggi. Ini merupakan cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh
pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan lestari.
Guru besar perlu memberi perhatian kepada kewujudan persekitaran kerja
yang kondusif dan selesa agar prestasi kerja guru meningkat. Sumber manusia yang
berpuas hati berkerja dalam persekitaran yang kondusif dal selesa dapat
meningkatkan produktiviti. Kesanya guru-guru akan menjadi pekerja yang produktif
kepada sekolah. Menurut Kopelman et al. (1990) sebarang perubahan amalan
pengurusan sumber manusia melalui gaya kepimpinan yang berkesan yang bertujuan
mempertingkatkan produktiviti pekerja akan mengubah ikIim organisasi sesebuah
organisasi. Iklim organisasi pula akan mempengaruhi secara langsung atau tidak
langsung prestasi kerja kakitangan di sesuatu organisasi. Faktor-faktor yang menjadi
penentu tahap prestasi kerja kakitangan adalah motivasi, latihan, kebolehan dan
kemahiran, struktur ganjaran, nilai kerja, sokongan, perhubungan, suasana tempat
ketja, sumber yang sedia ada dan pengaruh persekitaran. Oleh itu, penyelidik
mendapati kepimpinan lestari mempunyai semua elemen yang berupaya
meningkatkan prestasi kerja guru.

Guru besar perlu sentiasa dinamik dalam mengisi harapan masyarakat


dan Negara. Dalam hal ini, pembangunan profesionalisme berterusan melalui latihan
dalam perkhidmatan harus diberi perhatian utama. Menurut Sergiovannni(1994),
latihan sahaja tidak mencukupi. Sebaliknya, guru besar perlu memberi penekanan
kepada pembangunan professional serta memperbahurui strategi peningkatan
mengikut keperluan semasa. Hargreaves dan Fink (2003) menyarankan bahawa
kepimpinan lestari perlu menjadi komitmen dan keutamaan semua pemimpin sekolah
dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
1.3 Pernyataan Masalah

Kepimpinan merupakan satu aktiviti pengurusan yang selalu


diperbincangkan oleh kebanyakkan institusi dan organisasi. Pemimpin diharapkan
supaya dapat memainkan peranan yang efektif dalam merancang, berkomunikasi,
membuat keputusan, mengawal, mengendalikan kolflik dan sebagainya. Secara
umumnya kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu konsep yang merangkumi
tanggungjawab pentadbiran. Menurut Suaidah (1983) amalan kepimpinan pemimpin
sekolah berupaya memberi impak besar kepada tahap prestasi kerja guru. Ini kerana
kepimpinan yang baik oleh guru besar akan disenangi oleh kakitangan bawahannya.
Namun, gaya kepimpinan yang tidak sesuai boleh mengundang rasa tidak selesa dan
berupaya menimbulkan konflik yang berpanjangan antara pemimpin dan pengikut
sehingga menggugat kestabilan dan keharmonian sesebuah sekolah.

Guru besar harus memupuk pengajaran dan pembelajaran dengan


merealisasikan peranannya sebagai pemimpin sekolah. Menurut Fiedler (1967) , gaya
kepimpinan ialah struktur yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi
kepimpinan. Ainon(2005) turut menyatakan bahawa perbezaan gaya kepimpinan
mempunyai kesan penting ke atas produktiviti individu-individu yang mereka pimpin.
Oleh yang demikian, pengetahuan tentang gaya kepimpinan membolehkan seseorang
pemimpin untuk yakin dan berkemahiran sebagai pengurus, pentadbir dan juga
pemimpin.

Kebelakangan ini, para pengkaji mula menujukkan minat dalam memilik teori
kepimpinan new millinium dalam usaha memperbaiki keupayaan memahami
keberkesanan kepimpinan. Salah satu daripada cirri-ciri kepimpinan yang tergolong
dalam teori kepimpinan new millinium ialah gaya kepimpinan lestari. Menurut
Bass(1997), teori ini memberi kefahaman mengenai cara seseorang pemimpin yang
dapat mempengaruhi pengikutnya dalam sebarang situasi bagi melakukan
pengorbanan diri, komited terhadap matlamat dan mencapai prestasi melampaui
sasaran.

Terdapat juga isu-isu yang wujud sebagai akibat dari amalan gaya kepimpinan
yang tidak sesuai. Guru besar sebagai pemimpin dan pentadbir utama sekolah dikesan
tidak mempunyai tahap kompetensi yang mencukupi bagi melaksanakan pengurusan
serta pentadbiran sekolah. Antara aspek-aspek kompetensi yang dikatakan adalah dari
segi pengetahuan, kemahiran, kepakaran, pengalaman, sikap dan sifat positif yang
dimiliki.

Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat.


Kesimpulan yang pertama, sekiranya guru besar hanya menjalankan tugas pengurusan
dan pentadbiran maka keberkesanan kerja guru tidak akan mencapai pada tahap yang
diharapkan. Yang kedua, guru besar telah dikenalpasti sebagai pembolehubah yang
penting bagi mempengaruhi kejayaan atai kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di
sekolah, termasuklah juga prestasi kerja guru.

1.4 Kerangka teori kajian

Penyelidik kajian memilih model causal (hubungan sebab akibat) yang


diperkenalkan oleh Herbert B.Asher pada tahun 1990 bagi membina kerangka teori
kajian ini. Ini adalah kerana model causal menekankan teknik analisis yang
menghubungkan sebab dan akibat seseuatu kejadian dalam bentuk cross-sectional.
Maka gaya kepimpinan lestari dapat mengakibatkan peningkatan dalam prestasi kerja
guru.
Rajah 1 Kerangka Kajian Amalan Kepimpinan Lestari dan hubungannya dengan
Prestasi Kerja Guru.

Gaya kepimpinan
lestari

Peningkatan
Amalan Guru Besar hubungan yang prestasi kerja guru
mesra

prasarana yang
sesuai

Sumber. Adaptasi daripada Herbert B.Asher (1983).Causal Modeling.United State of


America.SAGE Publications.

1.5 Batasan Kajian

Setiap kajian yang dilaksanakan mempunyai batasan tertentu. Kajian ini mempunyai
beberapa batasan seperti berikut;

i. Kajian ini hanya dijalankan di empat belas buah sekolah rendah tamil dalam
pentadbiran PPD Jempol & Jelebu sahaja.
ii. Responden kajian ini hanya melibatkan guru-guru yang terdiri daripada guru-
guru pelbagai jantina, umur dan pengalaman mengajar yang menjawat jawatan
sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru biasa yang lain. Semua
guru di empat belas sekolah di daerah Bahau terlibat dalam kajia ini kecuali guru
besar dan kakitangan bukan guru.

1.6 Signifikan Kajian


Menerusi kajian ini berharap dapat memberi maklumat dan panduan kepada
guru besar di sekolah tentang tahap keberkesanan amalan kepimpinan lestari dengan
tahap prestasi kerja guru. Melalui kajian ini, kekuatan, kelemahan dan cabaran dalam
mengaplikasikan kepimpinan lestari dapat diperhati dan didokumentasikan. Ini dapat
menjadi panduan kepada para guru besar untuk membuat penambahbaikan dalam
gaya kepimpinan mereka bagi meningkatkan prestasi kerja guru di sekolah rendah.

Melalui pelaksanaan kajian ini, penyelidik berharap supaya semua pihak dalam
bidang pendidikan mendapat gambaran yang jelas mengenai kepimpinan lestari kea
rah peningkatan tahap prestasi kerja guru. Kajian ini juga turut memberi panduan
kepada pemimpin utama sekolah untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Ia
akan membawa impak posotif kepada para guru bagi menunjukkan peningkatan dalam
prestasi kerja mereka.

1.7 Kepentingan Kajian

Kepentingan utama kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap amalan


dan tingkah laku guru besar dalam membudayakan kepimpinan lestari di sekolah.
Kajian ini berbentuk kuantitatif serta deskriptif ini dilakukan dalam bentuk soal selidik.
Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah
rendah tami, Jempol& Jelebu. Dapatan kajian akan dianalisi dengan menggunakan
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan kolerasi.

Menurut kepimpinan lestari, seseorang pemimpin perlu memiliki beberapa ciri


untuk melengkapkan diri menjadi pemimpin lestari. Antaranya ialah memberi
keutamaan kepada asset manusia dan material, mengagihkan kepimpinan kepada
orang bawahan, memberi keutamaan kepada matlamat jengka panjang, membina
kapasiti dan kepelbagaian persekitatan sekolah, mengutamakan dan memimpin
pembelajaran di sekolah, menitikberatkan faedah dan kemajuan untuk semua pihak
sekolah, dan mewujudkan pemimpin pelapis.Oleh yang demikian, guru besar
memerlukan panduan yang dapat membantu untuk memahami kehendah dan
keperluan semua warga sekolah. Maka, kajian berasaskan Model Kepimpinan Lestari
yang telah diasaskan oleh Hargreaves dan Fink, merupakan sarjana kepimpinan
pendidikan sesuai dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, kajian ini boleh memberi serba
sedikit panduan, mencetus idea dan membuka ruang bagi pemikiran positif dalam
kalangan guru besar untuk mengaplikasikan kepimpinan yang lebih berkesan.

Faktor yang mendorong penyelidik menjalankan kajian amalan kepimpinan


lestari dalam kalangan guru besar adalah seperti berikut:

i. Kepimpinan lestari adalah satu-satunya gaya kepimpinan yang diasaskan oleh


sarjana kepimpinan pendidikan serta belum banyak kajian yang dilaksanakan di
Malaysia.
ii. Untuk meneliti amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar di Malaysia
khususnya di daerah Jempol& Jelebu, Negeri Sembilan.
iii. Kebanyakkan sarjana sumber manusia berpendapat bahawa gaya kepimpinan
yang diamalkan oleh guru besar dapat mempengaruhi peningkatan atau
penurunan tahap prestasi kerja kakitangan bawahannya.
iv. Tahap prestasi kerja guru yang amat penting dalam merealisasikan
pembentukan akhlak murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

1.8 Objektif Kajian

i. Untuk mengenal pasti tahap kepimpinan lestari yang diamalkan oleh Guru Besar
di sekolah-sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu.
ii. Untuk mengenal pasti tahap prestasi kerja dalam kalangan guru sekolah rendah
tamil daerah Jempol& Jelebu.
iii. Untuk mengenal pasti aspek prestasi kerja yang paling tinggi dalam kalangan
guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu.
iv. Untuk mengenal pasti aspek prestasi kerja yang paling rendah dalam kalangan
guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu.
v. Untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan lestari dengan tahap
prestasi kerja guru di sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu.

1.9 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar di sekolah-sekolah


rendah tamil daerah Jempol& Jelebu?
ii. Apakah tahap prestasi kerja di kalangan guru sekolah tamil daerah Jempol&
Jelebu?
iii. Apakah aspek prestasi kerja yang paling tinggi dalam kalangan guru sekolah
rendah tamil daerah Jempol& Jelebu?
iv. Apakah aspek prestasi kerja yang paling rendah dalam kalangan guru sekolah
rendah tamil daerah Jempol& Jelebu?
v. Apakah hubungan antara amalan kepimpinan lestari dengan tahap prestasi kerja
guru di sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu?

1.10 Definiis Operasional

Beberapa istilah digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang


terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian
mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:
1.10.1 Amalan

Menurut kamus Dewan edisi Ketiga(2000), amalan membawa maksud sebagai


sesuatu yang dilakukan ( dilakukan atau dikerjakan).

1.10.2 Kepimpinan lestari

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Menurut Kamus Dewan


edisi Ketiga(2000) Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Kepimpinan membawa
erti keupayaan memimpin. Kepimpinan lestari ialah tingkah laku yang mempunyai
keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Pemimpin perlu memilih kriteria-
kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau
orang bawahan agar mengikut criteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan
kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat.
(Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).

1.10.3 Prestasi Kerja Guru

Definisi prestasi kerja menurut Hasibuan(1990) adalah suatu hasil kerja yang
dicapai seseorang dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawapkan
kepadanya yang didasarkan atas kecekapan, pengalaman, kesungguhan serta waktu.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini pengkaji menyediakan instrument kajian serta cara menganalisis
instrumen kajian bagi mendapatkan keputusan kajian.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan melalui secara kuantitatif. Bagi mengumpul data dari
responden penyelidik mengunakan soal selidik. Pemilihan responden adalah
berdasarkan sampel rawak mudah supaya semua responden memiliki peluang yang
sama untuk terlibat dalam kajian. Kajian dijalankan di empat belas buah sekolah rendah
tamil di daerah Jempol& Jelebu, Negeri Sembilan. Populasi guru ini melibatkan Guru
Penolong Kanan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum dan guru-guru biasa.

3.2 Populasi Kajian

Populasi kajian hanya tertumpu kepada sekolah rendah tamil di daerah


Jempol& Jelebu. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru dwigender yang
berperanan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru biasa yang bertugas di
semua sekolah rendah tamil di daerah Jempol& Jelebu. Guru dipilh sebagai responden
kajian kerana mereka merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan
kepimpinan guru besar. Hanya guru yang mengalami dan terlibat dalam kepimpinan
guru besar berupaya memberi gambaran sebenar tentang gaya kepimpinan guru besar
di sekolah sehingga mempengaruhi prestasi kerja guru dengan tepat.(McNulty et al.
2005). Guru besar di setiap sekolah tidak termasuk sebagai responden kajian ini.

3.3 Lokasi Kajian


Lokasi sekolah kajian adalah dalam bidang kuasa pentadbiran Pejabat Pelajaran
Daerah Jempol&Jelebu yang terdiri daripada sekolah rendah tamil.

3.4 Instrumen Kajian

Hanya satu jenis instrument yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik.
Kaedah soal selidik diberikan kepada 100 orang guru yang bertugas di empat belas
buah sekolah rendah tamil di daerah Jempol&Jelebu. Kaedah ini digunakan untuk
memperolehi maklumat berkaitan amalan gaya kepimpinan lestari dalam kalangan guru
besar mereka. Dengan cara ini, penyelidik dapat mengetahui sebab-sebab penurunan
atau peningkatan prestasi kerja guru. Pada akhir kajian penyelidik dapat memberi
cadangan bagi mengatasi masalah penurunan prestasi kerja guru. Penyelidik
menggunakan satu boring soal selidik yang telah disediakan untuk dijawab oleh semua
guru penolong kanan dan guru-grur yang lain, tidak termasuk guru besar. Soal selidik
yang diberikan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C sebagaimana
dipetakkan melalui jadual di bawah.

BAHAGIAN KANDUNGAN ITEM


Demografi Responden
1. Jantina 1
2. Bangsa 2
3. Umur 3
4. Taraf Perkahwinan 4
A 5. Jawatan yang disandang 5
6. Tempoh Perkhidmatan di sekolah kajian 6
7. Pengalaman mengajar 7
8. Kelayakan akademik 8
9. Kelayakan Ikhtisas 9
Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar
1. Menggalakkan Pembelajaran Berterusan B1-B6
2. Mewujudkan Pemimpin Pelapis di Sekolah B7-B15
3. Penerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran dalam B16-B22
Kalangan Guru (Penekanan kepada Matlamat Jangka
Panjang)
B 4. Menggalakkan Perkongsian dengan Rakan atau B23-B29
Organisasi Luar Sekolah (Mengagih Kepimpinan)
5. Kepelbagaian (Meneroka Kepelbagaian) B30-B36
6. Pemeliharaan (Faedah Untuk Semua) B37-B43
7. Menghargai Aset B44-B48
Tahap Prestasi Kerja Guru
1. Kuantiti kerja C1-C5
2. Mutu kerja C6-C10
3. Ketepatan masa C11-C15
C 4. Keberkesanan kos C16-C20
5. Pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran C20-C25

Vous aimerez peut-être aussi